Anda di halaman 1dari 9

KONSEP KEDAULATAN DAN KESELAMATAN NEGARA

Ilmu hubungan antarabangsa adalah ilmu yang mengkaji hubungan aktor-aktor antara

negara dan negara, aktor bukan negara dan negara serta aktor bukan negara dan

bukan negara. Aktor bukan negara merujuk kepada organisasi antarabangsa,syarikat

multinasional,syarikat transnasional serta rejim antarabangsa. State atau negara adalah

aktor terpenting dalam sistem antarabangsa kerana berdirinya sistem antarabangsa

adalah berasaskan negara. Menurut pandangan Classical Realisme, negara adalah

soul actor iaitu aktor yang amat penting dan tidak ada aktor lain yang lebih berpengaruh

dalam sistem antarabangsa manakala menurut Neo-Realisme, negara adalah aktor

yang penting tetapi masih wujudnya aktor-aktor lain dalam sistem antarabangsa, tetapi

Neo-Realisme masih lagi mengakui negara adalah lebih penting berbanding aktor-aktor

yang lain. Kewujudan negara berpunca daripada Perjanjian Westphalia 1647 yang

memberi ruang terhadap kemunculan negara setelah berada di bawah kekuasaan

empayar. Semenjak dari itu, negara semakin dominan sebagai pemain yang paling

signifikan dalam politik antarabangsa. Setelah semakin banyak negara lahir,maka

terdapat pelbagai pergeseran sama ada nyata ataupun tidak yang kemudiannya telah

difikirkan bahawa perlu adanya diplomasi bagi meneruskan kelangsungan setiap

negara. Politik antarabangsa yang anarki 1 menjadikan kaedah diplomasi sebagai

benteng dan senjata yang paling ampuh menangani setiap permasalahan yang timbul

di antara negara. Dilema keselamatan wujud kerana kekhuatiran terhadap wujudnya

ancaman negara lain ke atas kedaulatan negara menjadikan kaedah diplomasi sebagai

1
Anarki bermaksud ketiadaan kuasa pusat yang mampu mengawal tindakan negara yang berasaskan kepentingan
nasional setiap negara, oleh itu negara dilihat boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu di dalam politik
antarabangsa.Sebagai contoh Amerika Syarikat yang bertindak sesuka hati demi kelangsungan hegemoni mereka.
medium sama ada menjalinkan hubungan diplomatik ataupun mengadakan rundingan

berkenaan sesuatu isu.

Diplomasi terbahagi kepada dua iaitu diplomasi bilateral dan diplomasi

multilateral. Diplomasi bilateral adalah hubungan antara dua buah negara dalam

menyelesaikan sesuatu isu antara kedua buah negara. Sebagai contoh,krisis antara

Indonesia dan Australia akhir-akhir ini berkenaan kes risikan Australia terhadap

Presiden Indonesia dengan memintas panggilan telefon beliau telah menyebabkan

hubungan kedua buah negara menjadi tegang. Bagi penulis, isu tersebut amat serius

kerana ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa berkenaan kedaulatan negara

lain, tetapi ia boleh diatasi dengan kaedah diplomasi yang betul antara kedua buah

negara. Diplomasi multilateral pula adalah rundingan, persetujuan, perjanjian serta

persidangan yang dianggotai oleh beberapa buah negara berkenaan sesuatu isu yang

menjadi topik antara negara yang menghadiri sesuatu persidangan itu.Diplomasi secara

multilateral seperti ini biasanya berbentuk persidangan atau forum yang kemudiannya

menjadi rejim antarabangsa setelah diratifikasikan oleh negara-negara yang hadir.

Sebagai contoh, penubuhan ASEAN pada 1967 yang bertujuan mewujudkan kerjasama

serantau dalam sector-sektor tertentu.Justeru kaedah berdiplomasi adalah kaedah yang

kerap digunakan bagi menegakkan kepentingan dan kedaulatan nasional secara lembut

tanpa berlakunya ketegangan seterusnya mengelakkan peperangan di antara negara.

Negara dan Persoalan Kedaulatan

Penulis melihat persoalan kedaulatan amat sinonim dengan negara bangsa. Ia adalah

bentuk hubungan yang sentiasa berkembang antara negara dan masyarakat sivil dan
antara autoriti politik serta masyarakat dari segi idea dan keinstitusian. Jika dilihat dari

sudut georgrafi,kedaulatan adalah wilayah yang mempunyai sempadan yang jelas dan

sempadan tersebut adalah di bawah satu kawalan yang eksklusif dan

efektif.kedaulataan adalah satu elemen yang penting dalam pemikiran barat.Kedaulatan

menjadi persoalan penting dan keutamaan setiap negara di dunia berikutan perlunya

kedaulatan bagi menjadi benteng kelangsungan negara dalam persekitaran dunia yang

anarki ini2. Hal ini kerana, untuk mempertahankan kedaulatan setiap entiti negara

sanggup berperang demi untuk mempertahankan kedaulatannya habis-habisan dan

oleh kerana itu kedaulatan amat berkait rapat dengan persolan keselamatan.

Konsep kedaulatan negara dalam sistem antarabangsa ternyata penting kerana

menurut bekas Setiausaha PBB,General Boutros Ghali dalam ucapannya Agenda for

Peace Report di Perhimpunan Agung PBB pada 31 Januari 1992, beliau menyatakan

negara menjadi batu asas terhadap kewujudan organisasi-organisasi antarabangsa

serta badan-badan bukan kerajaan di dunia yang bernaung di bawah panji PBB.

Justeru batu asas terhadap kewujudan negara adalah kedaulatan yang menjadi teras

terhadap pengiktirafan antarabangsa. Di bawah persoalan kedaulatan, pengiktirafan,

bidangkuasa serta hubungan negara dan wilayah menjadi teras terhadap persoalan

kedaulatan.

Kedaulatan juga boleh diperolehi dan boleh juga hilang seandainya berlaku

beberapa sebab.Oleh itu,wacana ini akan membincangkan secara terperinci mengapa

kedaulatan amat penting dalam sistem kenegaraan serta pelbagai persoalan berkaitan

kedaulatan yang menjadi asas penting dalam sistem kenegaraan.

2
Abdul Ghafur Hamid,Public International Law:A Practical Approach(Petaling Jaya:Prentice Hal,2007)ms 86-91.
Peri Penting Keselamatan Bagi Mengekalkan Kedaulatan

Kedaulatan terhadap setiap negara menjadi perkara yang sangat penting dan ia

mencorakkan personaliti sesebuah negara di peringkat antarabangsa. Ia dilihat

berpunca daripada kepentingan nasional dan juga faktor idiosinkratik pemimpin

sesebuah negara. Walaupun terdapatnya hubungan diplomasi yang wujud di antara

negara, tetapi faktor kedaulatan masih menjadi keutamaan negara. Seperti mana yang

terjadi baru-baru ini berkenaan pendedahan oleh bekas agen kontraktor CIA , Edward

Snowden, yang menyebut secara terperinci telefon bimbit Presiden, Susilo Bambang

Yudhoyono dan isteri, Ani Yudhoyono serta Naib Presiden, Boediono telah diintip.Tidak

ketinggalan telefon bimbit enam individu lain termasuk bekas Naib Presiden Indonesia,

Jusuf Kalla3. Perkara ini boleh dianggap perkara yang serius kerana ia jelas melanggar

privacy dan juga mampu menganggu gugat keselamatan republik Indonesia berkaitan

hal kerahsiaan dan hak sebagai sebuah negara yang berdaulat. Perkara ini dengan

signifikan menunjukkan pasukan risikan Australia dan kerajaan Australia telah

mencabul hubungan baik kedua buah negara dan penulis beranggapan bahawa

Australia bukan negara yang boleh dijadikan Indoneia sebagai sahabat yang boleh

dipercayai. Sekiranya Canberra menghormati Jakarta sebagai rakan serantau yang

mempunyai hubungan yang sangat baik dengan mereka, sudah tentu kenyataan seperti

3
Apabila Hak Kedaulatan Negara Diceroboh oleh SAHARUDIN MUSTHAFA,
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131120/lu_07/Apabila-hak-kedaulatan-negara-
diceroboh dilayari 20/11/2013
tidak mempercayai Jakarta dan menganggap Jakarta sebagai ancaman masa hadapan

terhadap Canberra tidak akan berlaku.

