Anda di halaman 1dari 6

3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

BEBERAPA
PERSOALAN SOLAT MAKLUMAT BUKU : KANDUNGAN

5
TIDAK MEMBACA BASMALLAH
SEBELUM DIBACAKAN SURAH AL-FATIHAH

Antara kritikan yang biasa dilontarkan kepada wahhabi atau Ahl


al-Sunnah adalah mereka tidak membaca Bismillahir rahmanir rahim
sebelum membaca surah al-Fatihah.[1] Seorang pengamal tareqat telah
memberitahu penulis bahawa Guru Mursyidnya menganggap solat
golongan Wahhabi tertolak kerana tidak membaca Basmallah.
Kekeliruan dan kejahilan ini muncul hanya kerana kurangnya perhatian
dalam mengkaji pendapat-pendapat ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-
Jama’ah dalam hal ini. Sekiranya terdapat hanya sedikit usaha dari
guru yang kononnya mursyid itu untuk mengkaji, beliau hanya perlu
pergi bersolat di mana-mana Masjid India Muslim yang bermazhab
Hanafi di Malaysia seperti yang berhampiran Jalan Tunku Abdul
Rahman di Kuala Lumpur. Pasti beliau akan mendapati bahawa imam
di masjid tersebut juga tidak membaca Basmallah secara kuat (jahr).
Adakah solat mereka juga kurang sempurna? Kenapa tidak bertanya
dahulu apakah dalil yang dipegang oleh mereka yang tidak membaca
Basmallah secara kuat? Tanpa mengetahui dalil-dalil membelakangi
perbezaan pendapat ini pasti timbul sikap hanya mazhab aku sahaja
yang betul dan yang lain semua tidak betul atau tidak sempurna.
Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah pengarang kitab Fikih
Sunnah, secara umumnya terdapat tiga pendapat berkaitan dengan
pembacaan Basmallah ini.

Pertama: Bahawa ia merupakan salah satu ayat dari al-


Fatihah dan dari setiap ayat. Dan Berdasarkan ini maka
membacanya dalam al-Fatihah hukumnya wajib, dan mengenai
sir ataupun jahr (disembunyikan pembacaannya atau
dikeraskan – pen) hukumnya sama sahaja dan tiada bezanya

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/5.htm 1/6
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

dengan al-Fatihah.  Alasan terkuat bagi mazhab ini ialah


hadis Na’im al-Mujammir radhiallahu’anh, katanya:

‫ﺖ َوَراءَ أَِﰊ ُﻫَﺮﻳْـَﺮَة ﻓَـ َﻘَﺮأَ ﺑِ ْﺴ ِﻢ ا ﱠِ اﻟﱠﺮ ْﲪَ ِﻦ اﻟﱠﺮِﺣﻴ ِﻢ‬


ُ ‫ﺻﻠﱠْﻴ‬
َ
ِ ‫ﰒُﱠ ﻗَـﺮأَ ِ ُِم اﻟْ ُﻘﺮ‬
...‫آن‬ْ ّ َ
ِ ‫ﺎل َواﻟﱠ ِﺬي ﻧَـ ْﻔ ِﺴﻲ ﺑِﻴَ ِﺪﻩ‬
َ َ‫ﻗ‬ 
.‫ﺻﻠﱠﻰ ا ﱠُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬ ِ ِ
َ ‫ﺻﻼًَة ﺑَِﺮ ُﺳﻮل ا ﱠ‬
َ ‫إِِّﱐ ﻷَ ْﺷﺒَـ ُﻬ ُﻜ ْﻢ‬
Saya solat di belakang Abu Hurairah. Maka
dibacanya Bismillahir rahmanir rahim lalu dibacanya
Umm al-Qur’an (al-Fatihah).
Demikian seterusnya dimana akhirnya dia berkata:
“Demi Tuhan yang nyawaku dalam Tangan-Nya!
Saya ini adalah orang yang paling mirip solatnya
dengan solat Rasulullah shalallahu 'alaihi
wasallam!”[2]

Menurut  (Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah) dalam al-


Fath (Fathul Baari), hadis ini merupakan hadis yang paling
sah menyatakan dibacanya Basmallah secara jahar (kuat).

Kedua: Bahawa ia (Bismillahir rahmanir rahim) merupakan


suatu ayat yang berdiri sendiri yang diturunkan untuk
mengambil berkah dan pemisah antara surah-surah, dan
bahawa membacanya pada al-Fatihah hukumnya boleh bahkan
sunat, dan tidak disunatkan menjaharnya (mengeraskan
bacaan Basmallah – pen). Hal ini berdasarkan hadis Anas
radhiallahu’anh katanya:

‫ﺻﻠﱠﻰ ا ﱠُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ َوأَِﰊ ﺑَ ْﻜ ٍﺮ َوﻋُ َﻤَﺮ‬ ِ ِ


َ ‫ﻒ َر ُﺳﻮل ا ﱠ‬ ُ ‫ﺻﻠﱠْﻴ‬
َ ِ‫ﺖ َﺧ ْﻠ‬ َ
‫َوﻋُﺜْ َﻤﺎ َن َرﺿ َﻲ ا ُﱠ‬
.‫ب ﺑِ ْﺴ ِﻢ ا ﱠِ اﻟﱠﺮ ْﲪَ ِﻦ اﻟﱠﺮِﺣﻴ ِﻢ‬ ِ ‫َﲰَ ْﻊ أَﺣ ًﺪا ِﻣْﻨـﻬﻢ َْﳚﻬﺮ‬
ُ َ ْ ُ َ ْ ‫ﻋْﻨـ ُﻬ ْﻢ ﻓَـﻠَ ْﻢ أ‬  َ
Saya bersolat di belakang Rasulullah shalallahu
'alaihi wasallam
dan di belakang Abu Bakar, Umar dan Uthman,

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/5.htm 2/6
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

dan mereka tidaklah membaca Bismillahir rahmanir


rahim
secara jahr (kuat – pen).[3] [4]

Ketiga: Bahawa ia bukan merupakan suatu ayat dari al-


Fatihah atau dari surah yang lainnya, dan bahawa
membacanya (Bismillahir rahmanir rahim - pen) dimakruhkan
baik secara sir (disembunyikan) mahupun Jahr (dikeraskan),
pada solat fardhu ataupun sunat. Mazhab ini tidak kuat.[5]

Tentang pendapat yang ke tiga Ibnu Hajar rahimahullah telah


menolak pendapat ini, menurut beliau hadis-hadis yang menyatakan
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam selepas takbir mengucapkan surah Al-
Fatihah atau riwayat yang menyatakan, “Mereka tidak biasa menyebut
Bismillahir rahmanir rahim” tidak menunjukkan mereka tidak membaca
Basmallah secara perlahan (sir). Maka untuk mengkompromi hadis-
hadis ini (membaca secara sir dan tidak membaca langsung), Ibnu
Hajar rahimahullah berkata:
“…penafian bacaan diartikan tidak mendengar, sedangkan
penafian mendengar diartikan tidak menjaharkan
(mengeraskan bacaan Basmallah – pen). Pernyataan ini
didukung oleh lafaz riwayat Manshur bin Zadzan:

.‫ﻓَـﻠَ ْﻢ ﻳُ ْﺴ ِﻤ ْﻌﻨَﺎ ﻗَِﺮاءَة ﺑِ ْﺴ ِﻢ اَ ﱠِ اﻟﱠﺮ ْﲪَﻦ اﻟﱠﺮِﺣﻴﻢ‬ 


 
“Beliau tidak memperdengarkan kepada kami bacaan
Bismillahir rahmanir rahim.”

Lebih tegas lagi dinyatakan dalam riwayat al-Hassan dari


Anas yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dengan lafaz:

.‫َﻛﺎﻧُﻮا ﻳُ ِﺴﱡﺮو َن ﺑِ ْﺴ ِﻢ ا ﱠِ اﻟﱠﺮ ْﲪَﻦ اﻟﱠﺮِﺣﻴﻢ‬

“Mereka biasa membaca lafaz Bismillahir rahmanir


rahim
dengan suara perlahan.”[6]

Dalam mengkompromikan hadis-hadis mengeraskan dan


melembutkan bacaan Bismillahir rahmanir rahim, Ibnu Qayyim
rahimahullah menyatakan: “Adakalanya beliau menyaringkan bacaan

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/5.htm 3/6
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

Basmallah, tapi yang lebih sering adalah baginda (shallahu 'alaihi


wasallam) menyembunyikannya.”[7]

Menurut al-‘Utsaimin rahimahullah pula:


Yang lebih kuat adalah bahawa membaca Basmallah dengan
keras tidak dianjurkan, yang sunnah ialah dibacakan dengan
suara perlahan kerana ia tidak termasuk dalam surah al-
Fatihah. Tetapi jika sekali-sekala dikeraskan maka tidaklah
mengapa, bahkan sebahagian ahli ilmu berpendapat ianya
adalah lebih baik kerana ada riwayat dari Nabi shalallahu
'alaihi wasallam bahawa beliau membacanya dengan keras.
Tetapi riwayat yang lebih kuat dari baginda ialah, “baginda
tidak membacanya dengan keras.” Dalil ini lebih kuat. Namun
jika membacanya dengan keras kerana ini melembutkan
sesuatu golongan yang mazhabnya mengeraskan Basmallah
(sebagaimana di Malaysia – pen) maka saya berharap hal itu
tidak mengapa.[8]

Menurut Abu Ubaidah Mashur bin Hassan:


Tidak benar jika pendapat yang menyatakan tidak
mengeraskan suara ketika membaca Basmallah dianggap
sebagai bid’ah, pendapat yang syadz (aneh) dan dhai’f
(lemah) serta pendapat yang harus ditinggalkan. Malah
sebaliknya, tidak membaca Basmallah dengan suara keras
inilah yang dipilih oleh kebanyakan sahabat, tabi’in dan para
ahli fikah. Di antara mereka itu adalah Umar, Ali, ‘Ammar
dan Ibn Abbas. Akan tetapi masalah ini juga menjadi
perselisihan pendapat di antara mereka (para sahabat).
Sebab ada sebahagian dari mereka yang membaca Basmallah
dengan suara keras. Namun Ibn Mas’ud dulu tetap
membacanya dengan lirih (suara perlahan). Demikian pula
dengan al-Hassan, Ibn Sirin dan Mazhab Sufyan (al-Thawri),
seluruh penduduk Kufah dan ahli hadis seperti Ahmad, Ishaq,
Abu ‘Ubaid dan para pengikutnya.

Kesimpulannya bahawa pendapat yang benar, sebenarnya


masalah ini cukup longgar. Membatasinya dengan pelbagai
sekatan justeru adalah satu hal yang dilarang. Siapa sahaja
yang mengikuti sebuah riwayat sunnah, maka dia tidak boleh
disalahkan. Ini adalah kerana, dia sebenarnya telah mengikuti
ajaran sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang
kadang-kadang mengeraskan Basmallah dan pada waktu yang
lain melembutkan suaranya.[9]

Maka sewajarnya ada sikap berlapang dada dalam masalah


dijaharkan atau disirkan bacaan Basmallah ini. Hanya kejahilan sahaja

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/5.htm 4/6
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

yang menyebabkan kita terlalu berkeras dalam perkara khilafiyah[10]


sehingga menuduh mereka yang tidak sependapat sebagai tidak
sempurna solatnya. Sepatutnya sebelum sesiapa mencela cara solat
pihak lain, hendaklah mereka ini terlebih dahulu meneliti hujah dan dalil
yang dipakai oleh pihak lain kerana ada kemungkinan pihak yang
dicela itu mempunyai hujah yang lebih kuat dari pendapat yang
dipegangnya. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Wahai orang-orang yang beriman!


Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh
dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,
(kerana) kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih
baik daripada mereka;
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan
mencemuh
dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,
(kerana) kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih
baik daripada mereka;
dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban
setengahnya yang lain;
dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara
satu dengan yang lain
dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang
yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah
buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah
ia beriman.
Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada
perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang
zalim.[11]
 

[1] Sebelum membaca Basmallah disunnahkan bagi kita untuk membaca

Ta’awwudz secara sirr (perlahan). Antara bacaan ta’awwudz yang terdapat


dalam hadis-hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam adalah seperti berikut:

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/5.htm 5/6
3/17/2018 BEBERAPA PERSOLAN SOLAT

.‫ﺎن اﻟﱠﺮِﺟﻴ ِﻢ ِﻣ ْﻦ َﳘْ ِﺰِﻩ َوﻧـَ ْﻔ ِﺨ ِﻪ َوﻧـَ ْﻔﺜِ ِﻪ‬


ِ َ‫أَﻋﻮذُ ِ ﱠِ اﻟ ﱠﺴ ِﻤﻴ ِﻊ اﻟْﻌﻠِﻴ ِﻢ ِﻣﻦ اﻟﺸﱠﻴﻄ‬
ْ ْ َ ُ
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar dan Maha
Mengetahui dari Syaitan yang terkutuk, dari semburannya (yang
menyebabkan gila), dari kesombongannya dan dari hembusannya (yang
menyebabkan kerusakan akhlak. [Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan
dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 775]
Cuma para ulama’ berbeza pendapat samada ta’awudz itu dibaca hanya
pada rakaat pertama sahaja atau di setiap rakaat. al-Syafi’i rahimahullah
membolehkan kedua-dua cara tersebut diamalkan. [al-Umm, jld.1, ms. 252]
[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dalam Sunannya, hadis no. 905.

Berkata Ibn Khuzaimah: “Maka adapun menjaharkan


Bismillahirrahmanirrahim di dalam solat, maka ia adalah sah lagi sabit
daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan sanad yang sabit lagi
bersambungan. Kesahihan sanadnya dan kebersambungannya tidak disyaki
dan tidak diragui di sisi para ahli yang mengetahui ilmu hadis (Ahl al-
Ma’refah bi al-Akhbar).” Lalu kemudian beliau (Ibn Khuzaimah) menyebut
hadis Abu Hurairah di atas. Demikian dikemukakan oleh al-Nawawi
rahimahullah dalam Al-Majmu’, jld. 3, ms. 302.

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/5.htm 6/6

Anda mungkin juga menyukai