Anda di halaman 1dari 146

MAKLUMAN PENTING

1. Ebook ini adalah percuma. Ianya tidak boleh dijual


semula.

2. Walaupun ebook ini adalah percuma, dilarang


kongsikan ebook (PDF) ini melalui email, media sosial,
internet atau whatsapp.

3. Cara terbaik dan amat digalakkan untuk kongsikan


ebook ini dan ilmu di dalamnya, adalah dengan kongsikan
link www.KhadijahKhuwailid.com. Ini adalah untuk
memastikan ebook yang diedarkan adalah versi terkini
dan telah disunting untuk segala pembetulan atau
penambahan yang penting.

4. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan ebook versi terkini


secara percuma di www.KhadijahKhuwailid.com

Versi 1.0
(11/3/2020)
Kenali Irfan Khairi
Sebuah laptop, talian Internet,
minda keusahawan dan impian.
Kombinasi ini telah melonjakkan
karier Irfan Khairi sebagai seorang
perekacipta multimedia dan
konsultan Internet di United
Kingdom, sehingga menjadi ikon
perniagaan dan pemasaran Internet #1 Malaysia.

Dengan hanya bermodalkan RM500, bermula


ketika berumur 20 tahun, Irfan Khairi telah berjaya
mencapai apa yang ramai usahawan tidak capai di
ketika itu, iaitu membina perniagaan yang
mencecah keuntungan RM1,000,000 pada usianya
baru 25 tahun sahaja, tanpa pekerja dan peralatan
yang canggih.

Syarikatnya, Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) kini terus


mencipta nama dan memberi impak sebagai
syarikat latihan dan pendidikan perniagaan
Internet utama di Malaysia sejak tahun 2006 lagi.
Kejayaan awal Irfan Khairi bermula dengan
mempunyai mindset yang betul dan mempelajari
teras strategi perniagaan sendiri serta melalui
pengalaman jatuh dan bangun di dalam dunia
perniagaan. Sehingga kini, beliau telah menjadi
inspirasi kepada ramai di Malaysia dan seluruh
dunia.

Irfan Khairi telah menulis 8 buku terlaris di


pasaran yang memberi fokus kepada perniagaan,
motivasi dan kewangan. Buku-bukunya yang
mudah difahami dan memberi tip dan strategi
praktikal dalam membina kekayaan, telah berjaya
di pasaran dan mendapat tempat di hati ramai
pembaca.

Blog perniagaan Irfan Khairi telah menjadi pilihan


bacaan ramai usahawan tempatan sehingga hari
ini dengan lebih 1,100 artikel motivasi dan
perniagaan. Pengikut laman Facebook Irfan Khairi
kini lebih dari 700,000 ribu dan video-videonya
sering ditonton pengguna dengan lebih 10 juta
kali.
Pusat latihan eksklusif Irfan Khairi di Oval
Damansara, membuka pintunya kepada peserta-
peserta setiap bulan yang menyertai program
keusahawanan dan pemasaran Internet yang
dianjurkan.

Bukan sahaja Irfan Khairi dikenali sebagai


penceramah profesional, penulis buku terlaris, dan
pelatih peringkat antarabangsa dalam bidang e-
niaga, Irfan Khairi juga merupakan pemimpin
bervisi dan pakar yang sering dirujuk dalam
bidang perniagaan, internet dan media sosial.

Selain daripada mengendalikan beratus program


tempatan dan juga luar negara, Irfan Khairi
pernah dijemput untuk memberi ucapan dan
berkongsi ilmu di persidangan dan acara
perniagaan dan pemasaran di seluruh dunia
termasuk, New York, Los Angeles, London, Paris,
Amsterdam, Sydney, Seoul, Tokyo, Copenhagen,
Bangkok, India, Dubai dan Qatar.

Program utama Irfan Khairi, iaitu Program


Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media
Sosial, kini menjadi pilihan utama usahawan
Internet yang baru dan juga berpengalaman dalam
membina keuntungan perniagaan online yang
berpanjangan. Sejak 2005, syarikat IKSB telah
melahirkan paling ramai usahawan Internet
berjaya di Malaysia.

Dengan pelbagai kejayaan yang dicapai di dalam


dan juga luar negara, Irfan Khairi juga telah
dipilih untuk menghasilkan modul-modul dan
program keusahawanan untuk beberapa buah
universiti tempatan dan antarabangsa serta
jenama-jenama pusat pendidikan yang dikenali
tempatan dan luar negara.

Sebagai tambahan, pada tahun 2014, persembahan


ceramahnya mengenai Pemasaran Facebook telah
mendapat pujian di Internet Week New York,
sebuah persidangan Internet antarabangsa yang
berprestij di USA.

2015, rekod kejayaan Irfan Khairi menghasilkan


program-program perniagaan Internet yang
bermutu dan berjaya telah membawanya sebagai
penasihat Internet dan Media Sosial untuk
International Council for SME and
Entrepreneurship. Tahun yang sama juga, beliau
telah diberi penghargaan sebagai Global Media
Catalyst bersama 16 lagi belia dari seluruh dunia
di 9th Al-Jazeera Forum di Doha, Qatar.

Kini, perniagaannya bukan sahaja di Malaysia,


tetapi juga telah berkembang dan berpusat di
Dubai, UAE.

Irfan Khairi juga sering mendapat penghargaan


dari pelbagai pihak dalam bidang perniagaan
Internet. Terbaru, beliau dianugerahkan Malaysia
Top Achievers 2019, Leadership Excellence in
Online Marketing.
Untuk maklumat lanjut Program Intensif
Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial
bersama Irfan Khairi, lawati
www.OpenEducation.com.my
Muqadimah
Awal January 2020, saya bertekad untuk menulis 3
buah buku untuk usahawan dan bakal usahawan.
Buku-buku ini adalah buku perniagaan
berdasarkan pemimpin-pemimpin Islam yang
merupakan usahawan hebat satu ketika dulu. Idea
untuk menulis ketiga-tiga buah buku ini
datangnya ketika berada di tanah suci, Mekah.

Oleh itu, ketiga-tiga buku ini ditulis dengan


sepenuh hati, dan diberikan secara percuma
kepada sesiapa sahaja yang inginkan ilmu
perniagaan dari pemimpin-pemimpin Islam yang
kita sayangi.

Buku pertama bertajuk “8 Strategi Perniagaan


Abdul Rahman bin Auf - Usahawan Muslim
Terhebat” yang telah mendapat berpuluh ribu
download dan beratus review 5 bintang.

Didalam buku ini, saya kongsikan 8 strategi


perniagaan Abdul Rahman bin Auf, antara
sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga,
bagaimana beliau memulakan perniagaan bermula
dari kosong dan menjadi usahawan terkaya di
zaman itu. Strategi yang digunakan ketika itu
boleh diaplikasikan pada zaman ini.

Sudahkah anda membacanya? Jika belum, klik di


sini untuk mendapatkannya. Siri buku-buku
perniagaan ini adalah terbaik dibaca secara
keseluruhan siri untuk memberi impak yang
terbaik untuk perniagaan anda.

Buku kali ini pula bertajuk “7 Teladan Perniagaan


Khadijah Khuwailid RA – Usahawan Wanita
Terunggul”

Pastinya pelbagai sirah telah kita baca dan dengar


mengenai isteri Rasulullah SAW yang paling
disayangi. Namun, mungkin tak banyak yang kita
ketahui mengenai kepimpinannya sebagai
usahawan wanita yang terunggul satu ketika dulu.

Jika kisah Abdul Rahman bin Auf yang


mempunyai rombongan perniagaan 700 ekor unta
dapat menggambarkan betapa hebatnya
perniagaan beliau, telah direkodkan pula
rombongan perniagaan Khadijah Khuwailid
(bertahun-tahun sebelum waktu kejayaan
perniagaan Abdul Rahman bin Auf) adalah
sebanyak 800 ekor unta dan 400 orang pekerja! Ini
menunjukkan betapa besar empayar
perniagaannya ketika itu.

Ketika penulisan ini, di Malaysia keadaan


perniagaan dan ekonomi secara rata-rata agak
merundum. Keadaan ekonomi sedunia, keadaan
politik dan juga epidemik Corona virus ketika
penulisan ini, mengakibatkan banyak perniagaan
menghadapi cabaran.

Tidak semua, tetapi ramai usahawan menghadapi


masalah ini. Keadaan ekonomi menurun, kuasa
pembeli yang makin kurang serta pesaingan yang
semakin tinggi memberi impak kepada ramai
usahawan.

Apakah solusinya? Apa kata kita lihat dan pelajari


dan teladani dari strategi usahawan dan
pemimpin Islam kita, dan bagaimana ianya boleh
diaplikasikan di zaman ini…
TELADAN #1
KEUNGGULAN USAHAWAN WANITA

Hari ini, keusahawanan telah menjadi satu norma,


tidak kira untuk lelaki ataupun wanita.

Walaupum hakikatnya, arena perniagaan sering


dilihat didominasikan oleh kaum lelaki, tetapi,
tidak kurang juga kaum wanita yang hebat dalam
menjalankan perniagaan.

Bukan sahaja kini, tetapi sejak berkurun-kurun


lamanya dulu, perniagaan didominasikan oleh
kaum lelaki sejak sebelum Islam diturunkan lagi.
Namun, ini tidak menghentikan usahawan-
usahawan wanita hebat turut bersaing dan
mencapai kejayaan yang cemerlang.

Antaranya adalah Saidatina Khadijah Khuwailid


RA.

Seorang usawahan wanita terunggul yang


membina empayar perniagaan yang berkali-kali
ganda lebih hebat dikalangan pesaingan
usahawan kaum lelaki sehingga dikenali sebagai
“Permaisuri Quraisy”.

Khadijah Khuwailid RA dibesarkan dalam


keluarga yang kaya. Ayahnya adalah seorang
ketua puak dan juga usahawan yang dihormati
dan berjaya ketika itu. Khadijah Khuwailid
mewarisi harta keluarganya apabila ayahnya
meninggal dunia akibat perang.

Sebelum mendirikan rumah tangga bersama


Rasulullah SAW, Khadijah Khuwailid RA pernah
berkahwin dua kali. Namun, kedua-dua
perkahwinan berakhir dengan suaminya
meninggal dunia.

Walaupun dilanda pelbagai tragedi, kehilangan


ayah dan juga dua orang suami, beliau tetap
menjadi wanita yang kuat dan tabah serta menjadi
usahawan yang unggul membawa perniagaannya
ke tahap yang jauh lebih tinggi lagi.

Cabaran menguatkan lagi


Manusia tidak lari dari tragedi dan cabaran hidup.
Seringkali, cabaran ini akan menjadikan seseorang
itu lemah dan hilang semangat.

Namun, yang terbaik adalah cabaran akan


menguatkan seseorang itu lagi.

Perjalanan hidup sebagai usahawan pastinya


pelbagai cabaran yang perlu dilalui. Pengalaman
saya menjalankan perniagaan kini hampir 20
tahun juga pastinya melalui pelbagai cabaran. Bak
kata, kalau tak berani menghadapi cabaran, jangan
pilih keusahawanan sebagai kerier…

Namun dalam apa sahaja cabaran pun, pastinya


ada penyelesaian. Apa yang menariknya apabila
menghadapi cabaran adalah, kita akan menjadi
lebih baik dan lebih kuat selepas itu. Teringat lagu
“What does not kill you will make you stronger!”
dan betapa benarnya bait lirik dalam lagu itu.

Berikut adalah antara cabaran yang perlu


dihadapi oleh usahawan dan cara mengatasinya…
1. Cabaran pesaingan
Pastinya mencabar apabila perniagaan yang
dijalankan penuh dengan pesaing. Masalahnya
tidak semua pesaing bersaing dengan sihat.

Ada yang menggunakan teknik dan strategi kotor


untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar
seperti menipu orang ramai, menjatuhkan pihak
lain, menyebarkan berita buruk mengenai
perniagaan lain, dan 1001 lagi cara dan teknik
kotor. Pastinya sangat mencabar.

Anda yang baca ini, saya yakin tidak


menggunakan cara tersebut oleh kerana ianya
tidak akan berpanjangan. Lambat laun cara
tersebut akan diketahui orang lain juga dan akan
merugikan perniagaan sendiri. Belum cerita soal
halal dan haram lagi!

Apa yang perlu dilakukan oleh usahawan


sekiranya menghadapi cabaran sebegini
pertamanya tentulah bersabar. Keduanya, jangan
dibalas cara kotor dengan cara kotor yang lain.
Mat Salleh kata ‘two wrongs does not make it right!’.

Sebaliknya, pelajari teknik dan strategi pemasaran


yang lebih berkesan dan lebih berpanjangan.
Fikirkan cara meningkatkan jenama perniagaan
anda. Apabila jenama perniagaan kita meningkat,
tidak kira apa yang pesaing lakukan, orang ramai
tetap akan fikirkan perniagaan kita.

Cara untuk menang dalam perniagaan dikalangan


pesaing adalah dengan lebih banyak berusaha,
lebih dari pesaing. Fokuskan usaha pada
penjenamaan perniagaan anda (salah satu
Teladan Perniagaan Khadijah Khuwailid RA).

2. Cabaran sukar mendapat pelanggan


Adakalanya perniagaan meningkat naik apabila
ramai pelanggan. Adakalanya juga perniagaan
jatuh bila kurangnya pelanggan. Bila ini terjadi
pastinya usahawan akan mula goyang
menghadapi cabaran sukarnya mendapat
pelanggan. Mana taknya, pelanggan adalah nadi
dalam menjana pendapatan perniagaan.
Sukar mendapat pelanggan adalah akibat
beberapa faktor. Contohnya seperi yang
disebutkan tadi, mungkin pesaing menggunakan
teknik kotor mengakibatkan pelanggan kita
berkurangan. Tetapi yang paling kerap terjadi
kurangnya pelanggan adalah apabila kita kurang
melakukan pemasaran!

Perlu ingat, sekiranya jatuh jumlah pelanggan kita


pada bulan ini, tidak semestinya kerana kurang
pemasaran pada bulan ini. Tetapi, kurangnya
pemasaran pada bulan lepas. Pemasaran
mengambil masa untuk mendapat sambutan.

Lihat semula teknik dan strategi pemasaran yang


dilakukan beberapa hari, minggu atau bulan yang
lepas. Adakah ianya berkurangan yang
mengakibatkan kurangnya jualan dan pelanggan
kini?

3. Cabaran kos yang tinggi


Kos terkejut adalah apabila tiba-tiba pula kita
perlu keluarkan duit tambahan untuk perniagaan
yang tidak diduga. Mana tak terkejut dibuatnya!

Mungkin peralatan rosak, mungkin komputer


rosak, mungkin perlu bayar cukai yang tidak
terduga, mungkin bermacam-macam lagi
kemungkinannya oleh kerana nama pun kos
terkejut yang tidak diduga.

Sebagai usahawan, perkara ini amat


memeningkan terutamanya apabila bajet
perniagaan tidak mencukupi. Cara
menghadapinya?

Sediakan tabung kecemasan. Sebaiknya jangan


jalankan perniagaan pada tahap cukup-cukup
makan atau ada orang kata, bak paras di hidung-
sebelum lemas. Oleh kerana inilah pentingnya
untuk sentiasa berjaga-jaga dalam perniagaan.

Keuntungan perniagaan sememangnya digunakan


untuk kembangkan lagi perniagaan dan
membayar diri sendiri. Tetapi, sediakan juga
tabung kecemasan perniagaan.

Setiap bulan, simpan ketepi 10% dari jumlah


keuntungan untuk tabung kecemasan ini. Jangan
disentuh melainkan terdapat kecemasan sahaja.
Sekiranya ia tidak digunakan dihujung tahun, ia
merupakan untung tambahan untuk perniagaan
anda!

Teringat pesanan orang tua, sediakan payung


sebelum hujan!

4. Cabaran hilangnya motivasi


Usahawan tetap manusia juga dengan emosi dan
perasaan. Apatah lagi dengan pelbagai cabaran
yang disebutkan di atas, ada kalanya perasaan
marah, sedih, risau akan menghantui dari masa ke
semasa dan ada kalanya juga terasa hendak putus
asa.

Ubat terbaik apabila dalam keadaan ini adalah,


lupakan perniagaan untuk seketika. Take a break!
Lakukan apa yang anda suka dan
menggembirakan anda. Kosongkan minda anda
oleh kerana ketika emosi kacau, waktu inilah
jangan lakukan sebarang keputusan perniagaan.

Keluar dengan keluarga atau rakan-rakan. Bagi


yang minat sukan, pergi bersukan atau menonton
wayang bagi peminat movies.

Waktu ini juga terbaik untuk mendampingi rakan-


rakan usahawan yang lain atau mentor usahawan
anda. Minta pendapat, kongsi pengalaman dan
juga ‘aura’ positif. Mendampingi mereka yang
positif akan berjangkit positif tersebut kembali
kepada kita. Tambahkan kenalan anda dikalangan
usahawan-usahawan yang berjaya, bukan sahaja
ilmu anda akan dapat, tetapi juga motivasi yang
berterusan!

Sememangnya pelbagai cabaran akan dihadapi


usahawan dalam liku-liku perniagaan.

Namun sentiasa fikirkan bahawa apa sahaja


cabaran tentunya ada penyelesaiannya yang akan
menjadikan kita usahawan yang lebih hebat untuk
tahun-tahun yang akan datang!

Fikir besar
Satu dari banyak teladan yang boleh diambil
melalui kisah Khadijah Khuwailid adalah,
semangat dan kekuatannya dalam
mengembangkan lagi empayar perniagaannya.

Keluarganya sudah sedia kaya dari harta


peninggalan yang diwarisi dari ayahnya. Boleh
sahaja beliau berhenti berusaha dengan harta
kekayaan sedia ada, namun, beliau terus berusaha
mengembangkan empayar perniagaannya.

Sememangnya mudah untuk berfikir kecil dan


mempunyai sasaran perniagaan yang kecil. Tetapi,
kita akan mencapai lebih banyak dan besar
apabila kita berfikir BESAR!
Dalam kejayaan, mindset memainkan peranan
penting. Begitu juga untuk usahawan, untuk
berjaya dalam perniagaan dan kembangkan
perniagaan ke tahap yang lebih besar, kita perlu
ubahkan mindset untuk berfikir besar.

Mungkin apa yang kini kita capai dalam


perniagaan, bagi kita sudah mencukupi. Ataupun
bagi kita, keadaan kita kini boleh dikatakan
membanggakan.

Tetapi, “mencukupi” dan “membanggakan”


adalah berdasarkan perbandingan dengan apa?

Adakah berdasarkan dengan pendapatan kita


yang kini sudah lebih, atau pendapatan usahawan
hebat lain yang mungkin berjuta-juta RM? Adakah
berdasarkan pesaing-pesaing yang kecil di
sekeliling kita, ataupun pesaing berjenama besar
di Malaysia atau serata dunia?

Untuk mencapai sesuatu yang lebih hebat dan


lebih besar, pastinya perlu mula dengan mindset
berfikir besar dalam perniagaan.
Membaca kisah-kisah usahawan jutawan dari
serata dunia, kesemuanya mempunyai visi dan
misi yang besar pada awal penglibatan
perniagaan. Walaupun masih tidak mempunyai
apa-apa atau walaupun perniagaan masih di tahap
baru, matlamat yang besar itu membawa mereka
ke tahap yang lebih tinggi.

Sekiranya kini anda mempunyai perniagaan


tudung kecil-kecilan, pernah kah anda terfikir
untuk menjadi jenama besar di Malaysia atau
jenama tudung muslimah popular dunia setaraf
Vera Wang, Donna Karen, Jimmy Choo?
Sekiranya anda mempunyai perniagaan bakery
atau membuat cookies, pernahkah anda terfikir
menjadi jenama besar seperti Famous Amos atau
Dunkin Donuts yang terkenal serata dunia?

Sekiranya anda berniaga burger kecil-kecilan


sekalipun, pernah kah anda terfikir akan menjadi
McDonalds, Burger King atau Wendys?
Mungkin kita tidak pernah kerana berbagai alasan
seperti…

Mereka boleh la, aku mana boleh.

Aku takde ilmu.

Aku dakde modal.

Aku tak ada contacts.

Aku tak ada ini… aku tak ada itu…

Maka, di takuk lama lah perniagaan kita dan tidak


akan berkembang jika hanya alasan yang diberi.

Kebanyakan usahawan-usahawan jutawan juga


bermula tanpa ilmu, tanpa modal, tanpa contacts.
Apa yang mereka lakukan adalah berfikir besar
untuk MENCARI ILMU, MENCARI MODAL dan
MENCARI CONTACTS.
20 tahun lalu ketika saya memulakan perniagaan,
saya juga tidak mempunyai ilmu, modal dan
contacts. Tetapi hari ini, perniagaan saya dan
contacts saya telah capai ke luar negara. Semuanya
kerana berfikir besar 20 tahun lalu!

Start SMALL, tetapi think BIG!

Sebenarnya, lagi besar matlamat , maka lebih


besar cabaran yang akan datang. Lebih besar
cabaran, makin lebih kuat dan tabah seseorang itu
akan menjadi. Kehidupan di dunia pastinya penuh
dengan pelbagai dugaan dan cabaran, apatah lagi
sebagai seorang usahawan.

Seseorang yang beriman pastinya akan dihadapi


dengan ujian dan kesusahan terlebih dahulu
sebelum mendapat nikmat dunia dan juga akhirat.

Ujian akan mendekatkan diri seseorang Muslim


kepada Allah SWT. Rasulullah SAW menekankan
bahawa kehebatan orang yang beriman kerana
mereka sentiasa bersabar dalam ujian dan
bersyukur dalam urusan hidup.

“Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya


adalah kebaikan. Apabila kebaikan dialami, maka dia
bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya.
Dan apabila keburukan menimpanya, dia bersabar dan
hal itu merupakan kebaikan baginya.”
-HR Muslim.

Namun perlu diingat apabila menghadapi ujian,


selain dari hanya bersabar, perlu juga berikhtiar
dan berusaha untuk mencari sebarang
penyelesaian kepada masalah tersebut.

Sebagai usahawan wanita unggul, Khadijah


Khuwailid RA tidak lari dari cabaran perniagaan,
dan kemudiannya cabaran dalam hidup. Namun,
bukan sahaja kesabaran, tetapi ikhtiar dan
usahanya telah membawa perniagaannya ke tahap
yang jauh lebih tinggi!
TELADAN #2
KEMAHUAN MENGEMBANGKAN LAGI
PERNIAGAAN

Sepertimana yang dikongsikan, Saidatina


Khadijah Khuwailid RA datangnya dari golongan
orang kaya Quraisy. Bapanya yang merupakan
pemimpin dan juga usahawan yang berjaya dan
dihormati.

Khadijah Khuwailid RA telah berkahwin dua kali


sebelum bertemu Rasulullah SAW lebih 15 tahun
kemudian. Kedua-dua perkahwinannya berakhir
apabila suaminya meninggal dunia. Direkodkan
juga bahawa kedua-dua suaminya juga
merupakan dari golongan yang kaya.

Harta peninggalan bapa yang diwarisi dan juga


peninggalan kedua-dua suaminya telah
menjadikan Khadijah Khuwailid RA wanita
terkaya di Quraisy.
Namun, kekayaannya bukanlah untuk
dibanggakan, tetapi digunakan untuk membantu
lebih ramai orang yang susah.

Kedudukan kekayaan dan kemewahan yang


dimilikinya tidak dapat digambarkan. Sebagai
seorang wanita yang disanjungi dan dihormati,
Khadijah Khuwailid RA umpama memiliki segala-
galanya yang diperlukan.

Namun begitu, walaupun hidup dengan penuh


keselesaan, beliau mempunyai semangat dan
tekad untuk terus mengembangkan lagi empayar
perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi.

Selama 15 tahun selepas suami keduanya


meninggal dunia, itu yang diusahakan oleh
Khadijah Khuwailid sebelum bertemu Rasulullah
SAW.

Walaupun mendapat banyak lamaran dari


pemimpin-pemimpin dan orang-orang kaya untuk
berkahwin kali yang ke-tiga, namun semuanya
ditolak. Bukan sahaja mempunyai hati yang mulia,
kecantikan Khadijah Khuwailid RA juga sukar
ditandingi dan ramai yang jatuh hati.

Namun, kesemua lamaran itu ditolak oleh kerana


fokusya adalah pada keluarga, membantu orang
yang susah, dan juga mengembangkan lagi
empayar perniagaannya.

Satu teladan yang ditunjukkan di sini adalah


betapa kuatnya Khadijah Khuwailid RA sebagai
seorang ibu tunggal yang berdikari yang
bertanggungjawab untuk keluarganya, serta
dalam mengusahakan perniagaannya selama
bertahun-tahun dan membesarkan lagi empayar
perniagaannya sehingga menandingi usahawan-
usahawan lelaki yang lain.

Jika dilihat hari ini, ramai usahawan tidak kira


lelaki atau wanita, adakalanya merasa selesa
dengan keadaan sedia ada. Mungkin keuntungan
perniagaan telah mencapai tahap yang baik,
perasaan “cukuplah dengan apa yang telah dicapai”
terasa dalam diri sendiri dan mengakibatkan tidak
mahu berusaha lebih lagi.
Apatah lagi bagi mereka yang hanya mencapai
keuntungan perniagaan yang kecil dalam
perniagaan kecil mereka.

Ramai yang fikirkan “cukuplah sekadar perniagaan


yang kecil”

Atau…

“Biarlah perniagaan kita sederhana sahaja. Islam


mahukan umatnya bersederhana”

Jika diambil teladan berniaga Khadijah Khuwailid


RA, kejayaan yang kecil tidak mencukupi.
Perniagaan yang kecil atau sederhana, perlu
diusahakan lebih jauh lagi. Sememangnya kita
bersyukur pada rezeki yang kecil dan sederhana,
tetapi kita perlu sentiasa berusaha dan ikhtiar
untuk rezeki yang lebih luas lagi.
Saya pernah bertanyakan pada guru dan mentor
saya. Tak lain tak bukan, Dato Dr Fadzilah
Kamsah…

Dalam perspektif orang Islam, ramai yang


mengatakan tak payahla kaya-kaya.
Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan.
Betulkah dalam Islam itu sendiri menuntut kita
dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan
ini?

Dato Dt Fadilah Kamsah: Ini adalah salah satu


perkara yang seringkali kita terlepas pandang. Ini
daripada ulama-ulama yang mentafsirkan, serta
ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang
kita ini adalah “umattan wasata” ataupun kita ini
adalah umat pertengahan. Maksud umat
pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan
dengan cara yang betul dan sering kali juga
ditafsirkan dengan cara yang silap.

Pertengahan itu dikatakan seperti “Ala… kalau kita


mati nanti pun kita bawa kain kapan jer bukannya
boleh bawa harta benda masuk kubur”.
Maksud bersederhana di situ adalah silap sama
sekali sebab sederhana yang dimaksudkan adalah
dalam satu konteks yang pernah disebutkan oleh
Nabi SAW iaitu;

“Allah amat kasih akan hambanya yang apabila


melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara
yang terbaik".

Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah SWT


akan sayang kepada kita sekiranya kita
melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang
kita lakukan.

Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu


bermaksud?

Saya bertanyakan hal ini kepada ulama-ulama dan


ulama mengatakan bahawa pendekatan maksud
sederhana dimaksudkan dengan seimbang iaitu
“balance”.
Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat
di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di
rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Itu
maksud sederhana yang perlu ditafsirkan.

Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat


dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu
seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam
masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu
bukannya seimbang.

Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep


sederhana dengan betul maka umat Islam atau
bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan
akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi jumud
atau terikat dengan tekanan dengan kata-kata,
“Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya”.

Itu adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana


kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya
kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha?
Lihat sahaja bagaimana Khadijah Khuwailid RA
dan juga Abdul Rahman bin Auf RA, dua
pemimpin usahawan terhebat satu ketika dulu
berusaha dalam mencapai kecemerlangan dalam
bidang perniagaan dan kemudiannya
menggunakan keuntungan perniagaan dalam
membangunkan lagi Islam.

Tanpa kekuatan ekonomi pemimpin-pemimpin


Islam satu ketika dulu, pastinya sukar untuk Islam
berkembang sehingga hari ini. Wallahualam.

Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya


menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita
lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya
juga akan jadi cemerlang juga.

Mengembangkan empayar perniagaan


Perniagaan Khadijah Khuwailid RA bermula di
Mekah. Namun, tidak cukup dengan perniagaan
tempatan sahaja, beliau mengembangkan lagi
perniagaannya ke negara-negara berhampiran
menjalankan perniagaan, ketika ini dikenali
sebagai import dan eksport.
Dua negara yang sering menjadi tumpuan
perniagaan ketika itu adalah Syria dan juga
Yemen. Syria di utara Mekah, manakala Yemen di
selatan.

Syria ketika itu adalah hub perniagaan yang


sangat penting. Lebih-lebih lagi ketika musim
panas, cuaca di Syria adalah sangat baik untuk
menjalankan perniagaan sepanjang tahun. Lokasi
Syria juga adalah sangat strategik dalam
menghubungkan network perniagaan di negara
sekeliling.

Syria terletak dalam lingkungan 2,000km utara


Mekah. Ketika itu, ianya akan mengambil masa
lebih kurang 3 minggu untuk membawa
rombongan perniagaan unta dari Mekah ke Syria.
Dan ini yang dilakukan oleh Khadikah Khuwailid,
menghantar rombongan perniagaan untuk
mengembangkan lagi empayar perniagaannya.

Bermula di Mekah, perniagaan Khadijah


Khuwailid berkembang ke utara dan juga ke
selatan.

Ketika zaman pertengahan, lokasi Syria telah


menjadi hub perniagaan yang sangat penting
terutamanya untuk perniagaan di Timur Tengah.
Laluan perdagangan ini kemudiannya dikenali
sebagai The Silk Road dimana ianya
menghubungkan negara-negara Eropah, Timur
Tengah, hingga ke Asia.

Melihat jaringan laluan perniagaan ini,


membuatkan kita terfikir tentang jaringan
perniagaan hari ini. Tentu sekalinya jaringan jalur
lebar internet. Kini, tidak memerlukan 3 minggu
untuk membawa barang dagangan untuk dijual
dari Mekah ke Syria, tetapi 3 saat sahaja untuk
berniaga ke serata dunia menggunakan internet!

Usahawan hari ini tidak perlu keluar dari rumah


dan berniaga secara bersemuka seperti satu ketika
dulu, tetapi hanya menjalankan perniagaan online,
boleh melebarkan empayar perniagaan ke serata
Malaysia…

… dan seluruh dunia!


8 Sebab Memulakan Perniagaan Online

1. Pendapatan tambahan melalui berniaga


Dengan kos hidup yang semakin meningkat,
pastinya ramai yang inginkan pendapatan
tambahan bukan sahaja untuk menampung kos
hidup, tetapi juga untuk mendapat pendapatan
lebih untuk menikmati gaya hidup yang lebih
baik.

Dengan pendapatan tambahan, boleh juga


bermewah sedikit, bawa keluarga holiday ke luar
negara, dapatkan kesihatan dan pendidikan yang
lebih baik, dan sebagainya.

Tidak semestinya bermewah sangat, tetapi,


bayangkan sekiranya pendapatan tambahan yang
kita dapat adalah RM2,000 atau RM3,000 sebulan?
Pastinya ia dapat membantu gaya hidup kita kini
bukan? Apatah lagi sekiranya perniagaan berjaya
mendapat keuntungan RM5,000… RM10,000 atau
lebih!

2. Pilihan terbaik untuk perniagaan sambilan


Tidak seperti membuka kedai fizikal, perniagaan
online boleh di automasikan. Ini bererti,
perniagaan boleh dijalankan dengan penglibatan
anda yang minima. Tidak perlu jurujual, oleh
kerana laman web yang akan melakukan jualan.
Tidak perlu mempromosi setiap hari oleh kerana
ianya boleh dilakukan secara automatik melalui
Facebook Ads atau Google Ads. Tidak perlu
berhubung dengan prospek setiap orang
bersemuka, oleh kerana perhubungan boleh
dilakukan dengan ramai orang melalui media
sosial dan menjimatkan masa anda.
Perniagaan online adalah pilihan terbaik
menjalankan perniagaan. Dengan hanya
smartphone anda, perniagaan boleh dikendalikan
pada bila-bila masa, dan di mana sahaja.

