Anda di halaman 1dari 38

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN MUZIK
TAHUN EMPAT
DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


(KSSR)

PENDIDIKAN MUZIK

TAHUN EMPAT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


Cetakan Pertama
© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
KANDUNGAN

RUKUNEGARA v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi
PENDAHULUAN vii
MATLAMAT vii
OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH viii
FOKUS MATA PELAJARAN viii
ORGANISASI KANDUNGAN ix

KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT


Objektif Pendidikan Muzik Tahun Empat 3
Modul 1 : Pengalaman Muzikal 4
Modul 2 : Penghasilan Muzik 9
Modul 3 : Apresiasi Muzik 10
Modul 4 : Membaca Dan Menulis Notasi Muzik 11
Glosari 17

iii
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vi
PENDAHULUAN MATLAMAT

Kurikulum Pendidikan Muzik merupakan program Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat
pembelajaran untuk tiga tahun persekolahan iaitu dari untuk melahirkan insan kreatif yang berpengetahuan serta
Tahun Empat hingga Tahun Enam di sekolah rendah dapat menghayati dan menikmati muzik secara intelektual
(Tahap Dua). Kurikulum ini juga merupakan kesinambungan menerusi aktiviti muzikal.
program pembelajaran Dunia Muzik (Tahun Satu hingga
Tahun Tiga) dengan memberi tumpuan kepada
perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang
muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea
kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika
muzik. Pada tahap ini juga, murid berpeluang untuk
mempelajari pembacaan dan penulisan notasi muzik secara
konvensional seterusnya mempraktikkan kemahiran
tersebut menerusi permainan alat muzik. Bagi mencapai
tujuan yang dihasratkan, kurikulum ini dibina dengan
memberi tumpuan kepada empat modul kurikulum iaitu
Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik
serta Membaca dan Menulis Notasi Muzik.

vii
OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH FOKUS MATA PELAJARAN
RENDAH

Kurikulum Muzik sekolah rendah bertujuan untuk Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah dibina
membolehkan murid mencapai objektif berikut; berasaskan EMPAT modul kurikulum dengan peratus
pengagihan kandungan seperti berikut;
i. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti
nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik, Modul Pengalaman Muzikal (60%)

ii. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti
dalam aktiviti muzikal, nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. Murid
berpeluang untuk memainkan rekorder sebagai alat muzik
iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti berpic.
nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik,
Modul Penghasilan Muzik (20%)
iv. membaca dan menulis notasi muzik,
Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang
v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.
menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya
muzik yang didengar; dan

vi. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

viii
Modul Apresiasi Muzik (10%) ORGANISASI KANDUNGAN

Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik Dokumen ini disusun berasaskan tiga modul kurikulum
menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya. berikut:

Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10%) i. Pengalaman Muzikal


ii. Penghasilan Muzik
Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas iii. Apresiasi Muzik
membaca dan menulis notasi muzik dalam permainan alat iv. Membaca dan Menulis Notasi Muzik
muzik.
Susunan modul kurikulum ini tidak mengikut hierarki tetap.
Susunan ini bertujuan memudahkan kandungan kurikulum
diorganisasikan. Setiap modul kurikulum dinyatakan dalam
dua lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi
ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. Lajur
Standard Pembelajaran menunjukkan kemahiran yang perlu
dikuasai murid bagi satu tahun persekolahan.

ix
PENTAKSIRAN PENGAJARAN DAN sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran

PEMBELAJARAN dalam konteks ini boleh dijalankan dihujung pengajaran. Oleh


yang demikian guru hendaklah merancang aktiviti penilaian
Pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai keberkesanannya dengan teliti bagi memastikan pentaksiran yang relevan dan
melalui aktiviti pentaksiran. Pencapaian pelajar ditaksir untuk menepati tujuan.
mengetahui kadar penerimaan dan penguasaan ilmu
pengetahuan dan kemahiran muzik yang diajar. Perkara ini
memerlukan aktiviti pentaksiran yang dilakukan semasa atau
di penghujung aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Petunjuk
pencapaian pelajar haruslah dengan eviden yang dapat
menyatakan tahap pencapaian pelajar dengan jelas dan
memberi guru landasan yang kukuh untuk melanjutkan aktiviti
pembelajaran pada tahap yang lebih tinggi.

