Anda di halaman 1dari 13

PERSOALAN OBJEKTIVITI DAN SUBJEKTIVITI

DALAM ILMU SEJARAH


 
Pengenalan
Bidang Sejarah adalah merupakan bidang yang amat mementing aktiviti penelitian ke atas fakta-
fakta sejarah (peristiwa) dengan penuh bertanggungjawab demi mencari dan mewujudkan
kebenaran mengenai kehidupan pada masa telahpun berlalu atau yang lampau. Sejarawan akan
mengumpulkan fakta-fakta sejarah dan menghasilkannya dalam bentuk penulisan atau
pensejarahan.
 
Dalam membicarakan persoalan “objektiviti” dan “subjektiviti” di sini, permasalahan yang
pertama perlu ditekankan ialah keterlibatan (involvement) seseorang sejarawan terhadap
penyelidikannya atau kajiannya. Iaitu sama ada dia harus terikat (attached) atau
terpisah (detached) daripada kajiannya.[1] Ini kerana, menurut Edward Hallet Carr bahawa fakta-
fakta yang dikumpul oleh ahli sejarah dari dokumen-dokumen, surat-surat dan sebagainya adalah
ibarat “ikan di atas papan penyiang si penjaja ikan'. Sejarawan itu memungut ikan itu,
membawanya pulang, memasak dan menghidangkannya dalam apa cara yang menarik baginya.
[2]
 Justeru itu, sejarah yang tulen ialah sejarah yang mempunyai pemisah mutlak di antara
pengkaji dan kajiannya. Maka dari sinilah, sejarawan menghadapi dua bentuk konsep yang
menjadi penghalang (straitjackets) kepada segala usaha penelitian sejarahnya, iaitu konsep
objektiviti dan konsep subjektiviti dalam pensejarahan.
 
Hingga kini, perbahasan sudah berlarutan mengenai sama ada sejarah itu sewajarnya objektif
atau subjektif. Persoalan yang menjadi isu paling penting dalam perbahasan para sejarawan ialah
mengenai keupayaan ahli-ahli sejarah untuk menghasilkan penulisan yang bersifat objektif.
Hakikatnya, ramai sejarawan tidak merasa senang dengan persoalan ini menyebabkan tidak
wujud penyelesaiannya yang muktamad.[3] Terdapat dua aliran yang telah mempengaruhi
pengertian sejarah ialah Aliran rasionalisme dan aliran emperisme.Aliran rasionalisme bersifat
subjektif dan didokong tokoh-tokoh seperti Benedetto Croce dari Itali, Arnold Tonybee dan R.G.
Collingwood dari England. Manakala aliran emperisme bersifat objektif dan didokong oleh
tokoh-tokoh seperti Leopold Von Ranke dari Jerman, Lord Acton dan J.B. Bury dari England.
 
Pengertian Konsep objektiviti
Objetiviti timbul dari kata asal ‘objektif’. Kamus Dewan memberi maksudnya sebagai suatu
kenyataan atau fakta sebenar yang tidak dipengaruhi atau dikuasai oleh perasaan atau prasangka
sendiri.[4]
 
Menurut pandangan Abdul Rahman Haji Abdullah dalam penulisan bertajuk Pengantar Ilmu
Sejarah (1994), beliau mendefinisikan sejarah objektif sebagai sejarah sebagaimana
terjadinya (histoire-realite). [5] Pandangan ini selari dengan teori terkenal oleh Leopold Von
Ranke, iaitu wie es eigentlich gewesen[6] yang bermaksud ‘seperti sebenarnya ia berlaku’.
 
Muhd Yusof lbrahim mendefinisikan konsep objektif sebagai salah satu daripada beberapa sifat
atau hakikat sejarah itu sendiri dan ia merupakan persoalan yang hakiki bagi sejarah dan
pensejarahan.
Menurut Barzun dan Graf dalam karya mereka bertajuk The Modern Researcher (1970) bahawa
objektif adalah apa yang semua orang menyetujuinya atau pandangan yang benar.[7]
 
Aliran objektif ini didasari oleh tradisi emperisme John Locke dan positivesme Aguste Comte
yang melihat adanya pemisahan di antara subjek dan objek. Karya sejarah yang dikatakan
bersifat objektif ini pada asasnya adalah suatu penulisan yang merupakan tafsiran atau
penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan berdasarkan kepada sumbemya yang
masih kekal. Hasil itu haruslah dipertahankan kebenarannya untuk sementara waktu sehinggalah
wujudnya pentafsiran baru yang akan mengambil alih tempat tersebut.
 
Empat perkara dasar yang dilihat di dalam penulisan sejarah ialah ketepatan dan kesahihan di
dalam fakta, kesempumaan di dalam menyampaikan bukti, struktur logikal yang berkesan serta
kelancaran persembahan. Bagi mencerminkan sifat objektif di dalam penulisan sejarah,
seseorang sejarawan haruslah menyingkirkan sifat subjektif di dalam hasil penulisannya. Sebagai
satu istilah ilmu sejarah, maka konsep objektif itu biasanya dilihat daripada dua sudut pengertian
yang berbeza.
Pengertian yang pertama ialah objektif itu bermakna tujuan atau sasaran sesuatu sejarah itu dikaji
atau ditulis. Maknanya ialah untuk apa atau siapa sejarah itu dikaji? Sebagai contoh ialah Tun
Seri Lanang telah memperbaiki semula 'Hikayat Melayu' yang dibawa daripada Goa dan
dinamakan Sulalatus Salatin dengan tujuan untuk memenuhi permintaan Sultan Abdullah
Ma'ayah Syah serta menyukakan hati baginda untuk teladan serta iktibar bagi keturunan yang
akan datang.
 
Pengertian yang kedua adalah lebih kontrovesi dan memerlukan perbincangan yang lebih luas
serta mendalam lagi. Ini kerana ia dianggap sebagai sifat sejarah itu sendiri. la adalah merupakan
persoalan yang intrinsik bagi sejarah dan pensejarahan. Objektif adalah dianggap sebagai sains
tulin yang menganggap kebenaran sebagai sesuatu yang mutlak dan tepat. Leopold Von Ranke
adalah sebagai pengasas agung aliran sejarah objektif ini. Ranke berpendapat bahawa, sejarawan
seharusnya berusaha untuk membuat satu persembahan tulen fakta-fakta yang berpandukan
kepada penyelidikan rapi ke atas peristiwa-peristiwa lepas yang khusus dan nyata, dan
berasaskan kepada tafsiran sumber-sumber yang asli dan kemasukkan unsur moral hanya
mendedahkan sejarah kepada prasangka dan berat sebelah yang boleh menggugat
kewibawaannya sebagai satu bidang ilmu yang sahih.[8]
 
Tradisi emperisme John Locke dan positivisme Aguste Comte telah menjadi asas kepada aliran
sejarah objektif yang diperjuangkan oleh Leopold Von Ranke (1795 -1886). Kita juga sedar
bahawa, matlamat pengajian sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian-kejadian
sebagaimana yang berlaku. Menurut Pieter Gayl, "historisme" bermakna menjauhkan diri dari
pengadilan, penerimaan atau pengakuan yang tidak ada darjah-darjah kecuali apa yang
dibekalkan oleh proses sejarah itu sendiri.[9]
 
Pada tahun 1896, Lord Acton (1834 - 1902) telah melancarkan projek penulisan yang terkenal
bertajuk "Cambridge Modern History" untuk melahirkan karya sejarah objektif. Dalam kata-kata
aluannya, beliau menyatakan bahawa, biarlah gambaran para sejarawan tentang sesuatu peristi\va
itu serupa sahaja dan memuaskan hati setiap pihak tanpa sebarang perasaan subjektif atau sikap
berat sebelah (bias). Aliran objektif ini adalah berasaskan kepada keyakinan tentang kemampuan
memperolehi fakta sejarah secara muktamad. Selain daripada itu, sejarah adalah sejenis sains dan
ia mampu menghasilkan karya sejarah yang bersifat saintifik dan objektif.[10]
 
Kesimpulannya ialah penulisan sejarah, tafsiran atau penerangan yang objektif adalah menjadi
matlamat seseorang sejarawan yang tulen. Di dalam mewujudkan hasil karya sejarah yang
bersifat objektif, beberapa perkara harus diambil kira iaitu;
a. Harus mencerminkan sikap yang jujur.
b. Tidak ada bias tetapi adil dan berkecuali di dalam penulisan.
c. Perlu memahami kaedah penyelidikan sejarah dan mengamalkannya di dalam penulisan.
d. Seorang sejarawan haruslah menggunakan sumber yang secukupnya untuk mendapatkan
fakta dan maklumat yang membolehkan ia membuat tafsiran secara adil dan saksama atau
bersikap kritis.
e. Sejarawan tidak boleh membuat pentafsiran secara sesuka hati mengikut perasaannya
demi untuk menyukakan sesuatu pihak atau mendapatkan keuntungan dan kepentingan.
f. Tafsiran itu pula haruslah menggambarkan kebenaran tanpa memasukkan unsur
pengadilan terhadap sesuatu peristiwa sejarah yang dikajinya itu.
 
Pengertian Konsep subjektif
Subjektiviti pula timbul dari kata dasar ‘subjektif’. Kamus Dewan memberi makudnya sebagai
sesuatu yang terbit daripada atau berasaskan pandangan orang atau pihak yang melihat atau
menilai (tidak pada ciri-ciri sebenar sesuatu yang dilihat atau dinilai).[11]  Konsep subjektif
menurut Muhd. Yusof Ibrahim ialah merujuk kepada pensejarahan tradisi yang ditulis secara
bebas atau sesuka hati sejarawan sahaja. Penulisan-penulisan mereka adalah bersifat memihak
dan bertujuan menyanjung atau memperbesarkan tokoh atau peristiwa yang dikaji, menyerapkan
nilai budaya atau 'world-view", mahupun ideologi serta memuatkan pelbagai unsur
kesusasteraan.
 
Dengan kata lainnya, konsep sejarah subjektif ialah sejarah yang ditulis dan telah diolah oleh
pengarang dengan memasukkan unsur mitos, lagenda dan lain-lain unsur kesusasteraan untuk
mengindahkan lagi hasil penulisan. Sejarah dikatakan subjektif kerana ia ditulis oleh seorang
penulis atau sejarawan dengan rekaan atau diciptakan sendiri.
 
Walau bagaimanapun, hakikat bahawa penulisan sejarah subjektif tidak dapat dielakkan dan ia
dianggap sebagai suatu yang penting dan unggul. Ini adalah disebabkan manusia mempunyai
sifat semulajadi iaitu kita akan memihak kepada sesuatu yang kita minat dan juga yang kita
anggap penting. Seorang ahli falsafah Jerman bernama G. Litchenberg menyatakan bahawa,
manusia mempunyai sifat memihak. Jika tidak memihak, orang itu termasuk di dalam golongan
tidak memihak yang merupakan suatu pilihan.[12]
 
Pensejarahan subjektif dapat dilihat dengan jelas di dalam pensejarahan tradisional. Penulisan
mereka bersifat memihak, yang bertujuan menyanjung atau memperbesarkan tokoh atau
peristiwa yang mereka kaji, menyerapkan nilai budaya atau world-view, ideologi dan unsur
kesusasteraan. Tun Seri Lanang telah memperbaiki semula ‘Hikayat Melayu’ yang dibawa dari
Goa dan seterusnya menamakannya Sulalatus Salatin dengan tujuan memenuhi perintah Sultan
Abdullah Ma'ayah Syah serta menyukakan hati baginda untuk teladan serta iktibar bagi
keturunan akan datang.[13] Pembentukan aliran sejarah subjektif adalah disebabkan oleh dua
perkara.
 
Perkara yang pertama ialah faktor naluri atau kecenderungan semulajadi manusia itu sendiri yang
suka memilih (select). Kita sendiri sedar bahawa manusia akan memilih sesuatu yang penting
dan mengenepikan sesuatu yang dianggap tidak penting.
 
Manakala, faktor yang kedua pula ialah faktor agama dan ideologi. Faktor ini dapat membentuk
pegangan dan tindakan seseorang. Manusia yang semakin kuat komitmennya, berkemungkinan
besar bersikap subjektif. Maka penulisannya akan bersifat memihak. Penulis aliran subjektif
tidak bertujuan untuk mengenepikan kebenaran sejarah, tetapi mereka kurang mementingkan
konsep kebenaran yang objektif.
Konsep sejarah subjektif boleh dijadikan ikhtibar yakni alat untuk melakukan serangan psikologi
untuk menegakkan keunggulan sesuatu kuasa atau bangsa ke atas sesuatu yang lain. Kita tahu
bahawa salah satu sebab yang menyebabkan penulisan sejarah subjektif ialah tiada kesedaran
yang jelas dan luas tentang sejarah Sejarawan tersebut hanya tahu bahawa fungsi sejarah adalah
untuk mendapat pengajaran sahaja. Maka, dengan sebab itulah penulisan sejarah itu
dicampuradukkan dengan unsur-unsur sastera seperti mitos, lagenda dan lain-lain. Melalui
dongengan ini, hasrat sejarawan untuk memberi iktibar akan lebih mudah lagi untuk mencapai
objektifnya. Pengaruh nilai, budaya dan adanya kepentingan yang hendak ditonjolkan juga
merupakan salah satu sebab kepada kewujudan penulisan sejarah subjektif.
 
Hal ini dapat kita lihat dengan jelas melalui karya-karya sejarah tokoh-tokoh penjajah terhadap
sejarah tanah air kita. Secara tidak langsung, penulisan sejarah ini, boleh digunakan untuk
melakukan serangan psikologi bagi bangsa yang terjajah. Sejarawan Barat seperti R.J.
Wilkinson, R.O. Winsted dan lain-lain lagi telah mencemuh dan memperkecilkan peristiwa-
peristiwa sejarah, peranan dan tokoh-tokoh tempatan. Bagi mereka, Tok Janggut, Mat Kilau,
Datuk Bahaman dan lain-lain pejuang nasionalisme dianggap penderhaka. Tokoh-tokoh Barat
diperkenalkan kepada masyarakat kita dan watak mereka itu diperhebatkan. Mereka
menghuraikan dengan terperinci tentang semangat yang ada pada diri J.W.W. Birch, Sir Francis
Light dan lain-lain lagi yang bagi kita, mereka ini ialah penjajah yang datang menjajah ke negeri
kita dan mengaut segala hasil kekayaan negara kita.
 
Sehubungan dengan perbincangan tadi dapat disimpulkan di sini bahawa persoalan subjektiviti
dalam sejarah ialah merujuk kepada bentuk hasil sejarah yang ditulis dengan memasukkan unsur-
unsur penambahan yang pada pandangan sejarawan itu adalah penting. Masalah bias adalah
merupakan kesan terpenting yang wujud hasil daripada tercetusnya penulisan secara subjektif ini.

[1]
 Abdul Rahman Hj Abdullah. Siri Pendidikan Jarak Jauh: Pengantar Ilmu Sejarah.
Pulau Pinang: Pusat Pengajian Luar Kampus. 1994. Hlm. 105.
[2]
 E.R.Carr. Apakah Sejarah?. (Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
1989. Hlm. 4.
[3]
 John Cannon. The Historian at Work. London: George Allen & Unwin. 1980. Hlm. 7.
[4]
 Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. Hlm.
939.
[5]
 Abdul Rahman Hj Abdullah. Hlm. 105.
[6]
 Muhd Yusuf Ibrahim & Mahayuddin Hj Yahya. Sejarawan dan Pensejarahan,
Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988. Hlm. 276.
[7]
 J. Barzun & H.F.Graff. The Modern Researcher. New York: Harcout, Brace & World,
Inc. 1970. Hlm. 165.
[8]
 R. Suntharalingam. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons (M)
Sdn.Bhd. 1985. Hlm. 120.
[9]
 Abdul Rahman Hj Abdullah. Hlm. 106.
[10]
 Ibid. Hlm. 107.
[11]
 Kamus Dewan. Hlm. 1308.
[12]
 Abdul Rahman Hj Abdullah. Hlm. 107.
[13]
 Muhd Yusuf Ibrahim & Mahayuddin Hj Yahya. Hlm. 231.
KEOBJEKTIFAN TUHFAH AL NAFIS

Pada pendapat saya, setelah membaca dan mengkaji isi kandungan Tuhfat Al Nafis, saya
mendapati pengarangnya, Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji kurang objektif dalam penulisan
Tuhfat Al Nafis. Hal ini kerana setelah meneliti kandungan Tuhfat Al Nafis, terdapat beberapa
bukti dan beberapa aspek yang menunjukkan pengarang kurang objektif dalam penulisannya.
Pengarang Tuhfat Al Nafis bersifat kurang objektif dalam penulisannya kerana penulis
mempunyai sentiment pro Bugis. Tema Tuhfat Al Nafis lebih cenderung cerita-cerita raja dan
masyarakat Bugis atau lebih dianggap sebagai Bugis-centric . Hal ini dapat dilihat apabila
pengarang bersifat antagonis terhadap suku kaum Melayu dan suku kaum Minangkabau.
Pengarang sebenarnya mempunyai hubungkait keturunan dengan kaum Bugis. Dalam hal ini
pengarang adalah keturunan daripada Yang Di Pertuan Muda yang kedua iaitu Opu Daeng
Cellak . Selain itu, pengarang juga memberi anggapan yang negatif terhadap kaum Melayu.
Syahadan apabila dilihat oleh sesetengah suku-suku sebelah melayu hal yang demikian itu, maka
terbakarlah hatinya oleh api hasad yang tertanam di dalam hatinya . Pengarang sebenarnya ingin
mempengaruhi pembaca dengan memasukkan elemen-elemen yang positif tentang Bugis dan
menyebelahi Bugis. Kredibiliti pengarang boleh dipertikaikan keran pengarang lebih condong
terhadap kaumny sendiri.
Selain itu, pengarang juga kurang objektif terhadap penulisan Tuhfat Al Nafisiaitu penulis cuba
menaikkan imej lima bersaudara Opu Bugis. Ini dapat dilihat apabila pengarang cuba
mempengaruhi pembaca mengenai kehandalan pahawan Bugis. Kecondongan Raja Ali terhadap
semangat Bugis menyebabkan beliau lebih menggambarkan tantang kehandalan pahlawan-
pahlawan Bugis yang sememangnya handal dalam peperangan sehingga mereka dapat
memegang beberapa jawatan tinggi dalam tampuk pemerintahan kerajaan Melayu Johor pada
ketika itu . Dalam penulisan Tuhfat Al Nafis, pengarang cuba menyatakan bahawa setiap kali
campur tangan 5 Bersaudara Opu Bugis berjaya menyelesaikan masalah perebuhatan takhta
antara dua pihak yang bersengketa. Selain itu juga, pengarang juga mempengaruhi pembaca
mengenai kehandalan pahlawan Bugis dalam peperangan dan menyelesaikan masalah yang
timbul dalam sesebuah negeri di samping menceritakan mereka adalah pahlawan yang gagah,
berani dan tidak gentar menghadapi musuh . Contohnya, pengarang ada menceritakan Lima Opu
Besaudara membantu Sultan Muhammad Zainuddin untuk mendapatkan takhta pemerintahan
Kerajaan Matan yang Sebelum ini dikuasai oleh Pangeran Agung .
Pengarang juga kurang objektif terhadap penulisan Tuhfat Al Nafis. ini dapat dilihat apabila
pengarang cuba menjatuhkan maruah Raja Kecil dengan mempertikaikan cara kelahiran Raja
Kecil. Maka tatkala baginda itu hampir mangkat, maka Encik Pong itu pun makan mani baginda
itu konon., waktu baginda itu datang berahikan isterinya peri, maka terpancarlah mani baginda
itu. Lalu disuruhnya makan kepada Encik Pong. Maka jadilah bunting Encik Pong . Pengarang
bersikap prejudis terhadap Raja Kecil dengan mempersoalkan cara kelahiran Raja Kecil. Hal ini
adalah kurang objektif kerana cara kehamilan Encik Pong adalah sangat aneh dan tidak logik
serta tidak dapat diterima akal fikiran. Selain itu juga, pengarang cuba menghina cara Encik
Pong mengandungkannya Di sini dapat dilihat bahawa pengarang cuba mempengaruhi pembaca
dengan menimbulkan konflik kepada pembaca mengenai Raja Kecil bukan merupakan anak
gahara iaitu anak kepada Sultan Mahmud Syah.
Di samping itu juga, kredibiliti pengarang juga turut di pertikaikan kebenarannya dan dapat
dilihat secara langsung kurang objektif apabila memasukkan unsur-unsur mitos dalam
penulisannya. Pengarang cuba menyatakan susur galur keturunan mereka berasal dari Puteri
Balkis. Adalah Sitti Mallangkik itu pada setengah kaul Bugis, keturunan daripada Puteri Balkis
konon . Perkataan ‘konon’ yang digunakan oleh pengarang telah menimbulkan keraguan.
Pengarang seolah-olah menggambarkan cerita yang disamapaikan adalah tidak benar dan tidak
boleh dipercayai oleh pengarang sendiri. Pengarang juga keliru dengan penjelasan tersebut. Pada
hakikatnya Puteri Balkis tinggal di Saba yang merupakan sebuah kerajaan. Selain itu juga, Puteri
Balkis merupkan isteri kepada Nabi Sulaiman. Hal ini adalah mitos semata-mata kerana
pengarang ingin memberikan keabsahan tentang kedatangan Bugis di Johor-Riau. Karya Melayu
yang menggambarkan asal usul Bugis dapat dilihat dalam Tuhfat Al Nafis dan salasilah Melayu
dan Bugis. Kedua karya ini mengisahakan kedatangan orang Bugis yang dihubungkan dengan
mitos bahawa orang Bugis di Tanah Melayu adalah keturunan Nabi Sulaiman yang menikah
dengan Puteri Balkis. Perkahwinan itu melahirkan seorang penguasa wanita yang bernama Sitti
Mallangik, yang berkuasa di Palangi(ada yang mengatakan Selangi). Wanita itu kemudian
menikah dengan Raja Bugis yang Berkuasa di Luwuq .
Walaubagaimanapun, kredibiliti pengarang boleh dipertikaikan dan secara langsung pengarang
dilihat kurang objektif . Menurut Collingwood, ahli sejarah mesti membentuk semula fikirannya
apa yang telah berlaku dalam fikiran watak-watak yang hal mengenai mereka ditulisnya .
Pengarang memasukkan unsure-unsur mitos untuk mengagung-agungkan kaum Bugis.
Pengarang juga tidak dapat membuktikan kesahihan cerita tersebut.
Selain itu, pengarang Tuhfat Al Nafis juga kurang objektif berdasarkan cara kematian Raja
Kecil. Ini kerana cara kematian Raja Kecil serta keadaan Raja Kecil yang hilang akal akibat
daripada terkena tulah’besi kawi’. Pengarang menceritakan bahawa kedaulatan kerajaan Raja
Kecil yang yang merosot akibat apabila tercetusnya pergaduhan antara putera-putera Raja Kecil
untuk merebut takhta kerajaan Siak sejak sebelum kemngkatan baginda lagi. Selain itu juga,
pengarang juga menyatakan Raja Kecil menjadi telah menjadi gila serta memungkiri perjanjian
dengan Sultan Sulaiman. Ini adalah bercanggah dengan Hikayat Siak yang menyatakan
sebaliknya tentang kematian Raja Kecil. Menurut Hikayat Siak, Raja Kecil menjadi gila
disebabkan oleh beliau terlalu sedih dengan kematian isterinya yang tercinta. Sementara itu,
menurut Syair Perang Siak ada menyatakan Raja Kecil gila bukan disebabkan oleh kematian
isterinya atau melanggar janji dengan Sultan Sulaiman . Sebaliknya Raja Kecil menjadi bingung
dan menghadapi tekanan akibat daripad persengketaan kedua-dua puteranya yang merebut takhta
kerajaan Siak. Syahadan di dalam hal itu antara anak-anak itu selalu berbantah beratas-atasan.
Maka kata Raja Alam, ‘Aku yang tua, aku yang patut menjadi raja’, dan Tengku Mahmud, ‘Aku
yang terlebih dahulu patut menjadi raja kerana aku anak gahara. Maka di dalam hal itu mungkin
sehari, mungkin bertambah kharabatan . Ini dapat dinyatakan bahawa pengarang kurang objektif
tentang cara kematian Raja Kecil. Selain itu juga, pengarang juga telah menimbulkan keraguan
serta persoalan yang sebenarnya tidak tepat dan bercanggah. Dalam hal ini, fakta yang ditulis
oleh pengarang tidak semestinya tepat kerana tiada bukti yang boleh dipastikan daripada
peristiwa tersebut yang boleh dipercayai.
Pengarang Tuhfat Al Nafis dilihat jurang objektif apabila pengarang menyatakan bahawa lima
Bersaudar Opu Bugis berhijrah ke Johor-Riau dan Tanah Melayu bukan kerana pencarian harta.
Antara lima Bersaudara Opu Bugis ialah Opu Daeng Parani, Opu Daeng Menambun, Opu Daeng
Merewah, Opu Daeng Cellak dan Opu Daeng Kemasi. Bagaimana pun, kedatangan lima Opu
Bersaudara itu bertujuan untuk mencari harta kekayaan, kedudukan nama dan pengaruh yang
kuat. Di sini pengarang menggunakan penulisannya adalah untuk meningkatkan imej Bugis
semata-mata. Ini dapat dilihat setelah lama memberi khidmat setia kepada Sultan Sulaiman , Opu
Daeng Cellak telah dianugerahkan dengan gelaran Yang Dipertuan Muda.ini dapat membuktikan
bahawa penghijrahan mereka adalah untuk mencari harta, peluang dan kedudukan nama dan juga
mempunyai sokongan pengaruh. Hal ini adalah bertentangan dengan penulisan Tuhfat Al Nafis.
pengarang cuba menonjolkan bahawa Bugis adalah baik. Ini kerana pengarang juga berketurunan
Bugis. Tujuan lima Bersaudara Opu ini datang berhijrah adalah untuk mendapatkan harta,
kedudukan, nama dan jaga kekuatan semata- mata.
Selain itu, penulisan Tuhfat Al Nafis adalah kurang objektif kerana pengarang menjadikan
penulisannya sebagai tempat meluahkan perasan. Ini dapat dilihat apabila pengarang menjadikan
Tuhfat Al Nafis sebagai tempat untuk menceritakan kegiatan keluarga Siak-Minangkabau yang
sudah sekian lama menjadi musuh nenek moyang mereka. Disamping itu, juga, keturunan
pengarang bermusuhan dengan Raja Kecil atas perebutan Siak dengan Bugis. Selain itu juga,
pengarang juga menggunakan Hikayat Siak sebagai sumber rujukan untuk penulisan Tuhfat Al
Nafis. melalui penulisannya juga, pengarang cuba menaikkan imej Bugis yang dianggap sebagai
pahlawan yang handal dan mempunyai pengaruh yang kuat.
Selain itu, pengarang lupa bahawa permusuhan antara Raja kecil dan Raja Sulaiman semakin
meruncing adalah disebabkan oleh campur tangan Bugis di Johor- Riau. Pada hakikatnya Bugis
mempunyai agendanya yang tersendiri. Mereka bukanlah golongan yang berpengaruh seperti
yang disangkakan. Oleh itu, pengarang menerapkan sentimen kebugisan kerana pengarang
sendiri berketurnuan bugis.
Pengarang juga dilihat kurang objektif apabila pengarang cuba menyatakan bahawa suku kaum
Melayu ada menyimpan persaan dengki terhadap kaum Bugis yang dikatakan rapat dan baik
dengan Sultan Sulaiman. Pengarang cuba mempengaruhi pembaca dengan menyatakan kaum
Melayu tidak baik dan tidak menyebelahi mereka secara halus melalui penulisannya. Ini dapat
dibuktikan apabila pengarang menyatakan kaum Melayu termasuk Raja Terengganu dikatakan
membuat fitnah terhadap kaum Bugis untuk menghalau mereka daripada terus tinggal di Johor
Riau. Sealin itu, pengarang cuba meningkatkan imej Bugis dengan menyatakan bahawa kaum
Bugis lebih mulia daripada kaum lain yang ada di Johor Riau. Di dalam tuhfat Al Nafis juga ada
menceritakan tentang pemeriksaan yang dillakukan oleh Sultan Sulaiman terhadap fitnah yang
dilakukan oleh kaum Melayu adalah palsu semata-mata.
Walaupun, penulisan Tuhfat al Nafis mempunyai kecondongan tetapi berdasarkan penulisan
pengarang terdapat juga keobjektifan dalam Tuhfat al Nafis.Ini dapat dilihat apabila penulis
menghuraikan tarikh yang tepat bagi segala peristiwa kelahiran, kemangkatan dan pertabalan. Ini
adalah keobjektifan yang sebenar. Pengarang juga ada menghuraikan tentang tarikh
kemangkatan Sultan Mahmud. Syahadan apabila baginda itu mangkat maka segal orang-orang
besar negeri Johor pun mengangkatlah akan Datuk Bendahara Menjadi Raja Johor. Adalah
mangkatnya pada Hijrah sanat1111 pada bulan Safar, hari Jumaat dan menggantikan kerajaanlah
Bendahara Tun Habib, pada delapan haribulan Rabiul Awal, hari Khamis, waktu loha dan Raja
Sulaiman pun lahir ke dunia pun waktu itu . Ini jelas dapat dilihat pengarang menggunakan
sumber yang benar dalam penulisannya tanpa condong kepada mana-mana pihak.
Selain daripada sistem pentarikhan, penggunaan ‘aku’ dalam penulisan pengarang adalah
objektif. Ini kerana pengarang berada ditempat kejadian dan pengarang mengalami sendiri
kejadian tersebut. Disamping itu juga ia menunjukkan pengarang menunjukkan peristiwa itu
berlaku depan mata pengarang sendiri. Ini dapat dilihat apabila pengarang sendiri menyatakan,
demikianlah khabar dari orang tua entahkah apa ertinya aku pun tak tahu. Wallahua’lam mana-
mana aku lihat dan aku dengar dan aku lihat dalam sejarah itulah yang aku suratkan. Begitulah
yang digambarkan oleh penulis tantang kejadian yang berlaku ketika pengarang berada di tempat
kejadian.

BIIBLIOGRAFI

Anhar Gonggong, 2003. Menelusi Jejak Warisan Sastra Dunia; La Galigo dan Kejayaan Bugis di
Tanah Melayu (Riau), Indonesia, Pusat Studi La Galigo
Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Ampang/hulu Kelang, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Eh. Carr, terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail, 1984. Apakah Sejarah. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Yusof Mohd Noor, 1997. Salasilah Melayu dan Bugis. Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti
Sdn Bhd.
Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji(ed) 1997, Tuhfat Al Nafis. Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti
Sdn Bhd.

1
1.0 Pendahuluan
Secara umumnya,sejarah adalah sesuatu penyelidikan terhadap peristiwa lalu. Sejarahwan pula
menyelidiki rekod-rekod lalu bagi mengkaji sejarah atau peristiwa yang telah berlaku. Oleh
itu,segala rekod ini dan peristiwayang telah berlaku itu biasanya dianggap sebagai sejarah.
Berdasarkan gambaran awal (tradisional) tentang sejarah, menjelaskan bahawa sejarah
adalah sesuatu pengkajian tentang perkara yang telah berlaku. Sejarah akan menjadi kesahihan
atau penjelasan yang tepat melalui kaedah-kaedah saintifik yang mengekalkan objektivitinya
dan kita boleh menentukan faktanya yang sebenar serta menerangkan perkara yang
sebenarnya telah berlaku.1
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,sejarah terbahagi kepada tiga perkara
utama.Pertama,sejarah adalah mengenai sastera lama, asal-usul, keturunan dan salasilah.
Kedua, sejarah adalah peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu lampau, kisah riwayat dan
tambo. Ketiga,sejarah adalah ilmu sejarah, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang
telah berlaku.2
Garraghan misalnya, menyatakan istilah sejarah membawa tiga pengertian iaitu peristiwa
manusia pada masa lalu, catatan tentang peristiwa tersebut, dan proses atau teknik membuat
catatan tersebut.3 A. Marwick, seorang lagi sejarahwan menyebut sejarah pada tahap
pengertian yang pertama merupakan keseluruhan masa lalu manusia seperti yang sebenarnya
berlaku. Kedua, sejarah merupakan keseluruhan masa lalu manusia menghurai dan mentafsir
masa lalu. Ketiga,sejarah sebagai kajian yang sistematik terhadap masa lalu iaitu sebagai satu
disiplin ilmu.4
Sejarahwan tempatan, R. Suntharalingam pula,dalam karya beliau bertajuk Pengenalan Kepada
Sejarah, beliau menegaskan bahawa sejarah itu sebagai ilmu pengetahuan yang mencukupi
semua hal.5 Dengan keadaan yang sedemikian, wajarlah dicari satu titik pertemuan umum yang
merupakan takrif dan pengertian asal bagi sejarah.
1 Arbaiyah mohd nor,2002.Ilmu sejarah dan pensejarahan.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka,hlm 3-4
2 Kamus Dewan,2007.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,Original from The University of
California
3 Gilbert J Garrahgan,1948.A Guide to Historical Method: disunting oleh Jean Delengkez. S.J
Fordham University
Press, hlm 3
4 Athur Marwick,1985.The Nature of History. London: Macmillan Publishers, hlm 17
5 R. Suntharalingam.1985.Pengenalan Kepada Sejarah.Kuala Lumpur: Marican & Sons (M)
snd.bhd,hlm14

2
1.1TAFSIRAN SEJARAH SECARA UMUM
Tafsiran sejarah dilakukan bertujuan untuk menjelaskan sebab sesuatu peristiwa itu berlaku
dan kesan yang diperolehi daripada peristiwa tersebut. Secara ringkasnya,tafsiran sejarah
merupakan satu bidang ilmu yang menjelaskan sebab dan akibat sesuatu peristiwa sejarah itu
berlaku. Apabila dilihat kembali tentang sesuatu peristiwa sejarah yang telah berlaku dan
berlalu, maka,dapat disimpulkan disini bahawa tiada satu peristiwa pun yang berlaku tanpa
mempunyai penyebab dan akibatnya.Malah,kejadian semula jadi di alam ini juga mempunyai
sebab kejadiannya yang tersendiri seperti fenomena tanah runtuh. Fenomena tanah runtuh ini
terjadi semestinya mempunyai sebab yang mendorongnya daripada berlaku seperti hakisan
tanah,penggondolan hutan dan sebagainya.Oleh itu,jelaslah bahawa sesuatu peristiwa sejarah
yang telah berlaku mempunyai sebab dan akibatnya yang tersendiri. Oleh itu,maka lahirlah
persoalan seperti mengapa,siapa,dimana,bagaimana dan bila didalam bidang ilmu pentafsiran
sejarah.Contohnya peristiwa kedatangan islam di Asia Tenggara6.Kedatangan islam ke Asia
Tenggara iaitu Nusantara7 dapat dibahagikan kepada tiga tahap8 iaitu pada tahap pertama
dikenali sebagai sekadar persinggahan,tahap kedua merupakan tahap pertapakan dan tahap
ketiga merupakan tahap penyebaran pengaruh secara besar-besaran.
Tahap pertama9 iaitu sekadar persinggahan terjadi daripada kelangsungan kegiatan
perdagangan yang berjalan sejak sebelum kemunculan islam lagi.Hal ini jelas menggambarkan
kepada kita bahawa perdagangan bukan sahaja telah lama wujud bahkan telah menjadi media
penyebaran islam di Asia Tenggara.Terdapat dua teori yang pernah dikemukakan tentang
hubungan Arab dengan Asia Tenggara iaitu hubungan secara langsung dan hubungan tidak
langsung.Mengenai hubungan secara tidak langsung,keperluan barangan telah membawa
pedagang Arab dan Farsi ke Nusantara.Contoh barang yang diperdagangkan ialah
lada,rempah,kemenyan dan kapur barus. Kapur barus merupakan punca kedatangan orang-
orang Arab ke Nusantara sejak awal lagi.Sebenarnya,barang-barang ini bukan sahaja
dikehendaki oleh orang-orang Arab bahkan juga dikehendaki olehorang barat. Mengenai
hubungan secara tidak langsung, berlaku apabila pedagang-pedagang Arab Farsi menjalankan
6 Abdul Rahman Haji Abdullah,Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional,Kuala
Lumpur:Penerbitan Pena
Sdn.Bhd.,1989,hlm.89-149.
7Ibid.,hlm.89
8Ibid.
9Ibid.

3
kegiatan perdagangan dengan China.memang diakui terdapatnya jalan darat yang melalui
pelabuhan Oc-eo di Funan,tetapi pada umumnya pedagang-pedagang Arab menggunakan jalan
lautan,melintasi pesisiran India dan Asia Tenggara menurut musim angin.Dalam kegiatan ini
ereka menjadikan kawasan Nusantara sebagai tempat persinggahan.Hal ini secara tidak
langsung telah menyebabkan islam tersebar di Nusantara.Menurut kajian yang dilakukan oleh
Institute for Technologies Applied to Cultural Artefacts iaitu suatu badan dibawah Italian
National Research Council(CNR) yang dipimpin oleh Prof.Giuseppe Donato,kebanyakan bahan-
bahan campuran untuk wangian purba yang dipakai dengan luas pada zaman Julius Caesar dan
Cleopatra kira-kira 2000 tahun dahulu adalah berasal dariTimur Jauh melalui kawasan
Nusantara.Diantara bahan-bahan itu ialah kulit kayu manis(New Straits Times,19 Jun
1986).Kenyataan ini menjelaskan hakikat bahawa kawasan Nusantara merupakan kawasan lalu
lintas perdagangan yang terkenal sejak sebelum Masihi lagi.
Tahap kedua10 pula merupakan tahap pertapakan dimana terdapat kesan-kesan pertapakan
Islam di Asia Tenggara.Hal ini berlaku sepanjang zaman Bani Umaiyyah(661-750) dan Bani
Abbasiah(750-1258).Bukti yang selalu disebutkan (termasuklah oleh Prof.Thomas Arnold dalam
bukunya The Preaching of Islam)11 ialah tahun 674M di mana dikatakan sudah terdapat
terdapat penempatan orang-orang Arab-Islam di pantai barat Sumatera.Bahkan juga dikatakan
pada tahun yang sama terdapat orang-orang Ta-Shih di Jawa,iaitu orang-orang Arab atau
Farsi
yang beragama Islam.Pengislaman pemerintah juga telah menyebabkan islam tersebar di Asia
Tenggara.Buktinya ialah Muawiyah bin Abu Sufyan (661-680M), iaitu Khalifah pertama
Kerajaan Bani Umayyah,telah pernah menghubungi Ratu Sima di Jawa pada tahun
674M.Usaha-usaha dakwah islamiah menampakkan hasil semasa zaman Khalifah Umar Abdul
Aziz(717-720M).Buktinya ialah beliu Berjaya mengislamkan Srindravarman,Raja Srivijaya di
Jambi pada tahun 718M(Liht;S.Q.Fatimi,Two letters from the Maharaja to the
Khalifah,dalam
Islamic Studies,vol.11,March 1963)12.Selain dari usaha tersebut terdapat juga kegiatan
propaganda yang dijalankan oleh golongan Syiah.Khabarnya pada zaman Abdul Malik
b.Marwan(685-750M) Sudah terdapat golongan Syiah Alawiah di pulau-pulau Sulu,Sulawesi
dan
Kalimantan.Pada tahun 800M. pula dikatakan tiba sebuah angkatan dakwah Syiah yang
dipimpin oleh Nakhoda Khalifah di Perlak,Sumatera.Sedangkan pada zaman Kerajaan
10Ibid.,hlm.90
11 Prof.Thomas Arnold,The Preaching of Islam,674M.
12 S.Q.Fatimi,Two letters from the Maharaja to the Khalifah.dalam Islamic Studies,March
1963,vol.11.

1.8 RUJUKAN
Abdul Rahman Abdullah. 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: DBP.
Abdul Rahman Haji Abdullah.1989.Buku Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional.
Kuala
Lumpur: Penerbitan Pena Sdn.Bhd.
Arbaiyah mohd nor,2002.Ilmu sejarah dan pensejarahan.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Athur Marwick.1985.The Nature of History. London: Macmillan Publishers.
Gilbert J Garrahgan.1948.A Guide to Historical Method: disunting oleh Jean Delengkez. S.J
Fordham University Press.
http://www.archive.org/stream/interpretationsof00shoutoft#page/n1/mode/2up
John Lewis Gaddis.1991. The Nature Of Contemporary History Institute, Ohio Universiti.
Kamus Dewan.2007.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,Original from The University of
California.
Muhd.Yusof Ibrahim.1997.Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian dan Kaedah.Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Rowse A.L.1965.The Used of History.Edisi semakan baru.New York: The Collier Books.
Rohana Yusof.2003.Penyelidikan Sains Sosial. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn
Bhd
R. Suntharalingam.1985.Pemgenalan Kepada Sejarah,Kuala Lumpur: Marican & Sons (M)
snd.bhd