Anda di halaman 1dari 4

Perancangan Akademik

JUJ 103/3
PENDIDIKAN JARAK
JAUH DAN LITERASI
KOMPUTER

Sidang Akademik 2019/2020


Kelas Sidang Video (WEBEX)
Sesi Tarikh Masa

6
[Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual sidang video sidang
akademik 2019/2020 yang boleh dimuat turun dari portal e-pembelajaran.]
JUJ103/3 - PENDIDIKAN JARAK JAUH DAN LITERASI KOMPUTER

PENGURUS KURSUS
Dr. Mohd. Asyraf Mansor (No. Bilik: KB/23)

E-mel: asyrafman@usm.my

No. Telefon: 04-6535906


*Termasuk pensyarah jemputan yang lain (jika ada).

KANDUNGAN KURSUS:

Kursus ini mengandungi dua komponen utama iaitu Pendidikan Jarak Jauh dan
Literasi Komputer. Bagi bahagian Pendidikan Jarak Jauh, topik-topik yang
dibincangkan ialah falsafah dan teori pendidikan jarak jauh termasuk ciri dan
pelaksanaan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran jarak jauh.
Penekanan akan diberikan terhadap kaedah pembelajaran kendiri menggunakan
modul bercetak dan bahan pembelajaran lain serta peranan perkhidmatan sokongan
dalam sistem pendidikan jarak jauh dan pembelajaran terbuka.

Bagi bahagian Literasi Komputer, pelajar akan didedahkan kepada perbincangan


tentang penggunaan komputer dan kemudahan Internet sebagai alat pembelajaran
terkini untuk pembelajaran jarak jauh. Dengan mengetengahkan beberapa kelebihan
komputer dan teknologi maklumat, diharapkan ia akan memudah cara kegiatan
pembelajaran, penyimpanan maklumat dan penyelidikan kepada pelajar PJJ USM.
Aspek kemahiran asas dalam penggunaan Internet dan e-learning juga diperkenalkan.
Pelajar akan berpeluang menggunakan portal pembelajaran yang disediakan khas
oleh PPPJJ.

Bahan pembelajaran terdiri daripada e-modul yang boleh dimuat turun dari portal
e-pembelajaran dan e-kuliah.

PORTAL e-PEMBELAJARAN

Portal e-pembelajaran bagi kursus JUJ 103 akan digunakan sebagai ruang untuk
pelajar berinteraksi antara satu sama lain. Pengurus kursus akan menyediakan
beberapa ruangan forum untuk kegunaan pelajar. Contohnya forum ‘jom sembang’
untuk pelajar berinteraksi dengan rakan sekursus; forum ‘tanya pensyarah’ untuk
soalan tentang kursus,dan beberapa forum untuk pelajar berbincang tentang
kandungan kursus.

1
Selain dari itu semua bahan-bahan bacaan utama (e-modul) dan juga bahan tambahan
akan dimuat naik ke dalam portal ini. Sebarang maklumat dan informasi terkini juga
akan dihebahkan melalui portal. Pelajar digalakkan untuk login secara berkala supaya
tidak ketinggalan dari mengetahui sebarang ‘berita’ penting tentang kursus ini.

Saudara/i dinasihatkan supaya berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang sopan


dan berhemah. Jangan keluarkan komen sensitif yang boleh mengguris perasaan atau
menghina sesiapa.

SUMBANGAN KERJA KURSUS DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Kerja kursus: Tugasan (20%)


Peperiksaan Berterusan (20%) 40 %

Peperiksaan Akhir 60 %

TUGASAN (20%)

Maklumat tentang tajuk tugasan akan dimuatnaikkan di portal kemudian. Maklumat


terperinci mengenai tugasan akan juga dijelaskan sewaktu telesidang/WEBEX.

PEPERIKSAAN BERTERUSAN dan PEPERIKSAAN AKHIR

Terdapat dua peperiksaan bagi kursus ini:

1. PEPERIKSAAN BERTERUSAN (20% MARKAH)

• Bentuk peperiksaan berterusan adalah seperti berikut:


o 50-60 soalan objektif pelbagai pilihan (Multiple-
choice).

2. PEPERIKSAAN AKHIR (60% MARKAH)

• Bentuk peperiksaan akhir adalah seperti berikut:


o 100 -120 soalan objektif pelbagai pilihan (Multiple-
choice).

SESI WEBEX

Telesidang akan diadakan mengikut jadual. Sila ikuti semua sesi telesidang/Webex
kerana saya akan membimbing anda berkenaan pembelejaran, tugasan dan
peperiksaan kursus ini.

2
KURSUS INTENSIF

Sila rujuk jadual Kursus Intensif yang akan diedarkan kemudian. Secara tentatif akan
dijalankan pada 28 Januari 2020 – 13 Februari 2020.

BAHAN-BAHAN RUJUKAN

Bates. A.W. (1995) Technology, Open Learning and Distance Education. London:
Routledge.

Cheah Kooi Guan (2004). Learning at a Distance. From Principles to Practice.


Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Holmberg B. 1982. Distance Education: A Short Hand Book. Edisi ke-2. Liber
Hermod.

Karsono Ahmad Dasuki 1993. Konsep dan Sistem Pendidikan Jarak Jauh. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Keegan D. 1986. The Foundation of Distance Education. Croom Helm.

Moore M.G. dan Kearsley, G. (1996). Distance Education: A systems View. Belmont
(Calif.) Wadsworth Publishing Company.

Sewart D., Keegan D. dan Holmberg B. (eds) 1983. Distance Education: International
Perspectives. Croom Helm.

Yusup Hashim dan Sharifah Alwiah Alsagoff. 1999. Pendidikan Jarak Jauh: Teori
dan Amalan. Kuala Lumpur: DBP.

- oooOooo –

JUJ103[PA] 2019/20
26 Ogos 2019

Anda mungkin juga menyukai