Contoh pentaksiran yang boleh dijalankan semasa


pengajaran dan pembelajaran ialah, pentaksiran untuk menilai
keupayaan murid memahami konsep tempo cepat dan lambat
atau pic tinggi dan rendah. Guru boleh mentaksir menerusi
pemerhatian semasa murid membuat aktiviti pergerakan
mengikut muzik. Dalam situasi yang memerlukan murid
mengingat kembali perkara yang telah mereka pelajari

x
KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK
TAHUN EMPAT
OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT

Kurikulum Pendidikan Muzik Tahun Empat bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut;

i. menyanyi lagu dengan ton suara dan ekspresi yang sesuai serta pic, sebutan dan artikulasi yang betul mengikut tempo.

ii. memainkan perkusi dengan ekspresi yang sesuai berdasarkan keratan skor mengikut tempo,

iii. melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar,

iv. memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan skor,

v. meneroka dan menghasilkan idea muzikal menggunakan vokal dan perkusi,

vi. mengenal pasti pelbagai muzik yang didengar,

vii. menama dan menulis simbol muzik, not, tanda rehat dan meter; dan

viii. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

3
KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT

MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL

Murid menyanyi lagu dengan ton suara dan ekspresi yang sesuai serta pic sebutan dan artikulasi yang betul mengikut tempo.
Murid memainkan perkusi dengan ekspresi yang sesuai berdasarkan keratan skor mengikut tempo.
Murid melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar.
Murid memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan keratan skor mengikut tempo.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo 1.1.1 Menyanyi dengan pic yang betul
atau berkumpulan. - kawalan not pendek

1.1.2 Menyanyi lagu pusingan.

1.1.3 Menyanyi solfa do, re , mi , fa , so.


- menyanyi solfa dalam pelbagai corak irama

4
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.4 Mengaplikasi legato dan staccato dalam nyanyian.

1.1.5 Menyanyi dengan dinamik.


- lembut ( p )
- kuat ( f )
- sederhana kuat ( mf )

1.1.6 Menyanyi dengan sebutan yang betul.

5
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.2 Memainkan perkusi secara solo atau 1.2.1 Memainkan corak irama berdasarkan skor.
berkumpulan daripada pelbagai repertoir.
-

1.2.2 Memainkan perkusi dalam pelbagai tempo.

1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik berdasarkan skor.


- lembut ( p )
- sederhana lembut ( mp )
- kuat ( f )
- sederhana kuat ( mf )

6
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik. 1.3.1 Membuat pergerakan berdasarkan muzik yang didengar.
- ekspresi
- melodi

Cadangan aktiviti:
- bergerak berdasarkan situasi, tema atau puisi

1.4 Memainkan rekorder secara ensembel. 1.4.1 Memainkan not G , A , B , D‟ dan C‟ dengan ton yang baik.

G A B C’ D’

- memainkan not , , ,
- penjarian not G , A , B , C‟ dan D‟
- pernafasan
- perlidahan ( dengan sebutan tu)
- embouchure
- postur

7
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.4.2 Memainkan rekorder berdasarkan skor.


- memainkan frasa lagu
- memainkan melodi kaunter
- memainkan melodi

1.4.3 Memainkan rekorder mengikut tempo.


- cepat
- lambat

1.4.4 Mengaplikasikan dinamik dalam permainan rekoder


- lembut ( p )
- kuat ( f )

8
MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK

Murid meneroka dan menghasilkan idea muzikal menggunakan vokal dan perkusi.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif. 2.1.1 Menghasilkan kesan bunyi menggunakan perkusi.

2.1.2 Mencipta corak irama mudah.


-

2.1.3 Mencipta dan menyanyikan melodi mudah.


- mengajuk melodi
- mengimprovisasi „jawapan‟ kepada „soalan‟ melodi yang diberikan

9
MODUL 3 : APRESIASI MUZIK

Murid mengenal pasti pelbagai muzik yang didengar.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Menghayati muzik daripada pelbagai 3.1.1 Mengenal pasti muzik yang didengar.
repertoir. - Alat Muzik
- Cara Persembahan
- Muzik Popular
- Muzik Tradisional Malaysia
- Muzik Klasik Barat
- Muzik Asia

3.2 Menghayati nilai murni menerusi aktiviti 3.2.1 Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.
muzikal
Contoh nilai murni:
- bekerjasama
- bertanggungjawab

10
MODUL 4 : MEMBACA DAN MENULIS NOTASI MUZIK

Murid menama dan menulis simbol muzik, not, tanda rehat dan meter.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Membaca dan menulis not. 4.1.1 Menulis simbol.


- baluk

- garis bar

- klef trebel

- garis penamat (double bar line)

11
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.2 Menama dan menulis not G, A, B, C‟, D‟ pada baluk.

- Semibrif
- Minim
- Krocet
- Kuaver

12
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.3 Menulis nilai not dan tanda rehat.

Jenis Not Nilai Not Tanda Rehat

semibrif 4

minim 2

krocet 1 atau

kuaver ½

13
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.4 Menulis meter.


- menulis maksud angka atas dan angka bawah bagi meter

Contoh:

bermaksud : 2 detik krocet dalam 1 bar

bilangan not dalam 1 bar


jenis not

14
GLOSARI

15
GLOSARI KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN EMPAT

PERKATAAN PENERANGAN

Accelerando Beransur laju/cepat.

