Anda di halaman 1dari 15

Bangunan Hijau dalam Industri Pembinaan

Pengenalan

“Green Building” atau istilah bahasa melayunya bangunan hijau merupakan bangunan yang
bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi. Selain menjimatkan pelbagai jenis tenaga
termasuk tenaga elektrik, air, angin serta kos, ianya juga turut memberi keselesaan dan
persekitaran yang sihat kepada penghuninya. Teknologi mesra alam ini semakin giat digunakan
dikebanyakan bangunan termasuklah bangunan pejabat, kompleks membeli belah, sekolah,
rumah kediaman dan banyak lagi.

Bangunan Hijau ini adalah suatu struktur yang direkabentuk, dibina,


diubahsuai,dikendalikan, atau digunakan semula dalam ekologi dan pelbagai tujuan dengan
menggunakan sumber secara berkesan dan tidak membazir sepanjang kitar hidup bangunan
itu. Ciri-ciri bangunan hijau yang direkabentuk kebiasaannya menggunakan elemen semulajadi
seperti tumbuh-tumbuhan yang ditanam dalam dan luar bangunan.

Foto 1: Contoh bangunan hijau


2.0 Tujuan bangunan hijau

Secara umumnya, bangunan hijau ini dibina adalah demi kebaikan kepada alam sekitar,
penghuni dan bangunan itu sendiri. Berikut merupakan tujuan atau objektif bangunan hijau
direkabentuk dan dibina.

Penggunaan tenaga, air dan sumber-sumber lain secara berkesan dan tidak membazir.
Penggunaan ini merujuk kepada penggunaan tenaga elektrik untuk kegunaan
pencahayaan, kesegaran dalam bangunan (penyaman udara), dan sebagainya secara
berkesan dan tidak membazir. Selain itu, bangunan hijau ini menggalakkan penggunaan
tenaga ini dikurangkan dan diganti dengan sumber semulajadi yang lebih bersih dan
berkualiti.

Melindungi penghuni daripada mengalami “building sick” dan meningkat produktiviti para
pekerja yang bekerja di dalam bangunan ini. Penyakit building sick ini bukan merujuk
kepada bangunan itu yang mengalami kesakitan, tetapi penghuni yang berada di
dalamnya yang mengalami sakit. Hal ini berlaku apabila ruang kerja yang tertutup dan
tiada pengudaraan dari luar bangunan boleh menyebabkan penghuninya mengalami
masalah kesihatan dari segi udara yang digunakan untuk bernafas. Kebanyakan
bangunan yang dibina pada ketika ini menggalakkan penghuninya memasang
penyaman udara untuk menyegarkan persekitaran tempat kerja, tetapi pada masa yang
sama, udara ini tidak diganti dengan udara yang baru dan hanya disejukkan oleh
penyaman udara. Andaikata terdapat seseorang mengalami sakit selesema di tempat
kerja, lambat laun semua orang dalam pejabat itu akan dijangkiti.

Mengurangkan pencemaran, pembaziran, dan masalah alam sekitar. Penjimatan


penggunaan tenaga elektrik dapat mengurangkan suhu global. Hal ini dapat berlaku
apabila struktur bangunan yang dibina ini direkabentuk semata-mata untuk
mengurangkan penggunaan lampu elektrik dan digantikan dengan tingkap kaca yang
boleh mengalakkan pancaran matahari masuk ke dalam ruang bangunan. Secara tidak
langsung, haba yang dibebaskan dari lampu elektrik dapat dikurangkan.
3.0 Kebaikan bangunan hijau

Bangunan hijau direkabentuk atas beberapa kebaikan kepada pemilik bangunan,


penghuninya, dan alam sekitar. Berikut merupakan kebaikan bangunan hijau:

Kebaikan kepada alam Kebaikan kepada Kebaikan kepada


sekitar ekonomi kesihatan dan komuniti

Meningkatkan dan Mengurangkan kos Meningkatkan kualiti


melindungi ekosistem dan operasi. udara, terma dan bunyi di
kepelbagaian hidupan. persekitaran.

Meningkatkan kualiti udara Meningkatkan nilai aset Meningkatkan keselesaan


dan air. dan keuntungan. dan kesihatan penghuni
bangunan.

Mengurangkan Meningkatkan Mengurangkan masalah


pembuangan bahan produktiviti dan kepuasan infrastruktur tempatan.
tercemar. pekerja.

Melindungi sumber asli Mengoptimumkan prestasi Meningkatkan kualiti


semulajadi. kitar hidup ekonomi. hidup.

Kos kitar hidup bangunan lebih rendah kerana kurang melakukan


penyelenggaraan mesin-mesin dan peralatan bangunan.

Mengurangkan liabiliti bangunan.

Lebih mesra alam.

Meningkatkan pemasaran bangunan itu. Bangunan yang lebih menggunakan


elemen semulajadi kebiasaannya lebih ramai dikunjungi berbanding bangunan
yang tertutup kerana lebih nyaman dan selesa.

Kos rekabentuk bangunan yang lebih jimat.


4.0 Bahan-bahan yang digunakan dalam bangunan hijau

Secara aplikasinya, sebelum kewujudan bangunan hijau ini, para perekabentuk


bangunan cuba mencari kaedah alternatif dalam merekabentuk infrastruktur
mementingkan keselesaan dan kesihatan penghuninya. Akhirnya, dengan memasukkan
elemen semulajadi ke dalam rekaan bangunan, bangunan hijau berjaya dihasilkan.
Sehingga kini bangunan hijau masih dalam kajian bagi menambahbaik fungsi dan
keberkesanannya kepada penghuni dan alam sekitar.

Di dalam bangunan hijau terdapat semua yang diperlukan oleh penghuninya.


Malah bangunan hijau juga turut kurang kerja-kerja penyelenggara, kurang penggunaan
tenaga elektrik, udara dalam bangunan yang segar dan sentiasa berlaku peredaran
udara dalam dan luar bangunan, kurang penggunaan air dan banyak lagi. Pembinaan
bangunan hijau ini perlulah dibuat dari peringkat awal lagi iaitu ketika proses
merekabentuk bangunan tersebut. Pengurusan elemen-elemen hijau juga perlu
diwujudkan agar ianya berterusan memainkan peranan dalam mengujudkan bangunan
hijau.

Foto 2: Contoh rekabentuk berkonsepkan bangunan hijau


4.1 Tingkap dan pintu kaca

Penggunaan kaca dalam pembinaan bangunan terutama bangunan pencakar


langit sudah tidak asing bagi kita. Hampir kebanyakan bangunan yang tinggi di
serata dunia menggunakan kaca, sebagai contoh Menara Berkembar Petronas,
Malaysia (KLCC). Di dalam rekaan bangunan hijau, kaca dapat mengurangkan
penggunaan pencahayaan yang bersumberkan tenaga elektrik.

Foto 3: Rumah bertingkap kaca

Foto 3 di atas menunjukkan sebuah rumah di mana tingkapnya diperbuat


daripada kaca. Dengan penggunaan tingkap kaca ini, lampu elektrik tidak perlu
dipasangkan pada waktu siang kerana cahaya matahari yang memancar masuk
ke dalam rumah sudah memadai untuk menerangi ruang dalam rumah
berkenaan. Di dalam bangunan hijau yang bertingkap kaca juga, penggunaan
langsir amat tidak digalakkan kerana langsir ini akan meminimakan cahaya yang
masuk ke dalam ruang itu. Tambahan lagi, kaca senang dibersihkan kerana licin
dan berkilat.
4.2 Tumbuh-tumbuhan

Elemen utama dalam bangunan hijau ialah tumbuh-tumbuhan hijau. Dengan


adanya tumbuh-tumbuhan, seolah-olah merekalah nadi bangunan itu. Tumbuh-
tumbuhan sangat berguna kepada manusia kerana mereka berperanan
menghasilkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Selain itu, meletakkan
tumbuh-tumbuhan hijau dalam bangunan dapat menyegarkan pandangan
penghuninya. Tumbuh-tumbuhan juga boleh mengurangkan kepanasan dalam
bangunan iaitu dengan membebaskan wap-wap air ketika proses fotosintesis.
Mengikut kajian sains, tumbuhan hijau mampu mengurangkan tekanan di
tempat kerja.

Foto 4: Tumbuhan hijau dalam bangunan

Selain itu juga, kebanyakan bangunan besar pada masa sekarang


menggunakan rumput-rumput hijau sebagai pelindung atap daripada cuaca
panas terik. Rumput-rumput yang ditanam ini mampu menyejukkan persekitaran
dalam bangunan. Dengan menggunakan rumput dan pokok-pokok yang kuat
menyerap air, air hujan yang turun dan jatuh ke atas bumbung akan diserap. Air
ini juga digunakan sebagai sumber air untuk kegunaan dalam bangunan.
Mekanisme ini berlaku apabila air hujan ini diserap ke dalam tanah dan
disalurkan ke dalam tangki yang tersimpan di bawah bangunan. Tangki ini
mampu menyimpan air pada kuantiti yang banyak. Oleh itu, penjimatan air
dapat dikurangkan berbanding bangunan yang menggunakan air dari
syarikatbekalan air bersih.
BANGUNAN HIJAU

Foto 5: Rumput hijau yang ditanam di atas bumbung bangunan

4.3 Tenaga solar sebagai sumber tenaga elektrik

Pada masa jangka masa pendek mungkin kos penggunaan tenaga solar amat
mahal kerana kos pembelian dan pemasangannya. Tetapi pada masa jangka
panjang, tenaga solar amat menjimatkan kerana tenaga ini boleh diperbaharui
dan sangat sesuai digunakan di negara yang mengalami hujan dan panas
sepanjang tahun. Peralatan untuk mendapatkan tenaga ini kebiasaannya
dipasang di atas atap atau di satu ruang yang lapang dan tidak terlindung dari
pancaran matahari.

Foto 6: Tenaga solar dipasang di atas bumbung rumah

7
BANGUNAN HIJAU

4.4 Penggunaan bahan kitar semula

Bahan kitar semula merupakan satu bahan buangan yang digunakan semula
untuk kegunaan lain. Kaedah kitar semula ini dapat mengurangkan pembaziran
dan pencemaran alam semula jadi. Sebagai contoh, air yang digunakan untuk
membasuh pinggan mangkuk atau air yang keluar dari mesin basuh boleh
digunakan untuk kegunaan air pam tandas ataupun cuci kereta.

4.5 Penggunaan cat warna cerah

Penggunaan cat pada bangunan juga mempengaruhi kadar penyerapan haba


matahari. Warna cerah mampu memantulkan haba lebih tinggi berbanding
warna gelap. Secara tidak langsung, warna bangunan mempengaruhi kadar
kepanasan dalam bangunan.

4.6 Bukaan berlubang pada bangunan

Rumah Melayu Tradisional merupakan suatu contoh bangunan yang


mempunyai ciri-ciri bangunan hijau. Rumah ini lebih sejuk jika dibandingkan
rumah konkrit. Rumah Melayu Tradisional mempunyai siling yang tinggi dan
mempunyai bukaan pada dindingnya(kerawang). Foto di bawah menunjukkan
rekabentuk rumah melayu awal 40an-60an.

8
BANGUNAN HIJAU

Secara teorinya, rumah melayu mempunyai kerawang bagi membenarkan udara


panas keluar dari rumah. Manakala udara sejuk akan masuk ke dalam rumah
melayu bukaan lain seperti pintu, tingkap dan bukaan lain. Di kebanyakan
tempat peranginan pesisir pantai, elemen pintu mempunyai celah-celah boleh
mengizinkan angin laut masuk ke dalam bangunan walaupun pintu ditutup pada
waktu malam.

Foto 7: Pintu mempunyai celah

Selain itu juga, penggunaan kerawang pada sisi atap rumah juga dapat
mengurangkan silau matahari masuk ke dalam rumah. Di samping itu juga,
kebanyakan Rumah Melayu Tradisional mempunyai balkoni yang
bertujuan mengurangkan cahaya matahari sampai ke dinding rumah. Hal
ini dapat mengurangkan haba panas matahari masuk ke dalam rumah.

5.0 Teknik membina bangunan hijau

Di dalam proses membina rumah hijau terdapat beberapa teknik atau kaedah
selain menggunakan elemen bangunan hijau. Di antara teknik tersebut ialah;

5.1 Menentukan orientasi bangunan

Orientasi bangunan di sini bermaksud kedudukan sisi bangunan itu. Di


dalam kajian pakar-pakar arkitek, bagi memaksimumkan cahaya pasif
datang dari
9
BANGUNAN HIJAU

luar(cahaya matahari), orientasi bangunan itu perlulah mengambil kira terbit


dan terbenamnya matahari. Pada sisi bangunan ini, ruang tingkap dan pintu
perlu diperbuat daripada kaca dan tidak dipasang tabir bagi memaksimumkan
percahayaan masuk ke dalam bangunan. Secara tidak langsung, penjimatan
penggunaan tenaga elektrik untuk memasang lampu dapat dilakukan.

