Anda di halaman 1dari 21

AZLAN ANDI

Azlan Andi

Azlan Andi

1
AZLAN ANDI

1
Persembahan Terakhir

Suasana kelam malam sesekali dicemari bunyi tamparan


kuat oleh Safran pada dirinya sendiri, akibat nyamuk jahat
yang ingin mencuri darahnya. Selesai mati seekor nyamuk
ditampar, datang lagi seekor yang lain. Bukan hanya
nyamuk, banyak lagi serangga kecil yang lain berterbangan
mengerumuni satu-satunya cahaya pelita yang menerangi
rumahnya. Safran duduk bersila di depan pelita itu sambil
tangannya bergerak tangkas mengasah puluhan lidi bambu
yang setiap batang diasah sepanjang lengannya dan kurus
seperti jari kelinkingnya.

Tekun dia mengasah tiba-tiba dari arah belakang Safran,


datang satu sosok anak gadis 14 tahun berjengket-jengket
melangkah mendekatinya, di tangannya juga ada sebilah
pisau yang persis milik Safran.

Safran menoleh sesaat, dia merengus dan teruskan


mengasah.

2
AZLAN ANDI

“Kak, Umi sudah tidur?” Tanya Safran pada kakaknya,


Cengkih.

“Shhhh, iya sudah!” Balas Cengkih sambil meletakkan jari


di bibir memberi isyarat pada adiknya itu agar tidak
membuat bising.

“Papp!” Sekali lagi bunyi tamparan hinggap di pipi Safran.

“Shhh!!!!” Cengkih terbeliakkan matanya seperti ingin


menerkam Safran. Safran senyum sehingga tertutup mata
lalu mencapai bungkusan plastik berisi kepingan-kepingan
halus rumpai laut yang sudah kering kepada Cengkih.

Cengkih lekas duduk di hadapan Safran menghadap pelita


di tengah ruang tamu yang juga merupakan ruang tidur
mereka. Kedua-duanya tekun membuat kerja masing-
masing. Safran mengasah tangkai lidi bambu kemudian
membalut satu-satu dengan pita pelekat lutsinar dan
Cengkih memotong kepingan rumpai laut jadi kepingan
empat segi kecil-kecil. Selesai tugasan mereka, api pelita
ditiup maka gelap gelitalah rumah tanda bersedia kedua
beradik itu untuk bermimpi indah.

3
AZLAN ANDI

Sebelum subuh, aroma wangi nasi yang ditanak


menggunakan arang oleh Cengkih sudah cukup untuk
mengejutkan Safran dari tidur. Tempurung kelapa yang
dijadikan mangkuk diisi dengan nasi, lalu ditabur sedikit
dengan serunding ikan dan bawang goreng. Akhir sekali,
Cengkih menuang sedikit kicap manis sebagai penambah
perisa. Dengan chopstick buatan sendiri, nasi di mangkuk
itu di kuis-kuis agar nasi tidak terlalu panas untuk disuap
pada Umi. Sementara Cengkih menyiapkan bekal makan
tengahari mereka, Safran akan menyuap Umi nasi yang
siap dihidang tadi. Seperti biasa, nasi yang dimakan diluah
semula oleh Umi.

“Tak apa, nanti Umi makan tau” Safran mengambil kain


perca untuk membersihkan mulut Umi. Umi diam tidak
bersuara, matanya mengerling ke arah dinding.

“Safran, kau pergi bersiap biar kakak mandikan Umi”


Cengkih membawa besen kecil berisi air hangat berserta
handuk diselempang di bahunya.

Dengan cermat Umi dimandikan di atas tempat tidurnya,


handuk yang direndam dengan air hangat diperah agar
tidak membasahkan tempat tidur Umi. Selesai mandi, Umi
disucikan pula dengan air wudhuk.

4
AZLAN ANDI

“Umi, kami pergi kerja ya” Cengkih mengusap lembut pipi


ibunya.
“Umi doakan kami hari ini dapat rezeki lebih” Safran
mencelah.

Kedua-dua mereka mengucup tangan Umi meminta restu


sebelum menaiki basikal buruk empat roda meninggalkan
kediaman mereka yang serba daif itu. Basikal itu mereka
panggil BMW. Safran percaya basikal itu membawa rezeki
buat mereka, kerana itu ia dipanggil BMW, Basikal
Membawa Wang. Safran akan mengayuh dan Cengkih
akan duduk di ruang simpanan di belakang. Basikal ini
ialah pemberian dari Uncle Theo, majikan mereka, untuk
mereka gunakan mengangkut buah kelapa.