3. Bukan sahaja memberi wang, tetapi memberi


anda masa!
Tidak semestinya anda mengejar kewangan atau
inginkan pendapatan yang lumayan. Ramai juga
yang mempunyai matlamat untuk mendapat lebih
banyak masa. Masa untuk diri sendiri, masa untuk
keluarga, atau apa sahaja yang dapat
membebaskan masa kita yang kini mungkin agak
terhad.

Apabila perniagaan Internet boleh dikendalikan


secara automatik, maka, lebih banyak masa dapat
diluangkan untuk anda lakukan apa yang anda
mahu. Mungkin jadual kita kini adalah agak
padat, dan masa adalah lebih penting untuk anda
bukan sahaja wang.

Perniagaan Internet apabila dapat dilakukan


dengan betul akan membebaskan masa anda
sambil menjana pendapatan. Tidak lagi bersesak
berjam-jam di traffic jam, dan perniagaan boleh
dijalankan daru rumah.

4. Menjalankan perniagaan di mana sahaja


Kini, dengan hubungan Internet adalah agak
mudah tidak kira di mana sahaja kita berada
membolehkan anda menjalankan perniagaan di
mana-mana sahaja di dunia. Istilah “Digital
Nomad” kini adalah agak popular yang
bermaksud menjalankan perniagaan tidak kira di
mana pun yang membolehkan seseorang itu
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sejak beberapa tahun yang lepas, saya sering


mengembara serata dunia, dari New York, ke Los
Angeles, ke Sydney, ke Seoul, ke Tokyo, ke
Bangkok, ke Amman, ke Paris, ke Amsterdam, ke
New Delhi dan juga ke Dubai dan banyak lagi.
Tidak kira di mana pun saya berada di dunia, ia
tidak mengganggu perniagaan saya oleh kerana
berniaga boleh dilakukan di mana sahaja- di
dalam negara atau keluar negara.
5. Pasaran yang SANGAT besar dan meluas
Pengguna Internet yang semakin ramai di
Malaysia dan serata dunia menjadikan perniagaan
online sebagai perniagaan yang paling ideal untuk
dijalankan. Di mana lagi kita boleh menjalankan
perniagaan yang dapat mencapai keseluruhan
pasaran Malaysia dan juga antarabangsa pada kos
yang rendah?

Lihat sahaja statistik penggunaan Internet kini. Di


Malaysia sahaja, lebih 25,000,000 (25 juta)
pengguna internet di Malasyia. Manakala kini,
lebih dari 4,000,000,000 (4 bilion) pengguna
Internet sedunia.

Mana lagi platform perniagaan yang mempunyai


capaian yang sebegini besar?

6. Kos memulakan dan menjalankan yang


rendah
Tidak lagi memerlukan modal yang besar
membayar sewa kedai yang berkos beribu ringgit
setiap bulan, serta kos pengubahsuaian kedai yang
mungkin memakan berpuluh ribu ringgit, atau
membayar beberapa pekerja, tidak termasuk bil
elektrik, aircond, air, dan sebagainya.

Memulakan perniagaan Internet adalah berkos


rendah. Dengan peningkatan teknologi, kos
menjalankan perniagaan Internet adalah jauh
semakin murah kini berbandingkan 5-10 tahun
yang lalu. Kos yang rendah ini membolehkan
sesiapa sahaja memulakan perniagaan online oleh
kerana ramai yang mampu kini!

7. Kini anda sudah memang menggunakan


media sosial!
Pastinya kini anda sudah sedia ada menggunakan
media sosial, seperti mendapatkan maklumat di
Facebook, mempunyai akaun Instagram,
menonton video di YouTube, mendapatkan
maklumat melalui blog dan laman web dan
sebagainya.

Oleh kerana kita kini sedia ada menggunakan


media sosial dan tahu cara ianya berfungsi, ianya
tidak begitu sukar untuk menggunakannya pula
dalam perniagaan. Dengan mempelajari sedikit
teknik dan strategi perniagaan online, anda
sebagai pengguna boleh menjadi usahawan di
Internet.

Mungkin tiba masanya untuk anda mula menjana


pendapatan di Internet pula, dan bukan sahaja
sebagai pengguna!

8. Menjadi lebih produktif


Pernahkah anda terasa anda mempunyai potensi
diri untuk lebih maju dan berjaya? Mungkin anda
ketika berada di rumah terasa bahawa masa anda
boleh diluangkan pada sesuatu yang lebih
produktif? Atau anda mempunyai idea
perniagaan yang anda hanya simpan sahaja tanpa
melakukan apa-apa?

Menjalankan perniagaan Internet dari rumah


dapat memberi anda kepuasan dari segi
produktiviti yang meningkat. Sekiranya anda
ingin mencuba sesuatu yang baru, dan mencabar
minda dan juga diri anda sendiri, perniagaan
online boleh menjadi aktiviti baru anda.
Bukan sahaja ia boleh menjadi sesuatu yang anda
lakukan pada masa yang terluang untuk menjadi
lebih produktif, ia juga merupakan peluang untuk
menjana pendapatan tambahan untuk anda dan
keluarga!

Menjalankan perniagaan adalah sunah. Begitu


juga mengembangkan perniagaan dan menjadi
usahawan yang lebih cemerlang lagi.

Untuk membawa perniagaan dari perniagaan


kecil, ke perniagaan yang lebih berjaya, maka
teknik dan strategi perniagaan perlu digunakan.

Antaranya adalah, membina jenama perniagaan…


TELADAN #3
MEMBINA JENAMA DALAM PERNIAGAAN

Reputasi Khadijah Khuwailid RA tidak dapat


ditandingi. Sebagai seorang usahawan wanita
terhebat Quraisy. Perniagaan keluarganya dikenali
di negara-negara lain sehingga beliau mendapat
gelaran “Permaisuri Quraisy”. Namun begitu
kejayaannya tidak pernah kompromi kesopanan
dan kemuliannya membantu mereka yang
memerlukan termasuk, fakir miskin, ibu-ibu
tunggal, anak-anak yatim dan ramai lagi.

Kecantikan fizikal yang dimiliki Khadijah


Khuwailid dan keperibadiannya yang sering
membantu mereka yang susah, bak kata cantik
diluaran, cantik juga di dalam diri, beliau juga
dikenali sebagai “Taharah” yang bermaksud Suci.

Itulah jenama Khadijah Khuwailid RA. Jenamanya


dalam perniagaan amat sinonim dengan
kepercayaan. Sehingga rombongan perniagaannya
ke serata negara sering mendapat sambutan yang
hebat.
Ketika itu, tidak wujudnya media seperti mana
yang kita ketahui hari ini. Tiada telefon, radio, TV
ataupun internet. Penjenamaan berlaku melalui
reputasi penyampaian dari mulut ke mulut sahaja.
Dengan network perniagaan beliau yang meluas
melalui rombongan perniagaannya yang berkali-
kali ganda lebih besar dari pesaing, reputasi ini
memberi persepsi perniagaan yang gah dan hebat.

Bayangkan sepertimana jenama Mc Donalds yang


mulanya di sebuah bandar kecil di California, atau
Starbucks yang bermula di sebuah bandar kecil di
Seattle, yang kini berada di serata dunia dengan
lebih 40,000 cawangan. Tetapi jauh lebih hebat
dari itu oleh kerana jenama Khadijah Khuwailid
adalah jenama yang menerapkan nilai-nilai murni
sesuatu perniagaan perlu miliki.

Hingga hari ini, penjenamaan adalah antara kunci


kejayaan perniagaan. Tidak kira perniagaan yang
kecil, atau perniagaan yang gah dan besar,
membina jenama perlu menjadi misi utama
sesebuah perniagaan. Pastinya semua jenama
yang besar hari ini bermula sebagai jenama yang
kecil.

Mengambil teladan dari kisah perniagaan


Khadijah Khuwailid RA, empayar perniagaan
yang dikenali ramai, sesuatu perniagaan perlu
mempunyai jenamanya yang tersendiri. Sebagai
usahawan wanita hebat, yang dikenali sebagai
Taharah (Suci), Ini sahaja telah memberi maksud
kepada penjenamaan yang sebenar.

Maksud jenama yang sebenar


Apakah yang dimaksudkan dengan “jenama”?
Jenama adalah kepercayaan orang ramai terhadap
sesuatu perniagaan.

Ketika zaman Khadijah Khuwailid RA, logo


perniagaan belum pun lagi diciptakan. Tetapi
perniagaan tetap boleh berkembang ke tahap yang
lebih tinggi.

Jenama bukanlah sekadar logo, warna, slogan atau


laman web sahaja, tetapi “perasaan dan
pengalaman” kepercayaan dan keyakinan orang
ramai terhadap sesuatu “nama” perniagaan.

Logo, warna dan slogan perniagaan adalah


sekadar identiti atau simbol (sememangnya
penting di zaman ini) untuk mengingatkan kita
pada sesuatu perniagaan. Ianya adalah asas dalam
memulakan sesuatu jenama perniagaan dari segi
visual.

Asas memulakan jenama perniagaan

Nama perniagaan
Pastikan nama perniagaan kita mudah disebut,
mudah di eja dan mudah diingat! Seringkali, nama
yang complex atau complicated mudah dilupakan
oleh orang ramai. Fikirkan nama-nama jenama
hebat di dunia, dan anda akan dapat lihat betapa
mudahnya bahasa/nama digunakan untuk
memudahkan nama perniagaan kita masuk ke
fikiran pengguna.

Logo & Warna perniagaan


Manusia bersifat visual. Oleh itu, visual juga
memainkan peranan penting untuk sesebuah
perniagaan seperti logo dan warna. Bila kita
fikirkan sesuatu jenama, apa yang kita ingat
adalah imej perniagaan tersebut seperti tulisan
font Air Asia di atas warna merah, logo Apple
pada produk Apple seperti iPhone, dan juga
lambang arca M warna emas untuk McDonalds.

Slogan perniagaan
Dengan terlalu banyak perniagaan, ianya semakin
sukar untuk prospek kita ingat pada fungsi dan
keistemewaan perniagaan kita. Oleh itu, kita perlu
mempunyai slogan pendek yang padat untuk
memberi makna kepada jenama kita.

Antara perniagaan yang saya lancarkan pada


tahun ini adalah jenama global;

SUJUD. Beautiful Pocket Sejadah.

Menggunakan nama yang mudah, dan


mempunyai slogan yang padat dan memberi
makna kepada perniagaan yang dijalankan. Klik
di sini untuk melihat laman web SUJUD.
Namun begitu, menjenama perniagaan kita bukan
setakat visual seperti di atas. Ada banyak lagi
perlu difahami mengenai jenama terutamanya
bagaimana kesan emosi sesuatu perniagaan itu
boleh menarik lebih ramai pelanggan melalui
pembinaan jenama- secara psikologi.

Begitu juga berkurun lamanya ketika Khadijah


Khuwailid RA mengembangkan empayar
perniagaannya, pesaingan perniagaan juga adalah
sangat sengit serta merbahaya, oleh kerana zaman
itu rompakan dan kecurian rombongan pedagang
sering terjadi. Tambahan, perniagaan merupakan
industri yang didominasikan oleh lelaki.

Namun begitu, oleh kerana jenama perniagaan


Khadijah Khuwailid RA dipercayai dan di
hormati, kejayaan perniagaannya terus melonjak
tinggi.

Dalam dunia perniagaan pesaingan tinggi hari ini,


pastinya penjenamaan adalah amat penting dalam
mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Pengalaman saya…
Setiap kali saya ke luar negara, saya akan memilih
rangkaian hotel kegemaran saya, iaitu
“Starwoods” yang merupakan antara jaringan
hotel terbesar di dunia untuk penginapan.

Mengapa?

Kerana percaya dan yakin jaringan hotel ini


memuaskan hati dan keperluan saya berdasarkan
pengalaman travelling ke seluruh negara dan
menginap di jaringan hotel yang sama.

Adakah bererti jaringan hotel yang lain tidak


bagus? Sama sekali bukan. Saya pasti hotel-hotel
lain pun bagus juga. Adakah saya telah mencuba
semua jenis hotel dan akhirnya memilih jaringan
“Starwood”? Pastinya saya tidak pernah mencuba
semua hotel.
Hanya dengan sekali melalui pengalaman
bersama jaringan hotel Starwood, membuatkan
setiap kali travel, akan booking hotel Starwood
juga!

Bukan kerana logonya yang profesional, atau


slogan perniagaannya yang meyakinkan, atau
rekacipta laman web yang cantik serta segala
visual pemasarannya yang aestetik –
sememangnya ini adalah penting juga.

Tetapi pemilihan saya sebagai pelanggan adalah


dari “impak pengalaman dan perasaan
keseluruhan jenama ini pada saya”. Itulah maksud
sebenar penjenamaan.

Kelebihan mempunyai jenama yang dipercayai

• Walaupun banyak pesaingan, kita akan


memilih satu jenama itu
• Walaupun kita tidak pernah cuba yang lain,
kita tetap memilih untuk terus menggunakan
jenama yang sama.
• Walaupun mungkin lebih mahal, kita tetap
memilih jenama tersebut

Untuk membina jenama yang hebat, 3 perkara ini


perlu dilakukan:

Brand promise (Janji jenama)


Merujuk kepada apa yang dijanjikan oleh sesuatu
jenama- apa yang akan diberikan melalui iklan-
iklan atau mesej yang disampaikan. Pembeli dan
pengguna akan tertarik dengan janji pengiklanan
yang diberikan, oleh itu, jangan sia-siakan janji
tersebut. Janji tersebut akan menarik lebih ramai
pengguna kepada jenama anda.

Telah diriwayatkan Rasulullah SAW pernah ke


pasar dan menegur seorang peniaga buah-buahan
kerana meletakkan buah-buahan yang basah di
bahagian bawah longgokan buah-buahan yang
kering dan terbaik diatasnya. Seakan-akan
meyorokkan kekurangan barang yang diniagakan
dari pelanggan. Amalan ini tidak disukai oleh
Rasulullah SAW.
“Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah,
akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat
dipercayai dan orang-orang yang mati syahid”
(Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Brand Experience (Pengalaman jenama)


Menjanjikan sesuatu yang hebat tetapi, tidak
memberi pengalaman yang dijanjikan akan
merosakkan jenama. Tepati janji yang telah
diberikan melalui iklan-iklan. Lebih baik lagi, beri
lebih dari apa yang dijanjikan untuk memberi
kesan dan impak lebih mendalam kepada
pengguna.

Menjanjikan sesuatu tetapi tidak penuhi, akan


memusnahkan jenama. Menjanjikan sesuatu dan
memenuhinya, akan memberi kepuasan kepada
pengguna.

Tetapi, menjanjikan sesuatu dan memberi lebih


daripada apa yang dijanjikan, akan menjadikan
pengguna sebagai pengguna yang paling setia
oleh kerana pengalaman yang dirasai oleh
pengguna tersebut!
Sepertimana yang diriwayatkan…

Suwaid ibn Qais bercerita, Rasulullah SAW


pernah melihat seseorang menimbang barang
dagangan yang dijualnya. Maka Rasulullah pun
bersabda: "Timbanglah dan beratkanlah."
Menandakan untuk memberi lebih dari apa yang
dijanjikan.

Satu tip perniagaan yang mudah tapi hebat


pesanan dari Rasulullah SAW!

Brand Relationship (Hubungan jenama)


Terlalu banyak pesaing hari ini yang memberi ciri-
ciri produk dan perkhidmatan yang sama.
Walaupun pembeli telah membeli dari kita, tidak
bermakna mereka akan setia dengan jenama kita.

Di sinilah hubungan antara jenama dan pengguna


adalah amat penting. Bina silaturrahim jangka
masa panjang bersama pengguna dan pelanggan.
Sering mengingatkan mereka dan beri manfaat
kepada mereka supaya jenama anda sentiasa
difikirkan dan menjadi pilihan mereka untuk
masa yang akan datang.

“Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki dan


dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia
menghubungkan silaturahim” (Riwayat al-
Bukhari)

Membina jenama perniagaan bukanlah perkara


yang mudah. Ia melibatkan langkah-langkah
tertentu untuk membina jenama yang hebat dan ia
juga akan mengambil masa.

Empayar perniagaan Khadijah Khuwailid RA


bukanlah dibina dalam masa beberapa hari atau
beberapa bulan sahaja. Tetapi mengambil masa
bertahun-tahun lamanya hingga menjadi jenama
perniagaan yang dikenali diserata tempat dan
negara ketika itu.

Membina jenama perniagaan memerlukan


kesabaran.
Perniagaan zaman ini…
Membina jenama adalah amat penting untuk
keuntungan perniagaan jangkamasa panjang
lebih-lebih lagi, dalam keadaan pembeli yang
semakin bijak dan pilihan pesaingan yang
semakin banyak zaman ini.

• Zaman ini, persaingan adalah amat tinggi


• Zaman ini, kita terdedah lebih daripada 3000
iklan sehari
• Zaman ini, terlalu banyak media promosi
seperti radio,tv, majalah, akhbar, internet dan
media sosial
• Zaman ini, terlalu banyak saluran promosi
seperti tv mempunyai berbagai channel, radio
mempunyai berbagai channel, internet
mengandungi terlalu banyak laman web dan
media sosial mempunyai semakin banyak
aplikasi.

Dengan semua ini berlaku setiap waktu, industri


perniagaan menjadi semakin gamat dan bising
oleh kerana terlalu banyak mesej-mesej
perniagaan di luar sana.
Bagaimana perniagaan anda akan berjaya?

Jawapannya adalah jenama. Bila anda membina


jenama perniagaan anda, perniagaan anda akan
stand out from a crowd. Lihat di sekeliling kita. Ada
tak perniagaan yang berjaya yang tidak
mempunyai jenama?

Sedihnya di Malaysia, tidak banyak perniagaan


tempatan yang berjaya membina jenama. Sebab itu
juga tidak banyak perniagaan yang bermula kecil-
kecilan tempatan yang berjaya berkembang ke
luar negara. Ini kerana, ilmu penjenamaan tidak
dikirakan penting oleh rata-rata perniagaan.

Khadijah Khuwailid RA berjaya mengembangkan


empayar perniagaannya ke Syria dan Yemen oleh
kerana telah menjadi satu jenama yang dikenali.
Namanya dan perniagaan keluarganya adalah
jenama yang dikaitkan dengan kepercayaan,
keyakinan dan kualiti oleh kerana hanya menjual
barangan yang berkualiti sahaja.
Maka tidak mustahil rombongan dagangannya
adalah berkali-kali ganda lebih besar dari
usahawan-usahawan Quraisy yang lain.

Kebanyakan perniagaan hari ini hanya


memikirkan untuk mendapat keuntungan pantas,
dan tidak membina jenama untuk keuntungan
jangka masa yang panjang.

Membina jenama memerlukan strategi dan proses


yang lama. Jenama saya “Irfan Khairi” tidak
dibina semalaman ataupun sehari dua, tetapi
memakan masa bertahun-tahun juga. Sebagai
contoh, saya mula menulis blog sejak 2005 lagi
untuk membina jenama. Ketika menulis buku ini
dan Alhamudlillah perniagaan kini berkembang
ke luar negara, 20 tahun kemudian.

Satu cara membina jenama adalah, anda perlu


ALL OUT di tahap awal pelancaran jenama.
Apabila ALL OUT di peringkat awal, ianya
menjadi mudah untuk teruskan sesuatu jenama itu
di masa akan datang. Bayangkan seumpama roket
yang berlepas dari bumi. Ia memerlukan banyak
bahan api, tenaga dan kuasa pada permulaan
untuk dilancarkan ke ruang angkasa.

Tetapi, apabila roket tersebut tiba di atmosfera,


tiada lagi bahan api, tenaga dan kuasa yang kuat
diperlukan oleh kerana graviti akan membawa
roket tersebut di ruang angkasa.

Begitulah dengan jenama. Apabila sesuatu jenama


itu dikenali diperingkat awal, ianya lebih mudah
untuk orang terus ingatkan jenama itu berbulan
dan tahun-tahun yang akan datang.

Membina jenama memerlukan kesabaran, teknik


dan juga strategi untuk menghasilkan jenama
perniagaan yang terbaik. Zaman ini, ianya boleh
dibina menggunakan internet dan media sosial
secara percuma sahaja.

Ramai yang menyangka, membina jenama


memerlukan modal yang besar. Ataupun perlu
menjadi pelakon atau penyanyi terkenal. Ataupun
perlu belanja beribu atau beratus ribu untuk
pengiklanan.
Sebenarnya TIDAK.

Sememangnya sering kita lihat seperti produk


kesihatan, perniagaan fesyen, program-program
perniagaan dan bermacam lagi membelanjakan
berpuluh dan beratus ribu untuk iklan setiap
minggu di TV, membayar slot TV talk show,
meletakkan iklan-iklan di akhbar, meletakkan
billboard di jalan raya dan banyak lagi.
Sememangnya, ini pasti akan membelanjakan
wang ringgit yang besar.

Namun, bagi kebanyakan perniagaan kecil-kecilan


dan juga sederhana tidak mempunyai modal yang
tinggi. Sebenarnya, membina jenama tidak
semestinya memerlukan modal yang besar
sekiranya teknik dan strategi yang betul
digunakan.

Dengan mempelajari teknik dan strategi membina


jenama perniagaan secara online, perniagaan kecil
juga dapat membina jenama yang besar secara
percuma atau dengan kos yang minima di
platform-platform internet.

Sekadar contoh, lihat sahaja YouTube channel


Ryan’s World. Di mana seorang budak kecil yang
menjana berpuluh juta USD tanpa sebarang kos
pengiklanan dengan hanya mempromosikan
barangan mainan menggunakan YouTube! Beliau
berjaya membina jenama perniagaannya tanpa
sebarang kos menggunakan YouTube.

Sememangnya usaha diperlukan, tetapi usaha


yang dilaburkan untuk membina jenama adalah
amat-amat berbaloi dari segi keuntungan yang
berlipat kali ganda jangka panjang.

Membina jenama adalah amat penting di zaman


ini yang terlalu banyak persaingan perniagaan.
Sehari kita terdedah kepada lebih 3,000 iklan-iklan
perniagaan. Tanpa membina jenama, pastinya
perniagaan kita akan tenggelam!
Ekstrak dari buku “9/10: Dari SOLOpreneur ke
ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur”

Salah satu strategi perniagaan yang paling penting


adalah strategi penjenamaan.

Disinilah silap ramai usahawan, terutamanya


ketika permulaan perniagaan. Ramai
menganggap, penjenamaan adalah apabila
perniagaan menjadi lebih besar sahaja.

Sebenarnya, untuk menjadi besar, penjenamaan


perlu bermula ketika perniagaan masih lagi kecil.

Bilakah penjenamaan syarikat kasut popular Nike


bermula? Ketika masih kecil. Pemilik perniagaan
Nike pada mulanya tidak mampu menjual
kasutnya di kedai, dan hanya mula menjual
mealui keretanya sahaja dari satu kolej ke kolej
yang lain.

Ketika itu, logo terkenal syarikat Nike telah pun


dihasilkan. Pemilik perniagaan kasut tersebut
mengupah seorang pereka cipta hanya USD$20
untuk menghasilkan logo Swoosh Nike yang satu
dunia kenali hari ini.

Penjenamaan perniagaan perlu bermula ketika


perniagaan masih lagi kecil, dan di bawa ke
peringkat seterusnya.

Dalam perniagaan, kita boleh jenamakan produk,


syarikat/nama perniagaan atau seseroang.
Sebagai contoh untuk memberi gambaran yang
lebih jelas, Apple adalah jenama syarikat, iPhone
dan Mac Book adalah jenama produk, dan
mendiang Steve Jobs adalah jenama seseorang
(CEO syarikat Apple). Bergantung kepada strategi
perniagaan anda, anda boleh menjenamakan yang
mana anda inginkan, ataupun kesemuanya. Sudah
tentu lebih mudah untuk menjenamakan salah
satu daripada kesemuanya.
Dalam perniagaan saya, saya menggunakan nama
saya sebagai jenama. Irfan Khairi (tentunya nama
saya!), Irfan Khairi Sdn Bhd (nama syarikat),
IrfanKhairi.com (blog) dan Irfan_Khairi (media
sosial) Ini dikenali sebagai personal brand, dan
ianya telah bermula sejak tahun 2005 lagi ketika
saya menulis buku saya yang pertama, dan
mengajar orang ramai tentang perniagaan internet
dan strategi media sosial.

Saya memilih menjenamakan diri (personal


branding) oleh kerana ianya adalah yang paling
mudah dalam penjenamaan. Jika anda inginkan
jalan mudah membina jenama, gunakan nama
sendiri. Berikut adalah sebab-sebabnya.

Penjenamaan boleh dikatakan sebagai perbezaan


sesuatu perniagaan dengan perniagaan yang lain.
Manusia adalah berbeza antara satu sama lain.
Nama kita berbeza, cara dan gaya kita berbeza,
rupa dan suara kita juga berbeza. Dari segi fizikal
dan juga personaliti, kita sebagai manusia adalah
unik dan sedia mempunyai jenama tersendiri.
Sebagai manusia juga kita telah melalui kisah
hidup yang pelbagai. Ini adalah konsep
penjenamaan yang kedua.

Penjenamaan perlu mempunyai “kisah”nya


tersendiri. Ini dikenali sebagai brand story.
Membaca buku ini, anda telah tahu beberapa
kisah seperti…

• Saya gagal dalam perniagaan online saya yang


pertama dan hanya mendapat 3 pelanggan sahaja
pada tahun pertama
• Saya berjaya kembangkan perniagaan saya dari
perniagaan one-man-show ke peringkat global
• Bagaimana saya ketemu life partner dan
business partner saya, Shaz
• Pertama kali tiba di Dubai, seruan Azan seakan
memanggil saya untuk mulakan perniagaan di
Dubai

Dan banyak lagi kisah yang telah dikongsikan. Ini


juga membawa kita ke elemen penjenamaan
seterusnya…
Jenama adalah sesuatu yang mudah untuk
diingati. Manusia lebih cenderung ingat pada
sesuatu kisah (story) berbanding dengan nombor,
angka, data atau fakta.

Apakah itu asas penjenamaan?

1. Sesuatu yang membezakan perniagaan


2. Sesuatu yang mempunyai kisah
3. Sesuatu yang mudah diingati

Dan tidak kira, sama ada anda ingin jenamakan


diri anda, produk, syarikat atau perniagaan,
pastikan ia memenuhi ketiga-tiga elemen asas
penjenamaan ini. Tidak semua orang mahukan
penjenamaan peribadi.

Utamakan penjenamaan dari mula perniagaan.


Lebih-lebih lagi, zaman ini, persaingan adalah
sangat sengit tidak kira apa sahaja industri anda.
Dengan mengambil berat penjenamaan ketika
perniagaan masih lagi kecil, jenama tersebut akan
dibawa ke peringkat yang seterusnya.
Mengapa penjenamaan perlu bermula di
peringkat awal?

Elemen masa adalah penting dalam penjenamaan.


Lebih lama sesuatu jenama itu wujud, makin
ramai akan dengar mengenai sesuatu jenama itu,
maka makin ia akan dikenali.

Membina jenama bukan seperti berlari pecut.

Tetapi, seperti berlari marathon. Ia akan


mengambil masa yang lebih lama. Dan apabila
perlahan-lahan jenama dapat dibina, lebih mudah
untuk membawa jenama tersebut ke peringkat
yang lebih tinggi dari perniagaan kecil, jenama
dikenali di Malaysia ataupun ke peringkat global.
Berikut adalah langkah-langkah awal untuk
membina jenama perniagaan anda:

1. Pastikan perniagaan anda mempunyai logo


yang profesional. Seperti Nike yang nilainya
berbilion USD hari ini, pada mulanya logo
dihasilkan dengan mengupah seseorang USD20
sahaja!

2. Miliki laman web (.com) yang kelihatan


profesional dan menggunakan logo dan juga
warna perniagaan anda. Penjenamaan berkait
rapat dengan grafik (walaupun bukan terhad pada
grafik). Sesuatu yang kelihatan profesional dan
cantik akan memberi persepsi jenama yang hebat.

3. Daftar di semua media sosial menggunakan


nama jenama yang sama. Contohnya, laman web
bernama Nike, Facebook page bernama Nike,
Instagram bernama Nike, dan semuanya nama
yang sama. Jangan lupa juga, pastikan rupa dari
segi grafik kesemua media sosial ini mempunyai
rupa jenama yang sama (uniform look).

4. Kongsikan slogan atau brand story perniagaan


anda. Sepertimana Nike sering kongsikan slogan
“Just Do It!” di mana-mana sahaja dari dulu
hingga kini. Satu tip dalam menghasilkan slogan
perniagaan anda adalah, hasilkan slogan 3 patah
perkataan seperti:
• Just Do It!
• Finger Lickin’ Good
• Everybody Can Fly
• Impossible is Nothing

Ianya dikatakan slogan 3 patah perkataan lebih


mudah diingati.

5. Lakukan pemasaran perniagaan anda (sama ada


cara percuma ataupun cara berbayar) berulang-
ulang kali seberapa banyak yang mungkin!

Walaupun apabila memulakan perniagaan saya di


Dubai, nama saya tidak dikenali, tetapi oleh
kerana zaman ini adalah zaman online, segala-
galanya direkodkan di Google. Client yang tidak
mengenali saya, apabila melakukan carian Google
(zaman ini semua orang akan mendapatkan
maklumat di Google) akan terus jumpa jenama
saya di internet dan juga sosial media sejak dulu
lagi.
Inilah sebabnya perlu fikirkan penjenamaan dari
awal. Elemen masa akan memberi kelebihan
kepada jenama perniagaan anda untuk tahun-
tahun yang akan datang apabila perniagaan anda
berkembang secara organik!

Pendek cerita, perniagaan tanpa membina jenama


tidak akan berkembang dan akan sentiasa di tahap
perniagaan kecil. Dan ini bukanlah matlamat
anda!

Untuk maklumat lanjut bagaimana anda boleh


kembangkan perniagaan anda dari perniagaan
kecil-kecilan ke peringkat yang lebih tinggi
dengan modal minima, lawati www.9dari10.com

Zaman ini, media sosial memudahkan usahawan


membina jenama diri dan perniagaan mereka.
Pemilik perniagaan, dengan teknik dan strategi
yang betul dapat mengembangkan lagi perniagaan
dan menjadikan sesuatu perniagaannya terkenal
dan popular di media sodial.
Nama Khadijah Khuwailid RA adalah sinonim
sebagai usahawan wanita hebat yang dikenali
ramai dan popular ketika itu. Jenamanya dan
perniagaannya dikenali di beberapa negara seluas
empayar perniagaannya berkembang.

Namun, perlu ditekankan beliau tidak pernah


kompromi kesopanannya sebagai seorang wanita
bijak yang berakhlak mulia yang perlu diteladani,
sama ada oleh wanita dan juga lelaki.
TELADAN #4:
MENGAGIH DAN AUTOMASIKAN
PERNIAGAAN

Mewarisi harta, kekayaan dan perniagaan


keluarga, Khadijah Khuwailid RA mempunuyai
tanggungjawab yang sangat besar. Sebagai
seorang wanita yang digelar sebagai “Taharah”
(Suci), menggambarkan keperibadiannya.

Namun, dalam dunia perniagaan ketika itu, ianya


didominasikan oleh golongan lelaki.

Dalam empayar perniagaan Khadijah Khuwailid


RA, beliau tidak mengikuti bersama rombongan
perniagaannya ke serata tempat.

Perjalanan rombongan barang dagang juga adalah


bahaya di mana rompakan dan kecurian juga
sering berlaku.

Oleh itu, kebanyakan kerja berdagang


diagihkankan kepada pekerja-pekerjanya yang
berjumlah beratus orang untuk mewakili
rombongan perniagaannya. Ianya dikatakan
ketika itu, Khadijah Khuwailid RA mempunyai
lebih dari 400 orang pekerja!

Rombongan barang dagangannya yang dibawa


oleh untanya pula melebihi 800 ekor unta ke Syria
dan juga Yemen yang merupakan hub perniagaan
yang sangat penting ketika itu.

Ketika menyelidik untuk menulis bab ini, saya


tidak henti bayangkan bahawa Khadijah
Khuwailid RA hanya berniaga dari rumah sahaja
oleh kerana tugasan berniaga diberi upah kepada
beratus orang lain ke serata tempat.

Bekerja dari rumah hari ini adalah dengan


menggunakan internet dan media sosial. Dengan
hanya laptop sahaja, seorang suri rumah dapat
berniaga ke serata Malaysia dan juga serata dunia!

Jika kisah Khadijah Khuwailid RA berniaga hanya


dari rumah sahaja ke serata tempat dan bersaing
dengan perniagaan-perniagaan lain, tidak dapat
memberi inspirasi kepada anda untuk memulakan
perniagaan dari rumah, saya pun tak tahu apa
lagi kisah yang dapat memberi inspirasi seperti
ini.

Khadijah Khuwailid RA merupakan pemimpin


dalam bidang perniagaan yang sangat bijak dalam
meluaskan empayar perniagaannya melalui orang
lain. Lagi gelaran yang diberikan kepadanya
adalah “Pemimpin Wanita Quraisy” dan
“Khadijah yang Hebat” menunjukkan
kehebatannya sebagai pemimpin yang mengurus
lebih 400 orang!

Keperibadiannya yang sangat disukai dan


disayangi oleh ramai orang menjadikannya
seorang pemimpin yang hebat. Berkali-kali juga
menerima lamaran berkahwin selama 15 tahun,
tetapi kesemuanya ditolak sehinggalah berjumpa
dengan Rasulullah SAW.

Sebagai seorang wanita yang bersaing dalam


dunia perniagaan yang didominasikan oleh lelaki,
dan berjaya mecapai kejayaan melebihi usahawan-
usahawan lain ketika itu, menandakan
kebijaksanaan Khadijah Khuwailid dalam
mengagihkan kerja.

Rombongan perniagaannya seringkali adalah


sangat besar, hinggakan jika digabungkan
rombongan-rombongan usahawan lain dari
Quraisy, kesemua rombongan perniagaan yang di
gabungkan itu masih lagi tidak sebanyak
rombongan perniagaan yang dimiliki Khadijah
Khuwailid RA. Malah dilaporkan, keseluruhan
jumlah rombongan pesaing yang digabungkan
hanyalah separuh jumlahnya dari rombongan
Khadijah Khuwailid RA! Masakan diberi nama
“Khadijah yang Hebat!”.

Dalam perniagaan, akan tiba masa di mana kita


sebagai seorang usahawan perlu deligasikan dan
agihkan kerja kepada orang lain. Kita seorang diri
tidak boleh melakukan segala-galanya, tambahan
untuk mengembangkan lagi perniagaan ke
peringkat yang lebih tinggi.

Khadijah Khuwailid RA menggunakan pemikiran


yang sangat bijak dan strategik apabila
mengembangkan perniagaannya ke serata tempat
dengan cara deligasi dan mengagihkan kerja
perniagaannya kepada orang lain.

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh


usahawan kecil-kecilan adalah, perasaan “takut”
untuk berkembang. Ianya juga datang dari
perasaan “takut” untuk memberi kerja dan
tugasan perniagaan kepada orang lain.

Di sinilah juga dapat menggambarkan


kebijaksanaan Khadijah Khuwailid RA dalam
memilih pekerja-pekerja untuk mewakilinya
dalam perniagaan dengan tepat.

Beliau akan mencari pekerja dan wakil


perniagaannya dikalangan mereka yang
dipercayaai.

Tentunya sebagai seorang wanita yang lemah


lembut dan baik hati, adakalanya juga ditipu dan
diambil kesempatan pekerja. Maklumlah, sebagai
pemilik perniagaan yang tidak dapat bersama
rombongan perniagaannya untuk memantau
segalanya 100%, ianya terjadi juga. Dan hal ini
pernah juga diceritakan.

Namun, itu juga yang menjadi penghalang dan


“takut” bagi kita sebagai usahawan hari ini. Kita
takut ditipu pekerja, perkerja yang tidak jujur, dan
pekerja mengambil kesempatan keatas kita.

Tetapi, jika pemikiran negatif ini sahaja yang


difikirkan, maka ianya adalah mustahil untuk
kembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih
tinggi.

Sebagai usahawan, kita perlu mengambil langkah


sebaik yang mungkin dalam memilih pekerja yang
terbaik, dan memantau aktiviti perniagaan dengan
sebaiknya. Selebihnya, jika kita telah melakukan
yang terbaik tetapi masih ditipu, dan diambil
kesempatan, maka apa yang kita boleh lakukan
adalah biarkan undang-undang dunia dan akhirat
yang menentukan.

Diri saya sendiri juga tidak lari dari pernah ditipu


pekerja dan pekerja mencuri duit. Ianya terjadi
juga walaupun sebagai usahawan kita telah
mengambil langkah yang terbaik mungkin.

Hati manusia kita tidak dapat tahu. Dihadapan


kita mungkin pijak semut pun tak mati, tetapi
dibelakang kita, lain pula jadinya.

Namun, pengalaman sebegini tidak seharusnya


menghalang kita dari mempunyai cita-cita yang
lebih besar dan mengembangkan perniagaan ke
tahap yang lebih tinggi.

Ianya memang terjadi, dan mungkin akan terjadi


juga pada setiap usahawan, tetapi kebarangkalian
ianya terjadi adalah kecil. Kita, sebagai usahawan
hanya perlu lakukan yang terbaik sahaja dalam
memilih dan memantau pekerja, dan selebihnya
tawakal.

Salah satu kriteria dalam memilih pekerja


mewakilinya dalam perniagaan adalah mencari
sesorang yang jujur dan dipercayai.
Di situlah Khadijah Khuwailid RA mula dengar
berita mengenai seorang yang amat terkenal
dengan nama “Al-Amin” iaitu jujur dan
dipercayai, iaitu Muhammad Rasulullah SAW.

Ketika itu, beliau memberi peluang perniagaan


kepada Rasulullah SAW untuk mengetuai salah
satu rombongan perniagaannya. Dan itulah detik
perkenalan Khadijah Khuwailid bersama
Rasulullah SAW yang kemudiannya sepertimana
kita semua ketahui, mendirikan rumah tangga
yang sangat bahagia.

Reputasi Rasulullah SAW walaupun seorang yang


tidak dikenali dari segi kekayaan dan perniagaan,
sangat jauh dari reputasi Khadijah Khuwailid RA
yang terkenal dengan kekayaan dan perniagaan,
tetapi reputasi kejujuran dan kepercayaan
Rasullullah SAW sebagai seorang yang disukai
dan disayangi ramai ketika itu.

Dan itulah pentingnya reputasi kejujuran dan


kepercayaan dalam perniagaan dari zaman itu,
hinggalah kini dalam menjayakan perniagaan.
Kejujuran dan kepercayaan adalah kunci utama
dalam mendapatkan lebih banyak jualan
perniagaan. Tiada siapa akan membeli dari
perniagaan yang tidak jujur dan tidak dipercayai.

Sebagai usahawan, kita perlu menjaga reputasi


kita sebagai usawan yang jujur dan dipercayai.
Zaman ini, usahawan yang menipu bukan sahaja
dalam transaksi jualan, malah ada juga yang
menipu dari segi reputasi menggunakan pelbagai
“gelaran” palsu hanya untuk menipu orang ramai
supaya mempercayai mereka.

Sepertimana model perniagaan Khadijah


Khuwailid RA, majoriti perniagaannya diagihkan
kepada orang lain untuk mewakilinya berdagang
ke serata tempat. Di zaman ini, keadaan itu juga
boleh dianggap sebagai perniagaan yang
dijalankan secara automatik.

Ini kerana, satu-satu rombongan perniagaan akan


mengambil masa berminggu atau berbulan ketika
berniaga diserata tempat tanpa penglibatan
Khadijah Khuwailid RA secara langsung. Dan
dalam waktu itu, pendapatan perniagaannya dan
empayar perniagaannya terus meningkat.

Deligasikan perniagaan
Deligasi (memberi kerja kepada orang lain) dan
automasi (menjalankan perniagaan secara
automatik) adalah antara kunci kejayaan
perniagaan hari ini.

Contohnya, bagaimana perniagaan saya dapat


dijalankan di dua buah negara, Malaysia dan
United Arab Emirates?

Jawapannya adalah deligasi dan automasi.

Perniagaan saya di Malaysia, Irfan Khairi Sdn Bhd


dapat diteruskan dengan deligasi dan automasi.
Di mana saya mempunyai team yang kuat dalam
membantu menjayakan perniagaan saya tanpa
penglibatan saya secara langsung di Malaysia.
Cuma sebulan sekali untuk beberapa hari sahaja
(ketika penulisan ini) saya perlu menguruskan
perniagaan di Malaysia.

Perniagaan saya di Dubai juga saya menggunakan


deligasi dan automasi. Perniagaan online,
mahupun perniagaan offline. Antara perniagaan
saya di Dubai, UAE adalah import dan export
produk kesihatan dari USA. Namun, kebanyakan
masa saya, diluangkan di rumah oleh kerana
menggunakan kaedah deligasi dan automasi.
Seminggu dua atau tiga kali, baru saya ke pejabat
di Downtown Dubai, untuk bersama team saya di
Dubai pula.

Bukan hendak menyamakan kaedah saya


berniaga, dan Khadijah Khuwailid RA. Sudah
tentunya tidak! Umpama langit dan bumi
kejayaan empayar perniagaan Khadijah Khuwailid
RA berbanding dengan perniagaan saya.

Tetapi, saya juga mendapat inspirasi daripada


kisah kejayaan Khadijah Khuwailid RA yang
banyak melakukan deligasi dan automasi untuk
kembangkan perniagaannya, walaupun dari
rumah.

Anda tahu tak saya pernah berlakon dalam


movie?

Ya, bukan main-main. Berlakon bersama barisan


pelakon handalan seperti Faizal Hussein, Datuk
Rahim Razali, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar,
Adlin Aman Ramlie, Shaharuddin Thamby, Elly
Mazlein dan ramai lagi!

Filemnya bertajuk Kapsul pada tahun 2015. Anda


boleh Google!

Saya rasa disebabkan sayalah filem ini jadi tak


popular oleh kerana lakonan saya merosakkan
filem. Saya bukannya pelakon!

Bukan mahu ceritakan mengenai “lakonan” saya,


tetapi bab kali ini adalah mengenai satu
perubahan minda yang saya alami ketika
menonton filem.

Saya memang merupakan seorang yang minat


dengan filem. Mat salleh menggelarnya sebagai
“Movie Buff”. Boleh dikatakan setiap minggu
sejak zaman saya di universiti, saya akan
menonton filem. Hingga hari ini juga, seminggu 2-
3 filem saya akan menonton.

Tetapi, pernah tak anda menonton filem di


panggung wayang atau di kaca TV dan menonton
sehingga akhir apabila “closing credits”
menunjukkan semua orang yang terlibat dalam
pembikinan filem itu.

Bukan sahaja nama pelakon-pelakon, tetapi juga


mereka di sebalik tabir juga. Dari juru kamera
hinggalah sampai ke pemuzik yang terlibat. Dari
orang yang memegang clapper board hinggalah
ke produser yang melaburkan wang untuk filem
itu.
Kadangkala closing credits berlangsung selama
beberapa minit untuk menyenaraikan beratus
nama-nama orang yang terlibat!

Bayangkan, untuk menghasilkan filem dua jam,


memerlukan kesemua sumber manusia tenaga
kerja itu yang beratus orang ramainya. Apabila
melihatnya membuatkan saya sangat hargai filem
tersebut. Dan sangat jelas setiap nama yang
terpapar mempunyai bidang dan kepakaran
masing-masing.

Begitu juga dalam perniagaan yang kita jalankan.


Tiba satu masanya, anda juga perlu kembangkan
perniagaan anda. Kita tidak boleh melakukan
kesemua kerja, dan kita tidak pakar dalam
kesemua bidang.

Pakar motivasi barat, Anthony Robbins pernah


diajukan soalan;

Apakah satu kebolehan yang dipelajari yang


paling banyak mengubahkan hidupnya?
Jawabnya, “Deligating work” (mengagihkan
kerja).

Ketika saya belum mencapai sebarang kejayaan,


saya sering terfikir bahawa saya perlu melakukan
apa sahaja tugasan dengan sendiri. Bagi saya,
sukar untuk memberi orang lain melakukan kerja
yang saya lakukan kerana saya rasa “tidak puas”
sekiranya memberi kerja kepada orang lain. Saya
akan rasa takut, sekiranya beri kepada orang lain,
kerja tidak mencapai tahap yang saya inginkan.

Hal ini berlaku untuk beberapa tahun. Saya tidak


mahu beri kerja kepada orang lain.

Namun kini, saya dapati, dengan mengagihkan


setengah daripada kerja-kerja saya kepada orang
lain, saya dapat memberi fokus kepada perkara-
perkara yang lebih penting dan memberi nilai
yang lebih tinggi pada perniagaan saya.

Saya mendapati, pulangan yang saya terima


adalah berkali-kali ganda berbanding dengan
dahulu.
Jawapan Anthony Robbins adalah tepat sekali.
Sekiranya anda berpeluang mengagihkan kerja
kepada orang lain, anda patut lakukannya dan ini
dapat melipatkali gandakan pulangan anda
dengan memberi fokus kepada kerja-kerja yang
bernilai tinggi buat diri anda!

Untuk perniagaan kecil-kecilan, seringkali kita


lakukan segala-galanya sendiri. Dari pengurusan
perniagaan, pengurusan kewangan dan juga kerja-
kerja promosi perniagaan. Seringkali juga,
perniagaan kecil-kecilan yang kita jalankan, tak
berkembang-kembang. Tetap pada satu tahap
sahaja.

Mengapa ini berlaku? Sebabnya adalah sindrom


tak mahu “lepaskan” dalam perniagaan!

Ertinya, sebagai usahawan kecil-kecilan, kita


hanya yakin bahawa segala-galanya perlu
dijalankan sendiri baru perniagaan kita sempurna.
Tak mahu “lepaskan” kerja yang kita lakukan
kepada orang lain untuk membantu perniagaan.
Jadi, apa yang berlaku adalah, perniagaan kita
yang SOLOpreneur tetap menjadi SOLOpreneur.

Mungkin kerana rasa “takut” kalau upah orang


lain buatkan, kerja tak menjadi sempurna.
Ataupun “risau” kalau ada pekerja, nanti pekerja
tipu kita. Atau “tak berani” tambah pekerja sebab
fikirkan perlu tambah juga perbelanjaan untuk
membayar pekerja.

Berbagai-bagai sebab dalam perniagaan kita tidak


mahu “lepaskan” sesetengah kerja kepada orang
lain, dan ingin melakukan kesemuanya sendiri.
Akibatnya, perniagaan kita tidak akan
berkembang oleh kerana masa kita seorang adalah
terhad.

Belajar untuk “lepaskan” beberapa kerja kepada


orang lain. Kembangkan perniagaan anda dengan
mengagihkan kerja. Outsource kerja-kerja yang
orang lain boleh lakukan untuk anda, supaya anda
dapat fokuskan tenaga dan minda anda kepada
perkara yang lebih penting dalam perniagaan,
iaitu mengembangkannya.
Sekiranya kita tidak belajar untuk “lepaskan”
perniagaan kita, maka, sampai bila-bila
perniagaan kita akan terperangkap dalam satu
keadaan sahaja. Perniagaan terperangkap, masa
kita juga akan terperangkap.

So, learn to let go! Belajar untuk “lepaskan” dalam


perniagaan.

Klik di sini untuk buku sepenuhnya “9/10”


dimana saya kongsikan bagaimana saya
kembangkan perniagaan saya bermula dari
perniagaan kecil, hingga ke peringkat global
dengan modal dan pengiklanan yang minima.

Automasi Perniagaan Zaman Ini


Kini, ramai orang inginkan kebebasan waktu.
Inginkan waktu tambahan, mungkin untuk diri
sendiri, atau bersama keluarga.
Bayangkan sekiranya anda mempunyai lebih
banyak masa terluang di rumah bersama keluarga
tercinta. Pernahkah anda terfikir alangkah bestnya
kalau dapat meluangkan lebih banyak masa
bersama keluarga dan tidak lagi terkejar-kejar
dengan rutin kerja setiap hari?

Dengan menjalankan perniagaan Internet dari


rumah, banyak masa dapat dijimatkan untuk
bersama keluarga.

Inilah teknik yang digunakan…

Salah satu buku kegemaran saya oleh penulis Tim


Ferris bertajuk “4 Hour Work Week”, Tim Ferriss
menunjukkan bagaimana ramai yang
menggunakan teknik ini perlu hanya bekerja 4 jam
sahaja dalam masa seminggu dan menjana
pendapatan.

Teknik yang ditunjukkan berkaitan dengan


konsep Pereto 80-20, di mana 20% dari usaha yang
diluangkan akan memberi 80% hasil kerja.
Pernahkah anda dengar konsep ini?
Tak perlu gahkan formula Vilfredo Poreto,
Khadijah Khuwailid RA telah lama menggunakan
cara ini dan jauh lebih efektif lagi untuk
perniagaannya, di mana lebih 80% usaha
perniagaannya dilakukan oleh orang lain.

Dalam zaman perniagaan Internet, ianya boleh


dilakukan melalui “automasi”, iaitu menjalankan
perniagaan 80% secara automatik! Dengan cara
ini, anda akan dapat menjimatkan banyak masa
dan meluangkan lebih banyak masa bersama
keluarga.

Sebagai contoh, apabila menjalankan perniagaan


online:

• Posting Facebook boleh dilakukan secara


automatik, menggunakan scheduling
• Pengiklanan boleh dilakukan secara automatik
dan percuma, melalui Search Engine
Optimization
• Penghantaran email yang anda terima ini juga
diprogramkan secara automatik, melalui
autoresponder
• Mengubahkan pelawat laman web menjadi
pembeli juga menggunakan sales funnel yang
automatik- tanpa penglibatan anda!
• Dan banyak lagi…

Salah satu cara yang AMAT EFEKTIF dalam


mengautomasikan perniagaan anda adalah
melalui pemasaran EMAIL.

Strategi ini dilakukan oleh kesemua perniagaan-


perniagaan online yang berjaya hari ini. Strategi
ini juga digunakan oleh jenama-jenama utama
perniagaan online serata dunia, dari Amazon,
Nike, AliBaba, Booking.com, Lazada, Zalora dan
banyak lagi.

Jika anda ingin pelajari kaedah automasikan


perniagaan anda menggunakan email, klik di
sini untuk mendapatkan ebook percuma “Email
Marketing Funnel”. Klik di sini.
Selain dari menggunakan teknologi/perisian
online untuk melakukan automasi seperti di atas,
“4 Hour Work Week” juga menyarankan untuk
deligasikan kerja melalui “Outsourcing”, iaitu
mengupah orang lain melakukan kerja bagi pihak
anda apabila perlu.

Sepertimana yang telah dilakukan Khadijah


Khuwailid RA satu masa dulu.

Pada permulaan saya memulakan perniagaan di


Dubai, saya tidak mempunyai pekerja. Tidak
seperti syarikat saya di Malaysia, Irfan Khairi Sdn
Bhd di mana saya kendalikan program
OpenEducation.com.my mengendalikan program-
program di sana, dimana saya mempunyai satu
organisasi untuk mengembangkan perniagaan.

Pada mulanya di Dubai sekitar tahun 2016, saya


hanya lakukan secara outsourcing, apabila kerja-
kerja tidak menang tangan, saya akan outsource.
Dan ini akan membebaskan lagi banyak masa
saya.
Antara perkhidmatan yang sering saya gunakan
untuk outsource kerja adalah, freelancer.com. Saya
outsource kerja Virtual Assistant (untuk book
segala meeting dan jadual saya), designer,
copywriter dan programmer melalui laman web
ini.
Dengan mengetahui konsep automasi dan
outsourcing ini, 80% perniagaan dapat dijalankan
secara automatik tanpa penglibatan pemilik
perniagaan- dan inilah yang saya sendiri lakukan
supaya dapat meluangkan lebih banyak masa
bersama keluarga.

Seperti setiap hari adalah hujung minggu!


TELADAN #5:
HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Pernah diriwayatkan Khadijah Khuwailid satu


ketika itu pernah mempunya lebih dari 400 orang
pekerja. Dan apa sahaja entiti perniagaan sehingga
hari ini, pastinya tidak akan berjaya dan dibawa
ke tahap yang lebih tinggi tanpa pekerja-pekerja
yang boleh diharapkan.

Pernah saya bertanya pada salah seorang mentor


perniagaan saya, seorang usahawan veteran yang
telah membina empayar syarikat penerbitan dan
percetakan terbesar di Malaysia.

“Bagaimanakah caranya membawa perniagaan


ke tahap yang lebih tinggi?”

Sebabnya, ketika itu, keuntungan perniagaan saya


telah mencapai satu tahap yang ianya tidak mahu
berganjak. Naik tidak, turun juga tidak.
Keadaan ini dikenali sebagai plateau. Iaitu dimana
seseorang ushawan itu telah berusaha keras,
setiap bulan setiap tahun, namun keuntungan
perniagaan tetap ditahap yang sama sahaja.

Contohnya, keuntungan setiap bulan adalah


dalam lingkungan RM20,000 sahaja… nak sampai
RM30,000, tak dapat! Usaha kuat macam mana
pun, keuntungan di sekitar RM20,000… kemudian
RM23,000… kemudian turun semula RM21,000…
tak lama lagi, RM20,000 kembali dan seterusnya!

Pernahkah ianya terjadi pada anda? Tidak kira di


manapun tahap perniagaan anda. Sudah pastinya
ia pernah terjadi pada saya.

Jawapan dari mentor saya adalah…

“Irfan, bayangkan perniagaan anda adalah seperti


piramid. Perniagaan awak sudah mencapai tahap
tertinggi piramid tersebut. Ianya telah mencapai
puncak piramid. Sudah tak boleh naik lebih tinggi
lagi ” katanya.
Tak sabar dengan jawapaan itu, saya balas.

“Habis tu, bagaimana perniagaan Dato’ boleh


berjaya lebih tinggi dan meningkat jauh lebih
tinggi setiap masa?”

“Sebab itulah perlu bayangkan seperti piramid”


katanya.

“Perniagaan awak telah mencapai bahagian


tertinggi piramid tersebut. Iaitu puncak piramid.
Untuk naik lagi tinggi, sudah tak boleh. Jadi, apa
perlu buat?”

Jawapannya adalah mudah- besarkan tapak


piramid tersebut! Apabila dibesarkan tapak
piramid tersebut, sudah tentu, puncak piramid
boleh naik lebih tinggi.

Ya, dan itulah jawapannya. Untuk meningkatkan


lagi keuntungan sesuatu perniagaan, kita perlu
lebarkan lagi tapak “piramid perniagaan” kita.
Dalam perniagaan pula, maksudnya adalah, anda
perlu menambah bilangan “tangan” dalam
perniagaan anda. Anda telah sampai ke had
keuntungan anda dan sukar naik lebih tinggi.

Oleh itu, anda perlu bantuan orang lain untuk


membesarkan perniagaan anda. Bila menambah
pekerja, atau rakan niaga atau joint venture, ia
seperti membesarkan lagi tapak perniagaan anda.
Apabila tapak dibesarkan, maka, puncak akan
menjadi lebih tinggi. Kejayaan perniagaan juga
boleh mencapai lebih tinggi.

Keuntungan anda akan melepasi had anda dan


kini, mengikut contoh di atas, jika perniagaan
telah capai had dalam lingkungan RM20,000
sekiranya tambahkan bilangan pekerja dan rakan
niaga atau sebarang joint-venture, untuk
diagihkan kerja, keuntungan tidak lagi mustahil
meningkat sehingga RM30,000… RM40,000 dan
seterusnya!

Dan disinilah pentingnya…


Hubungan sesama manusia

Untuk mengembangkan lagi empayar perniagaan


Khadijah Khuwailid RA, beliau memerlukan
tenaga kerja yang boleh dipercayaai.

Ketika zaman itu, korupsi dalam perniagaan agak


berleluasa. Begitu juga kecurian dan penipuan
barang dagangan oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab. Khadijah memerlukan seorang
yang boleh diharap untuk salah satu rombongan
perniagaannya.

Ketika itulah beliau terdengar mengenai seseorang


yang bernama Muhammad yang terkenal dalam
rombongan perniagaan yang lain sebagai seorang
Al-Amin. Iaitu, seorang yang sangat dipercayai
dan dihormati, tidak kira dikalangan rakan
berniaga, pelanggan dan juga pesaing.
Reputasinya tidak dapat ditandingi.
Ketika Abdullah bin Saib tiba di Madinah dan
bertemu Rasulullah SAW, Rasulullaw SAW
bertanya

“Awak kenal saya?”

Jawab Abdullah “Pastinya kenal! Awak adalah


rakan dagang yang tidak pernah menipu dan
tidak pernah bertengkar dengan sesiapa sahaja”

Begitu juga dikisahkan Qays bin Saib al-


Makhsumi pernah berkata “Muhammad SAW
adalah pedagang yang hebat sebelum zaman
Islam lagi. Beliau tidak pernah bergaduh dan
bertengkar dalam berniaga”

Begitu hebat reputasi Rasulullah SAW dalam


arena perniagaan!

Dan itulah saat pertama Khadijah Khuwailid


ketahui mengenai Rasulullah SAW. Beliau
bertekad untuk mendapatkan Rasulullah SAW
sebagai ketua rombongan perniagaannya.

Oleh kerana ingin sangat Rasulullah SAW


menyertai rombongan perniagaannya, dan tahu
nilai dan reputasi yang diberikan oleh Rasulullah
SAW sebagai ketua rombongan perniagaannya,
Khadijah Khuwailid menjanjikan bayaran dua
kali ganda kepada Rasulullah SAW dibandingkan
dengan peniaga-peniaga yang lain.

Sebabnya adalah, reputasi Rasulullah SAW


walaupun seorang yang tidak dikenali dari segi
kekayaan dan perniagaan, sangat jauh dari
reputasi Khadijah Khuwailid RA yang terkenal
dengan kekayaan dan perniagaan, tetapi reputasi
kejujuran dan kepercayaan Rasullullah SAW
sebagai seorang yang disukai dan disayangi ramai
ketika itu.

Ini menunjukkan Khadijah Khuwailid menghargai


nilai yang dapat diberikan oleh seseorang dalam
membantu mengembangkan lagi perniagaannya.
Rasulullah SAW bersetuju untuk turut serta dalam
rombongan perniagaannya ke Sham (Syria) yang
agak jauh perjalanannya.

Dalam rombongan dagang itu, Rasulullah SAW


ditemani juga oleh Maysarah. Seorang pembantu
Khadijah Khuwailid yang juga dipercayainya
dalam perihal perniagaannya.

Sepanjang perjalanan rombongan perniagaan itu,


Maysarah berpeluang melihat Rasulullah SAW
berniaga secara bersemuka dan menyaksikan
bahawa tiada percanggahan dalam apa yang
dituturkan oleh Rasulullah SAW dan juga segala
perbuatannya. Memang benar reputasi yang
dimilikinya!

Kehebatan Rasulullah SAW dalam berniaga ketika


rombongan itu telah berjaya memperolehi
keuntungan dua kali ganda lebih dibandingkan
dengan peniaga-peniaga lain.

Betapa hebatnya Rasulullah SAW berniaga!


Apabila pulang dari rombongan itu, Khadijah
Khuwailid RA bukan sahaja membayar dua kali
ganda bayaran seperti telah dijanjikan sebelum
rombongan. Tetapi oleh kerana jualan Rasulullah
SAW adalah sangat tinggi, beliau membayar
Rasulullah SAW empat kali ganda!

Kisah ini memperkukuhkan lagi bahawa Khadijah


Khuwailid amat bijak dalam menghargai nilai
sumber manusia dalam mengembangkan lagi
perniagaannya.

Perkara ini menunjukkan kebijaksanaan Khadijah


Khuwailid RA dalam memberi imbuhan kepada
wakilnya yang dapat ‘perform’ dalam perniagaan.
Pastinya pulangan ini memberi kegembiraan
kepada Rasulullah SAW oleh kerana dapat
membantu keluarganya ketika itu yang miskin.

Dilihat hari ini juga, konsep yang sama dilakukan


oleh ramai founder-founder produk dan pemilik
perniagaan. Di mana, komisyen dan bonus yang
lebih diberikan kepada mereka yang dapat
‘perform’ dalam perniagaan. Bukan sahaja ini
memberi pulangan dari segi kewangan kepada
mereka, tetapi juga pastinya wang dapat memberi
motivasi kepada mereka untuk sentiasa ‘perform’
dan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Tetapi satu teknik juga yang boleh dilakukan


melalui teladan ini adalah, memberi ganjaran atau
imbuhan kepada pekerja tanpa mereka duga.

Contohnya, jika pekerja mencapai jualan RM5,000,


kita memberi bonus yang dijanjikan kepada
mereka RM500. Tetapi bayangkan, apabila diberi
RM500 sebagai bonus itu, kita sebagai pemilik
perniagaan memberi lagi “bonus yang tidak
diduga” tambahan RM250 lagi. Jumlah yang
diterima adalah RM750!

Pastinya perkerja akan rasa lebih seronok.


Mendapat bonus lebih dari yang diduga.

Mat salleh menamakan keadaan ini “Under


promise, dan over deliver” untuk kita sebagai
pemilik perniagaan yang ingin memotivasikan
pekerja atau ajen jualan. Janjikan RM500, tetapi
berikan RM750!
Bila menjalankan perniagaan, akan sampai tahap
di mana kita sendiri tak cukup tangan dan terlalu
sibuk menguruskan perniagaan. Dari pagi ke
petang. Petang ke malam, memang sudah tak ada
masa dah nak lakukan perkara lain oleh kerana
tertumpu pada perniagaan.

Inilah tanda dan waktunya untuk anda


kembangkan perniagaan dan tambahkan pekerja
atau pembantu.

Terutamanya untuk perniagaan kecil-kecilan,


mendapatkan pembantu atau pekerja tambahan
terasa berat apabila kita sudah biasa
mengendalikan perniagaan secara kecil-kecilan.

Untuk membantu anda membuat keputusan


mendapatkan pembantu atau menambahkan
pekerja, fikirkan begini…
1. Rezeki bukan hanya milik kita sebagai
usahawan. Rezeki juga milik orang lain- mungkin
pembantu atau pekerja kita. Apabila kita memberi
peluang pekerjaan, kita memberi rezeki kepada
orang lain. Dan rezeki ini akan dipulangkan
semula kepada kita dengan cara yang lain.

Fikirkan sebahagian tanggungjawab anda sebagai


usahawan adalah untuk memberi peluang
pekerjaan kepada orang lain dan membuka pintu
rezeki untuk orang lain.

2. Apabila mempunyai pembantu atau pekerja,


anda dapat membebaskan masa anda untuk
memberi fokus kepada perkara-perkara yang
lebih penting untuk menjana keuntungan. Kerja-
kerja yang boleh diagihkan kepada orang lain,
bebaskannya dari masa anda.

Minda usahawan anda adalah lebih baik memberi


tumpuan kepada memikirkan teknik dan strategi
mengembangkan lagi perniagaan dan menjana
keuntungan yang lebih. Mencari strategi
mengembangkan perniagaan adalah
tanggungjawab anda sebagai usahawan dan
bukan pembantu atau pekerja.

3. Pastinya matlamat untuk menjadi usahawan


adalah untuk membebaskan masa anda dan tidak
terikat pada kerja.

Usahawan yang sebenar adalah apabila


perniagaan bekerja untuk kita. Dan bukan kita
yang bekerja untuk perniagaan.

