Anda di halaman 1dari 1

Cabaran yang dihadapi kita sekarang ini jauh lebih besar dari apa yang kita ingin capai

tatkala negara mencapai kemerdekaan lebih setengah abad lalu. Antaranya,


kebebasan, pembangunan dan kemewahan hidup yang dicapai dari dasar dan kepim-
pinan pembangunan negara yang mapan, pembangunan teknologi komunikasi dan
maklumat yang pantas, perkembangan media sosial yang begitu terbuka, lahirnya
pemberita dan pelapor media sosial, komen-komen terus pada media atas talian dan
banyak lagi perkembangan lain yang berlaku di sekeliling kita dalam konsep langit
terbuka.

Malah kemajuan pesat dalam ilmu pengetahuan dan penguasaan pelbagai disiplinnya
dengan pertambahan bilangan yang besar dalam kalangan rakyat yang berijazah dan
berpendidikan tinggi di negara ini juga tidak banyak membantu dalam menghadapi
krisis moral yang ada.

Generasi masa kini yang lahir dengan segala kesenangan dan kemudahan, mendapat
peluang yang terbuka luas dari segala dasar yang dibangunkan serta berfikiran kritikal
terhadap pelbagai perkara sekelilingnya, nilai-nilai yang menjadi teras kepada
kesejahteraan masyarakat sekian lama dipegang sering dipertikai dan dijadikan bahan
untuk dipersenda termasuk nilai hormat menghormati. Sebahagiannya menzahirkan
dengan cara yang begitu menjengkelkan dan boleh mengundang kemarahan dan
kebencian sesama masyarakat.

Masyarakat perlu dididik untuk menghargai kebebasan yang diberi dan memanfaatkan
secara sihat dalam membangunkan masa hadapan negara yang maju dan progresif.
Masa hadapan negara yang berasaskan ilmu pengetahuan dan penguasaan pelbagai
kemahiran perlu meletakkan prinsip asas kesejahteraan masyarakat dal;am tindakan
penting dalam menentukan masa hadapan negara,

Bukan itu sahaja, perasaan hormat menghormati ini juga perlu dilihat secara lebih luas.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini nampaknya ia menjadi amat longgar. Acara-
acara besar yang diadakan di khalayak ramai termasuk di kompleks perniagaan
diadakan dalam bahasa asing yang tidak difahami oleh semua orang, tidak lagi
menggunakan bahasa Melayu. Di jalan raya dan lebuh raya, pengguna tidak lagi
menghormati orang lain sehingga menggunakan laluan kecemasan menyebabkan
kematian apabila ambulans tidak dapat tiba segera untuk menyelamatkan mangsa
kemalangan.

Anda mungkin juga menyukai