Anda di halaman 1dari 7

NAMA:……………………………………………………………… TINGKATAN:………………..

SMK PANDAN JAYA


55100 AMPANG, SELANGOR.
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017
PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 MASA: 1 JAM

ARAHAN: Kertas ini mengandungi 3 bahagian iaitu A, B dan C. Jawab semua soalan.

Bahagian A: Hitamkan jawapan yang betul dalam kertas jawapan yang disediakan. (40 markah)

1. Kecemerlangan diri seseorang dapat dinilai melalui pencapaian berikut, kecuali


A keturunan B pendidikan
C perwatakan D komunikasi

2. Ciri-ciri berikut menunjukkan perwatakan terpuji murid, kecuali


A berbudi bahasa.
B belajar bersungguh-sungguh.
C sentiasa berfikiran positif.
D mengharapkan balasan ketika bertugas.

3. Antara berikut, yang manakah halangan dalam komunikasi?


A Jarak antara dua penutur.
B Bahasa yang tidak difahami.
C Bunyi radio yang kuat.
D Gerak badan pemberi maklumat.

4. Mengapakah kita perlu membuat refleksi diri?


A Untuk mencatat peristiwa dalam diari.
B Untuk membuat perbandingan dengan orang lain.
C Untuk membaiki kelemahan diri.
D Untuk memastikan kita dihormati oleh rakan.

5. Penampilan perwatakan individu akan menentukan kecemerlangan dirinya. Berikut merupakan sifat-sifat
perwatakan terpuji, kecuali
A gigih dan berani. B berserah kepada takdir.
C membuat keputusan sendiri. D rasional dalam mengambil risiko.

6. Pilih pernyataan yang benar.


I Orang yang berfikiran positif jarang bergaul dengan orang lain.
II Kita mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan.
III Sentiasa memohon maaf apabila melakukan kesalahan.
IV Membiarkan orang lain mempergunakan kita untuk kepentingan sendiri.
A I dan II B I dan III
C II dan III D III dan IV

1
7. Selain pencapaian pendidikan, kecemerlangan diri juga perlu disertai dengan
A fizikal yang sempurna. B perwatakan yang terpuji.
C pemikiran yang lurus. D daya saing yang keterlaluan.

8. Antara berikut yang manakah menunjukkan kita menghormati warga tua?


I Mengucapkan salam apabila berjumpa dengan mereka.
II Memberikan tempat duduk kepada mereka semasa di dalam pengangkutan awam.
III Menghantar mereka ke rumah kebajikan untuk orang-orang tua.
IV Menegur mereka dengan bahasa yang kasar apabila mereka melakukan kesalahan.
A I dan II B I dan III
C II dan III D III dan IV

9. Pemilihan kerjaya yang sesuai sangat penting bagi seseorang individu untuk
A memberi sumbangan dalam bidang yang diceburi.
B menunjukkan bakat dan kebolehan yang lebih tinggi.
C kepuasan kendiri tercapai melalui kerjaya yang diminati.
D menyumbang secara maksimum bagi pembangunan negara.

10. Apakah keburukan seseorang yang tidak sabar dan cepat mengalah apabila melakukan sesuatu pekerjaan?
A Dia akan dicaci.
B Dia akan mengalami kegagalan.
C Dia akan dijauhi rakan-rakannya.
D Dia tidak dipercayai oleh orang lain.

11. Asas sesebuah masyarakat adalah


A ibu bapa B keluarga
C jiran tetangga D institusi sosial

12. Persengketaan dalam keluarga tidak akan berlaku sekiranya


A anggota keluarga pandai mencari kelemahan masing-masing.
B anggota keluarga bertolak ansur antara satu sama lain.
C anggota keluarga berkira ketika memberi sesuatu pertolongan.
D anggota keluarga menjauhkan diri daripada perbincangan keluarga.

13. Mengapakah setiap keluarga digalakkan menyambut hari khas dalam keluarga?
A Untuk mengingati hari khas tersebut.
B Untuk mengekalkan struktur keluarga.
C Untuk memberikan penghargaan kepada ahli keluarga.
D Untuk membolehkan setiap ahli keluarga memberikan hadiah kepada kita.

14. Hubungan kekeluargaan yang terjalin tidak mungkin dapat dipisahkan, bak kata pepatah
A air dicincang tidak akan putus.
B melentur buluh biarlah dari rebungnya.
C ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
D bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

2
15. Antara berikut, yang manakah cara-cara menghargai anggota keluarga?
A Membelikan hadiah yang mahal untuk mereka.
B Memenuhi segala kemahuan mereka.
C Mengharapkan balasan apabila dibantu.
D Mengucapkan kata-kata sayang kepada mereka.