Automasikan perniagaan sebaik mungkin supaya


ia boleh berjalan tanpa anda terlibat secara
langsung setiap masa. Fikirkan perbezaan
usahawan burger di tepi jalan yang perlu
mengusahakan gerai burgernya, berbanding
dengan pemilik Mc Donalds yang mengagihkan
operasi menjual burger kepada orang lain tanpa
penglibatannya. Masa yang dapat dibebaskan.

Dalam perniagaan, ada waktunya anda perlu


kembangkan lagi perniagaan anda dan
mendapatkan pembantu atau pekerja tambahan.
Adakalanya keputusan ini berat untuk dibuat bagi
sesetengah usahawan baru, namun, fikirkan
pulangan yang anda boleh dapat bukan sahaja
dari segi pahala memberi rezeki dan keuntungan
perniagaan, tetapi juga mendapat masa tambahan
untuk diri anda dan keluarga!
TELADAN #6:
KESABARAN MENDAHULUI SEGALANYA

Jika ditanya pada saya, apakah kunci utama dalam


kejayaan perniagaan. Jawapannya adalah SABAR.

Teringat saya awal tahun 2000 ketika saya


memulakan perniagaan internet saya yang
pertama. Dengan semangat dan harapan yang
tinggi untuk berjaya.

Namun, sepanjang tahun tersebut, saya hanya


berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja dengan
keuntungan perniagaan tahun pertama kurang
dari RM500- Untung setahun ya. Bukan sebulan!

Sabar itu separuh dari Iman. Begitu juga perlunya


kesabaran dalam berniaga. Usahawan yang
berjaya dalam perniagaan adalah usahawan yang
sabar dalam pelbagai perkara. Tidak mudah
melenting. Tidak gopoh. Dan tidak melakukan
sesuatu yang drastik tanpa memikir panjang
implikasinya. Dalam kata pendek, banyak-
banyaklah bersabar bila berniaga ya…
Dalam perniagaan, pelbagai cabaran.
Bukan semuanya mudah. Boleh dikatakan seperti
naik rollercoaster, perniagaan anda turun naiknya.
Kadang kala terasa nak muntah, loya dan pening
pun ada. Tapi masih menyeronokkan!

Turun naik perniagaan ini akan menjadi amat


sukar bagi mereka yang tidak sabar, terutamanya
ketika turun yang banyak dan selalu, dan naiknya
sedikit dan jarang berlaku!

Jika anda pernah naik roller-coaster, anda pun


faham. Yang jatuh menjunam lebih banyak dari
mendaki naik ke atas!

Dalam perniagaan perlu ilmu dan pengalaman


Untuk berjaya dalam perniagaan perlu ilmu dan
pengalaman. Untuk mendapatkan ilmu dan
pengalaman, memerlukan pengorbanan dan masa.
Perniagaan tidaklah semudah yang disangka
terutamanya bagi mereka yang tidak pernah
berniaga. Bagi yang berpengalaman dalam
perniagaan sudah melihat asam garam perniagaan
dan belajar dari pengalaman. Kesemuanya
memerlukan kesabaran!

Dalam perniagaan, pelbagai kerenah manusia


Bila berniaga, pelbagai kerenah manusia kita akan
jumpa. Bukan sahaja pelanggan, tetapi mungkin
pekerja. Ada juga perniagaan yang melibatkan
keluarga, kalau ngam, tak mengapa, tapi ada juga
yang menyukarkan lagi keadaan bila keluarga
terlibat.

Dalam keadaan berhadapan dengan manusia


dalam perniagaan, kesabaran amat diperlukan
oleh kerana ragam manusia adakalanya tidak
dapat kita faham dan agak. Hati manusia juga
pelbagai jenis untuk kita jaga. Maka, kesabaran
amat diperlukan!

Dalam perniagaan, lebih banyak rejection


Bukan semua orang akan membeli barangan anda.
Tambahan, lebih ramai yang tidak akan memilih
untuk membeli barang anda pun. Anda akan
mendapat terlalu banyak rejection dalam
perniagaan, bukan sahaja dari pelanggan,
mungkin juga apabila proposal mendapat
rejection oleh mana-mana pihak.

Rejection sememangnya sinonim dengan


perniagaan. Bak kata, 9/10 rezeki adalah dalam
perniagaan, tetapi, 9/10 perniagaan gagal. Maka
perlulah sabar dan tiba masanya untuk sabar yang
paling diperlukan…

Dalam perniagaan, sabar bila gagal


Sering kita dengar kisah kegagalan perniagaan.
Kalau nak dengar kisah kejayaan perniagaan,
biasanya ia datang dari perniagaan yang pernah
gagal juga. Perniagaan yang bersabar dalam
kegagalan.

Perlu diingat, perniagaan memerlukan


pengalaman dan ilmu. Kebiasaannya mereka yang
baru memulakan perniagaan tidak memiliki
kedua-dua ini. Oleh itu, sering kali perniagaan
pertama akan gagal. Mungkin juga perniagaan
kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya
akan gagal.
Mereka yang bersabar dan bangun dari kegagalan
adalah mereka yang lebih cenderung mencapai
kejayaan perniagaan, mungkin setelah mencuba
kali ke sepuluh!

Walaupun perniagaan saya yang pertama pada


tahun 2000, saya hanya mendapat 3 pelanggan
sahaja dengan keuntungan RM500 sepanjang
tahun, saya tetap bersabar. Tanpa sabar, tidaklah
saya capai tahap hari ini menajalankan perniagaan
hingga ke peringkat global hari ini.

Kesabaran saya pastinya tidak dapat


dibandingkan dengan kesabaran Khadijah
Khuwailid RA. Umpama angkasa lepas dan bumi.
Bukan lagi langit dan bumi!

Tetapi, itulah teladan seterusnya yang perlu


dicontohi.

Walapun dibesarkan dalam keadaan yang mewah


melalui kekayaan perniagaan keluarganya, bukan
semua perjalanan hidupnya adalah mudah. Malah
Khadijah Khuwailid telah menunjukkan teladan
kesabaran yang tidak dapat ditandingi.

Apabila ayahnya Khuwailid bin Asad meninggal


dunia, Khadijah perlu mengambil tanggungjawab
mengetuai perniagaan warisan ayahnya. Satu
tanggungjawab yang sangat besar bagi seorang
wanita di zaman itu yang memerlukan kesabaran.

Kisah hidup awal Khadijah Khuwailid RA juga


dilanda pelbagai cabaran apabila dua kali
mendirikan rumah tangga, dan kedua-dua kalinya
suami meninggal dunia menjadikannya ibu
tunggal selama 15 tahun membina perniagaan
sebelum bertemukan Rasulullah SAW.

Bayangkan menjalankan empayar perniagaan


yang didominasikan oleh kaum lelaki. Dan ketika
itu, kerosakan akhlak dan korupsi amat
berleluasa. Khadijah Khuwailid RA tidak pernah
kompromi sifat kemuliaannya sebagai wanita
yang terpuji dalam mengembangkan lagi
perniagaannya. Namun, perniagaannya terus
berkembang menandingi perniagaan-perniagaan
yang lain.
Sifat sabar adalah sifat yang terpuji. Tidak kira
dalam hidup seharian ataupun ketika dalam
menjalankan perniagaan.

Kesabaran Khadijah Khuwailid RA lebih ketara


lagi apabila ditimpa pelbagai dugaan dan cabaran
lebih-lebih lagi apabila suaminya Nabi
Muhammad SAW mendapat wahyu dan
memulakan perjuangan Islam.

Direkodkan bahawa lebih kurang 10 tahun


mengahwini Rasulullah SAW (sebelum menerima
wahyu di gua Hira’), Khadijah dan Rasulullah
SAW menjalankan hidup berkeluarga yang sangat
bahagia bersama anak-anak sambil perniagaan
diteruskan.

Tidak banyak yang dikisahkan waktu ini dan


menurut ahli sejarah, inilah waktunya Khadijah
dan Rasulullah SAW memberi tumpuan kepada
keluarga menjadi ibu dan ayah yang terhebat
sambil mengimbangkan kasih sayang keluarga
dan berniaga.
Oleh kerana tidak banyak yang diketahui dan
direkodkan waktu ini, maka tidak dapat saya
mengulaskan lebih banyak waktu 10 tahun ini.

Cuma bayangan sahaja dapat memuaskan hati


dengan pengetahuan keperibadian Rasullullah
SAW dan isteri Khadijah Khuwailid RA yang kita
ketahui dan kagumi waktu itu, membina institusi
keluarga dan perniagaan yang hebat.

Ada pendapat mengatakan ada ketika Rasulullah


SAW telah menerajui perniagaan Khadijah
Khuwailid RA ketika itu, dan ada juga pendapat
mengatakan tugasan mengetuai perniagaan telah
diberikan kepada orang lain (deligasi). Namun
pendapat bersepakat mengatakan kehidupan
mereka adalah sangat bahagia. Tidak dikatakan
“bermewah” oleh kerana itu bukanlah
keperibadian Rasulullah SAW, tetapi dalam waktu
yang sama bukanlah hidup susah dalam
kemiskinan.
Dalam penyelidikan saya menghasilkan buku ini,
saya terjumpa gambar yang sangat “rare” ini yang
menunjukkan rumah Khadijah Khuwailid
bersama Rasulullah SAW ketika Fatimah
dilahirkan. Mungkin melalui gambar ini dapat
menceritakan 1000 kisah bagaimana gaya hidup
Khadijah Khuwailid dan Rasulullah SAW ketika
itu.

Kini, rumah itu telah dirobohkan untuk memberi


ruang kembangnya banggunan Masjidil Haram
seperti yang kita kenal hari ini.
Kesabaran Khadijah Khuwailid lebih banyak diuji
sebelum Rasulullah SAW menerima wahyu lagi.
Bertahun-tahun Rasulullah SAW di gua Hira’,
mendapat sokongannya tanpa sebarang bantahan.
Walaupun orang ramai mula berkata-kata
mengenai Rasulullah SAW yang sering bertapa di
gua Hira’ seorang diri.

Pastinya kita pernah dengar kisah Khadijah


Khuwailid RA yang sering mendaki gunung Jabal
Al Nour untuk membawa makanan kepada
Rasulullah SAW kadangkala 2 kali sehari di gua
Hira’. Bagi anda yang pernah mengunjung Mekah
dan cuba mendaki Jabal Al Nour melawat gua
Hira’, pastinya tahu betapa sukarnya pendakian
itu. Walaupun kini telah mempunyai anak-anak
tangga!

Kesabaran Khadijah Khuwailid terus diuji apabila


Rasulullah SAW menerima wahyu dan menerima
tentangan dari orang ramai. Bayangkan sebagai
seorang wanita yang dibesarkan dengan
keselesaan dan kemewahan sejak kecil lagi dan
sering dipuji dan diangkat namanya sebagai
“Permaisuri Quraisy”, satu ketika dulu kini
mendapat tentangan hebat di kutuk dan dikeji
oleh orang ramai oleh kerana agama yang dibawa
oleh Rasulullah SAW. Mereka berdua ditentang
sangat hebat!

Seterusnya, empayar perniagaan yang dibina


Khadijah Khuwailid juga ditentang ketika waktu
boikot dikenakan kepada pemeluk agama Islam
yang agak kecil ketika itu. Hingga terpaksa keluar
dari Mekah.

Bertahun-tahun mereka terpaksa tinggalkan


Mekah dan hidup dengan penuh kesusahan demi
Islam. Makan dan minum juga tidak pernah
mencukupi. Hingga terpaksa makan daun-daun
sahaja ketika itu mengakibatkan pelbagai penyakit
melanda dan ada yang meninggal dunia.

Bayangkan kesabaran pejuang-pejuang Islam ini


termasuk Khadijah Khuwailid RA yang tidak
pernah hilang semangat dan sokongan kepada
Rasulullah SAW.
Ketika itu, kesihatan Khadijah Khuwailid RA juga
turut terjejas oleh kerana beliau telah pun
berumur 60-an. Dan meninggal dunia tidak lama
kemudian selepas boikot keatas umat Islam
dihentikan.

Tahun 619M, dikenali sebagai Tahun Kesedihan


Islam. Tahun Khadijah Khuwailid RA dan Abu
Talib, bapa saudara Rasulullah SAW meninggal
dunia.

Abu Talib juga merupakan ‘mentor’ awal


perniagaan Rasulullah SAW sejak berumur 12
tahun lagi.

Pertama kali mendengar kisah pengorbanan dan


kesabaran Khadijah Khuwailid RA, saya tidak
dapat henti menitiskan air mata!

Begitulah sedikit sahaja dari banyak lagi kisah


yang saya dapat kongsikan dalam buku ini tahap
kesabaran wanita dan usahawan unggul Khadijah
Khuwailid RA. Selebihnya, kita hanya dapat
bayangkan sahaja. Inilah ciri-ciri kesabaran yang
dibawanya ketika menjalankan perniagaan dan
mengembangkan perniagaannya ketika zaman
kegemilangan empayar perniagaannya.

Dalam perniagaan hari ini, kita tidak lari dengan


pelbagai cabaran. Antara cabaran yang paling
berat dihadapi adalah cabaran mendapat
tentangan dari orang lain. Walaupun teramat jauh
sekali dibandingkan tentangan yang dihadapi
Khadijah Khuwailid RA satu ketika dulu, berikut
adalah sedikit tip bagaimana menghadapi
tentangan atau kritikan orang lain terhadap kita
sebagai usahawan.

Dan formula ini saya gelarkannya, formula


S.A.B.A.R untuk dikaitkan dengan teladan #7
yang perlu dicontohi.

S.A.B.A.R
Hendak mencapai kejayaan tidak mudah.
Terutamanya apabila terkena pada batang hidung
sendiri kritikan atau kutukan orang lain pada diri
kita, pastinya hati akan terasa. Sememangnya kita
tidak mahu bersama mereka yang bersikap
negatif, tapi adakalanya, walaupun tidak
diundang, mereka akan datang muncul juga entah
dari mana.

Apabila terkena kritikan atau kutukan dalam


perjalanan mengejar kejayaan, perlu banyak
bersabar.

Bagaimana hendak bersabar apabila dikritik


hebat? Ikuti formula S.A.B.A.R di sini, dimana
setiap huruf mempunyai makna…

S – Siapa?

Siapa yang mengkritik tersebut? Apakah latar


belakangnya? Apakah ilmu yang dimiliki?
Apakah pengalaman yang dilalui? Kenali terlebih
dahulu SIAPA yang mengkritik itu untuk
membuat pertimbangan sewajarnya adakah perlu
atau tidak kita mengambilnya.

Seperti rancangan realiti memasak, atau nyanyian,


terdapat beberapa pengkritik di situ. Namun,
pengkritik-pengkritik tersebut bercakap
berdasarkan kepakaran dan pengalaman masing-
masing. Maka, ada baiknya kritikan perlu
diterima.

Tetapi sekiranya kritikan itu datang dari mereka


yang tidak berilmu, pengalaman atau kepakaran
dalam bidang yang anda lakukan, maka, tepuk
dada tanya selera untuk terima atau tidak.

Tambah-tambahan, di zaman media sosial ini,


semua orang ingin menjadi “pengktirik” hebat.
‘Keyboard Warriors’ memang ramai. Sehingga
orang yang kita tidak kenali pun. Patutkah kita
mendengar kata-kata mereka?

Jika tanya saya, pastinya tidak.

A – Apa niat mereka?

Apa niat mereka mengkritik anda? Adakah untuk


kebaikan anda atau hanya sekadar ingin
menjatuhkan semangat anda. Adakalanya ianya
adalah untuk kebaikan anda juga untuk
dipertimbangkan. Namun adakalanya niat yang
tidak baik pun ada dalam diri mereka.

Sememangnya kita tidak tahu apa niat di hati


seseorang itu, namun dengan cara bahasa, gaya,
pertuturan, persekitaran dan sebagainya anda
boleh fikirkan sendiri.

Mengutuk secara terbuka di Facebook untuk


dibaca oleh orang ramai? Hmmm… pastinya niat
sudah tidak betul di situ!

Tetapi jika seseorang, memeberi nasihat dengan


cara yang baik dan penuh empati, maka mungkin
niatnya adalah untuk membantu anda.

B – Baiki kelemahan

Untuk berjaya, kita perlu perbaiki diri kita sendiri.


