Anda di halaman 1dari 30

HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak

Maznah bt Meor Mohd@Said


1.0. PENGENALAN

Kelihatan seorang kanak-kanak sedang bermain seorang diri di halaman


rumahnya. Apabila ditanya apakah yang sedang dilakukannya, dia menjawab
bahawa dia sedang membuat pesawat mainan daripada kotak yang telah
dibuang oleh ibunya. Kanak-kanak ini dikatakan kreatif kerana dapat mencipta
mainan daripada bahan terbuang.

Menurut Lowenfeld (1975), setiap kanak-kanak yang dilahirkan adalah kreatif.


Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar
meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Sehubungan dengan itulah
pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Falsafah
Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada usaha melahirkan individu
yang kreatif dan inovatif dalam usaha membangunkan negara.

Begitu juga dengan matlamat Wawasan 2020 yang menekankan kepada


kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Justeru itu
pelbagai usaha telah dilakukan untuk melahirkan lebih ramai individu yang
kreatif. Hasrat murni kerajaan ini telah direalisasikan oleh Kementerian Pelajaran
kerana ianya sangat relevan dengan aspirasi pendidikan seni visual. Hal ini
demikian kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang
membolehkan fikiran kreatif berkembang dengan sifatnya yang tidak koservatif
dan tidak jumud.

Selain menggalakkan penjanaan idea , mata pelajaran ini banyak memberi


peluang dan kebebasan kepada murid-murid untuk melakukan eksplorasi dan
percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Menurut Hoffa
(1964),program dan aktiviti pendidikan seni visual seharusnya dijadikan landasan
terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah bagi menggembangkan kreativiti di
kalangan murid sekolah. Justeru itulah percubaan bagi menghasilkan sesuatu
karya terbaik. Bagi memupuk dan menyemai pemikiran kreatif, kanak-kanak

1
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
perlu dihantaf ke sekolah sejak mereka kecil lagi. Guru-guru juga perlulah
menguasai seni visual dan kaedah meransang minda murid-murid ke arah
pembentukan individu yang kreatif

1.1. Apakah kreativiti?

Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah.


Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun
begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-
masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat
mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian
dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976)
pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini
memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru
sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah
manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru
sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada
‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan
pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan.
Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan
kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan

2
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan
manusia berkreativiti.

Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa
disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan
maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan
sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal
daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make).
Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna
‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”

“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge,


missing elements, disharmonies and so on; identifying the
difficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses
about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly
modifying and retesting them and finally communicating the
results.” (Torrance, 1974)

Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid
berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh
dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli
agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan
sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal
mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri
kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan
produk sosial yang dihasilkan.

Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu


berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu
idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan
logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala
pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan

3
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai
input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau
hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990)
sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up
possibilities.”

1.1.1 Ciri-ciri orang yang kreatif

Seseorang yang kreatif itu mempunyai kemampuan mencipta sesuatu yang baru
dan pada masa yang sama dapat mengolah idea. Kreativiti seseorang boleh
dilihat melalui keupayaannya menyumbang dan mengolah idea tersebut kepada
idea yang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna.

Seseorang yang kreatif mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

a. Berfikiran Bebas

Seseorang yang kreatif mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong


pada satu-satu perkara sahaja. Mereka pandai dan bijak merancang agar
perkara yang dirancang itu berjalan dengan lancar. Mereka juga amat
berhati-hati dan bijak membuat keputusan. Mereka dapat menghubung dan
mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan
kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut. Oleh itu , individu yang
kreatif akan dapat menterjemahkan idea dan pendapat secara spontan serta
pantas. Individu yang kreatif juga berupaya menginteraksikan kemungkinan-
kemungkinan dan alternatif kepada penyediaan masalah.

4
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said

b. Fleksibel

Individu yang kreatif berupaya menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan


dan situasi serta mempunyai keyakinan yang optimis. Pada peringkat
fleksibel, Individu akan mula mempamerkan semangat toleransi dan juga
dapat bertolak ansur dengan orang lain. Mereka mampu menyesuaikan diri
dengan pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan tinggi
terhadap apa yang dilakukannya. Mereka juga sanggup menerima cabaran
yang pelbagai dan sedia menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan
positif dan menganggapnya sebagai satu cabaran.

c. Gagasan / Idea Yang Asli dan Tulen

Pada peringkat ini murid yang kreatif seringkali mengutarakan idea dan
gagasan yang asli. Cetusan ideanya bukan dicedok daripada mana-mana
sumber. Mereka akan sentiasa mencari idea baru yang asli dan luar biasa.
Mereka tidak konservatif, malah tidak stereotaip dan konservatif. Mereka
sering mempunyai kebolehan dan kelaziman yang berlainan. Idea mereka
juga unik dan menarik. Hasil karya yang mereka hasilkan seringkali berbeza
daripada yang biasa.

