Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM “KEMBARA KOMUNITI LILLAHI TAALA” YANG

DIJALANKAN DI SURAU NUR HIDAYAH, KAMPUNG PULAU PENAMPANG

1.0 PENGENALAN

Surau Nur Hidayah Kampung Pulang Penampang merupakan sebuah surau yang berada di
tengah kawasan antara Kampung Pulau Penampang dan Kampung Contoh Suang Parai.
Surau ini selalu digunakan oleh kedua belah penduduk kampung untuk menunaikan
kewajipan dan segala aktiviti kemasyarakatan kampung itu. Kampung Pulau Penampang
dan Suang Parai merupakan kampung yang bergabung dan purata perumahan disitu kira-
kira dalam 500 buah rumah. Kampung Pulau Penampang merupakan kampung yang
majoritinya didiami oleh bangsa Kadazan Dusun beragama Islam. Ada dikalangannya sedia
Islam ada juga Mualaf. Penduduk Kampung Suang Parai penempatannya pula berasal
daripada Universiti Malaysia Sabah sebelum Universiti Malaysia Sabah meluaskan wilayah
mereka untuk kemudahan pelajar. Berikutan perkara itu, penduduk asalnya dipindahkan ke
tempat lain yang diberi nama sebagai Kampung Suang Parai. Gabungan di antara kedua
kampung ini, memberi anggaran jumlah yang besar dan padat di satu penempatan itu.
Dengan itu, dapat difahamkan mereka juga berkongsi surau yang sama dalam jumlah begitu
besar tetapi surau itu tidak mampu menampung dan memberi kemudahan secukupnya.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memperelokkan dan membaiki fasiliti yang terdapat di surau.

2.2 Mewujudkan Ikatan di antara para siswa dan siswi bersama penduduk kampung.

2.3 Memberi peluang kepada para mahasiswa dan mahasiswi berinteraksi secara praktikal
melalui aktiviti luar.

2.4 Meningkatkan kualiti ilmu serta pengalaman mahasiswa dan mahasiswi ke arah lebih
produktif dan professional melalui program ini.
2.5 Mempromosikan Kolej Teknikal Yayasan Sabah dalam khidmat komuniti.
3.0 PERJALANAN DAN AKTIVITI PROGRAM

Aktiviti tidak dapat dijalankan kerana mengalami kekangan bajet.

4.0 FAEDAH YANG DIPEROLEHI

Pelajar:

 Melatih dan meningkatkan keyakinan dalam mempelajari sesuatu yang baru dan
dapat menyemai sifat bantu membantu di antara mereka dan penduduk kampung.

Peserta/Surau Nur Hidayah Pulau Penampang:

 Dapat memberikan khidmat komuniti kepada penduduk kampung tersebut bagi


kemudahan dan keselesaan kegunaan di surau tersebut.

Persatuan/Kolej:

 Menjurus kepada visi dan misi persatuan dalam membantu sejajar dengan saranan
kerajaan sekaligus menaikkan nama Kolej Teknikal Yayasan Sabah.

5.0 RUMUSAN

Diharap aktiviti seperti ini dapat dijalankan dengan lebih banyak lagi. Selain itu,pada masa
akan datang,diharapkan pihak atasan dapat memberi kerjasama serta dapat
mempermudahkan urusan pihak yang terlbat dalam aktiviti seperti ini supaya aktiviti ini
dapat dijalankan dengan baik.Di samping itu, aktiviti seperti ini juga dapat membantu untuk
menaikkan nama kolej.