Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN AMALI 4

1. Soalan:

Anda dikehendaki untuk menservis sistem air-cond di kenderaan. Di dalam kandungan


laporan ini anda perlu mempunyai butir-butiran cara menservis penyaman udara
kenderaan menggunakan mesin 3R (recovery, recycling, recharging). Akhir sekali,
selepas diservis perlu menguji AC di kenderaan untuk mengenal pasti keadaan AC
tersebut.

2. Pengenalan:

Mesin 3R merupakan (recovery, recycling, recharging), servis ini dilakukan bagi


mengekalkan suhu kenderaan sejuk dan dapat beroperasi dengan baik. Bukan itu
sahaja, servis ini juga dilakukan bagi memperbaharui minyak compressor serta menguji
sekiranya terdapat kebocoran pada sistem penyaman udara kenderaan.

3. Peralatan yang digunakan.

1) Set spana.

2) Mesin 3R

3) Set soket.

4. Keselamatan semasa menyelenggara.

1) Memakai safety boots.

2) Menanggalkan jam di tangan.

3) Berhati – hati semasa menanggalkan paip tekanan selepas habis menservis.

5. Langkah – langkah kerja.


PERSIAPAN

1) Pastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan suhu enjin tidak panas.

2) Meletakkan kenderaan di atas permukaan lantai yang sesuai, rata, dan selamat.

3) Buka “front bonnet hood” untuk melakukan kerja-kerja servis penyaman udara.

4) Siapkan mesin 3R serta peralatan yang diperlukan.

5) Sambungkan kuasa elektrik dari penjana elektrik ke mesin 3R.

6) Siapkan unit penyaman udara yang diperlukan untuk melakukan proses recovery.

PROSES RECORVERY

1) Sambungkan kabel (high side dan low side) dari mesin 3R ke sistem penyaman
udara kenderaan.

2) Pada panel kawalan, buka panel valve high side dan low side dan hidupkan mesin
3R.

3) Kemudian pilih pada menu mesin 3R iaitu “recorvery mode”.

4) Tunggu beberapa saat sehingga refrigerant pada penyaman udara kenderaan


benar – benar kosong.

5) Tutup panel valve high side dan diamkan beberapa saat.

6) Matikan mesin 3R setelah selesai proses recovery.

PROSES MEMBUANG OLI KOTOR DI MESIN 3R

1) Buka katup pengawal pembuangan minyak compressor.

2) Perhatikan adakah mempunyai minyak compressor mengalir ke botol penampung


minyak.

3) Tunggu beberapa saat hingga minyak tidak mengalir lagi.

4) Tutup katup pengawal pembuangan minyak compressor.


PROSES VACUUM DENGAN MESIN 3R

1) Pada panel kawalan, cari menu vacuum.

2) Buka panel valve high side dan low side.

3) Setting waktu yang diinginkan (kebiasaan 15 minit ke 30 minit)

4) Hidupkan mesin.

5) Setelah proses vacuum selesai, maka mesin akan mati secara automatik.

6) Tutup panel valve high side dan low side.

7) Perhatikan tekanan pada pressure gauge low jika stabil (tetap pada angka O),
kondisi AC mobil tidak bocor. Jika tekanannya naik, lakukan pemeriksaan
(kemungkinan ada saluran yang bocor) dan perlu melakukan kerja – kerja membaik
pulih.

PENAMBAHAN MINYAK COMPRESSOR YANG BARU

1) Isikan minyak compressor ke botol minyak pada mesin 3R.

2) Pada panel kawalan, buka panel valve high side dan low side.

3) Hidupkan mesin dan tekan tombol oil injector dan tunggu sehingga minyak pada
botol tersebut habis masuk ke dalam sistem penyaman udara kenderaan.

4) Matikan mesin secepatnya jika minyak compressor sudah habis dimasukkan.


PROSES RECHARGING

1) Pada kontrol panel, cari menu “recharging mode”.

2) Tentukan jumlah refrigerant yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam sistem


penyaman udara kenderaan.

3) Pada panel kawalan, buka panel valve high side dan low side.

4) Nyalakan mesin dan tunggu beberapa saat hingga seluruh refrigerant pada mesin 3R
sudah kembali ke sistem AC.

5) Tutup panel valve high side dan low side.

6) Matikan mesin 3R.

7) Pisahkan semua kabel yang bersambung diantara sistem penyaman udara


kenderaan dan mesin 3R.

PENGUJIAN PADA SISTEM PENYAMAN UDARA KENDERAAN

1) Hidupkan suis dan enjin kenderaan.

2) Hidupkan sistem penyaman udara pada kenderaan dengan tekan simbol panel A/C.

3) Pilih suhu penyaman udara paling tinggi/sejuk.

4) Kemudian melakukan pengujian dengan menggunakan kaedah fizikal iaitu merasa


angin penyaman udara yang dikeluarkan sama ada sejuk atau tidak.

5) Jikalau suhu penyaman udara yang dikeluarkan tidak sejuk, lakukan kerja – kerja
pemeriksaan pada sistem penyaman udara kenderaan.
6. Gambar mesin 3R

7. Kesimpulan.

Kesimpulannya saya dapat mempelajari tentang mesin 3R serta dengan


fungsi dan keadaan pada sesebuah enjin AC yang bermasalah. Saya berharap
mesin 3R atau teknologi automotif yang lain akan berterusan dengan maju dan baik
pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai