Anda di halaman 1dari 2

8.

0 PENDEKATAN TEORI

8.1 Teori Psikoanalisis Erik Erikson

Erik Erikson merupakan salah seorang


ahli psikologi terkenal yang telah
mengembangkan teori perkembangan
psikososial. Beliau telah dilahirkan di Jerman
pada tahun 1902 dan dibesarkan oleh bapa
tirinya iaitu Dr. Theodore Homburger. Erikson
merupakan seorang kanak-kanak yang
mengalami dilema identiti kerana beliau lebih menyayangi bapa tirinya berbanding bapa
kandungnya sendiri. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang
sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap sesuatu keperluan.
Erik Erikson juga percaya bahawa setiap tahap perkembangan mempunyai konflik yang
tertentu yang perlu di atasi bagi mengelakkan perkembangan seseorang kanak-kanak terjejas.
Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menyebabkan perkembangan tahap
seterusnya terjejas.

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana
beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor
kendiri, emosi dan sosial. Berdasarkan teori perkembangan psikososial Erikson, seseorang
individu akan melalui lapan peringkat iaitu Peringkat Oral, Peringkat Anal, Peringkat Genital,
Peringkat Latency, Peringkat Remaja, Peringkat Awal Dewasa, Peringkat Pertengahan
Dewasa dan Peringkat Tua. Setiap peringkat ditentukan oleh pelbagai krisis psikososial yang
perlu dialami oleh seseorang individu sebelum bergerak ke peringkat yang seterusnya.
Berdasarkan kepada teori Erik Erikson, peringkat keempat iaitu peringkat Latency
merupakan peringkat dimana seseorang individu berumur daripada 6 tahun hingga 12 tahun.
Pada usia ini, individu akan berada di alam sekolah rendah bagi mendapatkan ilmu
pengetahuan. Ketika usia ini, individu akan mengalami konflik iaitu ketekunan versus rendah
diri. Kanak-kanak akan mula melakukan interaksi sosial dengan orang sekeliling serta
mempunyai perasaan bangga terhadap kemampuan mereka. Kanak-kanak yang dibimbing
dan dipantau oleh golongan dewasa akan membina perasaan percaya dengan kemampuan dan
keterampilan yang dimiliki. Apabila kanak-kanak merasa yakin dengan kemampuan yang
dimiliki, mereka akan memotivasikan diri mereka dengan pengalaman-pengalaman yang
baharu.

Manakala, kanak-kanak yang kurang mendapat bimbingan daripada golongan dewasa


dan rakan sebaya akan mula merasa rendah diri dan ragu dengan kemampuan yang
dimilikinya. Perasaan rendah diri yang tinggi akan menyebabkan seseorang itu mudah untuk
menjadi mangsa buli. Hal ini demikian kerana kanak-kanak akan mudah berasa takut dan
tidak mempunyai keupayaan untuk melawan sebarang tingkah laku buli terhadap dirinya.
Apabila sudah menjadi mangsa buli, mereka juga akan menjadi seorang yang pendiam dan
takut untuk melaporkan kejadian yang telah berlaku kepada orang lain. Pengalaman buli ini
akan memberikan masalah emosi yang besar kepada kanak-kanak malah mereka akan
mengalami trauma serta penghargaan kendiri (self-esteem) yang rendah. Perasaan rendah diri
yang tinggi akan menyebabkan mereka menyalahkan diri sendiri dan menganggap diri
mengalami kegagalan sosial kerana tidak mampu untuk mengatasi masalah sehingga
meyebabkan diri mereka menjadi mangsa buli. Jika perkara ini berterusan, kanak-kanak akan
mengalami masalah pada tahap perkembangan yang seterusnya iaitu identiti versus
kekeliruan identiti. Namun, Erikson percaya bahawa guru memiliki tanggungjawab yang
khusus bagi perkembangan ketekunan anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai