Anda di halaman 1dari 9

3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

BEBERAPA
PERSOALAN SOLAT MAKLUMAT BUKU : KANDUNGAN

3
CARA MEMBACA DOA IFTITAH
Membaca doa iftitah setelah takbirat al-Ihram merupakan satu
tuntutan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Ianya merupakan satu
bentuk pujian, sanjungan dan mengagungkan Allah Subhanahu wa
Ta'ala. Terdapat sebegitu banyak hadis yang menunjukkan baginda
shalallahu 'alaihi wasallam amat menitik beratkan pembacaan doa
iftitah ini. Walaupun majoriti ulama’ menyatakan membaca doa iftitah
ini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat sekiranya tidak dibaca,
namun bagi kita yang benar-benar ingin mengikuti sunnah Nabi
shalallahu 'alaihi wasallam serta mempraktikkan suruhannya
sebagaimana sabdanya:"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu
melihat aku bersolat.”[1] maka sewajarnya kita tidak meninggalkan doa
iftitah ini. Apatah lagi memang telah ada dalil dari Nabi shalallahu
'alaihi wasallam yang menunjukkan bahawa doa iftitah ini adalah
termasuk dalam perkara yang dapat menyempurnakan ibadah solat:

‫ﺿﻮءَ ﻳَـ ْﻌ ِﲏ‬ َ َ‫ﺿﺄَ ﻓَـﻴ‬


ُ ‫ﻀ َﻊ اﻟْ ُﻮ‬ ‫ﱠﺎس َﺣ ﱠﱴ ﻳَـﺘَـ َﻮ ﱠ‬ ِ ‫َﺣ ٍﺪ ِﻣ ْﻦ اﻟﻨ‬َ ‫ﺻﻼَةٌ ِﻷ‬
ِ
َ ‫ﻻَ ﺗَﺘِﱡﻢ‬
‫َﻣ َﻮاﺿ َﻌﻪُ ﰒُﱠ ﻳُ َﻜ ّﱪُ َوَْﳛ َﻤ ُﺪ ا ﱠَ َﺟ ﱠﻞ‬

.‫آن‬ِ ‫وﻋﱠﺰ وﻳـﺜِْﲏ ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﻳـ ْﻘﺮأُ ِﲟَﺎ ﺗَـﻴ ﱠﺴﺮ ِﻣﻦ اﻟْ ُﻘﺮ‬
ْ ْ َ َ َ ََ ْ َ َُ َ َ
Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia
menyempurnakan wuduknya
sebelum dia bertakbir, memuji Allah 'Azza wa Jalla,
menyanjung-Nya,
dan membaca ayat-ayat al-Qur’an yang mudah baginya
(dihafalnya)…[2]

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/3.htm 1/9
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

Apa yang dapat kita fahami dari hadis di atas adalah, setelah
kita bertakbir maka hendaklah kita memuji dan menyanjungi Allah
'Azza wa Jalla melalui pembacaan doa iftitah. Tanpanya maka tidak
sempurnalah solat kita.
Kebiasaannya bagi umat Islam di Malaysia, doa iftitah yang
diamalkan dalam solat adalah seperti berikut:

ِ ‫اﳊﻤ ُﺪ ِﱠِ َﻛﺜِﲑا وﺳﺒﺤﺎ َن ا ﱠِ ﺑ ْﻜﺮًة وأ‬


ً‫َﺻﻴﻼ‬ َ َ ُ َ ُْ َ ً ْ َْ ‫ا ﱠُ أَ ْﻛﺒَـُﺮ َﻛﺒِ ًﲑا َو‬
ِ ِِ
‫ض‬َ ‫ﺖ َو ْﺟ ِﻬ َﻲ ﻟﻠﱠﺬي ﻓَﻄََﺮاﻟ ﱠﺴ َﻤ َﺎوات َواﻷ َْر‬ ُ ‫َو ﱠﺟ ْﻬ‬
ِ ِ ِ
َ ‫َﺣﻨﻴ ًﻔﺎ َوَﻣﺎ أَ َ ﻣ ْﻦ اﻟْ ُﻤ ْﺸ ِﺮﻛ‬
‫ﲔ‬
ِ ِِ ِ
ِّ ‫ﺎي َوﳑََ ِﺎﰐ ﱠ َر‬
َ ‫ب اﻟْ َﻌﺎﻟَﻤ‬
‫ﲔ‬ َ َ‫ﺻﻼَﰐ َوﻧُ ُﺴﻜﻲ َوَْﳏﻴ‬
ِ َ ‫إِ ﱠن‬
ِِ ِ ِ َ ِ‫ﻳﻚ ﻟَﻪ وﺑِ َﺬﻟ‬
َ ‫ت َوأَ َ ﻣ ْﻦ اﻟْ ُﻤ ْﺴﻠﻤ‬
.‫ﲔ‬ ُ ‫ﻚ أُﻣ ْﺮ‬ َ ُ َ ‫ﻻَ َﺷ ِﺮ‬
Allah yang Maha Besar dan segala puji bagi Allah
sebanyak-banyaknya. Maha suci Allah pagi dan petang. Aku
hadapkan mukaku bagi Tuhan yang mencipta tujuh petala
langit dan bumi, cenderung kepada penyerahan dan tidaklah
aku daripada golongan orang yang musyrik. Sesungguhnya
solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan
sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan itu
(apabila) aku disuruh dan aku adalah tergolong dari
golongan Islam.[3]

Namun begitu, setelah diteliti doa iftitah di atas, maka dapati


tidak wujud satu hadispun yang sahih datangnya dari Nabi shalallahu
'alaihi wasallam yang menunjukkan baginda shalallahu 'alaihi wasallam
mengajar cara pembacaan sedemikian rupa. Setakat kajian penulis,
yang wujud hanyalah hadis-hadis yang seakan-akan sama dengan
cara pembacaan di atas tetapi ianya terpisah-pisah dan diambil sekerat
sahaja. Mari kita lihat hadis-hadis tersebut:[4]

Pertama:
Dari Ibn 'Umar, dia berkata: “Sedang kami bersolat
bersama Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, salah
seorang dari kami mengucapkan:

ِ ‫اﳊﻤ ُﺪ ِﱠِ َﻛﺜِﲑا وﺳﺒﺤﺎ َن ا ﱠِ ﺑ ْﻜﺮًة وأ‬


.ً‫َﺻﻴﻼ‬ َ َ ُ َ ُْ َ ً ْ َْ ‫ا ﱠُ أَ ْﻛﺒَـُﺮ َﻛﺒِ ًﲑا َو‬
“Allah yang Maha Agung lagi Maha Besar

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/3.htm 2/9
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha


suci Allah pagi dan petang.” 

Bersabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam:  “Siapa


yang telah mengucapkan kalimat begini dan begini?”
Salah seorang dari kami menjawab: “Saya, wahai
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.”
Baginda berkata: “Ianya (ucapan tersebut) telah
membangkitkan rasa ajaib kepada aku kerana pintu-pintu
syurga telah terbuka disebabkan oleh ucapan itu.”
Ibn 'Umar berkata: “Aku tidak pernah meninggalkan
ucapan tersebut semenjak mendengar Rasulullah
shalallahu 'alaihi wasallam berkata begitu.”[5]

Kedua:
Dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, dia berkata:
“Bila Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berdiri
hendak mengerjakan solat, diucapkannya takbir kemudian
dibacanya:

ِ ِِ
َ ‫ﺖ َو ْﺟ ِﻬ َﻲ ﻟﻠﱠﺬي ﻓَﻄََﺮ اﻟ ﱠﺴ َﻤ َﺎوات َواﻷ َْر‬
‫ض‬ ُ ‫َو ﱠﺟ ْﻬ‬
َ.‫َﺣﻨِﻴ ًﻔﺎ َوَﻣﺎ أَ َ ِﻣ ْﻦ اﻟْ ُﻤ ْﺸ ِﺮﻛِﲔ‬

َ.‫ب اﻟْ َﻌﺎﻟَ ِﻤﲔ‬ ِِ ِ


ِّ ‫ﺎي َوﳑََ ِﺎﰐ ﱠ َر‬ َ َ‫ﺻﻼَﰐ َوﻧُ ُﺴﻜﻲ َوَْﳏﻴ‬
ِ َ ‫إِ ﱠن‬
ِِ ِ ِ َ ِ‫ﻳﻚ ﻟَﻪ وﺑِ َﺬﻟ‬
.‫ﲔ‬َ ‫ت َوأَ َ ﻣ ْﻦ اﻟْ ُﻤ ْﺴﻠﻤ‬ ُ ‫ﻚ أُﻣ ْﺮ‬ َ ُ َ ‫ﻻَ َﺷ ِﺮ‬
ِ
‫ﺖ َرِّﰊ‬ َ ْ‫ﺖ أَﻧ‬ َ ْ‫ﻚ ﻻَ إِﻟَﻪَ إِﻻﱠ أَﻧ‬ ُ ‫ﺖ اﻟْ َﻤﻠ‬ َ ْ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ أَﻧ‬
‫ﺖ ﻧـَ ْﻔ ِﺴﻲ‬ ُ ‫َوأَ َ َﻋْﺒ ُﺪ َك ﻇَﻠَ ْﻤ‬
َِ ‫و ْاﻋﺘَـﺮﻓْﺖ ﺑِ َﺬﻧِْﱯ ﻓَﺎ ْﻏ ِﻔﺮ ِﱄ ذُﻧُ ِﻮﰊ‬
‫ﲨ ًﻴﻌﺎ‬ ْ ُ َ َ
ِ
‫ﺖ‬َ ْ‫ﻮب إِﻻﱠ أَﻧ‬ َ ُ‫إِﻧﱠﻪُ ﻻَ ﻳَـ ْﻐﻔُﺮ اﻟ ﱡﺬﻧ‬
ِ ‫واﻫ ِﺪِﱐ ﻷَﺣﺴ ِﻦ اﻷَﺧﻼَ ِق ﻻَ ﻳـﻬ ِﺪي ﻷ‬
‫ﺖ‬َ ْ‫َﺣ َﺴﻨ َﻬﺎ إِﻻﱠ أَﻧ‬ ْ َْ ْ َْ َْ

َ ْ‫ف َﻋ ِّﲏ َﺳﻴِّﺌَـ َﻬﺎ إِﻻﱠ أَﻧ‬


‫ﺖ‬ ُ ‫ﺼ ِﺮ‬ ْ َ‫ف َﻋ ِّﲏ َﺳﻴِّﺌَـ َﻬﺎ ﻻَ ﻳ‬ ْ ‫اﺻ ِﺮ‬
ْ ‫َو‬
َ ‫ﺲ إِﻟَْﻴ‬
‫ﻚ‬ َ ‫ﻚ َواﻟ ﱠﺸﱡﺮ ﻟَْﻴ‬ َ ْ‫اﳋَْﻴـُﺮ ُﻛﻠﱡﻪُ ِﰲ ﻳَ َﺪﻳ‬ ْ ‫ﻚ َو‬ َ ْ‫ﻚ َو َﺳ ْﻌ َﺪﻳ‬ َ ‫ﻟَﺒﱠـْﻴ‬

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/3.htm َ َ َ َ ْ َ َ 3/9
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT
ِ ‫أَ َ ﺑِﻚ وإِﻟَﻴﻚ ﺗَـﺒﺎرْﻛﺖ وﺗَـﻌﺎﻟَﻴﺖ أ‬
َ ‫ﻮب إِﻟَْﻴ‬
.‫ﻚ‬ ُ ُ‫َﺳﺘَـ ْﻐﻔُﺮَك َوأَﺗ‬
ْ َ ْ َ َ َ ََ َ ْ َ َ
“Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta
seluruh langit dan bumi, dengan sepenuh penyerahan dan
bukanlah aku daripada golongan orang yang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah
untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagi-Nya. Demikianlah aku diperintah
dan aku tergolong dari golongan Islam.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-
Mu, aku telah membuat aniaya terhadap diriku dan
mengakui kesalahanku, maka ampunilah dosaku
kesemuanya, dan tiadalah yang dapat mengampuni dosa-
dosaku itu melainkan Engkau.
Dan tunjukilah aku kepada akhlak terbaik, tak ada yang
akan menuntun kepada akhlak yang terbaik itu kecuali
Engkau; dan jauhkanlah aku dari akhlak yang jelek, tak
ada yang dapat menjauhkan aku dari akhlak yang jelek itu
melainkan engkau.
Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan aku patuhi
perintah-Mu.
Dan kebaikan itu seluruhnya berada dalam Tangan-Mu
sedangkan kejahatan itu tak dapat dipergunakan untuk
menghampirkan diri kepada-Mu.
Aku milik-Mu, kepada-Mu-lah yang Maha Berkat lagi
Maha Tinggi, aku meminta ampun dan bertaubat.”[6]

Cara pembacaan yang lazimnya dibacakan di Malaysia adalah


hasil penggabungan dan pemotongan kedua-dua hadis di atas.
Sekiranya menggabungkan kedua-dua hadis di atas adalah baik untuk
dibacakan sebagai doa iftitah dalam solat tentu Nabi shalallahu 'alaihi
wasallam akan mengajar kita cara yang sedemikian rupa dan tentu
juga para sahabat radhiallahu’anhum serta para tabi’ut at-Tabi’in yang
paling awal sekali mengamalkan cara pembacaan tersebut. Namun
hakikatnya ia tidak sedemikian rupa. Oleh itu sepatutnya kita berusaha
untuk mengamalkan doa iftitah sebagaimana yang telah diajar oleh
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dengan tidak merubahnya dengan
penambahan atau pengurangan kepada bentuk pembacaan yang lain.
Ini selari dengan perintah baginda shalallahu 'alaihi wasallam untuk
mencontohi baginda sepenuhnya dalam tatacara bersolat
sebagaimana sabdanya: "Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu
melihat aku bersolat.”[7] Tambahan lagi Allah 'Azza wa Jalla juga
berfirman:

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/3.htm 4/9
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

Demi sesungguhnya,
adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)
Allah
dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut
dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah
dan senang).[8]

Oleh itu adakah wajar bagi kita untuk membelakangi cara yang
ditunjukkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam seorang
manusia yang telah dijamin oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai
contoh ikutan yang terbaik lantas memilih doa iftitah yang hanya direka
cipta oleh insan lain yang tidak terpelihara dari kesalahan (tidak
maksum)? Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah


(shalallahu 'alaihi wasallam)
kepada kamu maka terimalah serta amalkan
dan apa yang ditegah daripada kamu, hendaklah kamu jauhi.
[9]

Selain dari dua cara pembacaan doa iftitah di atas, terdapat


beberapa lagi bentuk bacaan yang telah diajar oleh baginda shalallahu
'alaihi wasallam yang antaranya adalah seperti berikut:[10]

Pertama:

Berkata Abu Hurairah: “Biasanya Rasulullah shalallahu


'alaihi wasallam diam sejenak antara takbir dan bacaan
(al-Fatihah).” Aku berkata: “Dengan bapa dan ibuku,
wahai Rasulullah, diamnya engkau antara takbir dan
bacaan, apakah yang engkau ucapkan?” Baginda
bersabda: “Aku mengucapkan:

ِ
‫ي‬
َ َ ‫ﲔ َﺧﻄَﺎ‬ َ ْ ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ َ ﻋ ْﺪ ﺑَـْﻴ ِﲏ َوﺑَـ‬
ِ ‫ﲔ اﻟْﻤ ْﺸ ِﺮِق واﻟْﻤ ْﻐ ِﺮ‬
.‫ب‬ َ َ َ َ ْ ‫ت ﺑَـ‬ َ ‫َﻛ َﻤﺎ َ َﻋ ْﺪ‬
http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/3.htm 5/9
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

ِ َ‫ﺾ ِﻣ ْﻦ اﻟ ﱠﺪﻧ‬
.‫ﺲ‬ ُ َ‫ب اﻷَﺑْـﻴ‬ ُ ‫اﳋَﻄَﺎ َ َﻛ َﻤﺎ ﻳـُﻨَـ ﱠﻘﻰ اﻟﺜـ ْﱠﻮ‬ ْ ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ﻧـَ ِّﻘ ِﲏ ِﻣ ْﻦ‬
.‫ي ِ ﻟْ َﻤ ِﺎء َواﻟﺜﱠـ ْﻠ ِﺞ َواﻟْﺒَـَﺮِد‬ ِ
َ َ ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ا ْﻏﺴ ْﻞ َﺧﻄَﺎ‬
“Ya Allah, jauhkanlah antara aku dengan kesalahan-
kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara
timur dan barat.
Ya Allah, bersihkanlah diriku dari kesalahan-kesalahan
sebagaimana pakaian putih dibersihkan dari noda.
Ya Allah, cucilah kesalahan-kesalahanku dengan air, salji
dan air embun.”[11]

Kedua:

Dari Abdurrahman bin ‘Auf katanya: “Saya bertanya


kepada ‘Aisyah doa apakah yang dibaca Nabi Allah
shalallahu 'alaihi wasallam sebagai pembukaan solat bila
dia melakukannya di waktu malam.” Jawab beliau:
“Sebagai pembukaan bagi solatnya di waktu malam Nabi
membaca:

ِ ِ‫ب ﺟﺒـﺮاﺋِﻴﻞ وِﻣﻴ َﻜﺎﺋِﻴﻞ وإِﺳﺮاﻓ‬


ِ ‫ﺎﻃﺮ اﻟ ﱠﺴﻤﺎو‬
ِ ‫ات َواﻷ َْر‬
‫ض‬ َ َ َ َ‫ﻴﻞ ﻓ‬ َ َْ َ َ َ َ َ ْ َ ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ َر ﱠ‬
‫ﱠﻬ َﺎد ِة‬ ِ ‫َﻋ ِﺎﱂَ اﻟْﻐَْﻴ‬
َ ‫ﺐ َواﻟﺸ‬
‫ﻴﻤﺎ َﻛﺎﻧُﻮا ﻓِ ِﻴﻪ َﳜْﺘَﻠِ ُﻔﻮ َن‬ِ ِ ِ ‫أَﻧْﺖ َﲢ ُﻜﻢ ﺑـ‬
َ ‫ﲔ ﻋﺒَﺎد َك ﻓ‬
َ َْ ُ ْ َ
ْ ‫ﻒ ﻓِ ِﻴﻪ ِﻣ ْﻦ‬
‫اﳊَ ِّﻖ‬ ِ ‫اﻫ ِﺪِﱐ ﻟِﻤﺎ‬
َ ‫اﺧﺘُﻠ‬
ْ َ ْ
.‫اط ُﻣ ْﺴﺘَ ِﻘﻴ ٍﻢ‬
ٍ ‫ﻚ ﺗَـﻬ ِﺪي ﻣﻦ ﺗَ َﺸﺎء إِ َﱃ ِﺻﺮ‬
َ ُ ْ َ ْ َ ‫ﻚ إﻧﱠ‬
ِ َ ِ‫ِِ ْذﻧ‬

“Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil,


Tuhan pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha
Mengetahui semua yang ghaib dan nyata. Engkaulah
yang akan menghakimi para hamba-Mu mengenai apa
sahaja yang mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu
berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari apa yang
mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk
kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang
lurus.”[12]
http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/3.htm 6/9
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

Ketiga:

Dari Ibnu Abbas, katanya: “Bila Nabi shalallahu 'alaihi


wasallam melakukan solat tahajjud di waktu malam, dia
membaca:

ِ ‫اﳊﻤ ُﺪ أَﻧْﺖ ﻗَـﻴِﻢ اﻟ ﱠﺴﻤﻮ‬


ِ ‫ات َواﻷ َْر‬
‫ض‬ َ َ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ﻟ‬
َ َ ُ ّ َ ْ َْ ‫ﻚ‬
ِ ‫ﻚ اﻟ ﱠﺴﻤﻮ‬ ِ
ِ ‫ات َواﻷ َْر‬
‫ض‬ َ َ ُ ‫ﻚ ُﻣ ْﻠ‬
َ َ‫اﳊَ ْﻤ ُﺪ ﻟ‬
ْ ‫ﻚ‬َ َ‫َوَﻣ ْﻦ ﻓﻴ ِﻬ ﱠﻦ َوﻟ‬
ِ ‫اﳊﻤ ُﺪ أَﻧْﺖ ﻧُﻮر اﻟ ﱠﺴﻤﻮ‬ ِ
ِ ‫ات َواﻷ َْر‬
‫ض‬ َ َ ُ َ ْ َْ ‫ﻚ‬ َ َ‫َوَﻣ ْﻦ ﻓﻴ ِﻬ ﱠﻦ َوﻟ‬
ِ ‫ﻚ اﻟ ﱠﺴﻤﻮ‬ِ ْ‫اﳊﻤﺪ أَﻧ‬ ِ
ِ ‫ات َواﻷ َْر‬
‫ض‬ َ َ ُ ‫ﺖ َﻣﻠ‬َ ُ ْ َْ ‫ﻚ‬َ َ‫َوَﻣ ْﻦ ﻓﻴ ِﻬ ﱠﻦ َوﻟ‬
‫اﳊَ ﱡﻖ َوﻟَِﻘ ُﺎؤ َك َﺣ ﱞﻖ‬
ْ ‫اﳊَ ﱡﻖ َوَو ْﻋ ُﺪ َك‬
ْ ‫ﺖ‬َ ْ‫اﳊَ ْﻤ ُﺪ أَﻧ‬
ْ ‫ﻚ‬َ َ‫َوﻟ‬
‫ﱠﺎر َﺣ ﱞﻖ َواﻟﻨﱠﺒِﻴﱡﻮ َن َﺣ ﱞﻖ‬
ُ ‫اﳉَﻨﱠﺔُ َﺣ ﱞﻖ َواﻟﻨ‬
ْ ‫ﻚ َﺣ ﱞﻖ َو‬
َ ُ‫َوﻗَـ ْﻮﻟ‬
ِ
َ ‫ﺻﻠﱠﻰ ا ﱠُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ َﺣ ﱞﻖ َواﻟ ﱠﺴ‬
.‫ﺎﻋﺔُ َﺣ ﱞﻖ‬ َ ‫َوُﳏَ ﱠﻤ ٌﺪ‬
ُ ‫ﻚ ﺗَـ َﻮﱠﻛ ْﻠ‬
‫ﺖ‬ َ ‫ﺖ َو َﻋﻠَْﻴ‬ َ ِ‫ﺖ َوﺑ‬
ُ ‫ﻚ َآﻣْﻨ‬ ُ ‫َﺳﻠَ ْﻤ‬
ْ‫ﻚأ‬َ َ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ﻟ‬
‫ﺖ‬ُ ‫ﻚ َﺣﺎ َﻛ ْﻤ‬ َ ‫ﺖ َوإِﻟَْﻴ‬ُ ‫ﺎﺻ ْﻤ‬ َ ‫ﻚ َﺧ‬ َ ِ‫ﺖ َوﺑ‬ ُ ‫ﻚ أَﻧَـْﺒ‬ َ ‫َوإِﻟَْﻴ‬
ِ
‫ﺖ‬
ُ ‫ت َوَﻣﺎ أ َْﻋﻠَْﻨ‬
ُ ‫َﺳَﺮْر‬ْ ‫ت َوَﻣﺎ أ‬ ُ ‫ﺖ َوَﻣﺎ أَ ﱠﺧ ْﺮ‬ ْ ‫ﻓَﺎ ْﻏﻔ ْﺮ ِﱄ َﻣﺎ ﻗَﺪ‬
ُ ‫ﱠﻣ‬
‫ﺖ اﻟْ ُﻤ َﺆ ِّﺧُﺮ‬ ِ
َ ْ‫ﺖ اﻟْ ُﻤ َﻘ ّﺪ ُم َوأَﻧ‬َ ْ‫أَﻧ‬
.ِ‫ﺖ أ َْو ﻻَ إِﻟَﻪَ َﻏْﻴـُﺮَك َوﻻَ َﺣ ْﻮَل َوﻻَ ﻗُـ ﱠﻮَة إِﻻﱠ ِ ﱠ‬
َ ْ‫ﻻَ إِﻟَﻪَ إِﻻﱠ أَﻧ‬
“Ya Allah, segala puji milik-Mu. Engkaulah Pemelihara
seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada
padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Raja seluruh
langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya.
Segala puji milik-Mu. Engkaulah Nur seluruh langit dan
bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala
puji milik-Mu. Engkaulah Pemilik seluruh langit dan
bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala
puji milik-Mu, Engkaulah yang Maha Benar, janji-Mu
benar, pertemuan dengan-Mu benar, firman-Mu benar,
syurga itu benar, neraka itu benar, para nabi itu benar,
http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/3.htm 7/9
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

dan Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam itu benar


dan hari kiamat itu benar.

Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah diri, dengan-


Mu aku beriman dan kepada-Mu aku bertawakal. Hanya
kepada-Mu aku bertaubat. Hanya kepada-Mu aku
mengadu, dan kepada hukum-Mu aku berpedoman. Oleh
kerana itu, ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan yang
akan datang, yang aku lakukan secara sembunyi-sembunyi
atau terang-terangan. Engkaulah yang terdahulu dan
Engkaulah yang terakhir. Tiada Tuhan kecuali Engkau
(atau selain Engkau) dan tiada daya atau kekuatan
kecuali hanya dengan pertolongan-Mu.)”[13]

Terdapat beberapa lagi bentuk doa iftitah yang pernah


diamalkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang datang dari
hadis-hadis baginda yang sahih.[14] Dengan kepelbagaian cara bacaan
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam ini, maka tidak sepatutnya kita
mempunyai ruang untuk memilih cara pembacaan doa iftitah yang tidak
diketahui siapa yang mencipta kaedahnya atau daripada mana
sumbernya. Malah al-Syafi’i rahimahullah juga tidak membaca doa
iftitah sebagaimana yang lazimnya dibacakan di Malaysia yang
mengaku mazhab rasminya adalah mazhab al-Syafi’i. Beliau dalam
kitabnya al-Umm (Kitab Induk) telah menggunakan doa iftitah yang
diriwayatkan daripada Ali radhiallahu’anh seperti yg telah saya
paparkan di atas.[15] Telah berkata al-Syafi’i rahimahullah: “Kalau
ditambah sesuatu padanya atau dikurangkan (pada bacaan doa
iftitah tersebut – pen), nescaya aku memandangnya makruh.”[16]
Sewajarnya bagi umat Islam di Malaysia yang mengaku bermazhab al-
Syafi’i untuk akur dengan pendapat pembela sunnah (al-Nashir al-
Sunnah) ini. Maka marilah kita sama-sama mengamalkan pembacaan
doa iftitah dalam solat kita sebagaimana yang benar-benar diajar oleh
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam selari dengan perintah baginda
shalallahu 'alaihi wasallam melalui sabdanya:"Solatlah kamu sekalian
sebagaimana kamu melihat aku bersolat.” [17]

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/3.htm 8/9
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

[2] Sahih: Sebahagian daripada hadis yang panjang yang dikeluarkan oleh

Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan Abu Daud, hadis no. 856.
[3] Ismail Kamus, Panduan Fardhu ‘Ain (At Tafkir Enterprise, Kuala Lumpur,

1997), ms. 57-58.


[4] Catitan Penyunting: Di sini hadis-hadis diringkaskan kecuali terhadap

bacaan itu sendiri. Ini supaya para pembaca dapat mengamalkan terus
bacaan-bacaan tersebut.
[5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya, hadis no. 601.

[6] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya, hadis no. 771.

[7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.

[8] al-Ahzaab (33):21

[9] al-Hasyr (59): 7

[10] Catitan Penyunting: Di sini hadis-hadis diringkaskan kecuali terhadap

bacaan itu sendiri. Ini supaya para pembaca dapat mengamalkan terus
bacaan-bacaan tersebut.
[11] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 744.

[12] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 770.

[13] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 1120.

[14] Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah dalam kitabnya Sifat

Shalat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam telah menurunkan duabelas cara


bacaan doa iftitah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam manakala Sayyid Sabiq
rahimahullah dalam kitabnya Fikih Sunnah telah menurunkan tujuh contoh
bacaan doa iftitah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.
[15] Shahih Muslim, hadis no. 771.

[16] al-Syafi’i, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 252.

[17] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.

Ke atas

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/3.htm 9/9

Anda mungkin juga menyukai