Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN AMALI 2

1. Soalan :

Anda dikehendaki untuk menservis sistem air-cond di kenderaan. Perkara yang perlu
dilakukan adalah dengan menanggal, memeriksa dan memasang semula receiver drier,
kondenser, radiator.

2. Pengenalan:

Receiver drier menampung sementara bahan pendingin dan menyalurkan kepada


expansion valve sesuai dengan keadaan kerja expansion valve. Ia juga menyaring
kotoran dan wap air yang ada pada bahan pendingin. Operasinya menerima cecair
tekanan tinggi dari condenser dan menghantar kepada expansion valve dalam bentuk
dan tekanan sama.

3. Peralatan yang digunakan.

1) Set spana.

2) Rachet.

3) Set soket.

4. Keselamatan semasa menyelenggara.

1) Memakai safety boots.

2) Menanggalkan jam di tangan.

3) Mengeluarkan gas air cond terlebih dahulu.

4) Menanggalkan fius bateri.

5) Berhati – hati apabila mengeluarkan bahagian kondenser atau radiator kerana ia


mempunyai sirip – sirip yang boleh mencederakan pada bahagian tangan.
5. Langkah – langkah kerja

A. Membuka: Radiator Dan Kondenser

1) Tanggalkan semua hos dan klip hos pada radiator menggunakan playar cengkam
ragum. Pastikan berhati- hati kerana air radiator akan keluar dari hos tersebut.

2) Seterusnya cabut tangki reservoir supaya memudahkan pengeluaran radiator.

3) Cabut wayar pada kipas radiator supaya dapat mematikan litar pintas elektrik.

4) Seterusnya, tanggalkan skru mounting kiri dan kanan pada radiator menggunakan
spanar saiz 12.
5) Tanggalkan nat pada paip tekanan yang tersambung pada kondenser menggunakan
spanar saiz 10. Pastikan apabila tanggalkan nat tekanan buang gas dengan berhati
– hati.

6) Tanggalkan air filter yang tersambung pada radiator. Keluarkan radiator dan
kondenser dengan berhati – hati supaya tidak tercalar atau rosak pada sirip- sirip
nya.
B. Membuka: Receiver Drier

1) Selepas selesai menanggalkan fan radiator. Tanggalkan receiver drier yang


tersambung pada bahagian condenser.

2) Tanggalkan pengikat dan paip yang tersambung pada receirver drier menggunakan
spanar atau soket saiz 10.

3) Selepas selesai tanggalkan pengikat, cabutkan receiver drier dengan berhati – hati
supaya tidak berlaku kecederaan pada bahagian sirip – sirip condenser.

C. Memeriksa : Receiver Drier

1) Apabila sudah kotor atau rosak pada receiver drier, ganti sahaja yang baharu.
D. Memasang: Receiver Drier, Radiator Dan Kondenser.

1) Receiver drier: Pasang paip dan pengikat receiver drier menggunakan soket atau
spanar saiz 10 pada bahagian kondenser.

2) Masukkan radiator dan kondenser dengan perlahan – lahan.

3) Pasang paip tekanan pada bahagian kondenser menggunakan soket atau spanar
saiz 10.

4) Pasang mounting kiri dan kanan radiator menggunakan spanar atau soket saiz 12.

5) Pasang wayar kipas radiator.

6) Pasang semua hos dan klip radiator pada radiator menggunakan playar cangkum
ragum.

7) Pasang air filter dan tangki reservoir.

8) Tutup bonet hadapan dan uji.

6. Kesimpulan

Kesimpulannya ialah saya dapat mengetahui komponen penghawa dingin di


kereta dengan lebih dalam iaitu receiver drier yang berfungsi untuk menyaring
kotoran habuk atau wap – wap air yang melalui sistem penghawa dingin.