5
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
d. Sensitif dan Peka

Murid yang kreatif juga mempunyai sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan
sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif
menggunakan deria. Penggunaan pancaindera seperti melihat, merasa,
mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan sepenuhnya sebagai proses
pengamatan dan merekod Mereka mempunyai daya kepekaan yang tinggi
terhadap aspek keperluan rakan sebaya dan sekelilingnya. Murid kreatif
mempunyai kepekaan terhadap ciptaan, nilai estetika terhadap objek, proses
artistik terhadap objek di samping penekanan terhadap apa yang dilihat.
Antara ciri lain adalah kepekaan terhadap alam sekitar serta mempunyai
deria dalaman yang sangat sensitif terhadap persepsi estetik.

e. Bersifat Terbuka

Golongan yang kreatif ini juga mempunyai sifat keterbukaan dalam menerima
pandangan dan cadangan orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka.
Mereka mengamalkan sikap bebas serta demokratik.

f. Logik

Murid yang kreatif juga adalah murid yang peka dan sering berfikir secara
logik dan rasional. Mereka juga tahu membezkan antara yang baik dan yang
buruk serta amat menghargai serta menghormati masa. Oleh itu setiap masa
mereka akan terisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan tidak sia-sia
dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

6
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
2. Kreativiti yang diutarakan oleh E Paul Torrance, June King McFee, Victor
Lowenfeld dan Fisher

2.1.1 . E Paul Torrance

E Paul Torrance mencipta kaedah penanda aras dalam mengukur tahap


kreativiti seseorang individu, dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ bukanlah
satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektual seseorang melalui instrumen
ciptaannya ’Torrance Test of Creatif Thinking’. Paul torrance telah
membangunkan teori kreativiti yang membantu menjelaskan tujuh perkara utama
di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu dan diaplikasikan oleh
guru pendidikan seni visual di dalam proses memupuk dan mengembangkan
kreativiti para pelajar iaitu peringkat penyoalan, penemuan, pemerhatian,
percubaan, penerokaan memanipulasi dan aktiviti atau bermain.

2.1.2 June King McFee

June King McFee menakrifkan bahawa kreativiti itu sebagai keupayaan


seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu
untuk mengolah idea. Kreativiti seseorang boleh dilihat melalui keupayaannya
menyumbangkan idea dan berupaya pula mengubah idea tersebut kepada idea
baru yang lebih bermakna di mana idea boleh dimanipulasikan menjadi sesuatu
yang baru dan mampu diolah. Beliau mendapat pengiktirafan daripada
perjuangannya yang melihat bahawa seni tidak seharusnya terhad kepada hasil
karya seni sahaja,bahkan juga terdapat dalam pengalaman estetika di dalam
semua objek di persekitaran, satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh
konteks budaya. Untuk memahami seni secara holistik, seni perlu dilkaji dalam
konteks budaya dan komuniti.

7
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
2.1.3 Victor Lowenfeld

Victor Lowenfeld berpendapat galakan mengembangkan pemikiran kreatif di


kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan. Kreativiti seseorang
murid boleh diukur melalui empat kompenan utama iaitu kelancaran, fleksibel
keaslian dan kepekaan. Beliau berpendapat bahawa terdapat sekatan dan
halangan terhadap pengembangan kreativiti yang bersifat psikologi atau emosi di
mana murid tidak mendapat jawapan ke atas persoalan dan kemusykilan yang
sememangnya telah wujud di dalam diri mereka dan halangan persekitaran atau
budaya iaitu persekitaran yang tidak kondusif untuk membina kreativiti murid..

2.1.4 Fisher

Fisher menjelaskan bahawa terdapat lima tahap dalam pemikiran kreatif iaitu
peringkat ransangan, peringkat penerokaan, peringkat perancangan, peringkat
aktiviti dan peringkat kajian semula. Pada peringkat ransangan pemikiran kreatif
diransang dengan mengemukakan pelbagai bentuk persoalan. Bagi meransang
minda pelajar, guru perlu menyoal dengan pelbagai soalan yang kritikal.
Pada peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu mempunyai daya
pemikiran ke hadapan. Peringkat perancangan akan menggalakkan seseorang
itu merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala
kemungkinan. Perancangan dibuat secara verbal dan secara visual.
Pada peringkat aktiviti segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan
keranan pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Setelah tindakan diambil,
peringkat kajian semula pula menilai keberkesanan tindakan bagi proses
penambahbaikan . pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi
mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berulang. Murid digesa
memberi pendapat dan komen sebagai satu refleksi diri.

8
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
Persamaan dan perbezaan pendapat yang diutarakan oleh tokoh-tokoh

PERSAMAAN PERBEZAAN

1. E. Paul Torrance dan Victor 1. Fisher menjelaskan bahawa terdapat


Lowenfeld berpendapat bahawa lima tahap dalam pemikiran kreatif,
kreativiti seseorang itu boleh manakala Paul Torrance
diukur. menjelaskan bahawa terdapat tujuh
perkara utama dalam proses
penjanaan kreativiti.

