Anda di halaman 1dari 2

MUHAMMAD ALIF NAJMIE BIN ABDUL RAHIM

A169939

Cuti semester yang lepas saya bersama keluarga telah mempbuat keputusan untuk
pergi bercuti di Jepun bersama-sama. Kami sekeluarga berasa teruja dengan percutian kali ini
kerana ia merupakan percutian kali pertama kami di luar negara. Sebelum bertolak ke Jepun,
kami masing-masing berkemas pakaian dan mempersiapkan diri, apabila sudah selesai kami
sekeluarga terus bergerak ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Awalnya kami tak lepas
meletakkan beg pakaian kami melepasi kawasan timbangan bagasi, kerana ia melebihi
timbangan yang sepatutnya kami perolehi. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk
meninggalkan satu daripada bagasi kami di lapangan tersebut. Namun begitu, bagasi tersebut
bukanlah kami tinggal sahaja, nanti akan ada pakcik kami ambilkan.

Semasa kami dalam kapal terbang, ia mengambil masa yang lama untuk sampai ke
Jepun, kami mengambil masa itu untuk merehatkan diri semasa dalam perjalanan. Beberapa
jam kemudian, kami telah pun sampai di lapangan terbang Jepun, ayah telah pun membuat
tempahan teksi melalui pakej yang kami terima daripada percutian ini, teksi tersebut akan
terus ke hotel yang kami sudah tempah di tengah bandar. Dalam perjalanan kami ke hotel
yang hendak dituju, kami menikmati keindahan yang menarik, yang terdapat di Jepun.
Kebetulan pula pada masa itu ialah musim bunga di Jepun, kami melihat banyak tumbuhan-
tumbuhan yang dihiasi oleh bunga-bunga.

Sesudah sampai di hotel, kami semua menyiapkan diri untuk pergi ke destinasi yang
hendak dituju. Semasa kami sedang siapkan diri, kami mendapati angin di luar sangat kuat
dan semakin kuat, dalam pada masa yang sama ayah mendapat panggilan bahawa kami
terpaksa tunggu sebentar di hotel sementara angin yang kencang di luar reda. Kami
menunggu di hotel sambil menunggu angin yang kencang di luar reda. namun begitu, ia
nampaknya semakin kuat. Apabila lihat di luar tingkap hotel tersebut, kami mendapati semua
barangan-barangan di luar hotel berterbangan dan keadaan di luar sangat riuh dengan jeritan
manusia kerana risau ditiup angin yang kuat.

Sudah hampir 3 jam kami di dalam hotel tersebut namun angin yang kencang di luar
masih lagi tidak reda. kami sekeluarga berada dalam kerisauan kerana kami pergu bercuti ke
Jepun dalam keadaan Jepun sedang dilanda bencana alam, kami sendiri tidak dapat
menjangka apa yang akan berlaku kerana malang tidak berbau. Di luar tingkap kelihatan
banyak banyak barang-barangan berterbangan, bukan setakat itu sahaja, malah, ada juga
kereta yang terbalik akibat tiupan angin yang kuat ada juga kedai-kedai atapnya tercabut.
Ayah cuba menyenangkan kami dan menyuruh kami berehat dahulu di hotel dan berharap
angin yang kencang ini akan semakin reda dari kencangnya.

Kami sekeluarga tertidur dan keesokan paginya kami mendapati kejadian angin yang
kuat sudah pun tiada. Namun begitu, kejadian tersebut bukanlah mengaburkan semangat
kami untuk bercuti di negara yang maju itu. Keadaan di luar hotel yang rehat itu bersih
seperti tidak ada apa yang berlaku semalam. Kami sekeluarga berasa lega kerana tidak ada
apa yang berlaku pada kami sekeluarga. Apabila kami membaca berita surat khabar, rupa-
rupanya kejadian angin kencang tersebut merupakan bencana Taufan Hagibis. Pada hari itu,
cuaca kelihatan sangat baik dan kami meneruskan lagi percutian kami dengan gembira dan
kami selamat kembali ke Malaysia dengan hati yang gembira dan puas.

Anda mungkin juga menyukai