Bagi penulis, sememangnya sebagai sebuah negara yang dicorakkan oleh

kepentingan nasional negara, Australia harus mempunyai sikap security dilemma

walaupun dengan negara tetangga, tetapi perbuatan dengan memintas dan merisik

panggilan telefon seorang presiden atau pemimpin negara lain boleh dianggap sebagai

tindakan biadab . Hal ini kerana, presiden atau perdana menteri sesebuah negara

sering kali dianggap sebagai simbol kedaulatan sesebuah negara. Isu ini diburukkan

lagi dengan tindakan Perdana Menteri Australia yang enggan memohon maaf terhadap

Jakarta sekalipun secara terang-terangan Tony Abbot mengetahui tindakan agen

risikan negaranya itu jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Oleh

itu, Susilo telah mengambil tindakan tegas dengan memanggil pulang dutanya di

Australia selain berhasrat mengkaji semula hubungan dan projek kerjasama yang

melibatkan kedua dua buah negara. Susilo juga melahirkan kekesalannya berhubung

pendirian Abbot dengan kenyataannya di Twitter kerana Perdana Menteri Australia itu

tidak langsung menunjukkan kekesalan atau rasa bersalah berhubung isu tersebut.

Penulis berpendapat, isu ini seharusnya ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin

kedua buah negara kerana dengan wujudnya krisis yang sebegini mampu menatijahkan

implikasi yang lebih buruk. Ia juga tidak mustahil mampu mengakibatkan deterrence

antara Indonesia dan Australia seterusnya tindakan militer antara kedua buah negara.

Memetik kenyataan Prof Dr Hugh White dari Pusat Pengajian Pertahanan dan

Strategik, Australian National University pada 21 November 2013, Abbot harus


menawarkan konsesi signifikan kepada Indonesia untuk menyelesaikan masalah kedua

buah negara yang berpunca dari terungkapnya rahsia perisikan terhadap Presiden

Indonesia. White juga menyatakan sikap rendah hati oleh Abbot adalah lebih

menguntungkan untuk jangka masa panjang kedua buah negara yang menjadi rakan

strategik sejak sekian lama4. Persoalan yang berlegar difikiran penulis, adakah Amerika

Syarikat juga berperanan dalam krisis antara kedua buah negara berjiran ini? Penulis

merasakan Amerika Syarikat juga mempunyai peranan dalam isu pengintipan oleh

agen risikan Australia ini kerana terdapatnya dakwaan yang menyatakan Amerika

Syarikat juga telah menggunakan Kuala Lumpur sebagai pusat risikan terhadap

Malaysia dan juga Indonesia. Sekiranya dakwaan ini tidak diambil serius oleh kerajaan

Malaysia,maka hubungan serantau serta pandangan negara-negara jiran terutamanya

Indonesia akan menjadi negatif dan secara tidak langsung ia boleh mengakibatkan

pergeseran sesama negara serumpun ini terjadi selain memberi kesan kepada

hubungan bilateral antara Malaysia dan Indonesia. Ini kerana, kemungkinan perkara ini

terjadi kemungkinan atas dasar untuk memelihara kepentingan Amerika Syarikat dan

juga negara sekutu di rantau Asia Tenggara menyebabkan Amerika Syarikat dan

Australia sebagai sekutunya bertindak sedemikian. Penulis berpendapat sebegini

kerana terdapatnya AUSMIN sebagai mekanisma dan forum bersama antara Amerika

Syarikat dan Australia dalam membincangkan soal keselamatan, pertahanan dan

strategik antara kedua buah negara dan ia dikuatkan lagi dengan pertemuan antara

kedua-dua kementerian luar baru-baru ini. Secara logiknya, tidak mungkin isu-isu

keselamatan dan tindakan strategik antara kedua buah negara tidak dibincangkan serta

4
Prof Dr Hugh White dari Pusat Pengajian Pertahanan dan Strategik, Australian National University pada 21
November 2013 dalam Sydney Morning Herald.
sudah semestinya kedua buah negara saling mengetahui tindakan yang telah dilakukan

oleh mereka berkenaan kes pengintipan tersebut.

Kemarahan dan perasaan tidak senang Indonesia berhubung isu risikan

Australia ini adalah manifestasi terhadap pentingnya hak kedaulatan sesebuah negara.

