Anda di halaman 1dari 17

SARJANA MUDA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

KOD KURSUS : SBSF 1103

THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING

SEMESTER SEPTEMBER 2019

NAMA : MUHAMMAD HAMDI BIN ISMAIL

NO. MATRIKULASI : 870922025415001

NO. KAD PENGENALAN : 870922-02-5415

NO. TELEFON : 013 - 4138029

ALAMAT E-MEL : muhdhamdi_d@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITI KAMPUS SUNGAI PETANI

1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Penghargaan 3

Pengenalan 4

Mengenal masalah dan menerangkan masalah 5-7

Aplikasi 4 peringkat penyelesaian masalah 7-12

Kitaran membuat keputusan 13-16

Kesimpulan 16

Rujukan 17

2
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin
dariNya telah memberi kekuatan dan ketenangan minda untuk saya menyiapkan
tugasan ini berkaitan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih


kepada semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menghasilkan tugasan ini. Penghargaan ini secara umumnya ditujukan kepada pihak
Open Universiti Kampus Sungai Petani yang bertungkus lumus untuk memastikan
semua pelajar dapat menyiapkan tugasan secara lengkap dan seterusnya mendapat
segulung Ijazah yang diimpikan.

Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan untuk tutor saya yang dihormati iaitu
Dr Rajaletchumi a/p Thaliah dan tutor alam maya saya iaitu Pn. Affezah binti Ali
kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar untuk saya menyiapkan dan
melangkapkan tugasan ini.

SEKIAN, TERIMA KASIH

3
Pengenalan

Saya Siti dan suami saya bernama Amad, kami adalah sepasang kekasih yang
telah menjadi suami isteri dan telah diijabkabulkan pada tahun lepas. Saya dan suami
amat bahagia sepanjang tempoh perkahwinan kami. Suami saya berkerja di satu
syarikat yang agak terkemuka di Malaysia serta memperolehi pelbagai ganjaran dan
manfaat termasuk kos sewa rumah yang dibiayai oleh majikan suami saya. Syarikat
tersebut dikenali sebagai ABA teknologi Sdn Bhd dan tugas suami saya adalah
sebagai seorang jurutera.

Untuk pengetahuan semua saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Saya
dan suami amat bahagia melayari bahtera perkahwinan kami. Namun setelah kami
dikurniakan seorang cahaya mata kami di uji dengan satu ujian yang amat besar iaitu
syarikat suami saya bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga selama ini
mengalami masalah keewangan yang semakin merundum serta akan ditutup pada
bulan hadapan.

Hal ini amat memberi kesan kepada saya dan suami kerana saya adalah seorang
suri rumah sepenuh masa yang tiada punca pendapatan serta seorang ibu yang baru
dikurniakan cahaya mata yang mana tiada pengalaman, bermacam hal bermain
difikiran saya memikirkan apakah nasib kami sekeluarga selepas ini kerana kami
sekeluarga perlu berpindah daripada rumah yang kami diami sekarang, kemanakah
kami akan tinggal selepas ini, serta dimanakah kami hendak mendapatkan wang untuk
meneruskan hidup kami sekeluarga.

1.1 Berdasarkan situasi diatas serta berpandukan tugasan yang diberikan


beberapa masalah dikenalpasti.

1.2 Tugasan ini juga menuntut para pelajar umtuk menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.

4
2. Beberapa masalah yang dikenal pasti melanda keluarga saya dan suami
adalah :-

I. Ibu bapa yang baru menimbang cahaya mata


II. Syarikat tempat suami bekerja akan ditutup
III. Isteri tiada punca pendapatan
IV. Perlu berpindah keluar dari rumah sekarang

2.1 Ibu bapa yang baru menimbang cahaya mata

Selain dari faktor keewangan, ilmu tentang membesarkan anak juga perlu dicari
memandangkan saya adalah ibu yang baru menimbang cahaya mata. Ibu bapa mana
yang sanggup melihat anaknya menangis kelaparan, menangung kesakitan atas
kecuaian kita. Biarpun perlu mengikat perut untuk memastikan anak yang kita jaga
akan sentiasa mendapat makanan dan minuman apabila tiba waktu makan anak
tersebut. Selain itu kesihatan anak juga perlu dititik beratkan serta memastikan tarikh
temujanji dengan pegawai perubatan dipatuhi.

Permasalahan yang menimpa keluarga saya dan Amad, kami baru mendirikan
rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata dan suami saya telah kehilangan
punca pendapatan serta kami tiada pengalaman sebagai ibu bapa. Kita sedia maklum
jika kita baru menimang cahaya mata, segala kos perbelanjaan untuk bayi boleh
dikatakan agak tinggi seperti pampers, susu, rawatan perubatan dan lain-lain perlu
diambil kira.

5
2.2 Syarikat tempat suami bekerja akan ditutup

Ekoran ekonomi semasa di negara kita yang adanya pasang dan surut syarikat
suami saya juga mengalami masalah yang sama. Hal ini akan mempengaruhi
kehidupan kami sekeluarga, kemungkinan emosi suami saya terjejas akibat daripada
situasi ini.

Hal yang paling membimbangkan saya adalah dia mungkin akan terjerumus
dalam aktiviti jenayah jika terlalu memikirkan dimanakah hendak mendapatkan duit
bagi menampung kehidupan kami selepas ini. Tidak mudah untuk mendapatkan
pekerjaan sekarang tambahan dengan umur serta kekangan keewangan agak susah
mendapatkan pekerjaan secepat mungkin.

Selain itu juga kemungkinan imej keluarga kami tercalar, persepsi orang
terhadap keluarga kami berubah kerana suami saya tidak lagi mempunyai pekerjaan
serta keadaan kami sekeluarga tidak lagi sama seperti dahulu. Hal ini amat
membimbangkan saya.

2.3 Isteri tiada punca pendapatan

Memandangkan saya adalah suri rumah sepenuh masa semestinya saya tidak
mempunyai punca pendapatan. Selama ini semua komitmen ditanggung oleh suami
seperti bil air, bil elektrik, bayar duit kereta dan lain-lain lagi. Hal ini menjadi satu
bebanan dan punca masalah kepada suami kerana syarikat suami akan ditutup serta
saya tiada punca pendapatan.

Disebabkan saya tiada punca pendapatan serta saya mempunyai anak kecil
dimanakah sumber untuk saya memperolehi wang dengan kadar yang segera demi
kelangsungan hidup kami selepas ini.

Selain itu juga saya juga tiada wang simpanan untuk membantu suami.
Bermacam-macam bermain difikiran saya setelah mengetahui suami akan
diberhentikan kerja akibat syarikat mengalami kerugian dan akan ditutup. Selama ini
kami bergantung harap kepada punca pendapatan suami sahaja.

6
2.4 Perlu berpindah keluar dari rumah sekarang

Rentetan syarikat suami akan ditutup, saya pula tiada pendapatan serta tiada
simpanan kami perlu berpindah keluar dari rumah sekarang kerana rumah kami diami
sekarang adalah rumah majikan. Apabila syarikat bakal ditutup pastinya segala
kemudahan yang diberi akan ditarik semula.

Dengan keaadaan suami saya yang tiada punca pendapatan tambahan pula
ekonomi yang mencabar pada zaman sekarang, pastinya susah untuk kami suami isteri
mendapatkan rumah dengan kadar segera

Hal ini menyebabkan kami tiada tempat tinggal serta tempat untuk berteduh,
dimanakah kami akan pergi selepas ini, kemanakah hala tujuan kami.

3. Berkaitan hal diatas ini ia akan menggunakan 4 langkah dibawah, langkah ini
adalah yang terbaik digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Mengecam dan mendefinasikan masalah

Mencari kemungkinan penyelesaian

Memilih penyelesaian terbaik

Melaksanakan Penyelesaian

3.1 Ibu bapa yang baru menimbang cahaya mata

Anak adalah kurniaan daripada Allah S.W.T kepada kita. Setiap anak yang lahir
kedunia ini telah dijanjikan rezekinya oleh Allah S.W.T. Akan tetapi, rezeki itu
bukannya datang bergolek terus kepada anak tersebut. Rezeki anak mungkin datang
melalui ibu atau bapanya. Menurut Salah satu syarikat insurans terkemuka

7
Malaysia iaitu AIA berhad menyatakan kos membesarkan anak boleh menelan
belanja lebih kurang ringgit Malaysia 400 ribu ke 1 juta. Hal ini menunjukkan
bahawa sejumlah wang diperlukan untuk membesarkan anak pada zaman sekarang.

Oleh itu saya mengambil inisiatif untuk meminta pertolongan dari orang yang
berpengalaman seperti ibu dan kakak untuk memberi sedikit maklumat tentang
penjagaan anak, memandangkan saya adalah ibu yang baru menimbang cahaya mata.

Setiap ibu bapa yang mempunyai anak, mana sanggup akan melihat anaknya
menangis kelaparan. Kita sebagai ibu bapa, perlulah mengikat perut untuk
memsatikan anak yang kita jaga akan sentiasa mendapat makanan dan minuman
apabila tiba waktu makan anak tersebut. Kesihatan anak juga perlu dititik beratkan.
Memastikan tarikh temujanji dengan pegawai perubatan dipatuhi. Jangan lah pula
apabila kita ditimpa masalah dan tertekan, kita akan mengabaikan cahaya mata kita.

Inikan pula seorang bayi yang baru dilahirkan di dunia ini, yang belum tahu apa
itu erti kehidupan. Ibu bapa kena mainkan peranan masing-masing dan berkorban apa
sahaja demi anak yang dikasihi. Bertapa beratnya tanggungjawab yang harus dipikul
jika sudah bergelar sebagai ibu bapa.Ibu dan bapa haruslah memainkan peranan
masing-masing. Pepatah melayu pernah berkata “ berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing”

Pokok pangkalnya, kita sebagai ibu bapa harus memikul segala tanggungjawab
keatas tanggungan kita sekiranya terjadi apa-apa yang menimpa keluarga. Janganlah
kita menyimpang daripada landasan atas tanggungjawab yang telah diamanahkan
kepada kita. Ingatlah setiap ujian yang diberikan oleh Nya adalah berdasarkan
kemampuan diri kita.

3.2 Syarikat tempat suami bekerja akan ditutup

Dalam konteks yang kita bincangkan ini, tempat kerja suami saya akan ditutup.
Pastinya suami saya berasa sedih kerana telah kehilangan satu-satunya mata pencarian
beliau. Maka terputuslah sumber rezeki untuk beliau menyara keluarga dan
tangunggannya. Menurut Shahir Adnan (2019), nilai ringgit yang lemah juga
menyebabkan pelabur tidak yakin dengan pelaburan di negara ini, seterusnya
menyaksikan berbondong-bondong pelabur lari dari Malaysia.

8
Oleh yang demikian,langkah-langkah drastik perlulah diambil dengan mencari
sumber pendapatan baru. Hal ini kerana setiap bulan kita perlu menyelesaikan segala
komitmen yang ditanggung. Langkah-langkah mengisi mana-mana ruang kekosongan
jawatan yang diiklankan. Mencuba nasib di ruang-ruang kerja yang telah diwujudkan
oleh pihak kerajaan seperti di web portal Jobs Malaysia dan Jobs Strees.

Selain itu juga suami saya juga boleh membantu saya dalam perniagaan
memandangkan ia mempunyai kepakaran dalam bidang internet dan teknologi sedikit
sebanyak dapatlah kami menambah pendapatan kami sekeluarga.

3.3 Isteri tiada punca pendapatan

Bagi kes saya dan suami, untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh
suami, saya perlulah mencari inisiatif bagi menambah pendapatan keluarga.
Bermacam-macam idea datang untuk membantu suami menambah pendapatan
keluarga.salah satunya saya boleh membuat jualan secara atas talian dengan
bermacam cara seperti melakukan droop sheep di dalam facebook, menjual barangan
serta makanan” home made” di dalam facebook, shopee lazada dan lain-lain atau saya
bekerja di pusat asuhan kanak-kanak.

