Anda di halaman 1dari 7

ASAS KEMAHIRAN TEMUDUGA

Dr Sapora Sipon
Universiti Sains Islam Malaysia

PENGENALAN

Seorang kaunselor mesti mempunyai kemahiran asas temuduga untuk


menjalankan kaunseling secara sistematik.

ASAS KEMAHIRAN TEMUDUGA

Stewart et.al (1978) menjelaskan kemahiran temuduga


mengandungi enam komponen utama iaitu;

(1). Memulakan sesi temuduga dengan persekitaran fizikal yang


selesa, memberikan salam mesra kepada klien, menjemput klien untuk
menyertai sesi temuduga, mengekalkan kontak mata yang baik
sepanjang sesi dan mendemonstrasi postur badan yang baik.
(2) Pemfokusan masalah yang dibincangkan dalam kaunseling
(3) Mengenal pasti tema utama dalam kaunseling
(4) Tema persoalan menjadi fokus perbincangan dalam kaunseling
(5) Mengarah tema ke arah pembentukan matlamat
(6) Interaksi kaunselor-klien yang melibatkan aplikasi teknik-teknik
proses kaunseling seperti parafrasa, interpretasi, pengurusan
kesenyapan dan lain-lain.

(1) PERSEKITARAN DAN PERMULAAN TEMUDUGA

Kaunselor akan meningkatkan kemungkinan membantu


kliennya dengan mengambil kira lima faktor fizikal yang penting.

(1.1.1.1. Susunan Persekitaran Fizikal

Sifat-sifat persekitaran fizikal pejabat kaunselor adalah


pemboleh ubah penting yang menentukan sama ada kaunselor itu
berjaya atau tidak dalam usaha membantu klien. Kaunselor dapat
memberikan bantuan dalam keadaan persekitaran fizikal yang
kondusif dan sekurang-kurangnya dilengkapi perabot seperti kerusi
dan meja. Susunan dua buah kerusi yang selesa adalah asas keperluan
dalam menggalakkan perhubungan yang fasilitatif di antara kaunselor
dengan klien.
Susunan persekitaran fizikal tersebut dilakukan sedemikian
atas alasan untuk menyediakan satu atmosfera yang mesra supaya
klien dapat berkembang dan berkeyakinan terhadap kaunselor.
Kemesraan kaunselor akan menunjukkan minatnya, perhatiannya,
kerelaannya dan kesediaannya terhadap persoalan klien untuk
memberikan bantuan . Sekiranya hanya kerusi sahaja yang digunakan,
kedua-dua kerusi itu haruslah dalam posisi yang sesuai untuk
memudahkan badan kaunselor condong ke hadapan.

(1.2). Memberikan salam dan mempersilakan klien duduk

Kebanyakan klien akan menilai kemesraan yang ditunjukkan oleh


kaunselor dari segi tingkah laku lisan dan bukan lisannya. Kenyataan
ringkas seperti “selamat datang”, “dipersilakan masuk” atau
“dijemput duduk” adalah bersesuaian dalam kontak pertama kaunselor
dengan klien. Memberikan salam kepada klien dengan senyuman atau
ekspresi muka yang relaks membolehkan klien merasai keselesaan
sepanjang sesi kaunseling dijalankan.

(1.3).Menjemput klien untuk menyertai temuduga

Bagi memulakan sesi temuduga, kaunselor biasanya akan


memperuntukkan 5 hingga 10 minit membincangkan topik-topik lain
yang tidak berkaitan untuk menyediakan klien dalam keadaan yang
selesa. Perbincangan kecil yang sedemikian akan mendorong klien
untuk mempercayai bahwa kaunselor seolah-olah mengelak daripada
sebarang perbincangan mengenai persoalan yang dibawa oleh klien.
Tingkah laku yang sedemikian akan melencongkan klien
daripada membincangkan sebab-sebab yang mendorongnya untuk
berjumpa dengan kaunselor. Klien berkemungkinan cuba
menggembirakan hati kaunselor dengan meneruskan topik
perbincangan yang diungkitkan oleh kaunselor atau menggunakannya
untuk mengelak daripada membincangkan isu-isu yang
membangkitkan kerunsingannya.
Pendek kata, klien selalunya akan memberikan respons kepada
apa-apa sahaja pembuka kata yang diberikan oleh kaunselor. Namun
kenyataan ringkas seperti ”apakah yang boleh saya bantu?” atau
“apakah isu yang ingin dikongsikan hari ini”? adalah bersesuaian
untuk memulakan sesi temuduga.