5.2 Penggunaan bahan campur dalam penyediaan konkrit

Zaman serba moden pada masa kini, bangunan tinggi memerlukan konkrit
sebagai asas pembinaan. Sebagai contoh bangunan hijau ialah One Bryant
Park, Manhattan, New York. Bangunan ini direkabentuk oleh seorang arkitek
yang telah bercadang memasukkan elemen hijau ke dalamnya. Elemen ini
bermula dari peringkat awal pembinaan lagi. sangat mengejutkan lagi, asas
elemen bangunan ini ialah besi yang diperbuat daripada campuran besi buang
yang diproses mencari besi bangunan yang berkekuatan tinggi pada mampatan
dan tegangan. Semasa dalam proses menghasilkan besi ini, sisa besi akan turut
terhasil. Lebih mengejutkan, sisa ini tidak dibuang begitu sahaja malah
digunakan dalam campuran penyediaan konkrit. Mengikut beliau, campuran ini
boleh mengurangkan kadar pembebasan karbon dioksida ke udara sekali gus
dapat mengurangkan kesan rumah hijau.

Berdasarkan konsep One Bryant Park ini, arkitek berkenaan menyatakan dalam
channel Discovery Channel, bangunan ini mempunyai udara dalam bangunan
yang lebih bersih dari luar bangunan. Mengikut rekaan bangunan ini, 100 kaki
dan ke atas bangunan ini akan memperolehi udara bersih dan udara ini akan
memasuki ke segenap ruang dalam bangunan pada bila-bila masa. 95%
bangunan ini menggunakan udara semula jadi sebagai pengudaraannya. Oleh
itu penjimatan penggunaan penyaman udara dan pembebasan CFC dapat
dikurangkan. Foto 8 menunjukkan konsep binaan bangunan One Bryant Park.

10
BANGUNAN HIJAU

Foto 8: Konsep One Bryant Park, Manhattan, New York

6.0 Penutup

Isu global yang paling hangat dibentangkan dalam kebanyakan kongres antarabangsa
ialah isu global seperti “global warming”. Global warming berlaku disebabkan kerakusan
manusia yang mengejar pembangunan dan tidak mengutamakan peranan alam sekitar.
Dalam beberapa dekad ini, barulah kita menjalankan penyelidikan berkenaan bangunan
hijau serta peranannya kepada manusia. Pada ketika ini telah banyak bangunan hijau
telah dibina dan masih dalam penyelidikan bagi menambahbaik lagi fungsi dan sumber-
sumbernya. Penggunaan elemen hijau, mesra alam dan tidak membazir boleh
mewujudkan bangunan hijau yang efektif. Dalam usaha mewujudkan suasana tempat
kerja dan kediaman yang selesa dan sihat, pembinaan tradisional kita pada hari ini perlu
beralih arah dengan memasukkan elemen bangunan hijau di dalam rekaan bangunan di
samping pembangunan yang serba pesat. Di antara bangunan hijau yang popular ialah
The Urban Cactus(Rotterdam), 340 on the Park(Chicago), Waugh Thistleton Residential
Tower(London), The Burj al-Taqa (Energy Tower, Dubai), The Hearst Tower(New York
City), The CIS Tower(Manchester, England), The Lighthouse Tower(Dubai), The Pearl

11
BANGUNAN HIJAU

River Tower(Guangzhou, China), The Bahrain World Trade Center(Kingdom of


Bahrain), The old Time Favorite(Mesiniaga Tower, Malaysia) dan banyak lagi.

7.0 Rujukan

http://www.scribd.com/doc/37244718/Green-Building dicapai pada Oktober 13, 2010.

http://www.scribd.com/doc/22120699/Green-Buildings dicapai pada Oktober 13, 2010.

http://www.scribd.com/doc/29047432/Green-Buildings dicapai pada Oktober 13, 2010.

http://www.scribd.com/doc/38616993/Green-Building dicapai pada Oktober 13, 2010.

http://www.scribd.com/doc/27801380/green-buildings dicapai pada Oktober 13, 2010.

http://www.scribd.com/doc/39039809/Green-Buildings dicapai pada Oktober 13, 2010.

http://www.interestinc.biz/towardsazeroenergyhome.pdf dicapai pada Oktober 11, 2010.

http://www.greenbuilding.com/knowledge-base/energy-green-building dicapai pada


Oktober 11, 2010.
12
BANGUNAN HIJAU

8.0 Lampiran

8.1 Konsep
bangunan hijau

13
BANGUNAN HIJAU

14
BANGUNAN HIJAU

15

Anda mungkin juga menyukai