Anda di halaman 1dari 5

1.

0 ISU ISU SEMASA BERKAITAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DI SEKOLAH

Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah mengenal pasti
beberapa masalah tingkah laku disiplin di sekolah yang telah saya ditempatkan. Setelah di
teliti dan berbincang dengan guru-guru yang berpengalaman pengurusan disiplin bilik darjah
amat penting bagi mengawal masalah disiplin ini.

Pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan memerlukan setiap guru memahami
dan menguasai model pengurusan disiplin bilik darjah dengan mantap. Pentingnya
pengurusan disiplin bilik darjah yang efektif supaya sesi pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih lancar, suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif dan aman. Suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menyediakan keselesaan kepada semua individu akan
menghasilkan satu komuniti pembelajaran yang berkesan dan memberangsangkan.

Sehubungan itu, model-model pengurusan bilik darjah yang diperkenalkan oleh


pakar-pakar psikologi pendidikan harus diaplikasikan oleh guru-guru. Setiap model
membincangkan intervensi dan konsep yang berlainan bagi menangani setiap tingkah laku
bermasalah.

2.0 PERBINCANGAN DAN JUSTIFIKASI TERHADAP PEMILIHAN MODEL


PENGURUSAN DISIPLIN

2.1 Murid Kurang Memberikan Perhatian Ketika Sesi Pengajaran dan


Pembelajaran

Tingkah laku ini merujuk kepada seseorang murid yang tidak mendengar atau
fokus apabila guru mengajar atau ketika guru memberikan tugasan.
Umumnya mereka akan berbual-bual dengan rakan lain, membaca bahan
bacaan lain seperti komik, makan, bersiul, tidur dan sebagainya. Ini berlaku
ketika saya diberikan tugas untuk menjadi guru ganti untuk kelas 4 Bestari.
Pendek kata, tingkah laku ini menyebabkan murid tersebut tidak
menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru kerana sibuk melakukan
perkara-perkara lain di kelas. Model pengurusan disiplin B.F. Skinner telah
memperkenalkan satu model pengurusan disiplin tingkah laku yang
menggunakan prinsip peneguhan. Menurutnya, peneguhan menjadi motivasi
untuk mempengaruhi perubahan dalam tingkah laku murid-murid. Ia
merupakan elemen-elemen luar yang diberikan oleh guru yang akan
menyebabkan murid tersebut melakukan tingkah laku yang diingini atau baik
sahaja.

Peneguhan terbahagi kepada peneguhan positif dan negatif.


Peneguhan positif khususnya adalah rangsangan berupa hadiah,
pujian,ganjaran dan sebagainya. Peneguhan positif bertujuan mengekalkan
tingkah laku murid-murid yang baik untuk diulangi atau dipertingkatkan lagi.
Peneguhan ini diberikan apabila seseorang murid menunjukkan tingkah laku
atau berkelakuan baik dan untuk mengekalkan tingkah laku tersebut, guru
memberikan hadiah atau pujian sebagai rangsangan utama. Dengan adanya
ganjaran atau pujian, murid-murid akan mempunyai motivasi kendiri untuk
melakukan yang terbaik. Oleh itu, peneguhan positif boleh diaplikasikan
kepada murid-murid yang kurang memberikan tumpuan di kelas. Guru
berperanan sebagai pemerhati tingkah laku seseorang murid yang sering
hilang fokus di kelas. Guru haruslah peka untuk melihat perubahan yang
dilakukan oleh murid tersebut. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran,
apabila murid tersebut berjaya memberikan perhatian sepenuhnya, guru
boleh mengambil peluang tersebut untuk memberikan kata-kata pujian
kepadanya. Guru juga boleh mengatakan ‘bagus’ atau menunjukkan isyarat
tangan ‘thumbs up’ kepada murid tersebut. Tindakan itu berupa semangat
kepada murid- murid agar terus melibatkan diri secara aktif di kelas.

Peneguhan negatif merujuk kepada rangsangan berbentuk teguran


atau pengurangan terhadap keistimewaan yang diberi. Contohnya, guru
mengajar semula di kelas kerana murid-murid membuat bising dan bermain
apabila guru menyuruh mereka membuat kerja sendiri. Dalam menangani
masalah murid kurang tumpuan, peneguhan negatif wajar diberikan. Sebagai
contoh semasa di dalam kelas yang telah saya masuk, terdapat murid yang
makan di belakang. Saya sebagai guru boleh merampas makanan tersebut
untuk mengembalikan fokus murid tersebut kepada pengajaran guru.