Sekiranya Indonesia tidak bersikap kritikal terhadap isu risikan ini, ia mampu

menatijahkan perkara yang mampu menggugat keselamatan dan seterusnya

kedaulatan republik itu, Penulis berhujah sedemikian kerana, sekiranya maklumat-

maklumat rahsia dan penting kerajaan Indonesia bocor ke tangan Australia, maka

sudah tentu Canberra boleh memanipulasikan maklumat itu untuk kepentingan

Australia dan seterusnya mampu menggugat keselamatan Indonesia.

Kesimpulan

Penulis melihat perlunya kerjasama ASEAN dalam persoalan pertahanan dan

strategik diperkasakan bagi memelihara keselamatan dari campur tangan kuasa besar

di rantau ini. Kaedah yang boleh diguna pakai dan bersesuaian dengan cadangan ini

adalah collective security antara negara anggota.Sekalipun ada kerjasama dalam

bidang pertahanan seperti mana ASEAN Peacekeeping Centers Network yang

dimeterai pada tahun 2011, ia dilihat tidak lebih seperti projek di atas kertas sahaja dan

tidak menyeluruh dalam menjaga keharmonian bersama di rantau ASEAN. ASEAN

seharusnya menubuhkan sebuah pasukan tentera ASEAN sendiri yang anggotanya

terdiri dari semua negara ahli ASEAN .Mungkin ia sukar untuk dicapai kerana

terdapatnya beberapa negara sekutu rapat Amerika Syarikat seperti Singapura dan

Filipina, tetapi ia tidak mustahil mampu dilaksanakan seperti mana NATO di Eropah.
Perbincangan untuk menubuhkan rancangan kerjasama pertahanan dan keselamatan

bersama ASEAN ini harus dilakukan sekarang dan beberapa negara anggota ASEAN

harus merintis rancangan ini terlebih dahulu. Penulis merasakan dalam persoalan ini,

Malaysia, Indonesia, Brunei, Vietnam serta beberapa negara lain boleh mengambil

langkah sebagai perintis kepada pembentukan kerjasama pertahanan ini berdasarkan

latar belakang negara-negara tersebut yang sebilangannya menganggotai NAM selain

tidak dilihat terlalu ketara dan tidak terlalu pro kepada Amerika Syarikat sebagai kuasa

hegemoni dunia.

Sekiranya kerjasama dalam bidang pertahanan dan keselamatan bersama

melalui ASEAN ini dapat dilaksanakan, penulis yakin perkara-perkara seperti

pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara luar ASEAN ini mampu ditangani

secara bersama. Hal ini kerana, sekiranya sesuatu pakatan pertahanan itu terjalin

dengan negara-negara anggota yang telah meratifikasikan perjanjian, maka

keselamatan antara negara anggota itu menjadi isu bersama oleh semua negara

anggota. Kesan kepada kerjasama ini adalah, pertama akan wujud rantau ASEAN yang

bebas dari campur tangan sistemik5, kedua melahirkan suasana yang lebih harmoni

antara negara tetangga dan semangat setiakawan, dan ketiga kedaulatan negara-

negara dapat dipelihara secara bersama. Oleh itu, penulis merasakan isu yang

melanda hubungan bilateral antara Indonesia dan juga Australia ini seperti isu jiran

bersebelahan rumah tetapi berlainan bangsa, oleh itu sikap saling memahami sensitiviti

jiran itu seharusnya dapat difahami oleh Perdana Menteri Australia , Tony Abbot.

5
Terma ini adalah sebagai menjelaskan pengaruh struktur antarabangsa yang memainkan peranan dalam politik
antarabangsa. Sistemik pasca Perang Dingin menyaksikan Amerika Syarikat memegang dominasi politik
antarabangsa dan muncul sebagai kuasa hegemoni dunia.
Justeru Australia seharusnya lebih memahami isu kedaulatan bukan perkara

yang boleh dipandang ringan dan isu ini harus diselesaikan di meja rundingan antara

pemimpin kedua buah negara, manakala sebagai langkah berjaga-jaga, Indonesia juga

harus membangunkan infrastruktur yang mampu mengekang segala bentuk

penggodaman dan aktiviti risikan haram negara lain dan tidak ketinggalan isu ini perlu

juga diambil serius oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan kedaulatan negara tidak

diganggu-gugat oleh anasir luar.

Anda mungkin juga menyukai