Anda di halaman 1dari 9

KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

SERVICE MAINTAINANCE
(DMD 4323)
COOLING SYSTEM SERVICE

NAMA:

1. AHMAD TAUFIK BIN ROSDI


2. MUHAMAD SYUKRI BIN MOHD NASIR
3. MUHAMMAD SHAHRIZ NURDINIE BIN SHAHRILNAZ NORFAZLI
4. MUHAMMAD NURIN ASYRAF BIN MOHD ASRI
5. MUHAMMAD ZAFRIZAN ADNIN BIN MUHAMAD RUZAIDI

KELAS:
2 DMD

NAMA PENSYARAH:
ENCIK REDZUAN BIN MOHAMAD DZAKERI
1. Pengenalan Pusat Servis.

Di pusat servis kahoot ini ditubuh pada tahun 2009. Pada masa kini juga kami
mempunyai 20 cawangan pusat servis kahoot di Malaysia. Kami mempunyai
pelbagai perkhidmatan seperti membaiki kenderaan, servis tayar, air- conditioning
serta kimpalan dan cat kenderaan. Pusat servis ini juga telah menjadi pusat servis
yang terbaik di Malaysia.

Selain itu, pusat servis ini mempunyai pelbagai alat – alat yang canggih dan
dapat membantu pekerja. Pekerja – pekerja di sini juga adalah pekerja yang
berkompenten dan berpengetahuan. Kami juga mengambil pelajar kemahiran
lepasan. Pusat servis ini dapat memberi bimbingan kepada semua pekerja baharu.
Seterusnya, pusat servis ini memberi kemudahan untuk berlajar atau membuat
kursus kepada pelajar luar.

Kami memberikan komitmen yang baik kepada pelanggan setia kami. Kami
mengutamakan keselamatan kepada pekerja kami kerana kelamatan dan nyawa
amat penting bagi syarikat kami. Pada hari perayaan kami akan membuat gift away
atau bonus kepada pelanggan setia kami dan kami memberikan cabutan bertuah
kepada semua yang memasuki peraduan pusat servis kami.

Operasi pusat servis kami isnin hingga sabtu, ia dibuka pada pukul 8.00 pagi
hingga 5.00 petang manakala sabtu ia berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Kami
juga mempunyai service drive kerana ia dapat membantu masyarakat diluar apabila
berlaku kerosakan kenderaan. Dengan ia dapat menarik minat pelanggan untuk
pergi ke pusat servis kahoot.

Akhir sekali, pusat servis kahoot ini adalah pusat servis yang terbaik yang
dapat membantu Malaysia ke peringkat antarabangsa seperti – seperti syarikat
servis lain. Ia juga dapat menaikkan nama industry automobile yang dimiliki oleh
anak –anak Malaysia.

2
2. Carta organisasi

PENGURUS
MUHAMMAD ZAFRIZAN
ADNIN

PENYELIA
MUHAMMAD SYUKRI

SUPERVISOR
AHMAD TAUFIK

MEKANIK 1 MEKANIK 2 MEKANIK 3


MUHAMMAD SHAHRIZ MUHAMMAD NURIN MUHAMMAD SHAHRUL
NURDINIE ASYRAF RIDWAN

PEKERJA 1 PEKERJA 1 PEKERJA 1


MUHAMMAD SYAZWAN SANTHE A/L KHAN JOHN CARTER

PEKERJA 2 PEKERJA 2 PEKERJA 2


WONG PEI MEI SHAFIK KYLE AHMAD ADAM

PEKERJA 3 PEKERJA 3 PEKERJA 3


SAMAD QASIM AIMAN SIMONE

3
3. Pelan Lantai Pusat Servis.

4. Masalah berkenaan kenderaan pelanggan

Baru-baru ini Pusat servis Kahoot telah menerima aduan pelanggan mengenai
kenaikan suhu enjin pada kenderaan. Setelah diperiksa, motor kipas pada radiator
tidak berfungsi. Anda dikehendaki untuk membuka, memasang dan menguji motor
kipas radiator mengikut prosedur.

4
5. Langkah kerja penambah baikan

A. Membuka: Radiator

1) Tanggalkan semua hos dan klip hos pada radiator menggunakan playar cengkam
ragum. Pastikan berhati- hati kerana air radiator akan keluar dari hos tersebut.

2) Seterusnya cabut tangki reservoir supaya memudahkan pengeluaran radiator.

3) Cabut wayar pada kipas radiator supaya dapat mematikan litar pintas elektrik.

4) Seterusnya, tanggalkan skru mounting kiri dan kanan pada radiator menggunakan
spanar saiz 12.

5
5) Tanggalkan nat pada paip tekanan yang tersambung pada kondenser menggunakan
spanar saiz 10. Pastikan apabila tanggalkan nat tekanan buang gas dengan berhati
– hati.

6) Tanggalkan air filter yang tersambung pada radiator. Keluarkan radiator dan
kondenser dengan berhati – hati supaya tidak tercalar atau rosak pada sirip- sirip
nya.

6
B. Membuka: Motor Kipas Radiator

1) Tanggalkan semua nat kipas radiator yang tersambung pada bahagian radiator
menggunakan spanar atau soket saiz 10 dan keluarkan kipas radiator.

2) Tanggalkan 3 skru yang mengikat motor radiator pada perumahnya.

7
3) Dengan menggunkan soket 8mm, tanggalkan nat yang mengikat bilah kipas pada
shaft motor

C. Memasang Motor Kipas Radiator dan Radiator pada Kenderaan


1) Ganti motor kipas yang baharu.
2) Pasang semula motor pada perumahnya.
3) Pasang semula kipas pada radiator.
4) Pasang radiator kedalam ruang enjin kenderaan.
5) Sambungkan semula hos dan paip tekanan pada radiator serta fius motor kipas.

D. Menguji Kenderaan

8
1) Menghidupkan enjin.
2) Kemudian biarkan enjin hidup selama 5 ke 10 minit dan lihat pada suhu kenderaan.
3) Jika suhu dalam keadaan stabil maka operasi sistem penyejukan dalam keadaan
baik.

6. Khidmat nasihat / cadangan penambah baikan.


a) Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa perhatikan suhu pada dashboard.
b) Pelanggan harus memastikan air radiator sentiasa penuh.
c) Sebelum kenderaan bergerak, pelanggan perlulah memeriksa terlebih dahulu pada
bahagian kipas radiator.
d) Pelanggan dinasihatkan supaya melakukan servis kenderaan pada setiap tahun.
e) Pelanggan perlu memeriksa pada bahagian kotak fius.

7. Rumusan berkenaan service maintenance.

Service maintenance atau penyelengaraan adalah penting bagi menjaga kualiti setiap
satu komponen di kenderaan. Adalah menjadi tanggungjawab seorang pemilik itu untuk
menjaga atau menyelenggara apa-apa jenis kenderaan supaya kenderaan dapat digunakan
pada tempoh yang lama selain dapat menjamin keselamatan pengguna itu sendiri. Jadi
dengan itu, penyelenggaraan secara berkala atau terus adalah diharuskan.