Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN AMALI 3

1. Soalan:

Anda dikehendaki untuk menservis sistem air-cond di kenderaan. Perkara yang perlu
dilakukan adalah dengan menanggal, memeriksa dan memasang semula kipas radiator,
kondenser, radiator.

2. Pengenalan:

Kipas radiator merupakan salah satu komponen penting dalam sistem penyejukan
kenderaan. Berfungsi menarik atau menyedut udara supaya melalui liang rongga pada
tangki air untuk mengurangkan kepanasan enjin dan mengelakkan kepanasan
melampau pada enjin.

3. Peralatan yang digunakan.

1) Set spana.

2) Rachet.

3) Set soket.

4. Keselamatan semasa menyelenggara.

1) Memakai safety boots.

2) Menanggalkan jam di tangan.

3) Mengeluarkan gas air cond terlebih dahulu.

4) Menanggalkan fius bateri.

5) Berhati – hati apabila mengeluarkan bahagian kondenser atau radiator kerana ia


mempunyai sirip – sirip yang boleh mencederakan pada bahagian tangan.
5. Langkah – langkah kerja

A. Membuka: Radiator Dan Kondenser

1) Tanggalkan semua hos dan klip hos pada radiator menggunakan playar cengkam
ragum. Pastikan berhati- hati kerana air radiator akan keluar dari hos tersebut.

2) Seterusnya cabut tangki reservoir supaya memudahkan pengeluaran radiator.

3) Cabut wayar pada kipas radiator supaya dapat mematikan litar pintas elektrik.

4) Seterusnya, tanggalkan skru mounting kiri dan kanan pada radiator menggunakan
spanar saiz 12.
5) Tanggalkan nat pada paip tekanan yang tersambung pada kondenser menggunakan
spanar saiz 10. Pastikan apabila tanggalkan nat tekanan buang gas dengan berhati
– hati.

6) Tanggalkan air filter yang tersambung pada radiator. Keluarkan radiator dan
kondenser dengan berhati – hati supaya tidak tercalar atau rosak pada sirip- sirip
nya.
B. Membuka: Kipas Radiator

1) Tanggalkan semua nat kipas radiator yang tersambung pada bahagian radiator
menggunakan spanar atau soket saiz 10 dan keluarkan kipas radiator.

C. Memeriksa: Kipas Radiator

1) Periksa pada motor fan radiator dan pada soket sambungan elektrik.

2) Gunakan wayar elektrik sambungkan pada soket motor fan radiator dan bateri.

3) Jika hidup atau bergerak kipas radiator. Ia masih berfungsi dan boleh digunakan
semula.
D. Memasang: Kipas Radiator, Radiator Dan Kondenser.

1) Kipas radiator: Pasang nat kipas radiator pada setiap bahagian radiator
menggunakan spanar atau soket saiz 10.

2) Masukkan radiator dan kondenser dengan perlahan – lahan.

3) Pasang paip tekanan pada bahagian kondenser menggunakan soket atau spanar
saiz 10.

4) Pasang mounting kiri dan kanan radiator menggunakan spanar atau soket saiz 12.

5) Pasang wayar kipas radiator.

6) Pasang semua hos dan klip radiator pada radiator menggunakan playar cangkum
ragum.

7) Pasang air filter dan tangki reservoir.

8) Tutup bonet hadapan dan uji.

6. Kesimpulan

Kesimpulannya ialah saya dapat mengetahui komponen penghawa dingin di


kereta dengan lebih dalam iaitu kipas radiator yang berfungsi untuk menarik atau
menyedut udara supaya melalui liang rongga pada tangki air untuk mengurangkan
kepanasan enjin dan mengelakkan kepanasan melampau pada enjin.