Sudah menjadi rutin harian mereka keluar menuju Masjid


As-Sobirin sebelum azan berkumandang. Habis solat
berjemaah, mereka akan terus ke ladang kelapa untuk
memulakan tugas harian mereka, mengambil kelapa yang
gugur di ladang dan dihantar ke kedai Uncle Theo.

Dalam perjalanan dari ladang kelapa ke kedai Uncle Theo,


mereka akan melalui satu kawasan runtuhan bangunan
lama yang rentung terbakar. Dipercayai adalah sekolah satu
ketika dahulu. Setiap kali melaluinya, Safran akan meminta
kakaknya menunggu sebentar.

5
AZLAN ANDI

“Ya Allah Safran, sudah lah tu! Hari-hari nak cari, dah
tiada apa untuk dibawa pulang” Cengkih mencekak
pinggang sambil mencebik bibir. Geram dengan perlakuan
Safran.
“Sekejap saja Cengkih, saya dapat rasa hari ini hari bertuah
saya, mungkin saya akan jumpa sesuatu” Segera Safran
berlari ke dalam kawasan runtuhan hingga hilang dari
pandangan.

Sementara menunggu, Cengkih menyusun timbunan buah


kelapa di bahagian ruang simpanan BMW agar ada ruang
selesa untuk dia duduk. Semua harus siap dihantar sebelum
panas terik supaya mereka boleh pulang ke rumah
membuat persiapan untuk berniaga di pasar tani selepas
asar nanti.

Matahari sudah mulai condong ke barat. Awan tebal


rancak berarak mengikut angin yang riang meniup lembut
seluruh pelusuk Kampung Lidah Buaya.

“Assalamualaikum warahmatullahhhh”

6
AZLAN ANDI

Dari corong pembesar suara masjid kedengaran Pak Imam


memberi salam kedua tanda selesai solat asar. Sebaik sahaja
habis wirid dan doa, hampir semua kanak-kanak yang ikut
jemaah berlari bertempiaran keluar dari masjid. Semuanya
berlari ke arah pasar tani yang terletak hanya 2 lorong dari
masjid.

Di pasar tani mereka membuat satu barisan di hadapan


satu meja yang beralaskan sehelai kanvas buruk. Uniknya
barisan anak-anak ini mereka hanya tinggalkan selipar
sebagai tanda giliran masing-masing sebelum semuanya
berlari ke padang berdekatan untuk bermain. Para
pengunjung pasar tani yang lain sepertinya sudah lali
dengan perkara ini jadi selipar-selipar yang ditinggalkan
akan kemas tersusun tanpa terusik di sepanjang jalan
walaupun orang ramai lalu lalang.

Tidak lama selepas itu Safran dan Cengkih muncul dengan


BMW mereka. Kali ini di ruang simpanan tempat Cengkih
duduk penuh dan padat tetapi bukan dipenuhi buah
kelapa.

Safran parking BMW betul-betul dibelakang meja bertutup


kanvas itu. Kanvas ditarik oleh Safran lalu terdedahlah
meja kayu yang berwarna merah menyala. Cengkih tanpa
lengah mengangkat keluar satu per satu barang dari BMW

7
AZLAN ANDI

ke atas meja itu lantas dia susun dengan kemas dan pantas.
Dimulakan dengan beberapa bekas yang berisi penuh
dengan gula kasar berwarna warni.

Merah. Kuning. Biru. Hijau. Merah jambu. Putih.

Diikuti dengan beberapa ikat lidi bambu yang diasah


Safran malam tadi, seterusnya bekas berisi rumpai laut yang
digunting kecil-kecil oleh Cengkih.

Gunting. Pisau kecil. Pita lekat. Handuk kecil. Plastik


pembungkus. Sarung tangan plastik. Sebekas air masak.

Akhir sekali mesin ajaib.

Safran dan Cengkih saling berpandangan dengan sinaran


mata yang penuh semangat.

“Sudah sedia?” Safran tidak sabar untuk beraksi.


