Anda di halaman 1dari 6

3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

BEBERAPA
PERSOALAN SOLAT MAKLUMAT BUKU : KANDUNGAN

4
MELETAKKAN TANGAN
DI ATAS DADA KETIKA BERDIRI

Din: Assalaamu’alaikum Shah

Shah: Wa’alaikumussalaam Warahmatullah, apa khabar


Din?

Din: Baik Alhamdulillah. Shah, boleh aku tanya sikit tak?

Shah: Hmm, tentang apa?

Din: Aku tengok kau solat tadi masa berdiri kau letak tangan
kat dadalah, sedangkan sepatutnya kau letak tangan di
pusat sebagaimana yang biasa diamalkan.

Shah: Apa yang aku buat itu ada sandarannya dari hadis
Nabi yang sahih Din.

Din: Aku bukan apa, Tok Guru aku kata amalan tersebut
sesat.

Shah: Kenapa pula sesat?

Din: Menurut guru aku apabila meletakkan tangan di dada ia


akan membentuk huruf Lam (‫)ل‬. Dari huruf lam ini timbulnya
perkataan la’ ( ‫ﻻ‬-Tiada). Jadi apabila dengan meletakkan
tangan di dada tanpa kau sedari kau sebenarnya
menunjukkan pernyataan La’ Allah (‫ ﻻ ﷲ‬- Tiada Allah).

Shah: Tapi meletakkan tangan di atas dada itu ada hadis


Nabi sebagai dalilnya. Tak mungkin begitu.

Din: Itu apa yang Tok Guru aku cerita.


http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/4.htm 1/6
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

Shah: Tok Guru kau ada bagi dalil tak untuk menguatkan
hujahnya itu?

Din: Ada.

Shah: Apakah dalilnya? Sebab kita dalam Islam jika kita nak
bagi hujah mesti dikuatkan dalil dari al-Qur’an atau hadis
yang sahih.

Din: Hmm. Nanti aku bagilah.

Beginilah satu kisah benar yang terjadi kepada seorang


sahabat penulis sendiri. Sehingga hari ini penulis dan sahabat penulis
tersebut masih terfikir bagaimanakah dengan meletakkan tangan di
dada ketika berdiri dalam solat membentuk perkataan Lam (‫)ل‬. Inilah
sikap ulama’ su’ (jahat) yang melakukan fitnah yang keji lagi hina. Bagi
yang jahil, mereka menerima sahaja tanpa usul periksa ajaran-ajaran
yang pelik sebegini akibat telah terbiasa dengan sikap taklid buta yang
telah sebati dalam jiwa mereka. Apa sahaja amalan yang tidak biasa
mereka amalkan maka dikatakan sesat, “ini bukan dari mazhab kami”
atau ungkapan yang paling popular “ini adalah amalan Wahhabi”.
Sesungguhnya amalan meletakkan tangan di atas dada ketika berdiri
dalam solat ini ada contohnya dari Rasulullah shalallahu 'alaihi
wasallam. Maka dengan memperlekehkan perbuatan tersebut secara
tidak langsung mereka sebenarnya memperlekehkan sunnah Nabi
shalallahu 'alaihi wasallam. Tindakan memperlekehkan sunnah Nabi
shalallahu 'alaihi wasallam satu bentuk istihza’[1] tehadap Nabi
Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam sendiri. Dan istihza’ ini dicela
oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam Firman-Nya:

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-


ejekan itu)
tentulah mereka akan menjawab:
"Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-
main".
Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya
serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan
mengejeknya?"
Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang
dusta),
kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu
(melahirkan) iman…[2]

Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan


solat,
http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/4.htm 2/6
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

mereka menjadikan solat itu sebagai ejek-ejekan dan


permainan.
Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang
tidak berakal. [3]

Semoga kita menjauhkan diri dari sikap istihza’ ini.

Dalil Yang Menetapkan Meletakkan Tangan Di Atas Dada

Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam apabila


berdiri (qiyam) dalam solat baginda akan meletakkan tangan kanannya
di atas belakang tangan kirinya. Adakalanya beliau menggenggam
tangan kanannya di pergelangan tangan kirinya. Sahl bin Sa’ad
radhiallahu 'anh menerangkan:

ِ ‫َﻛﺎ َن اﻟﻨﱠﺎس ﻳـ ْﺆﻣﺮو َن أَ ْن ﻳﻀﻊ اﻟﱠﺮﺟﻞ اﻟْﻴ َﺪ اﻟْﻴﻤﲎ ﻋﻠَﻰ ِذر‬


‫اﻋ ِﻪ اﻟْﻴُ ْﺴَﺮى ِﰲ‬َ َ َ ُْ َ ُ ُ َ َ َ َُ ُ ُ
.‫ﺼﻼَِة‬
‫اﻟ ﱠ‬
Manusia diperintahkan agar meletakkan tangan kanannya
di atas lengannya yang kiri dalam solat.[4]

Demikian juga oleh Wail bin Hujur radhiallahu 'anh:

.‫ﺿ َﻊ ﻳَ َﺪﻩُ اﻟْﻴُ ْﻤ َﲎ َﻋﻠَﻰ اﻟْﻴُ ْﺴَﺮى‬


َ ‫ﰒُﱠ َو‬
Kemudian meletakkan tangan kanannya di atas tangan
kirinya.[5]

Dalam sebuah riwayat yang lain beliau menyebut:

.‫ﺎﻋ ِﺪ‬
ِ ‫ﰒُﱠ وﺿﻊ ﻳ َﺪﻩ اﻟْﻴﻤﲎ ﻋﻠَﻰ َﻛ ِّﻔ ِﻪ اﻟْﻴﺴﺮى واﻟﱡﺮﺳ ِﻎ واﻟ ﱠﺴ‬
َ ْ َ َْ ُ َ َ ُْ ُ َ َ َ َ
Beliau (Nabi shalallahu 'alaihi wasallam) meletakkan lengan
kanan pada punggung telapak kirinya, pergelangan, dan lengan
kirinya.[6]

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/4.htm 3/6
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

Tentang tempat perletakkan tangan pula maka terdapat


beberapa pendapat yang antaranya adalah di atas pusat, di bawah
pusat, di perut dan di dada. Menurut al-‘Utsaimin rahimahullah:
“Pendapat yang lebih dekat kebenarannya adalah meletakkan tangan
di atas dada.”[7] Dalilnya adalah hadis Wail bin Hujur radhiallahu 'anh:

‫ﺻﻠﱠﻲ ﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬َ ‫ﱯ‬


ِ
ِّ ‫ﺖ َﻣ َﻊ اﻟﻨﱠ‬ ُ ‫ﺻﻠﱠْﻴ‬
َ
.‫ﺻ ْﺪ ِرِﻩ‬
َ ‫ﺿ َﻊ ﻳَ َﺪﻩُ اْﻟﻴُ ْﻤ َﲎ َﻋ َﻞ ﻳَ َﺪﻩُ اْﻟﻴُ ْﺴَﺮى َﻋﻠَﻰ‬
َ ‫ﻓَـ َﻮ‬
“Saya melakukan solat bersama Nabi Shalallahu 'alaihi
wasallam maka diletaknya tangan kanannya di atas
tangan kirinya di atas dada.”[8]

Tentang diletakkan tangan di atas dada, Ibnu Hajar al-Asqalani


rahimahullah berkata:
Para ulama’ berpendapat bahawa hikmah yang dapat
diambil adalah bahawa meletakkan tangan kanan di atas
tangan kiri merupakan sifat orang yang memohon dengan
merendahkan diri, dan lebih mendekatkan kepada ke-
khusyu’-an. Sepertinya Imam Bukhari memperhatikan hal
ini, sehingga sesudahnya (Bab meletak tangan kanan atas
tangan kiri – pen) dia menyebutkan bab tentang khusyu’.
Di antara pernyataan yang unik adalah pendapat
sebahagian ulama’ bahawa hati[9] merupakan tempat niat,
dan telah menjadi kebiasaan seseorang yang hendak
menjaga sesuatu maka dia menempatkan tangannya di
atas sesuatu yang dijaga.[10]

Tambah Ibnu Hajar lagi bahawa Ibnu Abdil Bar berkata:


Tidak ada perbezaan riwayat dari Nabi shalallahu 'alaihi
wasallam mengenai hal itu (yakni meletakkan tangan di
atas dada – penerj), dan ini merupakan pendapat majoriti
sahabat dan tabi’in serta pendapat yang disebutkan oleh
Malik dalam kitab al-Muwathta’. Ibnu Mundzir dan lainnya
tidak menukil dari Imam Malik selain pendapat ini.[11]

Menurut Abu Ubaidah Masyhur:


Sedangkan para ulama’ mazhab Maliki meriwayatkan
tentang sunnahnya meletakkan tangan di dada ketika
solat fardhu mahupun solat sunat merupakan hal yang
bukan rahsia lagi. Sebab orang-orang hidup pada generasi
awal Islam telah diperintahkan untuk melakukannya.[12]

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/4.htm 4/6
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

Al-Syaukani di dalam kitabnya Nail al-Awthaar (Jld. 1, ms. 204)


berkata:
Tidak ada satu hadispun yang lebih sahih dalam masalah
ini (tempat meletakkan tangan – pen) kecuali hadis Wail
(bin Hujur) di atas. Riwayat ini benar-benar sesuai dengan
perbuatan orang-orang salaf kami, yakni seperti
pentafsiran Ali dan Ibn Abbas tehadap  firman Allah
Ta’ala:
 
Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata,
dan ber-nahar-lah:[13]

Yang dimaksudkan dengan kata nahr dalam ayat tersebut


adalah meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di
tempat nahr (menyembelih haiwan) dan di dada.[14]

Maka dengan ini jelas bagi kita semua bahawa meletakkan


tangan di atas dada ketika berdiri dalam solat mempunyai dalil yang
sahih dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan ianya juga
merupakan salah satu dari pendapat ulama’ Ahlus Sunnah wal
Jamaah. Maka seharusnya umat Islam di Malaysia berlapang dada
dalam menerima sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam ini walaupun
ianya tidak biasa diamalkan di sini.

[1] Istihza’ ertinya mengejek, memperolok-olok atau mencemuh.

[2] al-Taubah (9): 65-66

[3] al-Maaidah (5): 58

[4] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 740.

[5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no 401.

[6] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, hadis no. 726 dan

al-Nasai dalam Sunannya, hadis no. 889. Al-Nawawi menyebut hadis ini
dalam al-Majmu’, jld. 2, ms. 269 dan beliau berkata: “Diriwayatkan oleh Abu
Daud dengan sanad yang sahih.” Turut dinilai sahih oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Nasai, hadis no. 889.
[7] Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa Solusi Problematika

Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah: Bab Ibadah, (edisi terjemahan oleh

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/4.htm 5/6
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

Furqan Syuhada, Qosdi Ridwanullah dan Irwan Raihan, Pustaka Arafah,


Solo, 2002) ms. 357. Selepas ini buku ini akan disebut sebagai “Majmu’
Fatawa: Bab Ibadah”.
[8] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya,

hadis no. 479. Hadis juga disebut oleh al-Nawawi dalam Al-Majmu’, jld. 3,
ms. 270; al-Zaila‘i (‫ )اﻟزﯾﻠﻌﻲ‬dalam Nasb al-Rayah (‫ )ﻧﺻب اﻟراﯾﺔ‬fi Takhrij Ahadits
al-Hidayah, jld. 1, ms. 433 dan Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam al-Talkhish al-
Habir (‫ )اﻟﺗﻠﺧﯾص اﻟﺣﺑﯾر‬fi Takhrij Ahadits al-Rifa‘i al-Kabir (‫)اﻟراﻓﻌﻲ اﻟﻛﺑﯾر‬, jld. 405
dan mereka pada zahirnya menerima pensahihan Ibn Khuzaimah. Sanad
hadis ini telah dinilai sahih oleh penyemak kitab Shahih Ibn Khuzaimah:
Muhammad Musthafa al-‘Azhami.
[9] Qalb atau hati bukanlah organ hati di dalam badan kita tetapi ia adalah

organ jantung. Pendapat inilah juga yang di pegang oleh Ibnu Hajar
rahimahullah kerana organ jantung terletak di dada.
[10] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld.4, ms. 429.

[11] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld.4, ms. 429.

[12] Dinukil daripada kitab Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 112.

[13] al-Kauthar (108): 2

[14] Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 114.

Ke atas

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/4.htm 6/6

Anda mungkin juga menyukai