Alat Bertali (String Instrument ) Alat muzik yang menggunakan tali untuk menghasilkan bunyi.
Contoh : gitar dan violin

Alat Tiupan (Blowing Instrument) Alat muzik yang ditiup untuk untuk menghasilkan bunyi.
Contoh: clarinet, flute dan trumpet

Crescendo Beransur kuat.

DC (Da Capo) Ulang dari mula.

Decrescendo Beransur lembut.

17
PERKATAAN PENERANGAN

Dinamik (Dynamic) Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah
yang digunakan ialah :
Istilah Simbol Makna
Piano p Bunyi lembut

Forte f Bunyi kuat

MezzoPiano mp Bunyi sederhana lembut

Mezzo Forte mf Bunyi sederhana kuat

Dron Not yang sama dimainkan secara berulang-ulang bagi mengiringi melodi.

DS
Ulang dari tanda

Embouchure Teknik bibir atau mulut ketika memainkan alat tiupan.

Fermata Berhenti seketika dengan mengekalkan pic dalam nilai yang lebih daripada nilai
sebenar.

18
PERKATAAN PENERANGAN

Fine Tamat.

Irama Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi panjang dan pendek.

Contoh irama:

Lagu Aksi (Action song) Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.

Lagu Berkembar (Partner Song) Lagu yang mempunyai pergerakan kord yang sama tetapi mempunyai melodi yang
berlainan dan dinyanyikan serentak.
Contoh lagu:
- “ Six Little Ducks” dengan “It”s A Small World”
- “Bila Abang Pulang” dengan “Abang Balik Kampung”

19
PERKATAAN PENERANGAN

Lagu Pusingan (Round Song) Lagu yang dinyanyikan secara lapisan. Lagu bermula dengan satu lapisan melodi diikuti
oleh lapisan melodi yang sama dinyanyikan pada tempat permulaan yang berlainan
dalam lagu tersebut.

Legato Lancar.

Melodi (Melody) Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur.
Contoh Melodi:

Melodi Bertangga Melodi menaik atau menurun yang jeda antara not-notnya berdekatan.

Melodi Kaunter Melodi yang mengiringi melodi utama dalam sesebuah lagu.

Melodi Melompat Melodi menaik atau menurun yang jeda antara not-notnya berjauhan.

20
PERKATAAN PENERANGAN

Mud (Mood) Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.

Muzik Asia ( Asian Music) Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah:
a. Ghazal dari Malaysia
b. Gamelan Bali dari Indonesia.

Muzik Instrumental Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental
(Instrumental Music) boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.

Muzik Klasik Barat Muzik yang berasal dari negara Barat.


(Western Classical Music) Contoh: Symphony No. 5 oleh Beethoven.

Muzik Popular (Popular Music) Muzik semasa yang dikenali ramai.

Muzik Tradisional Malaysia Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia.


( Malaysian Traditional Music) Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.

21
PERKATAAN PENERANGAN

Muzik Vokal (Vocal Music) Muzik yang mengandungi nyanyian.

Ostinato Irama Corak irama pendek yang dimainkan berulangkali. Lazimnya ostinato irama mengiringi
melodi.

Ostinato Melodi Melodi pendek yang dimainkan berulangkali . Lazimnya untuk mengiringi melodi
utama.

Perlidahan (Tonguing) Teknik tiupan menggunakan lidah untuk mengawal penghasilan ton bagi alat-alat
tiupan.

Permainan Nyanyian Permainan yang dimainkan dengan iringan lagu yang dinyanyikan oleh pemain.
(Singing Games)

Perkusi (Percussion) Alat muzik yang dipalu, ketuk atau goncang untuk menghasilkan bunyi.
Contoh: kompang, kerincing, kastenet dan tamborin

Pic (Pitch) Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.

22
PERKATAAN PENERANGAN

Postur (Posture) Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat
muzik.

Repertoir (Repertoire) Koleksi lagu.

Ritardando Beransur lambat.

Slur Memainkan dua not yang dikait dengan lancar.

Solfa Sistem yang digunakan dalam nyanyian untuk mengenal pasti pic tertentu.

Staccato Tersekat-sekat.

Teknik konvensional Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik.

23
PERKATAAN PENERANGAN

Tekstur (Texture) Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik.
Contoh : tekstur tebal atau nipis.

Tie Sambungan dua atau lebih not yang sama pic.

Tempo (Tempo) Kelajuan sesuatu karya muzik.


Contoh: Tempo cepat atau lambat.

Warna ton (Tone Colour) Kualiti sesuatu bunyi.


Contoh: Warna ton suara lelaki – garau / kasar / keras
Warna ton suara perempuan – lembut / halus

24
Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917
http://www.moe.gov.my/bpk

Anda mungkin juga menyukai