Anda di halaman 1dari 3

YANG BERUSAHA, PUAN SURAYA BT SAAYON, GURU PENOLONG KANAN PETANG

SK TAMAN PERLING, YANG DIHORMATI RAKAN GURU-GURU, SERTA MURID-MURID


YANG DIKASIHI SEKALIAN.

Selamat Petang Dan Salam 1 Malaysia.


Pada Petang Kita Berkumpul Di Dewan Demi Satu Tujuan Iaitu Untuk
Menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara Kali Ke-61 Yang
Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’

Bacaan Doa

Bagi Memulakan Acara Kita Pada Hari Ini, Saya Menjemput Ustaz Muhd
Tajuddin Untuk Membacakan Doa. Majlis Dgn Segala Hormatnya
Mempersilakan.

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis Merakamkan Ribuan Terima Kasih


Kepada Ustaz Ahmad Tajuddin Atas Bacaan Doa Sebentar Tadi.

Sambut Merdeka Sekali Setahun,


Keringat Tercurah Pejuang Berjasa,
Malaysiaku Merdeka 61 Tahun,
Itulah Sejarah Perjuangan Bangsa.

Tulisan Rumi Bacaan Dewasa,


Memenuhi Laman Setiap Terbitan,
Berjuanglah Demi Memartabakan Bangsa,
Diskriminasi Perkauman Cuba Elakkan.

Para Guru Dan Murid Sekalian…

Ucapan

Bagi Meneruskan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Pada Petang Ini,


Dengan Sukacitanya Dijemput Yang Berusaha, Puan Suraya Bt Saayon,
Guru Penolong Kanan Petang Sk Taman Perling, Ke Pentas Untuk
Menyampaikan Ucapan Sekaligus Merasmikan Majlis Sambutan Bulan
Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Perling.

Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan…


Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Puan Suraya Bt Saayon,
Guru Penolong Kanan Petang Sk Taman Perling Di Atas Ucapan Yang
Telah Disampaikan Sebentar Tadi.

---- Sebagai Gimik Tanda Rasminya Sambutan Bulan Kemerdekaan


Peringkat Sk Taman Perling, Sekali Lagi Dipersilakan, Yang Berusaha
Puan Suraya Bt Saayon, Guru Penolong Kanan Petang

Tayangan Montaj Terus Selepas Gimik

Laungan Kemerdekaan

Seterusnya, Sama-Samalah Kita Laungkan Merdeka Sebanyak 7 Kali Yang


Akan Diketuai Oleh Ustaz Zam Zam Clivon. Majlis Menjemput Ustaz Zam
Zam Clivon Untuk Naik Ke Atas Pentas.

Merdeka,Merdeka,Merdeka,Merdeka,
Merdeka,Merdeka, Merdeka

Majlis Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Ustaz Zam Zam Clivon
Di Atas Kesudian Mengetuai Laungan Kemerdekaan Sebentar Tadi.

Nyanyian Lagu

Seterusnya, Diminta Semua Murid Dan Guru Berdiri Tegak Untuk


Menyanyikan 5 Buah Rangkaian Lagu Patriotik.

Semua Hadirin Diminta Berdiri Tegak Dan Menyanyikan Lagu Dengan


Penuh Semangat Sambil Mengibarkan Jalur Gemilang

Dengan Berakhirnya Nyanyian Rangkaian 5 Buah Lagu Patriotik Sebentar


Tadi, Maka Lengkaplah Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sk
Taman Perling.

Setinggi-Tinggi Penghargaan Diucapkan Kepada Semua Guru Dan Murid


Atas Kehadiran Dan Kerjasama Anda.

Sekian, Terima KasiH.

Anda mungkin juga menyukai