Anda di halaman 1dari 25

!

Assalamualaikum…
Memang tidak dapat dinafikan bahawa media sosial seperti Facebook,
Instagram, Linked In, YouTube dan Twitter, adalah platform yang penting untuk
membina hubungan dan jenama dalam perniagaan. Syarikat besar-besaran
melaburkan berjuta USD untuk membangunkan platform media sosial mereka
dengan pelbagai update setiap hari, sama ada melalui text, gambar ataupun
video.

Sebagai perniagaan kecil-kecilan, kita juga perlu lakukan yang sama. Bukan
melabur berjuta USD! Tetapi, melaburkan masa untuk sentiasa update platfom
media sosial kita sentiasa diingati pelanggan.

Penyelidikan pemasaran mengatakan bahawa sebaiknya kita perlu update


media sosial sekurang-kurangnya 3 kali sehari secara purata. Dengan cara ini,
kita akan sentiasa diingati prospek dan pelanggan kita. Kita akan mendapat
prospek baru, dan dapat membina kesetiaan jenama (brand loyalty) dengan
pelanggan-pelanggan sedia ada.

Namun, antara masalah dan kesukaran pemilik perniagaan adalah…

“NAK UPDATE APA SETIAP HARI?”

Oleh kerana soalan inilah, saya dan team saya di IKSB menghasilkan senarai
101 idea untuk anda, sebagai pemilik perniagaan, untuk mendapatkan idea-
idea posting dikala tiada idea yang datang.

Cara menggunakan senarai “101 Idea Posting di Media Sosial” ini adalah,
pada bila-bila masa sahaja, anda boleh memilih secara rawak/random idea-
idea yang tertera di dalam ebook mini ini. Mungkin hari ini anda menggunakan
idea 12, 54 dan 83. Mungkin esok anda menggunakan idea 5, 23 dan 97. Lusa
anda menggunakan idea 20, 67 dan 86.

Terpulang kepada anda!


Tidak kira bagaimanapun anda menggunakannya, harapan kami di Irfan Khairi
Sdn Bhd, pemberian 101 idea ini dapat memberi ilham kepada anda setiap
hari, apabila ingin updatekan media sosial anda. Mudahan ianya memberi
manfaat!

Ikhlas, tapi Jauh…


Irfan Khairi & Team IKSB
Dubai & Kuala Lumpur

PS: Jika anda ingin bantuan saya dan juga team kami di dalam memulakan
perniagaan internet anda yang pertama, atau bantu mengembangkan lagi
perniagaan anda sedia ada (tidak kira menjual produk atau perkhidmatan),
suka kami menjemput anda ke Program Intensif Perniagaan Internet dan
Strategi Media Sosial yang telah melahirkan paling ramai usahawan internet di
Malaysia sejak tahun 2005 lagi. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Ingin menjemput anda ke pusat latihan kami yang eksklusif, IKSB Signature di
Oval Damansara! Klik untuk maklumat lanjut.
idea 1
Poskan buku apa yang anda sedang baca di waktu ini.

idea 2
Pos gambar tempat kerja anda sekarang. Pejabat?
Rumah? Starbucks? Contoh di sini.

idea 3
Kongsikan berita terkini mengenai industri anda

idea 4
Tengok kalendar, apakah hari penting terdekat, hari
guru? Hari ibu? Hari Merdeka? Beri ucapan di media
social. Contoh di sini.

idea 5
Kongsikan tulisan artikel di blog anda yang terbaru.
idea 6
Kongsikan sedikit tentang produk atau perkhidmatan
yang bakal dikeluarkan. (Teaser coming soon!).

idea 7
Berkongsi video proses belakang layar (Behind the
scenes) projek anda terkini. Contoh di sini.

idea 8
Kongsikan ulasan atau testimoni pelanggan anda dalam
bentuk gambar yang menarik. Contoh di sini.

idea 9
Buatkan wawancara bersama pelanggan dan minta
kongsi pengalaman mereka menggunakan produk anda.

idea 10
Kongsikan berita terkini atau sensasi, tetapi yang
berkaitan dengan industri perniagaan anda.
idea 11
Mungkin anda bakal hadiri sesuatu acara besar?
Promosikan acara itu.

idea 12
Anda tahu tentang peluang pekerjaan dari mana-mana
syarikat? Kongsikan. Bantu mereka yang
memerlukannya.

idea 13
Anda ada Podcast? Audio atau video promo? Info Video
yang bermanfaat? Kongsikan dengan followers anda.

idea 14
Jawab secara terbuka semua soalan-soalan yang sering
ditanya oleh pelanggan anda.

idea 15
Kongsikan pautan (link) yang sumber-sumber percuma
dan boleh memberi manfaat serta memberi nilai yang
tinggi.
idea 16
Kadang-kadang kongsi juga tentang siapa yang
mengendalikan pejabat anda, atau tunggak penyelia
perniagaan anda.

idea 17
Buatkan survey, tanya pelanggan-pelanggan anda, apa
produk atau perkhidmatan yang mereka mahu lihat anda
tawarkan.

idea 18
Mungkin anda ada tip-tip untuk berjaya dalam
perniagaan? Kongsikan tip kejayaan anda.
Contoh di sini.

idea 19
Petua-petua juga bagus untuk dikongsikan. Serlahkan
petua terbaik anda untuk memanfaatkan kesihatan
kehidupan seharian.

idea 20
Kadang-kadang membuat kuiz juga menarik. Lebih-lebih
lagi kuiz berkenaan dengan industri anda sendiri.
idea 21
Bagus juga bertanya pendapat tentang apa yang baik
untuk menambahkan lagi jualan anda. Sekali sekala ada
lebih mendengar pendapat followers anda akan memberi
idea bernas!

idea 22
Hanya berkongsi tentang pekerjaan atau perniagaan
mungkin membosankan. Selang-selikan dengan kisah-
kisah lucu atau yang dapat mencuit hati. Contoh di sini.

idea 23
Kadang-kadang buatkan sesi Q & A tentang diri anda.
Beri peluang untuk mereka bertanya apa sahaja tentang
diri anda.

idea 24
Anda mungkin pernah melalui kegagalan? Kongsi
pengalaman itu agar orang ramai tidak melakukan
perkara yang sama.

idea 25
Kongsikan mengenai rakan kongsi atau
jenama yang anda sedang bekerjasama.
idea 26
Memberi tawaran percuma istimewa, mudah, murah atau
eksklusif yang boleh menggembirakan followers anda.

idea 27
Buat video live suasana di pejabat anda, bagaimana
hubungan antara rakan sepejabat bila berehat.

idea 28
Buatkan video ucapan hari jadi top fan anda, beramai-
ramai bersama kawan-kawan.

idea 29
Kongsikan posting orang lain yang melucukan, sambil
memberi komen peribadi.

idea 30
Pos gambar makanan atau minuman favourite anda.
idea 31
Anda ada lagu lama-lama yang mengimbau nostalgia?
Kongsikan dengan kawan-kawan dan tengok siapa yang
juga punya citarasa seperti anda. Contoh di sini.

idea 32
Promo gerai nasi lemak yang selalu anda beli
(atau restoran sarapan pagi kegemaran anda).
Contoh di sini.

idea 33
Sometimes, best juga kalau anda kongsikan sedikit
kebaikan-kebaikan handphone terbaru anda.

idea 34
Ingatkan kembali permainan zaman kanak-kanak dan
tanya siapa pernah bermain permainan yang sama.

idea 35
Promo restaurant tempat anda selalu makan.
idea 36
Tanya pendapat bagaimana nak mengatasi masalah
kesihatanseperti susah tidur, sering selsema atau selalu
batuk? Mungkin ada ramai yang boleh beri petua
kesihatan.

idea 37
Kongsikan fashion pakaian terkini atau apa yang orang
suka pakai sekarang.

idea 38
Apakah gajet terbaru di pasaran yang menjadi trend?
Kongsikan atau boleh minta followers sharekan info itu.

idea 39
Kadang-kadang kongsikan gambar keluarga, atau ibu
dan ayah. Kongsikan rasa rindu kepada keluarga. Tentu
followers turut merasa apa yang anda rasa.

idea 40
Kongsi saat melucukan waktu anda pernah membuat
kesilapan.
idea 41
Tanya pendapat, movie apa yang best untuk ditonton.

idea 42
Buatkan Free Coupon untuk followers menangi dalam
Kuiz Trivia anda.

idea 43
Kongsikan kisah hidup atau pengalaman anda sewaktu
anda kecil. Contoh di sini.

idea 44
Kongsikan bagaimana anda bermula dengan perniagaan
anda sekarang, brand story anda!

idea 45
Kongsikan semula apa yang anda post di beberapa bulan
yang lalu. Ulang balik ;)
idea 46
Beri peringatan tentang produk atau perkhidmatan anda.

idea 47
Selalu juga mengucapkan terimakasih kepada followers
anda atas lawatan dan sokongan mereka setiap hari.

idea 48
Hargai followers anda dengan memberi Free Gifts.

idea 49
Kongsikan website link anda, atau youtube channel anda.

idea 50
Kongsikan tip-tip motivasi bergambar. Jangan lupa
muatkan logo atau website anda di dalam imej tersebut.
Contoh di sini.
idea 51
Kongsikan cerita, filem, yang memberi inspirasi kepada
anda untuk berjaya.

idea 52
Kongsikan video clip pendek tentang perasaan anda yang
gembira memiliki followers setia. Contoh di sini.

idea 53
Kongsikan video milik motivator terkenal dunia.

idea 54
Kongsikan saat anda bersenam di gym

idea 55
Kongsikan anda dan family sedang, ’morning walk’ di
taman rekreasi atau apa sahaja aktiviti riadah.
idea 56
Kongsikan anda berjaya mencapai 10,000 langkah
berjalan untuk hari ini

idea 57
Kongsikan anda bersama keluarga mandi-manda di
pantai, bercuti. Contoh di sini.

idea 58
Picnic di pusat Air Terjun?, seronok juga untuk
dikongsikan.