Memandangkan saya mempunyai anak kecil saya mengambil keputusan untuk


bekerja di pusat asuhan, dalam masa yang sama saya juga boleh menjaga anak saya
disitu. Tetapi memikirkan tempoh untuk mendapatkan wang dengan segera terlalu
panjang jika saya bekerja dipusat asuhan saya mengambil keputusan untuk berniaga
diatas talian memandangkan dengan pekerjaan itu saya cepat memperolehi hasilnya.

Saya teringat kata-kata yang dipetik oleh Saadiah Ismail (2019), wanita
sekarang banyak menjadi jutawan hanya dengan bergelar suri rumah. Justeru itu,
saya mula mencari pelbagai sumber yang sesuai untuk saya mula berniaga diatas
talian. Bersyukur saya dipermudahkan segala urusan, saya akhirnya dapat berniaga
secara kecil-kecilan melalui “droop sheep”. Walaupun tidak banyak yang saya
perolehi daripada perniagaan itu tetapi cukuplah untuk menampung makan dan
minum untuk sementara waktu. Selain itu saya juga menerima tempahan memasak
dan suami membantu untuk menghantarnya. Dengan wang itu dapatlah menampung
segala kos keperluan untuk anak kami.

9
Kita sedia maklum zaman sekarang adalah zaman serba canggih. Dengan adanya
telefon pintar, kita dapat mencari rezeki dengan menjual barang-barang di dalam
beberapa aplikasi seperti di dalam facebook, shopee, lazada dan lain-lain. Perkara ini
boleh dilakukan sementara mendapat pekerjaan yang baru dan berjawatan tetap
kerana kelangsungan hidup perlu diteruskan. Janganlah pula kita mengharap seperti
“bulan jatuh keriba”.

3.4 Perlu berpindah keluar dari rumah sekarang

Hidup tidak selalunya malang, malang pula tidak selalunya berterusan. Hidup ini
diibaratkan putaran roda. Adakalanya kita di atas, ada kalanya kita dibawah. Berdepan
dengan situasi saya dan suami, kami terpaksa berpindah keluar dari rumah yang kami
diami sekarang. Mahu atau tidak kami terpaksa melangkah kaki keluar daripada
premis yang kami duduki sekarang ini. Pelbagai tomahan cerita memasuki lubang
telinga, tidak kurangnya mengumpat dan mengata. Begitulah kehidupan berjiran
sekarang.

“Rumahku, Syurgaku” itulah pepatah yang selalu bermain di fikiran saya. Tetapi
malangnya nasib kami sekeluarga, tapi saya percaya tuhan tidak akan menguji
melebihi kemampuan kita. Hanya kepada tuhan saya berserah. Demi memberi
dorongan dan semangat kepada suami saya memberi beberapa idea iaitu pulang
kerumah Ibu Bapa atau menyewa bilik untuk sementara. Tetapi dengan keadaan
ekonomi kami sekarang dimana kami suami isteri tiada punca pendapatan terpaksalah
kami menumpang rumah ibu bapa.

Dengan berat hati kerana enggan membebankan keluarga dengan masalah yang
kami hadapi, tiba-tiba selepas lelah berfikir kemanakah hala tujuan kami, kami
mendapat idea iaitu kami suami isteri harus membuat lelongan perabot rumah dan
mendapatkan wang, supaya wang yang diperolehi dapat menampung hidup kami
sekeluarga untuk sementara. Alhamdullilah lelongan perabot rumah kami
membuahkan hasil, berserta sedikit pampasan dari syarikat suami kami mempunyai
wang yang agak mencukupi untuk kami menyewa rumah kos rendah buat sementara
waktu, tidak perlulah kami pulang ke rumah ibu bapa dan membebankan mereka.

10
Kami suami isteri membuat keputusan membawa barangan yang penting sahaja
memandangkan kami hanya mampu menyewa rumah kos rendah yang agak kecil buat
sementara waktu ini. Kemudian saya dan suami berusaha mencari kediaman baru
yang agak selesa yang penting kami tidak membebankan mana-mana pihak termasuk
ibu bapa dan keluarga.

