Anda di halaman 1dari 90

O – BOX

Oleh

SHAHRUL RIDWAN BIN


NORYUSMIZA
MUHAMAD SYUKRI BIN MOHD
NASIR
AHMAD TAUFIK BIN ROSDI

Laporan Projek Yang Dikemukakan Kepada Kolej


Vokasional Sepang Bagi Memenuhi Sebahagian
Daripada Keperluan Diploma Teknologi Automotif dan
Diploma Kemahiran Malaysia.

PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF


2019
PENGAKUAN PENULIS

“ Dengan ini saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri dan dibuat berdasarkan
undang-undang yang termaktub di bawah peraturan Kolej Vokasional. Ia adalah asli
berpandukan daripada kajian yang telah dilakukan oleh saya. Projek ini masih belum
dihasilkan oleh mana-mana pihak atau institusi untuk mana-mana diploma atau
kelayakan.

Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh saya melanggar mana-
mana syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja saya akan di gagalkan dan didapati
sebagai tidak melengkapkan diploma dan bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan
undang-undang di bawah peraturan Kolej Vokasional.”

Nama Penulis 1 : SHAHRUL RIDWAN BIN NORYUSMIZA


Tandatangan : ………………………………………………………..
No. Kad Pengenalan : 000120-14-0113

Nama Penulis 2 : MUHAMAD SYUKRI BIN MOHD NASIR


Tandatangan : ……………………………………………………….
No. Kad Pengenalan : 000623-10-0615

Nama Penulis 3 : AHMAD TAUFIK BIN ROSDI


Tandatangan : ……………………………………………………….
No. Kad Pengenalan : 000128-13-1043

Program : TEKNOLOGI AUTOMOTIF


Nama Kolej : KOLEJ VOKASIONAL SEPANG
Tajuk : O - BOX
Tarikh :

Penyelia Projek : PN NOR AZIZAH BINTI RASHID


Tandatangan : …………………………………………………….

ii
PERAKUAN PENYELIA PROJEK (PP)

“Saya dengan ni mengakui bahawa telah membaca laporan ini dan segala yang
terkandung di dalamnya adalah benar. Projek ini adalah memadai dari segi skop dan
kualiti serta telah memenuhi segala syarat dan undang-undang di bawah peraturan Kolej
Vokasional bagi tujuan penganugerahan Diploma Teknologi Automotif dan Diploma
Kemahiran Malaysia.”

Tandatangan : ……………………………………………………….

Nama : PN NOR AZIZAH BINTI RASHID

No. Kad Pengenalan : 680818 – 06 - 5110

Tarikh :

PERAKUAN PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)

“Saya mengaku telah membaca Laporan Projek ini dan pada pandangan saya, laporan
ini adalah mencukupi dan memenuhi skop dan kualiti bagi tujuan penganugerahan
Persijilan Kemahiran Malaysia.”

Tandatangan : ……………………………………………………….

Nama : ……………………………………………………….

No. Kad Pengenalan : ……………………………………………………….

Tarikh : ……………………………………………………….

iii
PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Penyelia Projek
Tahun Akhir kami, Puan Nor Azizah Binti Rashid yang telah memberi bimbingan,
dorongan dan nasihat kepada kami bagi menjayakan produk kami dalam masa yang
ditetapkan. Selain itu, tidak lupa juga kepada Encik Mohd Syukur Bin Sahim yang telah
memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan laporan Projek Tahun Akhir kami
ini.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih terhadap ahli keluarga yang sentiasa
memberi sokongan yang tidak henti dan dorongan sepanjang proses menyiapkan projek
kami ini. Kepada rakan – rakan seperjuangan yang secaara langsung membantu
memberi nasihat, jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan. Tunjuk ajar,
nasihat dan panduan yang bukan sedikit diberikan tidak akan kami lupakan.

Semoga projek yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

iv
ABSTRAK

Kami menghasilkan satu produk yang dapat membantu mekanik dalam proses menservis
kenderaan. Oleh itu, mekanik tidak perlu terbeban dengan kerja ataupun menggunakan
tenaga yang banyak untuk menservis kenderaan. Selain itu, produk kami juga dapat
memudahkan proses kerja yang dibuat kerana produk kami dapat membantu pekerja
mengambil peralatan dengan mudah dan cepat. Produk kami juga mempunyai pelbagai
kelebihan yang istimewa semasa menservis kenderaan. Dalam produk kami, kami
menyediakan tiga tingkat laci tangga untuk menyimpan peralatan menservis kenderaan
bagi kegunaan mekanik. Produk kami juga dapat menyimpan minyak pelincir yang sudah
digunakan kerana produk kami mencampurkan toolbox dan tong penyimpanan minyak
pelincir pada satu produk. Produk kami juga, menyediakan ruang luas dan besar untuk
menyimpan peralatan. Toolbox ialah satu peralatan yang moden dan banyak digunakan
oleh mekanik untuk menservis kenderaan. Mekanik sering meletakkan peralatan mereka
di merata tempat semasa menservis sehingga peralatan itu hilang. Oleh itu, produk kami
dapat membantu menyimpan peralatan dan minyak pelincir untuk menservis kenderaan.

v
ABSTRACT

We produce a product that can help mechanics in the process of servicing vehicles.
Therefore, mechanics need not be burdened with work or using a lot of energy to service
vehicles. In addition, our products can also facilitate the work process as our products
can help employees to easily and quickly get equipment. Our products also have many
special advantages while servicing vehicles. In our products, we provide three levels of
ladder drawers to store vehicle servicing equipment for mechanical use. Our products
are also able to store used lubricating oils because our products mix the toolbox and
lubricating oil storage bins on one product. Our products also provide a large and large
space for storing equipment. The toolbox is a modern tool and is widely used by
mechanics to service vehicles. Mechanics often place their equipment everywhere while
servicing until the equipment is lost. Therefore, our products can help keep equipment
and lubricating oils to service vehicles.

vi
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Muka Dalam Laporan Projek i

Pengakuan Penulis ii

Perakuan Perakuan Penyelia (PP) iii

Perakuan Pegawai Pengesahan Luaran (PPL) iii

Penghargaan iv

Abstrak v – vi

Isi Kandungan vii – x

Senarai Jadual xi

Senarai Rajah xii – xiii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1–2

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Penyataan Masalah 3

1.4 Tujuan 4

1.5 Objektif 4

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Skop Projek 5

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 6

2.1 Pengenalan 6

2.2 Sumber Projek 7

2.3 Pembuangan Sisa Bahan Kumbahan (Minyak 7–8


Hitam)

vii
2.4 Pencemaran Bahan Kimia Menjejaskan Sungai 9 – 10
Dan Udara Serta Kesiihatan Masyarakat
2.5 Minyak Diproses Diguna Semula 11

2.6 Keselamatan Dan Undang – Undang Malaysia 12

2.7 Kesimpulan 12

BAB 3 METODOLOGI 13

3.1 Pengenalan 13

3.2 Reka Bentuk Produk 13 – 14

3.3 Proses Pembuatan 15

3.3.1 Pembelian Bahan Projek 15

3.3.2 Pengukuran 16

3.3.3 Menanda 17

3.3.4 Pemotongan 18

3.3.5 Mencanai 19

3.3.6 Mengimpal 20

3.3.7 Menggerudi 21

3.3.8 Mengecat 22

3.3.9 Membuat Pengemasan 23

3.3.10 Pemasangan Bahan Projek 24

3.4 Bahan Projek 25

3.4.1 Bekas Plastik 25

3.4.2 Roda 26

3.4.3 Botol 27

3.4.4 Engsel 27

3.4.5 Frame Besi 28

3.4.6 Besi Bulat 29

3.4.7 Jaring 30

3.4.8 Plat Besi 30 – 31

viii
3.4.9 Bolt dan Nut 31

3.4.10 Besi L (Braket) 32

3.4.11 Pemegang Pintu 32

3.4.12 Paip Plastik 33

3.4.13 Sambungan Pipa PVC (Reduser 33


PVC)
3.4.14 Kertas Pasir 34

3.4.15 Spray Paint 34

3.4.16 Gam Paip 35

3.4.17 Klip Paip 35

3.4.18 Besi Flat Bar 36

3.4.19 Lock 36

3.4.20 Sticker 37

3.5 Senarai Kos Bahan 38 – 42

3.6 Senarai Peralatan 43

3.7 Carta Alir Pelaksanaan Projek PTA 44

3.8 Carta Gantt 45

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS PROJEK 46

4.1 Pengenalan 46 – 47

4.2 Senarai Alatan Pengujian 47

4.3 Kaedah Pengujian Dan Penentu Ukuran 48


(CALIBRATION)
4.4 Keselamatan Dalam Pengujian / Langkah 49
Berjaga - Jaga
4.5 Peringkat Pertama Keputusan Pengujian Dan 50
Kalabrasi
4.6 Peringkat Akhir Keputusan Pengujian 51 – 52

4.7 Membaikpulih Dan Penyelenggaraan 53

4.8 Dapatan Dan Analisis Kajian 54

ix
4.9 Demografi Responden 55 – 56

4.9.1 Soalan 1 57

4.9.2 Soalan 2 57

4.9.3 Soalan 3 58

4.9.4 Soalan 4 58

4.9.5 Soalan 5 59

4.9.6 Soalan 6 59

4.9.7 Soalan 7 60

4.9.8 Soalan 8 60

4.9.9 Soalan 9 61

4.9.10 Soalan 10 61

4.10 Dapatan Dan Analisis Kajian / Keputusan 62 – 63


Berdasarkan Persoalan Kajian
4.11 Kaedah Penggunaan Projek 63 – 65

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 66

5.1 Pengenalan 66

5.2 Perbincangan 67

5.3 Cadangan 68

5.4 Kesimpulan 69

RUJUKAN 70

LAMPIRAN Lampiran A (Projek Lengkap) 71

Lampiran B (Borang Soal Selidik) 72

Lampiran C (Standard Operation Procedure (S.O.P) 73


O-BOX)
Lampiran D (Carta Alir Pelaksanaan Projek (PTA)) 74

Lampiran E (Carta Gantt Pelaksanaan PTA) 75 – 76

x
SENARAI JADUAL

JADUAL PERKARA MUKA SURAT

Jadual 1 Alat Dan Harga Semasa Komponen 7


Jadual 2 Proses Mengitar Semula Minyak 11
Jadual 3 Senarai Kos Bahan Projek 38 – 42
Jadual 4 Senarai Peralatan 43
Jadual 5 Analisis Penggunaan Projek 63
Jadual 6 Langkah – Langkah Keselamatan Penggunaan 63
O-BOX
Jadual 7 Langkah – Langkah Penggunaan O-BOX Pada 64
Bahagian Alatan
Jadual 8 Langkah – Langkah Penggunaan O-BOX Semasa 65
Menservis Minyak Pelincir

xi
SENARAI RAJAH

RAJAH PERKARA MUKA SURAT

Rajah 1 O-BOX Di Tutup 14


Rajah 2 O-BOX Di Buka 14
Rajah 3 Pembelian Bekas Plastik Di IKEA 15
Rajah 4 Kerja Mengukur Sedang Dijalankan 16
Rajah 5 Menanda Batang Besi Di Bengkel 17
Rajah 6 Proses Pemotongan 18
Rajah 7 Proses Mencanai Pada Hujung Besi 19
Rajah 8 Proses Mengimpal Sedang Dijalankan Di Bengkel 20
Rajah 9 Proses Menggerudi Sedang Dijalankan Di Bengkel 21
Rajah 10 Mengecat Dan Mengering 22
Rajah 11 Memasang Getar Pada Bahagian Tajam, Menampal 23
Sticker Dan Membersihkan Bekas Peralatan
Rajah 12 Pemasangan Bahan Projek 24
Rajah 13 Bekas Plastik 25
Rajah 14 Roda Kecil Dan Besar 26
Rajah 15 Botol 27
Rajah 16 Engsel 27
Rajah 17 Frame Besi 28
Rajah 18 Besi Bulat 29
Rajah 19 Jaring 30
Rajah 20 Plat Besi 31
Rajah 21 Bolt Dan Nut 31
Rajah 22 Besi L 32
Rajah 23 Pemegang Pintu 32
Rajah 24 Paip Plastik 33
Rajah 25 Sambungan PVC 33
Rajah 26 Kertas Pasir 34
Rajah 27 Spray Paint 34
Rajah 28 Gam Paip 35

xii
Rajah 29 Klip Paip 35
Rajah 30 Besi Flat Bar 36
Rajah 31 Lock 36
Rajah 32 Sticker 37
Rajah 33 Peringkat Pertama Pengujian 50
Rajah 34 Peringkat Akhir Pengujian 51
Rajah 35 Peringkat Akhir Pengujian 52
Rajah 36 Carta Pie Analisis Pekerjaan Responden 55
Rajah 37 Borang Soal Selidik 56
Rajah 38 Carta Soalan 1 57
Rajah 39 Carta Soalan 2 57
Rajah 40 Carta Soalan 3 58
Rajah 41 Carta Soalan 4 58
Rajah 42 Carta Soalan 5 59
Rajah 43 Carta Soalan 6 59
Rajah 44 Carta Soalan 7 60
Rajah 45 Carta Soalan 8 60
Rajah 46 Carta Soalan 9 71
Rajah 47 Carta Soalan 10 71

xiii
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Pada zaman ini, peralatan toolbox biasa digunakan. Oleh itu, kami ingin membuat
pembaharuan dengan menginovasikan toolbox menjadi O-BOX. Kelebihan projek O-
BOX ini ialah memudahkan kerja - kerja menservis kenderaan dan reka bentuk O-BOX
mempunyai 3 tingkat serta mudah dibawa. Selain itu, ianya mempunyai 2 fungsi utama
iaitu, pertama tempat meletakkan peralatan tangan dan kedudukanya berada di tingkat
1, 2 dan 3. Fungsi kedua ialah, bahagian belakang yang berada di tingkat 3 berfungsi
sebagai tempat menakung minyak pelincir dan juga boleh dijadikan tempat meletakan oil
filter serta menjadi saluran untuk memindahkan minyak pelincir ke tong sisa kumbahan.

Di Malaysia, bilangan kenderaan semakin bertambah menyebabkan penggunaan


minyak pelincir juga semakin bertambah. Hal ini menyebabkan penggunaan
pembuangan atau pelupusan minyak pelincir semakin banyak di malaysia. Oleh itu,
banyak bengkel dibuka bagi memudahkan pengguna kenderaan dapat menservis
dengan baik. Oleh itu, projek ini bertujuan untuk mencipta satu produk yang dapat
membantu mekanik dalam perkhidmatan menservis di bengkel. Produk ini juga mudah
dibawa dan memudahkan pengguna untuk meletakkan peralatan semasa bekerja.

Projek ini dapat memudahkan lagi kerja menservis kerana O-BOX adalah toolbox
yang mempunyai tempat menakung minyak pelincir. Hal ini dapat memudahkan hasil
penyimpanan sisa pembuangan minyak pelincir di O-BOX. Di samping itu, juga dapat
menjimatkan masa serta hasil kerja yang di buat dalam menservis kenderaan. Bahan
untuk projek ini diperbuat daripada bahan - bahan yang berkualiti seperti rak plastik,

1
frame besi dan plat besi yang tahan karat dan bahan yang kuat untuk menampung
peralatan - peralatan menservis.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sebelum melakukan projek O-BOX kami terlebih dahulu telah mengkaji masalah yang
sering berlaku di bengkel - bengkel dan pusat servis kenderaan dengan menemu bual
beberapa mekanik. Setelah mendapati masalah kami melakukan perbincangan di dalam
kumpulan untuk mendapatkan cara yang paling efisyen bagi menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh mekanik semasa menservis kenderaan maka terlahirlah idea untuk
memperbaharui toolbox yang sedia ada dan diberikan nama O-BOX.

Nama O-BOX pula terilham kerana huruf (o) mewakili perkataan “oil” iaitu minyak
dan “box” mewakili kotak / bekas yang menyimpan peralatan. Menurut kajian dari temu
bual yang dibuat, masalah yang sering berlaku terhadap mekanik kenderaan dalam
melakukan proses penukaran minyak pelincir apabila menservis kenderaan ialah
mekanik sukar mengambil peralatan tangan yang digunakan semasa proses menservis
kenderaan maka O-BOX dicipta untuk menangani masalah ini kerana O-BOX mampu
mengisi peralatan tangan dan perlatan-peralatan lain yang digunakan semasa
menservis kerana saiznya yang lebih besar.

Selain itu, mekanik sukar mengambil toolbox kerana perlu mengangkat peralatan
yang berat semasa melakukan kerja menservis, oleh itu kami mencipta O-BOX kerana
diantara kelebihanya ialah ianya mempunyai roda dan mudah dibawa kerana hanya perlu
ditolak atau ditarik. Akhir sekali, mekanik sukar untuk mengurus buangan minyak pelincir
(sisa kumbahan) oleh kerana O-BOX bukan sahaja mampu membawa peralatan
menservis malahan mampu juga untuk menakung minyak pelincir.

2
1.3 PENYATAAN MASALAH

Kami melakukan sesi temu bual bersama mekanik dan mengkaji masalah di dalam
kumpulan kami melihat masalah dalam kerja menservis amat kerap berlaku oleh itu kami
mendapat idea memperharui toolbox dan menamakan ia O-BOX.

Di antara, masalah yang sering berlaku terhadap mekanik kenderaan dalam


melakukan proses penukaran minyak pelincir kenderaan adalah mekanik sukar
mengambil peralatan tangan yang digunakan semasa proses menservis kenderaan
kerana saiz tool yang kecil dan peralatan tangan yang mampu diletakan adalah sangat
terhad dan tidak mampu untuk meletakan barang - barang seperti oil filter serta
mengangkat peralatan yang berat semasa melakukan kerja menservis akibat toolbox
tidak mempunyai kemudahan seperti roda dan peralatan-peralatan khas serta barang -
barang menservis kenderaan yang berat menambahkan lagi beban bagi mekanik
semasa melakukan kerja - kerja peralatan khas. Selain itu, mekanik sukar mengambil
toolbox kerana perlu menservis.

Akhir sekali, mekanik sukar untuk mengurus buangan minyak pelincir (sisa
kumbahan) ini kerana tidak banyak bengkel yang mampu menyediakan penakung
minyak pelincir yang khas dan kebanyakan bengkel hanya membuang sisa minyak
pelincir kedalam longkang, sungai atau laut kerana tidak mempunyai tempat menyimpan
sisa minyak pelicir yang efisyen dan ini amat dititik beratkan kerana mampu
menyebabkan pencemaran alam sekitar (pencemaran air).

3
1.4 TUJUAN

Tujuan projek ini ialah untuk memudahkan semua pekerja melakukan kerja menservis
kenderaan. Ianya juga, mengurangkan penggunaan tenaga semasa melakukan kerja
menservis kenderaan. Selain itu, projek ini juga bertujuan menjimatkan masa pekerja
untuk mengambil peralatan tangan semasa melakukan kerja menukar minyak pelincir
kenderaan dengan hanya membuka laci tool box (O-BOX).

Seterusnya, projek ini juga bertujuan untuk mengurangkan masalah dalam


mengurus sisa buangan minyak pelincir oleh kerana pekerja bengkel mengalami
kesukaran membuang dan menyimpan sisa buangan minyak pelincir. Akhir sekali, bagi
mengelakkan penapis minyak pelincir tidak dibuang merata - rata atau diletakan di
tempat yang tidak sepatutnya selepas ditanggalkan dari kenderaan oleh itu projek ini
memudahkan pembuangan penapis minyak pelicir kerana kami menyediakan tempat
khas bagi meletak penapis minyak pelincir (oil filter).

1.5 OBJEKTIF

Objektif projek merupakan perkara yang penting untuk dicapai ddalam projek ini. Antara
objektif yang hendak dicapai adalah. :-

1.5.1 Menjimatkan masa mengambil peralatan tangan semasa proses menservis


kenderaan.
1.5.2 Memudahkan kerja menservis kenderaan.
1.5.3 Memudahkan pekerja membawa toolbox (O-BOX) ke tempat penservisan
kenderaan.
1.5.4 Pengurusan sisa buangan minyak pelincir (sisa kumbahan) menjadi lebih mudah.
1.5.5 Mereka bentuk alat khas yang digunakan untuk menservis minyak pelincir dan
penyimpanan peralatan.

4
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan projek ini adalah untuk memudahkan pekerja – pekerja bengkel dalam
membuat kerja menservis yang melibatkan penggunaan toolbox dan pembuangan
minyak pelincir. Selain itu, projek ini dapat menjimatkan masa pekerja untuk mengambil
peralatan dan menservis minyak pelincir.

Akhir sekali, kajian lepas menunjukkan bahawa proses menservis dan


membuang minyak pelincir menyebabkan pencemaran yang semakin berleluasa
berpunca daripada sikap cuai pekerja bengkel yang tidak mengasingkan sisa minyak
pelincir terlebih dahulu. Pentingnya projek ini adalah untuk mengurangkan pencemaran
yang berpunca daripada pembuangan sisa minyak pelincir. Jika minyak ini dibuang
dengan cara yang betul ia juga boleh dikitar semula dan dapat mengelakkan
pencemaran.

1.7 SKOP PROJEK

Skop kerja projek ini ringkas dan mudah digunakan semasa mekanik menservis
kenderaan. Oleh kerana saiz dan berat yang berpatutan, membuatkan ia mudah dan
ringkas digunakan dan dibawa semasa kerja dilakukan di bengkel. Projek ini merupakan
projek penambahbaikan yang direka untuk memudahkan mekanik melakukan kerja
menservis kenderaan. Reka bentuk dan bentuk binaan projek ini direka dengan lebih
besar dan menarik serta sesuai untuk mekanik yang membolehkan mekanik
menggunakan di bawah ram / hoist. Golongan sasaran kami ialah mekanik yang berkerja
di bengkel yang menyediakan ram / hoist.

5
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur banyak melibatkan tentang penerangan yang lebih berdasarkan teori atau
penulisan terhadap projek yang akan dilakukan. Dalam bahagian ini, segala maklumat
dan langkah yang diambil dalam melaksanakan sesuatu projek dinyatakan secara
terperinci. Kajian literatur juga merupakan beberapa huraian tentang kajian - kajian lepas
berkaitan dengan projek yang akan dilaksanakan dengan berpandukan kepada
pembolehubah yang dikaji dalam mengulas tentang apa yang telah dibincangkan oleh
penyelidik yang lepas berkaitan teori kajian yang menyokong kajian, masalah penelitian
yang diajukan atau dinyatakan, adalah kaedah yang sesuai berkaitan dengan kajian yang
akan dilaksanakan. Maklumat komponen - komponen yang akan digunakan di dalam
melaksanakan projek juga dinyatakan di dalam bab ini.

Bab ini akan menerangkan semua maklumat yang telah digunakan untuk
penghasilan projek ini. Antara maklumat yang telah dikaji untuk penghasilan projek ini
adalah tentang toolbox dan tong kumbahan minyak pelincir tentang masalah yang
berlaku di setiap bengkel dan pusat servis.

6
2.2 SUMBER PROJEK

Berdasarkan tinjauan pemasaran yang dikaji, berikut adalah harga barangan yang biasa
digunakan oleh sesebuah bengkel dan pusat servis dalam membuat proses menservis
kenderaan sistem kumbahan minyak pelincir serta penyimpanan peralatan bengkel.
Berdasarkan jadual 1, berikut adalah alat dan harga alatan semasa yang digunakan di
bengkel zaman sekarang.

Alat Harga

RM 509.63

Stanley Consumer Tools TV209711 Mobile Work Center


Tools Box

RM 1676.02

Samson 135101
Waste Oil Drain

Jadual 1: Alat Dan Harga Semasa Komponen.

2.3 PEMBUANGAN SISA BAHAN KUMBAHAN (MINYAK HITAM)

Menurut artikel Malaysia kini (https://m.malaysiakini.com/news/239890) Jabatan Alam


Sekitar (JAS) Selangor telah menjalankan siasatan segera ke muka sauk empat Loji
Rawatan Air (LRA) yang operasinya ditutup sementara kerana pencemaran minyak
diesel di Sungai Selangor, bagi mengenal pasti punca pencemaran itu. LRA berkenaan
ialah Rantau Panjang manakala tiga buah lagi di Kampung Bukit Badong.

7
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel berkata hasil
siasatan itu mendapati kesan minyak tersebut berpunca daripada tumpahan minyak
pelincir terpakai (SW 305) di dalam longkang pada sebuah bengkel penyelenggaraan lori
di Jalan Batu Arang, Sungai Bakau, Rawang Kesan pembuangan minyak itu
menyebabkan kesan minyak yang ketara terhadap Sungai Gong yang akhirnya telah
memasuki Sungai Selangor dan mengakibatkan empat loji air di Rantau Panjang dan
Bukit Badong ditutup operasi.

Pasukan penyiasat JAS telah melakukan persampelan minyak di Sungai Gong


dan dalam premis untuk melengkapkan siasatan. Pihak premis telah diarah membuat
sekatan serta - merta dengan menutup aliran longkang premis bagi menyekat aliran air
bercampur minyak dari terus memasuki ke dalam Sungai Gong. Selain itu Lembaga Urus
Air Selangor (LUAS) telah memasang peralatan kawalan tumpahan minyak di
permukaan Sungai Gong berhampiran longkang yang melepaskan aliran air bercampur
minyak bagi menghalang aliran minyak itu berterusan mencemari Sungai Gong dan
seterusnya ke Sungai Sembah sebelum memasuki Sungai Selangor.

Kerja - kerja mengumpul dan membersihkan buangan minyak oleh pihak premis
dilakukan di sekitar premis dan buangan minyak yang dikumpul adalah dianggarkan
sebanyak 4,000 liter, di storkan di dalam premis. Kawalan dan pembersihan kesan -
kesan buangan minyak yang masih terdapat di dalam sungai dikendalikan oleh pihak
LUAS.

Hari ini Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita keseluruhan operasi premis
terbabit termasuk kelengkapan penyelenggaraan kenderaan. JAS Selangor pula menyita
dua buah lori tangki milik premis yang digunakan untuk menyedut dan mengumpulkan
buangan minyak untuk tindakan lanjut JAS, katanya. Palanivel menegaskan JAS akan
mengambil tindakan tegas berhubung insiden pencemaran itu selaras dengan Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Dalam tempoh tiga hari itu, bekalan air di 80 peratus kawasan terjejas
terutamanya kawasan rendah dijangka kembali pulih seperti biasa. Dengan adanya
projek dari kami mungkin kejadian - kejadian sebegini dapat dikurangkan.

8
2.4 PENCEMARAN BAHAN KIMIA MENJEJASKAN SUNGAI DAN UDARA
SERTA KESIHATAN MASYARAKAT

Menurut artikel (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-terkini-


pencemaran-kimia-di-sungai-kim-kim-pasir-gudang-201186), berikut adalah kronologi
perkembangan kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menjejaskan kesihatan
lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarah tutup
akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, pada 7 Mac 2019. Pada 13 Mac 2019,
semua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang diarah tutup dan sejumlah 947 orang dirawat
dengan sembilan daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI. Selain itu, seramai 166
orang dirawat di HSI. Kerajaan negeri meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak
RM6.4 juta sebagai bantuan segera untuk menjalankan kerja - kerja pembersihan dan
kepada mangsa dan keluarga serta kakitangan keselamatan yang terdedah dengan
bahaya pencemaran itu. Tiga orang termasuk dua pemilik kilang ditahan.

Pada 14 Mac 2019, sehingga 12 tengah hari, seramai 2,775 orang awam telah
menerima rawatan, tujuh dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 92 tadika serta taska
di kawasan terjejas juga ditutup bagi mengelakkan peningkatan jumlah mangsa.
Seterusnya, 51 laporan polis diterima berhubung kes pencemaran bahan kimia. Sultan
Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi
memperhebatkan operasi menyelamat, merawat serta mencegah pencemaran bahan
kimia di Pasir Gudang. Keputusan analisis ke atas sampel yang diambil JAS dari Sungai
Kim Kim menunjukkan kesemuanya mengandungi pelarut organik Benzene, Toulene,
Xylene, Ethylbenzene dan D-Limonene. Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam
Sekitar dan Perubahan Iklim mendapatkan bantuan daripada tentera dan Petronas untuk
menghantar sumber mereka daripada segi jentera, alat dan pakar untuk membantu
menangani krisis itu.

Sebilangan penduduk di Pasir Gudang mula mengambil inisiatif meninggalkan


kediaman mereka buat sementara. Tim Tinjau Chemical Biological, Radiological and
Nuclear (CBRN) dan Tim Casualty Evacuation Unit Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
digerakkan ke kawasan terjejas untuk mengesan, mengenalpasti dan menyahkan sisa
kimia itu. Dr Mahathir menegaskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat

9
bencana memandangkan situasi pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia di Sungai
Kim Kim masih terkawal.

Seterusnya, artikel (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/433216/


waspa -252-kilang-kimia-di-pasir-gudang) alat pengesan gas selain pembabitan 100
pegawainya ke kawasan terjejas pencemaran sisa gas kimia berbahaya di Sungai Kim
Kim, Pasir Gudang, Johor, sejak Ahad lalu. Langkah itu bagi menangani penularan
ancaman gas berbahaya ke kawasan lain. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam
Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, lebih banyak aset akan tiba di
kawasan terjejas pencemaran bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin. Beliau
berkata, hujan menyebabkan sisa kimia di sungai mendap ke tanah sebelum penguapan
gas kimia ke udara, antara faktor menyebabkan kawasan lebih jauh dari lokasi turut
terjejas pencemaran “Kita sedang memasang alat pengesan gas di beberapa kawasan
berisiko bagi memantau bacaan udara tercemar dan pemantauan berterusan dijalankan”.

Kontraktor dilantik sudah memulakan tugas membersihkan sisa kimia berbahaya


di Sungai Kim Kim bermula semalam dan pegawai JAS memantau kerja pembersihan
dilakukan dengan teliti,” katanya. Yeo berkata, pihaknya mengenal pasti 252 kilang kimia
di sekitar Pasir Gudang dan kesemuanya akan diperiksa dan dipantau dalam tempoh
terdekat. Beliau berkata, pemeriksaan akan diadakan selepas krisis pencemaran bahan
buangan kimia di Sungai Kim Kim selesai. “Apa yang penting sekarang adalah kerja
pembersihan sungai yang tercemar bagi mengelak ia terus merebak. “Pihak yang
menjalankan kerja pembersihan juga diminta mengambil langkah keselamatan sesuai
sepanjang menjalankan operasi membersihkan sungai,” katanya.

10
2.5 MINYAK DIPROSES DIGUNA SEMULA

Yang Jiang minyak kitar semula Mesin Manufacturing. Sdn. Bhd. yang terlibat dalam
penyelidikan, pembangunan dan pembuatan enjin kitar semula sisa dan peralatan
penapisan. Menurut artikel (http://my.motoroilrecycle.com/about.html) Yang Jiang
menyediakan semua hitam digunakan peralatan minyak kitar semula dan teknologi. Ini
adalah lebih daripada hanya digunakan pelupusan minyak pelincir, kita tidak hanya
membersihkan minyak yang digunakan, sebaliknya, kita membangunkan proses
pemulihan menakjubkan daripada yang boleh menuntut semula semua jenis sisa - sisa
hitam pelincir minyak untuk membersihkan asas minyak.

Yang Jiang menggunakan minyak kitar semula mesin boleh mendapatkan


semula sisa minyak hitam motor, minyak enjin sisa, minyak industri yang digunakan,
minyak hidraulik, minyak pengubah, hampir semua jenis minyak pelincir digunakan. Oleh
itu, dengan adanya projek yang dihasilkan kami ianya membantu kerja kitar semula ini.

Jadual 2: Proses Mengitar Semula Minyak.

11
2.6 KESELAMATAN DAN UNDANG – UNDANG MALAYSIA

Menurut Undang – Undang Malaysia Akta 127 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Alam
sekeliling ertinya faktor - faktor fizikal bagi kawasan di sekeliling manusia termasuk tanah,
air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor - faktor biologi bagi binatang - binatang dan
tumbuhan - tumbuhan dan faktor - faktor sosial astetika serta barang - barang
termasuklah benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar dan buangan.

Benda berbahaya kepada alam sekeliling ertinya apa - apa benda semulajadi
atau buatan, termasuklah apa - apa bahan mentah, sama ada dalam bentuk pepejal,
separuh pepejal, cecair, dalam bentuk gas atau wap dalam campuran sekurang -
kurangnya dua daripada benda ini, ataupun apa - apa organisma hidup yang
dicadangkan bagi apa - apa perlindungan, pemeliharaan dan aktiviti kawalan, yang boleh
menyebabkan pencemaran. Sumber rujukan (https :// www. doe. gov. my/ portalv1
/wpcontent/uploads/2015/01/Akta_Kualiti_Alam_Sekeliling_1974_ACT_127.pdf).

2.7 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian literatur ini membantu dalam menjalankan kajian ini kerana hasil
dapatan yang dirujuk daripada sumber - sumber seperti laporan atau kajian yang lepas
dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk menjalankan kajian projek ini. Kajian
literatur ini juga membantu untuk memberikan perbezaan atau persamaan yang mungkin
terdapat pada laporan atau kajian yang lepas.

12
BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi menerangkan kaedah dan perancangan pelaksanaan pembuatan projek.


Penyelidik berhasrat untuk menggunakan bab ini bagi mengumpul data. Bab ini terdiri
daripada pengguna metodologi dalam projek penyelidik dan proses pembuatan projek.

3.2 REKA BENTUK PRODUK

Reka bentuk produk kami telah dihasilkan dengan menggunakan bantuan AutoCad.
Lakaran projek ini dilakar awal di dalam buku dan kemudian dilakar semula dengan
menggunakan teknik lukisan kejuteraan AutoCad supaya lakaran terhasil dengan lebih
sempurna dan kemas. Lakaran tersebut dilengkapi dengan dimensi yang mana menjadi
spesifikasi yang telah ditetapkan. Dengan bantuan AutoCad dapat lagi memudahkan
kerja dan pengukuran lebih tepat dalam kerja pengukuran bahan projek.

Reka bentuk yang mempunyai dua fungsi yang boleh menjadi sebuah bentuk
tangga untuk menyimpan peralatan daripada plat besi dan boleh digunakan sebagai
tempat membuangan minyak hitam. Saiz toolbox (O-BOX) ini tidak terlalu besar dan tidak
terlalu kecil, ia bersaiz yang bersesuaian untuk di bawa kemana - mana.

13
Rajah 1 : O-BOX Di Tutup.

Rajah 2 : O-BOX Di Buka.

14
3.3 PROSES PEMBUATAN

Bahagian ini menyatakan proses kerja yang dilakukan untuk menjadikan satu produk.
Antara proses yang dijalankan adalah membuat reka bentuk, pengukuran, pemotongan,
dan sebagainya. Proses pembuatan ini juga mengandungi beberapa bukti proses kerja -
kerja dijalankan.

3.3.1 PEMBELIAN BAHAN PROJEK

Bahan – bahan projek yang dicadangkan telah kami dapatkan besi dari kedai besi di
sekitar kawasan Kajang, Selangor. Bagi pembelian bekas plastik pula, kami telah
dapatkan di kawasan IKEA Cheras. Kesemua bahan – bahan lain, dibeli di MR. DIY(KL),
(Kajang) dan (Klang) dan kedai “hardware” Desa Pandan(KL) berdekatan dengan lokasi
projek di jalankan.

Rajah 3 : Pembelian Bekas Plastik Di IKEA.

15
3.3.2 PENGUKURAN

Bahan projek telah dilakar dan diberi dimensi. Dimensi bahan diukur memberikan projek
saiz sebenar seperti pada ketinggian 147 cm dan lebar pada 42 cm pada bekas. Selain
itu, ketinggian rangka pula 115 cm. Ukuran bahan telah diukur dengan teliti
menggunakan peralatan mengukur seperti pembaris keluli, sesiku L, pengarik, dan lain -
lain.

Rajah 4 : Kerja Mengukur Sedang Dijalankan.

16
3.3.3 MENANDA

Apabila ingin mengukur batang besi, contoh alat yang digunakan ialah penggarit untuk
menanda permukaan pada besi, plat besi, bekas plastik dan batang corong serta corong
mengikut saiz atau ukuran yang dikehendaki bagi kedudukan tempat yang perlu dipotong
atau dilubangkan.

Rajah 5 : Menanda Batang Besi Di Bengkel.

17
3.3.4 PEMOTONGAN

Bahan projek dipotong dikawasan bengkel Kolej Vokasional Sepang, dan bahan projek
dipotong menggunakan peralatan yang sedia ada di bengkel dengan izin penggunaan
daripada penyelia projek selaku ketua program automotif. Bahan yang pertama dipotong
ialah besi untuk membuat rangka. Bahan yang kedua ialah, plat besi untuk permukaan
dan lain - lain lagi.

Rajah 6 : Proses Pemotongan.

18
3.3.5 MENCANAI

Kaedah mencanai adalah sebagai cara untuk meratakan bahagian hujung besi yang
berlebihan atau sebelum. Di antara bahan yang dicanai ialah besi, plat besi dan besi
bulat.

Rajah 7 : Proses Mencanai Pada Hujung Besi.

19
3.3.6 MENGIMPAL

Kaedah mengimpal digunakan adalah sebagai cara untuk mencantum bahagian -


bahagian besi yang ingin disambungkan. Antara bahan yang dikimpal ialah plat besi,
ianya adalah untuk mencantumkan plat besi dengan rangka untuk membuat pemukaan
atau dinding projek. Selain itu, plat besi juga dikimpal untuk mencantum corong serta
menyambung corong dengan besi bulat. Seterusnya, bahan yang dikimpal ialah besi
bulat untuk disambung dengan permukaan rangka. Roda juga dikimpal supaya
bercantum dengan bahan projek.

Rajah 8 : Proses Mengimpal Sedang Dijalankan Di Bengkel.

20
3.3.7 MENGGERUDI

Dalam proses ini, ia menggunakan mesin gerudi iaitu “Hand Drill” untuk membuat lubang.
Rajah di bawah menunjukkan proses menggerudi besi dan ianya gerudi untuk membuat
lubang bagi membuat lengan mekanisma. Selain itu, bekas plastik juga di gerudi untuk
tempat memasukan skru diantara lengan projek dengan bekas. Selain itu, bekas plastik
di gerudi untuk meletakan skru diantara roda dan bekas. Seterusnya, menggerudi pada
penahan corong minyak pelincir supaya dapat dikuncikan semasa diangkat.

Rajah 9 : Proses Menggerudi Sedang Dijalankan Di Bengkel.

21
3.3.8 MENGECAT

Kaedah mengecat bahan projek yang digunakan adalah semburan (spray). Mengecat
projek supaya lebih kemas dan menarik. Dengan mengecat projek, projek akan lebih
tahan lama daripada karat, kemas dan menarik.

Rajah 10 : Mengecat Dan Mengering.

22
3.3.9 MEMBUAT PENGEMASAN

Kaedah pengemasan bahan projek yang digunakan adalah untuk memberikan lebih baik
dari segi keselamatan dan kecantikkan pada bahan projek. Dengan menggunakan kertas
pasir ia dapat membuang karat pada besi bahan projek tersebut. Seterusnya, memasang
getar pada bahagian tajam supaya ia selamat dalam melakukan pembuangan sisa
minyak pelincir. Akhir sekali, bagi mencantikkan bahan projek, ia perlu dibasuh pada
bekas yang telah kotor dan menampal sticker pada bahagian supaya ia kelihatan
menarik.

Rajah 11 : Memasang Getar Pada Bahagian Tajam, Menampal Sticker Dan


Membersihkan Bekas Peralatan.

23
3.3.10 PEMASANGAN BAHAN PROJEK

Pemasangan bahan projek pada bahagian – bahagian berkenaan. Antara bahan projek
yang dipasang ialah bekas plastik, plat besi, besi segi empat panjang, roda, corong besi,
pemegang O-BOX, pemegang pembuka dan penutup bekas, kunci bekas O-BOX dan
lain – lain.

Rajah 12 : Pemasangan Bahan Projek.

24
3.4 BAHAN PROJEK

3.4.1 BEKAS PLASTIK

Bekas plastik berfungsi sebagai penyimpanan peralatan kecil seperti washer, oil seal dan
sebagainya.

Rajah 13 : Bekas Plastik.

25
3.4.2 RODA

Roda berfungsi untuk memudahkan ia bergerak dan tidak perlu diangkat - angkat jika
ingin menggunakannya. Ia juga berfungsi untuk memudahkan penggunanya. Roda ini
juga boleh melindungi tulang belakang kita kerana jika badan kita mengangkat barang
yang berat ia boleh memberi kesan kepada tulang belakang kita. Dengan cara ini, projek
akan menjadi lebih fleksibel dan mudah untuk dikendalikan. Ia juga dapat mengurangkan
masalah sakit tulang belakang.

Rajah 14 : Roda Kecil Dan Besar.

26
3.4.3 BOTOL

Botol berfungsi sebagai tempat buangan kumbahan minyak hitam. Ia juga dapat
menyimpan bahan – bahan sisa buangan ketika membuangan.

Rajah 15 : Botol

3.4.4 ENGSEL

Engsel jenis poros diperbuat daripada besi atau logam campuran. Engsel ini digunakan
untuk penyambungan besi.

Rajah 16 : Engsel

27
3.4.5 FRAME BESI

Frame besi ini berfungsi untuk membuat rangka pada projek. Frame besi ini digunakan
pada projek ini supaya projek ini dapat bertahan daripada beban takung minyak pelincir.
Badan projek juga mudah dibuat kerana rangka projek kami telah tersedia.

Rajah 17 : Frame Besi

28
3.4.6 BESI BULAT

Bahan ini telah digunakan semenjak perang dunia ke - 2, terutama untuk membuat
peralatan keperluan ketenteraan. Pada zaman sekarang, besi bulat ini digunakan
dimerata - rata tempat. Contohnya, besi bulat yang digunakan untuk projek ini adalah
besi mampat.

Besi bulat ini digunakan untuk menyalurkan minyak pelincir ke dalam takung
minyak pelincir. Projek menggunakan besi bulat ini kerana dapat menahan panas minyak
pelincir yang ditakung.

Rajah 18 : Besi Bulat.

29
3.4.7 JARING

Jaring berfungsi untuk digunakan sebagai penapis. Penapis minyak pelincir akan
diletakkan di atas jaring sehingga minyak yang berada didalam penapis tersebut dapat
dikeluarkan semua.

Rajah 19 : Jaring.

3.4.8 PLAT BESI

Plat besi ini untuk dijadikan badan projek kami. Tujuan projek ini menggunakan plat besi
ini adalah supaya projek ini dapat tahan lebih lama dan mengurangkan kos untuk
membaik pulih.

Plat besi merupakan bahan besi lembaran yang kegunaan utamanya sebagai
bahan material untuk membuat pelbagai perlengkapan barang yang bahannya adalah
dasar besi dan juga sebagai material konstruksi bangunan.

30
Fungsi plat besi di dalam projek ini adalah untuk dijadikan sebagai badan projek.
Projek ini menggunakan plat besi kerana ia dapat tahan panas yang bersuhu tinggi. Plat
besi ini akan di cat bagi mengelakkan ia berkarat.

Rajah 20 : Plat Besi.

3.4.9 BOLT DAN NUT

Bolt dan nut amat penting untuk mengikat projek daripada tercabut dan membantu projek
bergerak.

Rajah 21 : Bolt Dan Nut.

31
3.4.10 BESI L (BRAKET)

Besi L adalah logam yang kuat dan keras serta banyak sekali gunakannya. Besi L yang
berbentuk dua garis tegak lurus bersudut 90 darjah. Besi L berfungsi untuk membuat rak
besi, kerangka tangga hingga rangka pintu. Selain itu, besi L memiliki klasifikasi dan
memiliki kekuatan yang kuat serta kukuh.

Rajah 22 : Besi L.

3.4.11 PEMEGANG PINTU

Pemegang pintu adalah untuk mengendalikan pembuka dan menutup sesuatu pintu.
Kawalan yang digunakan adalah mudah dan selamat. Selain itu, mempunyai pelbagai
reka bentuk yang boleh dipakaikan. Kekuatan dan ketahanan pemegang pintu adalah
selamat.

Rajah 23 : Pemegang Pintu.

32
3.4.12 PAIP PLASTIK

Paip plastik adalah berfungsi sebagai kemudahan penyaluran cecair untuk masuk ke
sesebuat bekas atau tong. Selain itu, paip plastik ini mempunyai ketahanan pada cecair
seperti minyak panas. Seterusnya, ia dapat memudahkan dalam pergerakan yang tidak
lurus semasa ingin membuang cecair.

Rajah 24 : Paip Plastik.

3.4.13 SAMBUNGAN PIPA PVC (REDUSER PVC)

Sambungan ini disebut dengan reduser, kerana fungsinya adalah menyambungkan


kedua bahagian atas dan bawah yang kecil dan besar. Selain itu, bahagian atas
digunakan untuk menyambungkan corong besi dan bahagian kecil dipasang pada paip
gulung plastik.

Rajah 25 : Sambungan PVC.

33
3.4.14 KERTAS PASIR

Kertas pasir merupakan kertas yang digunakan pada proses akhir. Ia merupakan kertas
kasar yang seperti pasir dimana ia digunakan untuk meratakan pada permukaan besi
yang mempunyai karat. Ia juga dapat melincinkan dan mengemaskan projek besi
tersebut.

Rajah 26 : Kertas Pasir.

3.4.15 SPRAY PAINT

Spray paint mempunyai pelbagai jenis cat untuk kesesuaian pada bahan projek seperti
besi. Selain itu, ia dapat menggunakan ketahanan pada situasi cuaca. Seterusnya, spray
yang digunakan dapat digunakan untuk mengilatkan bahan projek untuk memberi
kekemasan projek.

Rajah 27 : Spray Paint.

34
3.4.16 GAM PAIP

Gam paip ini adalah fungsi untuk melekatkan pada bahan pepejal seperti di projek ia
dilekatkan pada besi bulat supaya dapat memudahkan minyak masuk dan dapat tahan
pada pemasangan di antara besi bulat dan sambungan PVC.

Rajah 28 : Gam Paip.

3.4.17 KLIP PAIP

Pelbagai jenis dan reka bentuk klip paip yang sudah ada ia adalah berfungsi sebagai
pengikat pada batang paip ataupun hose. Penggunaannya adalah mudah dan senang
dikunci dengan menggunakan skru driver sahaja. Dengan adanya pengikat ini ia dapat
menahan daripada paip tercabut.

Rajah 29 : Klip Paip.

35
3.4.18 BESI FLAT BAR

Besi flat bar adalah besi yang kukuh dan kuat. Ia adalah berfungsi sebagai penahan pada
sesuatu bahan projek. Seterusnya, ia dapat berfungsi sebagai rangka projek. Dengan
besi flat bar ini ia dapat membantu dalam membuat rangka projek O-BOX ini.

Rajah 30 : Besi Flat Bar.

3.4.19 LOCK

Lock digunakan sebagai pengunci pada bahan projek dan dapat menutup bahan projek
dengan selamat.

Rajah 31 : Lock.

36
3.4.20 STICKER

Sticker digunakan sebagai kekemasan sesuatu bahan projek. Selain itu, corak dan warna
perlulah sesuai pada bahan projek supaya kemas.

Rajah 32 : Sticker.

37
3.5 SENARAI KOS BAHAN

Senarai ini mengandungi bahan - bahan dan peralatan yang digunakan untuk
menyiapkan O-BOX.

BIL ITEM HARGA KUANTITI UKURAN JUMLAH


SEUNIT

1 BEKAS PLASTIK RM 19.00 4 - RM 76.00

2 RODA KECIL RM 9.00 2 - RM18.00

3 RODA BESAR RM 6.00 4 - RM 24.00

38
4 BOTOL RM 30.00 1 - RM 30.00

5 ENGSEL RM 5.00 2 - RM 10.00

6 FRAME BESI RM 15.00 6 115 cm RM 90.00

7 BESI BULAT RM 30.00 1 140 cm RM 30.00

8 JARING BESI RM 1.00 1 - RM 1.00

9 PLAT BESI RM 80.00 4 115 cm RM 320.00


tinggi

42 cm
lebar

39
10 BOLT & NUT RM 2.00 4 - RM 8.00

11 BESI L RM 6.00 2 - RM 12.00

12 PEMEGANG PINTU RM 2.00 1 - RM 2.00

13 PAIP PLASTIK RM 6.00 1 80 cm RM 6.00

14 SAMBUNGAN PVC RM 12.00 1 - RM 12.00

40
15 KERTAS PASIR RM 4.00 4 - RM 16.00

16 SPRAY CAT RM 6.00 6 - RM 36.00

17 GAM PAIP RM 3.00 1 - RM 3.00

18 KLIP PAIP RM 1.00 1 - RM 1.00

41
19 BESI FLAT BAR RM 15.00 5 120 cm RM 75.00

20 LOCK RM 2.00 1 - RM 2.00

21 STICKER RM 5.00 1 - RM 5.00

JUMLAH RM 777.00

Jadual 3 : Senarai Kos Bahan Projek.

42
3.6 SENARAI PERALATAN

BIL ITEM FUNGSI UKURAN KUANTITI

1. MESIN PEMOTONG BESI Untuk memotong besi. - 1

2. MESIN GERUDI TANGAN Mesin untuk menggerudi - 1


dan untuk membuat
lubang.

3. MATA GERUDI Alatan untuk 10mm 3


menggerudi. dan
11.5mm

4. MESIN CANAI Meratakan bahagian - 1


yang tajam.

5. MESIN PENGIMPAL Untuk menyambungkan - 1


besi.

6. ALAT PEMBENANG Membuat benang skru. - 1


SKRU

7. PERALATAN TANGAN Untuk mengetatkan bolt - 1


dan nut.

Jadual 4 : Senarai Peralatan.

43
3.7 CARTA ALIR PROSES PELAKSANAAN PROJEK PTA

Mula

Perbincangan
penghasilan projek

Penghasilan kertas
cadangan

Perbentangan kertas
cadangan

Tidak
Diterima

Ya

Membeli bahan projek Pencarian bahan projek

Analisis
Proses pembuatan masalah Penulisan bab 1, 2 dan 3

Proses pemasangan Pembentangan awal

Proses kekemasan Penulisan bab 4 dan 5

Tidak
Pengujian Semakan semula
projek penulisan
Ya

Pembentangan akhir

Tamat

44
3.8 CARTA GANTT

45
BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS PROJEK

4.1 PENGENALAN

Dalam bahagian ini perlu menghuraikan hasil dapatan kajian dan hasil analisis data yang
telah dibuat berkaitan projek yang telah dilaksanakan. Jika projek yang dihasilkan tidak
mengikut spesifikasi projek, maka perlulah membuat cadangan serta penambahbaikkan
ke atas projek bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Proses analisis projek ini dilakukan bagi mengenalpasti masalah yang timbul
daripada analisis yang dikumpul. Hasil daripada analisis yang dikumpul dapat memberi
pendekatan yang baru dan memberi satu petunjuk bagi memastikan masalah yang timbul
dapat diselesaikan dengan mudah.

Bagi menyempurnakan projek O-BOX, terdapat beberapa perkara yang perlu


disentuh dalam bab ini iaitu senarai alatan pengujian. Senarai alatan pengujian perlu
dibuat bagi mengenalpasti bahan yang digunakan untuk melakukan pengujian terhadap
projek. Selain itu, kaedah pengujian dan penentu ukuran juga perlu disenaraikan bagi

46
memudahkan proses membaikpulih projek. Seterusnya, perkara yang paling penting
dalam melakukan sesuatu projek adalah keselamatan ataupun langkah berjaga - jaga
dalam melakukan pengujian. Keselamatan ataupun langkah berjaga - jaga perlu diambil
berat kerana ianya merupakan salah satu perkara penting dalam melakukan sesebuah
projek. Selain itu, pengujian pada peringkat pertama keputusan perlu diambil bagi
membuat perbandingan antara peringkat pertama dan peringkat akhir projek dibuat.
Dalam bab ini juga akan diterangkan mengenai dapatan dan analisis kajian yang telah
dibuat.

4.2 SENARAI ALATAN PENGUJIAN

Dalam tajuk ini alatan yang digunakan untuk diuji ialah sesiku L untuk menampung berat
bekas O-BOX dan peralatan pengukuran seperti pita pengukur untuk mendapatkan saiz
yang baik. Selain itu, alatan tangan juga digunakan bagi melihat ketahanan kotak O-
BOX. Di samping itu, roda digunakan untuk melihat dan keseimbangan pergerakan O-
BOX, supaya apabila digunakan pergerakan O-BOX tidak terbatas dan seimbang.