Cengkih mengangguk tanda setuju. Sarung tangan plastik
disarung kemas oleh Safran dengan hanya satu petikan, gas
di mesin ajaib itu menyala. Lampu-lampu mula berkelip.
Lalu berputar-putar piring besi mesin itu yang kelihatan
berlubang ditengahnya. Safran menyeluk saku kirinya
mengeluarkan senjatanya yang berupa sebatang kayu yang
leper dihujung, ditengahnya ada hiasan diukir perincian

8
AZLAN ANDI

yang halus diapit oleh getah nipis supaya teguh bila


digenggam manakala hulunya cantik terbentuk seperti ada
cawan kecil yang comel. Tangan kanannya pula
menggenggam sebatang lidi bambu yang sudah dibalut
kemas pita lekat lutsinar hasil kerjanya malam tadi.

Cengkih juga menyeluk saku baju kurung yang dipakainya.


Dalam genggamannya kini ada senjata yang bakal
memukau sekalian orang disekitarnya. Sebuah harmonika
antik edisi Marine Band No. 1896 dengan permukaan besi
keluli berjenama Hohner buatan Jerman. Harmonika itu
digenggam erat kedua tangannya lalu dihalakan pada
bibirnya. Cengkih menarik nafas sambil memejam mata
seolah-olah dia kini sudah berada di dunia lain. Dia
bersedia untuk memainkan perannya memula persembahan
yang ditunggu-tunggu semua orang.

Tiupan pertama dihembus lalu bergemalah satu bunyian


panjang yang menjentik lembut halwa telinga sekalian
manusia di pasar itu. Anak-anak yang leka bermain di
padang tadi bagai dipukau terus berhenti semuanya berlari
ke arah selipar masing-masing yang disusun dalam barisan
sebaik mendengar panggilan dari harmonika Cengkih.

Cengkih membuka matanya dan melihat orang sudah pun


ramai berkerumun disekitar meja mereka. Kelihatan

9
AZLAN ANDI

senyuman terukir di bibir mereka, mata-mata yang ada


pegun tak sabar menanti alunan seterusnya. Cengkih
menoleh ke arah Safran dengan perlahan senyuman dia
ukir sambil mengangguk memberi isyarat untuk bermula.
Safran turut mengangguk tanda setuju, dia mendepakan
tangannya bila-bila masa sahaja akan bermula.

Semua orang tidak berkelip menanti penuh debar


persembahan yang mereka tunggu-tunggu.

Cengkih memejam mata sekali lagi, nafasnya ditarik dalam-


dalam, harmonika itu dihembus tanpa sedar kedua belah
tangannya bergerak automatis menggesek bibirnya
teralunlah irama yang merdu penuh bertenaga!
Safran pula serta merta mengikut ritma melodi harmonika
itu menghayun kayu saktinya berputar di udara, hulu kayu
itu tenggelam dalam bekas gula putih dengan satu cedokan
dia julang ke udara, kayu sakti diputar lalu berguguran
butiran-butiran halus gula putih tepat ke dalam lubang
ditengah mesin ajaib.

Melodi harmonika bertukar suspen, bagaikan irama


menyeru ular kobra yang sedang lena tidur. Safran
mendepa tangan ke depan menghalakan hujung kayu
saktinya dengan gerak gemalai ke arah mesin ajaib persis
seorang ahli sihir dalam cerita Harry Potter.

10
AZLAN ANDI

Semua orang pegun menahan nafas, melihat apa yang bakal


berlaku.

Safran berbisik “Keluarlah”

Lalu keluarlah kepulan kapas-kapas halus berterbangan ke


udara dari mesin ajaib, para penonton bersorak, harmonika
serta merta menaikkan nadanya, melodi bertukar ceria
memeriahkan lagi suasana.

Dengan pantas lidi bambu di tangan Safran dihalakan ke


arah kepulan kapas yang berterbangan di udara. Safran
menari mengikut melodi sambil tangannya laju
menggulung gula-gula kapas yang berterbangan. Perlahan-
lahan terbentuklah satu kepulan besar yang membulat
mengikut gerakan buluh di tangan Safran. Sangat ironi,
gula-gula kapas itu kelihatan seperti kepulan awan yang
turun ke bumi. Semua orang gembira dan teruja
melihatnya terbentuk.