16. Amalan bermuafakat dan perpaduan amat penting dalam sesebuah keluarga kerana
A mudah untuk mencapai kemewahan.
B akan melahirkan anak-anak yang bijak pandai.
C akan melahirkan sebuah masyarakat yang sejahtera.
D akan melahirkan anak-anak yang berfikiran negatif.

17. Kebahagiaan dalam sesebuah keluarga dapat dilahirkan dengan cara yang berikut, kecuali
A mengambil berat kebajikan ahli keluarga.
B bertanya khabar antara satu dengan yang lain.
C memberi wang yang banyak kepada ahli keluarga.
D menyediakan keperluan yang mencukupi untuk ahli keluarga

18. Pilih pernyataan yang tidak benar.


A Menghormati pendapat ahli keluarga.
B Menjaga kelakuan walau di mana kita berada.
C Mematuhi setiap nasihat yang diberikan oleh ibu bapa.
D Hanya ibu bapa bertanggungjawab menjaga kebajikan ahli keluarga.

19. Pernyataan berikut merupakan punca remaja terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, kecuali
A kurang didikan agama.
B ibu bapa sering meninggalkan anak-anak.
C mendapat kasih sayang yang secukupnya.
D ibu bapa tidak mengambil tahu masalah anak-anak.

20. Antara berikut, manakah bukan kebaikan yang akan diperoleh oleh keluarga yang selalu mengadakan
aktiviti rekreasi bersama-sama?
A membazir wang dan masa.
B melahirkan perasaan kasih sayang.
C mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
D melahirkan kemesraan antara ahli keluarga

21. Abang menduduki tempat pertama dalam pertandingan nyanyian. Apakah tindakan yang sewajarnya anda
lakukan?
A Memperlekehkan kebolehan abang.
B Mencabar abang untuk bersaing.
C Mengejek- ejek kemenangan abang.
D Memberikan ucapan tahniah kepada abang.

22. Warna biru dalam Jalur Gemilang membawa maksud ……………….. antara rakyat Malaysia yang hidup bersatu
padu yang terdiri daripada pelbagai kaum.
A kedaiaman B perpaduan
C kedaulatan D keharmonian

3
23. Terdapat beberapa pertubuhan yang sukarela membantu masyarakat sama ada di dalam mahupun di luar
negara. Antara berikut, yang manakah pertubuhan yang dimaksudkan?
I MAKNA II MERCY
III BSMM IV SPRM
A I, II dan III B I, II dan IV
C II, III dan IV D I, II, III dan IV

24. Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan memberi pendapat secara berhemah?
A Mengelakkan salah faham berlaku
B Menunjukkan sikap keperibadian yang mulia
C Dapat menyelesaikan masalah dengan tenang
D Mewujudkan ketidakpuasan hati kepada ahli kumpulan

25. Antara berikut merupakan amalan-amalan permuafakatan di kalangan masyarakat kecuali,


A Ziarah-menziarahi dan beramah mesra
B Melibatkan diri dalam badan sukarela dan rukun tetangga
C Melarikan diri ketika jiran dilanggar kereta
D Tolong menolong dalam kenduri-kendara

26. Syarat-syarat permuafakatan adalah


I Kasih sayang II Tanggungjawab
III Bertolak ansur IV Kerjasama
A I, II dan III B I, II dan IV
C II, III dan IV D I, II, III dan IV

27. Sewaktu Anis berkursus di Korea dia tetap memakai baju kurung dalam semua majlis yang dihadirinya.
Sikap Anis menunjukkan dia
A suka berbaju kurung
B seorang yang sukar berubah
C berusaha mempromosi baju kurung
D mempunyai semangat kekitaan yang tinggi

28. Sikap toleransi dan harmoni masyarakat boleh dipupuk dengan


A memberi kebebasan individu melakukan apa sahaja yang disukainya.
B mengamalkan prinsip hidup berlumba-lumba bagi mencari keuntungan.
C menghormati perbezaan individu, bakat dan pendapat orang lain dalam masyarakat.
D melaksanakan hukuman yang berat bagi individu yang enggan mengamalkan hidup bermasyarakat.

29. Antara berikut, yang manakah bukan menunjukkan seseorang itu mempunyai sifat yang terpuji?
A Amir merawat anak kucing yang tercedera.
B Zizi menolong menyiram pokok bunga jirannya semasa ketiadaan jirannya itu.
C Mei Mei mengajak Swee Lan makan bekalan dibawa dari rumah bersama-sama.
D Halim tidak mempedulikan seorang wanita yang menjerit meminta tolong kerana diragut.

