Anda di halaman 1dari 85

LAPORAN AKHIR ON – THE JOB TRAINING (OJT)

OLEH

AHMAD TAUFIK BIN ROSDI

DI

PCM KLANG MOTOR SDN.BHD.

LOT 725, JALAN SUNGAI RASAH, SEKSYEN 16,

41300 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

Laporan Akhir On – The Job Training (OJT) Ini Dikemukakan Kepada

Jabatan Mekanikal Teknologi Automotif

Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat

Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan

Diploma Teknologi Automotif

KOLEJ VOKASIONAL SEPANG,


43800 DENGKIL, SELANGOR

2020
PERAKUAN PELAJAR

Dengan ini saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri dan
dibuat berdasarkan undang - undang yang termaktub di bawah peraturan Kolej
Vokasional Sepang. Ia adalah asli berpandukan daripada pengetahuan dan
pengalaman saya di organisasi latihan yang dipilih.

Saya dengan ini telah berjanji sekiranya laporan yang dihasilkan ini
melanggar mana - mana syarat yang termaktub di bawah peraturan organisasi
latihan dan Kolej Vokasional Sepang, segala hasil kerja saya digagalkan dan
saya bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan undang - undang dibawah
peraturan Kolej Vokasional Sepang.

NAMA PELAJAR : AHMAD TAUFIK BIN ROSDI

NO. K/P : 000128-13-1043

NO. MATRIKS : 000128131043

TANDATANGAN :

TARIKH :

i
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya
menyempurnakan On – The Job Training (OJT) dari 16 Disember 2019
sehingga 17 Mac 2020. Sepanjang menjalankan latihan industri saya telah
memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat
berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar latihan
industri. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan latihan ini
boleh menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran saya yang sedia ada.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya
kepada PCM Klang Motor Sdn. Bhd. serta kakitangan - kakitangan yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menjalankan
latihan industri ini dan memberi peluang untuk menjalankan latihan industri di
situ. Tunjuk ajar mereka amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan
latihan ini.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral semasa
menjalankan latihan industri dan saya turut berterima kasih kepada rakan -
rakan dan pensyarah seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan
bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan laporan akhir ini dengan jayanya.
Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa
bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan sempurna.

Sekian , terima kasih.

ii
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Perakuan Pelajar i

Penghargaan ii

Senarai Kandungan iii – vi

Senarai Rajah vii – viii

Senarai Jadual ix

Senarai Lampiran x

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1–2

1.2 Objektif On – The Job Training (OJT) 3

1.3 Kepentingan OJT Kepada Pelajar 3–4

1.4 Objektif Laporan Akhir OJT 4–5

1.5 Kepentingan Laporan OJT 6

1.6 Skop Kerja 7

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI 8

2.1 Pengenalan Organisasi 8

2.2 Visi 9

2.3 Misi 9

iii
2.4 Logo 10

2.5 Objektif 11

2.6 Aktiviti 11

2.7 Carta Organisasi 12

2.8 Waktu Bekerja Syarikat PCM Klang Motor 13


Sdn. Bhd.

2.9 Pelan Lantai PCM Klang Motor Sdn. Bhd. 14

BAB 3 RINGKASAN MINGGUAN 15

3.1 Pengenalan 15

3.2 Aktiviti Yang Dijalankan Semasa Latihan 15 – 25


Industri

BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 26

4.1 Pengenalan 26 – 27

4.2 Bahagian Menservis Kenderaan 27

4.2.1 Prosedur Penggunaan Borang Job 28 -29


Repair Order (RO)

4.2.2 Menukar Minyak Pelincir Enjin Dan 30 – 31


Penapis Pelincir

4.2.3 Menukar Wiper Rubber Dan Valve 32 – 33


Washer

4.2.4 Menukar Alternator Dan Belting 34 – 35


Kenderaan

iv
4.2.5 Menukar Air Filter Dan Cabin Filter 36 – 37

4.3 Bahagian Body And Paint 38

4.3.1 Mempelajari Kerja – Kerja Service 39 – 40


Advisor Di Body And Paint

4.3.2 Menukar Cermin Hadapan 41 – 44


Kenderaan

4.3.3 Menukar Air Bag Penumpang Yang 45 – 47


Baharu

4.3.4 Memasang Bumper Depan Dan 48 – 51


Menampal Skirt

4.4 Bahagian Spare Parts 52

4.4.1 Prosedur Penggunaan Borang 53 – 56


Picking List

4.4.2 Cara Memeriksa Kuantiti Dan 57 – 58


Lokasi Alat Ganti Di Sistem
Komputer

4.4.3 Cara Mencari Alat Ganti Dengan 59 – 62


Lebih Dalam Dengan
Menggunakan Software EPC

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN 63

5.1 Pengenalan 63

5.2 Dapatan 64

5.2.1 Kebaikan 64

5.2.2 Kelemahan 65

v
5.3 Cadangan 66

5.3.1 Terhadap Organisasi Syarikat 66

5.3.2 Terhadapat Kolej Vokasional 67

BAB 6 KESIMPULAN 68 - 69

RUJUKAN 70

LAMPIRAN Lampiran A 71

Lampiran B 72

Lampiran C 73

Lampiran D 74

vi
SENARAI RAJAH

RAJAH PERKARA MUKA SURAT

Rajah 1 Pusat Servis PCM Klang Motor Sdn. Bhd. 8

Rajah 2 Logo Toyota 10

Rajah 3 Carta Organisasi Syarikat 12

Rajah 4 Pelan Lantai Syarikat 14

Rajah 5 Borang Repair Order 29

Rajah 6 Menukar Minyak Pelincir Enjin Dan Penapis 31


Minyak Pelincir

Rajah 7 Menukar Wiper Rubber Dan Valve Washer 33

Rajah 8 Menukar Alternator Dan Belting Kenderaan 35

Rajah 9 Menukar Air Filter Dan Cabin Filter 37

Rajah 10 Tugas – Tugas Service Advisor Di Body And Paint 40

Rajah 11 Penukaran Cermin Hadapan Kenderaan 44

Rajah 12 Cara Menukar Air Bag Penumpang 47

Rajah 13 Memasang Bumper Dan Menampal Skirt 51

Rajah 14 Mesin Printer EPSON 53

Rajah 15 Tempat Letak Borang Picking List 54

Rajah 16 Cara Susunan Alat Ganti 54

Rajah 17 Borang Daily Product Record 55

Rajah 18 Membuat Material Issue Di Komputer 55

vii
Rajah 19 Borang Picking List Yang Telah Bayar 56

Rajah 20 Klik Parts Master Maintainance 57

Rajah 21 Menaip Kod Barang Spare Parts 58

Rajah 22 Kuantiti Dan Lokasi Stok Barang Di Komputer 58

Rajah 23 Software Electronic Parts Catalog 59

Rajah 24 Klik TMC Part Number Translation 59

Rajah 25 Model Catalog Code 60

Rajah 26 Halaman Index 60

Rajah 27 Gambar Alat Ganti Di Catalog Parts 61

Rajah 28 Mencari Parts Dengan Lebih Dalam 61

Rajah 29 Membuat Tempahan Spare Parts 62

viii
SENARAI JADUAL

JADUAL PERKARA MUKA SURAT

Jadual 1 Waktu Bekerja 13

Jadual 2 Aktivti Yang Dijalankan Semasa Latihan Industri 16 - 25

ix
SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

Lampiran A Bahagian Bersama Ahli Organisasi 71

Lampiran B Bahagian Menservis 72

Lampiran C Bahagian Body And Paint 73

Lampiran D Bahagian Spare Parts 74

x
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

On - The Job Training (OJT) merupakan antara syarat – syarat yang


telah diperuntukkan ke atas setiap pelajar di seluruh Kolej Vokasional di
Malaysia khususnya di Kolej Vokasional Sepang (KVS) bagi penganugerahan
Diploma Kemahiran Malaysia. Pelajar akan didedahkan ilmu dan kemahiran
selama 4 tahun semasa berada di Kolej Vokasional. Pelajar akan menjalani
On - The Job Training (OJT) selepas semester akhir diploma, tempoh yang
diberikan pada khusus teknologi automotif selama 62 hari iaitu 6 Januari 2020
hingga 17 Mac 2020. Selain itu, akibat perintah kawalan pergerakan (PKP)
semua pelajar OJT tamat awal dan disingkatkan sehingga 17 Mac 2020 atas
arahan bahagian pendidikan dan latihan teknikal vokasional (BPTV).

1
Matlamat atau objektif utama (OJT) ini ialah satu proses pembelajaran
kepada para pelajar untuk mendalami alam pekerjaan yang sebenar sebelum
menghadapinya pada masa hadapan. Para pelajar akan didedahkan ke alam
pekerjaan disamping mempelajari bagaimana keadaan dan situasi di tempat
kerja serta menggunakan segala kemahiran yang dipelajari semasa berada di
Kolej Vokasional Sepang. Pengetahuan serta bimbingan yang di perolehi di
tempat kerja amat berguna setelah pelajar tamat penganjian nanti.

Bidang teknikal dan kemahiran dijadikan satu pendedahan yang


ditekankan semasa berada di tempat kerja bagi menambahkan ilmu
pengetahuan. Perhubungan antara pekerja lain juga mewujudkan satu lagi
kematangan perhubungan sesama pekerja serta semangat bekerja dalam
kumpulan.

Laporan Akhir (OJT) merupakan satu dokumen yang penting kerana :-

i. Mencatatkan segala apa yang dipelajari sepanjang tempoh latihan.


ii. Sebagai bukti latihan yang telah diikuti dan dipelajari.
iii. Boleh digunakan sebagai penyokong untuk sesi temuduga pekerjaan.

Justeru itu, On – The Job Training (OJT) merupakan latihan yang


penting bagi melahirkan pelajar yang berkebolehan dan mempunyai buah
fikiran yang bernas dalam mencari konsep yang sejajar dengan permodenan
negara kita. Ia juga dapat memberi kesempatan kepada pelajar untuk
memperkembangkan dan meningkatkan pengetahuan serta pengalaman
dalam teknik – teknik mekanikal teknologi automotif.

2
1.2 OBJEKTIF ON – THE JOB TRAINING (OJT)

On – The Job Training (OJT) ini adalah bertujuan bagi membolehkan


para pelajar mempraktikkan apa telah di pelajarinya secara teori mahupun
amali sepanjang berada di Kolej Vokasional dan mengaplikasikan secara
pratikal semasa menjalani OJT. Objektif On – The Job Training ini adalah
bertujuan:-

i. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat


kerja.
ii. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
iii. Mengamalkan kerja berpasukan.
iv. Menerangkan tugas – tugas yang diberikan dalam tempoh OJT
mengikut format yang ditetapkan.
v. Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori dan
kemahiran yang telah dipelajari.
vi. Membina keyakinan diri.
vii. Menyediakan sebuah laporan yang rasmi setelah tamat OJT.
viii. Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan.