Gambarajah : Empat peringkat penyelesaian masalah

Mengecam dan Mencari Memilih Melaksanakan


mendefinasikan kemungkinan penyelesaian Penyelesaian
masalah penyelesaian terbaik

Ibu bapa yang i) baca buku -Minta pertolongan Minta pertolongan


baru menimbang berkaitan ibu bapa orang yang orang yang
cahaya mata ii) kaunseling berpengalaman berpengalaman
iii)minta seperti kakak ibu seperti kakak ibu
pertolongan orang atau saudara atau saudara
yang S- Dapat
berpengalaman menambah ilmu
seperti kakak ibu W- Tiada
atau saudara pengalaman
O- Anak dijaga
dengan teliti
T- Kemungkinan
anak tercedera
kurang pengalaman
sebagai ibu bapa.
Syarikat tempat -Cari kerja - membantu isteri Membantu isteri
suami bekerja sementara S- dapat menjana membuat kerja
akan ditutup -bantu isteri buat lebihan pendapatan sambilan
kerja sambilan W-tiada income
yang tetap
O- dapat bantu

11
isteri
T- peluang
pekerjaan yang
kurang
Isteri tiada punca -Kerja pusat asuhan Bisnes atas talian Membuat bisnes
pendapatan -Bisnes atas talian S- dapat menambah atas talian.
pendapatan
keluarga
W- perlukan
internet/kemahiran
O- banyak peluang
perniagaan
T-Kemungkinan
tertipu.

Perlu berpindah - pulang ke rumah -sewa rumah -sewa rumah kos


keluar dari rumah ibu bapa S-tidak perlu rendah
sekarang -sewa rumah kos susahkan keluarga
rendah W- rumah yang
-sewa bilik kecil
O- dapat bersama
suami dan anak
T-kawasan yang
kemungkinan
berlaku jenayah.

4. Kitaran proses membuat keputusan

12
Pencetus

REFLEKSI Meneroka

Menyoal
Menilai

Mengumpul

Intervensi

Menganalisa

Menginterpretasi

Gambarajah : Kitaran membuat keputusan

4.1 Pelbagai masalah timbul bagi ibu bapa yang baru menimbang cahaya mata kerana
kekurangan ilmu pengetahuan juga pengalaman. Berfikir adakah mampu menjadi ibu
bapa yang baik dalam menjaga anak untuk menggelakkan kecuaian serta
mengakibatkan kecerderaan. Menurut Farhana Tarmuni (2017), galakkan serta
sokongan ibu bapa sangat penting, ini menunjukkan sokongan keluarga amat
penting dalam menentukan keputusan yang bakal di ambil oleh anak mereka.

Pencetus Ibu bapa yang baru menimbang cahaya mata

Meneroka Kurang pengalaman dan pengetahuan

Menyoal Adakah saya mampu menjadi ibu terbaik?

13
Mengumpul Meminta pertolongan keluarga

Menganalisa Keluarga lebih berpengalaman


Menginterprestasi Mereka memang berpengalaman
Intervensi Saya mampu lakukan kerana saya mendapat sokongan
daripada keluarga
Menilai Bolehkah saya menjaga nak saya?
refleksi Jika tidak mampu, macam mana saya hendak menjaga
anak saya?

4.2 Seterusnya berdasarkan situasi diatas adalah syarikat tempat suami bekerja akan
ditutup. Hal ini memberi tamparan hebat kepada kami suami isteri di mana harus
mencari sumber keewangan dan meneruskan kehidupan. Kemungkinan dengan sedikit
pampasan dapat memulakan bisnes sendiri bersama isteri dengan berniaga di atas
talian. Nadirah Hafidzin(2019) juga sependapat bahawa berkongsi perniagaan suami
isteri sangat mengagumkan.

Pencetus Syarikat tempat suami bekerja akan ditutup

Meneroka Suami tiada punca pendapatan

Menyoal Bagaimanakah untuk meneruskan hidup?


Mengumpul Berniaga atas talian bersama isteri

Menganalisa Berpeluang menambah pendapatan


Menginterprestasi Pendapatan agak lumayan
Intervensi Mampu lakukan kerana mendapat sokongan isteri
Menilai Bolehkah saya membantu isteri
refleksi Jika tidak berjaya, macam mana?