Selain itu, guru boleh menyuruh murid-murid yang leka berborak


ketika kelas berlangsung walaupun sudah ditegur beberapa kali untuk berdiri
di luar bilik darjah. Cara-cara ini akan mengakibatkan murid takut untuk
mengulangi tingkah laku tersebut.
2.2 Murid Ponteng Kelas dan Sekolah

Masalah ponteng sekolah telah lama menjadi isu dalam sistem pendidikan
Negara. Isu ini juga menjadi antara masalah utama di sekolah saya
ditempatkan. Kamus Dewan edisi ke empat mendefinisikan perbuatan
ponteng sebagai ketidakhadiran seseorang murid di sekolah tanpa kebenaran
pihak sekolah dan ibu bapa. Kesan utama ponteng sekolah kepada
seseorang murid ialah mereka akan ketinggalan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang telah disampaikan oleh guru-guru. Lebih teruk lagi apabila
ponteng sekolah berlarutan lama, mereka akan terlepas peluang belajar yang
mungkin menyebabkan mereka gagal untuk mencari pekerjaan dan
meneruskan kehidupan.

Tambahan lagi, gejala ponteng sekolah mendedahkan murid-murid


kepada anasir-anasir luar yang kurang sihat dan terjebak dengan gejala
sosial yang lain seperti dadah, ragut, gengsterisme dan sebagainya. Oleh
yang demikian, guru berperanan utama penting menangani masalah ini.

Thomas Gordon menekankan kepentingan komunikasi dan cara yang


betul untuk menangani konflik-konflik antara guru dan murid-murid. Cara
yang betul bererti guru tidak melakukan tindakan terburu- buru terhadap
murid apabila murid mula menunjukkan perubahan negatif dalam tingkah
laku. Guru tidak sewenang-wenangnya meletakkan penghakiman dan
hukuman, sebaliknya menyelesaikan masalah disiplin tersebut dengan
kaedah yang sesuai dan berkesan.

Langkah pertama dalam pelan disiplin Thomas Gordon ialah guru


berusaha mempengaruhi tindak-tanduk dan pemikiran murid yang
mempunyai masalah ponteng sekolah. Gordon menekankan bahawa guru
harus berusaha membentuk motivasi intrinsik dan kesedaran murid agar
tingkah laku bermasalah yang dilakukan tidak diulangi. Oleh hal yang
demikian, guru boleh cuba berbincang dengan murid yang sering ponteng
sekolah untuk mengetahui punca sebenar masalah tersebut dilakukan.
Setelah mengetahui punca sebenar, guru boleh memberikan nasihat atau
kata-kata semangat kepada mereka dengan menyatakan kesan ponteng
kepada diri sendiri dan juga keluarganya. Kata-kata nasihat yang bermanfaat
dan berkenaan akan memberikan kesedaran kepada murid-murid ini untuk
memikirkan semula kesalahan yang telah mereka lakukan.

Seterusnya, guru boleh mengaplikasikan kemahiran mendengar


dalam penyelesaian masalahini. Sesetengah murid memerlukan individu
yang boleh menjadi tempat bercerita dan meluahkan segala beban mereka.
Ketika sesi berlangsung, guru harus menunjukkan keminatan dalam
mendengarkan segala luahan dan masalah murid agar murid merasa dikasihi
dan dihargai Seorang guru harus setia mendengarkan masalah yang
dihadapi oleh muridnya sehingga membawa kepada salah laku murid
tersebut. Ada kemungkinan sesetengah faktor masalah tingkah laku tersebut
adalah disebabkan oleh individu-individu di sekelilingnya atau faktor lain
seperti masalah kewangan, jarak sekolah dengan rumah yang jauh dan
sebagainya. Setelah mendengarkan sebab-sebab masalah ponteng sekolah
murid tersebut barulah guru boleh mengambil tindakan selanjutnya. Selain
itu, seorang guru boleh mengenakan dendaan kepada murid yang ponteng
sekolah tanpa alasan munasabah. Kadang kala guru harus mengambil
tindakan tegas terhadap murid-murid yang telah diberikan amaran atau
ditegur berulang kali. Guru boleh mengenakan hukuman seperti melakukan
kerja amal di sekolah, mendenda murid untuk menulis ‘saya tidak akan
ponteng sekolah lagi’

Dendaan-dendaan ini akan dapat mengurangkan kebarangkalian


murid untuk mengulangi tingkah laku bermasalah yang sama (Abdullah Sani,
2005). Di samping itu, guru boleh berhubung dengan ibu bapa murid
berkenaan masalah tersebut sekiranya tingkah laku tersebut masih berlarutan
walaupun setelah banyak dikenakan hukuman dan teguran.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, model-model pengurusan disiplin bilik darjah amat membantu seseorang


guru dalam mengawal dan menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam
kalangan murid. Setiap tingkah laku bermasalah yang timbul harus ditangani dengan
intervensi yang sesuai agar masalah tersebut tidak menjadi lebih besar atau berlarutan.
Seorang guru haruslah mahir mempraktikkan model-model ini di dalam bilik darjah demi
kepentingan bersama. Sehubungan itu, pihak sekolah harus berganding bahu dan
bekerjasama dengan ibu bapa dan murid untuk menyelesaikan masalah-masalah tingkah
laku di sekolah. Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan sepenuhnya tanggungjawab
menangani tingkah laku bermasalah anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata. Kedua-
dua harus saling memberikan tenaga dan masa agar masalah tersebut dapat diatasi dengan
serta merta dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai