Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji kehadrat Ilahi di atas limpahan rahmat dan Inayah-Nya,

dapatlah para pengkaji menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi

Muhammad S.A.W.

Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, pengkaji ingin merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Jamaliah binti Osman selaku pengetua

SMK Merbok dan kepada Encik Musa Bin Abd Hamid selaku Penolong Kanan Tingkatan

Enam SMK Merbok yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian luar dan

memberikan sokongan moral kepada pengkaji bagi menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga

kepada guru saya yang menyelia segala perkara yang berkaitan dengan kajian ini iaitu Puan

Sholihah binti Mansor. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan

kajian ini amat dihargai dan disanjungi oleh pengkaji. Semoga Allah S.W.T melimpahkan

rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.

Pada kesempatan ini juga, terima kasih diucapakan kepada ibu bapa pengkaji serta

keluarga yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan moral mahupun kewangan kepada

pengkaji dalam apa-apa jua yang dilakukan oleh pengkaji.

Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih juga diucapkan kerana sudi memberi

bantuan kepada pengkaji seperti sentiasa memberi sokongan dan memberi idea sewaktu

pengkaji ketandusan idea. Semoga segala usaha dan cita-cita kita diberkati Allah hendakNya.

Akhir sekali, pengkaji ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada semua pihak yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala budi

dan jasa yang kalian hulurkan hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya. Semoga kita

beroleh rahmat dan perlindungan daripada Allah S.W.T.

Anda mungkin juga menyukai