(1.4).Mengekalkan kontak mata


Kaunselor biasanya akan mengekalkan kontak mata dengan klien
semasa sesi kaunseling. Kontak mata dalam konteks kaunseling
membantu dalam membina perhubungan peribadi antara kaunselor dan
klien, menunjukkan bahawa kaunselor bersedia dan tidak takut untuk
mendekati persoalan yang dihadapi oleh klien serta membolehkan
kaunselor memerhatikan tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan
oleh klien. Namun, kontak mata yang lama akan menyebabkan klien
berasa tidak selesa. Klien merasakan dirinya seolah-olah diperhatikan
oleh kaunselor.
Oleh yang demikian, kaunselor haruslah mengekalkan kontak
mata hanya untuk beberapa saat sahaja pada masa yang tertentu supaya
klien berasa selesa sepanjang sesi kaunseling dijalankan. Walau
bagaimanapun kaunselor haruslah sentiasa menjaga kontak matanya
dengan klien dan bukannya melihat benda-benda lain di sekelilingnya.

(1.5).Mendemostrasikan postur badan yang baik

Kaunselor seharusnya berada dalam keadaan yang relaks tetapi


pada masa yang sama memberikan perhatian kepada klien. Postur
badan yang baik untuk kaunselor adalah dengan mencondongkan
badan ke hadapan terhadap klien.
Postur badan yang sedemikian membantu dalam
memperkembangkan satu atmosfera kaunseling yang mesra di
samping menunjukkan bahawa kaunselor adalah berminat dengan isu-
isu yang dikongsikan oleh klien. Selain daripada itu, pergerakan badan
kaunselor juga haruslah bergerak dalam keadaan yang bebas serta
berkemampuan berkomunikasi melalui tingkahlaku bukan lisan.

(2) PEMFOKUSAN PERSOALAN KLIEN

Aspek-aspek lain yang perlu dipertimbangkan dalam


memulakan sesi temuduga dengan klien adalah mengenal pasti jenis
persoalan yang menjadi fokus semasa interaksi kaunselor-klien.
Sekiranya arah tuju percakapan klien tidak ditentukan semasa sesi
temuduga, klien berkecenderungan untuk bercakap kosong dan
berkemungkinan terdapat data penting yang berkaitan dengan
persoalan yang dibawa oleh klien diabaikan.
Kebanyakan kaunseling individu adalah secara relatifnya
dalam jangka masa pendek iaitu antara 3- 6 sesi temuduga. Oleh itu
terdapat satu keperluan penting bagi kaunselor untuk membantu klien
memfokus ke atas tema atau topik persoalan yang penting dan
berkaitan. Wolberg (dlm Stewart, 1978), menamakannya sebagai
pemfokusan terpilih selective focusing.
Pemfokusan terpilih adalah proses mengenal pasti satu tema
penting melalui lisan klien, memfokus kepada kata-kata klien yang
berkaitan dengan tema dan mengarah tema ke arah pencapaian
matlamat. Kaunselor juga seharusnya berwaspada terhadap tanda-
tanda bukan lisan yang berkaitan dengan persoalan yang dibawa oleh
klien dalam sesi perbincangan.

(3) KENAL PASTI SATU TEMA YANG PENTING

Kaunselor akan mendengar dan memerhatikan tingkah laku


lisan dan bukan lisan klien dengan menyatakan persoalannya untuk
mengenal pasti tema-tema penting klien yang memenuhi pemikiran
seseorang klien. Apakah yang akan dipilih oleh klien untuk berbincang
dan bagaimana emosi yang signifikan disertakan apabila klien
membincangkan topiknya? Proses mengenal pasti satu tema penting
menjadi lebih mudah dengan mengumpulkan idea-idea yang penting
yang memenuhi fikiran sesorang klien.

(4) PEMFOKUSAN DALAM TEMA

Sejurus tema persoalan klien telah dikenal pasti, kaunselor


haruslah mengarah tingkah laku lisan supaya perbincangan memfokus
kepada tema. Sesi temuduga yang efektif berlaku apabila klien dibantu
untuk menceritakan beberapa topik berkaitan yang di batasi masa.
Oleh itu, kaunselor haruslah membantu klien memfokus kepada tema-
tema yang berkaitan dengan idea-idea yang memenuhi pemikiran
seseorang klien.
Kaunselor melakukannya dengan memfokus semula kepada
tema utama tersebut setiap kali klien cuba menyimpang atau bercakap
kosong. Dorongan daripada kaunselor seperti “Kamu telah
memberitahu saya tentang sebab-sebab mengapakah bapa kamu tidak
memahami anda” atau “Bolehkah kamu memberitahu saya dengan
lebih lanjut lagi tentang kesulitan kamu dalam kelas matematik?”
akan membantu dalam mengawal tingkah laku lisan klien.

(5) MENGARAH TEMA KE ARAH PENCAPAIAN MATLAMAT

Salah satu tujuan dan matlamat kaunseling adalah untuk


membantu klien supaya dapat mengubah tingkah lakunya ke arah
pencapaian matlamat dan objektif yang telah ditentukan oleh klien dan
kaunselor. Matlamat dibentuk berdasarkan keperluan klien untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan mengubah tingkah laku
maladaptive.
Setelah tema utama daripada tingkah laku lisan klien
dikenalpasti, kaunselor akan mengarah sesi temuduga ke arah
pencapaian matlamat melalui penerokaan supaya satu persefahaman
terhadap persepsi kendiri klien mengarah tema ke arah pencapaian
matlamat kaunseling yang telah ditentukan oleh klien.

Contohnya :

“Seperti apa yang telah saya fahami, kamu ingin berhenti daripada
mimpi kosong apabila sedang mengulangkaji ?”

“Kamu ingin mengambil keputusan sama ada melanjutkan pelajaran


di universiti ataupun menjadi seorang anggota polis?”

(6) MENGURUS INTERAKSI KAUNSELOR-KLIEN

Aspek pemfokusan yang terakhir dalam asas kemahiran


temuduga adalah merujuk kepada kepekaan seseorang kaunselor
terhadap tiga kemahiran yang mungkin digunakan untuk memudahkan
perbincangan persoalan klien. Adakalanya dalam sesi temuduga
kaunseling terdapat perbincangan beberapa topik yang tidak berkaitan
dengan persoalan yang dibawa oleh klien. Malahan klien tidak dapat
menceritakan persoalannya dengan senang kerana terdapat beberapa
kelemahan dalam kemahiran komunikasi secara lisan mahupun bukan
lisan untuk menceritakan persoalannya.
Selain daripada itu, terdapat juga klien yang tidak
mempercayai kaunselor dengan sepenuhnya sehinggakan tidak dapat
menceritakan intipati persoalan dan perasaannya dengan bebas. Oleh
itu, ia menjadi penting bagi kaunselor untuk mengaplikasikan teknik
yang dapat membantu klien menceritakan pokok persoalannya dengan
lancar supaya sesi temuduga dapat diteruskan tanpa sebarang
halangan.

(7) MENGEKALKAN TAHAP KETEGANGAN TERTENTU DALAM SESI


TEMUDUGA

Klien haruslah dimotivasikan ke arah pencapaian matlamat


dalam kaunseling. Klien yang terlalu relaks tidak akan melibatkan diri
dengan aktif dalam proses kaunseling malahan terdapat beberapa klien
yang sengaja mengenepikan masalahnya dan membiarkan kaunselor
mengambil tanggungjawabnya untuk mencari jalan penyelesaian.
Kaunselor haruslah berwaspada terhadap situasi yang
sedemikian dan mengambil langkah-langkah untuk mengekalkan tahap
ketegangan yang optimum semasa sesi temuduga. Ketegangan boleh
diwujudkan dengan memfokus kepada topik-topik yang bersifat
provokatif di samping menanyakan soalan-soalan yang mencabar
ataupun menggunakan teknik kesenyapan.
RUMUSAN

Kaunseling yang berjaya dan berkesan memerlukan penyediaan


proses kaunselor-klien yang baik. Selain dari itu, kaunselor perlu
mempunyai ciri-ciri tertentu dan mewujudkan sesi perhubungan
kaunseling yang mantap. Antara ciri-ciri yang perlu wujud dalam diri
kaunselor ialah kaunselor seharusnya menghormati harga diri dan
maruah diri klien tanpa mengambil kira tingkah laku , sikap,
kepercayaan, bangsa, jantina, peringkat umur atau status ekonomi
klien.
Kaunselor juga perlu berusaha mewujudkan satu perhubungan
yang fasilitatif bersama dengan klien. Kecekapan profesional klien
juga boleh dilihat apabila kaunselor sentiasa berusaha membantu klien
untuk mengenalpasti dimensi-dimensi biologikal, persekitaran dan
psikologi dari pelbagai aspek seperti kognitif, afektif dan tingkah
laku.
Dalam usaha memantapkan diri sebagai kaunselor yang
berjaya, kaunselor perlu menjadi satu model sosial yang baik dan
beliau seharusnya sentiasa mempertingkatkan ilmu sepanjang
kerjayanya. Selain daripada kemahiran dan kecekapan profesional
kaunselor, kaunselor mesti mempunyai kemahiran asas temuduga
untuk menjalani sesi kaunseling secara sistematik dan teratur.
Lima faktor fizikal seperti susunan persekitaran, fizikal,
memberi salam dan mempersilakan klien duduk, menjemput klien
untuk menyertai temuduga, mengekalkan kontak mata dan
mendemonstrasikan postur badan yang baik. Kaunseling yang
berkesan juga memerlukan pemfokusan persoalan klien. Dalam
pemfokusan persoalan klien, beberapa perkara perlu diambilkira
seperti mengenal pasti satu tema yang penting, pemfokusan dan tema,
mengarah tema ke arah pencapaian matlamat, mengurus interaksi
kaunselor-klien dan mengekalkan ketegangan dalam sesi kaunseling.

RUJUKAN

Stewart, N.R., Winborn,B.B., Burks, H.M., Johnson,R.R., & Englekes, J.R. (1978).
Systematic Counseling. Prentice Hall, Inc. Englewood Cliffs, New Jersey.