47
4.3 KAEDAH PENGUJIAN DAN PENENTU UKURAN (CALIBRATION)

Dalam bahagian ini, banyak keadah pengujian yang perlu di lakukan supaya sesebuah
projek dapat digunakan dengan baiknya dari segi keberkesanan fungsi O-BOX. Oleh itu,
O-BOX diuji dengan cara melihat mekanisma projek supaya dapat memberi kepuasan
kepada pengguna. Selain itu, O-BOX juga diuji daya tahan bahan dan kemampuan
menampung berat alatan dan juga barangan agar apabila digunakan keselamatan
pengguna terjaga.

Seterusnya, dari segi kaedah pengukuran pula, ia memerlukan ukuran yang tepat
seperti dalam projek O-BOX, lengan O-BOX perlu diukur dengan tepat supaya apabila
dibuka dan ditutup ia mempunyai makanisma yang fleksible untuk memberikan
keselesaan kepada pengguna semasa membuka dan menutup. Selain itu, ketinggian
corong perlu mempunyai ketinggian yang sesuai supaya penurunan minyak pelincir
dapat menurun dengan mudah dan lancar semasa menservis.

Di samping itu, ukuran pada saiz rangka projek perlu mempunyai saiz yang
sesuai untuk penggunaan dibawah hoist yang lebih mudah. Jarak bekas (box) perlu
mempunyai ruang yang ideal supaya dapat menampung dan menahan peralatan
semasa menservis kenderaan dan ianya mudah untuk di simpan. Selain itu, pengujian
pada pergerakan O-BOX perlu mempunyai kekuatan daya yang cukup kuat supaya
pergerakan tidak terbatas semasa menampung peralatan yang berat.

Akhir sekali, pada bahagian tangki O-BOX, batang corong serta paip plastik juga
perlu diuji dan diperiksa sama ada mempunyai sebarang kebocoran berlaku semasa
digunakan agar tidak berlaku sebarang tumpahan minyak semasa menservis kenderaan.
Oleh itu, kami menguji bahan - bahan tersebut dengan menuang minyak pelincir ke
corong dan melihat sama ada berlaku kebocoran atau melihat keadaan adakah minyak
pelincir masuk ke dalam botol dengan keadaan sempurna.

48
4.4 KESELAMATAN DALAM PENGUJIAN / LANGKAH BERJAGA – JAGA

Keselamatan amatlah penting dan perlu di titik beratkan semasa melakukan pengujian
pada sesebuah projek. Berikut adalah langkah – langkah keselamatan yang perlu diikuti
semasa menggunakan projek O-BOX. Sewaktu menggunakan O-BOX pengguna
perlulah mengikuti Standard Operating Procedure (SOP), Personal Protective Equipment
(PPE) dan memakai pakaian keselamatan seperti sarung tangan bagi menjaga
keselamatan tapak tangan daripada luka. Selain itu, perlu memakai goggle untuk
menjaga keselamatan mata semasa menservis kenderaan. Di samping itu, perlu
memakai “safety boots” supaya keselamatan lebih terjamin.

Seterusnya, berhati – hati semasa menaikkan atau menurunkan corong supaya


tiada kemalangan yang berlaku. Di samping itu, semasa membawa O-BOX, berhati –
hati dengan orang disekeliling O-BOX supaya tidak berlaku perlanggaran atau
kemalangan pada orang sekeliling. Selain itu, setelah selesai menyimpan peralatan di O-
BOX, O-BOX perlu di kunci supaya kotak penyimpanan peralatan tidak bergerak.
Seterusnya, semasa meletakan peralatan pada O-BOX, peralatan itu mesti disusun
mengikut berat atau saiz peralatan yang sesuai supaya bekas tidak pecah atau rosak.

49
4.5 PERINGKAT PERTAMA KEPUTUSAN PENGUJIAN DAN KALIBRASI

Pada bahagian ini, peringkat pertama yang telah dibuat ujian ialah pengujian makanisma
lengan O-BOX tidak berfungsi dengan betul pada bekas O-BOX kerana semasa
membuka dan menutup ia tidak seimbang dan tidak fleksible. Selain itu, pada bahagian
bekas yang paling atas tidak menpunyai ketahanan yang kuat untuk menahan bekas
tersebut ia akan menyebabkan pecah pada bahagian skru bekas tersebut. Di samping
itu, pemegang pada O-BOX terlalu panjang dan tidak sejajar pada tangki.

Seterusnya, pada bahagian tangki minyak pula, corong saluran minyak pelincir
terlalu tinggi untuk menservis. Selain itu, berat pada tangki O-BOX didapati tidak
mempunyai keseimbangan kerana pada bahagian menservis minyak ia terlalu ringan
untuk menahan pada bahagian bekas yang telah diletakkan peralatan untuk digerakkan.
Akhir sekali, pada bahagian pergerakan O-BOX tidak bergerak dengan sejajar dan boleh
menyebabkan jatuh atau pecah.

Rajah 33 : Peringkat Pertama Pengujian.

50
4.6 PERINGKAT AKHIR KEPUTUSAN PENGUJIAN

Pada akhir keputusan pengujian projek O-BOX ini, mekanisma lengan O-BOX dapat
menyokong keseimbangan dan fleksible ke semua bekas peralatan O-BOX dan dapat
menggerakan dengan baik semasa membuka dan menutup O-BOX tersebut. Selain itu,
pada bahagian bekas yang paling atas telah dikimpalkan dua besi L yang dapat menahan
penampungan peralatan yang diletakkan pada bekas untuk disimpan. Di samping itu,
pemegang O-BOX telah dipotong pendek dengan kesesuaian dan sejajar.

Seterusnya, pada bahagian tangki minyak pula, corong besi telah dipotong untuk
dipendekkan dan memudahkan percepatan masa penurunan minyak pelincir yang ingin
diservis. Selain itu, dengan menambah besi dan roda di hadapan pada bahagian bawah
tangki O-BOX ia dapat membantu keseimbangan pada tangki daripada jatuh. Akhir
sekali, pada bahagian tangki dan bekas O-BOX bawah telah dipasang kunci dan dikimpal
dua besi. Dengan itu, O-BOX dapat bergerak dengan baik dan selamat.

Rajah 34 : Peringkat Akhir Pengujian.


51
Rajah 35 : Peringkat Akhir Pengujian.

52
4.7 MEMBAIKPULIH DAN PENYELENGGARAAN

Setelah melakukan beberapa pengujian terhadap projek, beberapa proses membaikpulih


dan penyelenggaraan telah dilakukan antaranya ialah membaik pulih pada batang
corong menservis minyak pelincir. Pada mulanya, batang besi corong mempunyai
panjang 140 cm tetapi bagi memudahkan lagi kerja menservis, batang corong itu telah
dipotong menjadi 60 cm dan disambung dengan paip yang mampu dilentur untuk
memudahkan kemasukan minyak ke dalam botol.

Seterusnya, menambah skru dan nat pada penyambungan lengan mekanisama


O-BOX. Ketika melakukan pengujian, kami mendapati bahawa skru tidak mencukupi
untuk mengikat roda dan lengan. Oleh itu, kerja membaikpulih dengan menambahkan
nat dan skru sebagai penyambung projek yang kukuh dan selamat. Cadangan baik pulih
seterusnya ialah, akan diletakkan besi dan roda di hadapan pada bahagian tangki dan di
pasang kunci serta dua besi penahan di bahagian bekas O-BOX di bawah supaya
semasa di bawa ia dapat bergerak dengan seimbang dan baik.

Akhir sekali, membaikpulih dari segi kekemasan pada bahagian luar projek.
Semasa melakukan proses pengujian, mendapati bahawa pada bahagian luar projek
kurang kemas dan terdapat kesan lubang yang telah salah ditebuk pada projek. Dengan
itu, projek ditambah bahan alternatif seperti sticker supaya dapat mengemaskan lagi
bahan projek. Selain itu juga, kerja membersihkan plat besi menggunakan kertas pasir
untuk menanggalkan karat yang melekat pada besi dapat dijalankan dan di cat
menggunakan spray paint warna hitam supaya dapat mencantikkan bahan projek.

53
4.8 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN

Berdasarkan carta gantt yang telah dibuat, penghasilan projek memerlukan sekurang -
kurangnya 5 bulan. Proses pendahuluan bermula dengan perbincangan projek bermula
pada bulan april dan berakhir dengan proses penambahbaikan projek pada bulan ogos
telah mencapai matlamat mengikut perbincangan yang telah ditetapkan.

Dalam tempoh selama 5 bulan, terdapat banyak proses yang telah dilakukan
sewaktu penghasilan projek. Antaranya ialah proses mereka bentuk, proses pengukuran,
proses pencarian bahan, proses pencarian tempat bagi membuat projek, proses
pembuatan, proses kimpalan, proses penyambungan, proses pengujian dan proses
penambahbaikan projek. Proses mereka bentuk projek dibuat dengan menggunakan
aplikasi AUTOCAD yang mengambil selama seminggu bagi melengkapkan lakaran
dengan tepat. Proses pencarian bahan dan pencarian tempat bagi menghasilkan projek
mengambil masa selama 2 minggu. Selain itu, proses pembinaan badan projek
dihasilkan selama 2 minggu. Seterusnya, bagi proses penyambungan juga mengambil
masa selama 2 minggu. Selain itu, bagi pengujian dan penambahbaikan projek, ianya
mengambil masa selama 4 bulan bagi menyiapkan projek.

Sewaktu penghasilan projek dijalankan, terdapat beberapa masalah yang telah


dihadapi sewaktu menyiapkan projek. Antara faktor utama masalah yang dihadapi
adalah kekurangan wang dan mencari mekanisma keseimbangan O-BOX tersebut. Oleh
yang demikian, kami sekumpulan mengeluarkan wang simpanan bank bagi membeli
bahan untuk menghasilkan projek O-BOX dan menambahkan pengetahuan ilmu dari
laman web, perpustakaan serta berbincang dengan masyarakat untuk mendapat
keberkesanan projek O-BOX.

54
4.9 DEMOGRAFI RESPONDEN

Carta Analisis Pekerjaan Responden

15%

Pelajar
Pensyarah
25%
60%
Mekanik

Rajah 36 : Carta Pie Analisis Pekerjaan Responden.

Terdapat beberapa orang responden yang terdiri daripada mekanik luar, pensyarah dan
beberapa pelajar di Kolej Vokasional Sepang. Pensyarah dan pelajar diminta untuk
membuat pengujian tahap kefungsian, keselesaan dan kemudahan terhadap projek
tersebut. Seterusnya, hasil daripada pengujian tersebut pensyarah, mekanik luar dan
pelajar tersebut diminta untuk mengisi borang soal selidik berserta dengan cadangan
yang perlu ditambah baik terhadap projek. Dalam borang soal selidik tersebut ada
diletakkan ya atau tidak sama ada mereka bersetuju atau tidak terhadap projek yang
dibuat.

