Anda di halaman 1dari 4

Pada masa cuti sekolah yang lalu, sekolah saya telah mengadakan suatu

lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan ini disertai oleh beberapa orang
murid dan guru. Saya turut menyertai lawatan tersebut.

Kami bertolak pada pukul 6.00 pagi dengan menaiki sebuah bas yang
disewa khas. Kami tiba di Zoo Negara pada pukul 10.00 pagi. Kemudian guru kami
beratur untuk membeli tiket. Setelah itu, kami masuk ke dalam Zoo Negara.

Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis ​binatang seperti singa , gajah, zirafah ,
monyet , buaya , burung dan sebagainya. Binatang yang liar dikurung di dalam
sangkar sementara binatang yang jinak seperti arnab dibiarkan bebas. ​Suasana di
dalam ​zoo riuh-rendah dengan bunyi binatang dan kicauan burung.

Kami sempat menyaksikan ​satu pertunjukan gajah dan ular di Zoo Negara.
Pertunjukan itu diadakan sempena cuti sekolah . Saya gembira melihat​ gajah
bermain bola dan ular menari mengikut bunyi serunai. ​Saya mengambil beberapa
keping gambar sebagai kenang-kenangan.

Selepas itu, kami berasa penat. Saya dan kawan-kawan saya berehat
seketika di beberapa pondok yang disediakan khas kepada pelawat. Kami makan
sambil memerhatikan gelagat unggas.

Pada pukul 5.00 petang kami bertolak pulang. Walaupun penat, lawatan ini
dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami.
LAWATAN KE MUZIUM NEGARA

Pada masa cuti sekolah yang lalu, sekolah saya telah mengadakan suatu
lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan ini disertai oleh beberapa orang
murid dan guru. Saya turut menyertai lawatan tersebut. Di dalam muzium
terdapat pelbagai jenis barangan, gambar dan dokumen-dokumen lama dan
sebagainya.

Suasana di dalam muzium ini sangat kemas dan bersih serta susunan yang
baik. Kami sempat menyaksikan pertunjukan pratonton video lama yang diadakan
sempena cuti sekolah . Saya gembira melihatnya. Saya mengambil beberapa
keping gambar sebagai kenang-kenangan.

Selepas itu, kami berasa penat. Saya dan kawan-kawan saya berehat
seketika di beberapa pondok yang disediakan khas kepada pelawat. Kami makan
sambil memerhatikan gelagat unggas.

Pada pukul 5.00 petang kami bertolak pulang. Walaupun penat, lawatan ini
dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami.
SUP SAYURAN

Hidangan sup ringkas yang dimasak menggunakan bahan-bahan segar sememangnya


sangat lazat. Penggunaan bahan berkualiti seperti makanan laut, isi ayam, daging dan telur
memberikan rasa aroma serta keenakan yang tersendiri. Namun, untuk membuat juadah
berbuka sup sayuran, kita memerlukan bahan-bahan seperti beberapa sayuran seperti lobak,
dimana lobak baik untuk kesihatan mata. Selain itu, tomato, kubis serta lada benggala baik
untuk kulit dan sebagainya.

Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang
menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk
tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang
telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat
badan.

Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan
untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti
oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk
membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan
risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin C bergabung untuk mengekalkan kulit yang sihat
walaupun meningkat usia.
SOALAN 1 = ​POLA

SOALAN 2 = ​BETUL

Anda mungkin juga menyukai