Anda di halaman 1dari 3

Mawleed Rasullah SAW 12 Rabiulawal

Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk menyambut Maulidur Rasul.


Cinta baginda telah pun mengalir dalam diri setiap umatnya sejak lebih1400
tahun dahulu sehingga membuatkan kekasih Allah ini  terlalu istimewa
untuk umatnya.
Saban tahun kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awal
bertujuan untuk memperingati kekasih ummah ini yang berjuang
menyebarkan dakwah dan risalah kenabian sehingga hari ini..

َ ‫َو َما أَرْ َس ْل َنا‬


َ ‫ك إِاَّل َرحْ َم ًة ل ِْل َعالَم‬
‫ِين‬
Artinya; "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat
bagi semesta alam".
(Al Ambiya’ 107)
Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan; Allah mengabarkan bahwa
dia telah menjadikan Muhammad saw sebagai Rahmat bagi semesta Alam, yaitu
Dia mengutusnya sebagai Rahmat untuk kalian semua, barang siapa yang
menerima Rahmat dan mensyukuri nikmat ini, niscaya dia akan berbahagia didunia
dan di akhirat. Sedangkan barangsiapa yang menolak dan menentangnya, niscaya
dia akan merugi di dunia dan di akhirat.

Rahmat ini tidak hanya terbatas untuk manusia pada zaman baginda sahaja,
tetapi ia meluas ke sepanjang sejarah manusia seluruhnya. Memperingati,
menyambut, merayakan dan membesarkan Maulidur Rasul adalah amal yang
merupakan salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah di samping
meluahkan ungkapan kebahagiaan dan kecintaan kepada Rasulullah .

Sambutan ini diadakan saban tahun kerana ketika saat ini peluang dakwah
juga dapat dimaksimumkan terutamanya ketika menyambut Maulidur Rasul.
Sambutan Maulidur Rasul semestinya mensasarkan objektif untuk
mengajarkan mereka yang belum tahu, mengingatkan mereka yang alpa,
mengukuhkan pegangan mereka yang telah dan masih ingat serta
memperbetulkan mereka yang tersasar dari kehidupan yang ditunjuk oleh
Rasul mereka
Rahmat yang paling besar ke atas manusia dan alam keseluruhannya adalah
rahmat kehadiran Rasulullah.

Rasulullah SAW bersabda, golongan manusia pertama yang layak meminum


air daripada telaga al-kauthar ialah para sahabat Baginda. Selain itu sahabat
Rasulullah juga termasuk mereka yang hidup walaupun tidak pernah melihat
wajah Baginda dan beramal dengan hadis-hadis dan sunnah Baginda serta
melaksanakan apa yang dibawanya dengan sepenuh hati mereka. Mereka
merasa dekat dengan Rasulullah walaupun tidak pernah bertemu Baginda
sehingga saat berada di telaga al-kauthar.

Imam As-Suyuthi memberi pendapat tentang perayaan Maulidur Rasul di


dalam Al-Hawi li al-Fatawa dengan katanya:
“Menurutku, asal perayaan Maulid Nabi, iaitu manusia berkumpul,
membaca Al-Quran dan kisah-kisah teladan Nabi sejak kelahirannya
sehingga perjalanan hidupnya. Kemudian dihidangkan makanan yang
dimakan bersama, setelah itu mereka pulang. Hanya itu yang dilakukan,
tidak lebih. Semua itu tergolong Bid’ah Hasanah (sesuatu yang baik). Orang
yang melakukannya diberi pahala kerana membesarkan kedudukan Nabi,
menampakkan kesukaan dan kegembiraan di atas kelahiran Nabi
Muhammad yang mulia.”
Justeru, umat Islam tidak sepatutnya berbalah tentang sambutan Maulidur
Rasul kerana ia sememangnya perkara yang baik untuk dilakukan. Janganlah
kita hanya tertumpu kepada perkara yang remeh temeh kerana ia bakal
merugikan umat Islam sendiri.  
Manusia memerlukan syafaat memandangkan perjalanan hidup yang dilalui
tidak sempurna, banyak kelompangan dan sia-sia serta menghabiskan masa
dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat.
Apabila berada di Padang Mahsyar kelak, sudah tentu manusia akan
membawa bersama banyak dosa dan pada ketika inilah syafaat diperlukan
daripada Rasulullah SAW untuk membawa mereka ke dalam syurga.

Sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Mudatthir, ayat ke 48:


“Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan
(kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.”
Rasulullah SAW juga berpesan, bahawa Baginda adalah syafaat pertama
untuk memasuki syurga.  

Rasulullah juga mengingatkan umatnya agar berselawat ke atas Baginda


kerana Allah akan mengganjari mereka dengan sepuluh kali ganda pahala,
lalu pohonlah kepada Allah dengan perantaraan Rasulullullah, kerana
sesungguhnya selawat itu memiliki kedudukan yang tinggi di syurga yang
hanya diperolehi oleh hamba Allah. Barangsiapa yang menjadi wasilah di
dalam permohonannya, maka akan dikurniakan syafaat sebagai bantuan
kepadanya kelak.

Anda mungkin juga menyukai