Anda di halaman 1dari 9

B.

Jenis-jenis aliran di dalam Konsep Ketuhanan

1. Definisi Teisme

Teisme adalah aliran kepercayaan dimana alam dan segala isinya

mempercayai bahwa Tuhanlah yang menciptakan, memelihara serta

memberikan kemudahan bagi ciptaanNya iaitu makhluk-makhluk. Dalam

kamus teologi, Teisme disebut Theism - (Yun-‘Allah ’)1, yang bermaksud

kepercayaan kepada Tuhan yang transenden dan peribadi yang

menciptakan, memelihara, dan campur tangan dalam kehidupan manusia di

dunia manusia. Sepertimana yang bisa kita lihat adalah melalui mukjizat

kepada para utusan dan nabi. Teisme dalam penggunaannya yang paling

meluas adalah kepercayaan kepada satu tuhan. Beberapa penggunaan

yang lebih kecil menjelaskan bahawa ketuhanan berada dalam entiti yang

dapat dikenali tetapi berbeza dengan Pantheisme. Penggunaan lain yang

kecil adalah bahawa tuhan adalah kekuatan kewujudan di alam semesta

dan tidak termasuk dalam bentuk formisme .Teisme boleh dikelompokkan

ke dalam pelbagai jenis aliran kepercayaan seperti Monoteisme (di mana

percaya kepada 1 Tuhan & dikapitalisasi) dan politik. Agama-agama utama

pada dasarnya menganut aliran ketuhanan Teisme seperti agama Yahudi,

Kristian, dan Islam2. Penyebutan pertama mengenai teisme digunakan oleh

Ralph Cudworth (1617-1688), dan digunakan sebagai lawan kata

Atheisme, istilah yang diciptakan sekitar tahun 1587. Malah, Immanuel

1
Mill, J. S., & Taylor, R. (1957). Theism. New York: Liberal Arts Press.
2
Fiske, J. (1899). Throught nature to God. Boston: Houghton, Mifflin & Co.

1
Kant (1724-1804) juga menggunakan istilah Teisme kerana ingin

membezakan konsep aliran ketuhanan Teisme dan Deisme

2. Ciri-ciri Aliran Ketuhanan Teisme

 Tuhan itu berada di alam kekal sehingga tuhan dan makhluk sangat

berbeza sehinggakan ia juga jauh dari alam transenden

 Teisme tidak memutlakkan imanensasi ketuhanan sehingga dapat

menyamakan Tuhan dengan dunia sehinggakan ia percaya bahawa

Tuhan bukan sekadar pencipta yang jauh tetapi melalui pemerintahan,

wahyu, dan pelbagai tindakan keselamatannya. Atau lebih mudah

difahami, tuhan terlibat tanpa henti dalam sejarah kehidupan manusia dan

dunia3.

 Tuhan setelah menciptakan alam tetap aktif dan memelihara alam


4
kerana itu, teisme mempercayai kebenaran mukjizat walaupun

melanggar hukum alam, serta doa seseorang akan didengar dan

dimakbulkan oleh Tuhan kerana dia Maha Mendengar.

3. Jenis-Jenis Fahaman Teisme

Agama-agama besar pada dasarnya menganut fahaman Teisme, seperti Yahudi,

Kristen dan Islam5. Ada beberapa jenis tentang Teisme dan kesemua jenis

tersebut berbeza pandangan dalam mendekati Tuhan.

3
Anderson, L. F. (1910). Prolegomena to theism. New York: Press of Andrew H. Kellogg
Co.
4
Morris, T. V. (1994). God and the philosophers: the reconciliation of faith and reason.
New York: Oxford University Press.
5
Amsal bakhtiar, Filsafat Agama, Jakarta: Rajawali Pers, 2009, hlm. 2.

2
 Teisme Rasional dimana aliran ini telah dipelopori oleh Rene Descartes
dan Leitniz.

 Teisme Eksistensial sepertimana yang kita ketahui telah dipelopori oleh


Soren Kierkegaard.

 Teisme Fenomonologi dimana aliran ini telah dipelopori oleh Peter


Khoestenbaum

 Teisme Empiris seperti yang telah diketahui ia telah dipelopori oleh


Thomas Reid.

4. Konsep Teisme menurut Pandangan Agama


a. Agama Islam

Konsep teisme dalam Islam dijelaskan oleh Al-Ghazali ialah Allah adalah Zat

Yang Maha Esa pencipta alam dan pada masa yang sama berperanan aktif dalam

mengawal alam. Allah menciptakan alam dari tidak ada (cretio exnihilo).

Mukjizat adalah suatu kejadian semula jadi kerana ia mahakuasa dan

berkehendak mutlak dapat mengubah semua ciptaan-Nya sesuai dengan kehendak

mutlak-Nya.

