Anda di halaman 1dari 1

Pada pendapat saya, video tersebut sangat membantu bagi seseorang untuk mempelajari cara-cara

mengambil ‘penalty corner’ dalam sukan hoki. Ia menerangkan secara terperinci bagaimanakah cara
untuk mengambil pukulan ‘penalty corner’ dalam sukan hoki. Perkara seperti di mana pukulan
‘penalty coner’ diambil, kedudukan kaki pengambil pukulan semasa melakukannya, cara memukul
bola kepada penerima dan arah pandangan pengambil pukulan telah dijelaskan dengan jayanya
dalam video tersebut.

Video tersebut juga bukan hanya menunjukkan peranan dan kemahiran pemain yang mengambil
‘penalty corner’ sahaja, bahkan peranan dan kemahiran yang perlu dimainkan oleh semua pemain
yang terlibat juga telah diterangkan dengan jelas. Termasuklah pemain yang menerima bola, pemain
yang membuat percubaan ke arah gol, penjaga gol pihak lawan dan juga pemain pertahanan pihak
lawan.

Video ini juga adalah sangat menarik dari segi sudut pengambilan videonya, muzik latar dan suara
percakapan yang jelas dalam penyampaian konten video. Hal ini secara tidak langsung dapat
menarik perhatian dan minat penonton untuk menonton video tersebut dengan lebih lanjut dan
fokus.

Anda mungkin juga menyukai