Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PASIR

34950,BANDAR BAHARU,KEDAH.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM GURU BIL 4 / 2019

Tarikh : 18 NOVEMBER 2019 (RABU)


Masa : 2.30 PETANG
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama
Pengerusi : En Md Rani B. Omar

Kehadiran
1. En. Aznir bin Ahmad GB
2. Puan Suriyati bt Sumari PK 1
3. En. Md Rani b Omar PK HEM
4. Puan Junaidah bt Zakaria PK KOKURIKULUM
5. Puan Normata’siah bt Ahmad
6. Puan Hajah Jamilah bt..M.Kalandar
7. Puan Suraya bt.Embi
8. Puan Amilia bt.Saad
9. Puan Hindon bt.Abu Bakar
10. Cik Zurainie bt.Muhd.Neyan
11. Puan Yuslinda bt.Yaacub
12. En. Baihaki bin Abdul Wahab
13. Puan Zunaida bt Zainol
14. En. Mohd Hazri
15. En. Shahril Nizam bin Ya’akub
16. Puan Hairani bt Raduan
17. Puan Hajah Rozi Hasniyani bt Dato’ Haji Mohd Hashim Nordin
18. Puan Normala
19. Puan Noor Farhana
20. Puan Ropidah Bt. Mehat
21. Cik Hairnaney bt Sadri

Tidak Hadir
1. Puan Noor Azizah bt Jaafar Cuti bersalin
2. En.Khairil Nazim bin Isa Kursus

I. PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat


HEM kali keempat sesi 2019.
2. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah dapat
menjalankan tugas yang diamanahkan terutamanya dalam bidang HEM sepanjang
tahun 2019.

Tindakan : makluman

1
II. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL/3
2019
3. Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan oleh En. Baihaki b. Wahab dan
disokong oleh En. Shahrul Nizam

III. PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG


4. Raikan hari ulangtahun kelahiran murid pada setiap dua bulan sekali
5. Lawatan menziarahi murid atau ibu bapa murid yang sakit dan tidak dapat hadir ke
sekolah diteruskan
6. Program Ziarah Cakna dapat dijalankan dan pada tahun ini tidak banyak rumah yang
dapat kita ziarah kerana kekangan masa.
7. Saya berharap pada tahun hadapan, kalau boleh setiap bulan sekurang-kurangnya 3
buah rumah dapat kita ziarah.

Tindakan : Semua Guru Kelas

IV. UNIT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN


8. Pengurusan fail RMT perlulah diuruskan dengan baik dan lengkap.
9. Buku kehadiran atau dokumen yang berkaitan dengan RMT perlulah diisi dan
dilengkapkan.
10. Jumlah murid RMT pada tahun 2019 seramai 32 orang
11. Murid RMT akan terima makanan sehingga hari akhir persekolahan 2019.
12. Bagi tahun 2020 jumlah murid RMT seramai 34 tidak termasuk murid tahun 1 2020
13. RMT akan bermula pada hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2020.
14. Murid layak RMT, pendapatan seisi keluarga bawah RM604, Perkapita RM151

Tindakan : Semua Guru

V. UNIT DISIPLIN (PENGAWAS)

15. Tiada kes disiplin berat dilaporkan pada tahun 2019


16. Tahun 2019 seramai 34 orang
17. Surat lantikan untuk pegawas tahun 2020 telah diedarkan.
18. Untuk pengetahuan semua guru pengawas sekolah bagi tahun 2020 seramai 32
orang

Tindakan : JK Unit Pengawas

19. UNIT PENDAFTARAN PRA SEKOLAH


20. Pn. Yuslinda memaklumkan murid Pra Sekolah Tahun 2020 adalah sebanyak 25
orang.
21. Pada 21 November, perarakan murid Pra Sekolah naik ke Tahun 1 telah diadakan.
Seramai 19 murid prasekolah naik ke tahun 1. Sedikit taklimat ringkas telah
diberikan oleh guru kelas tahun 1 dan Guru Besar kepada ibu bapa murid.

Tindakan : JK Unit Pendaftaran Pra Sekolah

VI. UNIT 3K

2
22. Pada tahun 2019, Latihan kebakaran telah diadakan 7/8/2019.
23. Disebabkan pihak Bomba dan Penyelamat Serdang banyak tugas dan terlibat dengan
audit maka latihan kebakaran bersama-sama pihak bomba tidak dapat dijalankan pada
tahun ini.
24. Pada tahun hadapan diharapkan kita dapat mengadakan latihan kebakaran bersama-
sama pihak bomba.
25. Keceriaan dan kebersihan kelas sesi persekolah penggal kedua tidak memuaskan.
26. Saya mohon cadangan supaya keberisahan dan keceriaan kelas dapat ditingkatkan
pada tahun hadapan.

Tindakan : JK Unit 3K

VII. SSDM
27. Senarai guru yang melaporkan kes dan amalan baik sepanjang tahun 2019 seramai 20
orang.
28. Seramai dua orang murid setiap kelas telah diberi anugerah amalan terbaik pada hari
anugerah yang lepas berpandukan data yang diambil sepenuhnya dalam sistem
SSDM.
29. Peratus kedatangan SKPP mengikut bulan tahun 2019
Bulan Januari – 96.65% Bulan Jun – 95.28%
Bulan Februari – 94.97% Bulan Julai – 96.13%
Bulan Mac – 96.56% Bulan Ogos – 95.95%
Bulan April – 93.17% Bulan September – 95.10%
Bulan Mei - 95.53% Bulan Oktober – 95.62%
30. Pada setiap bulan telah diberikan anugerah dan sijil perghargaan kepada kelas yang
mencapai peratus kehadiran yang paling tinggi mengikut tahap iaitu Kelas PPKI,
Tahap 1 dan Tahap 2.
31. Saya juga berharap pada tahun depan anugerah dan sijil penghargaan ini dapat
diberikan dan diteruskan lagi..

Tindakan : Makluman

VIII. PIBK
32. Peratusan kehadiran mengikut KPI.
33. KPI 1 ( Kehadiran ibu bapa dalam 5 aktiviti utama sepanjang tahun 2019 )
 Hari Pendaftaran – 100%
 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG – 82.73%
 Hari Pelaporan – 92.61%
 Hari Sukan Tahunan – 90.68%
 Hari Anugerah – 100%
 Purata Kehadiran =93.2%
34. KPI 2 ( Peratus Ibu Bapa yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti sekolah
sepanjang tahun 2019 )
 Sukarelawan terlibat 189 orang.
 Jumlah peratusan keseluruhan = 100%
35. Pastikan kehadiran setiap aktiviti perlu ada nama dan nombor kad pengenalan waris
yang hadir.

Tindakan : Makluman

IX. KWAPM
36. Bagi tahun 2019, murid penerima KWAPM seramai 41 orang manakala penerima e-
Kasih seramai 3 orang
37. Duit telah diserahkan kepada semua penerima.
38. Murid layak KWAPM, pendapatan seisi keluarga bawah RM960, Perkapita RM244

3
X. HAL-HAL LAIN
39. Pengerusi memklumkan bahawa tidak berlaku banyak perubahan dalam ahli jawatan
kuasa HEM, hanya berlaku penambahan pada cikgu Normala dan Cikgu Noor
Farhana.
40. Kebanyakannya tiada perubahan, hanya berlaku pertambahan iaitu untuk Cikgu
Normala dan Cikgu Noor Farhana.
41. Cikgu-cikgu boleh rujuk lampiran yang saya telah edarkan.
42. berharap cikgu-cikgu dapat menerima latikan ini.
43. Saya juga berharap cikgu-cikgu dapat merancang aktiviti aktiviti yang akan dijalankan
pada tahun hadapan mengikut unit-unit masing-masing.
44. Semua guru perlu sediakan perancangan strategik 3 tahun untuk setiap unit-unit HEM
bagi tahun 2020-2022.

PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.25 petang.

Minit disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………….
Nor Atika Bt Harun
Setiausaha HEM

Anda mungkin juga menyukai