14
4.3 Menurut Nadia (2018) isteri yang tidak bekerja banyak dilema. Hal ini berkait
dengan situasi tugasan iaitu isteri yang tiada punca pendapatan serta tiada wang
simpanan.

Pencetus Isteri tiada punca pendapatan

Meneroka Tidak wang simpanan

Menyoal Dimanakah hendak mendapatkan wang?


Mengumpul Berniaga atas talian

Menganalisa Lebih cepat untuk mendapat wang


Menginterprestasi Pendapatan agak lumayan
Intervensi Saya rasa boleh lakukan kerana suami ada kemahiran
internet
Menilai Boleh tidak berniaga atas talian
refleksi Mampu tidak saya menjalankan perniagaan?

4.4 Hal yang seterusnya adalah perlu berpindah dari rumah majikan. Kemanakah hala
tuju untuk mencari tempat berteduh dengan kos sara hidup yang tinggi. Menurut
Bank Negara Malaysia (2018), ramai mengeluh kos sara hidup meningkat.

Pencetus Perlu berpindah keluar dari rumah sekarang

Meneroka Mencari tempat berteduh sementara waktu.

Menyoal Kemanakah hala tuju selepas ini?


Mengumpul Sewa rumah kos rendah

Menganalisa rumah yang sesuai untuk kami bertiga


Menginterprestasi Cari rumah secepat mungkin
Intervensi Saya rasa sesuai sebab kami bertiga sahaja.
Menilai Adakah rumah yang kosong?
refleksi Jika tidak kosong, kemana kami harus pergi

15
Kesimpulan

Rentetan dari situasi diatas, didapati pelbagai masalah serta konflik yang timbul
terutamanya suami yang hilang punca pendapatan serta masalah ibu bapa yang kurang
pengetahuan mengenai penjagaan anak serta isteri yang tiada punca pendapatan dan
perlu berpindah dari rumah majikan.

Diharapkan dengan tugasan ini situasi Siti dan Amad dapat diselesaikan. Saya
juga berharap, Amad dan Siti dapat meneruskan bisnes yang diusahakan disamping
menjaga amanah Allah yang diberikan iaitu anaknya.

Tugasan ini juga dapat membantu saya mempertingkatkan kemampuan dalam


menyelesaikan konflik yang timbul serta dapat memberi pendedahan yang sebenar
mengenai punca masalah dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Selain itu juga,
tugasan ini membuatkan saya lebih berfikir di luar kotak dan mencari alternatif,
rujukan dan sumber untuk menyelesaikan tugasan ini.

2597 Patah Perkataan

Rujukan

Shahir Adnan, 28 mei 2019. Punca kegawatan ekonomi Malaysia.

https://www.malaysiakini.com/news/477629.

Dicapai 21 oktober 2019.

Saadiah Ismail, 3 april 2015. Jutawan Suri Rumah.

16
https://www.bharian.com.my/node/44995 dicapai 21 oktober 2019.

AIA Berhad, kos membesarkan anak di Malaysia.

https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/kos-sebenar-membesarkan-anak-malaysia.html
dicapai pada 27 oktober 2019.

Farhana Tarmudi, 25 Disember 2017. Sokongan kuat keluarga

https://www.hmetro.com.my/hati/2017/12/296736/sokongan-kuat-keluarga dicapai pada 27 oktober


2019.

Nadirah Hafidzin 16 mac 2019. Promosi Bisnes Suami Isteri

https://www.hmetro.com.my/hati/2019/03/434268/promosi-bisnes-suami-isteri di capai 27 oktober


2019.

Nadia, Mingguan Wanita 14 febuari 2018. Hakiki Seorang isteri tidak Bekerja.

https://www.mingguanwanita.my/kerja-hakiki-seorang-isteri-tak-bekerja-agak-agak-masih-nak-
pandang-remeh/ dicapai 28 oktober 2019.

Bank Negara Malaysia, Menangani Kenaikkan Kos Sara Hidup.

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_publication&pg=en_ringgit&ac=95&lang=en&bb=file

dicapai 28 oktober 2019.

17

Anda mungkin juga menyukai