Anda di halaman 1dari 11

3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

BEBERAPA
PERSOALAN SOLAT MAKLUMAT BUKU : KANDUNGAN

1
TIDAK MENGIKUT MAZHAB TERTENTU
DALAM TATACARA BERSOLAT
Antara isu yang sering diperdebatkan adalah tentang kewajipan
untuk mengikuti hanya satu mazhab di dalam segala perkara berkaitan
dengan fiqh termasuk dalam ibadah solat. Di dalam masyarakat Islam
di Malaysia telah tersebarnya fahaman bahawa sekiranya seseorang
itu tidak mengikuti satu mazhab tertentu dalam ibadah solat maka dia
telah dianggap melakukan talfiq[1]. Pada tanggapan mereka
mengamalkan talfiq adalah suatu perbuatan yang diharamkan dan
dengan itu solat yang tidak bertaklid kepada hanya pada satu mazhab
adalah tidak sah.
Sebelum penulis menjawab kekeliruan di atas, ingin penulis
sisipkan beberapa firman Allah Subhanahu wa Ta'ala tentang
kewajiban kita untuk mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam
dalam apa jua keadaan.

Demi sesungguhnya,
adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan)
Allah
dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut
dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah
dan senang).[2]

Ayat ini merupakan pokok dan dasar yang agung dalam anjuran
dari Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mencontohi Rasulullah
shalallahu 'alaihi wasallam, baik dalam perkataan, perbuatan mahupun
keadaan atau keperibadian baginda shalallahu 'alaihi wasallam.
Seterusnya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/1.htm 1/11
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman,


lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya
menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara -
(tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih
ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.
Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan
Rasul-Nya
maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang
jelas nyata.[3]

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa apabila Allah Subhanahu


wa Ta'ala dan Rasul-Nya telah menentukan hukum ke atas sesuatu
perkara, maka tidak diperbolehkan untuk sesiapapun menentang
hukum-hukum tersebut. Sesungguhnya manusia tidak memiliki pilihan
selain tunduk atas segala yang telah diputuskan oleh Allah Subhanahu
wa Ta'ala dan Rasul-Nya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Wahai orang-orang yang beriman,


taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah
dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-
bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab)
Allah (Al-Quran)
dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman
kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah
lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
[4]

Melalui ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala mewajibkan


bagi kita sekiranya terjadi sesuatu perselisihan pendapat samada
dalam perkara yang pokok atau cabang dalam agama, hendaklah
dirujuk semula kepada al-Qur’an dan al-Sunnah untuk mendapatkan
kepastian tentang pandangan mana yang lebih benar dan tepat.
Keengganan melakukan sedemikian mencerminkan sikap seseorang
yang tidak beriman sepenuhnya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
dan hari akhirat.

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/1.htm 2/11
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

Maka dengan berdalilkan ayat-ayat di atas, Ahl al-Sunnah wa


al-Jama’ah berpendirian untuk tetap berada di atas sunnah Rasulullah
shalallahu 'alaihi wasallam dalam apa jua bentuk ibadah terutamanya
dalam solat. Ini kerana Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah
bersabda:

Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku


bersolat.[5]

Sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam ini secara jelas


mewajibkan kita semua untuk mencontohi tatacara ibadah solat
baginda. Ahl al-Sunnah berkeyakinan tidak ada manusia yang lebih
sempurna solatnya selain Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam
kerana baginda merupakan contoh ikutan terbaik sebagaimana yang
difirmankan Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah al-Ahzaab ayat ke
21 seperti yang telah penulis paparkan di atas. Mencontohi insan yang
sempurna (maksum) ini dapat menjaminkan perlaksanaan ibadah solat
yang sempurna. Kesempurnaan dalam ibadah solat ini pula akan
memudahkan kita untuk memperolehi keampunan dari Allah
Subhanahu wa Ta'ala . Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi
wasallam:

Lima solat yang diwajibkan Allah,


barangsiapa melakukan wuduk dengan sempurna dan
melaksanakan solat pada waktunya, ruku’ dan sujudnya
dengan khusyu’ secara sempurna,
mendapatkan janji dari Allah akan memperoleh
ampunan-Nya.
Barangsiapa yang tidak melakukan hal ini
tidak akan mendapat janji ampunan dari Allah.
Jika Allah berkehendak, dia akan diampuni atau dia
akan  diazab.[6]

Berpijak atas dasar ini maka telah wujud kesepakatan antara


keempat-empat imam mazhab untuk mengutamakan al-Qur’an dan
hadis-hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dari pendapat mereka
sendiri. Malah mereka melarang keras manusia untuk bertaklid kepada
mereka apabila pendapat mereka bertentangan dengan Kitabullah dan
hadis-hadis tersebut.

Berkata Abu Hanifah rahimahullah:

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/1.htm 3/11
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

Kalau saya mengemukakan suatu pendapat yang


bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadis Rasulullah
shalallahu 'alaihi wasallam, tinggalkanlah pendapatku 
itu.[7]

Malik bin Anas rahimahullah pula berkata:


Saya hanyalah seorang manusia, terkadang salah,
terkadang benar. Oleh itu, telitilah pendapatku. Bila
sesuai dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, ambillah; dan
bila tidak sesuai dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, 
tinggalkanlah.[8]

Sementara itu Muhammad bin Idris al-Syafi’i rahimahullah


berkata:
Bila suatu masalah ada hadisnya yang sah dari Rasulullah
shalallahu 'alaihi wasallam menurut kalangan ahl al-
Hadis, tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan
mencabutnya, baik selama aku hidup mahupun setelah
aku mati.[9]

Selanjutnya al-Syafi’i rahimahullah juga pernah berkata:


Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang
berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis
Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu.[10]

Ahmad bin Hanbal rahimahullah pula menyatakan sebagai


berikut:
Barangsiapa yang menolak hadis Rasulullah shalallahu
'alaihi wasallam, dia berada di jurang kehancuran.[11]

Oleh itu bolehlah kita rumuskan bahawa mazhab sebenar


keempat-empat imam rahimahumullah tersebut berdiri atas tiga prinsip
utama iaitu:

1. Kesahihan hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasalaam.


2. Jika pendapat mereka bertentangan dengan sabda Nabi
shalallahu 'alaihi wasallam, mereka menolak pendapat mereka
sendiri dan mengambil sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/1.htm 4/11
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

3. Jika ada hadis yang sahih dalam suatu masalah yang


bertentangan dengan pendapat mereka, maka mereka menarik
kembali pendapat mereka, baik ketika mereka masih hidup
mahupun sesudah mereka meninggal.[12]

Abdullah Yassin menegaskan:


Menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah tidak ada seorang
imam atau ulama’ pun yang terpelihara daripada kesilapan
dan kesalahan walaupun mereka telah mencapai darjat
ilmu yang sangat tinggi. Manusia yang maksum (tidak
berbuat salah) hanyalah Rasulullah shalallahu 'alaihi
wasallam. Oleh itu semestinya, para imam atau ulama’
menyesuaikan pandangan mereka dengan sunnah
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam . Hakikat ini sungguh
diyakini oleh imam-imam mazhab. Semua mereka berkata,
“Jika hadis itu sahih, itulah mazhabku”.[13]

Oleh itu bukanlah menjadi satu kesalahan untuk meninggalkan


pendapat mazhab masing-masing apabila terjumpa hadis yang sahih
dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Ini telah dipraktikkan oleh
para pengikut imam-imam tersebut. Sebagai contohnya anak murid
Abu Hanifah iaitu Muhammad bin Hasan dan Abu Yusuf
rahimahumullah telah menolak satu pertiga dari pendapat gurunya.
Begitu juga dalam ibadah solat ini yang mana ianya bukanlah menjadi
satu kesalahan untuk berittiba’[14] kepada sunnah Nabi shalallahu
'alaihi wasallam dan meninggalkan pendapat mazhab rasmi negara
kita iaitu Mazhab al-Syafi’i kerana keempat-empat imam mazhab
termasuk Muhammad bin Idris al-Syafi’i sendiri tidak rela pendapat
mereka lebih diutamakan dari al-Qur’an dan al-Sunnah.
Mendahulukan hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dari
pendapat mazhab masing-masing bukanlah perbuatan talfiq yang
tercela, malah telah menjadi kesepakatan bahawa kewajipan dalam
beribadah adalah dengan mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi
wasallam dalam segala permasalahan apatah lagi dalam ibadah yang
paling utama dalam Islam iaitu solat. Mazhab-mazhab hanya bertindak
sebagai sarana untuk memudahkan kita memahami hukum-hukum
yang terkandung dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah:


Sesungguhnya penyeruan untuk kembali kepada al-Sunnah
tidak bermaksud meninggalkan semua mazhab yang ada
baik secara global mahupun secara rinci, bahkan mereka
(yang mengajak untuk kembali kepada sunnah Nabi

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/1.htm 5/11
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

shalallahu 'alaihi wasallam - Pen) senantiasa menghargai


mazhab-mazhab tersebut dan menghormati para imam
mazhab sambil bergantung pada pandangan para imam
untuk memahami al-Kitab dan al-Sunnah. Mereka  hanya
meninggalkan pendapat para imam apabila jelas
bertentangan dengan al-Kitab dan al-Sunnah.[15]

Tentang amalan memilih-milih antara mazhab atau talfiq maka


tidak ada satu nas dari al-Qur’an dan hadis yang mengharamkannya.
Begitu juga tidak ada satu nas dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang
mewajibkan kita hanya mengikuti satu mazhab sahaja. Yang wajib kita
patuhi tanpa berbelah bagi adalah Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala :

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang


yang beriman
ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah
Rasul-Nya,
supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara
mereka,
hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat":
dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya
dan takut melanggar perintah Allah,
serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah,
maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.[16]

Berkata Ibnu Taymiyyah rahimahullah dalam Majmu’ al-Fatawa


(jld. 22, ms. 252):
Apabila seorang mengikut mazhab Abu Hanifah, Malik, al-
Syafi’i atau Ahmad lalu dia melihat dalam sebahagian
masalah, mazhab lain ternyata lebih kuat lalu dia
mengikutinya, maka dia telah melakukan sesuatu yang
baik. Dia tidak menyalahi agama mahupun kredibilitinya.
Bahkan sikap ini adalah lebih benar dan lebih dicintai oleh
Allah dan Rasul-Nya shalallahu 'alaihi wasallam
berbanding seorang yang taksub kepada tokoh tertentu
selain Nabi, seperti orang yang taksub kepada Malik atau
al-Syafi’i atau Ahmad atau Abu Hanifah serta
menganggap pendapat tokoh tersebut adalah benar yang
mesti diikuti dan tidak boleh mengikuti pendapat imam
yang berbeza (pendapat) dengannya. Sesiapa yang

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/1.htm 6/11
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

melakukan sedemikian, dia adalah orang jahil, sesat


bahkan mungkin menjadi kafir…[17]

Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi rahimahullah pula


menerangkan:
Mazhab-mazhab adalah pendapat dan pemahaman orang-
orang berilmu dalam beberapa masalah serta ijtihad.
Pendapat, ijtihad dan pemahaman ini tidak diwajibkan
Allah dan tidak pula diwajibkan oleh Rasul-Nya kepada
seseorang untuk mengikutinya. Di dalamnya (pendapat
mazhab-mazhab tersebut – pen) terdapat kemungkinan
betul dan salah, dan tidak ada yang betul-betul benar
kecuali yang berasal dari Rasul shalallahu 'alaihi wasallam.
Seringkali terjadi para imam memiliki satu pendapat
dalam sesuatu masalah lantas apabila mereka melihat
kebenaran yang berlawanan dengan pendapat tersebut,
mereka menarik kembali pendapat (yang awal).[18]

Yusuf al-Qaradhawi berkata:


Yang terpenting adalah, hendaklah engkau mengetahui
bahawa taklid seorang awam kepada salah seorang imam
merupakan hal yang dibolehkan sesuai dengan kaedah dan
darjatnya dan ia bukan merupakan satu kewajipan
sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian ulama’
kebelakangan. Ini kerana tidak ada satupun yang wajib
kecuali apa yang telah diwajibkan oleh al-Qur’an dan al-
Sunnah. Kenyataannya, kedua-dua sumber tersebut tidak
mewajibkannya. Berdasarkan hal ini tidak ada larangan
bagi seorang Muslim untuk bebas mengikuti sesuatu
mazhab tertentu atau bertanya kepada salah seorang
ulama’ yang mudah dihubunginya berkenaan sesuatu
masalah yang dihadapinya tanpa harus terikat kepada
seorang imam sahaja sehingga tidak boleh bertanya
kepada imam yang lain.

Jalan inilah yang ditempoh oleh para sahabat dan orang-


orang yang mengikuti jejak mereka pada abad-abad
terbaik umat ini. Allah telah menghindari mereka
daripada praktik taklid yang tercela ini (iaitu terbatas
kepada satu imam atau mazhab sahaja).

Orang yang paling penting diberi kebebasan dalam


menentukan mazhab mana yang ingin diikutinya ialah
orang-orang baru memeluk Islam. Mereka boleh sahaja

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/1.htm 7/11
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

mengikuti apa yang sebenarnya tidak ditetapkan oleh


Allah Ta‘ala, iaitu bertanya kepada mana-mana ulama’ yang
mereka kehendaki. Juga sebaiknya untuk mereka dikarang
buku-buku yang bersifat sederhana yang menjelaskan
ajaran Islam tanpa terikat kepada satu mazhab tertentu.
[19]

Selanjutnya M. Said Ramadhan al-Buthi[20] pula berkata:


Tidaklah menjadi satu kewajipan bagi seseorang muqallid
(orang yang bertaklid) untuk mengikuti salah satu mazhab
tertentu, atau menjadi satu perkara yang haram baginya
untuk berpindah-pindah mazhab. Begitu pula telah
menjadi satu kesepakatan kaum muslimin, bahawa seorang
muqallid dapat memilih atau mengikuti salah satu
mujtahid jika telah diyakini kebenaran mazhab-mazhab
dan pendapat-pendapatnya, seperti seseorang yang
berpindah-pindah kepada salah satu dari keempat imam
mazhab.

Maka seandainya, pada masa sekarang ada yang melarang


untuk berpindah-pindah mazhab, orang itu telah masuk
dalam kategori fanatik yang menyesatkan, yang telah
menjadi suatu kesepakatan kaum Muslimin  untuk
meniadakannya.

Suatu yang harus diketahui bagi seorang peneliti, tidak


ada pertentangan bahawa tidak ada hukumnya bagi
seorang muqallid untuk tidak mengikuti satu mazhab
sahaja, atau berpindah-pindah ke mazhab yang lain.
Artinya tidak ada kewajipan untuk terikat kepada salah
satu mazhab tertentu, sama dengan tidak ada pelarangan
untuk terikat kepada salah satu mazhab.[21]

Tambah beliau lagi:


Seorang muqallid jika dapat memahami suatu
permasalahan dengan memahami dalil-dalilnya, baik dari
al-Qur’an, hadis, atau kaedah ushuliyyah, maka wajib
baginya untuk melepaskan diri dari mengambil pendapat
imam-imam mazhab, apabila telah mampu melakukan
ijtihad sendiri berdasarkan keilmuan yang dimiliki.[22]

Dengan ini boleh kita simpulkan bahawa Ahl al-Sunnah


mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam segala
bentuk ibadah termasuk solat. Sekiranya ada hadis yang sahih
http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/1.htm 8/11
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

berkaitan dengan tatacara solat, maka Ahl al-Sunnah tanpa ragu-ragu


akan mengamalkannya walaupun amalan tersebut berbeza dari
amalan kebiasaan umat Islam di Malaysia yang rata-ratanya
bermazhab al-Syafi’i. Sesungguhnya yang wajib dicontohi ialah
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, seorang yang terpelihara dari
melakukan kesilapan (maksum). Selain baginda shalallahu 'alaihi
wasallam maka perkataan sesiapapun boleh ditolak termasuklah
keempat-empat imam mazhab tersebut. Ini sebagaimana yang
diperkatakan oleh Imam Malik rahimahullah sendiri: “Siapapun
perkataannya boleh ditolak dan diterima, kecuali Nabi shalallahu
'alaihi wasallam sendiri.”[23] Oleh itu tindakan sesetengah pihak yang
melihat kesempurnaan ibadah solat itu hanya diiktiraf sekiranya ianya
secocok dengan satu mazhab adalah tindakan yang tidak tepat dan
bertentangan dengan syari’at. Pada hakikatnya Rasulullah shalallahu
'alaihi wasallam mewajibkan kita hanya mengikuti baginda dalam
ibadah solat sebagaimana sabdanya:

Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku


bersolat.[24]

Budaya taksub mazhab ini harus dikikis dari jiwa setiap umat
Islam. Apa yang penulis ingin tekankan ialah sebenarnya tidak ada
salah untuk mengikuti mazhab asalkan pendapat mazhab itu tidak lebih
diutamakan dari al-Qur’an dan hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.
Dalam ertikata lain sekiranya di dalam sesuatu mazhab itu terdapat
amalan yang bercanggah dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka
hendaklah ditinggalkan pendapat mazhab tersebut. Diakibatkan oleh
bisikan syaitan, wujud di kalangan umat Islam yang begitu taksub
terhadap mazhab masing-masing sehingga mereka beranggapan
hanya mazhab mereka sahaja yang benar dan wajib ditaati dalam apa
jua keadaan.

Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi rahimahullah


berkata:
Dari sanalah (sikap fanatik mazhab – pen) munculnya
saling membenci, saling meninggalkan, saling menghasut
dan takbur, hingga urusan umat Islam berantakan dan
persatuan menjadi cerai-berai. Jadilah mereka santapan
orang-orang Eropah dan penindas. Bukankah setiap imam
Ahl al-Sunnah rahimahumullah itu merupakan imam kita
dan kita di barisan mereka? Sangat disesalkan orang-
orang fanatik ini! Ya Allah, tunjukilah kami dan mereka ke
jalan yang lurus.[25]

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/1.htm 9/11
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

[1] Talfiq ialah mengikuti hukum tentang sesuatu perkara daripada


pelbagai mazhab.
[2] al-Ahzaab (33): 21
[3] al-Ahzaab (33): 36
[4] al-Nisaa’ (4): 59
[5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no.
631. Penulis sengaja mengulangi hadis ini di beberapa tempat dalam
buku ini demi untuk menegaskan bahawa mencontohi Rasulullah
shalallahu 'alaihi wasallam dalam ibadah solat adalah wajib.
[6] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, hadis
no. 22704 (jld. 5, ms. 317) dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu‘aib al-
Arna’uth dan rakan-rakan.
[7] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam
oleh Muhammad Nashiruddin al-Albani (edisi terjemahan oleh
Muhammad Thalib, Media Hidayah, Yogyakarata, 2000), ms. 55.
Seterusnya buku ini hanya akan disebut sebagai Sifat Shalat Nabi.
[8] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 55-56.
[9] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 59.
[10] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 58.
[11] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 61.
[12] Abu Yusuf Abdurrahman, 13 Masalah Yang Tidak Pernah Selesai
Diperdebatkan, (edisi terjemahan oleh Munirul Abidin, Pustaka al-
Kautsar, Jakarta, 2003), ms. 203-204.
[13] Abdullah Yassin, Manhaj Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, dalam
Koleksi Kertas Kerja Seminar Ahlus Sunnah Wal Jamaah Golongan
Tauladan (ed: Hafiz Firdaus Abdullah, Jahabersa, Johor Bahru, 2004),
ms. 83.
[14] Taklid adalah mengambil sesuatu pendapat tanpa mengetahui dalil
yang menjadi landasannya. Sedangkan ittiba’ mengambil sesuatu
pendapat bersertakan dalil yang memperkuatkan pendapat tersebut.
[15] al-Albani, Risalah Ilmiah Albani, (edisi terjemahan oleh Abu
Musyrifah dan Ummu Afifah, Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), ms. 42.
[16] al-Nuur (24): 51-52
[17] Dinukil daripada buku Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam
oleh Hafiz Firdaus Abdullah (Jahabersa, Johor Bahru, 2004), ms. 135.
[18] Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi, Perlukah Bermazhab?
(edisi terjemahan terbitan Aras Sarana Widia, Jakarta, 1999), ms. 54.
[19] Yusuf al-Qaradhawi, Bagaimana Berinteraksi Dengan Peninggalan
Ulama’ Salaf (edisi terjemahan oleh Ahrul Tsani & Muhtadi Abdul Mun’im,
Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2003), ms. 118.
[20] Beliau adalah seorang tokoh yang lantang mengkritik Wahhabiyah.
Kitab beliau Madzhab Tanpa Madzhab: Bid’ah Dalam Syari’at Islam
sering dipergunakan oleh pihak yang fanatik mazhab untuk
mengharamkan talfiq. Namun begitu melalui kenyataan beliau sendiri kita
dapati bahawa al-Buthi sebenarnya tidak menolak talfiq. Ini secara tidak
langsung menolak sikap mereka yang gemar menggunakan nama al-
Buthi untuk mengharamkan talfiq.
[21] Sa‘id Ramadhan al-Buthi, Madzhab Tanpa Madzhab: Bid’ah Dalam
Syari’at Islam, (edisi terjemahan oleh Gazira Abdi Ummah, Pustaka al-
Kautsar, Jakarta, 2001), ms. 9.
[22] Sa‘id Ramadhan al-Buthi, Madzhab Tanpa Madzhab: Bid’ah Dalam
Syari’at Islam, ms. 9-10.
[23] Dinukil daripada kitab Sifat Shalat Nabi, ms. 56
[24] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no.
631.
[25] Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi, Perlukah Bermazhab?,
ms. 86.

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/1.htm 10/11
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

Ke atas

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/1.htm 11/11

Anda mungkin juga menyukai