Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KEBUN BAHARU Kod Sekolah: BBA1010

ALIZA BINTI AZIM


1. Nama Guru
KESIHATAN DIRI DAN
2. Judul KECERGASAN 3. Bidang: PENDIDIKAN

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menyentuh tentang kesihatan dan kecergasan diri.Ia merangkumi kesihatan secara menyeluruh,
isu-isu kesihatan, penyalahgunaan bahan, kecergasan, gaya hidup sihat, ujian kecergasan dan pencemaran.
Kesihatan yang menyeluruh bermaksud bebas daripada penyakit, sihat mental, fizikal dan emosi serta sihat
rohani dan sosial, manakala kecergasan pula merupakan kemampuan untuk hidup dengan seimbang dan
sempurna dari segi fizikal, mental,emosi, rohani dan sosial. Individu yang sihat dan cergas merupakan orang
yang seimbang kelima-lima aspek tadi.
Buku ini juga mengulas tentang kesan penyalahgunaan bahan contohnya dadah, serta kecederaan dan
keselamatan yang boleh mempengaruhi kesihatan diri.Sistem biologi tubuh, aktiviti fizikal dan perubahan
fisiologi tubuh badan manusia juga perlu diberi perhatian dalam memastikan kecergasan diri.
Selain daripada itu, pengurusan stres dan konflik berperanan dalam kesihatan emosi dan sosial.Isu
pencemaran buatan manusia dan pencemaran bencana alam juga sebenarnya memberi kesan kepada
kesihatan dan kecergasan manusia secara umumnya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk memahami tentang kesihatan dan kecergasan diri.
Pemakanan dan diet seimbang dikatakan sebagai faktor utama. Ia dipengaruhi juga oleh gaya hidup sihat
dan amalan bersenam secara berjadual. Begitu juga dalam menguruskan emosi, stres dan konflik dalam
hidup, setiap individu perlu mempunyai kemahiran menanganinya dengan bijak. Aktiviti senggang dan hobi
dapat menjadikan emosi dan jiwa seseorang lebih tenang dan matang dalam menghadapi apa jua cabaran
hidup.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Berdasarkan pembacaan ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa kesihatan dan kecergasan
merupakan elemen penting dalam merealisasikan keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial dalam diri seseorang. Ini dapat menjadikan individu itu boleh berperanan
secara efektif dalam organisasinya sama ada sekolah, pejabat atau bidang kerja yang lain.

Disediakan oleh : Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ALIZA BINTI AZIM ) ( )