2. Paul Torrance mengatakan 2. Peringkat Perancangan yang


bahawa proses penyoalan disarankan oleh Fisher ialah murid
merupakan salah satu proses merancang dan memetakan semua
yang menggalakkan daya fikir. aktiviti dan segala kemungkinan
Guru boleh meransang murid melalui 2 cara iaitu perancangan
melalui proses penyoalan. Fisher secara verbal dan perancangan
juga mengemukakan pandangan secara visual. Manakala Paul
yang sama iaitu pada peringkat Torrance dalam Peringkat Percubaan
ransangan, pemikiran kreatif adalah usaha yang berterusan bagi
diransang dengan mendapatkan hasil yang terbaik.
mengemukakan pelbagai bentuk
soalan seperti apa, mengapa,
siapa, bagaimana dan
sebagainya.

3. Peringkat kedua Paul Torrance 3. June King McFee berpendapat

9
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
ialah penemuan iaitu guru bahawa keupayaan menyumbangkan
meransang murid bagi idea dan mengubah idea itu menjadi
menggalakkan penemuan terbaru idea baru yang lebih bermakna.
melalui penyelidikan dan kajian. Manakala Victor Lowenfeld
Murid membuat pelbagai usaha mengatakan bahawa galakan
ekplorasi dan eksperimen. Fisher mengembangkan pemikiran kreatif di
pula berpendapat bahawa murid kalangan kanak-kanak perlu
diransang untuk menjawab dilakukan secara berterusan.
persoalan yang dikemukakan
oleh guru melalui kaedah
eksperimentasi, kajian atau
latihan menyelesaikan masalah.

4. Victor Lowenfeld dan June King 4. Victor Lowenfeld juga berpendapat


McFee banyak menyumbangkan bahawa perkembangan pemikiran
pendapat dan teori tentang kanak-kanak juga mempunyai
pendidikan seni visual sebagai sekatan dan halangan iaitu halangan
rujukan dan penerangan untuk psikologi dan halangan persekitaran.
menerangkan peringkat-peringkat
perkembangan kanak-kanak.

10
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said

3. Laura H. Chapman

Kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan


proses penghasilan karya atau artistik yang digunakan oleh penggiat seni dalam
penghasilan karya. Proses artistik tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan
berulang-ulang. Tiga disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif
penghasilan karya seni tercapai. Pendapat ini dikemukakan oleh Laura H.
Chapman dalam bukunya yang bertajuk Approches in Art Education (1978).

Oleh itu guru-guru perlulah memahami bahawa proses penghasilan karya


tidak tertumpu kepada satu cara sahaja dan perlu diaplikasikan ke atas murid di
dalam kelas dengan pelbagai kaedah dan cara. Sebagai seorang guru
pendidikan seni visual, guru perlulah mempunyai pengalaman luas di dalam
penghasilan karya seni kerana bimbingan dan panduan yang akan diberikan
kepada murid bergantung kepada pengalaman guru itu sendiri. Namun perlu
diingat bahawa pengajaran pendidikan seni visual di sekolah mempunyai
panduan yang telah ditetapkan agar tidak terkeluar daripada objektif asal.
Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan
karya seni iaitu Kaedah Penjanaan Idea di mana pengkarya menetapkan objektif,
haluan dan tujuan penghasilan karya.

11
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said

Proses yang kedua ialah Pengolahan dan Pemurnian. Proses ini


dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun
bagi memastikan imej atau visual bertepatan dengan objektif penghasilan. Di
peringkat kanak-kanak, proses ini diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil
yang terbaik. Proses ini penting didedahkan kepada murid di sekolah supaya
mereka dilatih untuk mempunyai pengamatan mendalam terhadap ketelitian.

Pemilihan bahan sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan


oleh pengkarya. Pemilihan bahan yang dipilih oleh pengkarya akan memberikan
kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan
persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkannya. Oleh itu guru perlu
membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan
serta penghasilan mealui teknik demonstrasi dan tunjukcara agar pemilihan
bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai yang tersendiri.