“Nak bentuk apa?” Safran bertanya kepada budak


perempuan sekitar umur 5 tahun yang menunggu
dihadapan mereka. Ternyata dalam barisan itu dia yang
paling awal meletakkan seliparnya menanda giliran.

11
AZLAN ANDI

“Nak Unicorn!” budak perempuan itu meminta sambil


tangannya bertepuk tanpa bunyi. Semua orang terkejut.
Cengkih juga berhenti bermain hermonika, dia menutup
mulutnya menahan ketawa.

“Tak boleh ke?” budak perempuan itu hampir menangis


apabila melihat reaksi semua orang yang pelik dengan
permintaannya.

“Eh jangan menangis! Boleh boleh boleh!” Safran cuba


memujuk budak itu.

“Yeay!” Semua orang bersorak memberi sokongan.

“Hahaha Good luck Safran!” Cengkih mentertawakan


adiknya kemudian terus memainkan lagu yang lebih
rancak. Kanak-kanak lain di situ mmeriahkan lagi suasana
dengan menambah bunyi dram menggunakan bahan yang
berada di sekitar mereka seperti botol kaca, baldi air, dan
tali tangsi. Safran mencubit bebola kapas putih
ditangannya lalu menggentel-gentel kapas yang dicubit itu
sehingga membentuk dua bola putih kecil. Dia asingkan ke
tepi di atas lidi.

Safran mengorak langkah kuda-kuda dan sekali lagi Safran


memutar laju kayu saktinya ke udara. Kayu itu hinggap di

12
AZLAN ANDI

tangan Safran terus dia benamkan hulu kayu itu ke bekas


berisi gula berwarna biru. Dengan cermat gula biru itu
dituang ke dalam lubang mesin ajaib, kemudian
berterbanganlah kapas berwarna biru. Bebola kapas putih
yang tadi cantik membulat di tangan kanan Safran
menangkap kapas biru yang berterbangan. Dengan laju
Safran menggulung sambil kakinya perlahan-lahan
melangkah undur kebelakang.

Semua orang terkesima melihat kapas itu terbentuk seperti


tali biru yang terbang semakin memanjang mengikut
hayunan lidi bambu yang digulung safran. Safran meliuk
badan seperti seorang pendekar yang bertempur dengan
bunga silat yang indah. Tidak lama kemudian bebola kapas
berwarna putih tadi bertukar menjadi bola kapas berwarna
biru. Dengan hujung kayu sakti Safran memotong tali biru
yang berterbangan. Sisa tali biru yang berterbangan itu
digulung lalu terbentuklah bola biru yang lebih kecil,
Safran mengulang langkah sehingga membentuk 4 bola
biru kecil yang diapit dicelah-celah jarinya. Bebola itu
dilempar ke udara, hujung kayu sakti mencalit 4
permukaan di bebola besar dengan air masak kemudian
setiap satu bola kecil itu hinggap di setiap permukaan.
Kayu sakti safran mengetuk setiap bola kecil hingga
terbentuk leper di atas dan setiap satu melekat kuat pada
bola besar. Safran mencapai lidi yang extra kecil

13
AZLAN ANDI

menggulung lonjong kapas biru lalu dicucuk pada bola


besar. Kemudian Safran mengambil dua bola putih tadi
dan dilekatkan pada kapas lonjong.

“Okay sekarang kita pusing!” Safran memberi kejutan.


Ternyata kapas biru tadi apabila diterbalikkan kelihatan
seperti kuda gempal yang comel berwarna biru. Akhir
sekali, Safran mengambil dua keping rumpai laut yang
kecil dan menampalnya di atas bebola putih itu supaya
kelihatan seperti kening kuda itu. Safran mengambil
gunting disisinya dan menggunting bulatan kecil dari
rumpai laut untuk dijadikan anak mata.

Semua orang terkejut dan kedengaran beberapa orang


ketawa melihat kuda yang lucu itu.

“Haa tepukkkk!” Safran mengarah. Para penonton pun


girang bertepuk tangan kecuali budak perempuan itu.

“Tapi ini bukan unicorn, ini kuda biru” Budak itu hampir
menangis sekali lagi.

