Anda di halaman 1dari 15

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia

banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini

seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-

gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada

kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak

tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan

kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara

sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih

merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih

lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara

dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan.

Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang

disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam

keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh

melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah

dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap

kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa.

Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman,

malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan

mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan

global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber
alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan

mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa

penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak

dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini

turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu,

masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan

bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan

serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa

di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau

yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat

diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan

air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal

ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada

hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih

merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam

kehidupan manusia, masyarakat  haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan

air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan

kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu

sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan

kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai

contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang
mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang

pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku.

Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam

sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah

masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong

asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing,

dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong

juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan

kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber

makanan, sumber kesihatan untuk  menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber

kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat

haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya  kebersihan alam

sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

GAN CHUI YONG

  205876

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di

permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan

menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit

sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan

menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk

mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.


Alam sekitar adalah sumber keperluan hidup kita. Misalnya, sungai amat penting untuk kehidupan

kita seharian kerana sumber air adalah daripada sungai. Jika sungai tercemar akibat sisa buangan kilang

dan sebagainya, tentulah kita sukar untuk mendapatkan air yang bersih. Lautan pula boleh tercemar

akibat pelbagai punca seperti tumpahan minyak dari dermaga minyak atau kapal tangki ke lautan. Hal ini

akan menjejaskan kehidupan lautan yang menjadi sumber makanan kita. Justeru, semua pihak haruslah

sedar dan mengambil berat akan pemeliharaan sungai dan lautan yang menjadi sumber air dan

makanan kita ini.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih dan terpelihara akan menjadi daya tarikan para pelancong.

Kedatangan para pelancong akan menjadi sumber ekonomi negara dan akan memajukan sektor-sektor

perniagaan di negara kita. Hotel-hotel, syarikat-syarikat pelancongan, para peniaga dan gedung-gedung

perniagaan tentu mendapat keuntungan dengan kedatangan para pelancong yang berbelanja di negara

kita ini. Oleh sebab itu, kita mesti menjaga alam sekitar untuk menarik kedatangan para pelancong,

lantas memajukan ekonomi negara kita.

Hadirin sekalian,

Pemelihara alam sekitar juga akan menjamin keseimbangan alam. Sains menyatakan bahawa oksigen

yang diperlukan untuk bernafas diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan di sekitar kita. Oleh sebab itu,

tumbuh-tumbuhan yang terpelihara akan menjadikan udara disekeliling kita lebih bersih, sejuk dan

segar.  Hutan pula menjadi habitat semula jadi haiwan. Oleh sebab itu, alam sekitar yang terpelihara

akan memastikan haiwan tidak pupus agar generasi seterusnya juga dapat melihat pelbagai jenis

kehidupan haiwan di dunia ini.


Kesihatan kita juga amat dipengaruhi oleh alam sekitar. Pencemaran alam seperti pencemaran udara, air

dan lain-lain lagi akan menyebabkan kita mudah jatuh sakit seperti demam, batuk dan sebagainya.

Selain itu, banyak tumbuhan-tumbuhan seperti pokok pegaga merupakan sumber ubat-ubatan kepada

manusia. Oleh sebab itu, tumbuh-tubuhan ini perlu sentiasa dipelihara supaya kita mudah untuk

mendapatkan sumber ubat-ubatan disekeliling kita.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Ini

kerana alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi yang akan

datang. Marilah kita sama-sama menyayangi dan menyelamatkan alam sekitar daripada dimusnahkan.

Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan

kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk

kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-

tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan

oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan.

Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita

menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga,

orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan

perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan

menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin

keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu

menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan.

Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang

besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat

disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke
sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan

persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di

empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan

kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan

pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara

umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan

yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan

fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan

dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna

merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai

fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan

menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan

cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan

terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan

serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau

berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis..

Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula

adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat

mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor

akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh

nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor

akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini
akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan

kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.

Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran

yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk

melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan negara

melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat.

Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat

mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan

taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada

pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus

dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi

belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah

bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar.

Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya

pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.
USAHA-USAHA MENINGKATKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI
MALAYSIA

Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan


negara yang diperoleh melalui pengaliran masuk wang asing. Malaysia juga
terkenal dengan destinasi hub halal dan menjadi tumpuan pelancong asing
terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Industri
pelancongan Malaysia merekodkan purat kemasukan pelancong asing
sebanyak 2 juta setahun. Oleh itu, terdapat pelbagai usaha yang dapat
dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.

Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang


mencukupi, selesa, jimat dan mudah. Hal ini demikian kerana, kemudahan
ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelancong. Sebagai
contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama dengan kementerian
pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan seperti bas dan teksi dengan
kadar yang berpatutan serta cekap dan efisien. Pihak perhotelan pula
seharusnya menyediakan penginapan hotel yang selesa dan mengenakan
bayaran yang berpatutan. Syarikat pelancongan juga boleh menyediakan
khidmat pemandu pelancong untuk membimbing atau melayan pelancong
asing ketika mereka berada di Malaysia. Dengan itu, imej negara yang baik
boleh ditunjukkan kepada pelancong.

Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barangan ,


peraturan imegresen perlu dilonggarkan dan menambah pusat perkhidmatan
tukaran wang asing. Hal ini demikian kerana, pelancong asing dapat
membeli belah di Malaysia dengan pembelajaan yang sederhana. Sebagai
contoh, Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai yang menjadi
destinasi pelbagai peancong dari dalam mahupun luar negara. Di sana ,
mereka dapat membeli cenderahati, pinggan mangkuk, kraftangan, dan
coklat untuk di bawa pulang. Dengan itu, pendapatan penduduk setempat
bertambah dan mereka dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga untuk
mengadakan kempen promosi pelancongan di dalam dan di luar negara.
Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia telah dijalankan
setiap tahun bagi mempromosikan Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di
luar negara yang melanjutkan pelajaran juga boleh menjadi duta kecil
kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan tempat-tempat yang
menarik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Cameron
Highland dan banyak lagi. Oleh itu, semua rakyat Malaysia memainkan
peranan pentinng untuk memajukan industry pelancongan.
Kesimpulannya, usaha dari semua pihak perlu bagi meningkatkan industri
pelancongan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, usaha dari satu pihak
sahaja tida akan membuahkan hasil, seperti kata pepatah, tepuk sebelah
tangan tidak akan berbunyi. Jadi, untuk menjadi negara yang maju dalam
industri pelancongan memerlukan usaha yang berterusan dan sokongan
daripada seluruh rakyat Malaysia.
Langkah memajukan industri pelancongan negara

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara
yang penting. "Pendapatan indsutri pelancongan mencatatkan peningkatan 7.2 peratus dengan
nilai RM103.3 bilion pada tahun 2013 dalam menjana ekonomi Malaysia,” kata Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hal ini menunjukkan peningkatan ekonomi yang
memberangsangkan yang dibawa masuk melalui industri pelancongan. Kerajaan telah
menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar
dengan pembanguna negara yang pantas. Namun begitu, insiden yang menimpa negara baru-baru
ini dengan kejadian misteri iaitu kehilangan pesawat Malaysian Airlines Systems (MAS) MH371
dari China dan MH17 yang ditembak lalu terhempas di Ukraine sedikit sebanyak boleh
menjejaskan industri pelancongan negara. Kebanyakan pelancong berasa terancam untuk datang
ke Malaysia apatah lagi tahun 2014 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia. Oleh itu,
semua pihak haruslah megatur langkah yang lebih proaktif dan pragmatik untuk memastikan
industri pelancongan negara kita terus rancak dengan kunjungan para pelancong sama ada dari
dalam negara atau dari luar negara untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada
perkembangan sektor ini. Persoalan yang bermain-main di gawang minda kita ialah apakah
langkah-langkah yang pragmatik yang dapat dipraktikkan untuk memajukan sektor pelancongan
di negara kita? 

            Uslub yang perdana yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk
pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung  mancanegara. Produk pelancongan
negara perlu diperbanyak supaya para pengunjung dapat menikmati sesuatu yang baharu dan
unik di negara kita. Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang
terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa
dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan,
ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan
pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya.
Produk pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong
mancanegara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka.
Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan
mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh, pelancong
wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup
mereka. Dengan ini, para pengunjung dapat menimba pelbagai ilmu yang baharu dan mereka
tidak akan pulang dengan tangan yang kosong tanpa ilmu di dada. Benarlah kata orang tua-
tua, “jauh perjalanan, luas pengalaman”. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk
pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

          Selain itu, pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok


dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita
sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan.
Antaranya ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga
kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-
pakej pelancongan yang kompetetif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini
hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang jauh
seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh, karnival wajar diadakan di Brazil
untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan
negara kita bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Secara implisitnya, bilangan pelancong
ke negara kita akan semakin meningkat. Tegasnya, penganjuran karnival pelancongan di luar
negara merupakan langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi
pelancongan yang menarik.

            Meninjau skop yang lebih luas lagi, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai
acara antarabangsa dengan lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi agar diadakan
di negara ini untuk menjadi tarikan kepada para pengunjung. Sebagai contoh, penganjuran acara
sukan antarabangsa seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton,
pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan
Lumba Basikal Tour de Langkawi dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat
perhatian peminat antarabangsa. Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada
beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak setiap
tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan acara antarabangsa seperti ini memang terbukti
kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggidengan negara-negara
lain di dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara
tahunan. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat
dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas. Kesannya, kedatangan
pelancong ke negara kita juga akan meningkat. Mereka bukan sahaja datang untuk melibatkan
diri dalam acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk melawat tempat-tempat menarik di
negara kita berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja.  Dengan cara ini, kita
dapat mengekalkan pulangan yang diperoleh danpada kedatangan pelancong ke negara kita. Jadi,
jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat meningkatkan promosi pelancongan di negara
kita.

            Seperkara lagi, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan


negara ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun Malaysia Malaysia dengan lebih berkesan
dan melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk
menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang
diadakan sepanjang tahun ini menyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong
datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan
untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan lagi sambutan
Tahun Melawat Malaysia ini. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul
tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetetif,
bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Program seumpama Cuti-cuti
Malaysia oleh TV3 perlu diteruskan agar masyarakat mengetahui keindahan negara kita Hotel-
hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk
menjayakan kempen ini. Hal ini sekali gus akan mendorong para pelancong untuk melancong
dan berehat di sini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan sektor
pelancongan di negara kita.. 
            Uslub dan minhaj yang lain ialah menghapuskan atau mengurangkan cukai belian
barangan di negara ini. Berdasarkan rekod Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC), pelancong
asing yang datang ke sini bukan sekadar untuk menikmati keindahan alam semula jadi negara,
bahkan juga untuk membeli-belah. Mereka ingin menjadikan percutian di Malaysia
sebagai serampang dua mata. Oleh itu, pihak berkuasa perlu menghapuskan atau mengurangkan
cukai belian barangan di negara ini. Namun begitu, kualiti barangan yang dijual haruslah
terpelihara supaya para pelancong berasa puas hati ketika membeli-belah di negara kita dan
janganlah indah khabar dari rupa. Selain itu, peraturan-peraturan imigresen perlu dilonggarkan
kepada mereka yang berhasrat melancong ke negara ini. Manakala pusat-pusat perkhidmatan
tukaran wang asing perlu ditambah dan disediakan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di hotel,
pusat pelancongan dan pekan-pekan kecil. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, para
pelancong akan tertarik untuk berkunjung ke Malaysia. Izharlah bahawa penghapusan dan
pengurangan cukai belian barangan dapat merancakkan industri pelancongan negara .