Hasil daripada borang soal selidik tersebut, segala masalah dan cadangan yang
dinyatakan oleh responden akan dibuat penambahbaikan terhadap projek tersebut.
Sekiranya terdapat masalah yang dinyatakan, maka kami akan membuat penyelesaian
masalah terhadap projek tersebut.

55
Sekiranya cadangan dinyatakan oleh responden, maka kami akan membuat
penambahbaikan terhadap projek bagi memenuhi permintaan dan kehendak responden
supaya projek O-BOX yang dihasilkan dapat diguna pakai dengan lebih selesa pada
masa akan datang.

Rajah 37 : Borang Soal Selidik.

56
4.9.1 SOALAN 1

Adakah anda merasa sukar untuk mengambil dan menyimpan peralatan semasa
menservis kenderaan?

Rajah 38 : Carta Soalan 1.

Berdasarkan rajah 38 di atas, 85.7% pengguna bersetuju terhadap kenyataan


menghadapi kesukaran mengambil dan menyimpan peralatan.

4.9.2 SOALAN 2

Adakah anda sukar untuk menyimpan minyak pelincir yang telah digunakan?

Rajah 39 : Carta Soalan 2.

Berdasarkan rajah 39 di atas, 76.2% pengguna bersetuju pada kenyataan menghadapi


kesukaran untuk menyimpan sisa minyak pelincir.

57
4.9.3 SOALAN 3

Adakah peralatan sesuai disimpan dengan baik dalam ruang yang kecil?

Rajah 40 : Carta Soalan 3.

Berdasarkan rajah 40 di atas, 52.4% pengguna merasa tidak setuju pada kenyataan
bahawa peralatan sesuai disimpan dalam ruang yang kecil.

4.9.4 SOALAN 4

Adakah pengguna memerlukan tempat simpan yang lebih tersusun untuk menyimpan
peralatan tangan?

Rajah 41 : Carta Soalan 4.

Berdasarkan rajah 41 di atas, 85.7% pengguna bersetuju terhadap kenyataan bahawa


pengguna memerlukan tempat simpan yang lebih tersusun untuk menyimpan peralatan
tangan.

58
4.9.5 SOALAN 5

Adakah pengguna mahukan tempat simpan peralatan tangan yang mampu bergerak?

Rajah 42 : Carta Soalan 5.

Berdasarkan rajah 42 di atas, 85.7% pengguna bersetuju pada kenyataan mekanik


memerlukan tempat simpan peralatan tangan yang mampu bergerak.

4.9.6 SOALAN 6

O-BOX dapat memudahkan pengambilan dan penyimpanan peralatan tangan kerana


ianya mampu bergerak.

Rajah 43 : Carta Soalan 6.

Berdasarkan rajah 43 di atas, 85.7% pengguna bersetuju bahawa O-BOX memudahkaan


pengambilan dan penyimpanan peralatan tangan.

59
4.9.7 SOALAN 7

Adakah O-BOX dapat menampung peralatan - peralatan tangan dengan banyak?

Rajah 44 : Carta Soalan 7.

Berdasarkan rajah 44 di atas, 76.2% pengguna bersetuju bahawa O-BOX dapat


menampung peralatan tangan dengan jumlah yang banyak.

4.9.8 SOALAN 8

Adakah reka bentuk O-BOX stabil dan kukuh?

Rajah 45 : Carta Soalan 8.

Berdasarkan rajah 45 di atas, 71.4% bersetuju bahawa reka bentuk O-BOX stabil dan
kukuh.

60
4.9.9 SOALAN 9

Pada pendapat anda, O-BOX ini sesuai digunakan di pusat servis kenderaan.

Rajah 46 : Carta Soalan 9.

Berdasarkan rajah 46 di atas, 90.5% pengguna bersetuju bahawa O-BOX sesuai


digunakan di pusat servis.

4.9.10 SOALAN 10

Pada pandangan anda, adakah O-BOX ini dapat dikomersialkan di masa akan datang.

Rajah 47 : Carta Soalan 10.

Berdasarkan rajah 47 di atas, 85.7% pengguna bersetuju O-BOX dapat dikomersialkan


di masa akan datang.

61
4.10 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN / KEPUTUSAN BERDASARKAN
PERSOALAN KAJIAN

Hasil daripada projek O-BOX ini, ia telah memudahkan proses kerja seseorang mekanik
dan pelajar sewaktu melakukan kerja menservis kenderaan. Ianya juga, dapat
mengurangkan penggunaan tenaga semasa melakukan kerja menservis kenderaan.
Selain itu, projek ini juga dapat menjimatkan masa pekerja dan pelajar untuk mengambil
peralatan tangan semasa melakukan kerja menservis minyak pelincir kenderaan dengan
hanya membuka laci tool box (O-BOX). Seterusnya, projek ini juga dapat mengurangkan
masalah dalam mengurus sisa buangan minyak pelincir oleh kerana pada ketika ini ramai
pekerja bengkel mengalami kesukaran membuang dan menyimpan sisa buangan minyak
pelincir di bengkel.

Berdasarkan keputusan soal selidik, kajian menyatakan bahawa O-BOX dapat


memudahkan kerja mekanik untuk menservis kenderaan. Seterusnya, ia juga
menyatakan bahawa sisa minyak pelincir mudah dikendalikan dan mudah dihantar ke
pusat pembuangan minyak pelincir atau digunakan untuk kerja-kerja membuat garisan
padang.

Berdasarkan jadual di bawah, berikut adalah analisis data yang diambil sewaktu
menjalankan pengujian terhadap projek. Perkara yang di ambil kira sewaktu pengujian
adalah cara kerja, masa dan masalah yang dihadapi oleh mekanik. Analisis tersebut
dibuat berdasarkan peringkat, iaitu pada peringkat awal pengujian dan peringkat akhir
pengujian.

62
PERKARA SEBELUM SELEPAS

Proses membawa O-BOX Susah, mudah jatuh dan Mudah membawa O-BOX
tidak seimbang dan selesa

Masa menservis minyak Lambat Mudah dan sistematik


pelincir

Pengurusan sisa buangan Susah Mudah


minyak pelincir

Jadual 5 : Analisis Penggunaan Projek.

4.11 KAEDAH PENGGUNAAN PROJEK

BIL LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN SEBELUM PENGGUNAAN

O-BOX

1. Memakai pakaian keselamatan seperti goggle, sarung tangan, pakaian yang


bersesuaian dengan bengkel dan safety boots.

2. Lihat pada bahagian langkah – langkah (S.O.P) yang telah tersedia pada
projek O-BOX.

Jadual 6 : Langkah – Langkah Keselamatan Penggunaan O-BOX.

63
BIL LANGKAH – LANGKAH PENGGUNAAN O-BOX PADA BAHAGIAN
ALATAN

1. Pergi ke tempat hoist atau tempat yang hendak di servis.

2. Kunci kedua roda belakang supaya O-BOX tidak bergerak semasa


menservis.
3. Buka kunci pada belah kiri O-BOX dan keluarkan toolbox ke hadapan.

4. Tarik toolbox yang paling bawah dan keluarkan peralatan yang ingin
digunakan.
5. Apabila sudah habis digunakan. Simpan semula peralatan di toolbox
mengikut saiz dan berat peralatan.

6. Tolak toolbox yang paling bawah dan rapatkannya.

7. Kunci semula O-BOX pada belah kiri.

8. Buka kunci roda belakang dan gerakkan O-BOX ke tempat penyimpanan.

Jadual 7 : Langkah – Langkah Penggunaan O-BOX Pada Bahagian Alatan.

64
BIL LANGKAH – LANGKAH PENGGUNAAN O-BOX SEMASA MENSERVIS
MINYAK PELINCIR

1. Pergi ke tempat hoist atau tempat yang hendak di servis.

2. Kunci kedua roda belakang supaya O-BOX tidak bergerak semasa


menservis.
3. Pastikan penutup botol telah dibuka dan paip plastik telah di letakkan pada
botol.

4. Pada bahagian tangki, angkat corong dan ketatkan kunci. Pastikan semasa
mengangkat perlulah berhati – hati supaya tidak berlaku kecederaan pada
tangan.
5. Buka pada minyak pelincir kenderaan dan tunggu ia mengalir ke dalam
tong di botol.
6. Jika sudah selesai, longgarkan kunci dan turunkan corong tersebut.

7. Jika ingin membuang minyak oil filter, letak sahaja oil filter pada jaring di
corong.

8. Apabila sudah selesai, keluarkan paip plastik dan tutup penutup botol.

9. Buka kunci roda belakang dan gerakkan ke tempat penyimpanan.

Jadual 8 : Langkah – Langkah Penggunaan O-BOX Semasa Menservis Minyak


Pelincir.

65
BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Pada era kemajuan ini, terdapat banyak produk yang telah dihasilkan bagi memudahkan
sesuatu pekerjaan. Segala produk yang direka dari mekanikal sehinggalah produk
elektronik mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk memudahkan kerja serta memberi
keselesaan dan menjimatkan masa pada seseorang pekerja.

Oleh itu, dengan kerjasama tenaga pensyarah dan pelajar Kolej Vokasional
Sepang, terciptalah sebuah projek penambahbaikan daripada toolbox biasa menjadi
sebuah projek yang dinamakan O-BOX. Projek ini direka bagi memudahkan mekanik
membuat kerja di bawah hoist dan memudahkan pelupusan minyak pelincir serta
membantu mencapai tujuan utama iaitu menservis kenderaan. Projek ini direka bagi
memenuhi keselesaan mekanik semasa menservis kenderaan.

66
5.2 PERBINCANGAN

Projek toolbox ini atau lebih dikenali sebagai O-BOX adalah gabungan antara toolbox
dan tangki penyimpanan minyak pelincir. Proses penggunaan projek O-BOX ini adalah
untuk menservis kenderaan yang berada di atas hoist. Langkah – langkah penggunaan
O-BOX amat mudah apabila sudah sampai di tempat hoist atau tempat yang hendak di
servis, kunci kedua roda belakang dan keluarkan toolbox di hadapan. Tarik bekas yang
paling bawah dan keluar peralatan yang ingin digunakan untuk menservis.

Jika ingin mengeluarkan minyak pelincir, pergi ke tempat tangki dan angkat
corong yang menyalurkan minyak pelincir dan kuncikannya. Seterusnya, jika ingin
meletakkan oil filter yang telah digunakan letak pada corong tersebut kerana ia
mempunyai jaring besi. Apabila tidak ingin digunakan pastikan toolbox dikunci dahulu
supaya O-BOX dapat bergerak dengan baik dan mudah. Perkara penting apabila ingin
digunakan O-BOX ialah memastikan keselamatan seperti memakai sarung tangan,
safety boot dan mengikut langkah – langkah menggunakan O-BOX seperti di atas.

