Anda di halaman 1dari 16

1

KONOTASI DAN DENOTASI BAIT-BAIT LIRIK LAGU

1.0 Pengenalan
Lirik lagu Intifada ini dihasilkan daripada ciptaan bersama KRU, Pak Ngah, Azmeer
dan Bong pada tahun Disember 2000, berjaya mencetuskan kontroversi apabila
memartabatkan kembali irama nasyid negara dan membuka mata masyarakat dengan
irama nasyid kontemperori. Lirik lagu Intifada ini menjadi pemangkin kepada
kejayaan album Rabbani ketika itu iaitu Intifada. Intifada sendiri bermaksud
kebangkitan, dan ia diterjemahkan sebagai kebangkitan kumpulan ini yang
berjaya memartabatkan irama nasyid dengan mempelbagaikan rentak. Intifada
berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud “kebangkitan” atau dalam erti kata
lain bermakna bangkit daripada sebarang bentuk penindasan. Penindasan yang
dimaksudkan disini melalui lirik lagu Intifada ini adalah perjuangan rakyat
Palestin terhadap penindasan dan pencerobohan Israel ke atas kawasan pendudukan,
tempat ibadah orang Islam.
Maka disebabkan peristiwa pencerobohan itu, maka lirik dan lagu Intifada ini
dihasilkan. Manakala dalam pengkajian lirik yang seterusnya, kumpulan kami sepakat
untuk memilih lirik Mantera Beradu. Lagu ini telah ditulis oleh Malique dan
dinyanyikan sendiri oleh beliau dan M. Nasir. Menerusi lagu ini, penulis telah
menerapkan elemen-elemen puitis untuk menggambarkan kehidupan masyarakat
kini. Penulis juga menerapkan unsur-unsur nasihat, pengajaran dan sindiran dalam
lagu tersebut. Lagu Alhamdulillah ini dihasilkan oleh Yassin pada tahun 2003.
Lagu ini telah mencetuskan fenomena industri muzik tempatan kerana lagu ini
mendapat tempat dihati peminat. Lagu ini bukan sahaja mendapat tempat dihati
peminat muzik tempatan tetapi juga negara berjiran kita iaitu Indonesia. Lagu
ini merupakan salah satu lagu dalam album 360 Edisi 3 Platinum.
Lagu ini agak sedikit istimewa kerana penulis lagu ini iaitu Yassin hanya
mengambil masa separuh hari sahaja untuk menyiapkan lagu ini sebelum proses
rakaman penuh dijalankan dalam masa satu hari pada masa yang sama di King Studio.
Apa yang menariknya, lagu ini turut disumbangkan suara oleh Daly Ahli Fikir
sebagai Rap selain Yassin, Too Phat dan Dian Sastrowordoyo. Selain itu, lagu
ini juga menampilkan kelainan dan keunikan yang tersendiri apabila
menggabungkan 3 unsur dalam sebuah lagu iaitu moden, sajak dan universal.
Yassin menulis lagu ini berkisar tentang kehidupan dan pengalaman sebenar yang
dilalui oleh kumpulan Too Phat iaitu Joe Flizzow dan Malique. Selain itu, lagu
ini juga bercerita tentang kehidupan sosial manusia dan jelas mencerminkan
keruntuhan akhlak yang semakin menular dalam masyarakat dewasa ini. Lagu
ini juga padat dengan moral dan nasihat kepada masyarakat setempat.
2.0 Elemen Lirik
2.1 Perpaduan
Penulis lirik Intifada ini telah menyelitkan elemen perpaduan
dalam karya beliau. Perkataan “perpaduan” ini asalnya dari perkataan
“padu” iaitu mampat, padat, dan pejal. Perpaduan adalah penggabungan
dan lawan bagi perkataan perpaduan adalah perpecahan atau permusuhan.
Elemen perpaduan yang cuba disampaikan melalui karya ini memberi mesej
2

kepada pendengarnya tentang peringatan Allah S.W.T kepada umatnya


tentang peri pentingnya perpaduan ummah dalam kehidupan. Malah, asal
usul keturunan manusia juga berasal daripada Adam dan Hawa. Allah
berfirman yang bermaksud: 'Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan
kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam)
dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya –
Hawa), dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat lelaki dan permpuan
yang ramai.'
(Surah an-Nisa’ : 1)
Bangkit Segar Seirama
Meluruskan Rentak Safnya
Bait lirik diatas menunjukkan elemen perpaduan. “Seirama” dan
“Safnya” yang dimaksudkan adalah keseragaman ketika melakukan solat
berjemaah dalam beribadah. Ia menunjukkan perpaduan tidak kira kaum
dalam satu agama. Boleh juga dikaitkan dalam konteks perpaduan negara
dimana perpaduan berbilang kaum dan agama supaya bersatu-padu demi
kesejahteraan negara. Penulis lirik Mantera Beradu turut menyelitkan elemen
perpaduan dalam karyanya. Elemen tersebut boleh didapati dalam rangkap
dibawah.
Kulit tak bersalin walau saling ganti baju,
Pandang sini pandang sini,
Ku berbahasa baku kata kata nahu,
Himpun jadi satu,
Mantera beradu dengan irama dan lagu.
Didalam rangkap ini, terdapat elemen perpaduan yang dapat
dihuraikan. Rangkap ini menunjukkan maksud matlamat tidak bertukar
walaupun telah bertukar pemimpin. Satu arahan atau dasar yang ditetapkan
adalah masyarakat perlu hidup bersatu padu seperti irama dan lagu.Penulis
lirik Alhamdullilah turut menerapkan elemen perpaduan di dalam karyanya.
Antara lirik yang menunjukkan elemen ini adalah seperti dibawah :
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama
Penulis cuba menyampaikan mesej perpaduan dalam lagu ini
dengan melalui rangkap diatas. Mesej ini cuba disampaikan dalam lagu
ini agak tersirat maknanya, namun dapat disampaikan dengan jelas dan
mudah difahami oleh masyarakat. Manusia dikurniakan oleh Tuhan
dengan bakat masing-masing. Ada yang pandai, kaya, cantik dan lain-lain.
namun begitu, bakat yang diberikan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
Bakat yang dikurniakan hendaklah digunakan untuk kegunaan yang baik
3

dan tidak disalahgunakan. Walaupun kita kelihatan sempurna dan memiliki


segala-galanya namun pada hakikatnya kita merupakan hamba kepadaNya.
Apa sahaja kelebihan yang kita ada perlulah digunakan untuk manfaat
bersama dan ini boleh menyatukan masyarakat.
2.2 Mesej
Mesej yang cuba disampaikan melalui karya Intifada ini adalah
mesej kebangkitan. Merujuk kepada Kamus Dewan;Edisi Ketiga, 2002,
kebangkitan adalah kebangunan, kesedaran serta kegiatan yang membawa
kemajuan. Kebangkitan ialah satu proses pembangunan, kesedaran tentang
perkara yang perlu diubah melalui kegiatan – kegiatan yang membawa
kemajuan kepada sesuatu tamadun. Di sini mesej yang cuba disampai
melalui rangkap lirik. Sebagai contoh,
Oh… semerbak harum bingkisan an-nur
Berterbangan tinggi ke intifada
Ohh merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari
Bingkisan An-Nur yang dimaksudkan adalah Surah – Surah dalam Al-
Quran yang disampaikan oleh Allah S.W.T. kepada umatnya melalui Al-
Quran sebagai petunjuk kehidupan manusia. Al-Quran adalah medium yang
sempurna dan Surah – Surah di dalamnya yang mengingatkan umat manusia
tentang peringatan daripada Allah S.W.T. Dalam karya Alhamdullilah turut
terdapat mesej yang ingin disampaikan oleh penulisnya. Antaranya,
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan setakat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Pada rangkap lirik ini, kita dapat melihat penulis hendak
menyampaikan mesej kepadamasyarakat. Manusia yang semakin
materialistik dan nafsu mereka yang mengatasi segalanya membuatkan
mereka alpa pada bekalan akhirat. Sifat semulajadi manusia yang gemar
mengejar kemewahan duniawi dan terlalu mengikut hawa nafsu bagi
memenuhi tuntutan hidup. Dalam lirik ini dapat dilihat, meminum
minuman keras adalah seperti sesuatu yang normal dalam budaya
masyarakat tanpa berfikir kesan terhadap diri dan persekitaran. Selain itu,
masalah sosial juga semakin menular dan sukar dibendung dalam masyrakat
pada hari ini. Disebabkan masalah ini, maka banyaklah masalah yang berlaku
seperti pembuangan bayi. Isu ini semakin menjadi jadi dan seakan-akan tiada
jalan penghujungnya. Apa yang dilakukan ini bukanlah boleh membawa
bekalan kepada hari tua kelak, malah boleh membawa kepada bencana.
4

Penulis juga berharap dengan apa yang disampaikan tidak disalah


tafsirkan. Apa yang hendak cuba disampaikan ialah nasihat kepada
masyarakat yang lalai dan bukan berniat untuk berceramah. Tambahan
pula, nasihat ini bukan sahaja untuk masyarakat malah untuk diri sendiri juga.
2.3 Sastera
Gema siang malam
Alunan suara
Burung turut menyanyi
Zikir tidak henti
Lunak diukur seni
Halus menghiasi
Persada ala mini
Hidup tidak mati
Pendekatan sastera Islam adalah lebih kepada pendekatan amar
ma’ruf nahi mungkar. Sastera Islam cuba merangkumkan ilmu dan amalan
agama dalam konteks kesusasteraan serta mengambil kira konsep amar ma’ruf
nahi mungkar yang terkandung dalam ajaran Islam untuk diterapkan dalam
karya sastera. Sastera dan seni tidak dapat dipisahkan umpama irama dan lagu.
Umpamanya, bagi irama lagu yang indah memerlukan lirik yang puitis. Dari
segi makna literal, seni ialah halus, indah dan permai. Dari segi istilah, seni
adalah segala yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan
manusia.
Dalam pengertian yang lebih padu, ia membawa nilai halus, indah,
baik dan suci serta berguna dan bermanfaat serta mempunyai fungsi dan nilai
sosial. Setiap individu Muslim mempunyai tanggungjawab untuk
mengajak orang lain melakukan amalan kebaikan dan mencegah segala
amalan kejahatan dan kemaksiatan. Ini bertepatan dengan firman Allah
dalam Surah Ali-Imran ayat 110:
“Anda adalah umat pilihan, yang ditampilkan untuk manusia (Dengan
ketentuan agar anda) menyuruh berbuat ma’ruf, mencegah perbuatan mungkar
dan beriman kepada Allah...”
Rangkap lirik diatas cuba mengaitkan alunan azan seharian, zikir
serta selawat yang memuji Tuhan. Semua makhluk dalam dunia ini, adalah
ciptaan Allah S.W.T yang sementara, maka kita perlu berusaha mencari
keredhaanNya. Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud diluar
diri manusia yang menikmati keindahan itu. Ia dapat dirasa, ditanggapi
dan dihayati. Allah adalah sumber daya dan sumber pemikiran manusia
manakala imaginasi dan keupayaan mencipta yang ada pada manusia
adalah percikan dari daya kreatif Allah S.W.T. Penulis lirik Alhamdullilah
juga turut menerapkan elemen sastera dalam karyanya.
5

Aku yang memandang di dalam lubuk hati


mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke
dalam mata hati
Aku hakiki, aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Dalam lirik lagu ini terselit elemen sastera yang bahasanya agak puitis.
Kandungan bait ini lebih banyak memperkatakan tentang kebesaran zat Allah
S.W.T yang selama ini dicari oleh hamba-Nya. KeEsaan Allah S.W.T jelas
terpancar dalam bait ini dan penulis menyedari akan diri yang begitu kerdil
dan hina di sisi pencipta-Nya. Penulis juga mentafsir bahawa dia boleh
melihat kewujudan alam yang indah dan mentafsirkan ke dalam diri. Penulis
bersyukur dengan kurniaan ilahi dan penulis mengerti dengan apa yang terjadi
di langit dan di bumi.
2.4 Nilai Murni
Masihkah punya bicara
Menjalinkan yang terpisah
Semarak terus berusaha
Pastinya ia akan berjaya
Elemen nilai murni yang cuba diketengahkan memalui bait lirik ini
ialah mengenai nilai silaturrahim antara umat Islam sedunia. Walaupun
daripada pelbgai pelosok negara dan budaya namun umat Islam adalah
bersaudara antara satu sama lain. Dalam konteks negara pula, masyarakat
berbilang kaum perlu menghormati budaya dan agama lain-lain kaum supaya
nilainilai murni dapat dihayati dan diteladani oleh modal ihsan atau pucuk
kepimpinan akan datang. “Menjalinkan yang terpisah” , rangkap diatas
menerangkan tentang kepentingan hubungan persaudaraan dalam
masyarakat.
“Tidak beriman seorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya
sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Syaikhan)
Seorang mukmin yang mengagungkan sifat Ar-Rahman dalam kehidupannya
akan selalu menyebarkan sifat kasih sayang pada semua orang. Ia mengasihi
orang lain saperti ia mengasihi diri sendiri. Mengerat dan menjalinkan
hubungan sosial sesama manusia membuktikan diri nya sebagai peribadi yang
memberikan manfaat kepada seluruh anggota masyarakat
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak manfaatnya bagi
manusia lain”(hadis riwayat At-Tabrani).
Seterusnya elemen nilai murni yang cuba diketengahkan dalam lirik
Mantera Beradu oleh penulis berada dalam rangkap lirik dibawah.
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan,
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman,
6

Konflik motivasi cuba medatasi,


Positif dan benci jadi inspirasi pagi.
Rangkap ini menjelaskan bahawa ilmu bukan sahaja diperolehi secara boleh
diperolehi dalam bentuk teori bahkan kita boleh menimba ilmu daripada
pengalaman dan pergaulan kita dengan orang lain tanpa mengira status,
bangsa, mahupun warna kulit.
2.5 Kemasyarakatan
Elemen kemasyarakat dapat dikesan melalui lirik Mantera Beradu seperti
dibawah.
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal,
Hanya berbual makan angin kembung perut mual,
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang,
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang.
Rangkap ini menceritakan tentang masyarakat kini yang gemar
bercakap kosong serta suka menipu. Mereka ini akan merasa resah dan takut
seandainya pembohongan mereka itu diketahui. Sekiranya pembohongan itu
diketahui maka masyarakat sekeliling akan sukar untuk menaruh kepercayaan
kepada mereka.
Awan mendung yang berarak,
Bawa tangis bawa resah,
Rebah rindu yang terkumpul,
Semua birat dan kalimah,
Semua janji yang terikat,
Lebur disisimu.
Rangkap ini menjelaskan tentang masyarakat kini yang tidak menepati janji.
Ianya bertepatan dengan peribahasa ‘janji melayu’ yang sering diungkapkan
bagi menggambarkan situasi ini.
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau,
Turun bukit pucat dengar tiga miaww,
Kucing bawa tidur rimau bawa igau.
Rangkap ini menjelaskan tentang masyarakat yang ego, sombong, degil dan
sukar untuk menerima nasihat. Apabila mereka telah ditimpa malang atau
sekiranya perkara buruk berlaku terhadap mereka maka barulah mereka ini
insaf. Namun begitu setelah nasi menjadi bubur maka kesalan atau penyesalan
tersebut tidak berguna lagi.
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga,
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga,
7

Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang,


Menang dengan otak tak mesti dengan pedang.
Bait-bait lirik ini adalah tentang keadaan politik yang berlaku pada masa ini.
Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan namun isu perpaduan
kaum tetap menjadi permasalahan yang sukar untuk ditangani. Namun begitu,
ia hanya boleh ditangani oleh seorang pemimpin yang benar-benar berkaliber.
Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang,
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang,
Panggil lima kawan atau biar pergi laju,
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju,
Muka sama hijau hati siapa tahu,
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu,
Gagap tiga kali bercakap benar saja,
bulan terang ramai yang keluar buat kerja.
Rangkap ini menjelaskan tentang masyarakat yang suka mengambil
tahu hal remeh. Hal ini menyebabkan golongan masyarakat ini ketinggalan
jauh dibelakang dalam menempuh arus pemodenan dan kemajuan. Mereka
juga hanya tahu mencari kesalahan orang lain dan sering bertelagah sesama
sendiri.
2.6 Agama
Ult li albi bissaraha (aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli ni'ma (marilah kekalkan syukur dengan apa yang kita ada)
Ba' ideena anil fattana (hindarilah segala penipuan dan dosa-dosa)
Laihi ya ruhi yadada ya laihi
Yalaihi ya yaruhi ya yadada yalaihi..
Lagu yang ditulis oleh Yassin ini agak sedikit berbeza kerana penulis telah
menyelitkan sedikit bait Arab. Bait Arab ini mengajak manusia supaya
mendekati dan bersyukur kepada Allah. Kita sebagai hamba kepada Allah
perlulah membuka pintu hati dengan penuh kejujuran dan ketakwaan. Kita
disarankan supaya tidak mempunyai sifat benci dan dendam dalam diri kita.
Kita tidak boleh benci dan dendam terhadap manusia kerana Allah
sendiri telah melarang umatnya membenci antara satu sama lain, malah
disuruh menyayangi antara satu sama lain.
Perpecahan antara umat manusia boleh berlaku jika mempunyai
perasaan benci dan dendam. Bukan sahaja antara islam tetapi agama lain juga
mengalakkan tidak membenci antara satu sama lain. Jika kita mempunyai
perasaan sebegitu, berbagai-bagai emosi akan ada dalam diri kita dan
8

boleh menyebabkan kita melakukan sesuatu di luar jangkaan kita. Oleh sebab
itu, maka banyaklah kes seperti membunuh, bunuh diri, ugutan dan lain-lain.
Jika perasaan benci dan dendam tidak ada dalam diri kita, kita dapat hidup
dalam keadaan aman walaupun berbeza kaum dan agama. Malah, orang islam
di Palastin juga dapat hidup dengan aman. Sebagai umat islam juga, kita
disuruh mensyukuri nikmat yang dikurnia oleh Allah. Apa sahaja yang kita
perolehi walaupun sedikit, kita hendaklah bersyukur dengan Agama
3.0 Kesimpulan
Setiap lagu memerlukan lirik yang mempunyai makna bagi setiap
karya. Irama yang dihasilkan memerlukan bahasa iaitu medium
komunikasi buat pemikiran kritis, idea kreatif, ekspresi emosi dan juga
muzik. Setiap penkarya mempunyai pemikiran yang berbeza maka setiap
karya adalah berbeza. Setiap lirik yang dihasilkan mempunyai makna
yang tersendiri seterusnya membawa kepada terbentuknya irama itu
sendiri. Uniknya sebuah lagu itu terletak pada lirik dan irama lagunya
dimana apabila didengari dan dihayati membawa kepada satu firasat yang
menggagumkan. Setiap karya yang dihasilkan mempunyai makna dan
cerita yang tersendiri. Kajian yang dijalankan adalah pencarian bait lirik yang
menggambarkan elemen-elemen perpaduan, mesej, nilai murni, sastera, agama
dan kemasyarakatan. Sememangnya penkarya di Malaysia mempunyai nilai
sastera yang tinggi dimana apabila dapat dilihat dan setelah dikaji
beberapa lirik lagu sememangnya terdapat makna tersirat yang membawa
kepada sebuah penceritaan yang menarik. Cara penyampaian mesej
didalam lirik bertepatan dengan cita rasa pendengar. Selain itu, penataan
muzik juga seiring dengan mesej yang ingin disampaikan dimana pemilihan
irama dan alunan rentak muzik dapat menyerap kedalam jiwa pendengar
dan seterusnya mengadaptasi kedalam diri pendengar.
Kesimpulannya, terdapat lirik-lirik lagu yang berkaitan dengan
elemen-elemen yang disenaraikan didalam kajian. Setiap lagu membawa
makna yang tersendiri dan dikaitkan dengan kehidupan seharian kita
sebagai manusia. Semoga industri muzik dan karya Negara terus bergerak
dan maju didalam misinya untuk menyampaikan mesej-mesej penting melalui
medium hiburan yang mudah memikat hati pendengar.
9

4.0 Lampiran
Intifada – Rabbani
Lagu Oleh : KRU
Lirik Oleh : KRU
Merdu lafaz syahdu
Jiwa pun merindu
Merakam rasa kalbu
Gemersiknya lagu
Angin kota cahaya
Bertiup berarak
Kencang meredah maya
Hanya untuk Dia
( korus 1 )
Bangkit segar seirama
Meluruskan rentak safnya
Riuh – rendah basah lidah
Kalam wahyu mewangi di taman
( korus 2 )
Oh… semerbak harum bingkisan an-nur
Berterbangan tinggi ke intifada
Ohh merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari
Gema siang malam
Alunan suara
Burung turut menyanyi
Zikir tidak henti
Lunak diukur seni
Halus menghiasi
Persada ala mini
Hidup tidak mati
( ulang korus 1 & 2 serta 2 )
10

Masihkah punya bicara


Menjalinkan yang terpisah
Semarak terus berusaha
Pastinya ia akan Berjaya

Mantera Beradu – M. Nasir dan Malique


Lagu Oleh : Malique
Lirik Oleh : Malique dan M. Nasir
Masih belum sempurna..
(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..
(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang
(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang
Bangau dah pulang… suara sumbang
(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum
Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
11

Badan macam badang


Main acah belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak
(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan
(M.Nasir)
12

Awan mendung yang berarak


Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja
(Malique & M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau terus mati jika belok maut
(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
13

Bawa tangis bawa resah


Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Puisi hati mu… hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku
(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu
(Suara Latar)
Akhirnya sempurna

Alhamdulillah – Yassin dan Dian Sastrowordoyo ft. Too Phat


Lagu Oleh : Yaasin
Lirik Oleh : Yassin dan Too Phat
Dian Sastro:
Disaat waktu berhenti... kosong
Dimensi membutakan mata, memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tidak lagi digunakan untuk menerka*
Sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri
Yassin:
Ult li albi bissaraha (aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli ni'ma (marilah kekalkan syukur dengan apa yang kita ada)
Ba' ideena anil fattana (hindarilah segala penipuan dengan dosa-dosa)
Malique:
Merenungi luar jendela, mengagumi kebesaran yang Maha Esa
14

Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza


Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan setakat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus, ada melencong ada yang lurus bukan semuanya
tulus
Ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua yang kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!
Joe Flizzow:
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba, hidup penuh dengan rintangan harus
kuhadapinya
Harapku tidak lupa diri bila gembira, dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan
kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Oh, Sentiasa legar diminda, dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke
akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posisi juga posesi
15

Sementara ini cuma hanya puisi, nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari ketenangan, menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki, moga tidak leka dalam perjalanan ini
Ahli Fiqir:
Aku yang memandang di dalam lubuk hati, mencari-cari zat rahsia yang
katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke
dalam mata hati
Aku hakiki, aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar, qada' dan qadar kau berilah ku
kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
Aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelapku tak membutakan mataku, semoga segala puji tak ku
meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi, moga dapatku hadapi tikaman dari
belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran, dugaan sepanjang
perjalanan
Ku pasrah ku akur 7, 8, 6 Alhamdulillah Syukur...
Dian Sastro:
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
'Tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
16

5.0 Rujukan
Definisi perpaduan dan kemasyarakatan, Diakses pada 12 Oktober 2012,
daripada http://www.scribd.com/doc/59232754/DEFINISI-
PERPADUANKEMASYARAKATAN
Definisi Agama, Diakses pada 19 Oktober 2012 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Agama Goay Teck Chong, Choo Say Tee,
Zainuddin Ahmad, (2009). Teks Pra-U STPM Bahasa
Malaysia Kertas 1. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd Minda
Madani Online. Diakses pada 12 Oktober 2012, daripada
http://www.mindamadani.my/content/view/129/1/
Prof Madya Ibrahim Bin Ahmad, Diakses pada 18 Oktober 2012, daripada
Muzik kontemporari sebagai alat pembentukan nilai dalam komuniti: ke mana
halatuju kita http://repo.uum.edu.my/1853/1/29.pdf
(2008) Muzik dan Seni Penulisan, Apocalypse Dawn. Diakses pada 15
Oktober 2012, daripadahttp://ms.shvoong.com/humanities/1836013-muzik-
dan-seni-penulisan/#ixzz29a3rCWp2 (2011) Fragmen, Sastera dan
Pengaruh Seni kata lagu, Zainuri Misfar. Diakses pada 10 Oktober 2012
daripada
://www.bharian.com.my/bharian/articles/Fragmen_Sasteradanpengaruhsenikat
alagu/Art
icle/index_html

Anda mungkin juga menyukai