Anda di halaman 1dari 108

CALL TO ACTION

Koleksi Ayat – Ayat yang


Menggalakkan Pelanggan Melakukan
Tindakan!
Assalamualaikum dan selamat
sejahtera
Terima kasih kerana mendapatkan CALL TO ACTION:Bahagian 1
yang mengandungi 100 idea bagi membina ayat Call To Action.

CTA:Bahagian 2 yang mengandungi 300 idea akan menyusul pada


bulan Ogos 2014 diberikan secara percuma kepada sesiapa yang
telah memiliki CTA:Bahagian 1 sahaja.

Semoga tuan/puan mendapat manfaat dengan penggunaan ebook


ini.

Terima Kasih
Tuan Izan.
Apakah Call To Action-CTA?
Merupakan satu seni dalam ayat jualan yang mengarahkan/menggalakkan
/merangsang seseorang untuk terus melakukan sesuatu tindakan seperti berfikir,
mendengar, bertanya dan lain-lain perbuatan.

CTA sangat penting untuk strategi jualan sama ada secara bersemuka dengan
pelanggan mahupun tidak(menerusi ‘copywriting’ ,flyers, banner,online,surat
jualan).Ayat jualan yang dipenuhi fakta produk semata tidak akan mampu untuk
menarik perhatian prospek untuk terus membacanya kerana mereka tidak
menemui ‘tujuan’ yang jelas mengapa perlu ambil perhatian/teruskan membaca
surat jualan tersebut.

Ramai yang beranggapan ayat CTA hanya boleh diletakkan pada penghujung ayat
jualan. Ini tidak benar kerana ayat CTA sebenarnya boleh diletakkan pada awal,
pertengahan dan pengakhiran suatu surat jualan.

Ayat-ayat CTA yang disusun dengan baik akan menjadikan suatu surat jualan begitu
mengujakan dan meningkatkan peratus kemungkinan prospek untuk mendapatkan
produk yang diiklan.
Bagaimana cara guna Ebook ini?
• Lihat ‘kata kunci’ iaitu tajuk untuk setiap ayat.
• Lihat pada contoh yang diberikan.
• Gunakan ayat yang sama atau sedikit
pengubahsuaian untuk disesuaikan dengan
produk anda.
• Anda boleh menggunakan gabungan 2 atau
lebih kata kunci dalam satu surat jualan
mengikut kesesuaian.
#1 ‘Bukan Itu’!
• ‘Saya yakin apa yang saya bakal perkatakan ini
bukan seperti yang tuan/puan fikirkan’
• Kebanyakan perniagaan yang berada dalam niche
yang sama mempunyai iklan yang hampir serupa.
• Anda perlu pastikan apa yang membuatkan
produk/perkhidmatan anda berbeza dengan
pesaing.
• Perkataan ini meninggalkan ‘kesan misteri’ dan
akan membuatkan pelanggan tertanya-tanya.
#2 ‘Menang Beli,Menang Pakai’
• ‘Tak perlu berbelanja lebih. Produk kami
mempunyai kualiti yang setanding dengan
produk jenama terkenal pada harga yang jauh
lebih berpatutan.’
• Strategi ini menggalakkan pelanggan untuk
melakukan pembelian bijak
#3 ‘Persoalkan’
• ‘Saya tahu tuan/puan tertanya-tanya dalam
hati –betul ke produk jamu xy ni boleh
ramping(manfaat produk)?Jangan terkejut
kalau saya katakan(fakta yang menyokong
manfaat produk)…’
• Menjadikan prospek lebih teruja untuk
mengetahui pendapat anda yang selanjutnya.
#4 ‘Apa yang penting!’
• Contoh perniagaan:Jamu Dara
• ‘Mana satu yang puan rasa paling penting dalam
penjagaan tubuh badan seorang isteri?
-Kecantikan?
-Wangi?
-Kulit yang halus?
Semua yang tersenarai di atas benar tapi APA
YANG LEBIH PENTING ialah kesihatan dalaman
yang sentiasa berada pada tahap terbaik. Itulah
kebahagiaan sebenar bagi suami.
#5 ‘Takut Nak Dengar’
• Contoh: Produk Penghilang Keputihan
• ‘Cik/Puan mungkin takut nak dengar kalau saya
bagi tau 90% jangkitan kulat pada vagina bermula
daripad ‘pantyliner’yang selalu digunakan oleh
kebanyakan wanita yang mengalami masalah
keputihan’
• Strategi ini mengetengahkan emosi takut
terhadap risiko yang tidak diketahui.
• Secara tidak langsung memberitahu prospek
bahawa produk anda adalah alternatif terbaik
yang bebas daripada risiko tersebut.
#6 ‘Cabaran Harga’
• ‘Sekiranya anda dapat bawakan kepada kami
produk yang sama dengan kualiti yang setara
pada harga yang lebih rendah daripada yang kami
tawarkan, kami akan jual pada anda mengikut
harga terendah tersebut’
• Memberitahu pelanggan secara tidak langsung
yang mereka tidak akan jumpa produk daripada
jenama lain yang menawarkan harga serendah
anda. Kalau tidak, tidaklah anda berani untuk
memberikan tawaran maut ni kan?
#7 ‘Dah Faham Kan?’
• ‘Jadi sekarang anda fahamkan kenapa ramai
sangat orang sukakan produk kami’
• Strategi untuk memberitahu pelanggan untuk
fokus kepada kelebihan produk anda.
#8 ‘Talian Hayat’
• ‘Saya sendiri akan memberikan bantuan
perkhidmatan kepada anda secara percuma
selama …(bilangan) bulan’
• Memberitahu prospek yang anda sendiri akan
mengendalikan sebarang masalah yang
timbul selepas pembelian. Prospek biasanya
akan berasa terjamin untuk meneruskan
pembelian.
#9 ‘Sakitkan Diri’
• ‘Berhenti daripada salahkan cermin apabila
melihat jerawat yang tak pernah surut pada
wajah’
• ‘Berhenti berlapar demi untuk kurus!’
• Satu cara untuk memberitahu prospek
bahawa produk anda dapat membantu
menyelesaikan masalah mereka tanpa perlu
mereka menyeksa diri.
#10 ‘24/7’
• ‘Sekiranya tuan/puan ada pertanyaan atau
masalah yang ingin dikemukakan, emel/sms
saya bersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu.’
• Strategi ini memberitahu sekiranya pelanggan
masih belum berpuas hati dan masih ada
banyak pertanyaan, mereka boleh hubungi
anda pada bila-bila masa.
#11 ‘Baru dan Lama’
• ‘untuk pertama kalinya, saya akan dedahkan
semua strategi yang telah saya lakukan untuk
kurus. Terbaru, saya telah menemui satu cara
baru yang mempercepatkan lagi proses
penyingkiran lemak dalam badan’
• Strategi ini memberitahu prospek bahawa
mereka adalah yang pertama tahu tentang
keberkesanan produk dan strategi anda.
• Mereka akan anggap strategi anda unik dan
bernilai kerana telah disimpan lama dan baru kini
anda ingin dedahkan.
#12 ‘Hanya untuk yang serius”
• ‘Produk/perkhidmatan ini hanya untuk individu
yang serius mahu mengecilkan saiz tubuh mereka
dengan cara yang sihat dalam tempoh 30 hari.
Sekiranya anda inginkan keputusan yang cepat
serta tidak selamat, produk ini bukan untuk
anda!’’
• Strategi ini memberitahu bakal prospek yang
produk anda adalah untuk mereka yang ingin
keputusan terbaik tetapi memerlukan masa.
• Mencabar prospek untuk bersikap serius dalam
menangani masalah mereka.
#13 ‘ Jangan Menyimpan Anggapan’
• ‘Jangan anggap produk kami sama seperti
produk daripada syarikat lain.Tak sama
langsung kerana kami beri lebih lagi!’
• Strategi ini memberitahu prospek supaya tidak
menyimpan tanggapan buruk terhadap
produk anda walaupun mereka pernah
mendengar kelebihan produk yang sama niche
daripada syarikat lain.
#14 ‘Perlukan Lebih Maklumat’?
• ‘Perlukan lebih maklumat?Klik di sini untuk
lebih info/klik di sini untuk tempahan/sms ke
nombor…………………. untuk penerangan lanjut.
• Ada orang yang perlukan sedikit info sebelum
membeli , ada yang perlukan maklumat
berjela-jela sebelum membuat keputusan
melakukan pembelian bergantung kepada
tahap ‘tekanan’ keperluan terhadap produk
tersebut.
#15 ‘Sekali seumur hidup’
• ‘Tawaran ini hanya sekali seumur hidup.Tak
mungkin akan ada lagi tawaran seumpama ini’
• Sesuai untuk produk yang ‘available’ untuk
jangkamasa terhad atau tawaran yang benar-
benar istimewa.
#16 ‘Mengaku’
• ‘Saya nak mengaku satu perkara kepada
tuan/puan……’
• Strategi ini memberitahu prospek bahawa
sekiranya mereka masih terus
mendengar/membaca ‘copywriting’ anda,
mereka akan tahu satu rahsia yang anda
simpan lama.
• Orang akan rasa tertarik untuk ingin tahu
pengakuan anda!
#17 ‘Tetapi’
• ‘Suka badan yang fit tapi tiada masa untuk
bersenam?’
• ‘suka produk ini tapi harga agak
mahal?(masalah yang dihadapi pelanggan)
• Beri bantuan atau cara yang boleh membantu
pelanggan selesaikan masalah
tersebut.Contoh masalah harga mahal,boleh
sedia sistem ansuran bulanan.
#18 ‘Yakin setuju’
• ‘Dengar dulu apa yang saya tawarkan, saya
yakin anda akan setuju dengan apa yang saya
perkatakan’
• ‘Saya yakin anda akan setuju kalau saya
katakan….’
#19 ‘Ambil masa’
• ‘Bagi tempahan yang dilakukan selepas ..
(tarikh) mungkin akan ambil masa untuk
sampai ke tangan anda kerana faktor
permintaan yang begitu tinggi.’
• ‘Lebih lama masa yang anda ambil untuk
mendapatkan produk ini, lebih lama lagi anda
perlu tunggu’
#20 ‘Orang berjaya’
• ‘Orang berjaya ialah orang yang cepat
menghidu dan merebut peluang yang ada’
• ‘Orang yang berjaya tidak akan melepaskan
tawaran keemasan seperti ini’
• Kebanyakan orang suka sekiranya
dikategorikan sebagai individu berjaya.
#21 ‘Iklan percuma’
• ‘Saya akan berikan senarai tempat-tempat
percuma untuk iklankan produk ini’
• Satu cara untuk beritahu prospek untuk
menyertai program affiliate anda.
#22 ‘Kecil tapi besar’
• ‘Seorang agen kami hanya mempunyai ..(bil)
pelanggan sahaja tapi dah jana pendapatan
lebih daripada RM….’
• Untuk program affiliate
• Prospek akan rasa produk anda mudah dijual
dan tak perlukan audien yang besar untuk
capai target pendapatan mereka.
#23 ‘Demo’
• ‘klik link di bawah untuk sesi ‘live demo’
bagaimana produk ini boleh…(kelebihan
produk),
• ‘Live Demo’ berupaya untuk menarik
perhatian dan mempengaruhi minda bawah
sedar supaya bersetuju dengan kelebihan
produk.
#24 ‘Cara paling mudah’
• ‘Ini adalah cara paling mudah untuk
mengembalikan keremajaan kulit anda tanpa
perlu melalui rutin yang
menyusahkan’(manfaat produk).
• Strategi ini memberitahu bahawa produk anda
lebih mudah untuk digunakan.Kebanyakan
orang sememangnya sukakan sesuatu yang
mudah.
#25 ‘Buat dan dapat’
• ‘Teruskan bacaan dan saya akan tunjukkan
jalan keluar bagi masalah kelesuan(masalah
prospek) yang dihadapi’
• Strategi ini memberitahu prospek supaya
melakukan langkah mudah(teruskan bacaan)
dan mereka akan dapat mengetahui jalan
penyelesaian bagi masalah mereka.
#26 ‘Jimatkan masa’
• ‘Kami tidak akan bazirkan masa tuan/puan
untuk penerangan perkara yang remeh-
temeh.’
• Orang sangat menghargai masa mereka dan
akan menghargai orang yang dapat
menjimatkan masa mereka.
#27 ‘Susah guna’
• ‘Anda pasti rimas bila berhadapan dengan
produk yang susah untuk digunakan.Kami
mudahkan untuk anda!’
#28 ‘Public figure’
• ‘Artis/individu terkenal pun dah menjadi
pengguna tetap produk kami’
• Perlu sertakan bukti (gambar/video/testimoni)
#29 ‘perintis’
• ‘Syarikat kami adalah antara perintis dalam
bidang perkhidmatan melipat kain di
Malaysia’
• ‘Produk ini adalah produk perintis, belum ada
lagi seumpamanya’
• Membina kepercayaan pelanggan.
Kebanyakan orang mempercayai sesuatu
jenama yang telah bertapak lama dan kukuh.
#30 ‘Matlamat’
• ‘Matlamat utama kami adalah untuk
membantu menyelesaikan masalah yang telah
menghantui anda sekian lama(masalah
prospek)’
• Cara untuk memberitahu prospek bahawa
matlamat utama anda bukanlah semata-mata
untuk menjual sebaliknya anda komited untuk
membantu mereka.
#31 ‘Cepat’
• ‘Bayangkan,kurang 5 minit daripada sekarang,
masalah sakit lutut anda hilang!’
• Orang biasanya teruja dengan sesuatu yang
memberi keputusan cepat.
#32 ‘Berita baik, Berita buruk’
• ‘Berita baiknya tudung bawal hoodie ini
adalah terbaru di pasaran,berita buruknya,ia
dikeluarkan sebagai koleksi terhad untuk 200
helai sahaja’
#33 ‘Saya pernah cakap’
• ‘Berapa kali dalam hidup anda pernah cakap
nak kuruskan badan tapi gagal dilaksanakan
sebab tak jumpa cara yang betul?’
• Strategi mengingatkan prospek perkataan
yang mungkin mereka pernah sebut.
#34 ‘Kami ada di mana-mana’
• ‘Kami telah ditemuramah oleh (senarai media)
dan produk kami telah dikenali serta
dipercayai ramai’
• Biasanya produk yang telah diiklankan dalam
media mendapat kepercayaan ramai dan
menunjukkan kekukuhan syarikat tersebut.
• Orang cenderung untuk mendapatkan produk
yang telah dikenali dan mendapat
kepercayaan ramai.
#35 ‘Tak terfikir’
• ‘Siapa pernah terfikir bahawa perkhidmatan
melipat kain akan ada di Malaysia?’
• Strategi untuk memberitahu prospek bahawa
produk/perkhidmatan anda adalah unik.
#36 ‘Dua orang berbeza’
• ‘Ada 2 orang wanita bertudung dengan
masalah kelemumur (masalah).Seorang dah
selesaikan masalah tersebut manakala
seorang lagi belum dan terus tergaru-garu
kepalanya.Mana satu yang anda nk jadi?‘
• Memberikan prospek anda bayangan 2 situasi
tersebut.Mereka akan cenderung untuk
berada di pihak yang positif(selesai masalah)
#37 ‘Alternatif’
• ‘Sekiranya cara tradisional untuk urutan badan
tidak memberikan hasil yang anda mahukan,
apa kata anda cuba cara moden iaitu
menggunakan kerusi urutan ini.’
• Perlu penerangan/bukti kenapa dan
bagaimana cara alternatif yang membabitkan
produk itu adalah lebih baik.
#38 ‘Terjual’
• ‘Amaran:300 unit pertama (produk) ini habis
terjual dalam masa sehari sahaja!’
• Taktik ini memberitahu pelanggan bahawa
untuk batch pertama produk ini sangat laris
dan begitu juga akan berlaku untuk produk
batch kedua.
• Menggalakkan prospek untuk terus melakukan
tempahan.
#39 ‘Pelanggan terhad’
• ‘Saya telah mempunyai lebih (no) pelajar dan
hanya dapat menerima ..(no) orang pelajar
sahaja lagi buat masa ini’
• ‘kami telah menerima tempahan (no) bekas
kuih raya dan hanya dapat buka peluang
tempahan untuk (no) bekas sahaja lagi.
#40 ‘Sedang mencari’
• ‘Adakah anda sedang mencari perkhidmatan
membersihkan rumah?’
• ‘Sekiranya anda sedang mencari satu produk
memutihkan kulit secara semulajadi, kami ada
untuk anda!’
#41 ‘Tempoh percubaan’
• ‘Memandangkan produk ini sedang melalui
tempoh percubaan, saya berikan tawaran
harga istimewa khas untuk 3 hari sahaja!”
#42 ‘Tidak menyesal’
• ‘Serius anda tidak akan menyesal
mendapatkan produk ini’
• Kebanyakan orang akan merasa kesal setelah
membeli sesuatu produk kerana kualitinya
yang tidak memuaskan.Dengan jaminan
seumpama ini, memberikan kelegaan kepada
prospek yang mereka tidak akan melalui
pengalaman yang serupa.
#43 ‘Saya dan awak’
• ‘Orang biasa macam saya dan awak pun boleh
dapat kulit yang cerah gebu macam artis
Korea’
• Strategi ini memberitahu prospek, walaupun
mereka dan anda hanya orang biasa, tetapi
masih berhak dan boleh mendapatkan
sesuatu keistimewaan menerusi produk anda.
#44 ‘Bagaimana cara’
• ‘Bagaimana cara untuk hilangkan bau
badan?Sekiranya perkataan ini mengujakan
anda, biar saya dedahkan langkah mudah
untuk hapuskan masalah tersebut’
#45 ‘Takkan sama’
• ‘Hidup anda takkan sama seperti sebelumnya
apabila anda membuat keputusan untuk
mencuba (produk)’
• ‘Rasai perbezaan nyata setelah menggunakan
(produk) hanya dalam sehari penggunaan’
#46 ‘Masa dan tempat’
• ‘Anda berada pada masa yang tepat dan
tempat yang betul untuk menemukan
penyelesaian terhadap (masalah) anda.’
• Strategi ini memberitahu prospek inilah masa
yang tepat untuk mendapatkan produk yang
menyelesaikan masalah mereka.
#47 ‘Layak’
• ‘Anda perlu memenuhi syarat-syarat tertentu
sebelum dibenarkan untuk memiliki produk Jamu
Dara ini iaitu;
• Telah berkahwin
• Berusia 30-45 tahun
• Etc
• Taktik ini memberitahu pelanggan yang mereka
perlu ‘layak’ untuk mendapatkan produk anda. Ini
akan meningkatkan nilai produk kerana prospek
melihat pembeli adalah di kalangan mereka yang
terpilih.
#48 ‘Ia berkesan’
• ‘Ia dah berkesan terhadap saya dan ia akan
turut berkesan terhadap anda’
• Boleh ditambah dengan cerita sebenar
bagaimana produk anda mengubah hidup
anda /testimoni lain.
#49 ‘Kenapa,apabila’
• ‘Kenapa perlu menyental apabila anda hanya
perlu titiskan untuk hilangkan kotoran degil
pada pakaian?’
#50 ‘Rakan kongsi terkenal’
• ‘Rakan kongsi kami terdiri daripada (senarai
individu berpengaruh/pakar dalam bidang
berkaitan produk)
• Guanakan setiap kelebihan dalam
syarikat/produk anda untuk menarik seberapa
ramai pelanggan.
• Menjadikan produk anda lebih bernilai.
#51 ‘Kembali lagi’
• ‘Atas sambutan hebat dan permintaan ramai,
promosi set kombo dibuka kembali untuk
jangkamasa terhad’
#52 ‘Hapuskan halangan’
• ‘Sekarang adalah masanya untuk bebaskan diri
anda daripada masalah bau badan dan hidup
dengan yakin’
• Ramai orang yang terbelenggu dengan
masalah yang membuatkan mereka berasa
rendah diri dan kurang yakin.
• Strategi ini ‘mendesak’ mereka untuk buat
keputusan segera bagi mengubah hidup
mereka.
#53 ‘Bangun pagi’
• ‘Tekanan kan setiap kali bangun pagi dan memandang
cermin, terfikir masalah berat badan?’
• ‘Bayangkan apabila anda bangun pagi esok, masalah
jerawat hodoh yang menghantui anda selama ini
hilang’
• Semua orang inginkan emosi positif setiap kali bangun
daripada tidur namun sering terganggu dengan
masalah mereka. Strategi ini meyakinkan mereka
dengan penggunaan produk anda, mereka akan dapat
emosi positif yang mereka inginkan.
#54 ‘Tertanya-tanya’
• ‘Anda mungkin tertanya-tanya tentang sejauh
mana keberkesanan produk ini’
• ‘Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana
kami boleh menawarkan pakej kombo ini pada
harga yang sangat berpatutan?’
#55 ‘Risiko reputasi’
• ‘Saya berani pertaruhkan nama dan reputasi baik
saya untuk produk ini’
• Strategi ini lebih berkesan sekiranya anda
sememangnya telah dikenali ramai dalam niche
anda dan mempunyai reputasi yang baik sebelum
ini.
• Strategi ini memberitahu prospek bahawa anda
sememangnya yakin dengan potensi dan
kelebihan produk anda sehingga sanggup untuk
mempertaruhkan reputasi sendiri.
#56 ‘serta merta’
• ‘Kesannya adalah serta merta!’
• ‘Menghilangkan segala bau yang tidak enak pada
tubuh anda serta-merta’
• ‘Serta merta adalah perkataan ‘power’ yang
boleh meningkatkan rangsangan untuk membeli
secara serta merta juga.
• Sekiranya produk anda sememangnya tergolong
dalam niche yang memberikan kesan serta
merta,ia satu kelebihan yang tak seharusnya
dilepaskan.
#57 ‘Depan mata’
• ‘Penyelesaian bagi masalah anda ada di depan
mata.Jangan berpaling lagi dan selesaikan ia!’
• Strategi ini untuk menggalakkan prospek
melakukan penyelesaian masalah mereka
pada waktu itu juga.
#58 ‘Salahkan diri’
• ‘Tiada seorang yang lebih bertanggungjawab
terhadap anda selain anda sendiri’
• Strategi ini seolah-olah meletakkan kesalahan
pada diri prospek sekiranya mereka tidak
bertindak untuk mengubah diri mereka.
• Tiada siapa yang suka dipersalahkan lebih-
lebih lagi ke atas diri mereka sendiri
#59 ‘Pelanggan bijak’
• ‘Ramai pelanggan yang bijak berbelanja
memilih produk kami’
• Boleh digantikan dengan kata pujian lain
seperti ‘wanita anggun’,’ibu yang bijak’ etc.
#60 ‘Lambat dan Lebih’
• ‘Lebih lama anda tunggu,lebih tinggi nilai
wang yang anda perlu belanjakan kerana
promosi ini akan berakhir pada bila-bila masa
sahaja’
#61 ‘Pimpin tangan’
• ‘Biar saya bimbing/pimpin tangan anda dan
tunjukkan bagaimana..’
• Strategi ini memberitahu prospek yang anda
akan membimbing mereka langkah demi
langkah sehingga mereka mendapat
keputusan yang diingini melalui produk anda.
#62 ‘Dua dalam satu’
• ‘Anda dapat kulit yang halus (manfaat produk)
dan dapat jana pendapatan sampingan dalam
masa yang sama’
• ‘Kelebihan utama produk ini ialah disamping
mendapat tubuh yang ramping,kulit anda
akan semakin berseri dan putih kemerahan’
#63 ‘Berita baik’
• ‘Perhatian: Ada satu berita baik untuk anda’
• Satu strategi untuk menarik perhatian prospek
yang anda mempunyai sesuatu yang terbaru
untuk disampaikan.
#64 ‘Psiko’
• ‘Kami tahu anda telah lama mencari produk
yang boleh …(manfaat produk) dengan pantas’
• ‘kami tahu, inilah yang sebenarnya anda cari’
• Strategi ini memberitahu prospek seolah-olah
anda tahu tentang mereka walaupun tak
pernah bersua sebelum ini.Mereka akan
anggap anda telah melakukan kajian dan
persediaan yang rapi terhadap permasalah
mereka.
#65 ‘Keinginan hati’
• ‘Jauh di sudut hati, pernahkan anda berharap
untuk (manfaat produk)?’
• Strategi ini memberitahu prospek bahawa produk
anda memberikan sesuatu yang mereka inginkan.
• Ramai orang yang yang merahsiakan masalah
mereka dan sekiranya mereka melakukan
sebarang belian bagi menyelesaikan masalah
tersebut, mereka tidak mahu diketahui oleh
orang terdekat.
#66 ‘Alasan lapuk’
• ‘Ini adalah senarai alasan lapuk mengapa segolongan
orang masih kekal dengan (masalah) mereka.’
• Takut mencuba
• Anggap semua produk sama
• Tidak jumpa produk sebenar
• (Senaraikan beberapa alasan)’
• Kebanyakan orang tidak suka diglongkan ke dalam
individu yang suka beralasan dan secara semulajadi
mereka akan mengelak untuk berada dalam golongan
tersebut.
#67 ‘Serabut’
• ‘Serabut melihat kain bertimbun?Servis Lipat
Kain sedia membantu.’
• ‘Adakah anda serabut dengan masalah
kelemumur anda?’
#68 ‘Kecewa’
• ‘Pernahkah anda merasa kecewa melihat
lemak degil pada tubuh badan anda?’
• Satu strategi memberitahu prospek untuk
berfikir sama ada mereka pernah berasa
kecewa dengan sesuatu masalah.Secara
psikologinya mereka akan menjawab ‘ya’.
• Persetujuan pertama ini akan mendorong
mereka untuk terus bersetuju dengan ayat
jualan anda seterusnya.
#69 ‘Pesaing’
• ‘Ada beratus-ratus produk (niche produk) yang
hampir sama di luar sana namun produk kami
kekal menjadi pilihan kerana keberkesanan
dan keselamatan produk ini telah terbukti.’
• Menunjukkan anda tidak gentar dengan
persaingan.
• Menunjukkan produk anda adalah lebih baik
daripada mana-mana produk pesaing.
#70 ‘Kuat dan lemah’
• ‘Adakah anda mahu (manfaat besar) atau
hanya mahukan (manfaat kecil)
• Contoh;
• ‘Adakah anda mahu kecantikan secara
menyeluruh atau sekadar cukup dengan
kecantikan kulit?
• Strategi ini memberitahu prospek yang ereka
mempunyai pilihan.Apa pun yang mereka
pilih, produk anda dapat membantu mereka.
#71 ‘Teruja’
• ‘Bersedia untuk sesuatu yang mengujakan
anda?’
• Ramai yang sukakan sesuatu yang
mengujakan.Strategi ini menarik rasa minat
prospek untuk mengetahui perkara yang
mendatangkan keterujaan itu.
#72 ‘Salah produk’
• ‘Mungkin selama ini atitud dan pemikiran
anda dah betul, cuma anda bertemu dengan
produk yang salah pada waktu itu’
• ‘Selain attitud dan pemikiran yang betul,
produk yang betul juga sangat penting dalam
menyelesaikan (masalah prospek)’
#73 ‘Bukti nyata’
• ‘Saya sendiri adalah bukti nyata bahawa setiap
orang boleh…’
• Teknik memberitahu prospek yang anda pun
mempunyai keterbatasan tapi masih mampu
mencapai apa yang diimpikan.Prospek akan
berfikir sekiranya anda boleh,mereka juga
boleh.
#74 ‘Umur’
• ‘ Semua peringkat umur boleh mendapat
manfaat daripada produk ini’
• ‘Produk ini amat sesuai untuk kegunaan seisi
keluarga.’
#75 ‘Sama tahap’
• ‘Saya,pelanggan kami yang terdahulu dan
anda adalah sama.Mereka pun pernah
mengalami masalah yang sama dengan anda
dan segalanya berubah apabila mereka
membuat keputusan untuk mencuba produk
kami.’
#76 ‘Panggilan Profesional’
• ‘Perhatian:Untuk wanita berkerjaya!
• ‘Khas untuk doktor,jururawat dan ahli terapi!’
• Targeted Audien
#77 ‘Cepat’
• ‘Lebih cepat anda bertindak,lebih cepat anda
dapat merasakan kesannya’
#78 ‘Janji palsu’
• ‘Adakah anda telah bosan dengan janji-janji
palsu peniaga produk (niche produk)?Kami
tidak janjikan tapi kami buktikan’
#79 ‘Pusingan Jam’
• ‘Ia bertindak ketika anda sedang
tidur,makan,bekerja atau sedang beriadah..’
• ‘Mudah sangat,hanya perlu tampal dan
kurus!Anda boleh teruskan aktiviti harian anda
tanpa gangguan’
• Strategi ini memberitahu prospek yang mereka
boleh gunakan produk anda dan teruskan dengan
aktiviti harian.Kebanyakan orang sukakan produk
yang tidak mengganggu jadual harian mereka.
#80 ‘Tak perlu risau’
• ‘Kini anda tak perlu risau lagi dengan
masalah……’
#81 ‘No hype’
• ‘Saya tidak akan menjanjikan sesuatu yang
tidak masuk akal’
• Strategi ini memberitahu pelanggan yang anda
tidak akan berlebih-lebih tentang manfaat
produk anda.Pelanggan akan dapat melihat
kejujuran anda.
#82 ‘Paling menarik’
• ‘Perkara yang paling menarik mengenai
produk ini ialah..’
• Strategi ini memberitahu prospek bahawa
anda akan mendedahkan manfaat
terbesar/tawaran terbesar.
#83 ‘Dalam keselesaan rumah’
• ‘Tak perlu keluar,anda kini boleh bersenam
dalam keselesaan rumah sendiri’
• ‘Tak perlu bersesak di jalan raya, kami
hantarkan produk ini di hadapan pintu rumah
anda’
#84 ‘Teruskan berhubung’
• ‘Kita akan terus berhubung untuk mengetahui
tentang keberkesanan produk ini terhadap
anda’
#85 ‘Strategi rahsia’
• ‘Ini adalah teknik rahsia yang digunakan oleh
ramai pakar motivasi/ahli politik bagi
memastikan mereka tampil yakin di hadapan
khalayak’
• ‘Produk ini merupakan kunci bagi rahsia awet
muda dan kejelitaan kebanyakan artis di
Malaysia.’
#86 ‘Percaya apada orang lain’
• ‘Jangan percaya cakap saya, tapi percayalah
cakap ramai orang di seluruh Malaysia yang
telah menggunakan produk kami’
• Teknik ini memberitahu prospek yang mereka
tidak perlu mempercayai anda, sebaliknya
boleh meletakkan kepercayaan mereka
kepada ratusan/ribuan pelanggan anda yang
telah berpuas hati.
#87 ‘Produk demi produk’
• ‘Bosan dengan produk demi produk tapi tidak
pernah memberikan kesan?Ada 10 sebab
bagaimana (produk anda) dapat menamatkan
pencarian anda’
#88 ‘Luar biasa’
• ‘Penting:Produk ini luar biasa. Kami jamin ia
akan…’
• Strategi ini memberitahu prospek bahawa
produk anda tidak sama dengan mana-mana
produk dalam niche anda dan anda
menjanjikan sesuatu yang pesaing anda tak
mampu nak berikan.
#89 ‘Segalanya untukmu’
• ‘Kami telah sediakan segalanya untuk
kemudahan anda. Apa yang perlu anda
lakukan hanya sms ke nombor……….untuk
tempahan sekarang’
• Strategi ini memberitahu prospek bahawa
tugas mereka adalah yang paling mudah
dalam urusan jual beli ini.Bahagian yang
sukar(mencipta produk,patn,pemasaran etc)
telah pun dilakukan oleh pihak anda.
#90 ‘Anda istimewa’
• ‘Produk ini hanya akan dilancarkan pada bulan
hadapan,tetapi untuk yang telah menjadi ahli
kami, keistimewaan diberikan kepada anda untuk
mendapatkan produk ini sekarang pada harga
istimewa.’
• Ada 2 faedah yang prospek akan dapat iaitu
menjadi yang terawal memiliki produk tersebut
dan dapat harga istimewa.
• Ramai orang yang suka sekiranya mereka
memiliki sesuatu yang terbaru.
#91 ‘Tiada masa’
• ‘Tiada masa?Ya hampir semua orang tak
mempunyai cukup masa termasuk saya sebab
itu kami ciptakan sesuatu yang cepat untuk
digunakan’
• Antara perkara utama yang menghalang
seseorang menggunakan sesuatu produk ialah
masa yang diperlukan untuk menggunakan
produk tersebut.Tunjukkan betapa mudah dan
cepatnya produk anda boleh digunakan.
#92 ‘ya’
• ‘Sekiranya anda kata ‘ya’ pada salah satu atau
semua soalan di bawah, maka teks ini
sememangnya untuk anda’
• Strategi memberikan prospek senarai soalan
yang menggerakkan mereka untuk
mendapatkan produk anda.Hanya pastikan
majoriti prospek anda jawab ‘ya’ dalam fikiran
mereka untuk setiap soalan yang anda
kemukakan.
#93 ‘Macam mustahil’
• ‘Bagaimana kalau saya katakan anda masih boleh
mendapatkan bentuk badan idaman(manfaat
produk) tanpa perlu menjalani rutin diet yang
ketat(perkara yang menyusahkan).Macam
mustahil kan?’
• Strategi ini memberitahu prospek bahawa dengan
produk anda mereka boleh mendapatkan apa
yang mereka inginkan tanpa perlu melakukan
sesuatu yang menyusahkan.
#94 ‘Daripada,kepada’
• ‘Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana
seorang wanita yang dahulunya mempunyai
masalah jerawat yang teruk, kini berubah kepada
seorang wanita yang mempunyai kulit muka yang
halus dan licin bak telur dikupas’
• Strategi ini memberitahu prospek dengan
menggunakan produk anda, mereka akan
berubah daripada individu yang
bermasalah(negatif) kepada individu yang positif.
#95 ‘Songsang’
• ‘Anda tak perlukan produk ini sekiranya anda
tidak;
• Mempunyai masalah berat badan
• Mempunyai masalah sembelit
• (etc senaraikan beberapa masalah)
• Strategi ini merupakan ‘reverse psychology’
dalam jualan.Bagi individu yang sememangnya
mempunyai masalah tersebut mereka seolah-
olah ‘diingatkan’ semula tentang masalah mereka
dan akan meransang mereka untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
#96 ‘Tiada’
• ‘Tiada caj tersembunyi,tiada caj
pemasangan,tiada caj cukai….’
• Strategi ini memberitahu prospek yang
mereka hanya perlu bayar sekali untuk
produk. Ramai orang tidak suka keluarkan
dompet mereka berkali-kali untuk bayar
sesuatu yang mereka anggap tidak masuk akal
dan bertujuan untuk mengaut keuntungan.
#97 ‘Pengalaman’
• ‘Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam
bidang(niche produk), saya boleh bantu anda
bezakan produk mana berkesan, produk mana
yang tidak.’
• Prospek akan menghargai pengalaman yang
anda ada dan menimbulkan rasa ingin tahu
terhadap pendapat anda mengenai produk
yang sesuai dengan mereka.
#98 ‘Berhenti dan mula’
• ‘Ini adalah masa yang tepat untuk anda
berhenti daripada terus mengamalkan diet
melampau dan mulakan dengan sesuatu yang
lebih selamat’
• ‘Berhenti gunakan produk kosmetik yang tidak
diyakini keselamatannya terhadap dan
mulakan dengan produk yang suci dan
selamat’
#99 ‘Elak kesilapan’
• ‘5 kesilapan utama mengapa anda tidak
mendapat wajah yang segar dan berseri
seperti rakan anda’
• Teknik ini memberitahu prospek bahawa
dengan menggunakan produk anda mereka
tidak akan melakukan kesilapan di atas.
#100 ‘Gagal dan Berjaya’
• ‘Dua orang membeli produk kecantikan yang
sama tapi mengapa seorang berjaya
mendapat kulit yang cantik(manfaat produk)
manakala seorang lagi gagal?’
• Strategi ini menarik rasa ingin tahu apa yang
menyebabkan kegagalan tersebut.Anda boleh
nyatakan ia berkaitan masalah attitud atau
pemikiran mereka terhadap produk.
Terima Kasih
• Dah Habis Baca ya.Facebook saya dibawah ini.
Mahukan Anda menjadi Affiliate
• Jualan Buku ini RM39 sahaja.

Anda boleh buat jualan semula tanpa


sebarang ubah suai dari ebook ini.

Anda akan diberikan Komisen 50%

Sekiranya anda mahu sila PM saya ya.

Moga Bermanafaat
Ini Salah Seorang Sifu Saya Belajar Buat EBook

Anda mungkin juga menyukai