Setelah melakukan proses analisis kajian, didapati beberapa kekurangan yang


terdapat pada projek yang dihasilkan. Ianya juga mempunyai masalah yang perlu dititik
beratkan. Antara masalah yang terdapat pada projek ini ialah dari aspek keselamatan
yang kurang kerana mempunyai kurang keseimbangan apabila ditolak atau ditarik untuk
dibawa ke tempat kerja. Oleh itu, alternatif yang diambil bagi memastikan keselamatan
terjamin ialah dengan menambah roda dan besi kerana ia boleh memberikan tekanan
yang stabil pada projek O-BOX agar ianya tidak terjatuh apabila dibawa ke mana sahaja
di kawasan bengkel.

67
5.3 CADANGAN

Projek ini dicipta bagi memberi kemudahan yang lebih kepada mekanik di samping
mengurangkan masalah dari segi pengurusan minyak pelincir. Projek ini terdapat
kekurangan tersendiri yang memerlukan penambahbaikan bagi menjadikan projek lebih
berkualiti dan tahan lama. Antara kekurangan projek yang dihadapi adalah kekemasan
pada bahan projek.

Masalah yang dihadapi ialah projek mudah kotor akibat kesan minyak pelicir dan
kekotoran pada kenderaan yang meninggalkan kesan pada dinding bahan projek. Oleh
itu, cadangan yang telah diajukan semasa perbincangan ialah membersihkan projek
dengan kertas pasir dan mengecatnya dengan warna yang lebih gelap seperti warna
hitam agar kesan kekotoran tidak kelihatan. Selain itu, mekanisma lengan projek juga
ditambahbaik agar apabila ingin mengeluarkan alatan, ianya dapat dilakukan dengan
lebih teratur dan mudah.

Cadangan penambahbaikan seperti membuat pemegang pada projek juga dibuat


agar dapat memudahkan projek ini dibawa kemana sahaja. Di samping itu, bagi
memastikan bahan projek seperti bekas plastik tidak jatuh atau pecah, besi ‘L’ juga di
tambah pada bahagian bawah projek yang berfungsi memperkukuhkan lagi bekas plastik
pada projek.

Cadangan seterusnya, akan disediakan pelan Standard Operation Procedure


(S.O.P) bagi setiap pengguna yang masih baharu dan belum mengenali projek O-BOX
ini. Dengan ini, ia akan terjamin selamat apabila digunakan sepanjang menservis
kenderaan atau menservis minyak pelincir.

68
5.4 KESIMPULAN

Kesimpulan yang terdapat dalam projek ini adalah pembuangan minyak pelincir amatlah
diutamakan kerana sisa minyak pelincir dapat di guna semula seperti membuat garisan
di padang atau sebagainya. Sisa minyak pelincir juga amatlah bahaya jika dibuang di
merata – rata tempat sebagai contoh di longkang atau sungai, ia akan mencemarkan dan
merosakan alam sekitar serta membunuh haiwan akuatik yang berada di dalamnya.

Jadi, projek “O – BOX” ini diciptakan bagi memudahkan penyimpanan minyak


pelincir dan dapat memudahkan pengurusan penggunaan peralatan dalam melakukan
kerja – kerja menservis kenderaan. Pada zaman yang moden ini juga, manusia berlumba
– lumba untuk mencipta sesuatu projek yang dapat memudahkan pada masa akan
datang.

Harapan agar projek ini akan menjadi satu projek yang dapat memudahkan kerja
di bengkel serta dapat mempercepatkan kerja menservis kenderaan.

69
RUJUKAN

1. Zulkifli Ahmad ( 2002 ). Engineering grapics with Autocad. Petaling Jaya :


Prentice Hall, 2003

2. Jackson Morley (2013). The tab guide to DIY welding : Hands-on for Hobbyists,
Handymen, and artist. McGraw-Hill : TAB Books Inc.

3. Shahrin Mohammad (2001). Reka bentuk struktur keluli. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka 2001.

4. Abdul Halim Sulaiman, Mohd. Izhan Mohd Ihan (2000). Environmental


Management Standards. Selangor : Universiti Putra Malaysia Press.

5. Lembaga Undang-Undang Malaysia (2012). Akta Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan 1994 (514) peraturan-peraturan & perintah-perintah. Kuala Lumpur :
International law book services, 2011.

6. R.J. Crawford penterjemah Jasmi Hashim (1987). Kejuteraan plastik edisi kedua.
Kuala Lumpur : Institusi Terjemahan Negara Malaysia Berhad dan Universiti
Teknologi Malaysia 1995.

7. BERNAMA (2013, AUGUST) Pencemaran berpunca tumpahan minyak pelincir


terpakai, from the World Wide Web < https://m.malaysiakini.com/news/239890 >

8. BERNAMA ( 2019, MAC ) Kronologi terkini pencemaran kimia di Sungai Kim Kim,
Pasir Gudang, from the World Wide Web < http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/kronologi-terkini-pencemaran-kimia-di-sungai-kim-kim-pasir-gudang-
201186 >

70
LAMPIRAN A

LAMPIRAN (PROJEK LENGKAP)

71
LAMPIRAN B

BORANG SOAL SELIDIK

PROJEK: O-BOX

NAMA UMUR
TEMPAT PEKERJAAN

Tanda (√) di dalam kotak dengan jawapan yang sesuai.


BIL PERKARA YA TIDAK

BAHAGIAN A
1 Adakah anda merasa sukar untuk mengambil dan menyimpan
peralatan semasa menservis kenderaan?
2 Adakah anda sukar untuk menyimpan minyak pelincir yang telah
digunakan?
3 Adakah peralatan sesuai disimpan dengan baik dalam ruang yang
kecil?
4 Adakah pengguna memerlukan tempat simpan yang lebih tersusun
untuk menyimpan peralatan tangan?
5 Adakah pengguna mahukan tempat simpan peralatan tangan yang
mampu bergerak?
BAHAGIAN B
6 O-box dapat memudahkan pengambilan dan penyimpanan
peralatan tangan kerana ianya mampu bergerak.
7 Adakah O-box dapat menampung peralatan-peralatan tangan
dengan banyak?
8 Adakah reka bentuk O-box stabil dan kukuh?

9 Pada pendapat anda, O-box ini sesuai digunakan di pusat servis


kenderaan.
10 Pada pandangan anda, adakah O-box ini dapat dikomersialkan di
masa akan datang

Cadangan penambahbaikan :-

Tandatangan,

72
LAMPIRAN C

STANDARD OPERATION PROCEDURE (S.O.P) O-BOX

LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN SEBELUM PENGGUNAAN O-BOX.

1. Memakai pakaian keselamatan seperti goggle, sarung tangan, pakaian yang


bersesuaian dengan bengkel dan safety boots.
2. Lihat pada bahagian langkah – langkah (S.O.P) yang telah tersedia pada projek O-BOX.

LANGKAH – LANGKAH PENGGUNAAN O-BOX PADA BAHAGIAN ALATAN.


1. Pergi ke tempat hoist atau tempat yang hendak di servis.
2. Kunci kedua roda belakang supaya O-BOX tidak bergerak semasa menservis.
3. Buka kunci pada belah kiri O-BOX dan keluarkan toolbox ke hadapan.
4. Tarik toolbox yang paling bawah dan keluarkan peralatan yang ingin digunakan.
5. Apabila sudah habis digunakan. Simpan semula peralatan di toolbox mengikut saiz dan
berat peralatan.
6. Tolak toolbox yang paling bawah dan rapatkannya.
7. Kunci semula O-BOX pada belah kiri.
8. Buka kunci roda belakang dan gerakkan O-BOX ke tempat penyimpanan.

LANGKAH – LANGKAH PENGGUNAAN O-BOX SEMASA MENSERVIS MINYAK PELINCIR.


1. Pergi ke tempat hoist atau tempat yang hendak di servis.
2. Kunci kedua roda belakang supaya O-BOX tidak bergerak semasa menservis.
3. Pastikan penutup botol telah dibuka dan paip plastik telah di letakkan pada botol.
4. Pada bahagian tangki, angkat corong dan ketatkan kunci. Pastikan semasa
mengangkat perlulah berhati – hati supaya tidak berlaku kecederaan pada tangan.
5. Buka pada minyak pelincir kenderaan dan tunggu ia mengalir ke dalam tong di botol.
6. Jika sudah selesai, longgarkan kunci dan turunkan corong tersebut.
7. Jika ingin membuang minyak oil filter, letak sahaja oil filter pada jaring di corong.
8. Apabila sudah selesai, keluarkan paip plastik dan tutup penutup botol.
9. Buka kunci roda belakang dan gerakkan ke tempat penyimpanan.

Di semak, Di sahkan,
……………………….. …………………………..
73
LAMPIRAN D

CARTA ALIR PELAKSANAAN PROJEK (PTA)

Mula

Perbincangan
penghasilan projek

Penghasilan kertas
cadangan

Perbentangan kertas
cadangan

Tidak
Diterima

Ya

Membeli bahan projek Pencarian bahan projek

Analisis
Proses pembuatan masalah Penulisan bab 1, 2 dan 3

Proses pemasangan Pembentangan awal

Proses kekemasan Penulisan bab 4 dan 5

Tidak
Pengujian Semakan semula
projek penulisan
Ya

Pembentangan akhir

Tamat

74
LAMPIRAN E

CARTA GANTT PELAKSANAAN PTA

BULAN / MINGGU

BIL PERKARA JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT
2019 2019 2019 2019 2019 2019 2019 2019 2019 2019
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 5 1 2 3 4 1 2 3 4 5 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 5

1. PENGENALAN PTA 1

2. MERANCANG DAN
MEMBENTANGKAN
PROJEK
3. MEMBUAT CARTA GANTT
PELAKSANAAN PTA
4. MEMBUAT PENULISAN
ABSTRAK DAN KERTAS
CADANGAN (PROPOSAL).
5. PENULISAN BAB 1 :
PENGENALAN
6. PENULISAN BAB 2 :
KAJIAN LITERATUR
7. PENULISAN BAB 3 :
METODOLOGI

PEMBENTANGAN BAB
1,2,3 DAN
8.
PENAMBAHBAIKAN
KERTAS CADANGAN

75
9. PELAKSNAAN PROJEK

10. PENGENALAN PTA 2

PROSES PEMILIHAN
11.
BAHAN

12. PENULISAN BAB 4 :


DAPATAN DAN ANALISIS

13. PENULISAN BAB 5:


PERBINCANGAN,
CADANGAN DAN
KESIMPULAN
14. PELAKSANAAN PROJEK

15. PEMBENTANGAN
LAPORAN DAN HASIL
PROJEK
• Panel Penilai
• Penyelia Projek (PP)
• Pegawai Pengesah
Luaran (PPL)

PENAMBAIKAN PROJEK
16.
DAN PENULISAN

PETUNJUK :
PERANCANGAN

PELAKSANAAN
76
77