12
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
KARYA 1
3.1.1 PENJANAAN IDEA
Objektif yang hendak disampaikan oleh murid ini melalui karya ini agak
mudah difahami dan menepati tema. Pelukis sebenarnya mempunyai idea dan
cuba memfokuskan karyanya terhadap sesuatu tema dalam bentuk poster.
Poster merupakan reka bentuk komunikasi yang berfungsi menyampaikan mesej
dan intipati daripada gubahan idea. Perkara ke arah hala tuju penghasilan karya,
beberapa objek telah dilukis menepati objektif. Karya murid ini melibatkan
ilustrasi, warna, reka letak dan foto yang digubah untuk memberitahu maklumat
yang mudah dan secara spontan. Murid ini telah menjana ideanya dengan agak
baik dan juga kelihatan ceria dengan gambar bunga api dan belon-belon yang
berterbangan. Namun begitu tulisan poster hendaklah lebih jelas lagi agar
mudah dilihat dan dibaca. Lambang-lambang seperti bunga raya, jalur gemilang,
bangunan KLCC dan tiga bangsa iaitu Melayu, Cina dan India yang sedang
menari telah menampakkan ideanya dalam tema sambutan Hari Merdeka ke -51.
Dari segi ruang agak berat di sebelah kanan dan guru perlu memberi bimbingan
kepada murid untuk meletakkan di ruang yang stabil. Pada keseluruhannya,
karya ini memenuhi tahap kreativiti kaedah penjanaan idea Laura H. Chapman.

3.1.2 PENGOLAHAN DAN PEMURNIAN

Dari segi pengolahan, mesej yang hendak disampaikan berkesan. Imej


yang disampaikan oleh pelukis memenuhi tema. Jalinan yang terdapat pada
permukaan sesuatu objek dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu
objek kepada kita. .Contohnya, lambang bunga api, belon yang berterbangan
dan tarian daripada kanak-kanak perempuan menunjukkan kegembiraan dan
keceriaan ketika menyambut hari Merdeka dan ada nilai murni iaitu perpaduan
yang ditonjolkan namun ada kelemahan daripada visual jalur gemilang yang
agak kaku di situ begitu juga lambang pembangunan dan kemajuan negara iaitu
bangunan KLCC yang digelapkan warnanya serta saiznya agak kecil.

13
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
Pada keseluruhannya imej-imej itu telah diwarnakan dengan warna asas dan
sekunder agak terang tetapi kurang nampak bentuk dua dimensi. Bangunan
KLCC itu tidak jelas bentuknya dan begitu juga bentuk bulan dan bintang yang
tidak tepat dan jelas warnanya. Bunga raya yang kurang kelihatan menonjol
bentunya kerana tiada garisan yang boleh menjadikan bentuk bunga raya yang
menarik.

3.1.3 KEMAHIRAN MENGGUNAKAN BAHAN

Mengikut Laura H. Chapman, pemilihan bahan bagi menghasilkan karya


sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Hasil
karya ini telah menggunakan bahan pensel warna. Warna yang digunakan hanya
warna asas dan sedikit sekunder. Penggunaan dari segi ton warna agak kurang
dan objek yang diwarnakan kurang menarik contohnya warna bunga raya yang
hanya diwarnakan dengan warna merah dan tidak nampak dua dimensi begitu
juga dengan warna bangunan KLCC yang telah digelapkan warnanya dengan
warna hitam juga tiada bentuk dua dimensi. Di sinilah peranan guru perlu ambil
perhatian ketika mengajar murid-murid dalam teknik mewarna agar objek yang
dilukiskan itu kelihatan bentuk dan jalinan serta kesimbangan warna nampak
menarik. Warna yang terang dan jelas kemudian beransur lembut lalu pudar dapt
memberikan kesan ilusi ruang jarak dan perspektif. Oleh yang demikian, hasil
karya murid ini tidak sepenuhnya menggunakan kemahiran menggunakan bahan
mengikit Laurau H. Chapman tetapi boleh dilatih dan diasah bakatnya dari segi
teknik mewarna dan perlu lagi bimbingan supaya pemilihan bahan oleh murid
mempunyai makna dan nilai tersendiri.

14
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
KARYA KEDUA

3.2.1. PENJANAAN IDEA

Objektif yang hendak disampaikan oleh murid ini melalui karya ini agak
mudah difahami dan menepati tema. Pelukis sebenarnya mempunyai idea dan
cuba memfokuskan karyanya terhadap sesuatu objek benda iaitu rumah dengan
tajuk `Rumah Saya` Oleh kerana telitian pelukis merangka beberapa perkara ke
arah hala tuju penghasilan karya, beberapa objek telah dilukis menepati objektif.
Karya murid ini telah memfokuskan sebuah rumah yang ada kawasan halaman
yang agak luas dan dihiasi dengan pokok-pokok besar di kiri kanan rumahnya
dan bunga-bunga yang menarik di hadapan rumah itu menjadikan ruang yang
kosong nampak lebih menarik.Namun begitu murid ini menjana ideanya dan
jelas ton warnanya menjadikan kesan penghasilan yang menepati tema
walaupun agak kurang sesuai iaitu bunga yang dilukis terlalu besar dan sedikit
sahaja dan kurang nampak keceriaannya. Justeru itu karya ini dapat difahami
dan diterima.

3.2.2 PENGOLAHAN DAN PEMURNIAN

Dari segi pengolahan, mesej yang hendak disampaikan berkesan. Proses


ini yang lebih sistematik dan tersusun dan digunakan oleh pengkarya bagi
memastikan imej atau visual yang dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema
dan objektif penghasilan. Memang tidak dinafikan, penghasilan karya kanak-
kanak perlu diulang beberapa kali supaya proses pengolahan dan pemurnian
mendapat hasil yang terbaik. Sebagaimana dalam karya ini, murid tersebut telah
menggunakan ton warna yang baik kerana ada ruang yang gelap dan cerah
tetapi kekurangan pada ton warna rumah yang diwarnakan sekata sahaja iaitu
warna biru tanpa ada cerah dan gelap maka ini tidak dilihat sebagai bentuk dua
dimensi. Objek bunga yang terlalu besar di bahagian hadapan telah
mencacatkan pemandangan halaman rumah ini.Sepatutnya, murid tersebut

15
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
melukis gambar pokok-pokok bunga mawar dan matahari yang banyak di
bahagian hadapan bukan sperti bunga gergasi. Begitu juga dengan taburan
burung yang berterbangan di udara agak banyak. Walau bagaimana pun, proses
pengolahan dan pemurnian ini perlu diasuh dan latih tubi oleh guru yang
berpengalaman, kreatif dan berenovatif agar bakat-bakat murid seperti di
gilapkan lagi.

3.2.3 KEMAHIRAN MENGGUNAKAN BAHAN

Hasil karya ini menggunakan warna krayon. Murid-murid Cina memang


berkebolehan dalam menggunakan warna krayon tetapi perlulah diberi
bimbingan sepenuhnya agar pemilihan bahan atau warna asas dan warna
sekunder dapat dihasilkan. Pemilihan warnanya menarik tetapi dari segi rupa
bunga yang terlalu besar menjadikan karya ini ganjil dan penggunaan unsur reka
seperti garisan, rupa dan jalinan tidak diberikan tumpuan maka imej yang
terbentuk bukan dua dimensi.

16
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
KARYA KETIGA

3.3.1 PENJANAAN IDEA

Objektif yang hendak disampaikan oleh murid ini melalui karya ini agak
mudah difahami dan menepati tema. Pelukis sebenarnya mempunyai idea dan
cuba memfokuskan karyanya terhadap poster sambutan Hari Merdeka Ke -51.
Oleh kerana ketidak telitian pelukis merangka beberapa perkara ke arah hala
tuju penghasilan karya, beberapa objek telah dilukis tidak menepati objektif.
Bunga raya yang keluar dari sehelai daun yang lebar tidak sesuai Secara
logiknya, Keseimbangan juga tidak kerana bangunan-bangunan pencakar langit
hanya tumpuan di sebelah kanan sahaja. Sepatutnya ruang yang menarik jika
objek-objek itu disusun dengan baik dan seimbang. Tiada perancangan dan
ketelitian telah menyebabkan bunga raya teralalu besar dan jalur gemilang
kelihatan kaku dan tulisan poster tidak difokuskan.. Meskipun begitu karya ini
tetap dapat difahami dan diterima dan guru menggalakkan murid supaya lebih
kreatif dalam penjanaan idea.

3.3.2 PENGOLAHAN DAN PEMURNIAN

Dari segi pengolahan, mesej yang hendak disampaikan agak berkesan..


Pada keseluruhannya imej-imej itu tidak dapat dibentuk dengan tersusun dan
kemas, malah imbangan garisan yang tidak seimbang. Pemberatan kelihatan di
sebelah kanan kerana objek hanya diberi tumpuan di situ sebaliknya di sebelah
kiri hanya bunga raya yang besar sahaja. Manakala dari segi jalinan dan garisan
serta ton warna juga tidak fokuskan. Adalah lebih menarik jika murid menyusun
lambang-lambang objek dengan lebih seimbang dan teratur.

17
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said

3.3.3 KEMAHIRAN MENGGUNAKAN BAHAN

Hasil karya ini mungkin akan lebih menarik jika pelukis menggunakan
pilihan warna terang kerana murid ini menggunakan kertas warna kuning jadi jika
karyanya diwarnakan dengan warna yang kabur maka tidak menonjol objek yang
hendak disampaikan dengan tema. Pemilihan objek juga tidak sesuai dan
pemilihan tulisan poster ini tidak jelas dan ini menjadikan karyanya tidak
berbentuk dua dimensi. Pemilihan warna yang tidak sekata dan tidak ada ton
warna menjadikan hasil karya ini tidak menarik dan ceria jika dibandingkan
dengan karya yang pertama tadi.

18
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
KARYA KEEMPAT
3.4.1 PENJANAAN IDEA

Objektif yang hendak disampaikan oleh murid ini melalui karya ini
difahami dan menepati tema. Pelukis sebenarnya mempunyai idea dan cuba
memfokuskan karyanya terhadap sesuatu pemandangan sebuah rumah di
kampung yang agak luas.halamannya. Penjanaan idea tercapai objektif untuk
merangka beberapa perkara ke arah hala tuju penghasilan karya, beberapa
objek telah dilukis menepati tema. Sebuah kolam di halaman rumah tidak sesuai
bentuknya seperti ada pemisah di antara dua kawasan itu.Bukit-bukau yang
diwarnakan dengan warna merah jambu telah mencacatkan pemandangan
suasana kampung yang harmoni.. Meskipun begitu karya ini tetap dapat difahami
dan diterima.