 Transendensi Tuhan dicantumkan dalam surat Al-A’raf ayat 54.

ۡ َ ‫ت َوٱأۡل َ ۡر‬
ۡ ‫ض فِي ِستَّ ِة أَي َّٖام ثُ َّم‬ َ َ‫إِ َّن َربَّ ُك ُم ٱهَّلل ُ ٱلَّ ِذي َخل‬
ِ ‫ق ٱل َّس ٰ َم ٰ َو‬
ِ ۖ ‫ٱست ََو ٰى َعلَى ٱل َع ۡر‬
‫ش‬

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi
dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas ´Arsy....”

3
 Imanensi Tuhan dijelaskan dalam surah Qaf ayat 16,

‫س بِِۦه ن َۡف ُس ۖۥهُ َون َۡحنُ أَ ۡق َربُ إِلَ ۡي ِه ِم ۡن َح ۡب ِل ۡٱل َو ِريد‬


iُ ‫َولَقَ ۡد خَ لَ ۡقنَا ٱإۡل ِ ن ٰ َسنَ َون َۡعلَ ُم َما تُ َو ۡس ِو‬ ِ

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang
dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat
lehernya”

 Dalil mengenai ke-Esaan Tuhan dalam surah Al-Ikhlas ayat 1

١ ‫قُ ۡل هُ َو ٱهَّلل ُ أَ َح ٌد‬


“Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa

b. Agama Kristian

St.Augustinus yang merupakan antara tokoh Kristian pertama yang

mengemukakan aliran Teisme. Menurutnya, tuhan ada dengan sendirinya

(self-existance) || tidak diciptakan || tidak berubah || bersifat abadi dan

Maha Sempurna6. Selain itu, Tuhan adalah Kekuatan peribadi yang terdiri

atas tiga entiti yang berbeza iaitu Tuhan Bapak || Tuhan anak || Roh kudus7.

Tuhan menciptakan alam jauh dari alam dan diluar dimensi waktu tetapi

Dia masih mengendalikan setiap kejadian yang berlaku di dalam alam

menurut pandangan St Augustinus

Beliau juga berpendapat mukjizat adalah benar-benar ada kerana

Tuhan selalu mengatur ciptaan-Nya .Setiap kejadian yang dianggap biasa dan

tidak teratur adalah tindakan Tuhan. Alam diciptakan dari tiada apa-apa dan

6
Cole, L. T. (1895). The Basis of early Christian theism. New York: The Macmillan Co.
7
Anderson, L. F. (1910). Prolegomena to theism. New York: Press of Andrew H. Kellogg
Co.

4
disebabkan itulah alam adalah baru dan tidak abadi. Alam mempunyai

permulaan dan pengakhiran sekaligus tidak diciptakan dalam masa. Manakala

makhluk manusia sama dengan alam tidak abadi dan terdiri atas jasad

yang mati dan jiwa yang tidak mati 8 setelah kematian. Sepertimana yang

kita ketahui, jiwa akan menunggu saat penyatuan dalam keadaan yang lebih

tinggi iaitu syurga atau neraka. Ketika dibangkitkan jiwa manusia akan

mencapai kesempurnaan hakikat yang sebenarnya dari manusia adalah

jiwa bukan jasadnya. Jiwa yang bersih akan kembali ke penciptanya iaitu

Tuhan

c. Agama Yahudi

Ahli falsafah Yahudi yang berpaham teisme adalah Ibn Maimun atau

Maimodes9. Menurutnya, tuhan merangkumi kesemua posisi yang penting || tidak

berjasad || tidak berpotensi dan tidak menyerupai makhluk. Dalam hal ini,

menurut Ibn Maimun bahwa Tuhan adalah transenden. Adakah ini bermaksud

bahawa Tuhan tidak memperhatikan keadaan makhluknya? Apakah doa itu tidak

dimakbulkanNya? Ibn Maimun menjawab bahawa tuhan

memperhatikan nasib makhluk Nya dan mendengar do’a kita. 10 Bukti Tuhan

memerhatikan nasib makhlukNya adalah dengan memberikan nikmat kepada

makhluk berperingkat dan banyak.

 Sebagai contoh : Udara || air || makanan adalah keperluan asas manusia

udara paling diperlukan kerana tanpa udara manusia akan mati dalam
8
Cole, L. T. (1895). The Basis of early Christian theism. New York: The Macmillan Co.
9
Morris, T. V. (1994). God and the philosophers: the reconciliation of faith and reason.
New York: Oxford University Press.
10
Fiske, J. (1899). Throught nature to God. Boston: Houghton, Mifflin & Co.

5
waktu yang singkat. Manakala tuhan boleh bertahan hidup dalam waktu

satu sampai dua hari walaupun tidak ada air.

