Anda di halaman 1dari 2

WK & PARTNERS CONSULT SDN BHD (860099-V)

No. C-8-1, Putra Walk, Jalan PP 25, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor DE, Malaysia (MALAYSIA)
280, Woodlands Industrial Park E5, #09-41 Harvest @ Woodlands Singapore 757322 (SINGAPORE)
E wknpc@wknpc.com T +603 8959 7022 W www.wknpc.com

Ruj kami : WKPC/P1705/L/17/006 JPS


Tarikh : 13th December 2017

Jabatan Pengairan & Saliran (JPS)


Pengarah,
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor,
Tingkat 5, Blok Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan

PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG PENDIRIAN BANGUNAN BAGI CADANGAN


PEMBANGUNAN TAMAN PERINDUSTRIAN YANG MENGANDUNGI:
1) 12 UNIT GUDANG BERKEMBAR 5 TINGKAT DENGAN
KILANG DI TINGKAT BAWAH,
2) 4 UNIT KILANG SESEBUAH 3 TINGKAT
3) 1 UNIT GUDANG BERTINGKAT 6 TINGKAT
4) 1 UNIT PEJABAT PENGURUSAN YANG MENGANDUNGI
3 TINGKAT KANTIN/PEJABAT DAN 2 TINGKAT PEJABAT
5) 1 UNIT PENCAWANG ELEKTRIK
6) 1 TINGKAT TEMPAT LETAK KERETA BASEMEN
7) 1 UNIT PONDOK PENGAWAL
DI PT. 364, PERSIARAN PERUSAHAAN, SEKSYEN 23, 40300 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
UNTUK TETUAN HAP SENG LOGISTICS SDN. BHD.

RAYUAN TIDAK MENYERAHKAN KOLAM TAKUNGAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas serta surat daripada JPS bertajuk Permohonan Kebenaran
Merancang dengan rujukan Bil. (3) JPS.Sel. 012C/9/2/716 bertarikh 27hb November 2017 adalah berkaitan.

2. Kami merujuk kepada syarat (e) sepertimana yang tertakluk dalam surat kelulusan JPS yang disebutkan di atas. Kami
ingin memohon kebenaran supaya tidak menyerah balik kolam takungan dan saliran yang terletak di dalam lingkungan
kawasan pembangunan ini.

3. Sebab–sebab untuk permohonan kami adalah seperti berikut:

a) Pemilik projek iaitu Hap Seng Logistics Sdn.Bhd. tidak akan menjual tetapi menyewakan pembangunan
diatas setelah projek siap dibina.

b) Pemaju akan menyelenggara kolam tersebut dari masa ke masa supaya ianya dapat berfungsi
sebagaimana rekabentuk asal. Projek ini juga mempunyai underground OSD tank yang akan diselenggara
oleh pemaju.

c) Pemaju akan menyelenggara kolam tersebut dari masa ke masa supaya ianya dapat berfungsi
sebagaimana rekabentuk asal.

d) Pemaju akan bertanggungjawab untuk memastikan banjir tidak akan berlaku di sekeliling kolam takungan
serta kawasan tapak pembangunan ini.

e) Pemaju tidak akan mengubah bentuk kolam takungan dan kami tidak akan membina sebarang binaan di
atas kolam takungan.
WK & PARTNERS CONSULT SDN BHD
Doc. No. :
Date :

f) Pemaju bersedia untuk memberi kebenaran bagi semua kakitangan JPS untuk menjalankan pemeriksaan
ke atas kolam takungan pada bila-bila masa.

Pertimbangan awal daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang benar,

IR YONG WEE KONG


PENGARAH

Page 2 of 2

Anda mungkin juga menyukai