Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 3: Menulis satu esei berkaitan objektiviti sejarah

Soalan: E.H. Carr dalam bukunya ‘What is History’ berpendapat aliran objektif dan relatif
harus saling berhubungkait untuk memastikan objektiviti dalam sejarah. Bincangkan
sejauhmana anda bersetuju dengan pernyataan tersebut?

Bidang Sejarah merupakan bidang yang amat mementingkan penelitian dan


penyelidikan ke atas sesuatu fakta sejarah dengan penuh bertanggungjawab demi mencari
dan mewujudkan kebenaran mengenai kehidupan pada masa lalu atau yang peristiwa
lampau. Ahli sejarawan akan mengumpulkan fakta-fakta sejarah dan menghasilkannya
dalam bentuk penulisan atau pensejarahan. Mereka akan membuat tafsiran berdasarkan
fakta yang diperolehi melalui bukti-bukti dan sumber-sumber yang sahih.Dalam
membincangkan mengenai aliran objektif dan relatif, E.H. Carr dalam bukunya ‘What is
History’ berpendapat bahawa kedua-duanya mempuyai hubungkait untuk memastikan
objektiviti sejarah.

Objektiviti berasal dari perkataan asal ‘objektif’. Menurut Kamus Dewan, objektif
bermaksud suatu kenyataan atau fakta sebenar yang tidak dipengaruhi atau dikuasai oleh
perasaan atau prasangka sendiri [ CITATION Nor001 \l 17417 ].Menurut pandangan Abdul
Rahman Haji Abdullah dalam penulisan bertajuk Pengantar Ilmu Sejarah (1994), beliau
mendefinisikan sejarah objektif sebagai sejarah sebagaimana terjadinya[CITATION Abd94 \l
17417 ]. Pandangan ini selari dengan teori terkenal oleh Leopold Von Ranke, iaitu wie es
eigentlich gewese yang bermaksud ‘seperti sebenarnya ia berlaku’ [ CITATION Muh88 \l 17417
]. Muhd Yusof lbrahim mendefinisikan konsep objektif sebagai salah satu daripada beberapa
sifat atau hakikat sejarah itu sendiri dan ia merupakan persoalan yang hakiki bagi sejarah
dan pensejarahan. Menurut Barzun dan Graf dalam karya mereka bertajuk The Modern
Researcher (1985) bahawa objektif adalah apa yang semua orang menyetujuinya atau
pandangan yang benar [ CITATION JBa85 \l 17417 ].

  Aliran objektif ini didasari oleh tradisi emperisme John Locke


dan positivesme Aguste Comte yang melihat adanya pemisahan di antara subjek dan objek.
Karya sejarah yang dikatakan bersifat objektif ini pada asasnya adalah suatu penulisan yang
merupakan tafsiran atau penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan
kepada sumbemya yang masih kekal. Hasil tafsiran itu haruslah dipertahankan
kebenarannya untuk sementara waktu sehinggalah wujudnya pentafsiran baru yang akan
mengambil alih tempat tersebut. Golongan objektitif ini dekenali sebagai golongan objektivis.
Menurut Kamus Dewan, subjektif pula bermaksud pandangan orang atau pihak yang
menilai (tidak pada ciri-ciri sebenar sesuatu yang di nilai atau dilihat) iaitu melihat dari sudut
pandangan atau mengikut perasaan [ CITATION Nor001 \l 17417 ].Hal ini dapat dilihat apabila
tafsiran yang dilakukan lebih di pengaruhi oleh perasaan atau prasangka diri. Pada
pandangan saya, kajian sejarah yang berkonsepkan subjektif adalah sesuatu yang tidak
dapat dielakkkan kerana kebanyakkan ahli sejarawan yang melakukan kajian akan mentafsir
bahan-bahan yang di perolehinya mengikut tafsiran mereka sendiri. Tafsiran yang berbeza-
beza antara ahli sejarawan inilah yang menjadikan konsep subjektif begitu ketara dalam
kajian atau penulisan sejarah. Selain itu,golongan yang mendokong konsep subjektif ini di
panggil golongan relative atau relativis

Sememangnya konsep subjektif dan objektif dalam penulisan sejarah mempunyai


hubungan yang rapat antara satu sama lain dari segi ideology, pandangan dan kaedah
penulisan[ CITATION Ish07 \l 17417 ].Dalam buku yang bertajuk “What is History?” yang ditulis
oleh E.H Carr telah menimbulkan persoalan terhadap golongan objektif dalam menentukan
keobjektifan sejarah dengan hanya bersandarkan kepada pemisahan mutlak antara objek
dan subjek, atau “antara si pemerhati dengan dengan yang diperhati”.[ CITATION RSu85 \l
17417 ]. Bagi Carr, pemisahan diantara objektif dan subjektif tidak sesuai dalam pengkajian
sejarah kerana ia tidak mencerminkan hubungan yang sebenar di antara ahli sejarah
dengan perkara yang dikajinya. Sebagai contohnya, fakta yang hanya berdasarkan
kepentingan dari sudut intrepretasi atau pentafsiran yang dimajukan oleh ahli sejarah. Hal ini
bermaksud sekiranya ciri-ciri tersebut tidak di satukan iaitu diasingkan, maka keobjektifan
sejarah itu tidak berjaya dilaksanakan.

Pada pandangan saya, saya begitu menyokong pendirian E.H. Carr kerana dalam
memastikan objektiviti sejarah, ahli sejarawan perlulah menggunakan kedua-kedua aliran ini
supaya tafsiran tersebut tidak berat sebelah atau erti kata lain tidak seimbang tafsirannya.
Hal ini kerana apabila para ahli sejarawan hanya mendokong salah satu aliran sahaja, pasti
akan menimbulkan pelbagai persoalan dan percanggahan pendapat dari sudut pandangan
yang lain. Selain itu juga, Carr menyatakan bahawa pentafsiran sejarah menunjukkan tahap
kemajuan seseorang ahli sejarah dengan mempamerkan intrepretasi yang bernas dan
halus. Bagi Carr juga, sejarah secara muktamad ataupun kebenarannya tidak mampu
dicapai sampai bila-bila[ CITATION EHC84 \l 17417 ]. Disini dapat saya memahami bahawa
sesuatu peristiwa itu tidak dapat ditafsir dengan sebenar-benarnya kerana terdapat
kesukaran dalam mempersembahkan fakta-fakta yang tulen dan sahih seta secara
menyeluruh. Hal ini kerana tidak semua peristiwa dapat ditafsir menggunakan salah satu
konsep sahaja. Ini kerana tidak semua peristiwa sejarah hanya mempunyai konsep objektif
iaitu fakta sahaja tanpa dipengaruhi oleh prasangka ahli sejarawan. Bagi sesetengah
peristiwa sejarah juga perlu ada konsep relative iaitu prasangka dan tafsiran emosi ahli
sejarawan bagi melengkapkan penyelidikan mereka.

Selain itu, aliran objektif dan relatif ini tidak boleh dipisahkan kerana apabila aliran ini
berdiri atas satu konsep sahaja untuk memastikan objektiviti sejarah, maka akan berlaku
perselisihan pandangan antara golongan objektivis dan golongan relativis. Bagi pandangan
saya, perkara ini harus dielakkan kerana ini akan membuat para peminat ilmu sejarah
seperti golongan muda yang baru menjinak-jinakkan diri untuk meminati ilmu ini akan
mengalami masalah kecelaruan fakta sejarah. Hal ini bermaksud mereka keliru untuk
membuat pilihan dan menegakkan pendirian mereka bagi memehami sesuatu peristiwa
sejarah. Disini dapat dibuktikan bahawa terdapat sejarawan yang mengkritik sejarawan yang
lain. Sebagai contoh Becker, Profesor Charles A. Beard membangkang apa-apa yang
dikatakan oleh Leopold VonRanke dan mereka daripada golongan objektif. Menerusi
ucapannya yang bertajuk “ Written History as an Act of Faith” dalam persidangan Persatuan
Sejarah Amerika pada tahun 1933 memperakukan hujah-hujah Becker bahawa “sejarah
adalah pemikiran sezaman mengenai masa lampau[ CITATION RSu85 \l 17417 ].

Di samping itu juga, kedua-dua aliran ini harus saling berhubungkait kerana
kadangkala sumber-sumber sejarah ini tidak lengkap dan hal ini memaksa sejarawan
mempersembahkan tafsiran mereka sekadar yang ada. Oleh itu pada pendapat saya, jika
aliran objektif dan relatif ini saling berhubungkait pasti masalah untuk mendapatkan sumber-
sumber sejarah ini dapat di selesaikan dengan mudah. Tidak ketinggalan juga, tafsiran yang
dibuat akan lebih tepat dan sahih serta diterima oleh semua sejarawan. Tambahan pula,
Beard menyifatkan bahawa terdapat satu kesukaran untuk memunculkan sejarah secara
objektif seratus peratus kerana sumber-sumber sejarah bukanlah lengkap. Ini kerana
terdapat banyak peristiwa yang berlaku tidak dirakam oleh saksi mata atau peristiwa
tersebut berlaku di luar pengetahuan umum. Sejarawan juga didapati memilih maklumat
tertentu sahaja untuk melengkapkan pentafsiran sejarah mereka. Hal ini bererti masih
terdapat sesetengah maklumat yang tercicir atau sengaja dicicirkan [ CITATION RSu85 \l 17417
].

Akhir sekali, terdapat kajian yang dijalankan di Malaysia terhadap penulisan-


penulisan sejarah dalam mengetahui kemampuannya untuk muncul secara objektif atau
tidak. Aktiviti ini dilaksanakan oleh Profesor Khoo Kay Kim yang menyatakan bahawa
penulisan secara objektif tidak mampu ditegakkan malah dipengaruhi oleh unsur-unsur
subjektif iaitu relatif yang berupaya menyelewengkan penulisan tersebut. Menurut beliau
lagi, persoalan objektiviti tidak bergantung kepada fakta-fakta semata-mata, tetapi
bergantung kepada kebolehan ahli sejarawan untuk mengisahkan dan menceritakan dengan
adil serta seimbang.[CITATION Men13 \l 17417 ] Sekiranya ahli sejarah meninggalkan
maklumat tentang sesuatu perkara atau tokoh contohnya, ia akan dianggap dan tidak boleh
dipandang sebagai objektivis.

Konklusinya, saya dapat simpulkan disini bahawa kedua-dua konsep ini iaitu objektif
dan subjektif mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing yang tidak dapat di
elakkan. Hal ini bermakna penulisan sejarah tidak mampu dipaparkan secara seratus
peratus atau sepenuhnya menggunakan konsep objektif. Oleh hal yang demikian, konsep
kerelatifan perlu diguna pakai dalam erti kata lain kedua-dua aliran ini harus berhubungkait
oleh ahli sejarawan. Walaupun terdapat pelbagai pandangan dan percanggahanan idea
dalam kalangan ahli sejarah, namun amat penting bagi generasi akan datang diberikan
maklumat yang tepat mengenai peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku suatu ketika
dahulu,
Bibliografi

The Education. (2013, Jun 13). Retrieved Ogos 25, 2015, from Mengapa golongan relatif
tidak bersetuju dengan pemikiran golongan onjektif?:
http://fafaunieniey.blogspot.com/2013/06/mengapa-golongan-relatif-tidak_13.html

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1994). Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

E.H. Carr, & terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail. (1984). Apakah Sejarah? Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak B.Saat. (2007). Ilmu Sejarah Antara Tradisi Dan Moden. Shah Alam : Karisma & Sons
Sdn. Bhd.

J. Barzun , & H.F. Graff. (1985). The Moden Reseacher. New York: 4th. Ed New York,
Harcourt Brace Jovanovich, Inc.

Muhd. Yusof Ibrahim , & Mahayudin Haji Yahya. (1988). Sejarawan Dan Pensejarahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Noresah Baharom(pysn). (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


Dan Pustaka.