0 Pendahuluan
2.0 Teori Perkembangan Artistik
Semua anak – anak yang dilahirkan mempunyai sifat yang dinamik dan
berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Kebolehan dan minat
anak – anak dapat dilihat semenjak kecil lagi. Salah satunya ialah melalui hasil kerja seni
visual yang berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak -
kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak – kanak
sehingga ia membesar.
Contengan dan lukisan kanak – kanak merupakan luahan perasaan dan ekspresif
(Lowenfeld, 1975) dan ini berbeza dengan penghasilan karya yang dihasilkan oleh orang
dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan keindahan dan kesempurnaan.
Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah
menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji
keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi
dan tersendiri.
Dari aspek fizikal pula, penggunaan alat dan bahan dalam proses membina lukisan
memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi
tangan serta mata. Aspek kreativiti dapat dikembangkan melalui latihan dan projek yang
bersifat terbuka. Proses contengan dan lukisan ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di
dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, eksplorasi dan eksperimentasi juga
dapat memperkembangkan daya kreativiti kanak – kanak dalam bidang penghasilan karya.
Melalui lukisan juga, aspek sosial dan emosi dapat dibentuk dalam kalangan kanak –
kanak. Mereka berpeluang untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain
meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti seni visual juga memberikan peluang kepada pelajar
untuk saling hormat - menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan
bertoleransi. Pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan yang dibentuk.
Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Aktiviti
melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik
dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti melukis merupakan
aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya
sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah
pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan
meningkatkan daya persepsi mereka.
Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain
berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran
kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi
penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang
unik :
Hurwitz dan Day (1995) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanak-kanak
kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat
manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja.
(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan
kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga
lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di
dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan
medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain.
Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan
lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar
untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan
melalui pelbagai media.
Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu
contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal
dan contengan rupa.
Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya
kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan
garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang
dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal
memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya
mengikut kehendak mereka.
Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya
mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan
yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi
peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensel.
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak
memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut
keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat
bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan.
Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai.
Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej
tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke
atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna
kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada
peringkat ketiga simbolisma,lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang
konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu
.
(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)
Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja.
Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula
dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusia mula
dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat
penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada
kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang
tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan
seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah
perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang
iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.
Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama
manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan
adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri
dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan
gemar untuk berkongsi.
(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age ( 9-12 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan
skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis
secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak
mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula
membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka
berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang
dihasilkan.
(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya
seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam
membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya
seni.
Apabila tiba pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak akan lebih cenderung untuk
melukis berdasarkan apa yang mereka lihat daripada menggunakan imaginasi sendiri. Ini
disebabkan oleh pengamatan dan pengaruh alam sekeliling. Penglibatan mereka dalam aktiviti
seni visual akan meningkatkan estim kendiri kanak – kanak tersebut. Sebagai guru, kita
seharusnya menitikberatkan tentang membina keyakinan diri kanak – kanak. Pujian dan
sanjungan merupakan sebahagian daripada kaedah meningkatkan motivasi kanak-kanak. Di
dalam aktiviti pendidikan seni visual, penghasilan karya oleh kanak-kanak perlu mendapat
kredit yang sewajarnya daripada guru. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak hendaklah
dipamerkan pada papan kenyataan murid di sekolah sebagai sebahagian daripada usaha
meningkatkan keyakinan diri murid selain sebagai satu bentuk penghargaan kepada mereka di
atas usaha menghasilkan karya. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan artistik
kanak – kanak dapat dilihat melalui penglibatan mereka dalam aktiviti seni visual.