1.3 KEPENTINGAN OJT KEPADA PELAJAR.

On – The Job Training (OJT) ini mempunyai berbagai kepentingan


kepada pelajar sebelum menempuhi alam pekerjaan yang sebenar supaya
tidak mengalami kesukaran apabila tamat pengajian dan memasuki alam
pekerjaan. Latihan industri dapat memberi pengalaman paling berguna
kepada pelajar serta bagaimana cara untuk menyiapkan diri bagi menempuhi
alam pekerjaan dan menjadikan pelajar lebih bersedia dalam menghadapi sesi
pembelajaran setelah menamatkan latihan OJT. Ianya penting agar pelajar
dapat melakukan yang terbaik terhadap institusi tertentu dan kepada diri
sendiri. Di samping itu, On – The Job Training (OJT) ini juga membuat pelajar

3
lebih yakin terhadap diri sendiri dan tidak terlalu mengharapkan pertolongan
dari pihak yang lain serta dapat megubah sikap para pelajar itu sendiri agar
hidup lebih berdikari.

Selain itu, dapat memupukkan semangat kerjasama antara pelajar dan


semua pihak sebagai sebuah pasukan dan institusi yang lengkap. Sifat
amanah dan bertanggungjawab adalah salah satu sifat yang paling dituntut
dalam menjalankan latihan OJT dan dalam alam pekerjaan yang sebenar
kerana dengan adanya sifat ini ia dapat melambangkan imej kolej vokasional
serta dapat menyakinkan institusi tersebut untuk memberi lebih banyak
peluang kepada pelajar akan datang untuk menjalankan latihan OJT di institusi
tersebut serta memberi tawaran pekerjaan kepada pelajar setelah tamat
pengajian.

Akhir sekali, On – The Job Training (OJT) juga dapat membuka minda
pelajar agar pelajar dapat mengaitkan tentang pengetahuan teori yang
dipelajari di dalam kelas serta dapat mengimplikasi kan teori dan amali
semasa OJT dijalankan. Oleh itu, OJT dapat membantu pelajar berfikiran lebih
matang semasa bekerja.

1.4 OBJEKTIF LAPORAN AKHIR OJT

Laporan ini mestilah mengandungi latar belakang industri dan setiap


pelajar diwajibkan untuk menulis satu laporan akhir OJT yang lengkap dan
mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak kolej vokasional
mengenai latihan yang telah diikuti oleh pelajar. Garis panduan ini perlu
dipatuhi sepenuhnya dan laporan akhir OJT pelajar boleh ditolak jika tidak
mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian setiap pelajar
mestilah mengkaji garis panduan ini terlebih dahulu sebelum memulakan
penulisan. Hasil penulisan adalah hasil pengalaman pelajar itu sendiri,

4
syarikat atau firma dan juga peranannya. Selain itu juga, ianya mesti meliputi
perkara yang telah dilakukan sepanjang tempoh latihan ini.

Pelajar juga mestilah memahami objektif sebenar yang diwajibkan


dalam penyediaan laporan akhir OJT apabila mereka tamat menjalani latihan.
Berikut adalah faktor - faktor utama yang diwajibkan di dalam penyediaan
laporan akhir latihan ini.

i. Untuk menerangkan secara bertulis tentang kerja - kerja yang dilakukan


dan dipelajari semasa menjalani latihan ini yang mana ianya dapat
menerangkan pengalaman pelajar semasa menjalani latihan ini.
ii. Membuat kajian tentang sesuatu kerja dan membuat satu rumusan
tentang keberkesanannya dari segi kualiti untuk meningkatkan mutu
kerja tersebut.
iii. Menyusun segala aktiviti yang dilakukan dengan teratur dan mudah
difahami.
iv. Menyertakan gambar rajah dan carta yang menunjukkan dengan jelas
jenis peralatan dan cara kerja yang dilakukan.
v. Menghasilkan idea - idea yang dapat dijadikan rujukan pada masa
hadapan.
vi. Untuk dijadikan panduan semasa menghadiri temuduga dan setelah
menceburi bidang pekerjaan.
vii. Membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran, melahirkan pendapat
yang bernas serta menunjukkan kematangan pelajar tersebut.
viii. Dapat meningkatkan daya pemikiran dan kreativiti pelajar dalam
menghasilkan laporan yang berkualiti.

5
1.5 KEPENTINGAN LAPORAN OJT

Laporan Akhir On – The Job Training (OJT) amatlah penting dan


berguna pada setiap pelajar kerana ia dapat membantu pada suatu masa akan
datang atau pada alam pekerjaan. Oleh demikian, pelajar mestilah
menyiapkan laporan akhir (OJT) tersebut kerana ia mempunyai pelbagai
kelebihan dan kebaikkan bagi seseorang pelajar tersebut. Pada alam
pekerjaan pelajar dapat menggunakan laporan akhir (OJT) sebagai
penyokong untuk temu duga oleh pelajar tersebut. Pelajar juga perlulah
membuat atau mengemas kini sebaik mungkin pada laporan akhir (OJT)
tersebut.

Selain itu, laporan akhir On – The Job Training (OJT) juga dapat
memberikan kepada pelajar pengetahuan sebagai rujukan pembelajaran
semasa bekerja. Dalam hal ini, pelajar dapat menyelesaikan beberapa
masalah yang akan hadapi pada alam pekerjaan. Justeru, ia juga dapat
memberikan manfaatkan kepada semua pelajar dari segi berfikiran teori dan
latihan amali pada masa akan datang.

Seterusnya, laporan akhir On – The Job Training (OJT) juga dapat


membantu pelajar dalam pemarkahan latihan praktikal pelajar. Sebagai
contohnya, di dalam sektor latihan industri pelajar akan dapat mempelajari
pelbagai perkara di industri tersebut bukan sahaja dapat mengenal pekerjaan
malah dapat membantu dalam menyakinkan diri, dapat bermesra dan dapat
bekerjasama dengan semua ahli organisasi tersebut. Oleh demikian itu,
dengan adanya laporan akhir On – The Job Training (OJT) ini, ia nya dapat
memberikan impak baik yang banyak kepada diri pelajar, kolej vokasional dan
sektor industri tersebut.

6
1.6 SKOP KERJA OJT

Senarai bidang tugas saya sepanjang menjalani On – The Job Training (OJT)
di syarikat PCM Klang Motor adalah seperti berikut :

1) Melakukan kerja – kerja menservis kenderaan ringan seperti menukar


minyak hitam, menukar penapis minyak, menukar penapis udara,
menukar cabin filter dan sebagainya.
2) Melakukan kerja – kerja menservis kenderaan berat seperti menukar
absorber, menukar rotor disc, menukar alternator dan sebagainya.
3) Melakukan kerja – kerja pengurusan alat ganti di stor Spare Parts
seperti menyusun dan mengakat barang alat ganti ke tempat lokasi alat
ganti tersebut.
4) Melakukan kerja – kerja di sistem komputer seperti membuat
pembayaran alat ganti, menyemak barang keluar dan masuk, mencari
lokasi dan mempelajari semua nama alat ganti di komputer tersebut.
5) Melakukan kerja – kerja menanggalkan dan memasang badan
kenderaan seperti memasang bumper depan, memasang bonet
kenderaan, pintu kenderaan, lampu kenderaan dan sebagainya.
6) Melakukan kerja – kerja menampal seperti menampal sticker
kenderaan, menampal visor pintu, menampal skirt bumper dan
sebagainya.
7) Melakukan kerja – kerja pembersihan seperti selepas habis menservis
perlulah membuat 5S manakala di stor Spare Part melakukan
pembersihan seminggu sekali supaya kawasan menjadi bersih dan
selamat.
8) Melakukan kerja – kerja mengikut (S.O.P) seperti berpakaian bengkel,
memakai safety boots, memakai sarung tangan dan menggunakan
peralatan dengan betul dan selamat.
9) Melakukan kerja – kerja mengurus borang seperti menulis
permasalahan kenderaan pada borang Repair Order, memberikan
barang alat ganti mengikut senarai borang Picking List dan banyak lagi
jenis borang yang digunakan pada syarikat tersebut.

7
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 PENGENALAN ORGANISASI

Syarikat PCM Klang Motor Sdn. Bhd. atau nama panjang nya Panglima
City Motor Klang Sdn. Bhd. (PCMK) merupakan syarikat dealer di salah satu
kumpulan syarikat Toyota Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada tarikh 6
November 2017 dan pengurus syarikat yang terkini adalah Mr. Saravanan A/L
Munian. Syarikat ini menjalankan aktiviti menjual kenderaan Toyota, menjual
alat ganti kenderaan, servis dan membaik pulih serta mengecat badan
kenderaan.

Rajah 1 : Pusat Servis PCM Klang Motor Sdn. Bhd.

8
2.2 VISI

• Mempunyai impian untuk menjadi sebuah oraganisasi yang dikagumi


dengan kecemerlangan dan integriti serta menghormati orang dan alam
sekitar.

2.3 MISI

• Mencapai falsafah "Pelanggan Diutamakan" dengan menumpukan


usaha untuk memberi kepuasan kepada pelanggan - pelanggan
mereka dan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi perniagaan.
• Menawarkan kualiti produk dan perkhidmatan bertaraf dunia yang
memenuhi keperluan pelanggan dengan cara yang efisien.
• Membentuk tenaga kerja yang komited dan berupaya serta mempunyai
kesedaran keselamatan yang kukuh.
• Menggunakan "The Toyota Way" sebagai nilai teras mereka untuk
segala yang dilakukan.
• Menyumbang kepada masyarakat dengan menggalakan pemuliharaan
alam sekitar dan meningkatkan servis khidmat masyarakat kami.

9
2.4 LOGO

Dari segi kasar mata, lambang yang dibawa oleh Toyota saat ini terlihat
sangat biasa. Namun, ternyata ia mengambil masa sehingga 5 tahun lamanya
hanya untuk mereka lambang tersebut yang kini terdapat pada seluruh produk
Toyota.

Bila diperhatikan, ada tiga bentuk oval pada logo Toyota yang
digabungkan dalam susunan simetris horizontal. Dua oval yang berada di
dalam oval besar merepresentasikan jantung pelanggan dan jantung
perusahaan. Kedua oval tersebut tumpang tindih sebagai hubungan yang
saling menguntungkan serta saling percaya antara perusahaan dan
pelanggan.

Selain itu, terlihat huruf ‘T’ pada dua oval di dalam oval besar tersebut
yang merupakan simbol untuk Toyota. Sementara oval bahagian luar atau
paling besar melambangkan bola dunia yang merangkul Toyota didalamnya.
Setiap oval mempunyai ketebalan yang berbeda dan mirip dengan seni kuas
yang dikenal dalam budaya menulis Jepun. Seni kuas ini merupakan salah
satu budaya Jepun yang dilestarikan hingga kini iaitu menulis huruf kanji diatas
kanvas dengan media kuas dan tinta.

Rajah 2

Rajah 2 : Logo Toyota

10
2.5 OBJEKTIF

i) Mengenalpasti campuran produk berdasarkan klasifikasi produk, atribut


produk dan lini produk.
ii) Mengenalpasti faktor penetapan harga iaitu meliputi persaingan dan
berdasarkan tanggapan pembeli.
iii) Mengenalpasti campuran promosi merangkumi pengiklanan, promosi
jualan dan perhubugan awam.

2.6 AKTIVITI

i) Menservis kenderaan.
ii) Membaik pulih kenderaan.
iii) Menservis air – cond.
iv) Menjual alat ganti kenderaan.
v) Mencuci kenderaan.
vi) Mengecat dan mengetuk kenderaan.
vii) Menservis tayar kenderaan.
viii)Mendiagnosis kenderaan.
ix) Membuat Pre-Delivery Inspection (PDI) pada kenderaan yang hendak
dijual.
x) Menjual kenderaan.

11
2.7 CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi di PCM Klang Motor Sdn. Bhd bertujuan untuk


memaparkan bagaimana sesebuah organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut
struktur operasi organisasi tersebut. Selain itu, carta organisasi ini juga dapat
menjelaskan bidang tanggungjawab setiap ahli anggota organisasi di syarikat
tersebut. Oleh itu, setiap individu atau pekerja perlulah memberikan peranan
yang khusus kepada tugas dan tanggungjawab mereka tersebut supaya tidak
berlaku pertindihan tugas dan kekeliruan yang akan menghalang dan
menjejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.

Akhir sekali, PCM Klang Motor Sdn. Bhd juga dapat meningkatkan
kualiti bekerja dengan jayanya pada syarikat tersebut dan carta organisasi
dapat membantu ahli organisasi merealisasikan matlamat syarikat tersebut
dengan lebih mudah dan berkesan.

Rajah 3 : Carta Organisasi Syarikat

12
2.8 WAKTU BEKERJA SYARIKAT PCM KLANG MOTOR SDN.BHD.

Jadual di bawah menunjukkan masa bekerja di pusat servis PCM Klang


Motor Sdn. Bhd. Ia adalah sama dengan waktu bagi pelajar yang menjalani
OJT.

HARI 8.00AM - 1.00PM 1.00PM – 1.40PM 1.40PM – 5.30PM

MASA

ISNIN KERJA REHAT KERJA

SELASA KERJA REHAT KERJA

RABU KERJA REHAT KERJA

KHAMIS KERJA REHAT KERJA

SABTU KERJA REHAT KERJA

8.00AM - 1.00PM 1.00PM – 2.40PM 2.40PM – 5.30PM

JUMAAT KERJA REHAT KERJA

Jadual 1 : Waktu Bekerja

13
2.9 PELAN LANTAI PCM KLANG MOTOR SDN. BHD.

Rajah 4 : Pelan Lantai Syarikat

14
BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

3.1 PENGENALAN

Ringkasan aktiviti On - The Job Training (OJT) ini ditulis dalam bentuk
ringkasan mingguan yang bermula dari minggu pertama hingga minggu
terakhir iaitu sepanjang tempoh menjalani On – The Job Training (OJT)
selama 62 hari atau 6 Januari 2020 hingga 17 Mac 2020 di PCM Klang Motor
Sdn. Bhd. Di dalam bab ini saya perlu memberitahu secara ringkas setiap
tugasan atau aktiviti yang telah saya pelajari sepanjang berada di industri
tersebut.

3.2 AKTIVTI YANG DIJALANKAN SEMASA LATIHAN INDUSTRI

Jadual 2 dibawah menunjukkan ringkasan aktiviti yang dilakukan


sepanjang tempoh On – The Job Training (OJT) di PCM Motor Klang Motor
Sdn. Bhd., Jalan Sungai Rasah, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

15
MINGGU TARIKH AKTIVITI

• Melaporkan diri di syarikat PCM


1 6/1/2020 –
Klang Motor Sdn. Bhd.
11/1/2020
• Diagihkan tugas kepada setiap
bahagian yang diberi oleh PO.
• Berada dibahagian “Spare Parts”.
• Memberi barang alat ganti kepada
mekanik.
• Mencetak borang Picking List.
• Menukar bateri remote pelanggan.
• Sentiasa menambah barang yang
kurang seperti engine oil, oil filter
dan sebagainya.
• Mempelajari memeriksa kod dan
kuantiti barang di sistem komputer.
• Membayar barang yang telah di
ambil oleh mekanik.
• Mengasingkan Picking List biasa
dan Weekender.
• Mencatat dan merekod barang
Weekender di borang.
• Merekod bateri kereta yang telah
diberi kepada mekanik.
• Menulis tarikh pada oil filter di awal
pagi.
• Menulis rekod barang tempat dan
kod pada borang baru.
• Memberikan barang Back Order
kepada mekanik.

16
2 13/1/2020 – • Merekod list Weekender.
18/1/2020 • Jika ingin menambah alat ganti
mekanik perlu mengambil
pengesahan kepada Service
Advisor.
• Picking List yang telah di
tandatangan perlu di letakkan di
bahagian yang di sahkan.
• Kereta kerajaan tidak boleh ditukar
parts yang harga berlainan kerana
harga telah ditetapkan dan tidak
boleh ditukar.
• Pindah ke bahagian “Body And
Paint”.
• Memasang bumper hadapan Hilux
dan Vios.
• Memasang pintu ke body kereta.
• Mempelajari jenis klip kereta.
• Memasang nombor plat depan dan
belakang kereta.
• Memasang head lamp kiri, side
mirror kiri dan memasang liner
fender.
• Memasang air bag kereta Vios.
• Mengenal pasti kebocoran pada
bahagian belakang bonet kereta.
3 20/1/2020 – • Memasang cermin hadapan kereta
24/1/2020 Vios dan Avanza.
• Memasang visor pada kereta
Fortuner.
• Menukar radiator, memasang hon,
bonet hadapan dan pasang hose
coolant.

17
• Meletakkan sealing silikon.
sebelum memasang cermin
hadapan.
• Memasang pintu dan seat pada
Van Hience.
• Mengambil borang Repair Order di
meja Controller.
• Mempelajari menanggalkan dan
memasang air bag baru.
• Syarikat Toyota mengadakan
brunch activity kepada semua ahli
organisasi dalam membina sifat
kerjasama pekerja.
4 28/1/2020 – • Menanggalkan bahagian belakang
1/2/2020 kereta Vios seperti bonet, cover,
lampu dan bumper.
• Menanggalkan nombor plat
menggunakan skrap.
• Memerlukan tiga orang dalam
menanggalkan bonet Alphard.
• Menukar air bag pada kereta Altis.
• Mengelap kesan kotoran pada
kenderaan yang telah siap di cat.
• Memasang pintu kereta Corolla
Altis.
• Memasang kabel wayar di bonet
dan cermin belakang Alphard.
• Menampal side moulding dengan
serasi depan dan belakang.
• Menanggal cermin hadapan
Camry.

18
5 3/2/2020 – • Memasang bumper dan menukar
7/2/2020 chrome kanan di belakang pada
kereta Hilux.
• Memasang cermin dan bonet
hadapan pada kereta Vios.
• Memotong rear garnish untuk
memberi ruang pada kamera
belakang.
• Meletakkan barang spare parts
yang baru sampai di store Spare
Parts.
• Menampal logo pada kereta Vios
menggunakan tape dan gam 3M.
• Memasang LED unit, fog lamp,
condenser, radiator bumper
depan, fender kiri dan kanan,
wiper, lock bumper pada kereta
Vios.
• Mempelajari kaedah berbincang
dengan pelanggan.
• Memeriksa setiap lampu agar
semua hidup.
• Memasang air bag.
• Mengambil klip pada Service
Advisor.
• Memasang wayar yang putus
seperti wayar fog lamp.
• Mengetuk untuk mengeluarkan
drive shaft dari brake disc.
• Memasang klip bawah bumper
depan dengan cover engine
dengan betul.

19
• Memasang deflector, radiator side,
moulding, radiator grille pada
kereta Hilux mengikut slot bumper
dan body depan.
• Memasang cover bonet Camry.
• Mesin compressor rosak perlu
menunggu 2 hari untuk digantikan
yang baru.
• Menyambut perayaan hari cina
dan lion dance di PCM Klang
Motor.

6 10/2/2020 – • Memasang skirt bumper depan


15/2/2020 kereta Vios mengikut manual yang
diberikan.
• Menanggalkan parts yang rosak
pada kereta Fortuner.
• Melihat borang job jika bahagian
warna merah perlu di tukar
manakala warna biru perlu dibaiki.
• Melekatkan installation pada skirt
kereta Vios.
• Menanggalkan gam pada skirt tepi
pintu dan visor kereta vios dan
Fortuner.
• Perlu menampal tape pada
bahagian bumper dan grill supaya
kamera senang pasang dan tidak
calar pada body.
• Memasang bumper Yaris, Vios,
Altis.

20
• Memasang sensor belakang dan
depan pada bumper.
• Memotong chrome bonet belakang
menggunakan blade gun.

7 17/2/2020 – • Menukar bahagian ke tempat


22/2/2020 servis kenderaan.
• Mempelajari menukar wiper
rubber.
• Mempelajari skill baharu dalam
penggunaan peralatan semasa
menservis.
• Membantu mekanik dalam
melakukan servis.
• Mengisi angin 30 psi pada setiap
tayar.
• Memasukkan engine flush untuk
membersihkan engine, selepas itu,
baru start engine.
• Mempelajari start kerja ‘’On Job
And Off Job’’ di komputer.
• Membuat recommend jika
kenderaan mempunyai masalah.
• Menukar bealting kereta Vios.
• Menyedut semua minyak seperti
coolant, brek dan stering, selepas
itu baru meletakkan yang baru.
• Menukar fuel filter yang baru dan
mengempam fuel cap untuk hilang
kan lampu jingga ‘’Check Engine’’.

21
• Mengukur ketebalan dan
menggantikan brake pad depan
dan belakang yang baru.
• Menggunakan triangle opener jika
opener oil filter biasa tidak boleh
putar.
• Meletakkan window washer dan
membersihkan air filter.
• Membersihkan brake disc caliper
menggunakan kertas pasir.
• Membuka dan memasang
ingnition coil dan spark plug.
• Menukar valve washer yang rosak.
• Menukar cap radiator yang patah.
• Mengadakan aktiviti ‘’Bulletin’’ oleh
Mr. Kwan untuk memberikan
report statement yang
mendedahkan masalah atau
kerosakan pada bulan lepas untuk
bagi pekerja – pekerja mengetahui
lebih detail dalam membuat kerja.
8 24/2/2020 – • Mempelajari setting camera dan
29/2/2020 masa pada kereta Camry.
• Membuat servis minor dan major.
• Mempelajari membuka brek
caliper pada kereta Innova nut di
atas.
• Gasket chrome atau gasket besi di
nut ATF atau nut gear perlulah
diletakkan yang timbul di atas dan
rata di bawah.
• Menukar brake pad kereta Prius
dan C-HR.

22
• Membuat maintenance mode pada
kereta hybrid selepas menukar
bateri.
• Menukar spark plug kereta Camry.
• Menukar absorber depan kiri dan
kanan pada kereta Hilux.
• Menukar mentol brek pada kereta
Avanza.
• Menggantikan minyak WS dan
stering yang baru.
• Semasa menukar bateri baharu,
mestilah hidup engine supaya
tidak mati.
• Menukar fuel filter Innova yang
baru.
9 2/3/2020 – • Mengikis brake disc yang karat.
7/3/2020 • Menembak atau mengisi grease
pada tiub propeller shaft.
• Mempelajari parts yang perlu
ditukar seperti bateri bawah 10v
atau melebihi 2 tahun perlu ditukar.
• Mencuci bongkah transmission.
• Menukar spark plug dan bateri
kereta Prius hybrid.
• Mempelajari membuka dan
memasang brake shoe.
• Memeriksa getah pada brek
caliper.
• Menukar oil filter Van Hiece.
• Sentiasa mengetatkan nut brek
caliper.
• Mengukur brake pad.

23
• Membersihkan plate clutch
menggunakan minyak.
• Memasang transmission gear box
yang telah di buka.
• Memasang propeller shaft atau
long shaft pada gear box.
• Memasukkan tie rod ke dalam dua
belah drive shaft Van Hiece.
• Membuat ‘’Pre - Delivery
Inspection’’ (PDI) pada kereta
Yaris yang baharu.

10 9/3/2020 – • Menservis minor dan servis major.


14/3/2020 • Memasang transmission gear box
yang baharu pada kereta Vios.
• Mempelajari penggunaan torque
wrench untuk mengikat ATF nut.
• Meletakkan grease pada propeller
shaft.
• Menghafal ke semua gasket
kenderaan.
• Mempelajari menukar bealting
kereta Vios.
• Menukar wiper rubber kereta
Camry.
• Menukar brake bulb.
• Menukar mentol kanan depan
pada kereta Previa.
• Memeriksa minyak gear semasa
engine start.
• Tork tayar setiap kali habis servis
kenderaan.

24
• Menukar fuel filter Avanza dan
Hiece.
• Mengejas lampu oren atau check
engine.
• Mengadakan aktiviti ‘’Bulletin’’ oleh
Mr. Kwan untuk memberikan
report statement yang
mendedahkan masalah atau
kerosakan pada bulan lepas untuk
bagi pekerja – pekerja mengetahui
lebih detail dalam membuat kerja.
11 16/3/2020 – • Menggantikan air coolant yang
17/3/2020 baharu dan meletakkan O - ring
pada butterfly.
• Menukar v-belt pada kereta
Camry.
• Menggantikan brake shoe yang
baharu.
• Menukar bateri kereta.
• Mengisi angin tayar.
• Membuat maintenance mode pada
kereta hybrid Yaris.
• Menukar minyak CVT.
• Menggantikan minyak brek.
• Menukar air filter dan brake pad.
• Pengurus Toyota PCM Klang
Motor memberikan taklimat
berkaitan dengan cuti PKP pada
18 hingga 31 Mac 2020.

Jadual 2 : Aktivti Yang Dijalankan Semasa Latihan Industri

25
BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN

Laporan teknikal menjurus kepada tugas - tugas atau kerja yang telah
dilaksanakan semasa latihan industri. Setiap tugas yang diberikan perlu
mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan ianya dijalankan secara
berperingkat - peringkat. Ia memastikan segala pengurusan organisasi dapat
berjalan lancar tanpa menimbulkan masalah. Di dalam bab ini, pelajar diminta
untuk melaporkan segala aktiviti dilakukan yang melibatkan proses kerja yang
telah dilakukan selama 62 hari di syarikat tersebut. Segala kerja yang
melibatkan aktiviti dan proses ini hendaklah dilakukan supaya pelajar dapat
mengetahui dan mempelajari cara untuk mengendalikan kerja tersebut
dengan baik.

Terdapat beberapa perkara yang telah saya belajar sepanjang saya


berada di PCM Klang Motor Sdn. Bhd. Sepanjang tempoh tersebut saya di
tugaskan tiga tempat yang berbeza iaitu pengurusan di Services, Body And

26
Paint dan Spare Parts. Saya akan menjelaskan semua tugas telah saya
pelajari sepanjang tempoh berada di PCM Klang Motor Sdn. Bhd. tersebut.

4.2 BAHAGIAN MENSERVIS KENDERAAN

Pada bahagian menservis ada beberapa kerja – kerja yang telah saya
lakukan pada tempoh tersebut. Saya akan menyenaraikan kerja – kerja yang
telah saya lakukan di PCM Klang Motor Sdn. Bhd.

Senarai kerja yang telah saya lakukan semasa di bahagian menservis :

1) Mempelajari menggunakan borang kerja Repair Order.


2) Menukar minyak pelincir dan penapis minyak.
3) Menukar wiper rubber dan valve washer.
4) Menukar alternator dan tali sawat.
5) Menukar air filter dan cabin filter.
6) Menukar brake pad kereta.
7) Menukar brake shoe.
8) Menukar spark plug.
9) Menukar absorber.
10) Menukar fuel filter.
11) Menukar bateri hybrid dan membuat maintainance mode.
12) Menukar rotor disc.
13) Meletakkan grease pada propeller shaft.
14) Menukar minyak ATF, minyak gear transmission dan differential gear.
15) Membuat Pre – Delivery Instruction (PDI).

Saya akan menjelaskan lima prosedur kerja daripada lima belas


senarai tersebut di bahagian servis beserta dengan keselamatan dan tatacara
kerja yang telah saya pelajari.

27
4.2.1 PROSEDUR PENGGUNAAN BORANG JOB REPAIR ORDER (RO)

1) Mengambil borang job Repair Order dari Controller.


2) Lihat nombor kenderaan pada borang job Repair Order tersebut.
Selepas itu, mengambil kunci tersebut pada box keys.
3) Pergi ke bilik sistem komputer dan taip nombor plat mengikut borang
job Repair Order tersebut.
4) Tekan “Clock on” untuk memulakan kerja menservis kenderaan.
5) Lihat pada service history untuk melihat keadaan kenderaan dan
mekanik pada servis yang lepas.
6) Seterusnya, pergi ke Spare Parts untuk mengambil barang alat ganti
mengikut borang Repair Order.
7) Selepas itu, ahli Spare Parts akan memberikan borang Picking List
untuk di tanda tangan.
8) Mekanik akan tanda tangan dan mengambil borang Picking List serta
stapler kan kedua – dua borang tersebut.
9) Sebelum ingin meninggalkan Spare Parts, pastikan alat ganti yang di
bawa mencukupi untuk menservis. Jika tidak cukup boleh memberitahu
ahli Spare Parts untuk memberi alat ganti.
10) Selepas itu, mekanik akan mengambil kenderaan untuk meletakkan
kenderaan di bay.
11) Apabila sudah meletakkan kenderaan di bay. Mula kerja menservis
kenderaan. Pastikan mencetak bacaaan bateri tersebut menggunakan
battery tester dan stapler kan dengan borang Repair Order tersebut.
12) Membuat pemeriksaan pada kenderaan dan mencatat permasalahan
atau membaik pulih pada borang Repair Order tersebut.
13) Jika ada pertambahan alat ganti, perlulah pergi ke Spare Parts untuk
mengambil kod alat ganti tersebut.
14) Seterusnya, bawa borang Repair Order tersebut ke Service Advisor
(SA) untuk mengesahkan pada pelanggan.
15) Jika sudah Service Advisor akan menelefon atau memanggil mekanik
tersebut.

28
16) Mekanik akan mengambil borang Repair Order dan akan pergi ke
Spare Parts untuk mengambil barang alat ganti yang baru.
17) Memulakan servis untuk membaik pulih kenderaan.
18) Apabila telah selesai, catatkan semua pada keadaan kenderaan
tersebut pada borang Repair Order.
19) Pergi ke bilik sistem komputer dan tekan “clock off” untuk menamatkan
servis.
20) Hantar borang Repair Order ke Controller dan mengambil borang
Repair Order yang baru untuk memulakan servis yang baharu.

Rajah 5 : Borang Repair Order

29
4.2.2 MENUKAR MINYAK PELINCIR ENJIN DAN PENAPIS MINYAK
PELINCIR

Model kenderaan : Toyota Vios 1.5 G

Peralatan yang diperlukan :

1) Spanar 14.
2) Special tools (oil filter opener).
3) Ratchet handle.
4) Oil receiver tank.

Bahan yang diperlukan :

1) Drain plug gasket.


2) Petrol engine flush.
3) Toyota genuine engine oil (4L).

Aspek keselamatan :

1) Memakai baju bengkel, hand glove dan safety boots.


2) Berhati – hati semasa membuka drain plug supaya tidak termercik ke
mata atau badan.
3) Sentiasa memberitahu mekanik sepanjang membuat servis.

Prosedur menukar minyak pelincir dan penapis minyak :

1) Meletakkan kereta di bay dengan lurus matikan enjin.


2) Tekan “Up” pada mesin ram sedikit sahaja.
3) Membuka bonet hadapan, meletakkan fender cover pada kenderaan.
4) Membuka penutup minyak enjin, meletakkan petrol engine flush.
5) Menutup penutup enjin dan “On” kan enjin.
6) Panaskan selama 30 saat dan “Off” kan enjin semula.
7) Tekan “Up“ hoist ram sehingga ke paras yang sesuai untuk membuka
drain plug.
8) Meletakkan oil receiver tank berdekatan dengan oil sump dan oil filter.

