Anda di halaman 1dari 5

KELEMAHAN DASAR PENSWASTAAN

Penswastaan di Negara ini bukanlah sesuatu yang baru, banyak agensi-agensi kerajaan telah
diswastakan sebelumnya seperti Jabatan Bekalan Elektrik kepada TNB, Jabatan Bekalan Air
telah diserahkan untuk meswastakan kepada negeri-negeri masing-masing, dan
Pelabuhan,Lebuh Raya dan sebagainya. Namun rakyat masih keliru dan resah tentang tujuan
kerajaan dalam penswastaan contohnya seperti IJN atau pun dalam sektor kesihatan. IJN atau
Institusi Jantung Negara ditubuhkan pada 1992 dan dikendalikan oleh IJN Holdings Sdn Bhd
yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Tujuan IJN diletakkan di
bawah MOF (bukanya di bawah Kementerian Kesihatan) ialah untuk memberi ganjaran yang
istimewa kepada para kakitangan IJN dibawah skim gaji yang berlainan (istimewa) dari
penjawat awam yang lain. Dari ini, kita mengetahui bahawa kerajaan begitu mengambil berat
tentang kewujudannya IJN. Dari tahun 2007 hingga Nov 2008, IJN telah menerima 287,764
pesakit luar (outpatient) dari jumlahnya 6,904 pesakit telah menjalani pembedahan jantung
dan paru-paru, 15,084 pesakit telah menjalani rawatan CARDIAC CATHETERISATION,
INTERVENTION, ANGIOGRAMS dan ANGIOPLASTIS. IJN mempunyai 35 pakar yang
tersohor.

Pada 18 Disember 2008, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
berkata, “pengambilalihan itu jika berlaku bukan bermakna kerajaan tidak mampu
menanggung kos operasi Institut Jantung Negara (IJN). Tetapi mahu melihat hospital
yang khusus dalam rawatan jantung itu dapat diperbesarkan dan dipertinggkatkan lagi
kecemerlangan”. “Beliau juga berkata IJN kini merupakan pusat perubatan jantung
utama di rantau ini, ia tidak akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan terhadap rakyat
malah kerajaan akan membina hospital yang serupa dengan IJN sekiranya ada
kemampuan”.sumber: Utusan Online

Dasar penswastaan merupakan agenda besar-besaran dunia sejak diperkenalkan lebih


20 tahun lalu oleh kuasa kapitalis dunia iaitu Amerika Syarikat dan Britain. Dasar ini
diperkenalkan oleh dua pengamal dari negara kapitalis iaitu Presiden Amerika Syarikat,
Ronald Reagan dan Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher. Dengan sokongan
organisasi-organisasi seperti Bank Dunia, Tabung Dana Antarabangsa, IMF dan Bank
Pembangunan Asia, dasar ini Berjaya memberi faedah yang besar kepada kerajaan yang
melaksanakannya termasuklah dari segi pendapatan negara dan keutuhan politik.
Dasar penswastaan adalah fenomena politik dan ekonomi yang dilaksanakan sebagai
pemindahan kepentingan atau pelaburan tertentu kerajaan kepada sektor swasta. Dengan itu,
kuasa membuat keputusan kini beralih daripada tangan orang ramai kepada pihak swasta atau
pemilik baru organisasi awam. Malaysia menjadi antara negara terawal melaksanakan dasar
ini di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dasar penswastaan bukan sahaja mengandungi kelebihan, malah tidak kurang juga
dengan kelemahannya yang tersendiri. Antara kelebihan Dasar Penswastaan ialah seperti

1. Membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat


2. Rakyat menerima perkhidmatan yang lebih cekap dan teratur
3. Memberikan peluang kepada pekerja untuk memiliki saham dalam organisasi
4. Peluang Peningkatan kerjaya yang lebih baik
5. Pengguna dapat membayar perkhidmatan yang disedikan oleh agensi yang
diswastakan dengan bayaran yang murah kerana mempunyai persaingan antara
syarikat
6. Pekerja diberikan kelebihan dari segi skim gaji berbanding dengan sektor kerajaan.

Antara kelemahan Dasar Penswastaan ialah:

1. Mewujudkan eksploitasi antara pihak swasta kepada pengguna


2. Rakyat akan terbeban dari segi kewangan akibat daripada sesetengah pihak swasta
yang mahukan keuntungan.
3. Menggugat kedudukan sector awam yang sedia ada.

Terdapat juga Kelemahan Dasar Penswastaan dari aspek ekonomi, politik dan sosial:

Aspek Ekonomi

 Sistem Tender terbuka

 Amerika mengamalkan sistem tender terbuka dan menggalakkan


persaingan,inovasi,kemasukan teknologi dan kepakaran.

 Tidak berlaku di Malaysia adalah tiada persaingan kerana syarikat-syarikat yang


diberikan hak penswastaan adalah telah dipilih secara budi bicara-rasuah hadiah dan
sebagainya. Untuk dapat dan kekalkan tender.
 Monopoli oleh syarikat-syarikat besar seperti TNB, Telekom Malaysia, Air dan
sebagainya akan menjadi pemonopoli perkhidmatan-kewangan yang kukuh.

 Dasar untuk berikan perkhidmatan terbaik, maka kos operasi akan meningkat.
menaikkan tarif yang membebankan rakyat-kos sara hidup meningkat.

 Syarikat monopoli membekalkan perkhidmatan yang baik bermotifkan keuntungan


dan tidak mengambilkira masalah rakyat yang berpendapatan rendah

 Tidak berlaku persaingan hanya satu syarikat yang memonopoli sistem pasaran
kapitalis (yang lemah akan terkeluar dari pasaran).

Aspek Politik

 Dasar Ekonomi Baru bermatlamat memberi keutamaan kepada bumiputera dari segi
pengagihan sumber-sumber ekonomi

 Kekangan penyertaan orang Melayu dalam bIdang perniagaan sebelum DEB adalah
akibat kekurangan rangkaian perniagaan untuk mereka

 Menurut Jomo (1989), UMNO merupakan parti yang paling banyak menikmati
faedah dari dasar tersebut.

 Contoh:lesen rangkaian televisyen, projek lebuhraya Utara Selatan

 Contoh syarikat: United Engineers Malaysia (UEM) & Fleet Group

Aspek Sosial

 Tiada penawaran tender terbuka. Di Malaysia lebih mengamalkan konsep ‘1st come


1st served’. Peluang penswastaan telah dipilih berdasarkan hubungan politik dan
persendirian. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan berlakunya
penyelewengan kuasa dan rasuah. Seterusnya sikap dan integriti seorang pemimpin
dipertikaikan.

 Apabila sesuatu penswastaan berlaku, syarikat akan melakukan rombakan dan


pengubahsuaian operasi. Dalam hal ini, lebihan kakitangan akan dibuang bagi
membolehkan kos operasi dapat dikurangkan. Dalam keadaan seperti ini, ia juga
menjejaskan kuasa beli pengguna kerana kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

 Menyebabkan kebebasan dalam bidang penyiaran dan penerbitan. Kewujudan


televisyen dan radio swasta merancakkan lagi bidang penyiaran negara dan majalah-
majalah hiburan yang telah mempengaruhi minda masyarakat. Contohnya seperti
Astro.

 Penswastaan membawa kepada kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga


barangan dan perkhidmatan atas alasan ekonomi. Maka ia tidak mampu membasmi
kemiskinan malah meningkatkan pengangguran.

Kesimpulan

 Kebanyakan perkhidmatan awam adalah monopoli semulajadi (tulen), di mana harga


tidak ditetapkan berdasarkan kriteria keuntungan semata-mata. Perkhidmatan awam
juga disediakan berdasarkan pertimbangan penting dari segi kebajikan sosial dan
sokongan politik.

 Sektor awam boleh diuruskan degan lebih cekap seperti dibuktikan oleh beberapa
negara asing dan negara kita sendiri. Selain itu, penswastaan belum lagi boleh
dibuktikan sebagai solusi segala masalah dalam sektor awam.

 Memang tidak dinafikan dasar penswastaan memberikan banyak manfaat,


terutamanya bagi melicinkan tadbir urus negara dan mengurangkan beban kewangan
kerajaan.

 Namun, kaedah pelaksanaan dasar penswastaan ini perlulah lebih mementingkan


aspek-aspek keperluan individu dan kebajikan rakyat, berbanding dengan matlamat
mementingkan keuntungan semata-mata.

Rujukan:

Nurhanie Mahjom. 1998. Kesan Penswastaan: PembcnlLlkan Model Permintaan Guna


Tenaga di Sektor Swasta. Sarjana Fakulti Ekonomi. UKM.

Syarikat Telekom Malaysia Bhd. Laporan Tahunan (berbagai isu).


Mohd. Zainudin Saleh. 1994. Dasar Penswastaan dalam RM6: Isu dan Pencapaian. Dim.
Supian Ali & Mohd. Zainudin Saleh, (peny.). Rancangan. Malaysia Keenam: Prioriti
Pellgllkuhall Negara. Bangi: Penerbit UKM.