Bukankah udara lebih banyak dan lebih mudah diperoleh daripada air?

begitu juga air dan makanan. Bukankah air lebih mudah diperoleh daripada

makanan? Hal ini menyebabkan seseorang itu mampu untuk bertahan hidup

sehingga beberapa minggu dengan air walaupun tidak makan. Hal ini

terbuktilah apa yang disampaikan oleh ibn Maimun iaitu tuhan sangat

memerhatikan makhlukNya.

5. Kritikan terhadap Teisme

a. Kritikan dari Karl Marx

Kritikan terhadap Teisme ini lebih tajam datang dari aliran fahaman

Materialism. Menurut penyokong Materialisme iaitu Karl Marx, agama

adalah sebahagian dari kelas pekerja yang menderita11 dan mereka

tidak mampu melawan struktur kelas atas yang begitu kuat sehingga

mereka mencari kekuatan supernatural12 untuk menolong mereka. Dan daripada

sinilah muncul tuhan-tuhan yang sesuai dengan kepentingan dan keperluan

mereka. Orang miskin adalah tuhannya orang kaya, orang tertindas,

Tuhannya adalah orang yang kuat ||orang yang berperang dan Tuhan adalah

orang yang cinta akan kedamaian. Seandainya Sosialisme muncul maka tidak

11
Anderson, L. F. (1910). Prolegomena to theism. New York: Press of Andrew H. Kellogg
Co.
12
Fiske, J. (1899). Throught nature to God. Boston: Houghton, Mifflin & Co.

6
akan ada seorang pun akan lapar dan tidak ada seorang pun yang akan

tertindas. Agama akan mati dengan sendirinya sebagaimana halnya dengan

negara tegas Karl Marx.

b. Kritikan dari Sigmund Freud & Marx

Salah seorang pengkritik yang cukup tajam adalah Sigmund Freud

“We say to our self it would be very nice if there were a god, who were both

creator of the world and benevolent providence. Meanwhile, if there were a

moral world that can give out an order to a future life, but in the same time it's

very odd that this is all just as we wish it ourselves13.

Mereka melihat realiti Tuhan dari perspektif Psikologi dan Sosiologi. Hal itu

menyebabkan, Marx membenci agama yang dimana pada masa itu

memperkayakan kapitalis dan pendeta. Pengalaman beliau dalam hidup

menyebabkan dia menganalisis kehidupan sosial, jadi dia dengan tergesa-gesa

menyimpulkan bahawa kepercayaan kepada Tuhan menyebabkan kelas dalam

masyarakat menjadi lebih tajam.

. Akhirnya, kritikan sinis ditujukan kepada pemimpin agama kerana

kandungan kitab suci itu tidak bertujuan menindas para pekerja 14 dan

sebaliknya. Hal ini juga, menjadikan wawasan Marx sangat terbatas pada

13
Morris, T. V. (1994). God and the philosophers: the reconciliation of faith and reason.
New York: Oxford University Press.
14
Anderson, L. F. (1910). Prolegomena to theism. New York: Press of Andrew H. Kellogg
Co.

7
agama-agama yang ada di Eropah pada masa itu. Marx mengukur kepercayaan

agama melalui langkah-langkah empirikal. Akan tetapi, agama ini tidak dapat

diukur melalui ukuran empirik, tetapi tidak digunakan untuk mengukur

kepercayaan15.

6. Kebenaran Teisme

 Kebanyakan aliran berpendapat bahawa manusia berada pada kedudukan

tertinggi. Aliran Teisme meletakkan asas yang kuat dalam menghormati

manusia dengan berprinsip bahawa manusia adalah ciptaan Tuhan16 dan

pada masa yang sama ia merupakan makhluk yang mewakili di bumi.

 Apabila para penganut Nihilisme yang berpadangan bahawa hidup adalah

sesuatu yang tidak bernilai. Aliran Teisme menawarkan suatu tujuan

tertinggi bagi kehidupan17 sekaligus menegaskan kewujudan manusia

didunia || || dari mana || sedang kemana. Oleh disebabkan itulah aliran

Teisme menawarkan kehidupan yang abadi setelah mati.

 Teisme menawarkan asas yang kukuh dan menegakkan piawaian moral

sejagat untuk semua manusia dan bahkan untuk semua kaum. Nilai nilai

mutlak ini lebih unggul daripada moral dan tingkah laku yang dibuat18

oleh manusia yang bersifat relatif dan boleh berubah

15
Mill, J. S., & Taylor, R. (1957). Theism. New York: Liberal Arts Press.
16
Fiske, J. (1899). Throught nature to God. Boston: Houghton, Mifflin & Co.
17
Morris, T. V. (1994). God and the philosophers: the reconciliation of faith and reason.
New York: Oxford University Press.
18
Mill, J. S., & Taylor, R. (1957). Theism. New York: Liberal Arts Press.

8
9