30
9) Membuka drain plug menggunakan spanar 14, berhati – hati semasa
mengeluarkan minyak supaya tidak terkena pada baju.
10) Menanggalkan oil filter menggunakan oil filter opener.
11) Menunggu sampai minyak kedua – dua habis.
12) Menggantikan gasket drain plug dan oil filter yang baharu dan ikat
secukupnya.
13) Mengelap drain plug dan oil filter yang telah di pasang.
14) Memeriksa pada oil sump jika ada kebocoran.
15) Tekan “Down” pada hoist ram.
16) Meletakkan minyak engin sebanyak 3.8 liter sahaja.
17) Panaskan enjin dan tutup semula untuk memeriksa takat minyak enjin
pada oil dipstick. Angkat dipstick dan lap.
18) Meletakkan semula dan angkat dipstick, jika cukup pada paras max oil
di oil dipstick tidak perlu ditambah. Letak semula oil dipstick.
19) Menyimpan fender cover dan tutup bonet depan.
20) Selesai.

Rajah 6 : Menukar Minyak Pelincir Enjin Dan Penapis Minyak Pelincir

31
4.2.3 MENUKAR WIPER RUBBER DAN VALVE WASHER

Model kenderaan : Toyota Corolla Altis, Camry, Vios.

Peralatan yang diperlukan :

1) Screwdriver flat.
2) Playar muncung tirus.
3) Bekas air.
4) Clip removal tools.

Bahan yang diperlukan :

1) Wiper rubber.
2) Window washer.
3) Valve washer.

Aspek keselamatan :

1) Memakai pakaian bengkel dan safety boots.


2) Berhati – hati semasa menanggalkan clip cover bonet supaya tidak
jatuh atau hilang.
3) Pastikan semasa sudah menanggalkan wiper blade, meletakkan hook
wiper ke bawah supaya tidak berlaku kerosakan seperti terhempas atau
boleh terjadi windscreen retak dan pecah.

Prosedur menukar wiper rubber dan valve washer :

1) Meletakkan kereta ke bay dengan lurus dan “On” kan wiper serta
pancutkan air.
2) Lihat permasalahan seperti air wiper pancut tidak kuat dan pengelap
wiper pada cermin tidak sekata atau mempunyai kesan air garis – garis
pada cermin.
3) Angkat kedua – dua wiper, tekan pada bahagian pincu atau klip wiper
menggunakan screwdriver flat atau jari tangan sahaja.
4) Keluarkan wiper dan turunkan wiper hook tersebut supaya tidak berlaku
kerosakan.

32
5) Tukarkan atau tarik sahaja wiper rubber tersebut dari blade nya.
6) Keluarkan dua besi pada getah wiper dan gantikan yang baharu.
7) Pastikan masukkan kedua – dua besi dengan betul dan selepas itu,
memasukan blade wiper dengan selaras dan lock kan nya.
8) Pasang hook dan wiper blade semula pada klip tersebut.
9) Selesai bahagian menukar wiper rubber.
10) Seterusnya, membuka bonet hadapan dan meletakkan fender cover.
11) Buka pada klip cover bonet hadapan tersebut
12) Pastikan dengan berhati – hati supaya tidak berlaku kehilangan klip.
13) Tanggalkan valve washer pada kedua – dua tiub air menggunakan
tangan atau playar jika ketat.
14) Gantikan yang valve washer yang baharu.
15) Pasang kedua – dua tiub tersebut, jika sudah selesai pasang klip cover
bonet tersebut.
16) Akhir sekali, isi air dan cecair window washer pada tank washer kerana
ia dapat membersihkan kaca cermin dan memudahkan wiper bergerak.
17) Simpan fender cover dan tutup bonet hadapan, “On” kan suis wiper
untuk memeriksa keadaan wiper tersebut berjalan dengan lancar.
18) Selesai .

Rajah 7 : Menukar Wiper Rubber dan Valve Washer

33
4.2.4 MENUKAR ALTERNATOR DAN BELTING KENDERAAN

Model kenderaan : Toyota Vios 1.5 J

Peralatan yang diperlukan :

1) Spanar 12 dan soket 12


2) Spanar 10.
3) Mechanics stethoscope.
4) Lampu suluh.
5) Besi panjang.
6) Rarchert.

Bahan yang diperlukan :

1) V – belt 4PK1220.
2) Alternator.

Aspek keselamatan :

1) Memakai pakaian bengkel, hand glove dan safety boots.


2) Berhati – hati semasa menukar belting kerana enjin masih panas.
3) Sebelum menukar alternator, pastikan terminal bateri di cabutkan.

Prosedur menukar alternator dan bealting :

1) Meletakkan kereta di bay dan “Off” kan enjin.


2) Membuka bonet hadapan dan “On” semula enjin untuk mendengar
bunyi alternator pada kenderaan.
3) “Off” kan enjin, menanggalkan terminal pada bateri dan soket fius
alternator serta tanggalkan nut 10 cable supaya tidak berlaku
kemalangan.
4) Menanggalkan dua nut 12 pada bracket alternator menggunakan
spanar atau rachert.
5) Seterusnya, menanggalkan nut 12 yang paling bawah pada alternator.
Ia memerlukan masa yang agak lama untuk dilonggarkan sebab
mempunyai ruang yang agak sempit dan susah.

34
6) Apabila sudah selesai, keluar kan bealting dan alternator sekali.
7) Lihat pada belting jika gigi atau tapak nya sudah reput atau koyak. Ia
perlu ditukar kerana boleh membawa risiko pada pengguna kenderaan.
8) Gantikan belting dan alternator yang baharu.
9) Memasang dahulu alternator dan ketatkan nut 12 yang paling bawah.
10) Memasang pula bracket alternator kedua – dua nut tersebut.
11) Masukkan v – belt yang baru ke setiap pulley mengikut alur gigi.
12) Pastikan v – belt telah di masukkan dengan betul pada crankshaft
pulley, compressor air – cond pulley, water pump pulley dan alternator
pulley.
13) Tarik alternator menggunakan besi dan ketatkan nut 12 kedua – dua
nya. Pastikan alternator tidak terlalu tegang dan tidak terlalu longgar.
14) Ketatkan semula nut 10 fius dan pasang soket tersebut.
15) Pasang semula terminal bateri yang telah tadi di cabutkan.
16) “On” enjin dan periksa pada belting menggunakan lampu suluh supaya
dipasang dengan betul pada setiap pulley.
17) Jika berbunyi lagi, periksa menggunakan mechanics stethoscope
supaya dapat mencari bunyi yang masalah pada kenderaan tersebut.
18) Akhir sekali, simpan semula fender cover dan tutup bonet hadapan.
19) Selesai.

Rajah 8 : Menukar Alternator Dan Belting Kenderaan

35
4.2.5 MENUKAR AIR FILTER DAN CABIN FILTER

Model kenderaan : Toyota Hilux 2.5 G

Peralatan yang diperlukan :

1) Blower air.

Bahan yang diperlukan :

1) Air filter element KUN25.


2) Cabin filter.

Aspek keselamatan :

1) Memakai baju bengkel , memakai hand glove dan safety boots.


2) Jangan pasang air filter terbalik atau kedudukan nya salah, kerana ia
boleh mengakibatkan prestasi kenderaan tidak berjalan dengan baik.
3) Jenis cabin filter mestilah yang bersesuian dengan kenderaan tersebut
kerana boleh mengakibat penyaman udara tidak sejuk.
4) Berhati – hati semasa menembak angin supaya habuk tidak masuk ke
mata semasa menservis.

Prosedur menukar air filter dan cabin filter :

1) Meletakkan kereta di bay dengan lurus. Membuat pemeriksaan dahulu


enjin dan air - cond.
2) “Off” kan enjin kenderaan dan buka bonet hadapan serta letakkan
fender cover untuk memulakan servis tersebut.
3) Menangggalkan klip atau penyakut cover air filter ke empat – empat
tersebut menggunakan tangan sahaja.
4) Keluarkan air filter dan lihat air filter tersebut jika habuk itu sedikit boleh
tembak angin menggunakan blower air.
5) Pastikan semasa menembak air filter perlu lah berhati – hati supaya
tidak kena habuk ke mata atau hidung.

36
6) Jika air filter sudah lebih 10,000 km atau memang sudah kotor sangat.
Perlulah di gantikan dengan baharu supaya prestasi pengudaraan enjin
berjalan dengan baik.
7) Pasang air filter dengan kedudukan yang betul dan tidak terbalik.
8) Ketatkan balik setiap klip tersebut dan periksa supaya tidak berlaku
kelonggaran klip.
9) Setelah selesai kerja menukar air filter, pergi ke bahagian dalam kereta
untuk menukar cabin filter.
10) Membuka laci di sebelah kiri penumpang hadapan. Tarik laci ke atas
hingga tercabut dari pemegang di bahagian bawah (ada dua pemegang
kiri dan kanan).
11) Setelah sudah menanggal laci, seterusnya tekan pula tuil R pada cover
cabin filter.
12) Keluar kan cover dan cabin filter tersebut.
13) Gantikan cabin filter yang baharu dan masukkan semula cover tersebut
pada slot dan tuil tersebut.
14) Pasang semula laci dengan betul seperti memasukkan dahulu bawah
pemegang laci. Selepas itu, baru dapat lock kan laci tersebut.
15) Setelah selesai semua servis, mestilah membuat pemeriksaan.
16) “On” kan enjin dan air – cond. Jika pengudaraan sejuk maka tiada
masalah lagi.
17) Akhir sekali, simpan fender cover dan tutup bonet hadapan.
18) Selesai.

Rajah 9 : Menukar Air Filter Dan Cabin Filter

37
4.3 BAHAGIAN BODY AND PAINT

Pada bahagian body and paint pula adalah tempat mengetuk,


pemasangan parts badan kenderaan dan cat kenderaan beberapa kerja –
kerja yang telah saya lakukan pada tempoh tersebut. Saya akan
menyenaraikan kerja – kerja yang telah saya lakukan di PCM Klang Motor
Sdn. Bhd.

Senarai kerja yang telah saya lakukan semasa di bahagian body and paint :

1) Mempelajari kerja – kerja Service Advisor di Body and Paint.


2) Menampal cermin hadapan kenderaan.
3) Memasang bonet depan dan belakang.
4) Menampal cermin depan kenderaan.
5) Memasang bumper dan skirt bumper.
6) Memasang visor kenderaan.
7) Menukar air bag penumpang baharu pada kenderaan.
8) Memasang lampu depan dan belakang.
9) Menukar sensor kenderaan.
10) Memasang pintu dan tingkap kenderaan.
11) Memasang bonet depan dan belakang kenderaan.
12) Menampal sticker ke badan kenderaan.
13) Mematri wayar fog lamp yang putus.
14) Menukar radiator dan kondesor.

Saya akan menjelaskan empat prosedur kerja daripada empat belas


senarai tersebut di bahagian servis beserta dengan keselamatan dan tatacara
kerja yang telah saya pelajari.

38
4.3.1 MEMPELAJARI KERJA – KERJA SERVICE ADVISOR DI BODY
AND PAINT

1) Service Advisor akan memeriksa kenderaan yang rosak pada


kenderaan.
2) Mekanik akan menolong Service Advisor untuk membuka dan
memberitahu kerosakan kenderaan tersebut.
3) Seterusnya, Service Advisor akan membulatkan bahagian yang kemek
atau rosak serta Service Advisor akan menangkap gambar sebagai
bukti menggunakan kamera.
4) Selepas selesai memeriksa kenderaan tersebut, Service Advisor akan
ke pejabat atau biliknya untuk menelefon dan memberitahu harga
barang – barang yang perlu di tukar pada kenderaan pelanggan
tersebut.
5) Setelah berurusan di telefon, Service Advisor akan menanda pada
bahagian mana kenderaan perlu di ganti, di baiki dan di cat pada borang
Repair beserta gambar rajah kenderaan tersebut.
6) Seterusnya, Service Advisor akan meletakkan borang Repair pada
kenderaan yang perlu di baiki tersebut.
7) Service Advisor akan menulis nombor plat kenderaan di papan tanda
untuk memberitahu mekanik tentang kerja tersebut. Di papan tanda
juga, Service Advisor akan menulis tarikh bila keluarnya kenderaan
tersebut.
8) Apabila selesai mekanik membaiki dan memasang, Service Advisor
akan membuat pemeriksaan pada kenderaan supaya tidak berlaku apa
– apa masalah seperti lampu tidak menyala, bocor atau sebagainya.
9) Akhir sekali, Service Advisor akan menelefon pelanggan untuk
mengambil kenderaan mereka tersebut.

39
Rajah 10 : Tugas – Tugas Service Advisor Di Body And Paint

40
4.3.2 MENUKAR CERMIN HADAPAN KENDERAAN

Model kenderaan : Toyota Vios dan Toyota Camry

Peralatan yang diperlukan :

1) Double cup section lifter.


2) Spanar 12 dan 14.
3) Skrap tangan.
4) Skru driver.
5) Cutter windsheld.
6) Blower air.

Bahan yang diperlukan :

1) Sebotol minyak solverin.


2) Gam silikon hitam.
3) Dakwat sealing hitam.
4) Cermin hadapan.
5) Pen dakwat putih.

Aspek keselamatan :

1) Pakaian bengkel, hand glove dan safety boots.


2) Perlulah berhati – hati dalam menanggalkan gam sealing pada cermin
kerana boleh mencalar kan badan kenderaan semasa menggunakan
cutter windsheld.
3) Pastikan double cup section lifter sudah di kedapkan untuk mengangkat
cermin hadapan tersebut supaya tidak jatuh.
4) Memerlukan dua orang untuk membuat kerja menukar cermin tersebut
supaya tiada berlaku kemalangan.

Prosedur menukar cermin hadapan :

1) Lihat pada papan tanda dan pilih tugas kenderaan yang perlu di buat.

41
2) Pergi ke tempat Service Advisior untuk memastikan barang alat ganti
sudah sampai dan tersedia. Selepas itu, ambil borang Repair Order dan
barang alat ganti ke tempat bay tersebut.
3) Pastikan membawa alas seperti tayar kosong untuk meletakkan cermin
yang baharu tersebut..
4) Seterusnya, tanda bulat pada bahagian cermin hadapan yang pecah
atau retak dan tulis nombor plat kenderaan menggunakan pen dakwat
putih.
5) Selepas itu, menanggalkan cover sekeliling cermin hadapan di dalam
dan di luar.
6) Menanggalkan kedua – dua cover dan nut 12 pada wiper menggunakan
spanar 12.
7) Selepas selesai menanggalkan wiper, perlulah memotong sealing pada
sekeliling cermin hadapan dalam dan luar. Kerja ini memerlukan dua
orang untuk memotong sealing menggunakan cutter windshield.
8) Pastikan semasa memotong sealing perlulah berhati – hati supaya tidak
mencalarkan body kenderaaan tersebut.
9) Apabila sudah selesai, mengeluarkan cermin yang retak dengan berhati
– hati menggunakan tangan sahaja dan letakkan cermin di kawasan
yang selamat.
10) Membuang sealing yang lama pada body kenderaan menggunakan
skrap tangan. Pastikan semasa membuang sealing perlulah mengikut
alur sealing supaya tidak mencalarkan body.
11) Selepas itu, perlulah membuat pembersihan pada kawasan sealing
kenderaan yang telah di buang dengan menggunakan blower air.
Perlulah berhati – hati supaya habuk tidak masuk ke mata.
12) Seterusnya, meletakkan minyak solverin pada sekeliling body dan
cermin hadapan yang baharu supaya dapat melekat cermin dengan
baik.
13) Menampal getah atau tape pada body kenderaan tersebut mengikut
alur cermin hadapan.
14) Apabila sudah selesai, perlu meletakkan dakwat sealing hitam pada
sekeliling body dan cermin hadapan.

42
15) Seterusnya, menggunakan gam silikon hitam untuk menampal pada
sekeliling body cermin supaya tidak berlaku kebocoran.
16) Akhir sekali, cermin hadapan perlulah diangkat untuk menampal pada
body kenderaan menggunakan double cup section lifter dengan berhati
– hati.
17) Memerlukan sejajar yang sama semasa menampal cermin hadapan.
Seterusnya, tampal pula sekeliling cermin hadapan dengan tape
supaya cermin tidak bergerak dan lepaskan tekanan double cup section
lifter.
18) Masa yang diperlukan untuk melekatkan dengan betul adalah dua jam.
Selepas itu, tanggalkan tape pada sekeliling cermin tersebut dan
memasang pula wiper dan cover yang telah di tanggalkan tadi.
19) Membuat pemeriksaan dengan menyimbah air pada cermin kenderaan
untuk melihat kebocoran jika berlaku.
20) Kerja yang selesai, mekanik perlu memberitahu pada Service Advisor
untuk mengetahui bahawa kenderaan telah selesai dan siap.

43
Rajah 11 : Penukaran Cermin Hadapan Kenderaan

44
4.3.3 MENUKAR AIR BAG PENUMPANG YANG BAHARU

Model kenderaan : Toyota Vios, Toyota Corolla Altis dan Toyota Camry.

Peralatan yang diperlukan :

1) Cordless drill screwdriver.


2) Air socket ratchert wrench.
3) Soket 10 and extansion socket.
4) T soket 10.
5) Blower air.

Bahan yang diperlukan :

1) Airbag inflator passenger.

Aspek keselamatan :

1) Memakai baju bengkel dan safety boots.


2) Berhati – hati semasa menanggalkan skru kerana ia mudah tercicir dan
kecil.

Prosedur menukar air bag penumpang :

1) Controller akan menelefon mekanik di Body and Paint untuk mengambil


borang Repair Order air bag di hadapan.
2) Apabila sudah sampai, mekanik akan mengambil borang Repair Order,
mengambil airbag inflator passenger di Spare Parts dan mengambil
kenderaan untuk menghantar kenderaan ke bay bahagian Body and
Paint.
3) Meletakkan kenderaan dengan lurus dan matikan enjin.
4) Membuka cover kiri dan kanan pada bahagian cermin hadapan
menggunakan tangan sahaja.
5) Menanggalkan dashboard pemandu dan longgarkan ketiga – tiga skru
speedometer tersebut menggunakan cordless drill screwdriver.
6) Selepas itu, pergi ke tempat penumpang untuk menanggalkan laci dan
menanggalkan fius air bag dengan menggunakan tangan sahaja.

45
7) Angkat dan keluarkan dashboard tersebut ke meja untuk menukar air
bag penumpang.
8) Buang habuk dahulu menggunakan blower air untuk memudahkan
kerja.
9) Pada air bag yang lama tersebut, longgarkan semua nut 10
menggunakan air socket ratchert wrench untuk mempercepatkan kerja
menukar.
10) Selepas itu, tanggalkan bracket atau gigi perumah air bag
menggunakan tangan.
11) Gantikan airbag inflator passenger seperti bentuk silider yang baharu.
12) Pasang semula bracket dan nut 10 pada air bag. Pastikan bahawa gigi
bracket telah di masuk semua nya. Masukkan semula dashboard ke
dalam kenderaan dan pasang semula fius air bag di bawah laci.
13) Pasang laci semula dan mengetatkan semula skru speedometer pada
ketiga – tiga tersebut serta memasang cover pada bahagian kiri dan
kanan cermin hadapan.
14) Apabila sudah selesai, perlulah mekanik mencatat di buku log produk
air bag yang telah di pasang pada hari tersebut. Dalam buku log
tersebut perlulah menulis nombor plat kenderaan, harga jenis air bag
dan nombor pada borang Repair Order tersebut.
15) Akhir sekali, hantar kenderaan ke depan dan menghantar borang
Repair Order pada Controller untuk memberitahu bahawa kerja
menukar air bag telah siap.

46
Rajah 12 : Cara Menukar Air Bag Penumpang

47
4.3.4 MEMASANG BUMPER DEPAN DAN MENAMPAL SKIRT

Model kenderaan : Toyota Vios 1.5 G.

Peralatan yang diperlukan :

1) Screwdriver Phillips and flats.


2) Spanar 10,12,14.
3) T soket 10.
4) Screwdriver socket 10,12,14.
5) Clips removal tools.
6) Berus.
7) Gunting.

Bahan yang diperlukan :

1) Minyak Solverin.
2) Double tape.
3) Fog lamp kiri dan kanan.
4) Klip.
5) Gam 3M.
6) LED unit kiri dan kanan.
7) Installation kit skirt.
8) Grill.
9) Bumper.

Aspek keselamatan :

1) Memakai baju bengkel, hand glove dan safety boots.


2) Semasa ingin memasang bumper depan perlulah berhati – hati kerana
ia mudah tercalar jika tidak memegang dengan betul.
3) Semasa ingin memasang skru atau klip pada cover enjin perlu mengikut
lubang yang betul supaya tidak longgar.
4) Sebelum meletakkan gam 3M perlulah menggosok dengan kertas pasir
pada skirt bumper mengikut alur supaya gam menjadi kuat setelah
menampal pada bumper.

48
Prosedur memasang bumper depan dan menampal skirt :

1) Melihat tugas di papan tanda yang perlu dibuat.


2) Mengambil tugas tersebut di pejabat dan mengambil borang Repair
Order dari Service Advisor.
3) Mengambil pula barang alat ganti seperti fog lamp, grill, LED unit yang
telah sampai di stor dan mengira barang tersebut supaya mencukupi.
4) Seterusnya, mengambil bumper depan dan skirt yang telah di cat di
tempat pengering cat.
5) Meletakkan alas plastik untuk meletakkan barang dan membuat kerja
memasang pada bay kenderaan tersebut.
6) Meletakkan bumper depan pada alas plastik. Seterusnya, memasang
grill hitam bumper dahulu kerana ia mudah untuk membuat kerja.
7) Pastikan grill hitam di masukkan pada bumper mengikut slot gigi
dengan betul dan tepat menggunakan tangan sahaja.
8) Apabila sudah selesai, masukkan pula cover fog lamp kiri dan kanan
pada bumper mengikut slot gigi kesemuannya.
9) Seterusnya pasang pula, fog lamp kiri dan kanan menggunakan
screwdriver phillip pada ketiga – tiga skru tersebut. Jangan terlalu ketat,
ia mungkin akan merosakkan bumper tersebut.
10) Pasang pula LED unit kiri dan kanan pada bumper menggunakan
screwdriver phillip.
11) Seterusnya, memasang frame nombor plat, perlulah di skru kan kedua
– dua pada bumper depan tersebut menggunakan screwdriver phillip.
12) Apabila ke semua komponen bumper di pasang, perlulah di pasang
pada body kenderaan. Semasa ingin memasang bumper mestilah
mempunyai dua orang untuk memegang kiri dan kanan bumper.
Pastikan memasang soket fog lamp dan LED pada kenderaan dahulu
supaya ia berfungsi dan bernyala.
13) Masukkan bumper ke bracket body kenderaan tersebut, apabila
bumper sudah selari pada body hanya ketuk biasa menggunakan
tangan sahaja. Seterusnya, pasang pula klip grill logo Toyota pada atas
bumper tersebut. Pastikan klip sudah ditekan pada semuanya.

49
14) Nombor plat yang baharu perlu di tampal pada frame tersebut
menggunakan tape dan gunting sahaja.
15) Pada bawah cover enjin, pastikan telah di ketatkan ke semua skru dan
klip untuk mencantum cover bawah enjin dan bumper. Jangan lupa,
cara yang sama juga klip kan fender cover kiri dan kanan yang telah
bercantum dengan bumper.
16) Selesai juga pada bahagian bumper tersebut, pergi pula pada bahagian
untuk menampal skirt.
17) Bahan yang diperlukan adalah kertas pasir, minyak solverin, berus,
gam 3M dan installation bracket.
18) Mula – mula bersihkan kawasan dalam skirt menggunakan kertas pasir
dan minyak solverin supaya dapat membuang kesan – kesan cat yang
melekat.
19) Seterusnya, menampal installation kit ke bracket dan double tape pada
skirt tersebut mengikut garis kotak pada skirt. Jika tidak tahu, lihat buku
manual supaya mudah untuk memasang.
20) Letakkan pula solverin pada bahagian bumper tersebut dan menampal
skirt tersebut dengan selari. Tarik ke semua installation kit kertas dan
pelekat tape dan tekan skirt.
21) Akhir sekali, memeriksa keadaan kenderaan tersebut. Pastikan
membuat dua kali pemeriksaan supaya tiada barang yang tertinggal
pada kenderaan tersebut.

50
Rajah 13 : Memasang Bumper Dan Menampal Skirt

51
4.4 BAHAGIAN SPARE PARTS

Akhir sekali pada bahagian Spare Parts pula adalah tempat


penyimpanan alat ganti masuk dan keluar. Beberapa kerja – kerja yang telah
saya lakukan pada tempoh tersebut. Saya akan menyenaraikan kerja – kerja
yang telah saya lakukan di PCM Klang Motor Sdn. Bhd.

Senarai kerja yang telah saya lakukan semasa di bahagian Spare Parts :

1) Prosedur penggunaan borang Picking List.


2) Cara mencetak borang Picking List di sistem komputer.
3) Cara menambah alat ganti di sistem komputer.
4) Cara memeriksa kuantiti dan lokasi alat ganti di sistem komputer.
5) Cara penghantaran Spare Parts dari kilang ke pusat servis.
6) Cara pengurusan tayar.
7) Cara mencari alat ganti dengan lebih dalam menggunakan software
EPC .
8) Pengurusan penghantaran alat ganti dari kilang.
9) Cara menguruskan borang Repair Order yang manual atau weekender.
10) Pengurusan menyusun barang Spare Parts di stor.

Saya akan menjelaskan tiga prosedur kerja daripada sepuluh senarai


tersebut di bahagian servis beserta dengan keselamatan dan tatacara kerja
yang telah saya pelajari.

52
4.4.1 PROSEDUR PENGGUNAAN BORANG PICKING LIST

1) Pada awal nya, pergi ke komputer dan “On” kan nya. Buka software
Toyota tersebut.
2) Klik pada servis tarikh hari ini. Pilih nombor printer dan cetakkan borang
Picking List pada hari tersebut. Apabila sudah keluar kertas borang
Picking List di mesin printer.

Rajah 14 : Mesin Printer EPSON

3) Potong kepingan kertas borang Picking List tersebut dari mesin printer.
Selepas itu, menyusun borang Picking List di bekas borang Picking List
tersebut mengikut angka 1 hingga 9.

53
4) Apabila mekanik sampai untuk memberi borang Repair Order, ahli
Spare Parts akan mengambil borang Picking List pada bekas Picking
List. Ahli Spare Parts akan melihat nombor borang Repair Order dari
mekanik untuk mengambil borang Picking List mengikut nombor yang
sama.

Rajah 15 : Tempat Letak Borang Picking List

5) Selepas itu, ahli Spare Parts akan mengambil barang mengikut senarai
borang Picking List. Barang – barang yang di ambil seperti gasket, oil
filter, minyak petrol dan lain – lain.
6) Ahli Spare Parts akan meletakkan barang alat ganti di kaunter hadapan
mengikut borang Picking List.

Rajah 16 : Cara Susunan Alat Ganti

54
7) Seterusnya, apabila mekanik sudah sampai pastikan barang nya
mencukupi mengikut senarai pada borang dan mekanik perlu tanda
tangan pada borang Picking List tersebut.
8) Ahli Spare Parts akan mengambil salinan borang Picking List manakala
mekanik pula mengambil original borang Picking List. Selepas itu, ahli
Spare Parts perlu membulat kan pada borang Daily Product mengikut
borang Picking List yang telah di beri kepada mekanik untuk merekod.

Rajah 17 : Borang Daily Product Record

9) Selepas itu, pergi ke komputer untuk membuat Material Issue (MI) atau
bayar barang alat ganti tersebut.

Rajah 18 : Membuat Material Issue Di Komputer

55
10) Apabila sudah bayar di komputer, ahli Spare Parts akan menulis kod
seperti J0123747 pada borang Picking List tersebut sebagai bukti
bahawa borang itu telah pun dibayar.
11) Akhir sekali, borang Picking List akan diletakkan di rak borang untuk
menyimpan dan mengira semula barang alat ganti yang di keluar pada
hari tersebut.

Rajah 19 : Borang Picking List Yang Telah Di Bayar

56
4.4.2 CARA MEMERIKSA KUANTITI DAN LOKASI ALAT GANTI DI
SISTEM KOMPUTER

1) Pada awal nya, mekanik akan menulis kod pada borang Repair Order.
Selepas itu, ahli Spare Parts akan menaip kod barang Spare Parts
tersebut seperti 28008 – yzzty atau seumpamanya.
2) Pergi ke komputer, klik pada maintainance. Seterusnya, klik pula pada
parts master maintainance.

Rajah 20 : Klik Parts Master Maintainance

3) Apabila sudah masuk ke laman parts master maintainance, klik pula


pada keyword. Dalam keyword tersebut taip kod barang spare parts
seperti 28008 – yzzty atau seumpamanya.

57
Rajah 21 : Menaip Kod Barang Spare Parts

4) Apabila sudah masukkan kod tersebut tekan ENTER dan ia akan keluar
nama barang, lokasi dan kuantiti stok barang.

Rajah 22 : Kuantiti Dan Lokasi Stok Barang Di Komputer

5) Akhir sekali, tanda pada borang Repair Order tersebut YES atau NO
dan bagi kepada mekanik. Selesai.

58
4.4.3 CARA MENCARI ALAT GANTI DENGAN LEBIH DALAM DENGAN
LEBIH DALAM MENGGUNAKAN SOFTWARE EPC

1) Pada awalnya, mekanik akan datang ke Spare Parts untuk


memberitahu barang yang ingin di cari untuk membaiki dan menservis
kenderaan. Selepas itu, ahli Spare Parts akan mencari di komputer nya
tersebut.
2) Klik pada software Toyota dan ia akan keluar Electronic Parts Catalog.

Rajah 23 : Software Electronic Parts Catalog

3) Selepas itu klik pada TMC part number translation (tulisan merah) ia
akan keluar biodata untuk kenderaan tersebut.

Rajah 24 :Klik TMC Part Number Translation

59
4) Selepas itu, taip sahaja nama model kendaraan seperti Yaris, Hilux,
Camry atau sebagainya pada model name/catalog code. Seterusnya,
ia akan keluar banyak jenis kod kereta.

Rajah 25 : Model Catalog Code

5) Seterusnya, klik pada kod model kenderaan tersebut dan tekan


ENTER. Ia akan keluar balik ke tempat halaman pertama tadi. Selepas
itu, tekan F10 di keyboard dan ia akan keluar index.

Rajah 26 : Halaman Index

60
6) Klik sahaja index tersebut dan ia akan masuk ke catalog parts
kenderaan tersebut. Di dalam parts catalog terbahagi kepada empat
iaitu (tool/engine/fuel, power train/chassis, body, electrical). Selepas itu,
pilih yang mana parts yang mekanik ingin cari.

Rajah 27 : Gambar Alat Ganti Di Catalog Parts

7) Selepas pilih parts tersebut, tekan F2 untuk zoom gambar komponen


atau memberi komponen dengan lebih teliti.

Rajah 28 : Mencari Parts Dengan Lebih Dalam

61
8) Akhir sekali, ambil kod parts yang ingin di pesan oleh mekanik. Selepas
itu, menghantar pesanan ke kilang atau warehouse untuk menempah
spare parts tersebut.