“eh jangan nangis dulu! Sekejap, sekejap!” Safran terus


mencedok gula merah jambu dan menuangnya ke dalam
lubang mesin ajaib. Kali ini Safran hanya membentuk
dengan tangan dan gunting. Sekejap sahaja terbentuknya

14
AZLAN ANDI

sayap kapas berwarna merah jambu. Selepas melekatkan


sayap kapas itu ke badan kuda biru, Safran mengambil
gunting menggunting hujung sayap itu dua kali lalu
mengembang 3 bilah pelepah sayap kuda itu. Semua orang
teruja melihat sayap kiri dan kanan itu mengepak.

Menyempurnakan lagi rekaan gula kapas unicorn yang


comel itu, Safran mengambil lidi kecil dan menggulung
sisa kapas merah jambu tadi membentuk tanduk yang
terpacak di atas kepala unicorn itu.

Semua orang bertepuk tangan, kagum dengan hasil


masterpiece Safran yang hebat itu. Budak perempuan itu
pun gembira bukan kepalang impiannya memiliki gula
kapas berbentuk unicorn tercapai. Note Rm5 dihulurkan
pada Safran disambut dengan rendah hati. Melihat situasi
itu Cengkih dan kanak-kanak lain menutup lagu dengan
irama yang ceria. Sekali lagi para penonton bertepuk
tangan.

Hari itu rezeki mereka mendapat lebih banyak pesanan


gula kapas berbanding selalu. Mereka tak sabar ingin
pulang untuk berkongsi kegembiraan itu dengan Umi.
Selesai mengemas, Safran dan Cengkih tak henti-henti
bercerita tentang apa yang berlaku hari itu sambil ketawa
sepanjang perjalanan.

15
AZLAN ANDI

“Safran, kau patut lihat muka kau tadi semasa adik tu


hampir menangis, ini bukan unicorn ini kuda biru!
Hahaha” Cengkih mengajuk sambil mencebik bibir
diselangi ketawa yang amat sangat sampai matanya
kelihatan berair. Ketawa yang dia tahan tadi kini diluahkan
semahunya.

“Ya Allah kak, kau tak tahu betapa takutnya aku bila budak
itu hampir menangis! Kalau aku tidak dapat membuat
Unicorn itu tadi, pasti dia menangis dan itu tidak terlihat
bagus pada kita” Safran mengayuh sambil sesekali menoleh
melihat kakaknya yang masih lagi belum habis ketawa yang
sesekali ketawanya itu sampai hilang suara.

“Syukur, budak itu pembuka rezeki kita hari ini kita dapat
banyak duit! InsyaAllah besok pasti kita boleh buat lebih
baik!” Cengkih memberi semangat pada adiknya.

“Iya, kita pasti boleh! Yahooo!” Safran menjerit menjulang


tangannya ke udara membiarkan BMW meluncur laju
sendiri.
“Yahoo!” Cengkih ikut sama menjerit mendepakan
tangannya menikmati saat itu.

16
AZLAN ANDI

Tidak lama kemudian mereka pun sampai di rumah, tapi


alangkah terkejutnya nereka melihat banyak barang-barang
mereka berhamburan di hadapan rumah.

“Umi!” Berlari Safran dan Cengkih meluru masuk ke


rumah. Kelihatan bapa tiri mereka, Samad, sedang
mengheret Umi.

“Som, aku tahu kau ada duit. Di mana kau sorokkan?!”


Samad menendang muka Umi sehingga Umi tidak
sedarkan diri.

Safran terus menghayun kayu saktinya ke kepala Samad.


Kayu sakti Safran patah.
Samad menoleh, tanpa belas kasihan kepala Safran
dihempap ke dinding. Bergegar rumah papan itu.

“Kurang ajar!” Samad memijak perut Safran. Safran


meraung sekuat hatinya.

“Syaitan! Keluar kau dari rumah kami” Cengkih menjerit


sambil mengacu pisau kecil ditangannya ke arah perut
Samad. Samad tidak sempat mengelak. Perutnya
memancutkan darah merah.

17
AZLAN ANDI

“Urgh! Budak celaka” dengan sekali libas tangannya


menampar muka Cengkih, Cengkih terpelanting.

Samad mencabut pisau kecil yang terpahat diperutnya dan


menusuk dada Safran yang terbaring dilantai. Samad
membenam pisau itu sampai habis, jeritan Safran
memuaskan hatinya. Samad semakin erat menggenggam
pisau itu kemudian memulasnya, jeritan panjang Safran
sudah tidak lagi kedengaran. Mata Safran terbeliak
mulutnya keluar buih-buih putih, tiba-tiba seluruh badan
Safran mengeras dan bergetar sehingga kelihatan urat-urat
timbul di dahinya.

