Anda di halaman 1dari 20

TIPS & PANDUAN

MEMBELI RUMAH
TERPAKAI (SUB-SALE
PROPERTY)
Berdasarkan Pengalaman :
Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi
(http://www.abangensem.blogspot.com)
Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com 1
Sila gunakan modul ini untuk rujukan anda. Anda dibenarkan mencetak modul ini hanya untuk
kegunaan sendiri sahaja bagi memudahkan pembelajaran dan rujukan. Anda TIDAK
DIBENARKAN mengedarkan mana-mana bahagian modul ini dalam apa bentuk dan cara
sekalipun sama ada elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat dalam
bentuk softcopy melalui CD, disket dan bahan-bahan lain.
Anda DILARANG duplikasikan fail ini dan mengedarkannya semula kerana ia tergolong di
dalam kesalahan harta intelek (cetak rompak). Hakcipta Terpelihara 2010 ©.
BicaraHartanah.com. Sekiranya anda telah menerima modul ini secara percuma atau berbayar
dari sumber selain daripada www.bicarahartanah.com, sila laporkan kepada
bicarahartanah@gmail.com.
Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani kesalahan harta intelek. Pihak
BicaraHartanah.com amat mengambil berat isu ini.
LEGAL DISCLAIMER
Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah berhubung
kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama ada secara peribadi atau
tidak, yang berlaku atas penggunaan dan aplikasi e-book ini secara langsung atau tidak
langsung. Hasil kandungan e-book ini adalah berdasarkan pengalaman, kajian dan
pemerhatian yang dilakukan oleh penulis semasa tulisan ebook ini dibuat.
Hak Cipta Terpelihara © 2010
Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com 2
Segala puji ke hadrat Allah yang telah mencetuskan ilham dan idea
kepadaku untuk diterjemahkan ke dalam eBuku ini.
Secebis kasih sayang buat isteri, anak-anak dan ahli keluargaku yang
sanggup berkongsi kasih dan masa dengan minatku yang satu ini.
Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guruku yang telah mengajar aku
tentang pentingnya ilmu di dalam mengharungi hidup ini.
Ucapan terima kasih terhadap rakan-rakanku yang sanggup meluangkan
masa mendengar dan berkongsi pendapat denganku tentang aspek
pelaburan hartanah ini.
Kepada sahabatku, Saudara Meor Ahmad Shukri Zainal Abidin, terima kasih
kerana sudi membantu di dalam penghasilan eBuku ini.
Buat pembaca blogku, jutaan terima kasih kerana masih sudi melawat
dan memberikan pendapat terhadap tulisan-tulisanku.
Semoga Allah membalas segala jasa kalian di dalam membantu
pengembangan ilmu ini.
* Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah
&
yang buruk itu adalah dari kelemahan diriku sendiri *

~ PRAKATA ~
Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com 3
P
engenalan
12 tahun yang lalu, sewaktu saya ingin membeli pangsapuri pertama
saya, saya tercari-cari maklumat berkaitan pembelian rumah untuk saya
jadikan sumber rujukan tetapi hampa kerana nama-nama seperti Azizi Ali,
Renesial Leong dan Milan Doshi belum lagi muncul dengan tajuk-tajuk
buku mereka seperti hari ini. Buku terawal yang saya miliki ketika itu, iaitu
di sekitar tahun 2000 bertajuk „Millionaires are from a different planet!‟
karya Azizi Ali hanya menceritakan tentang pengurusan kewangan
peribadi tanpa menekankan tentang cara-cara pembelian rumah. Apa
yang mampu saya lakukan ketika itu hanyalah mencuba dan belajar dari
kesilapan (trial and error concept) dan alhamdulillah bertitik tolak dari
situlah, saya mampu untuk membeli beberapa buah rumah lagi sebagai
aset pelaburan saya di masa hadapan.
Baru-baru ini, ketika saya tercari-cari website yang dapat memberikan
tips-tips dan panduan membeli rumah di „google search‟, sekali lagi ianya
berakhir dengan perasaan hampa kerana tidak ada satu pun „result‟
atau pun jawapan yang saya perolehi menceritakan secara terperinci
tentang tips-tips dan panduan membeli rumah.
Dari situ, timbul keinginan saya untuk berkongsi dengan pembaca semua,
pengalaman dan tips-tips yang sering saya praktikkan di dalam
pelaburan hartanah saya selama ini dan sebagai permulaan, saya ingin
khususkan terhadap tips dan panduan di dalam urusan pembelian rumah
terpakai atau lebih dikenali sebagai „sub-sale property‟.
Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com 4
Sebenarnya urusan pembelian rumah tidaklah sesukar mana tetapi
memandangkan kita jarang melakukannya mengakibatkan setiap
langkah dan prosedurnya menjadi begitu payah. Namun, dengan
terhasilnya eBuku ini, secara tidak langsung akan memudahkan anda
memahami dan seterusnya mempraktikkan segala panduan apabila tiba
masanya nanti.
Oleh itu, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ambil
sekiranya anda ingin membeli rumah terpakai (sub-sale property) dan
bagi memudahkan anda memahami dan mengingatinya, setiap point
penting telah saya tandakan dengan warna biru manakala sebarang
peringatan atau larangan telah saya tandakan dengan warna merah.
Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com 5
1. Tentukan Dahulu Rumah Yang Hendak Dibeli
Bila bercerita tentang rumah yang ingin anda beli atau miliki, biasanya
terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi pembelian
tersebut dan bagi saya, berikut adalah 2 faktor penting yang perlu
anda ambilkira sebelum membeli rumah tidak kiralah sama ada
rumah tersebut untuk anda diami atau pun sebagai aset pelaburan
anda :-
Faktor Harga
Anda perlu pastikan yang harganya berada di dalam bajet anda
sama ada dari segi kemampuan membayar pendahuluan/deposit
atau pun kemampuan untuk membayar pinjaman bank setiap
bulan. Bukan apa, tidak ada gunanya jika anda menghabiskan
sejumlah wang yang banyak untuk membelinya tetapi akhirnya
rumah anda itu terpaksa dilelong kerana tiada kemampuan untuk
melunasi bayaran bulanannya. Selain daripada itu, hendaklah
dipastikan yang harga yang ditawarkan tidak melebihi harga
pasaran semasa atau dikenali sebagai „over valued property‟.
Faktor Lokasi
Rumah yang dikelilingi pelbagai kemudahan asas biasanya
menjadi pilihan kebanyakan orang. Kemudahan-kemudahan
seperti sekolah, taman permainan, pasaraya malah akses ke
lebuhraya turut menjadi keutamaan masa kini. Selain daripada itu,
persekitaran dan kejiranan yang selamat juga menjadi sebab
Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com 6
penentu sesuatu kawasan itu menjadi lokasi ‘hot spot’ atau tidak.
Ini kerana, tiada siapa yang ingin tinggal dan menetap di kawasan
yang sering berlakunya kegiatan pecah rumah atau pun yang
mempunyai peratusan jenayah ragut yang tinggi.
Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com 7
2. Lakukan ‘Site Viewing’ Untuk Melihat Keadaan Rumah
Ini merupakan antara langkah terpenting di dalam pembelian rumah
untuk memastikan keadaan rumah yang anda beli itu selamat dan
memuaskan. Anda pasti tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan
tambahan sekiranya rumah yang anda beli itu mengalami kerosakan
disebabkan oleh kecuaian anda melakukan proses ‘site viewing’ ini.
Dengan hanya meluangkan sedikit masa dan keringat untuk
melakukan proses ini, ianya akan menyelamatkan anda dari
mengeluarkan jumlah perbelanjaan yang lebih besar di kemudian
hari. Pasti timbul pula persoalan di fikiran anda “apa yang perlu aku
lihat semasa sesi „site viewing‟ ini?”. Bagi saya, perkara-perkara yang
perlu anda perhatikan di dalam proses ini adalah seperti berikut :
sistem pendawaian elektrik terutamanya lampu, kipas malah suis-
suis berfungsi dengan baik ;
sistem pengaliran air yang sempurna untuk memastikan tiada paip-
paip yang tersumbat ;
sistem kumbahan yang memuaskan ;
keadaan dalaman dan luaran rumah yang bersih dan ‘sejuk mata
memandang’ ;
kehadiran ‘pihak ketiga’ (makhluk halus) yang turut menghuni
rumah itu (jikalau boleh dapatkan seseorang yang berkemampuan
untuk mengesan kehadiran makhluk ini)
Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com 8
3. Sediakan Deposit Tanda Persetujuan
Setelah anda berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut dan
sebagai tanda anda bersetuju untuk membelinya, maka bolehlah
anda memberikan deposit kepada pemilik rumah atau ejen yang
menguruskan urusan penjualan. “Berapa banyak deposit yang patut
aku bayar?” soal salah seorang rakan saya. Kebiasaannya saya akan
memberikan sebanyak 3% dari harga persetujuan dan bayaran
tersebut sebaik-baiknya dibayar dalam bentuk cek di atas nama
pemilik rumah atau ejen yang menguruskannya. Sekiranya dibayar
kepada ejen, pastikan anda memperolehi salinan „Agreement to
Purchase‟ atau pun „Contract of Sale‟ daripadanya sebagai bukti
pembayaran.
“Kenapa perlu bayar dengan cek?” soalnya lagi. Kaedah
pembayaran melalui cek dapat dijadikan bukti hitam putih sekiranya
terdapat sebarang masalah di masa akan datang, manakala satu
salinan cek tersebut yang telah ditandatangani penerimaannya oleh
pemilik rumah/ejen hendaklah diserahkan kepada peguam yang
menguruskan urusan jual beli ini sebagai bukti bagi urusan pembelian
ini.
Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com 9
4. Dapatkan Salinan Asal Dokumen Berkaitan Dari Pemilik Rumah
Setelah pemilik rumah menerima deposit anda dan bersetuju untuk
menjual rumahnya kepada anda, pastikan anda mendapat
beberapa dokumen berkaitan sebagai balasan daripada deposit
yang diberikan. Dokumen-dokumen ini amat penting bagi
menyediakan Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement) yang
baru dan hendaklah diserahkan kepada peguam yang dilantik untuk
menguruskan proses jual beli ini. Dokumen-dokumen yang
dimaksudkan itu adalah :
salinan asal Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement) ;
salinan kad pengenalan pemilik rumah ;
salinan geran/suratan hakmilik individu ;
salinan gadaian (sekiranya masih mempunyai baki pinjaman
dengan pihak bank)
salinan dokumen pinjaman dengan pihak bank seperti Loan
Agreement, Deed of Assignment dan Power of Attorney (sekiranya
masih di bawah ‘Master Title’) ;
salinan cukai tanah dan cukai taksiran (sekiranya ada) ;
bil-bil berkaitan seperti elektrik, air dan ‘maintenance fee’ bagi
memastikan tiada jumlah yang tertunggak yang perlu anda
selesaikan di kemudian hari.
Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com 10

Anda mungkin juga menyukai