Anda di halaman 1dari 4

SULIT MDI-KKT

JAWATANKUASA PEMINDAHAN TEKNOLOGI (JPT)

Kertas JPT Bil. : Jenis Kertas: :


JPT Bil. :
Tarikh Mesyuarat : Tindakan JPT:
Bil. Agenda : Pertimbangan/Sokongan
PTJ :

MEMORANDUM

Perlindungan Harta Intelek/ Hala Tuju Pengkomersialan/ Permohonan Kebenaran


Pembangunan dan Peruntukan (Perkhidmatan)/ Permohonan Pelancaran/
Pemantapan Komersial (nyatakan)

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon perlindungan harta intelek
(IP) MARDI

2.0 LATAR BELAKANG/PENYATAAN MASALAH

Pertambahan penglibatan masyarakat dan orang ramai dalam aktiviti sukan


dan kesihatan seperti larian, berbasikal dan sebagainya menyebabkan keperluan
pasaran terhadap bahan tambahan tenaga semakin bertambah.
Kebanyakan produk kaya nutrien, sama ada minuman tenaga, minuman
kesihatan dan sebagainya, dipasarkan dalam bentuk sedia diminum. Ini merangkumi
produk yang dibuat di Malaysia mahupun yang dibawa masuk dari negara lain.
Produk yang sedemikian dipek dalam botol kaca yang berat dan menyebabkan
kesukaran sewaktu pengendalian dan penyimpanan, sama ada dari segi ruang
penyimpanan, kaedahpenyimpanan tambahan (perlu disimpan dingin) dan lain-lain.
Je
Terdapat juga produk dalam bentuk pekatan (ekstrak dsb.) yang dipasarkan,
kebiasaannya dipek dalam bentuk sachet (plastik) bagi produk-produk berbentuk
cecair pekat atau pun serbuk. Produk-produk seperti ini perlu dilarutkan terlebih
dahulu mengunakan air
Je minuman atau air mineral sebelum boleh digunakan. Keadaan
ini menyebabkan wujudnya kesukaran terhadap pengendalian.
Teknologi ini dihasilkan adalah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

1
SULIT MDI-KKT

3.0 HALA TUJU PENGKOMERSIALAN/CADANGAN/PERMOHONAN(TEKNOLOGI/


PEMBANGUNAN/PERUNTUKAN/PELANCARAN/PEMANTAPAN KOMERSIAL)

Idea rekabentuk asal konsep penutup botol sesuai untuk botol air (air
J
mineral/minuman) bersaiz 2.56cm, yang mempunyai tiga kompartment (ruang) utama
iaitu; 1. Penutup boto bersama penebukl, 2. Lid/filem lapisan dan, 3. Silinder pengisi.
Apabila penutup botol ini dipasangkan pada botol (botol adalah botol air
minuman/mineral yang boleh didapati di pasaran) mengikut aliran yang sedia ada, pin
J
penebuk akan memecahkan lid/lapisan filem dan bahan nutrien yang ada dalam
penutup botol akan jatuh dan bercampur dengan air apabila digoncang.
Maklumat lanjut berkenaan konsep dan lukisan kejuteraan adalah seperti yang
dilampirkan.
Kajian penyimpanan dijanakan menggunakan produk komersial (Creatine
monohydrate (CA) dan Branched-chain Amino acids (BCAA)), menggunakan tiga
kaedah pembungkusan; i. Nutrien dalam pouch (kawalan), ii. Nutrien diisi dalam
penutup botol yang dipateri , dan iii. Nutrien yang diisi dalam penutup botol yang
pateri dan dimasukkan kedalam pouch. Kajian penyimpanan dilakukan menggunakan
kaedah ’accelerated shelf life’ selama 3 bulan pada suhu 40°C, pada kelembapan(rH)
80% dan sampel diuji pada setiap 2 minggu untuk ujian mikrob (TPC, Y&M, coliform
& e.coli), ujian nilai Aw dan kadar kelembapan.
Sepanjang tempoh penyimpanan selama 12 minggu, peratusan kelembapan CA
yang dipek dengan menggunakan penutup sahaja ternyata meningkat secara nyata,
manakala, sampel CA yang dipek ke dalam sachet seal cap menunjukkan kestabilan
sampel iaitu kelembapan yang rendah dan hampir sama seperti sampel kawalan.
Untuk sampel BCAA, peratusan kelembapan sampel yang dipek dengan
menggunakan penutup sahaja ternyata meningkat secara nyata, sama seperti sampel
CA, manakala, sampel BCAA yang dipek ke dalam sachet seal cap menunjukkan
kestabilan sampel iaitu kelembapan yang rendah dan hampir sama seperti sampel
kawalan BCAA. Trend yang sama juga didapati pada ujian nilai Aw untuk kedua-dua
sampel. Untuk ujian mikrob, kesemua sampel tidak menunjukkan kehadiran yang
signifikan.
Lihat LAMPIRAN.

2
SULIT MDI-KKT

4.0 PENUTUP

Dengan ini dipohon agar ahli mesyuarat JPT dapat menyokong untuk
kelulusan JPKM berkenaan cadangan/permohonan/deklarasi ini.

3
SULIT MDI-KKT

Lampiran 1

Anda mungkin juga menyukai