Anda di halaman 1dari 4

KES PENJUALAN MYKAD PASLU OLEH PENOLONG PENGARAH JABATAN

PENDAFTARAN NEGARA (JPN) NEGERI PULAU PINANG.

Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, Mohd Faizul Ariffin, 34,

didakwa dengan 11 pertuduhan, membabitkan dua mengikut Seksyen 26E Akta

Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM); Seksyen 466

Kanun Keseksaan (empat pertuduhan), dan Peraturan 25 (1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara

1990 dengan lima pertuduhan.Selain Mohd Faizul, lima lagi tertuduh yang kesemuanya

rakyat tempatan ialah Datuk Lai Chin Wah, 56, Loh Chan Cheong, 34, Chien Guan Chai, 36,

Yap Cheng Wah, 44, dan Mohd Faizal Tan Abdullah, 56.

Mohd Faizul didakwa membuat dan memalsukan kad pengenalan dan sijil kelahiran atas

nama Ewe Chor Beng dan Tan Xiu Xiu, selain mengeluarkan kad pengenalan atas nama Lim

Hock Eng, Yang Xiaohong, dan Pheh Jin Leong, yang kesemuanya adalah warga China.Dia

didakwa melakukan kesalahan itu sejak 20 September 2018 sehingga 3 Mei lalu di JPN Pulau

Pinang, Bangunan Persekutuan di Jalan Anson, di sini.

Sementara itu, Chan Cheong, Chin Wah, Cheng Wah, Guan Chai, dan Mohd Faizal didakwa

kerana menjual kad pengenalan dan sijil kelahiran atas nama Ewe Chor Beng, antara 1 Mac

hingga 31 Mac lalu, di mana mereka didakwa mengikut Seksyen 26E Akta

Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).Bagi kesalahan

itu, mereka boleh dihukum penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 15 tahun, dan

denda tidak kurang RM50,000 tetapi tidak melebihi RM500,000, atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Chin Wah, Chan Cheong, Guan Chai, dan Cheng Wah, didakwa bersubahat

dengan Mohd Faizul memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama Ewe Chor
Beng pada 1 Januari hingga 31 Januari lalu, di JPN Pulau Pinang Guan Chai juga turut

didakwa bersubahat dengan Mohd Faizul memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan atas

nama Tan Xiu Xiu, antara April dan Mei lalu, di JPN Pulau Pinang.

Bagi semua kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan

boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.Kesemua kes itu

dibacakan secara berasingan di Mahkamah Sesyen Jenayah 1 dan 2, Georgetown di hadapan

Hakim Salha Hamzah dan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Pasukan pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri, Yusaini Amer Abdul Karim,

dan tiada jaminan ditawarkan kepada semua tertuduh, selain kes akan disebut semula pada 18

September ini.Mohd Faizul diwakili peguam Sukhindarpal Singh, Chin Wah diwakili Dr N

Ahilan, dan Lee Kean Wooi mewakili Chan Cheong dan Cheng Wah.

Mohd Faizal dan Guan Chai yang mempunyai hubungan sebagai bapa dan menantu, diwakili

peguam Datuk Ranjeet Singh. polis mendedahkan berjaya membongkar sindiket penjualan

MyKad dan dokumen pengenalan diri kepada warga China yang didalangi pegawai JPN

negeri.Susulan itu, 20 individu yang berumur antara 32 hingga 70 tahun ditahan dalam

operasi khas oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen

(IPK) Pulau Pinang dan Bahagian (D14) Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman.
Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan kes enam lelaki termasuk seorang

Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Pulau Pinang, yang didakwa

mengeluar dan menjual Mykad dan sijil kelahiran kepada warga asing, dipindahkan ke

Mahkamah Tinggi.Mahkamah memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal

pihak pendakwaan terhadap permohonan peguam yang mahu kes dihadapi semua tertuduh

mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,

kekal dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Keputusan dibuat Hakim Norsalha Hamzah dan Hakim Mazdi Abdul Hamid selepas

mendengar hujah kedua-dua pihak ketika pendengaran kes itu di dua Mahkamah Sesyen

berasingan.Ketika sebutan semula pada 18 September lalu, pihak pendakwaan

mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk kes berkenaan dipindahkan ke

Mahkamah Tinggi, namun peguam yang mewakili semua tertuduh sebulat suara membantah

dan mahu perbicaraan kes itu dikekalkan di Mahkamah Sesyen.

Pada 12 September lalu, kesemua mereka yang berusia antara 34 hingga 66 tahun itu didakwa

atas 32 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad

pengenalan secara tidak sah kepada warga asing. Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang,

Mohd Faizul Arifin, 34; Datuk Lai Chin Wah, 56; Loh Chan Cheong, 34; Chien Guan Chai,

36; Yap Cheng Wah, 43, dan Mohd Faizal Tan Abdullah, 66, masing-masing didakwa antara

dua dan tiga pertuduhan utama mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007, yang mana perbuatan itu dilakukan antara Januari 2019

hingga Mac 2019.


Mohd Faizul didakwa membuat dokumen pengenalan diri iaitu sijil kelahiran dan kad

pengenalan atas nama Ewe Chor Beng bagi maksud memudahkan suatu perbuatan

penyeludupan migran, manakala lima yang lain masing-masing dituduh menjual sijil

kelahiran dan kad pengenalan atas nama individu sama.

Lima daripada mereka kecuali Mohd Faizal Tan masing-masing didakwa antara dua dan

empat pertuduhan mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 109

Kanun Keseksaan kerana memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama beberapa

individu, antara Januari 2019 hingga Mei 2019.

Mohd Faizul turut didakwa atas lima lagi pertuduhan mengikut Peraturan 25(1)(i) Peraturan-

peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana mengeluarkan kad pengenalan atas nama beberapa

individu antara September 2018 hingga 3 Mei 2019. Sementara itu, peguam R S N Rayer

memaklumkan kepada Norsalha yang beliau menarik diri daripada mewakili Chin Wah bagi

semua pertuduhan yang dihadapi lelaki itu.

Rayer berkata, keputusan itu dibuat selepas mendakwa ada pihak tertentu termasuk parti

politik mempersoalkan perlantikan beliau dalam kes terbabit berikutan statusnya sebagai Ahli

Parlimen. Norsalha kemudian membenarkan permohonan Rayer dan peguam R Sivah

Nanthan mengambil alih tugas mewakili Chin Wah dalam semua kesnya.