Samad ketawa lalu meraba kocek Safran mencari sesuatu.


Namun tidak dia temui apa-apa. Dia menoleh ke arah
Cengkih.

“Mana duit? Bagi aku duit!” Mata Samad merah akibat


geram. Dia bingkas terus merentap tudung Cengkih,
Cengkit menjerit kesakitan, rambut disebalik tudungnya
terasa bagai ingin tercabut dari kepala. Samad
mengheretnya ke arah BMW.

“Cepat keluarkan semua duit yang kau dapat tadi! Aku


tahu kau banyak pelanggan hari ini.” Samad memunggah
BMW sehingga bertaburan barang-barang niaga mereka.

18
AZLAN ANDI

Kedengaran bunyi pecah dari mesin ajaib yang jatuh


bergolek. Samad bagaikan anjing kelaparan yang mencarik-
carik sampah mencari makanan, semua barang-barang
niaga mereka disepah-sepahkan. Lidi bambu, rumpai laut
dan gula berwarna warni habis bertebaran di tanah.
Akhirnya dia temukan bekas berisi wang hasil titik peluh
mereka hari itu. Samad ketawa terbahak-bahak. Mesin
ajaib yang tergolek di depannya dia hempas hingga
berkecai.

“Ini balasannya kau mengganggu perniagaan kawan-kawan


aku di pasar. Lepas ni kalian jangan berjualan di sana lagi!”

Samad mengucup wang di tangannya dan berlalu pergi.

Cengkih menangis sehingga hilang suara. Mukanya basah


dengan airmata. Dia merangkak lemah ke arah Safran
mencabut pisau yang terhunus di dada adiknya itu.
Dengan longlai dia menggoncangkan badan Safran.

“Dik, bangun dik” suaranya tersekat-sekat, dadanya


berombak tidak mampu menahan tangisan yang
menyakitkan itu.

“adikkk..! bangunlaaah…” Cengkih menggunakan seluruh


tenaganya mengangkat Safran.

19
AZLAN ANDI

“Safran…tsk.. tsk.. tolong jangan tinggalkan akak” dia


paksakan diri menggendong Safran walau hatinya
menidakkan hakikat mungkin Safran tidak akan hidup lagi.

Tanpa lengah dia beralih ke arah ibunya yang tidak


sedarkan diri. Dia mengabdikan seumur hidupnya menjaga
ibunya selama ini tanpa mengeluh. Hatinya remuk tidak
terkata melihat ibunya diperlakukan sebegitu.

“Umi, maafkan Cengkih umi. Cengkih tak jaga Umi


dengan baik” Menggigil kedua tangan Cengkih mengusap
lembut wajah ibunya yang tidak bermaya. Wajah itu pucat
lesu, kelihatan ada darah yang mengalir dari hidung dan
mulutnya. Bibirnya pecah dan ada gigi yang patah. Segera
dia merangkul Umi di belakangnya, lemah kakinya tidak
terdaya menampung berat umi yang dua kali ganda
beratnya. Badan Cengkih terpaksa membongkok hanya
mampu melangkah dengan lutut. Dia gigihkan juga
membaringkan Umi di sebelah Safran. BMW yang terbalik
angkara si durjana Samad itu segera dia betulkan.

“Ya Allah, kasihanilah kami. Engkau selamatkanlah Umi


dan Safran ya Allah” Cengkih merayu seikhlas hati dalam
keadaan teresak-esak, terlalu kecil dirinya yang berusia 14
tahun untuk menerima ujian seberat ini. Dengan kudrat

20
AZLAN ANDI

terakhirnya dia menggendong Safran dan Umi satu per


satu ke ruang belakang BMW. Bibirnya tidak lekang
melafazkan bait-bait ayat 86 dari surah Yusof

Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan


dukacitaku kepada Allah

Cengkih mengayuh dalam tangisan menuju ke rumah


sakit. Belum sempat dia berjaya mengayuh keluar
kampung, pandangannya semakin kabur. Tanpa dia sedar,
tubuhnya rebah. Cengkih jatuh pengsan, terdampar di
tengah jalan.

21

Anda mungkin juga menyukai