Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM ELIT OLAHRAGA 2017

Tarikh : 04 JAN 2017 HINGGA 24 NOV 2017


Masa : 4.30 p.m. hingga 6.00 p.m
Sasaran : Murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6
Tempat : Padang Sekolah

LAPORAN :

Dalam tahun 2017, pretasi olahraga di SJKC Chung Hua Tg Ipoh telah
amat meningkat, seperti murid Ros Fazurin telah mewakili sekolah ke
pertandingan Merentas Desa peringkat Negeri. Selain itu, progam ini telah
memberi ruang dan peluang kepada semua murid untuk menceburkan diri, dapat
mengembangkan bakat mereka dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan
masyarakat setempat. Melalui program ini, telah melahirkan murid dapat
mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan dan dapat
mencungkil bakat murid-murid serta melahirkan atlit-atlit yang berdisiplin,
berkemahiran dan berketrampilan sehingga sampai peringkat kebangsaan pada
tahun 2017. Semua penyertaan dan pencapaian akan dicatatkan dan dirujuk
dalam rekod penyertaan/ pencapaian SJKC Chung Hua Tg Ipoh tahun 2017.

a) Kehadiran dan penglibatan :

1. Program melibatkan semua murid Tahun 3 hingga 6.


2. 90% orang murid akan hadir ke semua latihan olahraga sekolah.

b) Pencapaian objektif / matlamat program :

Dapat memberi peluang kepada pelajar menjadi insan yang berdisiplin,


berdikari, dan bernilai murni tinggi. Pada masa yang sama, progam ini
juga akan memberi latihan awal kepada murid agar mereka dapat
menceburkan diri dalam bidang meningkatkan tahap persefahaman
kebudayaan yang berbeza. Aktiviti ini juga secara tidak langsung akan
menyemai semangat 1 Malaysia yang tinggi dalam kalangan murid-murid
yang mengambil bahagian .

c) Kekuatan program :
1. Kekuatan utama program ini adalah melalui sokongan dan
kerjasama daripada Jurulatih yang berkemahiran, berpengalaman
dan berminat dengan aktiviti olahraga seperti En Choong Chee Lun
2. Kemudahan prasarana dan fizikal untuk aktiviti mencukupi untuk
murid sekolah kita.
d) Kelemahan program :

1. Kelemahan utama program ini adalah kekurangan tenaga pengajar


Jurulatih yang mahir bagi melaksanakan Program Latihan dan
Program Pembangunan yang banyak. Hanya 1 orang guru yang
bermahir dalam olahraga.
2. Keadaan kewangan yang terhad, perbelanjaan perlu berhemat dan
kos peralatan yang sentiasa meningkat.
3. Ketiadaan sokongan ibu bapa untuk berjaya dalam bidang
olahraga.

e) Cadangan penambahbaikan :

1. Menjemput para ibu bapa/ penjaga untuk turut serta bagi melihat
persembahan anak sendiri dalam pertandingan yang disertai.
2. Mendapatkan sumbangan kewangan daripada agensi/pihak luar
mahupun agensi-agensi NGO yang lain bagi meningkatkan
olahraga sekolah.
3. Latihan dan kursus motivasi dalaman kepada guru-guru baru atau
guru-guru yang kurang mahir atau tidak berminat.

f) Impak :

Secara keseluruhan, program yang dijalankan adalah program yang amat


baik bersesuaian dengan objektif program ini iaitu berfokus ke arah
mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam olahraga
Justeru, dapat memilih atlit-atlit yang berbakat berpotensi untuk
diketengahan dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD/MSSN.
Bahkan ia merupakan proses awal bagi mendorong dan melahirkan insan
yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

Disediakan oleh : Tarikh :

………………………….
(CHOONG CHEE LUN)
Penolong Kanan Ko Kurikulum
SJKC CHUNG HUA TG IPOH.

Diluluskan oleh : Tarikh:

……………………………
(Cik Tan Seak Fun)
Guru Besar
SJKC CHUNG HUA TG IPOH.

Anda mungkin juga menyukai