Adakalanya kritikan yang membina datang untuk
memperbaiki diri kita sendiri. Jangan pula kita
pejamkan mata dan terasa ego untuk tidak
memperbaiki diri.

Manusia tidak sempurna dan pastinya ada ruang


dan peluang untuk menjadi lebih baik. Cari
kebaikan yang positif disebalik kritikan negatif
yang dapat memperbaiki diri sendiri. Segala-
galanya datang berpasangan.

Apa sahaja yang negatif tentunya mempunyai


ruang untuk dijadikan positif. Kritikan yang
membina akan memperbaiki diri kita sendiri.

A – Abaikan

Abaikan sahaja kritikan yang menjatuhkan kita


dan menyedihkan kita. Sememangnya ada pihak
yang tidak akan selesa dengan apa sahaja kita
lakukan. Pastinya kita tidak dapat puaskan hati
semua pihak, walaupun kita cuba sedaya upaya.
Menjalankan perniagaan yang berjaya? Pastinya
ada pesaing tidak akan puas hati dengan anda.
Jangan diambil kira jika terdapat kritikan yang
hanya melemahkan semangat anda. Ianya akan
menarik segala tenaga yang ada dalam diri anda
sendiri dan terasa down dan stress sahaja.

Lebih baik tumpukan tenaga anda itu sebagai picu


untuk terus berusaha dan buktikan mereka yang
mengkritik tidak berasas adalah salah.

R – Rilex la bro! Rilex la sis!

Welcome to the club! Dalam perjalanan saya


mencapai kejayaan juga pastinya ada yang
mengkritik. Terutamanya di peringkat awal
perjalanan. Ini kerana pada peringkat awal,
kejayaan kita tidak sehebat mana dan masih lagi
ada banyak peluang sesiapa sahaja untuk
mengkritik. Kita tidak mempunyai apa pun
kejayaan untuk buktikan pengkritik-pengkritik
itu.

Tetapi, lama kelamaan, pengkritik akan senyap


sendiri apabila kita terus mengejar kejayaan tanpa
mengendahkan mereka. Sehingga satu hari nanti,
kita terlalu jauh dihadapan untuk kita risaukan
apa sahaja yang mereka kata.

Oleh itu, sekiranya anda di kritik hebat, yang


tidak membantu anda, RILEX LA BRO! RILEX LA
SIS! Welcome to the club and just move on dalam
mencapai kejayaan!

Selepas ini, sekiranya dikritik, ingat… S-A-B-A-R.


Itulah formula apabila dikritik.

Pesanan jika pasangan anda menjalankan


perniagaan
Terlanjur kongsikan kisah kesabaran Khadijah
Khuwailid RA dan institusi keluarga yang penuh
dengan kasih sayang dan kecintaan bersama
Rasulullah SAW, perlu juga diingatkan kepada
usahawan hari ini tentang sokongan suami atau
isteri yang menjalankan perniagaan.

Dikatakan “Behind every succesful man, there is a


woman”. Begitu lah juga sebaliknya.
Menyokong pasangan dalam perniagaan adalah
satu-satunya kunci murah rezeki dalam
perniagaan. Bagaimana Siti Khadijah RA
menyokong Rasulullah SAW ketika berniaga dan,
begitu juga sokongan Rasulullah SAW diberikan
kepada isterinya tersayang Khadijah Khuwailid
RA ketika menjalankan perniagaan dan juga susah
senang apabila ditentang hebat dalam dakwah
Islam.

Seringkali saya mendapat email dari pengikut


saya di media sosial mengadu “Suami tidak
menyokong dan faham saya menjalankan
perniagaan” adu si isteri, tak kurang juga email
dari para suami yang berbunyi sebaliknya “Isteri
tidak menyokong dan faham saya menjalankan
perniagaan”.

Dan dari bertahun-tahun pengalaman saya


menjalankan perniagaan membantu usahawan
baru kecil-kecilan hinggalah membantu syarikat
bernilai bermilion, satu corak sering terjadi.

Isteri ATAU suami sering kali tidak menyokong


ketika waktu susah dan tidak mendapat pulangan.
Tetapi, sokongan hanya datang bila waktu senang
dan mendapat pulangan perniagaan.

Susah senang perniagaan perlu dilalui bersama.


Sokongan pasangan sangat-sangat diperlukan
ketika bermulanya perniagaan oleh kerana itulah
waktu yang paling cenderung menghadapi
kegagalan dan kesusahan.

Makin tidak disokong pasangan anda, makin


itulah rezeki akan ditarik Allah SWT.

Dan janganlah ini pula yang terjadi pada kita.

Seperti yang dikongsikan di awal Teladan #7 ini,


perniagaan memerlukan kesabaran. Lebih-lebih
lagi di peringkat awal perniagaan. Kejayaan
perniagaan bukanlah datang dalam masa sehari
dua, atau sebulan dua. Mungkin setahun dua atau
pun lebih.

Waktu inilah sebagai seorang isteri, atau sebagai


seorang suami, sokongan 100% perlu diberikan
kepada pasangan anda dalam menghadapi
kesusahan perniagaan. Berbanyak bersabar dan
terus memberi sokongan. Jika bukan anda, siapa
yang akan menyokong pasangan anda?

Sentiasa bersabar dalam perniagaan. Seperti


teladan Khadijah Khuwailid RA.

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW


bersabda :

“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin


kerana setiap urusannya adalah baik dan itu
tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali
kepada seorang Mukmin (yang sempurna
keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang
mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah
kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan
dia bersabar, maka itu adalah kebaikan
baginya.”
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)
TELADAN #7:
MEMBERI PENGGANDA REZEKI

Bukan lagi rahsia kekayaan adalah untuk lebih


banyak memberi. Rukun Islam mewajibkan kita
memberi kepada mereka yang memerlukan.

Sekiranya anda telah mebaca buku saya "8


Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf.
Usahawan Muslim Terhebat!" Klik di sini untuk
mendapat kan nya secara percuma, salah satu
Strategi yang di kongsikan adalah Abdul Rahman
bin Auf sebagai Saudagar Tuhan. Dimana
kekayaannya bukan digunakan untuk duniawi,
tetapi untuk Islam. Usahanya bertungkus lumus
menjadi orang yang terkaya ketika itu adalah
untuk Islam, dan bukan untuk peribadi.

Bertahun-tahun sebelum Abdul Rahman bin Auf


menempa kejayaan dalam bidang perniagaan,
Khadijah Khuwailid adalah wanita yang terkaya
di Quraisy. Di mana diceritakan rombongan
perniagaannya boleh di katakan sebesar
rombongan Abdul Rahman bin Auf.
Juga diceritakan rumah Khadijah Khuwailid
adalah sangat besar di Mekah hasil dari kekayaan
perniagaannya. Dan tertera hiasan yang sungguh
cantik diperbuat dari sutera hijau di keliling
banggunan rumahnya.

Namun hiasan itu bukan lah untuk menunjuk-


nunjukkan kekayaannya kepada orang ramai.
Tetapi sebenarnya untuk menunjuk kan arah di
mana tempatnya untuk mereka yang susah dan
memerlukan bantuan datang bertandang.

Dekorasi sutera hijau adalah umpama papan


tanda untuk Sesiapa sahaja datang dan mendapat
bantuan. Sama ada fakir miskin, anak yatim piatu,
ibu tunggal, atau sesiapa sahaja akan diberi
bantuan.

Begitulah keperibadian Khadijah Khuwailid RA.


Dan disitulah juga datangnya gelaran Taharah
(Pure) yang diberi kan.
Ketika itu, Islam belum lagi diturunkan. Khadijah
Khuwailid sudah melakukan rukun Islam dengan
cara yang tiada siapa dapat tandingi!

Apabila Islam diturunkan dan Rasulullah SAW


mula meyebarkan Islam, isterinya yang tersayang,
Khadijah Khuwailid adalah orang yang pertama
dan utama membelanjakan hartanya untuk
Rasulullah SAW ketika tidak mendapat sokongan
dari orang lain!

Begitulah wanita hebat Khadijah Khuwailid RA.


Harta dan kekayaan diberikan semua kepada
orang lain dan untuk Islam.

Dalam Islam, sedekah bukan sahaja pada harta


dan kekayaan. Hinggakan senyuman pun satu
pemberian sedekah oleh kerana ianya membantu
dan memberi kesan positif kepada orang
sekeliling.

Diaplikasikan dalam perniagaan, segala bentuk


pemberian sedekah akan memudahkan lagi rezeki
perniagaan kita.
Sememangnya kita tidak mampu memberi seperti
Khadijah Khuwailid RA. Namun jangan dijadikan
itu sebagai alasan oleh kerana memberi itu
pelbagai.

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang


menerima. Memberi akan memurahkan rezeki
kita. Tidak semestinya beri wang, ada pelbagai
pemberian yang boleh memurahkan rezeki kita
setiap hari dan hanya memerlukan sedikit sahaja
usaha.

Berikut adalah 7 pemberian yang anda boleh


berikan untuk murah rezeki!

1. Beri senyuman
Senyuman adalah sedekah. Senyuman bukan
sahaja akan mengundang senyuman balas dari
orang lain, tetapi juga senyuman akan
membuatkan hati dan diri kita tenang dan
bersyukur dengan apa sahaja rezeki Allah swt.
"Janganlah engkau meremehkan kebaikan
sedikitpun, meskipun hanya dengan bertemu
dengan saudaramu dengan wajah yang berseri”.
(H.R. Muslim).

2. Beri kata-kata yang baik


Beri semangat dan sokongan kepada mereka yang
memerlukan.

“Allah swt memberi rahmat kepada orang yang


berkata baik lalu mendapat keuntungan, atau
diam lalu mendapat keselamatan” Hadis Riwayat
Ibnul Bubarak.

3. Beri sedekah kepada mereka yang


memerlukan.
Rezeki tidak akan berkurangan sekiranya kita
bersedekah. Malah, kita akan mendapat ganjaran
yang lebih banyak lagi di dunia dan juga di
akhirat apabila membantu mereka yang
memerlukan.

4. Beri makanan kepada haiwan


Beri sedekah bukan hanya pada manusia. Kepada
haiwan juga adalah makhluk Allah SWT yang
dijadikan kerana bersebab. Kalau ketika kucing
datang minta makanan di kedai, berilah sedikit.
Keajaiban rezeki akan datang pada anda
InshaAllah.

5. Beri hadiah kepada orang tua.


Gembirakan orang tua akan memurahkan rezeki
kita. Tak semestinya barangan mahal, pemberian
yang kecil juga akan menggembirakan mereka.

Khadijah Khuwailid RA memberi kepada tak kira


tua dan muda. Satu ketika beliau mendapat tahu
tentang wanita yang menjaga Rasulullah SAW
ketika bayi, Khadijah terus memberi pelbagai
sedekah dan pemberian kepadanya. Tanda kasih
sayangnya kepada Rasulullah SAW peribadinya
yang tidak mengendahkan harta kekayaan selain
dari membantu orang.

6. Beri usaha yang tekun dalam kerja yang


dilakukan
“Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila
seseorang kamu bekerja dan melakukan
pekerjaan itu dengan tekun” Hadis Riwayat Abu
Daud.

7. Beri pemberian surprise kepada Suami atau


Isteri!
Gembirakan suami dan isteri sentiasa. Apa kata
lakukan hari ini! Rezeki rumah tangga tiada
ternilainya!

Yakinlah bahawa rezeki itu adalah jaminan Allah


SWT pada mereka yang mengusahakan rezeki itu.

Sehingga hari ini, masih terngiang-ngiang dalam


telinga saya pesanan ustaz saya satu ketika dulu
yang terus memberi impak kepada saya hingga
hari ini. Katannya..

"Kita selalu berdoa Ya Allah, kalau aku berjaya,


aku akan tambah kan lebih banyak sedekah aku"

Sambung ustaz lagi…


"Sebaiknya bukan begitu. Tetapi perlu beri
sedekah dahulu, barulah Allah SWT akan berikan
kejayaan. Dan lepas dapat kejayaan, banyakkan
lagi sedekah!"

Hadis ada menyebut, harta kita tidak akan


berkurangan sekiranya berzakat & bersedekah.
Ianya adalah amat benar. Lagi banyak anda
memberi dengan ikhlas, lagi banyak anda
menerima.

Saya teringat masa saya muda dulu (form 4 ke


form 5), saya ada menghadiri kursus agama di
sekolah. Dan ketika itu, ada seorang penceramah
yang amat hebat. Penceramah (tak ingat nama)
menyebut tentang konsep sedekah (walaupun
ceramah itu bukan seperti ceramah-ceramah
agama yang selalu kita dengar, penceramahnya
agak modern). Beliau menyeru untuk semua
sedekah RM10.

Pada ketika itu, maklumlah, kita budak sekolah


menengah. RM10 tu banyak sangat!
Tetapi penceramah itu kata, beliau GUARANTEE
yang beberapa hari lepas kita sedekah tu, kita
akan dapat balik jumlah tersebut dan selalunya
lebih daripada itu! Apa yang saya tertarik sebab
penceramah tu kata “guarantee”. Selalu
penceramah lain akan kata “Insya-Allah”.

So, I gave it a shot. Lepas program itu, saya pun


sedekah RM10 di masjid. Memang berat masa tu,
pastinya RM10 adalah sangat besar bagi saya!

Beberapa hari kemudian, bagaikan magic,


memang betul. Saya menerima RM50 daripada
abang saudara yang balik dari bekerja di luar
negara. Pada ketika itu, saya amat terkejut bahawa
it works! Sememangnya harta tidak akan
berkurangan sekiranya kita bersedekah!

Allah berfirman yang bermaksud: “Derma orang-


orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah ialah sama seperti sebiji benih yang
tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap
tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan
(ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala
bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah
Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi
ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat
261)

Kita sedia faham tentang konsep bersedekah dan


memberi dari segi tuntutan agama.

Memberi dan bersedekah juga memberi kesan


psikologi kepada diri kita di mana ianya
membuatkan kita rasa bahawa harta dan kekayaan
adalah tidak terhad dan berlebih-lebihan di luar
sana.

Rezeki itu amat luas.

Seseorang yang tidak suka memberi dan


bersedekah (bukan anda!) akan sentiasa dalam
keadaan ketakutan bahawa harta itu terhad dan
sedikit. Sebab itu dirasakan umpama perlu bolot
dan simpan segala-galanya. Tidak mahu memberi
oleh kerana takut tiada lagi rezeki akan datang
jika rezeki yang kita ada diberikan.
Inilah yang di katakan sebagai takut kepada
kemiskinan.

"Janganlah kamu takut kepada kemiskinan


kerana membelanjakan harta di-jalan Allah."
(Surah Al-Baqarah:245)

Rezeki itu sangat luas. Ianya sangat banyak dan


lebih dari mencukupi untuk sesiapa sahaja yang
suka memberi.

Teladan Khadijah Khuwailid RA perlu dicontohi.


Untuk sentiasa memberi, ketika banyaknya harta
beliau sebagai wanita terkaya Quraisy dan
usahawan wanita terunggul, dan terus memberi
hingga nafas terakhirnya hanya sehelai
sepinggang oleh kerana segala-galanya diberi
untuk Islam.
Kata akhir…
Harapan saya anda telah mendapat banyak
manfaat dari buku “7 Teladan Perniagaan
Khadijah Khuwailid: Usahawan Wanita
Terunggul”

Walaupun buku ini telah tiba di penghujungnya,


namun begitu perjalanan kita mungkin baru akan
bermula.

Jika anda ingin memulakan perniagaan online


anda yang pertama, atau mahu kembangkan
perniagaan sedia ada anda ke tahap yang lebih
tinggi, ingin menjemput anda untuk sertai
Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi
Media Sosial.

Program ini bukan sahaja mempunyai modul-


modul yang teratur dan lengkap untuk memberi
ilmu perniagaan dan pemasaran internet, tetapi
juga memberi bantuan dan bimbingan yang anda
perlukan.
Alhamdulillah sejak tahun 2006 lagi program yang
saya kendalikan telah melahirkan paling ramai
usahawan online berjaya, dan jika ada rezeki, anda
juga dapat turut serta.

Untuk maklumat lanjut lagi Program Intensif


Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial,
lawati www.OpenEducation.com.my

Irfan Khairi
Dubai, UAE
Februari 2020