Anda di halaman 1dari 2

MUHAMMAD HAIQAL BIN KAMARUDIN

B1710009
BBAMGT 7

MUHAMMAD FARID BIN MOHD LOTFI


B1720067
BBAMGT 6

HURAIAN

Kita melihat modul silang budaya yang perlu dipertingkatkan semakin hari semakin
rapuh. Kita hendaklah melakukan dengan keadaan segera memandangkan wujudnya
polarisasi kaum yang serius tidak kira diperingkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan
tempat kerja yang melibatkan etnik. Sebenarnya, modul silang budaya sedemikian tidak pun
diperlukan jika setiap sistem negara dan masyarakat kita dapat mewajibkan pencampuran
etnik. Pergaulan antara setiap kaum ini bermula dari peringkat sekolah rendah dan akan
berterusan sehingga ke dewasa yang akan membawa kepada persekitaran kerja mereka suatu
hari nanti. Jika tidak ada sistem negara yang menggalakkan pergaulan, perpaduan antara kau
mini boleh diwujudkan semula jadi jika setiap kaum mempunyai nilai murni dan sikap
bertoleransi. Walaupun ia mungkin dipelajari oleh sesetengah pihak untuk tujuan ujian dan
peperiksaan semata-mata, sekurang-kurangnya ia akan mendedahkan pelbagai persamaan dan
perbezaan cara hidup rakyat Malaysia yang berlainan warisan budaya.

CONTOH

Sebagai contoh, hangat diperkatakan sekarang di Amerika Syarikat sedang berlaku isu
perkauman kulit hitam dengan kulit putih. Isu ini disebabkan dari kecil lagi mereka tidak
dedahkan dengan Pendidikan tentang perkasakan perpaduan kaum. Mereka sejak dahulu lagi
diajar kulih putih membenci kulit hitam dan kulit hitam membenci kulit putih. Seperti isu
terbaru yang berlaku sekarang ialah seorang anggota polis sengaja membunuh tanpa ada sifat
kemanusiaan terutamanya kepada kulit hitam. Hal ini menyebabkan berlaku kekecohan
dimana orang kulit hitam memberontak atau membuat protes terhadap pihak kerjaan Amerika
Syarikat untuk mendapatkan hak mereka sebagai rakyat yang sama rata tidak kira warna
kulit.
PENDAPAT

Pendapat tentang model silang budaya mampu perkasa perpaduan kaum di Malaysia
ialah dengan tertubuhnya satu Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) dibawah
Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan program ke arah pengukuhan pengetahuan
tentang budaya seperti cina, india dan juga melayu di dalam satu program untuk anak muda
untuk merapatkan hubungan diantara kaum tanpa rasa ditindas dalam erti kata lain sebagai
isu perkauman. Selain itu, setiap budaya perlu belajar tentang budaya lain seperti masyarakat
cina, india perlu mengetahui tentang adat resam budaya melayu supaya tidak berlaku salah
faham diantara kaum dan dapat menerapkan nilai hormat diantara kaum.

KESIMPULAN

Kesimpulannya jika sesebuah individu atau kelompok kaum menolak perpaduan


kaum ini akan mengakibatkan keburukan pada setiap kaum, budaya, kepercayaan dan yang
paling penting pada ekonomi sistem negara. Walaubagaimanapun, kita sebagai individu atau
kelompok sesebuah kaum haruslah mewujudkan sikap terbuka untuk menerima setiap identiti
sesebuah kaum dan paling penting menerima dan memahami akan bentuk kekuatan
kepelbagaian etnik dan budaya supaya dapat memberikan kekuatan kepada negara kita
sendiri