Rajah 29 : Membuat Tempahan Spare Parts

62
BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

On – The Job Training (OJT) adalah salah satu platform yang dapat
memberi peluang kepada para pelajar merasai pengalaman pekerjaan serta
dapat mempraktikkan apa yang dipelajari di Kolej Vokasional. Selain itu,
pelbagai kebaikan yang dapat diperolehi oleh pelajar ketika menjalani OJT ini
yang berlangsung selama 62 hari.

Berikutan itu, segala pengalaman serta kemahiran juga menjadi batu


loncatan kepada para pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan yang
sebenar. Selain tu, akan terdapat permasalahan yang akan dihadapi oleh
pelajar semasa menjalani OJT, antara faktornya ialah ketika kerja atau
tugasan yang diarahkan mungkin tidak berkesuaian dengan apa yang
dipelajari oleh pelajar, dengan itu para pelajar haruslah bersikap inovatif dan
kreatif bagi menyelesaikan masalah tersebut. Walaupun tugasan yang
diberikan adalah tidak menjurus kepada apa yang telah dipelajari oleh pelajar.

63
5.2 DAPATAN

Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani 62 hari On - The Job


Training (OJT) di PCM Klang Motor Sdn. Bhd ini, syarikat ini merupakan salah
satu syarikat Toyota yang maju. Saya amat berpuas hati dengan layanan yang
diberi oleh pengurus syarikat kepada saya. Bagi pandangan dan pendapat
yang telah saya senaraikan sepanjang tempoh yang diberikan. Terdapat
beberapa kebaikan dan kelemahan pada syarikat dan diri saya ini.

5.2.1 KEBAIKAN

Antara kebaikkan yang telah saya dapat ialah:

1) Saya telah didedahkan dengan persekitaran professional iaitu dalam


mengenalpasti tugas – tugas seorang pekerja. Dari situ, saya dapat
melihat bagaimana seorang mekanik dapat memainkan peranannya.
2) Saya dapat mempelajari pengurusan yang berbeza – beza di syarikat
PCM Klang Motor seperti di Spare Parts, Body And Paint dan Services.
Dengan itu, saya didedahkan banyak benda baharu dan dapat
menggunakan ilmu ini untuk masa akan datang.
3) Saya juga dapat mengenali dan menggunakan peralatan yang baharu
dengan banyak. Dengan itu, saya dapat mengasah lagi kemahiran yang
saya pelajari di kolej vokasional dan di syarikat ini.
4) Saya dapat menanamkan sifat tolong - menolong dan kerjasama
terhadap semua ahli organisasi. Dengan ini, ia telah mewujudkan
suasana yang begitu ceria dan menyeronokkan antara kami semua.
5) Saya dapat berurusan dan berkomunikasi dengan lebih yakin dan
berani kepada semua ahli organisasi. Dengan ini, pertuturan saya akan
menjadi lebih baik terhadap orang sekeliling.
6) Saya dapat menjadi mekanik yang bertanggungjawab dalam
melakukan setiap kerja menservis dan membaik pulih kenderaan.

64
5.2.2 KELEMAHAN

Antara kelemahan yang terdapat di syarikat ialah:

1) Tidak mencukupi tenaga pekerja dan ramai pekerja yang mengambil


cuti sakit mengakibat banyak kenderaan lambat untuk di siapkan pada
tempoh yang di tetapkan oleh syarikat.
2) Pihak Controller memberikan ‘’job’’ esok kepada mekanik tetapi untuk
di servis hari ini. Dengan ini, boleh berlakunya pergaduhan sesama
pekerja.
3) Tidak mencukupi bay untuk mekanik kerana banyak mesin hoist ram
rosak di bay tersebut. Justeru, mekanik tidak boleh membuat servis
sendiri dan terpaksa berkongsi bay dengan mekanik lain.
4) Sesetengah Service Advisor di hadapan selalu nya lambat membuka
job dan kurang nya senyuman pada mekanik. Dengan itu, ikatan
silaturahim akan menjadi renggang.
5) Terdapat beberapa mekanik yang kekurangan dan rosak peralatan.
Oleh itu, mekanik perlu meminjam alat dari mekanik lain dan boleh
menjadikan kekurangan masa dalam menservis kenderaan.
6) Sesetengah pekerja selalu menggunakan pelajar praktikal untuk
membuat sesuatu perkara yang tidak mengena dengan kerja.
7) Memberikan tugasan yang berat kepada mekanik yang berumur.
8) Tidak mencukupi ruang untuk menyimpan produk dan alat ganti di stor
spare parts.
9) Berlakunya kekurangan barang alat ganti di store spare parts. Mungkin
akibat mekanik mengambil barang dengan sendiri.

65
5.3 CADANGAN

Sebagai mana yang diketahui, On – The Job Training (OJT) adalah


salah satu syarat bagi penganugerahan sijil diploma kepada pelajar Kolej
Vokasional. Jadi sewajarnya jika semua pelajar dapat mengetahui dan
mempelajari selok – belok kerja dan dapat mempraktikan segala yang telah
dipelajari dahulu. Terdapat beberapa cadangan yang ingin saya sampaikan
dalam bab ini.

5.3.1 TERHADAP ORGANISASI SYARIKAT

Selain itu, di sini saya ingin memberikan beberapa cadangan yang


difikirkan wajar untuk meningkatkan mutu kerja syarikat dan kemajuan
syarikat.

1) Syarikat perlulah mengeluarkan beberapa wang untuk membaik pulih


ram hoist pada semua bay yang rosak dan membeli peralatan yang
baharu supaya mekanik mempunyai bay tersendiri serta dapat
menggunakan masa menservis dengan lebih baik dan cermat.
2) Mengadakan satu program bersama ahli organisasi seperti brunch
activity, aktiviti sukan pada setiap bulan sekali. Dengan ini, ahli
organisasi semua dapat meningkatkan prestasi dalam kerja dan dapat
menghilangkan stress dalam kerja.
3) Mengadakan satu program khas ke tempat lain oleh syarikat kepada
pelatih dan pekerja bagi mendedahkan pelbagai aspek untuk
mencungkil bakat – bakat dalam diri mereka. Contohnya, melawat ke
Toyota Factory Tour and Museums (Nagoya City, Aichi). Dengan ini,
pekerja dapat mengetahui pelbagai ilmu baharu di kawasan program
tersebut.

66
5.3.2 TERHADAP KOLEJ VOKASIONAL

Seterusnya, disini saya ini memberikan beberapa cadangan yang


difikirkan wajar kepada pihak Kolej Vokasional.

1) Bagi pandangan saya, wajar pihak Kolej Vokasional memberikan


tempoh yang lama untuk praktikal kerana pelajar praktikal boleh
mengasahkan lagi kemahiran yang banyak dan ilmu lebih mendalam
jika berada di organisasi tersebut. Dengan ini, pelajar praktikal dapat
menjadi gaya pelajar sijil diploma yang sebenar dan cemerlang.
2) Saya juga berharap pihak Kolej Vokasional dapat memberikan ruang
dan masa dalam menyiapkan laporan akhir tahun kerana ada
sesetengah syarikat yang tidak memberikan pelajar untuk bergambar
semasa membuat kerja. Oleh kerana itu, pelajar perlu menunggu
selepas tamat OJT dan baru boleh pelajar mengambil gambar.
3) Saya berharap pihak Kolej Vokasional perlu menunjukkan contoh
laporan akhir On – The Job Training (OJT) kerana kebanyakkan pelajar
kurang pendedahan dan penjelasan dalam penyediaan laporan akhir.
Oleh itu, jika pensyarah menunjukkan contoh laporan akhir kepada
pelajar, pelajar boleh memahami sepenuhnya dan membantu dalam
menyediakan laporan akhir dengan betul.

67
BAB 6

KESIMPULAN

Selama 62 hari menjalani On – The Job Training (OJT), banyak


pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna telah saya
perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri saya
dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian
mencabar sekarang. Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang
dipelajari. Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari
tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa - apa kesan.
Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari
segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah - ubah. Sepanjang saya
menjalani latihan industri, terdapat banyak perubahan daripada sudut
pembelajaran, persekitaran dan pergaulan sesama rakan sekerja. Ia secara
langsung dapat meningkatkan dedikasi dan bersikap rasional terhadap diri
saya sendiri.

68
Walaubagaimanapun masih wujud beberapa kelemahan yang dapat
diperbaiki pada masa hadapan. Oleh itu dapat saya simpulkan bahawa
program On - The Job Training (OJT) banyak memberi manfaat kepada para
pelajar walaupun terdapat kelemahan kecil yang sedikit sebanyak
mencacatkan keadaan, supaya kelemahan ini dapat di perbaiki pada masa
hadapan.

Kesimpulan yang saya dapat melalui On - The Job Training (OJT) ini
ialah saya menerima banyak pendedahan dalam dunia perniagaan ini. Saya
merakamkan jutaan terima kasih kepada juga pihak Kolej Vokasional Sepang
yang memberi peluang kepada pelajar - pelajarnya mencari pengalaman
sendiri dengan mengadakan On - The Job Training (OJT).

69
RUJUKAN

1) Basyir, Z. (2018). Laporan Akhri On - The Job Training (OJT).


Retrieved From:
https://www.academia.edu/32081853/CONTOH_LAPORAN_OJT.

2) Hisyam, A. N. (2013). Laporan Akhir Latihan Industri. Retrieved From:


https://www.slideshare.net/rizalshah94/contoh-laporan-latakhir.

3) Hjack789. (2020). History Toyota. Retrieved From:


https://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Toyota&action=history.

4) Morni, F. (2015). Ringkasan Laporan On Job Training (OJT)


Automotive Technology. Retrieved From:
http://mieyji96.blogspot.com/2016/04/ringkasan-laporan-on-job-
training-ojt.html.

5) Vokasional, P. A. (2018). Garis Panduan Projek Tahun Akhir (PTA)


Kolej Vokasional. Putrajaya: Majlis Pengarah Pengetua Kolej
Vokasional.

6) Vokasional, P. A. (2019). Garis Panduan Pelaksanaan "On - The Job


Training" Kolej Vokasional. Kuala Lumpur: Majlis Pengarah Pengetua
Kolej Vokasional.

70
LAMPIRAN A

Bahagian Bersama Ahli Organisasi

71
LAMPIRAN B

Bahagian Menservis

72
LAMPIRAN C

Bahagian Body And Paint

73
LAMPIRAN D

Bahagian Spare Parts

74

Anda mungkin juga menyukai