Anda di halaman 1dari 7

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

PRODUK-PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

1. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk
kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

Bil. Nama Produk Nombor Racun Berjadual Nama Pemegang


Notifikasi Yang Dikesan Notifikasi

1. Tati Ultra Treatment NOT171202674K Hydroquinone & NH Biz Resources


Tretinoin

2. Tati Ultra Night Cream NOT171202673K Merkuri NH Biz Resources

3 Deeja Dream Cream NOT180105343K Hydroquinone Limajari Marketing

4. Deeja Wrinkle Cream NOT180105344K Merkuri Limajari Marketing

5. ROBISIS - Anti-Acne NOT170402517K Merkuri YS Medicals Sdn.


Whitening Day & Night Bhd.
Cream

6. Asdanne Whitening NOT170804496K Merkuri YS Medicals Sdn.


Freckle Day Cream Bhd.

7. Fulenze - Whitening NOT170900717K Merkuri YS Medicals Sdn.


Freckle Day Cream Bhd.

2. Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan


Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk
berkenaan.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

3. Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk


farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh
digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

4. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk


tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. Penggunaan
hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit
yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi
hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi
(depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan
boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

5. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan
merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa
pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi
kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

6. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan
mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata serta
kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik
boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan
sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau
yang belum dilahirkan.

7. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang
sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang
disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri
apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang
menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam
mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan
perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

8. Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan
penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah
diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar
Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

9. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan


hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya
untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun
atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan
boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga
RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

10. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk
segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan
jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

11. Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada


kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status
notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA
https://www.npra.gov.my .

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH


Ketua Pengarah Kesihatan
29 Januari 2019
PRESS STATEMENT
DIRECTOR GENERAL OF HEALTH

COSMETIC PRODUCTS FOUND TO CONTAIN SCHEDULED POISON

1. The National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Ministry of Health Malaysia


(MOH) would like to urge the public to refrain from buying and using the following cosmetic products
which had been found to contain scheduled poison as below:

No. Product Name Notification Scheduled Poison Name of Notification


Number Detected Holder

1. Tati Ultra Treatment NOT171202674K Hydroquinone & NH Biz Resources


Tretinoin

2. Tati Ultra Night Cream NOT171202673K Mercury NH Biz Resources

3. Deeja Dream Cream NOT180105343K Hydroquinone Limajari Marketing

4. Deeja Wrinkle Cream NOT180105344K Mercury Limajari Marketing

5. ROBISIS - Anti-Acne NOT170402517K Mercury YS Medicals Sdn.


Whitening Day & Night Bhd.
Cream

6. Asdanne Whitening NOT170804496K Mercury YS Medicals Sdn.


Freckle Day Cream Bhd.

7. Fulenze - Whitening NOT170900717K Mercury YS Medicals Sdn.


Freckle Day Cream Bhd.

2. Notification of these cosmetic products have been cancelled by the Senior Director of
Pharmaceutical Services, MOH following the detection of scheduled poison.

DESCRIPTION ABOUT SCHEDULED POISON AND ITS IMPACT ON HEALTH

3. Products containing hydroquinone and tretinoin are classified as pharmaceutical products


that requires registration with the Drug Control Authority (DCA) and can only be used under the
advice of healthcare professionals.

4. Cosmetic products adulterated with hydroquinone are typically marketed for skin
lightening, as well as, to treat blemishes and uneven skin tone. Preparations containing
hydroquinone should only be used under the supervision of healthcare profesionals. The
unsupervised usage of hydroquinone can cause skin redness, discomfort, skin discolouration and
hypersensitivity. Hydroquinone inhibits the pigmentation process (depigmentation) which reduces
the skin’s ability to be protected from harmful UV rays, thus, increasing the risk of skin cancer.

5. Cosmetic products adulterated with tretinoin are commonly promoted for use in acne and
to reduce wrinkles. Preparations containing tretinoin should only be used under the supervision of
healthcare profesionals. The unsupervised usage of tretinoin can cause redness to the skin,
discomfort, stinging, peeling and sensitivity to sunlight.

6. Cosmetic products adulterated with mercury can cause harm to human health and are
commonly marketed for skin lightening and anti ageing treatments such as for freckles, blemishes
and wrinkles. Exposure to mercury can cause damage to the kidneys and the nervous system. It
may also interfere with the development of the brain in unborn children and very young children.

7. Furthermore, exposure to mercury is not only limited to the person using the cream
containing mercury but also to others especially children as mercury can get into their bodies from
breathing in the mercury vapours. Infants and children can ingest mercury when they touch the
cosmetic products containing mercury or their parents who have used these products. Using
products containing mercury can also cause skin rashes, irritation and other changes to the skin.

WARNING TO VENDORS AND DISTRIBUTORS OF THESE COSMETIC PRODUCTS

8. All sellers and distributors are warned to stop sales and distribution of these products
immediately. All sellers are reminded that selling or distributing these cosmetic products is an
offence under the Control Of Drugs and Cosmetics Regulations 1984.

9. Any individual who commits an offence under these Regulations can be fined up to a
maximum of RM25,000 or to imprisonment for a term not exceeding 3 years or both, and for a
second or subsequent offence, shall be liable on conviction to a fine not exceeding RM50,000 or
imprisonment for a term not exceeding 5 years or both. A company found guilty can be fined up to
RM50,000 for the first offence and fined up to a maximum of RM100,000 for subsequent offences.

ADVISORY TO PUBLIC

10. Consumers are advised to stop using these products and seek further advice from
healthcare professionals, if experiencing any unpleasant effects or adverse events.

11. Enquiries on cosmetic products can be emailed to kosmetik@npra.gov.my. Consumers and


public may check the notification status of a cosmetic product via NPRA’s official website at
https://www.npra.gov.my .

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH


Director General of Health
29 January 2019
LAMPIRAN A / APPENDIX A

1) Nama Produk/ Product Name: Tati Ultra Treatment (NOT171202674K)

2) Nama Produk/ Product Name: Tati Ultra Night Cream (NOT171202673K)

3) Nama Produk/ Product Name: Deeja Dream Cream (NOT180105343K)


4) Nama Produk/ Product Name: Deeja Wrinkle Cream (NOT180105344K)

5) Nama Produk/ Product Name: ROBISIS - Anti-Acne Whitening Day & Night Cream
(NOT170402517K)
6) Nama Produk/ Product Name: Asdanne Whitening Freckle Day Cream (NOT170804496K)

7) Nama Produk/ Product Name: FULENZE - Whitening Freckle Day Cream


(NOT170900717K)

Anda mungkin juga menyukai