idea 59
Tunjukkan gambar sebuah keluarga menggunakan
perkhidmatan anda.

idea 60
Post video testimoni dari pengguna setia anda.
Contoh di sini
idea 61
Promosikan juga produk kawan-kawan anda dan
kongsikan website mereka.

idea 62
Kongsikan kisah kejayaan dari pelanggan anda.

idea 63
Pos isikan tempat kosong. Buatkan apa-apa ayat yang
anda mahu followers anda jawabkan di dalam tempat
kosong tersebut.

idea 64
Beri peringatan agar followers anda tidak lupa untuk
isikan email list anda.

idea 65
Post juga selfie anda bersama kawan-kawan, keluarga,
dan sudah tentu orang-orang yang popular ;)
Contoh di sini.
idea 66
Repost Viral post dari mana-mana page atau instagram
dan berikan komen anda tersendiri.

idea 67
Share juga artikel dari blog-blog orang lain yang mungkin
bermanfaat untuk followers anda.

idea 68
Kongsikan gambar-gambar yang pelik dari serata dunia,
yang pasti membuatkan mereka yang melihat akan
tertanya-tanya bagaimana ia dilakukan. Contoh di sini.

idea 69
Highlightkan fan anda. Postkan wajah mereka yang
selalu memberi komen di wall anda dan berterimakasih.

idea 70
Post cerita pendek (cerpen) tetapi kisah benar tentang
diri anda. Selalunya akan ada followers yang juga pernah
melaluinya dulu.
idea 71
Post Live Video, rutin harian anda. Dari pagi apa yang
anda buat. Contoh di sini.

idea 72
Post tagline anda. Dan minta followers kongsikan tagline
mereka.

idea 73
Jangan lupa untuk post sekali lagi produk anda di dalam
bentuk video pula.

idea 74
Minta pendapat followers tentang logo/poster perniagaan
anda. Mungkin berikan 3-4 contoh logo/poster yang
mana patut digunakan. Contoh di sini.

idea 75
Jangan lupa untuk gunakan HASHTAG di dalam setiap
post anda.
idea 76
Jangan lupa waktu yang sesuai untuk posting. Jangan
pos waktu semua orang tengah sibuk bekerja.

idea 77
Kongsikan gambar-gambar kejayaan lalu. Atau medal,
awards yang pernah anda menangi. Contoh di sini.

idea 78
Anda tahu animasi pendek yang menarik, postkan di
media sosial anda.

idea 79
Berita sensasi dan terkini juga penting untuk dikongsikan
walau sudah ramai yang telah berkongsi.

idea 80
Jangan lupa setiap pos, diposkan juga di semua media
sosial yang lain.
idea 81
Poskan POSTER produk anda dengan warna yang
menarik dan memikat pelanggan.

idea 82
Screen Shot, komen/whatsapp/Messenger testimoni
pelanggan anda yang mengatakan produk anda baik
untuk mereka.

idea 83
Kongsikan perkara yang anda tidak dapat hidup
tanpanya.

idea 84
Kongsikan bagaimana cara anda mengulik diri sendiri
untuk mudah tidur di waktu malam. Contoh di sini.

idea 85
Kongsikan bagaimana anda luangkan masa setiap petang
selepas waktu kerja.
idea 86
Kongsikan perkara baru yang cukup penting, yang telah
anda pelajari hari ini.

idea 87
Kongsikan perkara yang buat anda sangat gembira.

idea 88
Sekiranya anda boleh menasihati versi diri anda yang
masih muda dulu, apakah yang anda akan nasihatikan?

idea 89
Kongsikan satu perkara yang followers anda atau sesiapa
sahaja yang tidak tahu tentang diri anda, yang berani
untuk anda kongsikan.

idea 90
Kongsikan impian dan cita-cita anda untuk anda capai
dalam masa 5-10 tahun akan datang.
idea 91
Kongsikan apakah perkara terbaru yang telah berlaku
dan amat mengecewakan anda.

idea 92
Kongsikan pengalaman anda dalam perjalanan bertemu
dengan pengedar-pengedar yang menjual produk anda.

idea 93
Kongsikan cara paling mudah, langkah demi langkah
untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan anda.

idea 94
Kadang-kadang kongsikan video bersama sahabat baik
anda, dan sama-sama memberi komen saat-saat yang
tak dapat dilupakan.

idea 95
Kongsikan pesanan ibu dan bapa dulu-dulu, yang anda
masih pegang hingga ke hari ini.
idea 96
kongsikan perbezaan produk anda dengan yang lain.

idea 97
Kongsikan masalah-masalah semasa, dan berikan
penyelesaian.

idea 98
Jawab beberapa soalan lazim yang pelanggan anda selalu
tanya tentang produk anda.

idea 99
Kongsikan juga hobi yang paling anda suka lakukan.

idea 100
Highlight pengedar top anda. Berikan insentif kepadanya.

idea 101
Kongsikan jualan tertinggi yang pernah anda cecah dan
berikan inspirasi kepada pengedar anda yang mereka
juga boleh jadi seperti anda.
Semoga memberi manfaat!
-Irfan Khairi