Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN LUTONG (YBE4105)

JALAN DATO 98100 MIRI

KERTAS KERJA
PEMBELIAN PETI SEJUK UNTUK KEMUDAHAN
PENYIMPANAN MAKANAN

DISEDIAKAN OLEH:

Unit Prasekolah
Sekolah Kebangsaan Lutong , Miri

0
TUJUAN

Sebagai salah satu langkah ke arah penyediaan pemakanan

berkualiti dalam Program Program pemakanan seimbang di

peringkat kanak-kanak prasekolah

1.0 PENDAHULUAN

1
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Lutong, Miri merupakan tempat para pelajar menimba
pelbagai ilmu pengetahuan dari umur 4 tahun hingga 6 tahun. Rata –rata kesemua ibubapa
adalah terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah iaitu hanya bekerja sebagai buruh
kasar dan rata-ratanya datang dari keluarga golongan Bottom 40 (B40).
Melalui pendidikan Prasekolah, pemakanan seimbang juga adalah penting bagi
melahirkan kanak-kanak yang sihat dan cergas melalui pemakananseimbang yang diamalkan
dirumah mahupun di sekolah. Oleh yang demikian, Peti sejuk adalah wajar disediakan bagi
memudahkan kedua -dua kelas (Prasekolah Seroja dan Prasekolah Melati ) menyimpan
makanan basah, buah-buahan dan sayur sayuran untuk mengekalkan kesegaran makanan.
Bakteria wujud di mana-mana sama ada di dalam tanah atau air serta di dalam makanan
yang kita makan. Ia membiak dengan pantas apabila mempunyai makanan mencukupi,
kelembapan dan suhu yang baik. Malah, peningkatan mendadak bilangan segelintir bakteria
mampu mencecah tahap ia menyebabkan penyakit. Mikroorganisma ini juga membiak paling
pesat dalam julat suhu antara 4.4 hingga 60 Celsius. Oleh itu, pendingin atau peti sejuk yang
mempunyai suhu bawah 4.4 Celsius akan melindungi kebanyakan makanan.
Oleh yang demikian, Kegunaan peti sejuk adalah penting untuk memastikan makanan
tahan lebih lama dan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan, mengekalkan
tekstur, rasa dan kandungan nutrien.P eti sejuk juga sewajarnya berperanan mengekalkan
kesegaran makanan yang disimpan, di samping mengelakkan pembaziran akibat makanan
sudah rosak dan perlu dibuang.

2.0 RASIONAL
Bagi membantu pihak prasekolah menyimpan makan, Peti sejuk merupakan salah satu
alat yang penting bagi menjamin mutu makanan basah supaya kekal sihat dan segar.
Pemakanan sihat dan segar serta seimbang juga dapat disediakan sesuai dengan pelaksanaan
menu makanan prasekolah yang mementingan kesegara, kualiti dan sihat. Selain itu,
menyimpan makanan dalam peti sejuk dengan cara betul juga sebenarnya membantu
meminimumkan makanan menjadi basi, tercemar dan rosak. Peti sejuk pada masa sekarang

2
berkemampuan mengekalkan kadar kelembapan lima kali lebih tinggi daripada biasa bagi
membolehkan suhu lebih stabil sekali gus membantu penyimpanan makanan segar sama
seperti waktu dibeli walaupun lebih tujuh hari.
Peti sejuk juga mempunyai ruang penyimpanan yang lebih cekap dan mempunyai fungsi
penyimpanan makanan tersendiri membantu pengguna mengasingkan makanan supaya
kesegarannya lebih terjamin seperti bahagian untuk makanan masak, makanan mentah,
sayuran dan buah-buahan. Sistem penghilang bau juga membantu menyingkirkan 99.8 peratus
bakteria yang menyebabkan bau busuk. Walaupun suhu sejuk tidak membunuh bakteria,
sebaliknya hanya menghalangnya membiak kerana pertumbuhan bakteria masih berlaku tetapi
pada kadar terkawal.

3.0 MATLAMAT
a. Menyediakan makanan seimbang melalui cara penyimpanan makanan yang betul
b. Ke arah membentuk kanak-kanak sihat dari segi pemakanan di sekolah
c. Sebagai salah satu cara penstoran penting dalam penyimpanan makanan basah

4.0 OBJEKTIF
i. Bagi menggantikan peti sejuk yang sedia ada kerana menghadapi masalah sejukbeku
yang sering on/off.
ii. Menggantikan peti sejuk yang sedia ada kerana tidak dapat menampung jumlah bahan
basa untuk kedua dua kelas prasekolah
iii. Memastikan Penggunaan peti sejuk untuk kegunaan prasekolah sebagai alat
penyimpanan yang menjimatkan .
iv. Memastikan Penggunaan peti sejuk untuk mengekalkan makanan selamat
v. Memastikan Kegunaan peti sejuk adalah penting untuk memastikan makanan tahan
lebih lama dan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan, mengekalkan
tekstur, rasa dan kandungan nutrien.

3
vi. Memastikan peti sejuk mempunyai Ruang penyimpanan yang lebih cekap dan
mempunyai fungsi penyimpanan makanan tersendiri membantu pengguna
mengasingkan makanan supaya kesegarannya lebih terjamin seperti bahagian untuk
makanan masak, makanan mentah, sayuran dan buah-buahan,

4
5.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN PRASEKOLAH 2

6.0 SASARAN
6.1 Murid-murid Prasekolah SK Lutong

5
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN MENGURUS
Bil Item Kuantiti Anggaran Seunit Jumlah
1 Peti sejuk Panasonic 602L 1 RM 3000 RM 3000.00
ECONAVI Inverter 2-Door
Refrigerator 

Spesifikasi :
602 Litres
ECONAVI & Inverter Technology
Prime Fresh/ Chilled
Ag Clean, Fresh Case
Touch Control Panel
LED Lighting
Color: White (Glass)
Jumlah RM 3000.00

8.0 PUNCA KEWANGAN


8.1 Dana yang diperolehi adalah daripada Geran Khas Sarawak yang diperolehi pada tahun

2020 .

9.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan pihak unit prasekolah merealisasikan impian untuk
mendapatkan Peti sejuk yang baru Bagi membantu memudahkan pihak prasekolah terutaanya
pembantu pengurusan murid menyimpan makanan supaya kekal segar . Peti sejuk merupakan
salah satu alat pemudahcara pembantu penguruan murid menyediakan makan yang sihat
berpandukan menu makan yang telahpun ditetapkan oleh Kerajaan . Apa yang diharapkan adalah
semoga peti sejuk yang baru ini dapat menjamin mutu makanan basah supaya kekal sihat dan
segar.

6
Disediakan Oleh; Disahkan Oleh;

________________________ ____________________________
(MOZIANA BINTI ABDUL RAHMAN) (EN. SAUFIE BIN HJ SA’AIT)
Guru Besar
Penyelaras Unit Prasekolah SK Lutong
SK Lutong