Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SJKC EOK HUA,TELUK BAHANG Kod Sekolah: PBC 3022

1. Nama Guru :
Leong Shan Ying
Mengurus Disiplin Pelajar
2. Judul : 3. Bidang: Kaunseling

4. Pengarang : Abdullah Sani Yahaya 5. Muka surat : 244

6. Terbitan :
PTS Publications & Distributors sdn. bhd
7. Sinopsis :

Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya
merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan
disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu
sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang
kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.
Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya
bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah
pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri
akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita.
Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu,
kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar,
cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara
disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan
sebaya dalam menangani disiplin pelajar.
Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi orang
yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai
tempat tahanan dan kongkongan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di rumah,
sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk
perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman
dalam diri pelajar berkenaan.
Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng sekolah,
ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus dengan baik, merokok
dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan, pengaruh media, kurang
kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya
Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam bilik darjah,
pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan nilai di sekolah dan
membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya.
Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah
tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak
menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan
provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini
ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak
akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar
yang baik boleh digunakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan
ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan
ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan
nilai-nilai yang baik.
10. Kesimpulan

Konklusinya, guru perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras, bersemangat , dan
mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini. Pelajar adalah aset berharga yang
perlu ditangani dengan bjaksana.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( PN. LEONG SHAN YING ) ipl( PN.WONG KUI FONG )