            Jika ditinjau dari sudut yang lain, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi
menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Faktor kawalan
keselamatan yang terjamin di sesuatu destinasi pelancongan sering menjadi kayu pengukur untuk
mereka datang ke destinasi pelancongan yang menjadi pilihan di hati mereka. Kita tidak
seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas
pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis
menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan,
menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat mungkin. Ini perlu dilakukan
agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini. Bilangan keanggotaan pasukan keselamatan
perlu ditambah supaya rondaan dapat dilakukan dengan lebih kerap di kawasan tumpuan
pelancong. Sehubungan dengan itu, pelancong dapat melancong di negara kita dengan lebih
selesa dan sekali gus imej negara terpelihara di mata dunia. Pendek kata, kawalan keselamatan
yang baik mampu meningkatkan industri pelancongan negara.

                Akhir kalam, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa  terdapat pelbagai
langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di
negara kita. Memang diakui pelancongan merupakan suatu industri yang cukup berpotensi dan
begitu menguntungkan. Oleh itu, usaha memajukan industri pelancongan bukanlah terletak atas
pundak pihak berkuasa semata-mata kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Semua
pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan
mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau
tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan
kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk
dinikmati oleh pelancongan tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan
kesungguhan daripada semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah
destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim,
Mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, industri pelancongan di dalam negara
boleh berkembang setanding dengan destinasi pelancongan di luar negara seperti Pulau Bali,
Disneyland dan lain-lain sekiranya usaha memperkenalkan Malaysia dilakukan secara giat malah
disokong oleh rakyat jelata.Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah mentari terus bersinar dan
biarlah industri pelancongan negara kita terus meniti dari bibir ke bibir umat manusia di seantero
dunia demi menjana pendapatan yang lebih lumayan untuk kemaslahatan bersama.

Usaha-usaha Memajukan Industri Pelancongan Negara

              Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam
semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita
mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara
jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong
yang semakin bertambah ke negara kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan
bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya
rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menarik
kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,
menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab
semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapat bahawa
masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih banyak
pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara ini. 

Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya


kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana
pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari
ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan dan
komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi
yang akan dituju. Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah
untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah
kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di
sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam
semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya
kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan
perkhidmatan pengangkutan tersebut. 

Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut
menjadi faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita.
Kemudahan penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang
pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan
lengkap, hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara
ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing.
Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh
selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan
negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan
kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah
hotel yang dibina itu. 
Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar
menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di
negara ini, khususnya di tempat- tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya
tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak
seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio
dan televisyen. Selain itu, dengan mewujudkan halaman pelancongan dalam internet
juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara
yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. Usaha LPPM mempromosi Malaysia
dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada tahun
lalu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam nenarik lebih banyak pelancong
datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong,
mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak.
Kepelbagaian kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan juga dapat
menarik banyak pelancong datang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan
pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah
serta Sarawak mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang
gemar kepada sesuatu yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat
kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak
menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan
dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana. Kementerian
terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita sebagai daya
tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan rnemperkemas
persembahan yang sedia ada. 

Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar


dilakukan oleh LPPM dalam usaha menarik lebih banyak pelancong mengunjungi
negara ini. Pelbagai aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah
negara di seluruh dunia dan acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara
tertentu adalah antara usaha berkesan memperkenalkan Malaysia kepada pelancong
asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka
pusat penerangan di beberapa buah negara membuktikan bahawa usaha yang
berterusan telah dilakukan dalam menarik pelancong. Buktinya, program seperti Tahun
Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai pelancong datang ke negara
ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing. Promosi
pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupun terpaksa
rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga lumayan.
 
Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan
dalam usaha menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus
memikirkan kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan
perbelanjaan yang besar sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing
dewasa ini. Jadi, tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam
semula jadi negara kita kepada pelancong harus dikongsi bersama kerana rakyat juga
akan mendapat manfaatnya. Industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang
dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara jika diusahakan secara
lebih profesional.

Anda mungkin juga menyukai