3.4.2 PENGOLAHAN DAN PEMURNIAN

Dari segi pengolahan, mesej yang hendak disampaikan berkesan. Imej


bukit yang besar sepatutnya dilukis lebih kecil jika di kejauhan namun gagal
dikesan oleh pelukis. Pada keseluruhannya imej-imej itu tidak dapat dibentuk
dengan tersusun dan kemas, malah imbangan garisan yang memisahkan antara
langit dan bumi dilukis dalam keadaan yang tidak seimbang. Kelihatan juga
kolam di hadapan dilukis mendominasikan sebahagian besar ruang dalam
lukisan ini. Bunga matahari yang hanya nampak di penjuru sudut kiri tidak dapat
membantu suasana ceria di halaman rumahnya. Seekor kucing lebih besar
daripada seekor itik yang sedang berenang di dalam kolam menjadikan
keseimbangan bentuk yang tidak sesuai. Burung-burung yang beterbangan juga
terlalu besar dan warna yang tidak harmoni.

19
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
3.4.3 KEMAHIRAN MENGGUNAKAN BAHAN

Hasil karya ini mungkin akan lebih menarik jika pelukis menggunakan
warna air kerana warna air akan kelihatan lebih menarik dan lebih lembut bagi
menggambarkan keindahan pemandangan sebuah rumah di tepi bukit
.Penggunaan warna air akan lebih menghidupkan pokok –pokok yang
dilukis,bukit bukau dan langit yang kebiru-biruan kelihatan jarang. Begitu juga
dengan warna kolam dan rumput yang menghijau. Warna hijau dan langit terlalu
kontra jadi murid begini perlu bimbingan daripada guru cara pemilihan dari segi
warna dan ton warna supaya nampak keharmonian di kawasan kaki bukit dari
pandangan jauh. Namun begitu,pada peringkat kanak-kanak terlalu sedikit diberi
pendedahan tentang kemahiran menggunakan bahan.Jadi sebagai seorang guru
seni perlu diberi perhatian kepada bidang ini agar bakat melukis kanak-kanak
terserlah.

20
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
KARYA KELIMA

3.5.1 PENJANAAN IDEA

Objektif yang hendak disampaikan oleh murid ini melalui karya ini sangat
mudah difahami dan menepati tema kerana temanya yang bebas. Pelukis
sebenarnya mempunyai idea dan cuba memfokuskan karyanya terhadap satu
gambar kartun yang diminatinya iaitu Pooh dan rakan-rakannya. Oleh kerana
ketelitian pelukis merangka beberapa perkara ke arah hala tuju penghasilan
karya, beberapa objek telah dilukis menepati objektif. Objek yang berada di
kejauhan seperti bukit telah dilukis dengan begitu cantik sekali dari sudut garisan
dan ruang serta keseimbangan diletakkan pada objek memang sesuai. Bentuk
objek lebih besar di hadapan, kecil di belakang dan ton warna yang menarik
menampakkan lagi bentuk dua dimensi dalam karya murid ini.Penjanaan ideanya
yang tersusun dan keharmonian warna yang menggunakan banyak warna panas
dan sejuk menampakkan lagi karya ini ceria dan menarik.Pada keseluruhannya
karya ini menggunakan penjanaan idea yang baik dan menarik.

3.5.2 PENGOLAHAN DAN PEMURNIAN

Dari segi pengolahan, mesej yang hendak disampaikan berkesan. Imej


bukit yang kecil dan pokok kelapa yang diwarnakan dengan hitam menampakkan
suasana yang jauh. Penggunaan warna seperti waktu senja tealah mencantikkan
lagi pemandangan karya ini. Pada keseluruhannya imej-imej itu dapat dibentuk
dengan tersusun dan kemas, malah imbangan garisan yang memisahkan antara
langit dan bumi dilukis dalam keadaan yang seimbang. Kelihatan garisan dan
ruang yang dilakarkan menampakkan lagi keharmonian pergerakan seperti air
dalam kolam, objek binatang yang tersenyum dan burung yang jauh di awan
sedang beterbangan menampakkan lagi unsur-unsur senireka dalam rupa dua
dimensi dan bentuk ilusi. Selain itu, ianya memberi gambaran yang kemas,

21
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
selesa, sempurna, menyeronokkan dan seimbang yang wujud dalam harmoni di
sekeliling karya tersebut. Murid ini memang menghasilkan karya yang dapat
melahirkan pengolahan dan pemurnian dengan baik dan berkesan.

3.5.2 KEMAHIRAN MENGGUNAKAN BAHAN

Hasil karya ini telah ada kemahiran menggunakan bahan dengan lebih
cermat dan teliti. Murid ini mahir menggunakan warna krayon dan paste ldan
dapat membezakan warna sejuk dan panas serta menggunakan warna asas,
sekunder dan tertier malah menggunakan ton warna dengan baik. Ulangan unsur
garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna dapat menghasilkan gubahan
yang harmoni. Kesan harmoni ini menjadikan karya ini menarik perhatian pada
sesuatu gubahan, objek atau imej. Murid ini dapat memberikan gambaran yang
kemas, selesa, sempurna, menyeronokkan dan seimbang. Kemahiran
menggunakan warna-warna panas seperti cahaya langit yang menunjukkan
waktu senja manakala warna bukit dan pokok-pokok yang sejuk serta warna
Pooh yang terang dapat dilihat dengan berkesan. Karya seperti ini, guru boleh
jadikan contoh kepada murid-murid yang lain serta boleh dijadikan demontrasi
kepada rakan-rakannya lain.

22
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
5. Calvin W. Taylor
Manusia dilahirkan berbeza . Tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan
bakat yang sama. Pengembangan bakat berkait rapat dengan cara guru
meransang pemikiran mereka. Pembentukan bakat perlu sesuai dengan aktiviti
yang dijalankan di dalam kelas. Pendapat ini telah dikemukan oleh Calvin W.
Taylor (1915-2000) melalui teorinya Multiple Creative Talent. Taylor
membahagikan kreativiti kepada lima peringkat iaitu :
i. Kreativiti bersifat ekspresif
ii. Kreativiti melalui penghasilan
iii. Kreativiti bersifat Inventif
iv. Kreativiti bersifat inovatif
v. Kreativiti bersifat emergen

Karya 1

Kreativiti Bersifat Ekspresif

Karya di atas dihasilkan oleh seorang murid yang telah mencapai tahap kreativiti
yang bersifat ekspresif yang berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini
boleh dilihat melalui lukisan yang dihasilkan secara spontan. Lukisan yang
berbentuk poster oleh kanak-kanak ini dihasilkan secara bebas mengikut
kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum
stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui
garisan dan contengan mudah. Ekspresi ini bersifat bebas di mana kemahiran,
keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh murid semasa proses
menghasilkan karya.

23
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
Kreativiti Melalui Penghasilan

Pengkarya telah mencapai peringkat penghasilan di mana pengkarya telah


berupaya dan cekap dalam menghasilkan sesuatu karya rekaan. Pada peringkat
ini guru hanya membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada
kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun. Peranan guru menjadi
penting kerana murid memerlukan bimbingan untuk mengenalpasti kaedah yang
betul dan sesuai dalam penghasilan karya selain memperbaiki teknik mewarna
dengan menggunakan warna asas, sekunder dan tertier. Perlu juga ditekankan
unsur-unsur seni reka dan prinsip-prinsip rekaan supaya kreativiti penghasilan
dapat diberi tumpuan supaya hasil karya lebih menarik da berkesan.

Kreativiti Bersifat Inventif

Dari segi keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi .
Peringkat ini menekankan faktor-faktor penemuan dan penciptaan. Karya ini
masih belum mencapai kreativiti yang bersifat inovatif kerana pada peringkat ini
murid masih belum dapat menghasilkan sesuatu eksperimentasi. Murid
menggunakan contoh-contoh gambar yang ada sebagai objek atau imej yang
hendak disampaikan dalam bentuk poster sambutan Hari Merdeka Ke-51.
namun begitu, susunan objek itu menampakkan ada kreativiti yang ditunjukkan di
situ.

24
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said

Kreativiti Bersifat Inovatif

Karya ini masih belum mencapai kreativiti yang bersifat inovatif kerana pada
peringkat ini murid masih belum dapat menghasilkan sesuatu karya yang
melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru
yang lebih bermakna . Murid belum dapat melakukan pembaharuan melalui gaya
dan teknik mereka sendiri. Murid masih bertindak dengan menggunakan kaedah
konvensional.

Kreativiti Bersifat Emergen

Karya ini masih belum mencapai kreativiti peringkat Emergen kerana ini
merupakan kreativiti peringkat yang tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal
diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak mudah. Karya ini tidak
mempunyai sebarang bentuk abstrak dan mudah.

25
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
Karya 5

Kreativiti Bersifat Ekspresif

Karya di atas dihasilkan oleh seorang murid yang telah mencapai tahap kreativiti
yang bersifat ekspresif yang berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini
boleh dilihat melalui lukisan yang dihasilkan secara spontan. Lukisan yang
dihasilkan oleh kanak-kanak ini dihasilkan secara bebas mengikut kemampuan
yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil.
Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan
contengan mudah. Ekspresi ini bersifat bebas di mana kemahiran, keaslian dan
kualiti tidak dianggap penting oleh murid semasa proses menghasilkan karya.
Murid ini juga telah ada pengetahuan dari segi ketelitian dan kesungguhan dalam
menghasilkan sesuatu imej yang lebih kreatif.

Kreativiti Melalui Penghasilan

Pengkarya juga telah mencapai peringkat penghasilan di mana pengkarya telah


berupaya dan cekap dalam menghasilkan sesuatu karya rekaan. Pada peringkat
ini guru hanya membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada
kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun. Peranan guru menjadi
penting kerana murid memerlukan bimbingan untuk mengenalpasti kaedah yang
betul dan sesuai dalam penghasilan karya selain memperbaiki teknik. Karya ini
juga telah menonjolkan objektif mengenai filem atau gambar kartun yang
diminatinya dalam tejuk bebas ini. Kreativiti melalui penghasilannya tercapai
dengan tambahan objek-objek lain disekelilingnya.

26
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
Kreativiti Bersifat Inventif

.
Dari segi keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi,
murid ini telah mencapai kreativiti bersifat inventif kerana telah mencipta objek
melallui proses eksperimentasi. Peringkat ini menekankan faktor-faktor
penemuan dan penciptaan. Penemuannya dalam siri kartun atau komik-komik
menjadikan hasil dalam karyanya. Mungkin minat dan seronoknya murid ini
terhadap kartun dan imej Pooh dan rakan-rakannya di televisyen mahu pun di
dalam buku cerita. Guru perlu memberikan motivasi dan galakan supaya murid
tidak cepat bosan dan putus asa.

Kreativiti Bersifat Inovatif

Karya ini masih belum mencapai kreativiti yang bersifat inovatif kerana pada
peringkat ini murid masih meniru contoh-contoh imej yang dilihatnya di dalam
filem atau buku cerita kerana belum dapat menghasilkan sesuatu karya yang
melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru
yang lebih bermakna tetapi sebagai penambahan objek seperti bukit bukau,
kolam air serta susunan rakan-rakan Pooh itu menunjukkan murid ini ada bersifat
inovatif. Walau bagaimanapun, murid belum dapat melakukan pembaharuan
melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Murid masih bertindak dengan
menggunakan kaedah konvensional.

27
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said
Kreativiti Bersifat Emergen

Karya ini masih belum mencapai kreativiti peringkat emergen kerana ini
merupakan kreativiti peringkat yang tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal
diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak mudah. Karya ini tidak
mempunyai sebarang bentuk abstrak dan mudah. Guru dan keluarga perlu
memberi sokongan dan motivasi ke arah murid ini mencapai kreativiti bersifat
emergen kerana kebolehan dan ciri-ciri seorang yang kreatif telah ada
dimindanya.

Kesimpulan
Kesimpulan daripada kerja kursus ini membolehkan kita mengetahui sedikit-
sebanyak tentang menilai sesuatu karya murid kita khasnya dalam pendidikan
seni visual di peringkat kanak-kanak. Dengan adanya tokoh-tokoh dan teori-teori
dalam seni visual juga meransang minda kita serta menambahkan pengetahuan
kita dalam seni terutama dari segi kreativiti seseorang dalam hasil karyanya.
Sabagai seorang guru haruslah berusaha untuk mengembangkan kreativiti
pelajar dengan mempelbagaikan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka. Pendidikan seni visual di
sekolah seharusnya tidak terbatas kepada pengajaran secara konventional yang
hanya melibatkan kertas sahaja dan warna semata-mata malah semua yang ada
disekeliling pelajar itu sendiri. Kita juga bertanggungjawab dalam melahirkan
pelajar yang kreatif dan inovatif malah guru itu sendiri perlu lebih menonjol
kreativitinya daripada pelajar-pelajar. Oleh itu, guru perlulah menambahkan ilmu
yang sedia ada kerana terlalu banyak lagi yang perlu guru-guru pelajari dalam
seni ini yang bukan setakat teori sahaja malah dipraktik dan amalikan.

28
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said

Bibliografi

Prof.Dr. Haji Abdlul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi
Zakaria, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MARA, Selangor, Meteor Doc.
Sdn. Bhd.

Md. Nasir Ibrahim & Iberahim Hassan (2003) Pendidikan Seni untuk maktab dan
universiti. PTS Publication & Distributors.

Zailani Yaacob dan Azimah A. Samah(2006) Teks Lengkap Pendidikan Seni


Visual KBSM. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

http://pakualam.blogspot.com/2008/07/senergi-pengaplikasian-ict-dan-seni.html

http://muassasah.wordpress.com/2007/03/14/apa-itu-kreativiti/

29
HBAE 1203: Perkembangan Seni dan Kanak-kanak
Maznah bt Meor Mohd@Said

30

Anda mungkin juga menyukai