30. Hak-hak individu merangkumi perkara-perkara berikut, kecuali


A hak untuk bersuara B hak untuk bergerak
C hak untuk mengkritik D hak untuk menjatuhkan orang lain

4
31. Semangat kejiranan yang diamalkan oleh masyarakat adalah untuk mewujudkan __________.
A persaingan B perbalahan
C keharmonian D pertelingkahan

32. Penyataan berikut menunjukkan kebebasan beragama, kecuali


A setiap orang bebas mengkritik agama kaum lain
B setiap orang bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing
C setiap orang bebas menghadiri upaca keagamaan masing-masing
D setiap orang bebas mengajar agama kepada penganut dalam kalangan agama masing-masing

33. Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan bersuara?


A Bebas melakukan jenayah
B Bebas mempertikaikan pemerintahan negara
C Bebas mengeluarkan pendapat tentang isu agama
D Bebas memberi pendapat tentang pentadbiran negara demi kebaikan

34. Antara berikut yang manakah menunjukkan perbuatan tidak menghormati hak orang lain?
A Menegur jiran yang baru pulang dari pejabat
B Mendengar radio dengan kuat pada lewat malam
C Mengunjungi jiran yang berlainan agama pada hari perayaan
D Menghubungi polis kerana ada sesuatu yang mencurigakan di rumah jiran sewaktu ketiadaan jiran di
rumah

35. Pilih penyataan yang tepat tentang maklumat di bawah.


A Hindu : Hari Easter B Kristian : Hari Wesak
C Buddha : Good Friday D Islam : Awal Muharam

36. Antara berikut cara memupuk perpaduan, kecuali


A bekerjasama B berprasangka
C bertolak ansur D hormat-menghormati

37. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat kekitaan?


A Semangat mementingkan diri sendiri
B Semangat cinta akan bangsa dan negara
C Semangat menghargai kaum masing-masing
D Semangat saling menghormati antara satu dengan yang lain

38. Apakah kesan kepada negara sekiranya keamanan dapat dicapai?


A Rakyat akan bertambah
B Negara akan sentiasa diancam oleh kuasa luar
C Ekonomi negara dapat berkembang dengan pesat
D Negara tidak akan mengalami kekurangan tenaga buruh

39. Antara yang berikut ialah badan-badan yang bertanggungjawb terhadap keselamatan, kecuali
A pihak polis B rukun tetangga
C Persatuan Pengguna D pasukan Bomba dan Penyelamat

5
40. Mengapakah peranan anggota keselamatan sangat penting kepada masyarakat?
A Untuk menghapuskan kemiskinan
B Untuk membolehkan masyarakat bebas bergerak
C Untuk menjaga keharmonian masyarakat dan negara
D Untuk memberi bantuan semasa berlaku bencana alam

Bahagian B: Tandakan () pada pernyataan yang betul dan (X) pada yang salah.(10 markah)

Bil. Pernyataan  atau X


41. Suzaini tidak suka bertangguh, dia akan segera membuat tugasan yang diberikan oleh
guru.
42. Vince tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh
sekolahnya.
43. Syahid suka menggunakan pemadam Mary tanpa meminta kebenaran Mary sebelum
menggunakannya.
44. Milia sentiasa berfikiran positif ketika menghadapi sesuatu masalah dan konflik.

45. Sebagai pengerusi persatuan, anda tidak perlu mendengar pendapat ahli jawatankuasa
yang lain.
46. Sally dan Dewi berkawan baik walaupun mereka berlainan bangsa.

47. Sambutan hari khas keluarga hanya akan diadakan pada musim perayaan.

48. Bekas penagih dadah tidak berhak untuk mendapat pekerjaan kerana mereka mudah
kembali menagih seperti sebelumnya.
49. Individu yang mempunyai latar belakang keluarga yang miskin hendaklah diasingkan
daripada masyarakat.
50. David melarikan diri dari rumah selepas dimarahi oleh ayahnya.

Bahagian C: Jawab soalan-soalan di bawah dengan menulis jawapan di ruangan yang disediakan. (10 markah)

51. Senaraikan empat contoh sambutan hari khas keluarga.


(a) ………………………………………………………………………………………………………..
(b) ………………………………………………………………………………………………………...
(c) …………………………………………………………………………………………………………
(d) ……………………………………………………………………………………………………….. (4 markah)
52. Nyatakan setiap perayaan yang disambut oleh masyarakat Malaysia mengikut keturunan.
Keturunan Perayaan
Melayu
Cina
India
(3 markah)

6
53. Akibat daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, remaja akan mudah terpengaruh dengan gejala
sosial yang negatif. Senaraikan tiga gejala negatif yang dimaksudkan di atas.
(a) ……………………………………………………………………………………………………….
(b) ……………………………………………………………………………………………………….
(c) ………………………………………………………………………………………………………. (3 markah)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ SOALAN TAMAT~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………… …………………………… ……………………………


Cik Yap Sze Min Pn Asmawati Abdullah@Ghazali Pn Manimegala a/p Govindan
Guru PSK Ting. 2 KP PSK GK Kemanusiaan

Anda mungkin juga menyukai